23
 1 KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRONIK TAHAP / SEM 2 / SEM 4 KOD DAN TAJUK MODUL ETN404 - ELECTRICAL MACHINE AND CONTROL KOMPETENSI K1  MAINTAIN DIRECT CURRENT ( DC ) MOTOR NAMA PELAJAR KURSUS/TAHUN OBJEKTIF: A. Isolate DC motor. i. Identify the 3 types of DC motor according to configura tion. ii.Explai n and identify the operation DC motor according to principles. B. Inspect DC motor pe rformance. i. Explain DC motor specification according to service manual. ii.Determine the DC motor characteristics accordi ng to specification . C. Service DC motor. i. Explain procedures opening and fixing DC motors according to service manual  D. Test performance. i. Perform test run of DC motor performanc e according to standard. ii.Prepare performance report of DC motor according to report requireme nt.  KOLEJ VOKASIONAL SG BULOH KM 22, JLN KUALA SELANGOR, 47000 SG BULOH, SELANGOR. KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )

KPK1 Motor DC

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas penerangan motor dc - dirujuk

Citation preview

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    1/23

    1

    KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRONIK

    TAHAP / SEM 2 / SEM 4

    KOD DAN TAJUK

    MODULETN404 - ELECTRICAL MACHINE AND CONTROL

    KOMPETENSI K1 MAINTAIN DIRECT CURRENT ( DC ) MOTOR

    NAMA PELAJAR

    KURSUS/TAHUN

    OBJEKTIF:

    A. Isolate DC motor.

    i. Identify the 3 types of DC motor according to configuration.

    ii.Explain and identify the operation DC motor according to principles.

    B. Inspect DC motor performance.

    i. Explain DC motor specification according to service manual.

    ii.Determine the DC motor characteristics according to specification.

    C. Service DC motor.

    i. Explain procedures opening and fixing DC motors according to service manual

    D. Test performance.

    i. Perform test run of DC motor performance according to standard.

    ii.Prepare performance report of DC motor according to report requirement.

    KOLEJ VOKASIONAL SG BULOHKM 22, JLN KUALA SELANGOR,47000 SG BULOH,SELANGOR.

    KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    2/23

    PENGENALAN

    Motor Arus Terus

    A. Motor Elektrik

    1. Motor elektrik menggunakan bekalan elektrik sebagai sumber tenaga dan menghasilkan

    tenaga mekanik dalam bentuk daya kilas dan putaran .

    2. Motor elektrik digunakan untuk mengendalikan pelbagai jenis peralatan kecil dan besar

    seperti pencukur elektrik , kipas angin , pembersih vakum dan juga kereta api elektrik .

    3. Unit kuasa motor elektrik ialah watt dan simbolnya ialah W.

    4. Selain watt , unit kuasa kuda ( HP ) juga digunakan dalam menentukan kuasa motor

    elektrik . ( 1 HP = 746 W ) .

    5. Motor elektriK terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

    a. Motor Arus Terus - AT ( DC Motor )

    b. Motor Arus ulang alik - AU ( AC Motor )

    6. Bagi motor yang dipasang ditempat yang mudah terbakar, penutup tepi dan rangka

    badan motor mestilah daripada jenis tahan haba.

    7. Motor AT berkendali menggunakan bekalan kuasa DC atau bateri sebagai punca

    bekalan .

    8. Motor AU terdiri daripada AU U Motor AU

    fasa tunggal menggunakan bekalan 240V AC manakala motor AC tiga fasa

    menggunakan bekalan 415 V AC .Motor AU tiga fasa lazimnya digunakan dalam sektor

    industri .

    9. Simbol motor :

    b) Motor AC Fasa Tunggal

    M

    a) Motor DC

    M

    L N

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    3/23

    B. Motor A.T

    1. Motor dan Penjana AT

    1. Motor boleh dijadikan penjana atau sebaliknya. Kedua-dua mesin ini adalah sama secara

    amnya. Perbezaan binaan mungkin berlaku pada bahagian penutup hujung dan aci.

    Perubahan ini dibuat untuk kesesuaian dengan jenis beban dan tempat ia dipasang.Sebagai

    contoh, jika motor bekerja untuk menarik 2 beban ia mungkin memerlukan 2 aci .

    2. Penjana AT menukarkan tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik, contoh dinamo basikal.

    3. Motor AT pula menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal, contoh, pemutar pita ,

    alat permainan bermotor , penghidup kenderaan , kipas radiator kereta ,motosikal elektrik ,

    dan penyejuk unit CPU Komputer.

    2. Prinsip Kendalian Motor AT

    - Kendalian motor AT adalah berdasarkan kepada prinsip di mana apabila satu

    pengalir yang membawa arus ditempatkan di dalam medan magnet, ia akan

    mengalami satu daya mekanik yang mempunyai arah yang ditentukan oleh Hukum

    Tangan Kiri Fleming.

    Rajah 1a : Hukum tangan kiri Fleming Rajah 1b : Asas pergerakan pengalir

    Rajah 1c : Motor DC arah putaran

    Perubahan tenaga motor AT

    MOTOR A.T

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    4/23

    - Prinsip Kendalian :

    Rajah i Rajah ii

    Rajah iii Rajah iv

    3. Binaan motor AT

    - Pada amnya binaan motor AT serupa dengan penjana AT. Perbezaannya hanyalah dari segi

    binaan luar untuk penyesuaian melakukan kerja yang berbeza.

    Rajah 2 : Gambarajahkeratan rentas motor AT

    Kutub

    medanKutub

    medan

    Penukar tertib

    Berus

    karbon

    Angker/Pemutar

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    5/23

    4. Bahagian-bahagian Utama Motor AT

    A. Pemutar ( Rotor ) terdiri daripada :

    i. Angker

    ii. PenukartertibB. Pemegun ( Stator ) terdiri daripada :

    i. Kutub Medan

    ii. Berus Karbon

    Rotor (pemutar) Stator(pemegun)

    Rajah 3 : Gambarajah sebenar motor AT

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    6/23

    C. Peneranganbahagian-bahagian utama motor AT :

    Bil Bahagian Keterangan Rajah

    1

    Kutub

    Medan

    Belitan pengalir pada kutub teras

    menghasilkan medan magnet

    Kutub Utama

    - Menghasilkan medan magnetyang akan bertindak balas denganmedan magnet angker.

    Kutub Antara

    - Mencegah bunga api & baikitindak balas angker

    2 Angker

    1. Komponen bahagian motor yang

    berputar dan merupakan bahagian

    yang menerima tenaga elektrik .

    2. Angker terdiri daripada :

    Teras besi silinder yang berlapis

    mempunyai lubang-lubang alur

    bagi menghasilkan medan magnet

    apabila dibekalkan dengan

    bekalan DC. Medan magnet

    bersaling tindak dengan medan

    magnet pemegun

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    7/23

    Jadual 1 : Bahagian-bahagian utama Motor AT

    menghasilkan daya putaran pada

    aci .

    Belitan Angker berfungsi untuk

    mengalirkan arus supaya teras

    angker menjadi elektromagnet .

    Lubang Alur berfungsi sebagai

    laluan untuk belitan angker dan

    memisahkan angker kepada

    beberapa ruas

    4Berus

    Karbon

    Fungsinya sebagai penyambung bekalan

    AT litar angker (perantaraan bekalan luar

    ke penukar tertib)

    3Penukar

    tertib

    1. Komponen ini berbentuk silinder yang

    terdapat di dalam pemutar, yang

    berfungsi untuk menghubungkan

    pengaliran arus dari bekalan kepada

    belitan angker melalui berus karbon .

    2. Ianya terdiri daripada susunan ruas

    palang logam yang diatur dan

    dipisahkan dengan penebat mika di

    antara satu sama lain.

    3. Penukar tertib digunakan sebagai

    penyambung belitan angker yang

    boleh menetapkan arah aliran arus

    http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Carbon_brushes.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/Image:Carbon_brushes.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/Image:Carbon_brushes.jpghttp://en.wikipedia.org/wiki/Image:Carbon_brushes.jpg
  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    8/23

    5. Jenis-jenis Motor AT

    Motor AT terdiri daripada :

    a) Motor AT siri

    b) Motor AT Pirau

    c) Motor AT Majmuk

    - bertokok

    - kerbezaan

    Motor Siri Belitan Medan Siri Motor Pirau (selari)Beli tan medan pirau

    Motor Majmuk Beli tan gabungan sir i & pirau

    6. Ciri-ciri Motor AT

    A. Motor Siri

    - Belitan berintangan rendah, disambung sesiri dengan angker.- Kelajuan boleh dikawal.- Daya kilas tinggi.

    - Kelajuan berkadar songsang dengan beban.

    B. Motor Pirau

    - Belitan medan berintangan tinggi, disambung selari dengan angker.- Kelajuan malar- Daya kilas sederhana- Kelajuan boleh dikawal

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    9/23

    C. Motor Majmuk

    - Mempunyai sifat/ciri motor siri & pirau- Kelajuan boleh diubah- Daya kilas tinggi

    7. Gambarajah Litar Motor AT

    Motor DC Siri

    Motor DC Pirau

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    10/23

    Motor Majmuk (Kebezaan)

    Motor majmuk bertokok

    8. Pemula Motor AT

    i. Keperluan Pemula

    o Mengurangkan arus permulaan bagi mengelakkan berus karbon dan belitan

    angker rosak / terbakar

    ii. Perlindungan

    o Perlindungan tanpa voltan

    o Perlindungan beban lebih

    iii. Pemula bagi motor AT dikenali sebagai Pemula Plat Muka.

    iv. Terdapat 3 jenis pemula plat muka, iaitu:

    o Pemula plat muka 2 poinuntuk motor-motor siri.

    o Pemula plat muka 3 poin

    o Pemula plat muka 4 poin

    v. Kendalian pemula plat muka ini boleh dibina secara kendalian insani atau automatik.

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    11/23

    Pemula Plat Muka 2 Poin

    Pemula Plat Muka 3 Poin

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    12/23

    Pemula Plat Muka 4 Poin

    vi. Prinsip Kendalian:

    - Sentuhan 1 - arus mengalir melalui R1, R2 R3 & R4.

    - Sentuhan 2 - arus mengalir melalui R2, R3& R4.

    - Sentuhan 3 - arus mengalir melalui R3 & R4.

    - Sentuhan 4 - arus mengalir melalui R4.

    - Sentuhan 5 - arus mengalir terus ke angker.

    - Tangkai dipegang oleh gegelung tanpa voltan.

    vii. Bahagian utama Pemula Plat muka

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    13/23

    o Penerangan :

    Perintang pemula.

    - Bertugas sebagai penghad arus permulaan

    Geganti Tanpa Voltan.

    - Berfungsi sebagai perlindungan tanpa voltan

    Geganti Beban lampau.

    - Bertugas sebagai pelindung beban lebih.

    Lengan / tangkai.

    - Bertugas sebagai penyambung litar di antara perintang pemula dengan

    pengubah nilai rintangan pengubah.

    Pegas ( spring ).

    - Berfungsi sebagai pengawal lengan agar kembali ke kedudukan asal jika berlaku

    gangguan bekalan.

    PEMASANGAN PEMENCIL DAN PEMULA MOTOR

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    14/23

    9. Kawalan Motor AT

    i. Semua motor elektrik mestilah mempunyai kawalan dan perlindungan, kawalan yang

    paling asas ialah kawalan menghidupkan dan kawalan henti.

    ii. Lain-lain kawalan yang biasa digunakan ialah:

    i. Menambahkan kelajuan/ pecutan

    ii. Mengurangkan kelajuan / pecutan

    iii. Kalajuan teratur

    iv. Brek

    v. Pembrekan palam

    vi. Jok ( Putaran berdikit-dikit secara berulangan)

    vii. Balikan putaran

    viii. Perlindungan daripada beban lebih dan lain-lain

    A. Kawalan Kelajuan Motor AT

    i. Kawalan kelajuan ialah kawalan motor samada hendak dilajukan atau sebaliknya.

    ii. Kelajuan motor AT dapat dikawal dengan mengawai

    o Mengawal Voltan ke angker,

    o Mengawal Arus di medan

    o Mengawal Voltan bekalan

    iii. Kaedah yang digunakan untuk mengubah pemboleh ubah tersebut termasuklah denganmenggunakan reostat medan, reostat angker dan litar penerus terkawal.

    a) Kawalan Laju Reostat Terkawal

    Laju aci bagi motor pirau atau motor majmuk boleh diubah dengan menyambungkan satu

    reostat secara siri dengan belitan medan pirau. Motor menggunakan dua reostat, satu reostat

    mula dan satu lagi reostat untuk mengawal kelajuan. Motor dimulakan dengan melaraskan

    reostat medan pirau pirau untuk mendapatkan rintangan minima. Ini membolehkan arus medan

    mengalir dan menyebabkan motor mencapai laju larian minima. Reostat medan pirau dilaraskanuntuk meningkatkan laju motor ke nilai yang dikehendaki. Dengan meningkatkan rintangan, arus

    medan menurun dan ini menyebabkan laju motor bertambah.

    Kawalan laju dengan reostat medan

    pirau

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    15/23

    b) Kawalan Reostat Angker

    Belitan ini disambungkan secara siri dengan angker pada motor berbelitan siri, kelajuannya

    boleh diubah dengan menyambungkan reostat secara siri dengan belitan angker dan belitan

    medan. Satu reostat mula dan satu reostat kawalan laju digunakan. Kelajuan motor meningkat

    apabila rintangan reostat kawalan laju dikurangkan dan begitu juga sebaliknya. Reosta kawalan

    laju merupakan peranti yang mempunyai tugas yang lebih berat berbanding reostat yabg

    digunakan dalam gambarajag di atas. Oleh sebab kesemua arus angker perlu mengalir melalui

    reostat kawalan laju, ia mesti berupaya melesapkan kuasa yang jauh lebih besar berbanding

    reostat medan pirau.

    Kawalan laju dengan reostat siri

    Bagi motor siri, kawalan kelajuan biasanya menggunakan rintangan pembahagi medan ataurintangan pembahagi angker. Perintang ini akan dipasang selari dengan medan bagi jenis

    kawalan pembahagi medan atau disambung selari dengan angker bagi kawalan jenis

    pembahagi angker. Kawalan pembahagi medan mengawal medan. Ia boleh mengurangkan

    arus di medan, seterusnya fluk akan berkurangan dan laju motor bertambah. Bagi kawalan

    pembahgi angker, ia dapat menambahkan arus di medan seterusnya laju akan berkurangan.

    Kawalan pembahagi medan Kawalan pembahagi angker

    menambah laju motor mengurang laju motor

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    16/23

    B. Menghentikan Motor

    Motor boleh diberhentikan dengan beberapa cara. Dalam sesetengah penggunaan, motor

    dibiarkan berhenti dengan sendiri, manakala dalam penggunaan lain, putaran perlu

    diberhentikan sebaik saja suis henti ditekan.

    3 kaedah yang sering digunakan untuk menghentikan motor dengan cepat.

    a. pembrekan dinamik

    b. pembrekan palam

    c. pembrekan geseran.

    a. Pembrekan dinamik.

    Jika pembrekan dinamik digunakan, motor disambung sebagai penjana apabila suis henti

    ditekan. Ini menghasilkan kilas balas yang memperlahankan dan menghentikan motor dengan

    cepat.

    b. Pembrekan palam.

    Pembrekan palam dicapai dengan memaksa motor menterbalikan arah pusingan/putaran

    apabila suis henti ditekan. Semasa motor berhenti dengan cepat, voltan talian dibuang untuk

    mengelakkan motor daripada berpusing dalam arah terbalik.

    c. Pembrek geseran.Pembrek geseran merupakan suatu teknik mekanik yang menggunakan kasut brek dan sebuah

    gelendong brek dipasang pada rotor. Sebuah geganti yang ditenagakan akan menyebabkan

    kasut brek tebuka dan terletak jauh dari gelendong semasa motor dikendalikan. Apabila suis

    henti ditekan, geganti dinyahtenaga untuk membolehkan kasut brek mengapit disekeliling

    gelendong brek, lalu menghentikan motor.

    C. Pendikitan Dan Pengincian

    Sesetengah mekanisme memerlukan pacuan dengan menggunakan motor seperti perkakasmesin, perlu diletakkan dengan persis secara insani. Ini boleh dicapai dengan suis pendikitan

    atau suis incian. Penggunaan pendikitan dan pengincian selalunya bertukar ganti untuk merujuk

    kepada penutupan suis ssecara pantas dan berulang kali untuk mencapai tokokan yang kecil

    dalam pergerakkan mesin. Walaupun suis mula dan suis henti lazim digunakan untuk

    pendikitan, tetapi suis tersebut tidak dapat memberi kepersian yang diperlukan. Setiap kali suis

    mula ditekan, motor terus berpusing sehingga suis henti digerakkan. Apabila suis pendikitan

    digunakan, motor hanya berpusing selagi suis pendikitan itu ditekan.

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    17/23

    D. Menterbalikan Arah Pusingan Motor

    i. Arah pusingan rotor motor bergantung pada kekutuban ,medan magnet dan juga arah

    aliran arus yang mengalir melalui angker.

    ii. Arah pusingan rotor boleh diubah dengan menukar sambungan gegelung medan atau

    sambungan angker.

    iii. Menterbalikan kekutuban voltan talian tidak akan mengubah arah pusingan.

    iv. Ini disebabkan penukaran tesebut akan mengubah kekutuban kutub medan dan juga

    arah aliran arus.

    v. Teknik yang digunakan untuk menterbalikan arah pusingan rotor motor AC bergantung

    pada jenis motor berkenaan.

    vi. Arah pergerakkan rotor motor tiga fasa bergantung pada jujukan fasa punca bekalan

    yang disambungkan pada motor tersebut.

    vii. Menikar mana-mana dua daripada tiga sambungan voltan tiga dawai kan menterbalikan

    pusingan rotor.

    viii. Arah pusingan rotor motor satu fasa, motor fasa pisah dan motor aruhan pemuat mula

    boleh diterbalikan dengan menukar samada sambungan belitan stator utama atau

    sambungan belitan stator bantunya.

    E. Perlindungan Arus Beban Lebih Dan Voltan Kurang

    i. Peranti beban lebih seperti fius talian dan pemutus litar talian perlu digunakan untukmelindungi motor daripada arus beban lebih apabila beban yang berlebihan

    disambungkan pada motor .

    ii. Kebanyakkan motor menjadi terlampau panas dan mungkin akan terbakar jika

    dikendalikan pada voltan yang rendah.

    iii. Peranti perlindungan voltan kurang akan memutuskan bekalan kuasa kepada motor

    apabila berlakunya keadaan voltan rendah atau keadaan tanpa voltan.

    iv. Kebanyakkan peranti perlindungan tersebut membolehkan permulaan semula secara

    automatik apabila amplitud voltan kembali kepada keadaan biasa atau bekalan kuasadipulihkan

    10. Pemilihan Motor AT

    Diantara faktor pemilihan bagi sesuatu jenis motor Arus Terus, ialah:

    o Kadaran voltan / arus

    o Kuasa kuda

    o Bilangan kutub

    o Suhu kendalian

    o Kelajuan

    o Jenis penutup

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    18/23

    o Cara pemasangan

    o Saiz

    o Bilangan aci

    11. Sifat & Kegunaan Motor AT

    KAEDAH PENYAMBUNGAN MEDAN DAN ANGKER

    Kaedah penyambungan medan dan angker akan menentukan sama ada kekuatan medan

    dalam motor bertambah atau berkurangan.

    KAEDAH MENUKAR ARAH PUTARAN MOTOR

    Pergerakan motor kadangkala memerlukan arah putaran yang berlawanan, sama ada

    mengikut atau melawan pusingan jam.

    Mesin seperti kren,lif dan pengadun perlu berkendali dalam arah yang berlawanan.

    Arah putaran angker motor DC bergantung kepada arah pengaliran arus pada belitan

    medan atau belitan angker.

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    19/23

    Jadual di bawah menunjukkan kaedah penyambungan belitan medan dan belitan angker

    untuk menukarkan arah putaran motor

    PENGENDALIAN MOTOR DC.

    A. KESELAMATAN

    Bagi mengendalikan Motor DC, langkah-langkah keselamatan perlu diambil

    untuk memberi perlindungi keselamatan kepada pengendali dan mesin.

    Mengikut peraturan STM/IEE, setiap motor yang mempunyai kadaran melebihi

    0.37kW mestilah dilengkapi dengan pemula motor yang boleh memberikan

    perlindungan daripada keadaan tanpa voltan.

    Jadual di bawah menunjukkan pemasangan pemencil dan pemula.

    Bi l Aspek

    KeselamatanTujuan Alat yang digun akan

    1 Pemencilan

    Mengasingkan bekalan ke motor

    Memutuskan bekalan ke motorSuis perangkai berfius

    Pemutus litar

    2 Perlindungan Melindungi motor semasabermula dan berkendali

    Pemula motor plat muka

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    20/23

    B. PRINSIP KENDALIAN MOTOR DC

    Terdapat 2 prinsip kendalian pada motor DC iaitu : -

    a) Penghasilan Daya Kilas .

    b) Daya gerak Elektrik ( dge ) Balikan .

    MELAKSANAKAN PENGUJIAN MOTOR

    A. Prosedur penyenggaraan

    B. Senggaraan Cegahan

    i. Kebanyakan peralatan elektrik memerlukan pemeriksaan dan senggaraan yang

    terancang bagi menjamin peralatan tersebut bekerja di dalam keadaan baik dan

    sempurna.

    ii. Tempoh masa pemeriksaan bergantung kepada peralatan dan keupayaannya.

    iii. Pekerja senggaraan mestilah peka dengan menggunakan seluruh pancainderanya

    untuk menilai atau mencari kerosakan yang berlaku seperti:

    Hidung boleh membau penebat (insulation) yang terbakar.

    Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan pada

    belitan atau alas.

    Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor berkenaan.

    Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau

    bahagian-bahagian mekanikal yang mengalami kerosakan.

    iv. Dengan pancaindera banyak membantu pelbagai ujian dan peraturan bagi tujuan

    pemastian.

    v. Dengan pemahaman tentang prinsip elektrik dan ujian kecekapan peralatan

    berkenaan adalah penting untuk dikenalpasti.

    C. Pemeriksa Bertempoh (Periodic Inspection):

    i. Program senggaraan bertujuan menghalang daripada berlakunya kerosakan padaperalatan berkenaan daripada membaikinya.

    ii. Pemeriksaan bertempoh yang sistematik adalah diperlukan untuk mendapatkan

    keputusan yang memuaskan.

    iii. Didalam program senggaraan cegahan yang baik, pemeriksaan yang tepat adalah

    diperlukan. Orang yang bertanggungjawap perlu menyimpan keputusan pemeriksaan

    bagi setiap motor di dalam industri berkenaan bagi tujuan penganalisaan pada masa

    akan datang. Pemeriksaan dan servis mestilah secara sistematik.

    iv. Kekerapan pemeriksaan dan darjah penggunaan atau ketahanan berubah-ubah dan

    perlu dianalisa oleh jurutera senggaraan.

    v. Penganalisaan itu mestilah bergantung kepada beberapa perkara iaitu;

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    21/23

    Kepentingan motor tersebut berdasarkan kepada skim pengeluaran, dimana

    apabila motor tersebut gagal beroperasi pemberhentian pengeluaran yang

    serius berlaku.

    Peratusan motor untuk beroperasi berdasarkan kepada proses pengeluaran.

    Keadaan servis yang dilakukan.

    Kesekitaran dimana motor tersebut digunakan.

    vi. Dari sini jadual pemeriksaan dibentuk dan berubah-ubah dari satu loji yang lain.

    vii. Sepasifikasi pengeluar dan prosedur perlulah dirujuk dan diikuti.

    viii. Di bawah ini adalah contoh jadual servis pada motor elektrik yang secara kasarnya

    merangkumi motor a.u. dan a.t.

    Setiap Minggu

    o Pemeriksaan komutator dan brus.

    o Paras minyak pada bearing.

    o Oil ringyang berpusing dengan aci.

    o Samada bahagian aci yang terdedah tidak terdapat minyak atau gris.

    o Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius suis dan sebagainya.

    o Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan pada masa yang sama.

    Setiap Enam Bulano Bersihkan motor dengan membuang kekotoran yang terdapat pada belitan,

    komutator dan berus.

    o Periksa komutator clamping ring.

    o Periksa berus dan tukar jika perlu.

    o Periksa pemegang berus, bersihkan jika kotor dan pastikan berus tersebut

    mempunyai sedikit ruang di dalam pemegangnya untuk bergerak.

    o Periksa tekanan pada berus dan posisinya.

    o Buang, bersihkan dan tukar minyak di dalam alas sleeve.

    o Periksa kelajuan operasi motor berkenaan.

    o Pastikan aci berkenaan normal dan berkedudukan teguh pada tempatnya.

    o Periksa penyambungan pada motor dan kawalannya.

    o Periksa arus masukkan dan bandingkan dengan yang asal.

    o Ujian keatas motor beroperasi samada ia beroperasi secara lancar atau terdapat

    getaran.

    o Periksa motor foot bolt, pelindung akhir, pulley dan sebagainya.

    o Pastikan semua alat pelindungan (cover) dipasang pada tempat asalnya.

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    22/23

    Setahun Sekali

    o Bersihkan gris dan tukarkan yang baru pada alas bebola.

    o Ujian penebatan.

    o Pemeriksaan ruang udara.

    o Bersihkan kekotoran megnetik yang terletak pada kutub.

    o Pemeriksaan kelegaan antara aci dan kotal jounal.

    o Bersihkan komutator dan pastikan ia berkeadaan licin.

    o Ujian penyambungan komutator dan gelung armature.

    o Pemeriksaan armature band.

    KESELAMATAN ELEKTRIK

    i. Kelengkapan-kelengkapan di bengkel Elektrik beroperasi dengan menggunakan kuasa

    elektrik.

    ii. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak digunakan perlulah mematuhi peraturan yang

    telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (STM) atau Institution Electrical Engineering

    (IEE).

    iii. Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya berada dalam

    keadaan yang baik.

    iv. Punca punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut

    peraturan yang telah ditepikan oleh STM atau IEE.v. Alatalat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.

    vi. Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau meter

    pelbagai.

    vii. Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik. Gunakan kasut

    getah yang kering dan tidak berminyak.

    viii. Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan alatalat elektrik.

    ix. Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai dawai elektrik yang tidak

    bertebat.x. Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat memutuskan

    bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan

    elektrik.

    xi. Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya jika

    punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere

  • 5/20/2018 KPK1 Motor DC

    23/23

    PERATURAN IEE/ST BERKAITAN MOTOR DC

    i. Setiap motor mestilah mengadakan suis pemencil bagi memutuskan bekalan ke motor,

    ke litar kawalan dan sebagainya. Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang

    mudah dicapai.

    ii. Peranti pelindung boleh disambungkan ke mana-mana litar di sepanjang pengalir litar

    akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar. Oleh itu peranti ini boleh dipasang di

    dalam pemula.

    iii. Pelindung litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya penurunan keupayaan

    membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti pelindung ini boleh juga dipasang pada

    bahagian beban dengan syarat jarak di antara peranti pelindung litar pintas dan titik mula

    keupayaan membawa arus mula menurun tidak melebihi 3 m.

    iv. Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus permulaan, arus pemecutan

    dan arus beban motor hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan kadaran arus

    beban penuh motor itu.

    v. Saiz kabel bagi menyuap motor aruhan gelung gelincir atau motor aruhan

    berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menangung arus permulaan dan arus beban

    penuh kerana arus ini lebih besar daripada arus di pemegun.

    vi. Motor yang berkadar lebih daripada 0.37kW hendaklah mempunyai alat kawalan yang

    mempunyai pelindung arus lebih (beban lampau) bagi melindungi motor dan kabel

    antara alat kawalan itu dan motor.

    KADARAN ARUS DAN KABEL KE MOTOR DC

    RUJUKAN:

    1. Electrical And Electronics Engineering Studies. Kementerian Pendidikan Malaysia;

    2006;. Dewan Bahasa dan Pustaka .

    2. www.emt-india.net/...motors/working of DC & AC Electrik Motors

    3. www.vicphysics.org/documents/teachers/DC%20motors%20Questions.doc