KRITIKAN sosial 1

Embed Size (px)

Citation preview

KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama. Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah. Kritikan sastera bertujuan untuk menceritakan sesuatu karya sastera, sama ada sajak, cerpen, novel atau drama, mentafsir serta menilainya. Menceritakan sesuatu karya itu perlu sebelum seseorang pengkritik dapat mentafsirnya dan selanjutnya membuat penilaian. Oleh yang demikian, kritikan bererti suatu pandangan, malah suatu pandangan hidup, kerana karya yang hendak ditafsir dan dinilainya itu adalah secebis kehidupan. Adakah kehidupan yang digambarkan dalam karya itu melambangkan atau mewakili kebenaran, seperti kata Keris Mas, atau kebenaran dan keindahan sekaligus, seperti kata Keats. Tidak kira berapa banyak teori kritikan yang telah dihasilkan di Barat, dari formalism ke Kritikan Baru, ke fenomelogi, ke semiotik, ke hermaniutik, ke dekonstruksi hingga ke feminisme, apa yang diperlukan oleh seseorang pengkritik itu ialah suatu pandangan hidup yang benar tentang manusia, masyarakat dan alam semesta. Kita menekankan pandangan hidup yang benar itu, kerana ada pandangan hidup yang batil sebagai lawannya. Di antara dua pandangan hidup ini, memang ada cabang-cabangnya, tetapi pada dasarnya kita senantiasa terpaksa berbalik kepada dua pandangan hidup. Pandangan hidup yang benar itu tidak lain daripada manifestasi Yang Baik (the Good) yang disebut oleh Plato. Pandangan pertama membuahkan kritikan formalistik di mana kajian dibuat mengenai aspek-aspek bentuk saja. Pandangan yang kedua menimbulkan kritikan yang boleh dinamakan kritikan sosial. Menurut De Bonald, hasil kesusasteraan sebenarnya adalah gambaran kenyataan dan ekspresi masyarakat. Segala yang terjadi di persekitarannya akan menjadi bahan yang menarik untuk digenrekan. Pendekatan merupakan satu cara untuk mengkaji sesuatu ilmu. Sosiologikal pula merujuk kepada masyarakat. Pendekatan Sosiologikal bermaksud satu ilmu atau

pendekatan yang mengkaji dan mempelajari masyarakat secara keseluruhan termasuk hubungan sesame manusia, manusia dengan masyarakat, dan masyarakat dengan golongan borjuis. Perintis pendekatan sosiologikal iaitu Hippolyte Taine, menegaskan bahawa kesusasteraan harus dinilai dari sudut masa, bangsa dan persekitaran sosial pada zaman tersebut. Terdapat dua konsep asas pendekatan sosiologikal iaitu masyarakat zaman tersebut melihat sastera sebagai cermin sejarah dan pendekatan ini menekankan faktor dalaman sastera seperti aspek perwatakan yang menggambarkan sifat individu dari pelbagai segi dan peribadi yang telah dibentuk oleh masyarakat seperti yang terdapat di dalam novel ceria kasih. Selain itu, watak telah disediakan tugas dan matlamatnya melalui proses ekonomi, sosial, industry dan politik. Sesebuah karya tidak akan menjadi agung jika tidak menggambarkan perjuangan manusia dalam masyarakat. Sastera bukan sahaja merupakan gambaran masyarakat, tetapi ianya juga boleh mengubah fahaman dan cara hidup manusia. Cara hidup manusia bermaksud corak hidup sosialis dan komunis di mana masalah masyarakat seperti ketidakadilan,penindasan, kemiskinan rakyat, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain lagi. Selain itu penulis harus mengemukakan jalan penyelesaiaan masalah tersebut dengan menggunakan kebijaksanaan akal fikiran. Watak tidak hanya menerima takdir semata-mata dan redha dengan ketentuan tuhan. Di damping itu, ciri konsep yang dipegang oleh realism sosialis ada kaitan dengan fahaman. Mereka menolak hubungan karya yang mempunyai hubungan dengan dengan alam fantasi termasuklah ritual-ritual. Dalam kritikan sastera, terdapat juga beberapa corak kritikan sosiologikal yang dapat menolong kita untuk mengaplikasikan dengan cara yang paling adil. Pendekatan sosiologikal menekankan aspek ajaran sosial tentang bagaimana hendak menjadi rakyat yang berguna. Kemudian sastera yang mempunyai unsur pengajaran moral, ditaktik boleh menjadikan sebuah karya bersifat dogmatik dan penganut fahaman realism yang akan menghasilkan dan mengkritik keadaan masyarakat yang pincang seperti rasuah, penyelewengan dan berbagai lagi.

Selain itu, sebagai seorang pengkritik, sifat-sifat donktrinasi dalam sesebuah karya sastera harus diperhatikan, terutama sekali apakah yang menyebabkan hal tersebut menjadi dominan dalam karya. Penekanan harus juga dibuat terhadap kesannya pada keseluruhan sastera Dalam bidang kesusasteraan, pendekatan sosiologikal tergolong dalam ekstrinsik iaitu mengaji karya sastera dengan menggunakan ilmu bantu diluar bidan kesusasteraan. Bagi mengetahui dengan lebih mendalam, kita perlu mengetahui aspek di antara sastera dengan masyarakat berdasarkan ideology dan sikap masing-masing. Pengarang yang terlibat secara langsung selalunya akan membantu dalam proses penciptaan sastera yang lebih serius. Mereka mestilah hidup tidak jauh daripada masyarakat. Mereka mesti menempuhi onak berduri dan asam garam dalam kehidupan serta bertindak sebagai nadi penggerak pejuangan rakyat. Tugas pengkritik ialah melihat sejauh mana bahan dan sumber peristiwa sehari-hari itu diangkat menjadi karya yang serius. Seorang pengkritik menggunakan pendekatan sosiologikal dalam menilai dan meneliti kesusasteraan. Pertama, sebelum melihat sastera, perlulah ditinjau terlebih dahulu tentang riwayat hidup penulis termasuk tempat lahir, pendidikan, status sosial dan sebagainya. Pengalaman daripada pengarang membantu dalam penciptaan sesebuah karya. Kedua aspek dalam karya diteliti dari sudut kepentingan kemasyarakatan. Tema yang baik bersesuiaan dengan pembaca akan menggerakkan mereka untuk lebih sensitif terhadap hidup masyarakat. Watak mestilah lebih terdiri daripada rakyat biasa yang tidak mempejuang nasib dirinya sahaja, tetapi untuk kebaikan masyarakat. Plot pula tidak terlalu kompleks hingga sukar untuk dibaca. Bahasa mestilah ringkas, padat dan tepat sertatidak terlalu berkhayal dengan penuh imaginatif. Ketiga, ialah kesan terhadap masyarakat. Novel-novel yang bakal mendapat kedudukan istimewa ialah apabila saranan progresifnya diterima dan dapat ijadikan landasan. Keempat ialah pengaruh yang dilihat dalam konteks menghayati ajaran sosialisme dalam sastera. Aspek pengaruh ini ditinjau dari sudut pengaruh institusi kesusasteraan terhadap pertumbuhan dan pekembangan sastera. Kelima yang menjadi pusat kritikan sosiologikal ialah melihat tatautusila, etika, budaya

dan falsafah masyarakat yang terdapat dalam sesebuah karya. Istilah sosial merujuk kepada susun lapis masyarakatyang digambarkan dalam karya. Terdapat juga pendekatan kritikan sosiologikal seperti sastra perlu dilihat daripada tema atau pemikiran tentang kelas. Kemudian kesusasteraan harus diabdikan untuk kepentingan negara atau kelas sosial yang memegang tampuk pemerintahan. Seterusnya, realism sosialis mempunyai ukuran yang tersendiri terhadap karya yang bermutu tinggi. Karya perlu mengandungi ajaran yang memberi kesedaran kepada masyarakat dan unsur-unsur palsu dibenarkan masuk di dalam karya demi menegakkan kepantingan kelas sosial yang diperjuangkan. Tujuan unsur palsu adalah untuk menjadi teladan dan contoh bagi menguatkan isi. Kesimpulan disini dapat dinyatakan bahawa pendekatan sosiologikal menegaskan kesusasteraan yang bermaruah dan diberi keutamaan ialah karya yang berdasarkan sejarah reality bagi sesuatu masyarakat. Tujuan utama kritikan ialah mengarahkan karya sastera menjalankan tugas pendidikan.

Cerita ini mengisahkan tentang Nadia, seorang pelajar Universiti yang terpaksa Menguruskan kilang perabut kepunyaan ayahnya yang sedang mengalami masalah kritikal pada ketika itu disebabkan oleh penyelewengan dilakukan oleh abang Kamal. Di Universiti, Nadia telah bercinta dengan seorang jejaka yang bernama Affendi, seorang lelaki yang kuat cemburu. Apabila cuti semester, Nadia telah menguruskan kilang perabut ayahnya. Dia telah berkenal dengan Amar seorang pekerja di kilang perabut ayahnya yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Nadia telah dibantu oleh Amar untuk memulihkan perniagaan Encik Mansor dan mereka telah berusaha untuk membongkarkan segala kejahatan Kamal yang selama ini telah merosakkan perniagaan Encik Mansor. Di dalam usaha untuk menyelamatkan kilang, Nadia tanpa disedari telah menyukai Amar dan telah tercetusnya perasaan berbelah bagi antara Affendi dan Amar. Pada suatu malam Kamal bersama konconya telah merancang untuk membakar kilang ayah Nadia, tetapi telah diselamatkan oleh Amar yang menjangkakan hal tersebut. Dalam pergelutan tersebut, Amar telah mengalami kecerderaan dan Kamal telah diberkas polis. Setelah semuanya selesai, Amar menggantikan tempat Kamal dan melupakan hasratnya untuk bekerja sebagai pengurus di Pulau Pinang. Manakala Nadia kembali pulang ke Universiti dengan hatinya berbelah bagi antara Affendi dan Amar.

Dalam novel ceria kasih yang ditulis oleh Elbi Wahida telah membawakan beberapa watak yang diketuai oleh Nadia sebagai watak utama dan telah disokong oleh watak-watak lain seperti Affendi, Amar, Encik Mansor, Salbiah, Kamal dan lain-lain lagi. Selain itu, pengarang juga mengemukakanberbagai tema dan persoalan seperti seorang pelajar Universiti yang tabah dalam menguruskan kilang kepunyaan ayahnya sertaterdapat juga nilai-nilai dan pengajaran yang dapat diambil dalalam novel tersebut. Pada mulanya pengarang telah meletakkan watak Nadia sebagai seorang pelajar yang setia kepada Affendi teman lelakinya. Penyataan ini dapat dibuktikan apabila Nadia sanggup menunggu kedatangan Affendi walaupun kelas sudah bermula. Selain itu, kesetiaan Nadia dibuktikan lagi apabila dia sanggup menahan keegoan Affendi dan tidak mempedulikan kritikan dari kawannya. Dia juga dapat menerima Affendi walaupun Affendi datang dari keluarga yang susah dan telah dibuktikan dengan surat yang dituliskan kepada Affendi yang bertulis I love u too and plesejangan usik Nadia lagi. Namun begitu, setelah berkenalan dengan Amar,kesetiannya kepada Affendi mula berbelah bagi kerana dia telah menaruh harapan kepada Amar.

Amar. Rintihan dalam hatinya. Dan sekali gus, surat tawaran kerja itu diletakkan di atas meja. Nadia terus bangun dan meninggalkan meja makan. Dia terus melulu ke tangga. Baru sampai di mata tangga ketiga, perasaan sebak makin mendalam. Sedikit demi sedikit tanpa disedari, air mata menitis membasahi pipi. (petikan ceria kasih m/s 101). Dan perasaan itulah yang dibawanya sewaktu kapal terbang berlepas meninggalkan Lampangan Terbang Senai. Hingar-bingar kampus semakin terngiang-ngiang di telinga. Wajah Amar dating silih berganti. (ceria kasih m/s 114).

Pertikan di atas jelas menunjukkan perasaan Nadia yang sudah menyukai Amar dan sekali gus hilang hilang kesetiaannya pada Affendi.ini menunjukkan sifat masyarakat yang tidak mempunyai kesetiaannya terhadap perhubungan. Di sini timbulnya persoalan sama ada kesetiaan manusia akan terlerai hanya kerana mereka berjauhan dan didampingi oleh orang lain. Namun demikian, masyarakat seharusnya mempunyai sikap setia sama ada berkawan mahupun dalam perhubungan percintaan. Selain itu dalam novel ceria kasih, pengarang menonjolkan sikap masyarakat yang terlalu berlembut hati dan baik. Watak tersebut dijelmakan melalui Encik Mansor yang merupakan pemilik kepada syarikat pembuatan perabot. Beliau tidak mengambil sebarang tindakan kepada Kamal kerana menggunakan kereta syarikat untuk urusan peribadi. Kebaikan Encik Mansor diperkukuhkan dengan petikan berikut

Ada tapi kami tidak pernah mencatatkan butir-butir perjalanan. Encik Mansor tak pernah Tanya atau soal,. Ujar Kak Salbiah. Abang Kamal tersengih. (muka surat 38)

Encik Mansor juga tidak mengambil sebarang tindakan kepada para pekerjanya kerana datang kerja lewat , membawa anak-anak ke syarikat. Dan menggunakan telefon pejabat pada waktu kerja yang bukan tujuan syarikat.

Cik Nadia tak patut buat saya macam ini. Dah tiga tahun saya bekerja di sini, Encik Mansor sendiri tak melarang saya menggunakan telefon. Ini tiba-tiba sahaja, Cik Nadia dah pandai nak menapis panggilan untuk saya, ( muka surat 52 )

Bukti petikan tersebut membuktikan bahawa peribadi yang dimiliki pewatak terlalu mulia dan agak kurang berlaku dalam masyarakat hari ini. Walau bagaimana pun kebaikan yang kita lakukan haruslah mempunyai batas-batasnya bagi mengelakkan berlakunya pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan di atas kebaikan kita.

Sungguh pun begitu, perwatakan Amar yang ditonjolkan pengarang dalam novel ceria kasih amatlah bersesuaian dengan masyarakat hari ini yang suka memilih pekerjaan. Pengarang menggambarkan sikap Amar yang memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan tetapi sanggup bekerja sebagai pekerja bawahan. Amar juga diberikan sifat seorang yang merendah diri dan tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana apabila ditanya tentang pelajaran, dia hanya memberitahu bahawa dia mempelajari daripada buku.

Di mana awak belajar buat resume macam ini? Setahu saya.. oleh keraguan kembali timbul. Resume yang dibuat oleh Amar cukup kemas. macam biasalah Cik Nadia. Saya belajar daripada buku. Contohnya dah ada, Cuma tiru saja. (muka surat 74)

Perkara ini amat bersesuaian sekali dengan pendekatan sosiologikal yang sememangnya menekankan aspek ajaran-ajaran sosial seperti bagaimana hendak menjadi seorang yang berguna.

Dalam novel ceria kasih, pengarang juga telah mewujudkan watak masyarakat antagonis seperti masyarakat yang tidak amanah. Melalui penyataan berikut watak Kamal dianggap sesuai kerana dia merupakan seorang pekerja yang tidak amanah kerana telah menyalahgunakan kuasa yang diberikan oleh Encik Mansor. Dia telah menggunakan kilang perabot majikannya untuk memproses perabot miliknya sendiri. Selain itu Kamal juga melambangkan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak menjalankan pekerjaan dengan ikhlas malah berusaha untuk menghancurkan kilang perabot tersebut. Dia telah menyebarkan fitnah bahawa Encik Mansor tidak adil dan mengatakan kilang perabot tersebut telah bankrap.

saya sudah tanya bebrapa orang perusaha perabot di bandar ini. Mereka kata Abang Kamal pukul canang mengatakan Encik Mansor tidak adil, layan pekerja macam layan kucing. (muka surat 78 )

Sikap Kamal telah menyebabkan banyak maslah kepada orang ramai. Kamal sepatutnya berusaha untuk membangunkan kilang perabot Encik Mansor kerana dia telah lama bekerja di situ, malahan telah diberi kepercayaan oleh Encik Mansor. Keadaan ini telah melanggar konsep pendekatan sosiologikal yang mahukan masyarakat itu lebih bertanggungjawab dan berguna untuk orang lain.

Novel ceria kasih juga telah memaparkan sikap sebilangan masyarakat yang tidak tahu menghormati orang lain. Pengarang meletakkan sikap sedemikian kepada Kak Salbiah dan Abang Kamal. Mereka merupakan pekerja kilang perabot, tetapi mereka tidak menghormati Nadia yang merupakan anak kepada Encik Mansor merangkap anak majikan. Hal ini dapat dibuktikan semasa Nadia tidak membenarkan Kak Salbiah untuk menggunakan telefon pejabat untuk urusan peribadi dan sewaktu Nadia tidak membenarkan Kamal masuk ke kilang perabot ayahnya. Nadia jangan masuk campur urusan Abang Kamal. Nanti nadia pun terlibat sama, tingkah Abang Kamal. Wajah Nadia direnung tajam-tajam. (muka surat 94)

Isu yang dibawa pengarang amat sesuai dengan konsep pendekatan sosiologikal yang menyatakan karya sastera harus dilihat dari sudut pertentangan kelas antara pihak atasan dan pihak bawahan. Namun begitu sebagai seorang yang hidup bermasyarakat, kita haruslah menghormati sesame sendiri.

Di sini dapat disimpulkan bahawa novel ceria kasih nukilan Elby Wahida telah menjelmakan pelbagai pendekatan sosiologikal yang berlaku dalam masyarakat

dari dahulu hinggalah sekarang. Pelbagai watak telah ditonjolkan oleh pengarang seperti watak antagonis,protagonist dan lain-lain lagi. Sungguh pun begitu pengarang seharusnya membawakan Nadia dengan sifatnya yang lebih berpendirian kerana menguruskan syarikat bukanlah sesenang merobohkannya.