KRONOLOGI PERLEMBAGAAN

Embed Size (px)

Citation preview

CARTA GARIS MASA

1.0 GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA TAHUN 1963 PERISTIWA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA Perlembagaan Malaysia diperbaharui apabila Singapura, Sabah dan Sarawak bergabung dengan Tanah Melayu lalu membentuk Malaysia pada 16 September 1963 SURUHANJAYA COBBOLD Terdiri daripada dua orang wakil British dan dua orang wakil kerajaan. Tujuan suruhanjaya ini adalah meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak untuk membina satu Perlembagaan baru. TOKOH TERLIBAT Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1962

Lord Cobbold Dato Wong Pow Nee En. Mohd Ghazali bin Shafie Sir Anthony Abell Sir David Watherston Mr. Harris

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 1957 1957 PENGISYTIHARAN PERLEMBAGAAN TANAH MELAYU Draf perlembagaan dibentang untuk diluluskan Majlis Perundangan Persekutuan. Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya pada 15 Ogos 1957 Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos (Secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas kemerdekaan.) Perlembagaan ini diambil daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu1948. Dilaksanakan di Semenanjung Tanah Melayu sahaja. SURUHANJAYA REID Dibentuk bagi membincangkan dan menyusun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Antara perkara penting yang dipertimbangkan dalam laporan suruhanjaya ini ialah: 1. Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan 2

1956

Lord Reid (British) Sir Ivor Jennings (British) Sir Williamn Mckell

dengan kerajaan pusat yang kuat. 2. Pemeliharaan kedudukan keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-Raja Melayu. 3. Pewujudan jawatan Ketua Negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agung. 4. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain ; dan 5. Pembentukan satu sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya menerima 131 memorandum bertulis dan bersidang sebanyak 118 kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956. Merupakan Kontrak Sosial antara kaum Melayu dan bukan Melayu. Draf perlembagaan dan laporan yang dikemukakan diterima dengan pindaan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada Julai 1957.

(Australia) B. Malik (India) Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Februari 1956

PERJANJIAN LONDON Ditandatangani pada 8 Februari 1956 Isi Perjanjian London 1. British memberi kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya) pada 31hb Ogos 1957. 2. Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi. 3. British mendapat hak menempatkan tenteranya di Tanah Melayu melalui AngloMalayan Defence Treaty 1956. 4. Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid. RUNDINGAN LONDON Rombongan kemerdekaan Ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk menuntut kemerdekaan. Terdiri daripada lapan orang wakil iaitu wakil RajaRaja Melayu dan Parti Perikatan. Berlangsung daripada 18 Januari sehingga 8 Februari 1956

Wakil Rajaraja Melayu Wakil Perikatan Pihak British yang diketuai oleh Lord Lennox-Boyd

Januari 1956

Wakil Raja-Raja Melayu Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Aziz Abdul Majid Dato' Wan Idris Wan Ibrahim Dato' Nik

3

Ahmad Kamil Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman Datuk Abdul Razak Hussein Kol. H.S. Lee Dr. Ismail Abdul Rahman Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock V.T Sambanthan

1955

PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN Diadakan pada 27 Julai 1955. Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan Parti Persatuan Islam Se-Tanah Malaya (PAS) telah memenangi satu kerusi iaitu di Kerian, Perak. PENUBUHAN JAWATANKUASA PILIHAN RAYA MAJLIS PERUNDANGAN PERSEKUTUAN (MPP). Dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan beberapa orang pegawai tinggi British. Jawatankuasa inimencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPP dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British PENUBUHAN PARTI PERIKATAN Penubuhan Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO-MCA-MIC Parti perikatan mendesak British mengadakan piihan raya untuk seluruh Tanah Melayu bagi mengisi kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. RUNDINGAN MEJA BULAT UMNO-MCA Rentetan kemenangan dalam Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Bertujuan mencari persefahaman dan kerjasama antara dua kumpulan etnik terbesar dalam menuntut kemerdekaan. UMNO meletakkan syarat agar MCA menerima dan mengiktiraf segala hak orang Melayu dan mendapat persetujuan MCA.

1954

1953

Tunku Abdul Rahman Tan Cheng Lock V.T Sambanthan

1953

Wakil UMNO Tunku Abdul Rahman Tun Dr. Ismail Saadon Zubir Bahaman Shamsuddin Syed Nasir Ismail Wakil MCA Tan Cheng

4

PILIHAN RAYA MAJLIS PERBANDARAN KUALA LUMPUR 12 kerusi dipertandingkan oleh UMNO dan MCA yang telah membuat pakatan secara tidak rasmi. Pakatan memenangi sembilan kerusi dan selebihnya dikuasai oleh Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP) dan calon bebas. Bermula era kerjasama dalam kalangan golongan etnik di Tanah Melayu ke arah kemerdekaan dengan pembentukan Perikatan. PENGENALAN SISTEM AHLI British melantik beberapa orang wakil warganegara Persekutuan Tanah Melayu menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan yang diberi taraf menteri. Beri latihan dan peluang kepada pemimpin tempatan memerintah secara demokrasi. Lima orang warga tempatan dilantik. JAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM (CLC) Terdiri daripada pelbagai golongan etnik untuk menyelesaikan masalah berkaitan perlembagaan, politik, ekonomi, kewarganegaraan dan lain-lain isu akibat permintaan berlainan daripada pelbagai etnik. Cadangan CLC kebanyakan dimasukkan ke dalam usul-usul perundangan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.

1952

Lock H.S Lee Leong Yew Koh S.M Yong T.H Tan Dato Yahya Abdul Razak Ong Yoke Lin. Dato Onn Jaafar

1951

1949

Dato Onn Jaafar E.E.C Thuraisingham Tunku Yaakob Lee Ting Keng Dato Mahmud Mat Dato Onn Jaafar Dato Abdul Wahab Abdul Aziz Tan Cheng Lock C.C. Tan Dr. J.S. Goonting E.E.C. Thuraisingham

1948

1946

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU British mengisytiharkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Tujuh ciri penting terkandung dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Kesan kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat. JAWATANKUASA PERUNDING 5

Dianggotai oleh lima orang Eropah, dua orang Cina, dua orang India. Mendapatkanpandangan orang bukan Melayu mengenai draf perlembagaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kerja. Perwakilan Kerajaan British: A.T Newboult (Ketua Setiausaha Malayan Union) K.K. O Connors (Peguam Malayan Union) W.D God sall (Setiausaha Kewangan) Dr W.Linehan (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu) A.William (Perkhidmatan Awam Tanah Melayu) Sir Thedore Adam (Penasihat Raja Melayu dalamJawatan Kuasa)

1946

JAWATANKUASA KERJA Ditubuhkan pada Julai 1946 oleh British. Dianggotai oleh empat orang wakil Raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam wakil pegawai British. Rangka perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu.

Perwakilan Raja Melayu : 6 Raja Kamarul zaman Dato Hamzah Haji Mohamad Sheriff

Dato Setia

Perwakilan UMNO: Dato Onn Jaafar Dato Abdul Rahman Dato Onn Jaafar Sir Harold MacMichael Sir Edward Gent

1941

MALAYAN UNION Menyatukan semua negeri Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran pusat. Singapura dijadikan tanah jajahan berasiningan di bawah kuasa seorang Gabenor British. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Hak kerakyatan sama bagi semua orang. Ditentang hebat oleh Orang Melayu. Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

7

ANALISIS ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN

8

2.0 2.1

ISU SEMASA TENTANG HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA ANALISA ISU DENGAN UNSUR-UNSUR DALAM PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN MALAYSIA

2.1.1 ISU BAHASA

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah mengikut Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971, kedudukan bahasa Melayu tidak boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh Akta Hasutan. Namun begitu, pihak Kementerian Pelajaran telah diminta untuk memberi perhatian yang serius berhubung penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan golongan muda yang dilihat semakin merosot. Berikutan daripada itu, Kementerian Pelajaran perlu memastikan pengajaran bahasa Melayu bukan sekadar untuk mengetahui penggunaan bahasa bagi keperluan komunikasi sosial semata-mata. Namun, Perkara 152 juga menekankan bahawa bahasa-bahasa lain turut dibenarkan dalam situasi-situasi tidak rasmi atau dalam pembelajaran walau bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara kita, Malaysia. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia harus saling menghormati bahasa kaum lain selain memperkukuhkan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian. Hal ini penting ekoran isu bahasa ini pernah timbul dan hangat diperkatakan oleh orang ramai pada tahun 2011 mengenai novel Interlok hasil penulisan Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussein yang telah dibakar oleh 100 penduduk berketurunan India di hadapan Dewan Sentosa, Majlis Perbandaran Klang (MPK). Perkara ini berpunca daripada penggunaan perkataan Paria dalam novel tersebut bagi menggambarkan kaum India dan hal ini dianggap satu kejian terhadap kaum tersebut kerana menggunakan nama kasta yang memalukan agama Hindu. Hal ini menjadi lebih serius apabila sesetengah pihak politik mengambil kesempatan memperbesarkan isu yang melibatkan kaum ini walhal karya Interlok tersebut telah diterbitkan pada 40 tahun yang lalu tanpa sebarang halangan dan penolakan dari mana-mana pihak dan telah memenangi hadiah saguhati Sayembara Menulis Novel sempena 10 tahun merdeka. 9

Seperti yang sedia maklum, Interlok bermaksud jalinan ke arah keharmonian dalam masyarakat yang memaparkan integrasi tiga kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Menurut Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohamad Saleeh Rahamad, Interlok tidka menghina mana-mana kaum kerana karya tesebut

menggambarkan sejarah dan realiti sosial yang berlau selain menonjolkan gagasan perpaduan bagi negara yang baru dibentuk dan berdaulat. Felo Penyelidik Utama dan Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Teo Kok Seong menyatakan bahawa perkara yang terkadung dalam novel Interlok adalah peristiwa sebenar dan bukan bertujuan untuk memalukan kaum India, malahan sebagai iktibar dalam memahami kesengsaraan kaum tersebut ketika berhijrah ke sini.

2.1.2 ISU AGAMA

Setelah beberapa tahun isu hudud tenggelam ekoran terdapat isu lain yang memerlukan lebih perhatian, isu ini kembali hangat diperkatakan sejak belakangan ini memandangkan pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi dan isu ini dijadikan sebagai salah satu mainan politik. Apatah lagi apabila kenyataan tegas telah dikeluarkan oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelalantan terhdapa komitmen untuk melaksanakan undang-undang hudud menimbulkan polemik dalam kalangan masyarakat. Malah beberapa pihak lantang bersuara dalam menegaskan pendirian mereka mengenai isu hudud, sama ada menyokong atau membantah. Secara umumnya terdapat empat pihak yang mengulas isu ini berdasarkan pandangan mereka tersendiri, iaitu pihak kerajaan, pihak pembangkang, wakil dari agama lain, dan pakar perlembagaan. Pihak pembangkang sebagai pencadang menerangkan bahawa hukum hudud tidak sekejam hukuman yang sedia ada di Malaysia. Contohnya, hukuman gantung sampai mati yang tidak dijalankan dalam hukum hudud. Presiden Catholic Bishops Conference of Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing tidak menyatakan sebarang bantahan terhadapa hukuman hudud selagi mana hukum tersebut hanya digunakan kepada Muslim sahaja. Barisan pimpinan kerajaan pula telah menolak pelaksanaan hudud dalam kerangka undang-undang dan kehidupan 10

masyarakat. Pakar Perlembagaan, Profesor Andrew Harding menyatakan bahawa pendirian mengenai hudud boleh dilaksanakan di Malaysia berdasarkan Islam sebagai agama persekutuan adalah tidak tepat ekoran Islam hanya agama persekutuan sahaja dan bukan agama rasmi dalam negara. Perihal ini juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang diperihalkan dalam Perkara 3 iaitu Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agamaagama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Walau bagaimanapun dalam Perkara 3 juga menyatakan bahawa negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai raja sebagai Ketua agama Islam di negerinya layak membuat keputusan mengenai perihal yang berkaitan dengan agama dan keputusan raja sesebuah negeri itu boleh memperluaskan sesuatu perkara mengenai agama ke seluruh Persekutuan dengan kebenaran daripada Yang di-Pertuan Agong. Justeru, raja di sesebuah negeri mempunyai kuasa untuk membuat keputusan tentang agama, sama ada melalui pendapat baginda sultan mahupun daripada pihak lain seperti Menteri Besar, Ahli Majlis Perajaan Negeri, dan lain lain. Kehangatan polemik hudud di Malaysia menimbulkan pelbagai spekulasi dan isu yang membelenggu keseluruhan rakyat Malaysia hingga ke hari ini. Isu ini dijuarai ahli politik walau ada sesetengah lapisan masyarakat membicarakan perkara ini secara jujur, ilmiah dan ikhlas, terutamanya mereka yang pakar dan berautoriti. Berikutan isu ini membelenggu pemikiran masyarakat, ahli politik mengambil kesempatan untuk meraih sokongan dengan propaganda yang disampaikan dan perihal ini boleh menyebabkan pemahaman masyarakat berbeza serta salah faham antara kaum juga akan timbul.

11

2.1.3 ISU HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Isu yang dibangkitkan masyarakat Orang Asli Seletar di Johor mengenai pembantahan pemberimilikan tanah kawasan mereka kepada pihak pembangunan tanpa pengetahuan mereka sedikit sebanyak menarik minat orang ramai untuk mengetahui secara terperinci mengenai hal ini. Perkara ini sekaligus menjadikan isu ini antara isu yang hangat ekoran melibatkan catatan dalam Perlembagaan Persekutuan yang turut dipersoalkan kebenarannya. Ekoran daripada itu, Orang Asli Seletar telah menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman bagi membantah perihal tersebut. Memorandum yang diterima Menteri Besar Johor ketika itu turut menggariskan sejarah tanah Melayu iaitu peranan Orang Laut Seletar yang memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kesultanan Johor. Namun kerana pembangunan yang melibatkan projek Iskandar Malaysia di Johor telah membuatkan kehidupan masyarakat Orang Asli Seletar kian terancam ekoran tanah nenek moyang mereka yang dicerobohi dengan pembangunan yang tidak terkawal dan yang menyebabkan pencemaran serta ketidakseimbangan ekosistem hidupan sekeliling. Pencemaran yang berlaku bukan sahaja menyebabkan masyarakat mereka dilanda wabak penyakit, malahan sumber rezeki mereka untuk menampung keluarga juga semakin berkurangan ekoran sungai dan laut yang telah dicemari selain hutan bakau yang telah ditebang. Selain daripada itu, Orang Asli Seletar turut kecewa kerana perkampungan mereka tidak menerima sebarang kemudahan seperti bekalan elektrik, air, dan pengangkutan yang lebih selamat ekoran terdapat kanak-kanak yang perlu menaiki bot dalam kegelapan di sesetengah kawasan walaupun pembangunan giat dijalankan di kawasan mereka. Apatah lagi Orang Seletar tidak diberi makluman, ditanya pendapat atau diminta kebenaran tentang projek-projek yang sedang dijalankan di tanah milik mereka. Lebih menyayat hati, tanah perkuburan nenek moyang mereka turut didakwa dicerobohi bagi projek pembangunan tersebut. Perihal ini bercanggah dengan kebebasan asas seorang warganegara Malaysia yang diberi jaminan oleh Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Bahagian Dua, Perkara 5 yang menekankan hak untuk hidup. Begitu juga dalam Perkara 8 mengenai 12

kesamarataan di sisi undang-undang.dan semua pihak berhak mendapat perlindungan yang sama rata. Malah apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu atau perizaban bagi orang-orang asli, termasu perizaban tanah. Lebih jelas lagi dinyatakan dalam Perkara 13 dalam Bahagian Dua tenatng hak terhadap harta benda iaitu tiada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai. Di samping itu, menurut Perkara 89 yang memerihalkan tentang tanah simpanan Melayu iaitu mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu sebelum merdeka boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu sehingga diperuntukkan selain suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri. Walau

bagaimanapun, apa-apa undang-undang yang memperuntukkan pelucutan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi pelucutan atau pemunyan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau kepentingan

mengenainya, syarikat atau badan lain yang memegangnya adalah tidak layak untuk memgang tanah simpanan Melayu ekoran ketidakselarasan dengan Perkara 13. Catatan dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut merupakan bukti kebenaran memorandum yang diterima Menteri Besar Johor daripada masyarakat Orang Asli Seletar pada ketika itu.

2.1.4 ISU SISTEM BERAJA Dua tahun yang lepas,negeri yang digelar Serambi Mekah iaitu negeri Kelantan telah dilanda pergolakan di istana ekoran Sultan Kelantan masih dalam keadaaan gering dan dirawat di Singapura pada ketika itu. Berikutan dengan itu, Tengku Muhammad Faris Petra selaku tengku mahkota Kelantan telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan untuk mengambil alih tugas Sultan Kelantan. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, dalam Perkara 71 mengenai prosiding terhadap raja iaitu dala tempoh raja berhenti, di bawah subseksyen (1),

menjalankan fungsi Raja Negeri, seorang Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku 13

Raja,

mengikut

mana-mana

yang

berkenaan

hendaklah

dilantik

mengikut

Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi Raja Negeri. Pada masa yang sama, anakanda ketiga Sultan Kelantan , Tengku Muhammad Fakhry menerima surat perlucutan jawatan ekoran beberapa masalah yang telah timbul ekoran tingkah laku baginda termasuk pergolakan rumah tangganya dengan model Indonesia, Manohara Odelio Pinot sebelum ini. Ekoran daripada itu, Tengku Temenggong Kelantan tersebut telah mencabar keputusan kakandanya, Pemangku Sultan Kelantan yang membatalkan kedudukan baginda sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri Kelantan di Mahkamah Tinggi. Perihal ini menjadi lebih rumit apabila Tengku Fakhry mendakwa menjalankan ttah ayahandanya supaya membatalkan beberapa perintah kakandanya. Tengku Muhammad Faris Petra, termasuk tindakan membatalkan kedudukan baginda sebagai Ahli Majlis Perajaan Negeri yang telah dilantik sendiri oleh ayahandanya, Sultan Ismail kira-kira lapan tahun yang lalu. Baginda juga menegaskan bahawa ayahandanya menitahkan tidak pernah mengiktiraf sebarang penarikan balik atau penganugerahan mana-mana darjah kebesaran atau pembatalan pelantikan Jawatan Pendamai kecuali secara peribadi oleh Sultan Kelantan, bukan melalui Pemangku Sultan. Perkara ini menimbulkan huru-hara dalam sistem perajaan negeri Kelantan dan mengelirukan keseluruhan rakyat negeri tersebut.

2.1.5 ISU HAK KERAKYATAN

Baru-baru ini, negara kita telah digemparkan dengan isu lelaki Melayu Malaysia pertama yang berkahwin dengan pasangan songsangnya diluar negara, Dublin iaitu pelajar di bawah tajaan Petronas satu ketika dahulu yang bernama Ariff Alfian Rosli. Perihal ini hangat diperkatan ekoran pelajar tersebut bukan sahaja mempunyai pasangan songsang, malahan berani membuat pengakuan bahawa dirinya telah berkahwin dengan pasangan sama jenisnya yang menganut agama lain. Menurut agama Islam, hal ini telah menyalahi hukum agama ekoran mengahwini pasangan yang

14

berlainan agama yang masih menganut agama selain Islam selain mengahwini pasangan yang mempunyai jantina yang sama. Perihal yang lebih menyentuh hati apabila Ariff Alfian telah mengetepi keluarga semenjak beberapa tahun yang lalu menimbulkan kerisauan pada keluarganya, terutama ayah dan ibunya tentang kehidupannya di negara orang. Apatah lagi ibu dan bapa yang kehilangan maklumat tentang dirinya dikejutkan dengan berita anak mereka yang mengahwini pasangan songsang di luar negara. Lebih malang lagi, bapanya Rosli terpaksa menanggung saman daripada pihak Petronas yang menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. Berdasarkan Bahagian Tiga, Perkara 25 yang memerihalkan tentang pelucutan kewarganegaraan melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 atau 17 atau melalui penaturalisasian, Ariff Alfian Rosli sepatutnya hendaklah dikenakan tindakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hal ini kerana Perkara 25 menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan jika seseorang itu telah menunjukkan dirinya melalui perbuatan atau percakapan sebagai tidak taat atau tidak setia kepada Persekutuan. Manakala Ariff Alfian bukan sahaja menonjolkan tingkah lakunya melalui perbuatan dan percakapan, malah turut mewar-warkan dengan bangganya bahawa dirinya yang tidak taat serta tidak patuh kepada Raja, agama dan negara. Buktinya, Ariff Alfian telah mengetepikan hukum agama dan undang-undang negara sehingga mengabaikan pengajiannya demi cinta songsang yang bukan sahaja menyalahi hukum alam malah menyalahi hukum agama Islam yang dianutinya semenjak kecil lagi walhal dirinya telah mengetahui akibat daripada perbuatannya dari hukum agama.

15

2.2

TINDAKAN KERAJAAN ATAU CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU OLEH : SITI NOOR FARHANIS BINTI IDRIS

2.2.1 ISU BAHASA

Tanpa berlengah, pihak kerajaan telah mengambil tindakan segera sebelum keadaaan menjadi lebih keruh ekoran perihal ini melibatkan hubungan antara kaum selain isu bahasa yang dipersoalkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merangkap Menteri Pelajaran telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India. Perihal ini terlebih dahulu dibincangkan dan dipersetujui oleh semua pihak, termasuk Malaysian Indian Cummunity (MIC) dan Datuk Abdullah Hussein sendiri selaku pengarang novel Interlok. Sasterawan Negara tersebut bersetuju menggugurkan beberapa perkataan dalam karyanya ekoran demi keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Menurut baginda, niatnya menulis novel tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman peribadi dengan orang ramai semata-mata serta tidak mencatatkan maksud menghina dan sebagainya yang disalah tafsirkan oleh orang ramai. Setelah melakukan beberapa pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif tanpa menukarkan jalan ceritanya, novel Interlok telah digunakan semula sebagai salah satu bahan bacaan yang berilmiah kepada orang ramai. Namun begitu, karya Interlok telah dibekukan keluarannya kini tanpa sebarang sebab yang kukuh daripada pihak yang bertanggungjawab. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana pindaan telah dilakukan yang melibatkan tenaga, wang, masa, dan perasaaan banyak pihak demi kebaikan semua agar negara tidak huru-hara ekoran perselisihan faham antara kaum. Pada pendapat saya, karya yang telah diiktiraf dan mendapat hadiah saguhati Sayembara Menulis Novel tersebut seharusnya perlu dijadikan bahan bacaan untuk orang ramai hingga sekarang kerana intipati penceritaannya yang membolehkan generasi kini mengimbau semula saat keperitan hidup tiga kaum utama di Malaysia sebelum zaman kemerdekaan dahulu selain mesej murni yang disampaikan oleh Datuk Abdullah Hussein melalui karyanya itu. Perihal ini penting kerana generasi kini juga

16

perlu menghayati kehidupan sebelum merdeka supaya mereka lebih menghargai kemerdekaan yang dikecapi sekarang. Sehubungan dengan itu, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja kini dapat dikurangkan sekaligus menimbulkan rasa bertangunggjawab dalam diri masingmasing untutk mempertahankan kemerdekaan yang dimiliki dengan memberikan sepenuh khidmat yang semampu mereka demi keluarga, agama, dan negara. Justeru, saya berharap agar pihak kerajaan mengeluarkan semula novel Interlok yang telah dilakukan beberapa pindaan tersebut agar semua lapisan masyarakat dapat mengetahui kehidupan pejuang kemerdekaan yang lampau sebelum negara kita mengecap keamanan seperti sekarang.

2.2.2 ISU AGAMA

Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dikatakan boleh disekat ekoran terdapat Akta Mahkamah Syariah mengenai bidang kuasa jenayah pada tahun 1995, pindaan daripada tahun 1984 yang menghadkan bidang kuasa perundangan kerajaan negeri. Hal ini kerana akta tersebut yang telah diluluskan oleh Parlimen sangat bercanggah dengan cadangan tentang hukum hudud. Sekiranya kerajaan Kelantan mahu melaksanakan hudud, pihak mereka hendaklah memohon kepada Parlimen untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah mengenai bidang kuasa jenayah. Menurut Felo Institu Pemikiran dan Peradaban Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad Uthman ElMuhammad, penerangan tentang hukum hudud perlu diberikan secara lebih jelas kepada masyarakat bukan Muslim bagi mengelakkan berlaku salah faham dan membuang persepsi negatif mereka terhadap agama Islam. Sekiranya kerajaan Kelantan mendapat kelulusan daripada ketua agama untuk menjalankan hukum hudud, persiapan rapi perlu disediakan, termasuk mendapatkan nasihat pakar sepertimana yang disarankan dalam Al-Quran bagi mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan kelak. Pada pandangan saya, hukum hudud tidak akan menjejaskan mana-mana pihak sekiranya Ketua Agama Negeri Kelantan meluluskan cadangan mengenai pelaksanaan 17

hukum hudud negeri tersebut. Hal ini kerana hukum tersebut hanya akan dilaksanakan kepada Muslim. Malah hukuman hanya akan dijalankan kepada sesiapa yang membuat kesalahan tanpa sebarang sebab yang munasabah. Justeru, orang ramai tidak perlu berasa gentar akan hukuman tersebut sekiranya diri mereka tidak melakukan sebarang jenayah kecil mahupun besar.

2.2.3 ISU HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU

Malangnya, Dewan Rakyat telah menolak usul mengenai orang asli dengan alasan isu tersebut sering timbul sebelum ini dan telah dibicarakan. Namun begitu, masih terdapat ahli parlimen yang prihatin dan meminta perihal tersebut diperincikan semula demi kepentingan orang asli di seluruh negara. Malah ada yang mencadangkan supaya isu berkenaan dibahaskan mengikut Perkara 153 Perlembagaan yang menekankan perkara perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan Johor di bawah Menteri Besar Y.AB. Dato Abdul Ghani Othman sepatutnya tidak melengah-lengahkan perkara ini yang membabitkan status pemilikan tanah yang didiami orang asli seluas 36 ekar sejak tahun 1960-an lagi. Tindakan mengetepikan hal ini dari perbincangan di dalam Dewan Rakyat bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang asli, malah turut mencetuskan isu ketidakadilan pihak kerajaan dalam mengendalikan hak rakyat serta kesamarataaan hak semua lapisan masyarakat, sepertimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pada masa yang sama, kesahihan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan juga akan dipersoalkan ekoran tindakan yang diambil tidak selaras dengan catatannya. Isu seperti ini wajar dibangkitkan kerana pengiktirafan sepenuhnya patut diberikan kepada orang asli khasnya melalui pewartaan wilayah mereka. Hal ini berdasarkan Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan Hak Orang Asal (UNIDRIP), selain perkara dalam Perlembagaan. Sepatutnya, rundingan awal hendaklah dijalankan ekoran hal ini melibatkan tanah kawasan mereka selain perasaan 18

serta mata pencarian mereka. Kerajaan seharusnya mendengar dan memahami hasrat dan pandangan Orang Asli Seletar terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan ditetapkan. Kemungkinan mereka mereka akan menerima atau menolak permintaan daripada pihak luar dengan beberapa syarat untuk memiliki tanah hak kepunyaan mereka. Perihal ini dilihat mudah tetapi perasaan orang asli yang terguris boleh menyebabkan keharmonian negara kita terjejas ekoran sesetengah pihak yang kurang prihatin terhadap masyarakat luar bandar ini.

2.2.4 ISU SISTEM BERAJA

Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi yang mewakili Pemangku Raja pada ketika itu, dalam bantahannya berkata bahawa Tengku Mahkota mempunyai kuasa mutlak untuk melucut keahlian mana-mana ahli majlis. Bantahan Datin Azizah turut diakui dan diperkukuhkan dengan hujahan daripada Pengelola Istana Diraja Kelantan sendiri iaitu Datuk Abdul Halim Hamad yang mengeluarkan kenyataan istana setelah kata sepakat telah diputuskan dan kenyataan yang telah dikeluarkan Pejabat Sultan Kelantan. Kenyataan tersebut menyatakan bahawa Tengku Temenggong yang tidak mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak Sulatn, Tuanku Ismail Petra berdasarkan Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan. Datuk Abdul Halim berkata, mengikut perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan tersebut, Tengku Mohammad Faris berkelayakan untuk menguruskan negeri semasa ketiadaan baginda sultan akibat kegeringan mengikut Klausa 1(b) dan Klausa 3 artikel 22A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan dan Tengku Fakhry tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang untuk bertindak. Sehubungan dengan itu, penyelesaian telah dicapai dan Pemangku Sultan Kelantan telah dilantik secara rasminya sebagai Sultan Kelantan pada tahun...... Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa kemelut istana tersebut dapat diselesaikan jika tiada pihak yang cuba mendahului pemerintah yang dilantik dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh pemerintah. Sekiranya sistem beraja tidak dijaga dan dihormati, kredibiliti dan nama baik sistem beraja akan tergugat ekoran kekacauan yang berlaku dalam sistem itu sendiri. Sistem beraja yang terdapat dalam negara kita 19

patut dijaga dan dihormati ekoran daripada sistem beraja terdahulu yang pernah wujud dinegara lain seperti Indonesia dan Thailand yang telah ditiadakan kerana pergolakan yang berlaku dalam sistem perajaan itu sendiri. Oleh itu, kita seharusnya berbangga dan taat kepada undang-undang negara yang telah ditetapkan serta tidak

membangkang sewenang-wenangnya tanpa sebab yang munasabah.

2.5

ISU HAK KERAKYATAN

Merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 25 yang menerangkan tentang Kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan mana-mana orang yang menjadi warganegara melalui pendaftaran di bawah Perkara 16 atau 17 atau yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu biasanya bermastautin di nagara-negara luar Persekutuan bagi tempoh terus-menerus selama lima tahun. Malah dalam tempoh tersebut, orang itu tidak pernah pada bila-bila masa berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau dalam perkhidmatan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Kerajaan Persekuatn serta jika orang itu tidak mendaftar tiap-tiap tahun di konsultan Persekutuan untuk mengekalkan kewarganegaraannya. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Ariff Alfian sememangnya wajar dilucutkan kewarganegaraan ekoran beberapa sebab yang kukuh berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. Kegagalan keluarga Ariff Alfian menghubungi dalam tempoh tiga tahun dan mencarinya dengan pelbagai usaha seperti melaporkan kepada pihak polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland, dan Kedutaan Ireland sendiri adalah bukti bahawa Ariff Alfian sudah beberapa tahun tidak mendaftar di konsultan Persekutuan bagi mengekalkan kewarganegaraannya. Saya berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan harus mengambil tindakan yang tegas terhadap Ariff Alfian seperti memberi notis amaran mengenai kedudukannya sebagai warganegara Malaysia dan kaunseling agar menyedari perbuatan salah yang dilakukannya, dari segi agama mahupun hukum alam yang sememangnya

mengharamkan hubungan songsang. Perkara ini hendaklah disegerakan kerana

20

segenap lapisan masyarakat mengetahui tentang isu ini dan mereka terdedah dengan perbuatan songsang yang dilakukan oleh Ariff Alfian. Sekiranya Kerajaan Persekutuan memberi penegasan terhadap isu ini, orang ramai akan mengambil iktibar disebalik hukuman dan dendaan yang dikenakan terhadap seseorang yang cuba melangkaui perkara yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kelak, masyarakat ramai akan lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil oleh mereka. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya melanggar perkara yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia demi kepentingan diri sendiri ekoran mengetahui akibat yang bakal mereka peroleh daripada tingah laku mereka tersebut.

21

2.3

TINDAKAN KERAJAAN ATAU CADANGAN UNTUK MENYELESAIKAN ISU OLEH : ANISAH BINTI MOKHTAR

2.3.1 BAHASA

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalamdiri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Namun, berdasarkan artikel yang bertajuk Novel Interlok Mangsa Politik telah

menjadi isu hangat dalam bidang pendidikan di Malaysia. Interlok yang bermaksud jalinan ke arah keharmonian dalam masyarakat telah dianggap menyentuh sensitiviti kaum. Isu hanyat membicarakan akan penggunaan perkataan paria dalam novel berkenaan. Perkataan paria iaitu bahasa pinjaman telah diuniversalkan ke dalam

bahasa Melayu. Dalam perlembagaan termaktub bahawa Bahasa kebangsaan melalui Perkara 152 telah memperuntukkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Namun begitu, tiada siapa dilarang atau ditahan daripada menggunakan bahasa selain bahasa rasmi. Dalam konteks penulisan ini, penulis iaitu Rejab Ismail berhak menggunakan istilah yang demikian kerana beliau telah menulis sesuatu yang bertepatan dengan situasi dan latar belakang sejarah ketika itu. Oleh yang demikian, penulis tidak seharusnya dipersalahkan kerana penulis berhak menggunakan perkataan tersebut dalam karya sasteranya. Novel yang berkisarkan sejarah dan realiti sosial ini seharusnya dijadikan iktibar kepada semua pihak dalam memahami kesengsaraan kaum India ketika berhijrah ke Tanah Melayu dahulu. Namun, bagi menjaga hak dan sensitiviti setiap pihak, kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif ini. Keputusan ini dibuat sebagai jalan penyelesaian yang terbaik.

22

2.3.2 AGAMA

Bagi meneruskan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan agama Islam di Tanah Melayu, semua bangsa dan etnik di Tanah Melayu telah bersetuju untuk menerima kemasukan Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi bagi Persekutuan ini. Walaupun Islam dimartabatkan sebagai agama Negara, kebebasan beragama penganut-penganut agama lain serta kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing adalah terjamin. Dalam hubungan ini, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi moden yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama telah bersepakat untuk memartabatkan Islam sebagai agama negara. Isu berkaitan hukum huduh melalui artikel yang bertajuk Setiap kesalahan perlu diperbetulkan supaya orang bukan islam faham, Hudud timbulkan salah faham telah menghiasi setiap ruangan akhbar di Malaysia. Sebagai sebuah negera Islam, hukum hudud sangat wajar dilaksanakan kerana hukum ini bertujuan untuk mencegah perbuatan jenayah itu daripada berlaku serta hukum ini dilaksanakan dengan beberapa syarat yang ketat. Terlalu banyak tentangan daripada pihak luar akan pelaksanaan hukum hudud ini. Namun, perlu dijustifikasikan bahawa hukum hudud ini bukan untuk semua golongan manusia tetapi hanya terhad pada orang Muslim dan bagi mereka yang bukan Islam diberi pilihan samada untuk menjalankan hukuman dengan cara Islam ataupun dengan cara yang disarankan oleh agama mereka sendiri. Hukum hudud bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan seperti hukuman yang dipelopori oleh otak manusia. Hukum ini bukan terhad kepada jika mencuri wajib potong tangan.itu merupakan satu tanggapan dan pemahaman yang salah kerana orang islam itu sendiri tidak faham tentang hukum hudud dan perundangan islam itu sendiri. Justeru, melalui pelaksanaan hukum ini diharapkan dapat menjadi wadah mendekatkan diri seseorang muslim itu dengan dasar agama islam itu sendiri. Kemajuan dan kemewahan yang dikecapi hari ini dianggap sebagai suatu keutamaan sehingga meminggirkan agama sebagai tiang hidup. 23

2.3.3 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Dalam Perlembagaan Malaysia, perkara 153 menggariskan hak istimewa orang melayu dan Bumiputera. Perkara 153 ini memberikan tanggungjawab kepada Yang diPertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Merujuk artikel 15 Disember 2011 yang bertajuk Orang Asli Hantar Memo Bantah Pemberimilikan Tanah di Johor, orang Asli membantah pemberimilikan tanah oleh kerajaan negeri Johor kepada pihak lain. Isu yang diketengahkan ini sangat bercanggah dengan kebebasan asas seseorang warganegara Malaysia yang diberi jaminan oleh Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda). Memandangkan Orang Asli Seletar adalah penduduk asal di negeri Johor, maka kerajaan Negeri Johor perlulah sekurangkurangnya memberi makluman, bertanya pendapat ataupun meminta kebenaran tentang projek-projek yang hendak dijalankan di kawasan berkenaan. Sejarah Orang Seletar di kawasan selatan Johor adalah sangat lama. Mengikut sejarah, Orang Laut Seletar memainkan peranan yang penting dalam penubuhan Kesultanan Johor. Ramai pengkaji telah merakamkan fakta tentang kedudukan Orang Seletar dalam buku sejarah. Oleh yang demikian, bagi menjaga hak dan kepentingan semua pihak, golongan berwajib terutama kerajaan negeri Johor seharusnya menimbang tara kembali akan keputusan pemberimilikan tanah di Johor seterusnya mengekalkan warisan

kebudayaan serta khazanah asli yang sekian lama bertapak di wilayah berkenaan. Wilayah yang sudah lama didiami oleh orang asli ini sepatutnya sudah diwartakan sebagai tanah rezab orang asli berikutan mereka sudah menetap di wilayah berkenaan sudah sekian lama. Pengiktirafan sepenuhnya kepada hak masyarakat Orang Asli khasnya melalui pewartaan wilayah adat adalah berpatutan. Ini berdasarkan prinsip yang terterap dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan dengan Hak Orang Asal (UNDRIP).

24

2.3.4 SISTEM BERAJA

Institusi sultan merupakan satu rujukan kepada kekuasaan dan kekuatan yang ada pada individu yang diiktiraf oleh masyarakat sebagai sultan. Dalam hal ini sultan sering kali ditanggap sebagai seseorang yang mempunyai kuasa yang begitu teguh. Dalam hal ini, Sultan dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah dalam memimpin masyarakat Islam. Sultan dianggap sebagai imam dalam memimpin rakyat ke arah kesejahteraan. Berdasarkan artikel 16 Disember 2009 yang bertajuk Tengku Fakhry saman Tengku Mahkota Kelantan jelas menunjukkan sikap kurang sopan kerabat diraja terhadap rakyatnya. Sultan yang dianggap sebagai ketua negeri atau Negara seharusnya menunjukkan contoh tauladan terbaik buat rakyatnya. Tengku Muhammad Fakhry, iaitu Tengku Temenggung Kelantan telah dibatalkan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Perajaan negeri Kelantan adalah wajar. Hal ini demikian kerana, baginda dikenali dengan pelbagai isu hangat yang menjejaskan kehormatan institusi kesultanan itu sendiri. Bermula dengan pergolakan rumah tangga dengan model Indonesia iaitu Manohara Odelia Pinot, seterusnya isu berkenaan baginda menfailkan saman terhadap beberapa pihak atas masalah-masalah yang lain menunjukkan baginda tidak mempunyai ciri-ciri efektif untuk menjadi ketua negara yang baik. Kesultanan Melayu itu adalah satu manifestasi juga merupakan satu lambang keagungan tamadun bangsa dan berkembang subur di bumi ini. Rentetan hal ini, jelaslah bahawa setiap pemerintahan itu memerlukan seorang pemimpin yang baik serta terdiri daripada orang-orang yang benar-benar beriman atau yakin dengan prinsipprinsip tanggungjawab yang terangkum dalam pengertian Khilafah kerana

tanggungjawab mentadbir atau mengurus mana-mana sistem atau peraturan tidak boleh dipikulkan ke atas bahu orang-orang yang menentang prinsip-prinsip dan asasnya. Sesungguhnya, tindakan Tengku Mahkota Kelantan ketika itu iaitu Tengku Muhammad Faris Petra adalah wajar demi menjaga keselarasan hal ehwal kerajaan negeri.

25

2.3.5 HAK KERAKYATAN

Hak menjadi warganegara Malaysia merupakan satu anugerah tertinggi yang dimiliki semua rakyat Malaysia. Pelbagai keistimewaan boleh diperoleh apabila memiliki kewarganegaraan yang sah. Di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri

bertanggungjawab dalam menentukan dan memastikan taraf kewarganegaraan dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan berhak menerima taraf tersebut agar mereka yang menerima taraf kewarganegaraan Malaysia tidak menjejaskan keselamatan, keharmonian, perpaduan dan ketenteraman awam serta negara. Namun, isu yang timbul mengenai Arif Alfian iaitu lelaki Melayu pertama yang berkahwin gay di luar Negara dianggap telah menjejaskan keharmonian serta memalukan identiti Melayu terutama Malaysia terutamanya. Ariff Alfian yang merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2001 telah menerima tajaan daripada Petronas untuk melanjutkan pelajaran di Universiti College Dublin (UCD), United Kingdom atas kelayakannya dengan berpijak sebagai warganegara Malaysia. Tindakan Ariff Alfian ini dianggap tidak wajar dan seharusnya setiap

keistimewaan yang dimiliki oleh warganegara Malaysia dilucutkan baginya. Hal ini selaras dengan kenyataan perlembagaan iaitu setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan iaitu melalui cara Tolakan (Perkara 23

Perlembagaan Persekutuan) dan Perlucutan Taraf Kewarganegaan (Perkara 24, 25 dan 26 Perlembagaan Persekutuan). Perlucutan Taraf Kewarganegaraan ini boleh dikuatkuasakan apabila seseorang warganegara itu menyalahi undang-undang dan membuat tindakan yang dilarang. Sekiranya tindakan ini dijalankan, maka boleh dijadikan sebagai peringatan

warganegara Malaysia yang bermastautin di luar Negara seterusnya berhati-hati serta menjaga tatasusila semasa berada di perantauan.

26

PETA MINDA

27

28

REFLEKSI

29

REFLEKSI Oleh : Siti Noor Farhanis binti Idris

Setinggi syukur dipanjatkan kepada-Nya kerana dapat saya dan rakan setugas, Anisah Binti Mokhtar menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan jaya tepat pada waktunya. Seribu langkah bermula dari langkah pertama. Oleh itu kami terlebih dahulu mengkaji secara lebih mendalam mengenai kelima-lima isu semasa yang dipilih bagi memudahkan kami menganalisis perkaitan isu tersebut dengan unsur yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pada masa yang sama, saya juga memperoleh pelbagai ilmu baru sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Antaranya ialah mengenai perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sebelum ini, saya tidak mengambil berat mengenai perkara yang terdapat dalam Perlembagaan kerana pada fikiran saya, tidak ada kepentingan bagi saya untuk mengetahui secara terperinci perihal yang terkandung dalam Perlembagaan itu. Namun, tugasan kali ini sedikit sebanyak menyedarkan saya bahawa pentingnya bagi semua lapisan masyarakat untuk mendalami perkara dalam Perlembagaan kerana hal tersebut melibatkan status, hak, dan sebagainya yang melibatkan kita sebagai rakyat Malaysia. Melalui proses meyiapkan tugasan, saya turut menganalisis kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri saya. Antara kelemahan saya yang saya dapat kenal pasti ialah mengambil mudah sesuatu perkara atau kerja. Hal ini kerana pada awalnya saya beranggapan tugasan ini sangat mudah dan tidak bertanyakan pensyarah mengenai sebarang kesulitan semasa taklimat kerja khusus diberikan. Tetapi saya mula terkapaikapai apabila cuba menghuraikan makna soalan tugasan dan terpaksa bertanyakan rakan. Alhamdulillah kerana taklimat kerja khusus diberikan buat kali kedua dan saya mula mencari menumpukan sepenuh perhatian bagi mendapatkan penerangan yang secukupnya untuk memulakan tugasan. Kekuatan yang ada pada diri saya pula ialah teliti dalam penyempurnaan tugasan, terutamanya perihal menganalisa isu semasa dan unsur dalam Perlembagaan. Pengalaman saya banyak membantu saya untuk mencari maklumat mengenai tugasan kali ini. Sifat yakin dan tidak malu untuk bertanya jika ada sebarang kemusykilan dan 30

ragu-ragu banyak membantu saya melaksanakan tugasan juga merupakan salah satu kelebihan yang ada pada diri saya. Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Malah, sifat sabar yang diterapkan sejak kecil lagi oleh kedua-dua ibu bapa saya turut memainkan peranan ekoran terpaksa menghadapi pelbagai karenah rakan-rakan sepanjang menyiapkan tugasan. Walau bagaimanapun, saya berpuas hati dengan hasil kerjasama kami kerana kami banyak mengerah keringat dan berusaha sedaya yang mungkin untuk menghasilkan tugasan ini. Justeru itu, saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang pada masa akan datang. Harapan saya semoga semua masyarakat di Malaysia juga sedar akan kepentingan perkara serta unsur yang terdapat dalam Perlembagaan bagi mengelakkan diri kita dari ditindas dan dianiayai oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab.

31

REFLEKSI Oleh : Anisah binti Mokhtar Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang diamanahkan tepat pada waktunya. Saya amat bersetuju dengan pemilihan tajuk tugasan yang telah diberikan kerana tugasan ini dapat memberikan kami pengetahuan yang lebih terhadap subjek WAJ 3106 ini. Kami telah melaksanakan pembacaan terhadap pelbagai sumber bahkan pelaksanaan tugasan menjadi lebih mudah kerana tugasan ini diperolehi telah kami pelajari semasa waktu pengajaran dan pembelajaran. Namun, terdapat juga masalah yang terpaksa dihadapi pada peringkat permulaan. Masalah masa, tidak memahami konteks soalan, dan sebagainya. Namun, segalanya saya atasi dengan mengajukan pertanyaan kepada pensyarah dan rakan sekelas. Selain itu, banyak kerja kursus dan aktiviti lain yang bertembung sehingga melemahkan semangat saya. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya. Oleh itu, saya berharap agar dapat mengatasi masalah tersebut dengan melaksanakan tugasan tepat pada waktunya serta mengelakan penangguhan tugas. Di samping itu saya haruslah menggunakan masa secara efektif dan memaksimumkan masa dengan melaksanakan tugasan perlu dilaksanakan. Selain itu , melalui tugasan yang diberikan ini, proses pangajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih baik kerana saya berpeluang mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari di dalam kelas. Melalui tugasan ini takrifan dan maklumat dapat saya fahami dan singkap dengan lebih mendalam lagi . Sesungguhnya subjek WAJ 3106 ini merupakan satu daripada subjek komponen yang penting yang perlu dikuasai dan diambil tahu oleh pelajar . Sesungguhnya, dengan memahami konsep hubungan etnik ini perpaduan kaum dapat dipupuk seterusnya menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Isu hubungan etnik ini perlu dititikberatkan agar keharmonian dapat dikekalkan. Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan. 32

RUJUKAN

33

Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Penerbitan Universiti (UPENA).

Selangor : Pusat

Raminah Haji Sabran. (2004). Pengajian Am Kertas 1 dan 2 STPM. Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Selangor

:

Mohamed Suffian Hashim. (1879). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suriati Puteh. (1995). Sejarah Malaysia. Selangor : Longman Malaysia Sdn.Bhd.

Zaid Ahmad. (2006). Hubungan Etnik Di Malaysia.Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.

. (2002) . Majlis Raja-Raja (Kedudukan dan Peranan Dalam Perlembagaan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

. (1994). Perlembagaan Persekutuan. Intenational Law Book Service.

. (2007). Pembangunan Patriotisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Sejarah Tingkatan Dua. Johor : Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Utusan Malaysia. (2011 Januari 1). Novel Interlok Mangsa Politik, 10.

Utusan Malaysia. (2011 Januari 28). Novel Interlok Terus Diguanakan, 2.

Utusan Malaysia. (2011 Januari 23). Perkataan Paria Digugurkan, 9.

Berita Harian. (2007 Ogos 22). Hudud Timbulkan Salah Faham, 9.

34

Gambar Arif Alfian (Lelaki Melayu Malaysia Pertama Kahwin Gay Di Luar Negara). http://siasahkini.blogspot.com/2011/12/arif-alfiangambar-lelaki-melayu.html pada 26 Februari 2012. . Diakses

Tengku

Fakhry

Saman

Tengku

Mahkota

Kelantan.

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/12/16/27551/. Diakses pada 27 Februari 2012.

Orang

Asli

Hantar

Memo

Bantah

Pemberimilikan

Tanah

Di

Johor.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/15/orang-asli-hantar-memo-bantahpemberimillikan-tanah-di-johor/. Diakses pada 28 Feburari 2012.

(Nurul Ain Mohd Kusain, 24 September 2011) Pelaksanaaan Hukum Hudu Boleh Disekat Dengan Akta Mahkamah Syariah- Pakar Perlembagaan. http://www.utusanmalaysia-online.com/pelaksanaan-hukum-hudud-boleh-disekat-dengan-aktamahkamah-syariah-pakar-perlembagaan

35

LAMPIRAN

36