10
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan DRAF TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral 11 Okt 2009 75

KSPK Standard Moral

  • Upload
    yukina

  • View
    196

  • Download
    15

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Citation preview

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

TUNJANG KEROHANIAN,SIKAP DAN NILAI

- PENDIDIKAN MORAL

Pendidikan Moral 11 Okt 200975

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

TUNJANG KURIKULUM KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI - PENDIDIKAN MORAL (PM)

Selepas mengikuti aktiviti-aktiviti yang berteraskan Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, khasnya komponen Pendidikan Moral, murid boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan, kerajinan, kasih sayang, kejujuran, berdikari, keberanian, baik hati, berdisiplin, berterima kasih, toleransi, keadilan, menghormati, bertanggungjawab, kerjasama, hemah tinggi serta kesederhanaan.

Fokus Standard Kandungan Standard PembelajaranMurid dalam lingkungan umur berikut boleh:4+ 5+

(PM 1.0) Kepercayaan kepada Tuhan

(PM 1.1) Mengetahui dan menghormati kepercayaan dan pantang larang pelbagai kaum.

(PM 1.1.1) Menyatakan bahawa manusia adalah ciptaan Tuhan.

(PM 1.1.2) Membezakan ciptaan Tuhan dan rekaan manusia.

(PM 1.1.3) Menyatakan Tuhan adalah pencipta alam.

(PM 2.0) Baik hati

(PM 2.1) Membantu ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.

(PM 2.1.1) Memberi bantuan kepada ahli keluarga dan warga sekolah.

(PM 2.1.2) Memberi bantuan kepada ahli keluarga, warga sekolah dan orang lain.

(PM 3.0) Bertanggungjawab

(PM 3.1) Bertanggungjawab terhadap diri dan persekitaran kelas.

(PM 3.1.1) Menjaga kebersihan, keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah dengan bimbingan.

(PM 3.1.2) Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang murid dengan bimbingan.

(PM 3.1.3) Menjaga kebersihan, keselamatan harta benda sendiri dan kelas prasekolah.

(PM 3.1.4) Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang murid.

(PM 4.0) Berterima Kasih

(PM 4.1) Mengamalkan sikap berterima kasih..

(PM 4.1.1) Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan yang diterima.

(PM 4.1.2) Mengucapkan terima kasih secara lisan atau bukan lisan atas bantuan, penghargaan dan sumbangan yang diterima.

Pendidikan Moral 11 Okt 200976

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

Fokus Standard Kandungan Standard PembelajaranMurid dalam lingkungan umur berikut boleh:4+ 5+

(PM 5.0) Hemah tinggi

(PM 5.1) Beradab sopan dalam pergaulan seharian.

(PM 5.1.1) Menunjukkan tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian dengan bimbingan

(PM 5.1.2) Melafazkan tutur kata yang bersopan dengan bimbingan.

(PM 5.1.3) Menunjukkan tingkah laku yang bersopan dalam pergaulan seharian.

(PM 5.1.4) Melafazkan tutur kata yang bersopan.

(PM 5.1.5) Menyatakan cara-cara bertingkah laku sopan.

(PM 6.0) Hormat -menghormati

(PM 6.1) Menghormati anggota keluarga.

(PM 6.1.1) Menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga.

(PM 6.1.2) Menyatakan dan menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga.

(PM 6.1.3) Menyatakan sebab mengapa perlu hormat kepada ahli keluarga.

(PM 6.2) Menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.

(PM 6.2.1) Menunjukkan cara menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat dengan bimbingan.

(PM 6.2.2) Melafazkan ucapan bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa dengan bimbingan.

(PM 6.2.3) Menunjukkan cara menghormati orang dewasa, rakan dan masyarakat setempat.

(PM 6.2.4) Melafazkan ucapan bertatasusila bersesuaian dengan situasi dan masa.

(PM 7.0) Kasih Sayang

(PM 7.1) Menyayangi diri, keluarga dan orang di sekeliling.

(PM 7.1.1) Bercerita tentang orang yang disayangi.

(PM 7.1.2) Bercerita tentang kebaikan

(PM 7.1.4) Menyatakan sebab perlunya menyayangi keluarga.

(PM 7.1.5) Menyatakan tanggungjawab

Pendidikan Moral 11 Okt 200977

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

Fokus Standard Kandungan Standard PembelajaranMurid dalam lingkungan umur berikut boleh:4+ 5+

ahli keluarga.

(PM 7.1.3) Menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekelilingnya.

diri terhadap keluarga.

(PM 7.1.6) Menyata dan menunjukkan sifat kasih sayang kepada diri sendiri, keluarga dan orang di sekelilingnya secara lisan dan bukan lisan.

(PM 7.1.7) Mengenali keistimewaan diri dan menunjukkan bakat.

(PM 8.0) Keadilan

(PM 8.1) Mengamalkan sikap adil dalam perlakuan seharian.

(PM 8.1.1) Mengamalkan sikap adil dengan bimbingan guru dalam sesuatu aktiviti seperti permainan.

(PM 8.1.2) Mengamalkan sikap adil dalam sesuatu aktiviti seperti permainan.

(PM 9.0) Keberanian

(PM 9.1) Berinteraksi dengan yakin di sekolah.

.

(PM 9.1.1) Berani mencuba sesuatu tugasan yang baru.

(PM 9.1.2) Berani bertutur menggunakan ayat yang mudah.

(PM 9.1.3) Berani melibatkan diri dalam aktiviti.

(PM 9.1.4) Berani bercakap dengan yakin menggunakan ayat yang mudah.

(PM 10.0) Kejujuran

(PM 10.1) Mengamalkan sikap jujur dalam diri dan pergaulan dengan ahli keluarga, rakan dan guru.

(PM 10.1.1) Mengenal sikap jujur melalui simulasi dan cerita.

(PM 10.1.2) Memohon maaf apabila melakukan kesalahan.

(PM 10.1.3) Mengenal pasti tindakan yang jujur dalam cerita yang didengar.

(PM 10.1.4) Mengamalkan sifat jujur pada diri dan rakan.

(PM 10.1.5) Sentiasa bercakap benar kepada anggota keluarga, rakan dan guru.

Pendidikan Moral 11 Okt 200978

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

Fokus Standard Kandungan Standard PembelajaranMurid dalam lingkungan umur berikut boleh:4+ 5+

(PM 11.0) Kerajinan

(PM 11.1) Mengamalkan sikap rajin dalam perlakuan harian.

(PM 11.1.1) Menunjukkan sifat rajin dalam pengurusan diri.

(PM 11.1.2) Mengamalkan sifat rajin dalam pengurusan diri dan menjalankan tugasan.

(PM 12.0) Kerjasama

(PM 12.1) Mengamalkan sikap kerjasama dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.

(PM 12.1.1) Melakukan aktiviti secara berkumpulan.

(PM 12.1.1) Menjayakan aktiviti secara berkumpulan. (PM 12.1.2) Menyatakan faedah bekerja secara kumpulan.

(PM 12.1.3) Menyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat secara kumpulan.

(PM 12.1.4) Mengamalkan sikap tolong menolong dengan rakan, jiran dan masyarakat setempat.

(PM 13.0) Kesederhanaan

(PM 13.1) Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan.

(PM 13.1.1) Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan dengan bimbingan guru.

(PM 13.1.2) Mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan barang keperluan.

(PM 14.0) Toleransi

(PM 14.1) Mengamalkan sikap sabar dalam perlakuan seharian.

(PM 14.1.1) Bersedia menunggu giliran.

Pendidikan Moral 11 Okt 200979

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

Fokus Standard Kandungan Standard PembelajaranMurid dalam lingkungan umur berikut boleh:4+ 5+

(PM 14.2) Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan rakan sebaya.

(PM 14.2.1) Saling berkongsi dalam menggunakan barang dan peralatan di dalam kelas.

(PM 14.2.2) Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi tertentu.

(PM 14.2.3) Menyatakan faedah bertolak ansur semasa manjalankan aktiviti kumpulan.

(PM 15.0) Berdikari

(PM 15.1) Mengamalkan sikap berdikari dalam pengurusan diri.

(PM 15.1.1) Menguruskan diri sendiri dengan bantuan.

(PM 15.1.2) Menguruskan diri sendiri tanpa bantuan.

(PM 16.0) Berdisiplin

(PM 16.1) Mengamalkan sikap berdisiplin dalam kelas.

(PM 16.1.1) Mematuhi arahan guru.

(PM 16.1.2) Mematuhi arahan yang ditentukan di kelas atau di sekolah.

(PM 16.1.3) Mematuhi arahan guru atau ketua kumpulan.

(PM 16.1.4) Mematuhi peraturan kelas.

Nota: Pendidikan Moral diterapkan sepanjang masa murid berada dalam prasekolah, tidak kira semasa pengajaran dan pembelajaran, rutin pagi, rehat dan semasa makan. Pendidikan Moral tidak semestinya diwujudkan sebagai aktiviti yang khas.

Pendidikan Moral 11 Okt 200980

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

Senarai Nilai Moral dan Peneranganya:

1. Kepercayaan kepada Tuhano Kenyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan agama masing-

masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2. Baik Hatio Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral

secara tulus ikhlas.

3. Bertanggungjawabo Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

4. Berterima kasiho Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau

pemberian.

5. Hemah tinggio Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6. Hormat-menghormatio Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang

bersopan.

7. Kasih sayango Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

8. Keadilano Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

9. Keberaniano Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

Pendidikan Moral 11 Okt 200981

Kurikulum Standard Prasekolah KebangsaanDRAF

10. Kejujurano Bercakap beanr, besikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

11. Kerajinano Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.

12. Kerjasamao Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

13. Kesederhanaano Besikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang

lain.

14. Toleransio Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

Pendidikan Moral 11 Okt 200982