59
"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu baha Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Page 2: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENGENALAN

Definisi Nurseri :- Tempat di mana anak benih pokok dihasilkan dan ditempatkan sebelum ditanam di tempat yang kekal atau dipasarkan.- Pemilihan pokok Penjagaan rapi dilakukan di nurseri.

Page 3: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

JENIS NURSERI i. Nurseri Runcit

- Merupakan tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan. Biasanya nurseri runcit dilakukan secara kecil-kecilan.

- Di samping itu, bahan lain seperti pasu, baja dan racun kadang kala anak pokok buah-buahan turut dijual.

Page 4: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

JENIS NURSERI ii. Nurseri Borong 

- Nurseri jenis ini memerlukan kawasan yang luas bagi mengeluarkan bahan tanaman hiasan dalam kuantiti yang banyak

- Terdapat juga nurseri borong yang memberi subkontrak kepada beberapa buah nurseri kecil untuk menampung pengeluaran bahan tanaman hiasan.

- Nurseri ini biasanya memasarkan tanaman hiasan secara besar-besaran atau pukal kepada nurseri runcit dan kepada kontraktor landskap.

Page 5: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

JENIS NURSERI iii. Nurseri Landskap

- Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri tetapi mendapat bekalan daripada nurseri borong atau nurseri runcit.

- Nurseri ini lebih memberikan perkhidmatan kepada pelanggan seperti menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja pelandskapan termasuk pembinaan kolam, air pancut, air terjun dan kerja penyenggaraan kawasan.

Page 6: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

CONTOH TUMBUHAN HIASAN

AdiantumBegonia (Pokok resam batu)

Bougainvillea (Bunga kertas)

Cadiaeum (Pokok Puding)

Caladium (Pokok keladi)

Coleus (Pokok ati-ati)

Hibiscus (Bunga Raya)

Ixora (Bunga siantan, Jenjarum)

Sansevieria (Pokok lidah jin)

Page 7: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

CONTOH TUMBUHAN HIASAN

Helianthus (Bunga Matahari)

Celosia (Bunga Balung ayam

Gomphrena (Bunga Butang)

Impatiens (Bunga keembung)Tagetes Zinnia

Page 8: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI1. Rumah tumbuhan

2. Pejabat dan tempat jualan

3. Setor

4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan (Potting Shed)

5. Tempat pembiakan

6. Tempat Pengerasan

Page 9: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI1. Rumah tumbuhan

- Rumah tumbuhan ialah tempat untuk menyimpan tumbuh-tumbuhan yang tidak tahan dengan pancaran cahaya matahari terik.

- Rumah tumbuhan boleh dibina daripada kayu atau keluli.

- Ia adalah struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% - 75%

mengikut keperluan jenis tumbuhan dan spesies pokok hiasan.

Page 10: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI2. Pejabat dan tempat jualan

- Pejabat dan tempat juaian ialah tempat pentadbiran serta tempat kawalan aktiviti dalam dan luar kawasan nurseri.

- Kelengkapan asas seperti perabot adalah perlu untuk mengendalikan urus niaga.

- Di samping itu tempat jualan juga disediakan untuk urusan jual beli.

Page 11: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI3. Setor

- Setor ialah tempat menyimpan peralatan dan bahan kimia pertanian. - Biasanya setor bahan kimia diasingkan dengan setor peralatan. - Setor bahan kimia seperti racun dan baja dibina jauh dari kawasan orang ramai atau pelanggan kerana ianya berbahaya. - Setor peralatan atau kelengkapan dibina untuk menyimpan peralatan seperti cangkul, sabit, beg politena, tajak, kereta sorong dan pasu. - Peralatan dalam setor perlu disusun rapi untuk mengelakkan kemalangan dan memudahkan mendapat alatan dan bahan.- Peralatan yang telah digunakan perlu dibersihkan sebelum disimpan.

Page 12: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI4. Tempat penyediaan medium dan pemasuan

(Potting Shed)- Tempat penyediaan medium dan pemasuan ialah ruang berbumbung bagi menempatkan bahan medium seperti tanah, pasir dan bahan organik. - Bahan tersebut diletakkan dalam sekatan atau blok khas yang dibuat daripada konkrit atau kayu. - Ruang ini juga digunakan untuk menyediakan medium, mengisi bekas semaian atau pasu. - Ruang ini memerlukan lantai konkrit atau lantai berturap untuk memudahkan kerja pembersihan.

Page 13: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI5. Tempat pembiakan

- Tempat pembiakan ialah ruang yang digunakan untuk menjalankan proses pembiakan dan tempat sementara bagi bahan yang telah disemai sebelum diubah ke tempat pengerasan. - Tanaman hiasan dalaman juga ditempatkan di sini. - Tempat ini berbumbungkan jaring hitam atau hijau yang boleh memberikan sehingga 80% naungan. - Penggunaan sistem siraman jenis renjisan kabus sangat sesuai di kawasan ini.

Page 14: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

STRUKTUR DALAM NURSERI (samb...)

6. Tempat Pengerasan - Tempat pengerasan ialah ruang terbuka supaya

mudah untuk mendapat cahaya matahari sepenuhnya. - Lantai tempat pengerasan diperbuat daripada konkrit, berturap atau batu kelikir bagi memudahkan kerja penyenggaraan. - Ruang ini menempatkan tanaman hiasan untuk

proses pengerasan bagi menyesuaikan tanaman hiasan dengan keadaan persekitaran yang baru.

Page 15: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

1. Orientasi2. Peratus dan bahan teduh 3. Bahan binaan 4. Sistem penyiraman5. Susunan tumbuhan

Page 16: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

1.Orientasi - Rumah tumbuhan yang baik dibina pada

kedudukan utara selatan. - Kedudukan ini bagi membolehkan cahaya

matahari sampai kepada tumbuh-tumbuhan dengan sekata.

Page 17: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan

4. Sistem penyiraman   - Bagi kawasan yang kecil, biasanya penyiraman dilakukan secara manual iaitu dengan menggunakan tong penyiraman atau hos getah yang disambung kepada paip air. - Bagi kawasan yang besar, sistem penyiraman seperti sistem renjisan dan sistem pengairan titis samada secara manual atau automatik lebih sesuai digunakan. - Sistem ini memudahkan penyiraman dan

berkesan.

Page 18: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Faktor penting dalam pembinaan rumah tumbuhan5. Susunan tumbuhan

- Susunan tumbuhan bergantung kepada saiz dan bentuk rumah tumbuhan. - Tanaman boleh disusun secara bertingkat

atau di dalam barisan untuk memudahkan penyenggaraan dan pergerakan.

Page 19: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Tujuan susunan tumbuhan yang baik: i. Memudahkan pengiraan stok atau sistem

rekodii. Mengasingkan tanaman mengikut jenis,

saiz dan hargaiii. Memudahkan kerja penyenggaraan

seperti merumput dan membajaiv. Memudahkan pergerakan kerana lorong

telah diatur dengan baikv. Menggunakan kawasan yang ada

dengan bilangan pokok yang maksimum.

Page 20: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENUBUHAN NURSERI

Pendahuluan• Nurseri semaian bunga-bungaan adalah

suatu tempat di mana benih tanaman landskap dan hiasan dibiakkan dan dibesarkan sebelum ia dijadikan sebagai tanaman landskap.

Page 21: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PEMBINAAN NURSERI

Pemilihan tapak• Pemilihan tapak nurseri bagi mendirikan

nurseri adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kejayaan perusahaan nurseri tersebut.

• Terdapat dua faktor yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan tapak:

a. Faktor ekonomi b. Faktor fizikal

Page 22: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PEMBINAAN NURSERIa. Faktor ekonomi

i. Penentuan harga pasaran pokok hiasan bergantung kepada kos input. Sekiranya kos kemudahan asas dan kos tanah

tinggi, faktor ini akan meningkatkan harga pokok dan ini akan mengurangkan keuntungan.ii. Lokasi tapak

Lokasi sesebuah nurseri hendaklah berdekatan dengan kawasan pasaran seperti pusat bandar dan kawasan perumahan. Ini akan memudahkan serta mempercepatkan penghantaran pokok.iii. Kemudahan asas

Penjimatan kos boleh dibuat sekiranya kemudahan asas seperti jalan raya, elektrik dan telefon telah pun sedia ada di tempat

semaian. Kedapatan sumber air yang mudah dan murah daripada sungai, kolam atau pun telaga akan menjimatkan kos berbanding dengan penggunaan air paip.

Page 23: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PEMBINAAN NURSERIb. Faktor fizikal

i. Keadaan muka bumi- Keadaan tanah yang datar dan tidak ditakungi air adalah paling sesuai untuk dijadikan tapak nurseri kerana keadaan ini:

– Memudahkan pergerakan kerja harian– Mempunyai pengairan dan saliran yang baik – Memudahkan infrastruktur didirikan.– Tidak mudah ditenggelami air

ii. Terlindung daripada pukulan angin kencang– Kawasan yang sering dilanda angin kencang boleh

merosakkan struktur serta pokok dalam nurseri.iii. Jauh daripada pencemaran

– Nurseri hendaklah terletak jauh daripada sumber pencemaran seperti asap pencemar terutama daripada kilang dan juga kenderaan.

Page 24: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERIStruktur penting tapak nurseri• Antara struktur asas yang akan memudahkan

pengendalian dan pengurusan semaian ialah:i. Pejabat atau tempat jualan– Pejabat ini penting untuk mengendalikan urusan

perniagaan serta penyenggaraan nurseri. la juga perlu mempunyai tempat jualan iaitu bagi urusan jual beli. Bangunan ini perlu berada di satu lokasi yang strategik kerana ia merupakan tempat kawalan untuk kesemua aktiviti nurseri.

ii. Setor– Setor adalah satu bangunan khas untuk menyimpan

bahan kimia seperti baja dan racun dan juga alat kelengkapan perkebunan.

Page 25: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERIStruktur penting tapak nurseri (samb…)

iii. Tempat penyediaan medium dan pemasuan– la merupakan sebuah struktur berbumbung untuk

menyimpan dan menyediakan medium pemasuan. – Tempat ini perlu mempunyai ruang bagi menyimpan

bahan medium tanaman seperti pasir, tanah, pasu dan sebagainya.

iv. Rumah pembiakan– Rumah ini perlu ditutupi dengan jaring hitam yang dapat

memberikan 80% lindungan daripada cahaya matahari. – Tempat ini juga perlu dilengkapi dengan sistem renjisan

kabus ('mist'). – Kotak atau petak semaian yang diperbuat daripada kayu

atau simen perlu juga diadakan di dalam rumah pembiakan.

Page 26: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

SUSUN ATUR STRUKTUR NURSERIStruktur penting tapak nurseri (samb…)v. Rumah tumbuhan

– Rumah ini adalah satu struktur untuk menyimpan pokok yang memerlukan teduhan 25% - 75% di mana lindungan adalah mengikut keperluan jenis tumbuhan atau spesis pokok hiasan.

vi. Kawasan pengerasan– Tempat ini adalah untuk memantapkan pokok yang baru

ditanam di dalam pasu atau beg politena supaya menjadi keras dan tahan kepada keadaan di ladang atau di tapak landskap.

– la juga adalah kawasan untuk menempatkan pokok hiasan yang gemar cahaya matahari.

– Lantai kawasan pengerasan biasanya diturap dengan simen, ditabur batu kelikir ataupun mempunyai hamparan plastik hitam yang berlubang.

Page 27: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENYENGGARAAN NURSERI

• Terbahagi kepada dua:1. Penyenggaraan kawasan2. Penyenggaraan tumbuhan

           

Page 28: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENYENGGARAAN NURSERI A. Penyenggaraan kawasan

i.    Perlu diselenggara dengan baik untuk mendapatkan pokok yang bermutu tinggi.ii.   Aktiviti yang biasa dilakukan:       a. merumput, menggembur, membaja       b. pembersihan kawasan sistem perparitan       c. pembaikan struktur

 

Page 29: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENYENGGARAAN NURSERI

B. Penyenggaraan tumbuhani. Penyiraman secara manualii. Penyiraman sistem renjisan airiii. Pembajaaniv.      Pemangkasanv.      Pemancanganvi.      Pengawalan penyakit dan perosak 

Page 30: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENYENGGARAAN NURSERI

• Peralatan dan perkakasan penyenggaraani. Sudip tangan

    ii.      Serampang tangan     iii.      Sekateur     iv.      Parang atau pisau      v.      Pungkis     vi.      Cangkul     vii.     Gunting dahan dan pagar     viii.    Penyembur     ix.      Baldi     x.      Kereta sorong

Page 31: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PENYIMPANAN REKOD NURSERI• Aktiviti yang dilakukan di nurseri hendaklah direkodkan.

Antara rekod yang perlu disediakan dan diikuti adalah seperti berikut:a. Jadual kerja penyenggaraan tumbuhan dan nurseri.b. Bilangan pekerja dan masa bekerja.c. Senarai bahan dan peralatan yang ada dan disimpan di nurseri.d. Senarai spesis tanaman yang terdapat di nurseri.e. Rekod jualan tanaman dan projek landskap yang

terlibat.f. Belanjawan iaitu sumber pendapatan dan perbelanjaan nurseri.

Page 32: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

BEKAS TANAMAN DAN MEDIUM PENANAMAN

PENDAHULUAN:- Anak pokok tumbuhan hiasan boleh ditanam

terus ke tanah atau di dalam bekas tanaman. - Pemilihan bekas tanaman yang sesuai amat

penting dalam pertumbuhan anak pokok.

Page 33: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Pemilihan bekas tanamanCiri-ciri pemilihan bekas tanaman hendaklah:i. Saiz yang bersesuaian dengan jenis tanaman.ii. Ringan dan mudah dialihkaniii. Mudah dibersihkaniv. Tahan lasak dan tidak mudah pecahv. Mempunyai lubang saliran kecuali bekas

tanaman akuatik.vi. Kemas dan menarikvii. Mudah didapati dan harganya berpatutan

Page 34: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Pelbagai jenis bekas tanaman

Page 35: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Medium penanaman • Komponen yang terdapat dalam medium penanaman:

i. Tanah loam, tanah peroi atau tanah kebun – berperanan menyerap air dan memegang akar

tumbuhan.

ii. Bahan organik seperti najis haiwan, kompos atau humus

– berperanan membekalkan nutrien kepada tumbuhan

iii. Pasir sungai – berperanan memberikan ruang pengudaraan dan memudahkan pengaliran air dalam tanah

Page 36: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Medium penanaman

Tanah loam

Bahan organik

Pasir

Page 37: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Campuran untuk medium penanaman • Nisbah campuran pemasuan John Innes Potting Mixture

(JIP) iaitu:i.      7 bahagian tanah loam

              3 bahagian baja organik               2 bahagian pasir

atau    ii.      3 bahagian tanah loam              2 bahagian bahan organik                1 bahagian pasir- Ketiga-tiga bahagian ini hendaklah disukat mengikut isipadu dan digaul dengan sekata- Bagi 1 meter3 campuran, tambahkan 4.2 kg baja

fosforus seperti Malameal, Gromeal atau CIRP serta 2.7 kg kapur untuk memperkayakan campuran dan meneutralkan pH campuran.

mengikut isipadu

Page 38: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMANSediakan bahan medium.

Tapis ketiga-tiga bahan medium secara berasingan

Page 39: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMANSukat ketiga-tiga bahan yang telah ditapis dengan menggunakan skop atau pungkis mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1

Gaulkan ketiga-tiga medium sehingga sekata

Page 40: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

MENYEDIAKAN MEDIUM PENANAMAN

Simpan medium campuran beberapa hari sebelum digunakan bagi membolehkan

bahannya bertindakbalas antara satu sama lain.

Page 41: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Ciri-ciri medium penanaman yang baik i. Gembur dan memudahkan penembusan akar ke

dalamnya.

ii. Membekalkan nutrien yang seimbang kepada tumbuhan

iii. Mengekalkan kelembapan kepada akar tanaman

iv. Mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik

Page 42: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

MENANAM ANAK BENIH TUMBUHAN HIASAN DALAM BEG POLITENA DAN PASU

PENDAHULUAN:• Pokok tanaman hiasan kebanyakannya

ditanam di dalam beg politena atau pasu terutamanya utk hiasan dalaman atau perkarangan bangunan.

• Anak benih tumbuhan daripada semaian diubah ke dalam beg politena dahulu sebelum dipindahkan ke dalam pasu.

Page 43: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA

Sediakan bahan dan peralatan seperti beg politena, anak benih, sudip tangan, medium campuran dan tong penyiram.

Pilih beg politena yang sesuai dengan anak benih.

Masukkan medium sehingga 1/3 ke dalam beg politena. Lipat masuk bucu bahagian bawah beg politena supaya beg tersebut stabil.

Page 44: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA

Siram kotak semaian dahulu dan keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semaian dengan cermat.

Masukkan anak benih ke dalam beg politena yang berisi 1/3

medium tersebut

Page 45: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA

Tambah medium campuran ke dalam beg politena tersebut sehingga hampir penuh. Pastikan anak benih tidak terlalu tenggelam. Padatkan pangkal anak benih.

Anak benih yang telah siap ditanam ke dalam beg politena. Siram secukupnya dan letakkan di bawah teduhan.

Setelah 7 – 14 hari anak benih boleh didedahkan kepada pancaran matahari secara beransur-ansur

Page 46: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU

Sediakan bahan dan peralatan seperti pasu, anak benih, sudip tangan, medium campuran dan tong penyiram.Pilih pasu yang sesuai dengan anak benih.

Tutupkan lubang saliran dengan batu atau serpihan pasu bagi

tujuan pengaliran air dan pengudaraan . Jika pasu terlalu kecil, gunakan jaring hijau untuk

menutup lubang saliran pasu.

Page 47: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU

Masukkan medium penanaman (7:3:2 @ 3:2:1) ke dalam pasu sehingga separuh penuh.

Siram kotak semaian dahulu dan keluarkan anak pokok atau anak benih daripada kotak semnaian

dengan cermat.

Page 48: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM BEG POLITENA

Masukkan anak benih dan letakkan anak benih di tengah-tengah pasu.

Tambahkan medium campuran di sekeliling pokok sehingga 2 cm

daripada permukaan pasu.

Pastikan anak pokok tidak ditanam lebih dalam dari paras

asalnya. Padatkan tanah di sekeliling anak pokok.

Page 49: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MENANAM ANAK BENIH KE DALAM PASU

Siram anak pokok sehingga medium cukup basah

Letakkan pasu di tempat teduh selama 4 – 10 hari bergantung

kepada jenis tanaman dan keadaan pokok.

Page 50: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU

Sediakan bahan dan peralatan seperti pasu yang sesuai denbgan saiz anak benih, anak benih, sudip tangan, campuran medium pemasuan, serpihan pasu dan tong penyiram.Pilih beg politena yang sesuai dengan anak benih.

Tutupkan lubang saliran dengan batu atau serpihan

pasu yang bersesuaian.

Page 51: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU

Masukkan campuran medium pemasuan ke dalam pasu sehingga separuh penuh

Potong bahagian bawah beg politena dengan pisau

Page 52: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU

Letakkan anak benih di tengah-tengah pasu

Tambahkan campuran medium sehingga 2 cm dari permukaan

pasu

Page 53: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU

Keluarkan beg politena dari anak benih

Padatkan pangkal anak benih

Page 54: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

PROSEDUR MEMASU ANAK BENIH DARI BEG POLITENA KE PASU

Siram dan letakkan di bawah teduhan

Page 55: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Kelebihan menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasu

i.   Pokok boleh diangkat dan diubahii.    Pokok boleh diletakkan dalam bangunan atau di mana-mana.iii.   Pokok yang perlu diganti (semusim) mudah diselenggaraiv.   Keperluan cahaya, air dan sebagainya dapat dikawalv.    Pengeluaran bunga tanaman boleh ditentukanvi.   Kerja membaja dan merumpai dapat dilakukan dengan lebih selesavii.  Kerja merumput tidak perlu dilakukan selaluviii. Pengawalan penyakit dan perosak boleh dilakukan

dengan lebih mudah

Page 56: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Masalah menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasu• Tumbuhan yang ditanam dalam beg politena

atau pasu menghadapi keadaan persekitaran yang kurang menggalakkan kerana jumlah medium tanamannya adalah terhad.

• Kualiti medium tanaman bergantung kepada saiz bekas tanaman dan ini mempengaruhi pertumbuhan pokok tersebut.

• Pemilihan jenis campuran medium perlu dibuat dengan lebih teliti supaya tumbuhan tidak mengalami tekanan yang boleh merencatkan kadar pertumbuhan dan ketahanan terhadap penyakit.

Page 57: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Masalah menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasu

Antara masalah lain yang dihadapi ialah seperti berikut:

a. Ruang yang terhad untuk akar berkembang.b. Simpanan air yang terhad dan menyebabkan

tanaman kekurangan air jika tidak disiram selalu.

c. Sumber nutrien adalah terhad.d. Medium di dalam pasu atau beg politena

mudah kering.

Page 58: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

Masalah menanam pokok hiasan dalam beg politena dan pasu (samb....)e. Tanaman di dalam bangunan menghadapi

kekurangan cahaya matahari.f. Pertumbuhan pokok di dalam bilik berhawa

dingin boleh terencat disebabkan perbezaan suhu sejuk dan panas.

g. Kelembapan medium yang rendah juga boleh mengurangkan kadar pertumbuhan pokok manakala kelembapan yang terlalu tinggi (> 85%) akan menggalakkan jangkitan

penyakit.

Page 59: Kuliah 1 - Penubuhan Nurseri (2)

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."