Kuliah Tafsir Maudhuiy ke-72

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 Kuliah Tafsir Maudhuiy ke-72

    1/4

    KTM: 72

    1

  • 8/10/2019 Kuliah Tafsir Maudhuiy ke-72

    2/4

    KTM: 72

    2

    MEMBANGUN NEGARA DAKWAH:

    KOMITMEN KEAGAMAAN KERAJAAN SULAYMAN `A.S.

    Bahagian Kedua

    (ayat 32 - 37 surah al-Naml)

    32.

    Berkata dia (Balqis): Hai para pembesar berilah aku pertimbangan dalamurusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu

    berada dalam majlis(ku).

    33. Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga)keberanian yang hebat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu;

    maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.

  • 8/10/2019 Kuliah Tafsir Maudhuiy ke-72

    3/4

    KTM: 72

    3

    34. Dia berkata: Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, nescayamereka membinasakannya, dan kenjadikan penduduknya yang mulia jadi hina;

    dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.

    35. Dan sesungguhnya aku akan mengirim utusan kepada mereka dengan

    (membawa) hadiah, dan (aku akan) menunggu apa yang akan dibawa kembalioleh utusan-utusan itu.

    36. Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, ia (Sulaiman) berkata,Apakah (patut) kamu menolong aku dengan harta? Maka apa yang diberikan

    Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya kepadamu; tetapikamu merasa bangga dengan hadiahmu.

    37. Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi ,mereka dengan

    balatentera yang mereka tidak berdaya melawannya, dan pasti kami akanmengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi

    (tawanan-tawanan) yang hina

    Huraian Maksud Ayat

    Ratu Balqis mengumumkan kepada para pembesarnya tentang surat istimewa yang telah

    disampaikan kepadanya. Tampak ia sangat terkesan dengan surat yang disifatkannyasebagai kitabun karim tersebut. Pengirimnya adalah Sulayman (`a.s.) yang dalam

    suratnya mengungkapkan lafaz basmalah. Isinya jelas dan tegas membawa pesanjangan menyombongkan diri terhadap pengirimnya dan jangan memperlekehnya. Balqis

    dapat merasakan nada tegas dan yakin bahasa surat Sulayman `a.s. yang tidak menuntut

    apa-apa selain meminta mereka datang mengadapnya dengan sikap merendah danmenyerah kepada Allah, Tuhan yang dengan Nama-Nya surat itu ditulis.

    Rasa terkesan itulah yang cuba diperkongsikannya dengan para pembesar negeri denganmemaklumkan mereka lewat cara pengungkapan sedemikian. Seterusnya Balqis

    meminta pendapat mereka bagaimana cara sebaiknya menyikapi surat dan kerajaanSulayman (`a.s.). Ayat 32 mengisyaratkan berlakunya amalan shura (musyawarah)

    dalam gaya pemerintahan Balqis. Di pihak para pembesar, seperti yang disebut dalamayat 33, mereka siap melaksanakan segala pilihan. Andainya pilihannya perang, mereka

    siap melaksanakannya dengan keyakinan terhadap kemampuan mereka berdasarkankekuatan yang mereka miliki. Demikianlah cara berfikir para pembesar (lelaki) yang

    lebih cenderung kepada cara beradu kekuatan. Bagaimanapun mereka tetap terbukauntuk menerima pilihan lain yang diputuskan oleh Balqis sendiri. Mereka telah

    menyatakan pendapat mereka, tetapi tetap setia dan patuh kepada apa sahaja perintahBalqis kerana kata putus memang di tangannya (wa l-amru ilayki).

    Sejak awal memang sudah terbayang sikap Balqis yang lebih cenderung untuk mencari

    jalan damai. Kata-katanya tentang surat Sulayman `a.s. menyiratkan rasa hormat kepadaSulayman `a.s. yang diduga tidak hanya seorang raja besar, tetapi berkemungkinan beliau

  • 8/10/2019 Kuliah Tafsir Maudhuiy ke-72

    4/4

    KTM: 72

    4

    juga seorang nabi. Melawan raja seperti Sulayman `a.s., risikonya terlalu besar. Balqistahu benar akibatnya jika Sulayman `a.s. sampai datang menyerang sebagaimana yang

    dinyatakannya pada ayat 34. Raja penakluk akan membinasakan negeri menjadi padangjarak padang tekukur, dan akan memperlakukan para pembesarnya dan ketua-ketuanya

    sebagai tawanan yang hina. Siapa sahaja yang berpotensi memimpin perlawanan akan

    ditindas, didera atau dihabisi. Demikianlah yang selalu terjadi bila-bila dan di mana-mana pun, dan itu jugalah yang akan terjadi kepada negeri Saba.

    Ternyata Balqis adalah pemerintah (wanita) yang bijaksana dan berpandangan jauh.Beliau memilih jalan damai lewat diplomasi hadiah atas kesedaran bahawa hadiah

    dapat melunakkan hati dan membina kemesraan. Demikian langkah pertama yangdiambilnya - mengirim hadiah kepada Sulayman `a.s. Langkah seterusnya

    tergantung pada tindak-balas Sulayman `a.s. terhadap hadiah yang dikirimkannya. SikapSulayman `a.s. akan menyerlahkan hakikat siapa dirinya, raja biasa atau nabi yang

    memiliki kerajaan. Untuk itu Balqis harus menunggu laporan utusan pembawa hadiahsetelah kembali nanti.

    Hadiah mewah yang berupa berdulang-dulang emas dan permata itu akhirnya sampai di

    istana Sulayman `a.s. dan dibawa masuk ke hadapannya. Ternyata Sulayman `a.s. samasekali tidak tertarik dengan hadiah tersebut, malah tidak mahu melihatnya. Ayat 36

    menyebut Sulayman `a.s. bereaksi dengan berkata beliau tidak memerlukan harta duniaseperti itu kerana sudah memiliki segala-gala yang jelas lebih banyak dan lebih baik

    daripada yang dimiliki oleh Balqis. Allah s.w.t telah mengurnikannya pelbagai anugerahistimewa: kerajaan terbesar di dunia, kuasa menundukkan jin, haiwan dan manusia, ilmu

    yang bermanfaat dunia-akhirat, termasuk bahasa burung (mantiq al-tayr), dan yang lebihistimewa daripada semuanya itu adalah kurnia kenabian (nubuwwah). Segala yang di

    luar miliknya sudah tidak bererti apa-apa lagi kepadanya. Bagi Balqis dan kerajaannya,

    emas permata berdulang-dulang itu begitu berharga, tetapi bagi Sulayman `a.s. semuanyaitu tidak ada harganya berbanding dengan kurnia Allah kepadanya.

    Ayat 37 menyatakan bahawa Sulayman `a.s. menolak hadiah tersebut dan memerintahkanutusan Balqis membawanya pulang. Pemulangan hadiah itu membawa mesej yang jelas

    bahawa persoalan sebenarnya bukan politik duniawi, tetapi persoalan dakwah. Yangdiminta oleh Sulayman `a.s. bukan harta dan kuasa dunia, tetapi ketulusan iman kepada

    Allah. Surat yang dikirim kepada Balqis itu jelas memintanya datang untuk menyatakanIslamnya. Hanya itu, bukannya yang lain. Sulayman `a.s. mengumumkan pendiriannya

    bahawa segala yang dimilikinya, termasuk kekuatan balatenteranya akan digunakanuntuk dakwah, pembebasan manusia dari belenggu kesesatan dan kejahilan.

    Ancamannya bahawa ia akan mengerahkan angkatan bersenjatanya untuk menghancur-leburkan Saba bukan suatu gertak kosong. Sulayman `a.s. menyampaikan ancamannya

    dengan nada tegas dan yakin kerana dia mempunyai fakta dan data yang tepat tentangkekuatan kerajaannya dan kekuatan kerajaan Balqis. Justeru kerajaan Sulayman `a.s.

    adalah sebuah kerajaan maklumat yang memiliki segala kelengkapan mendapatkan fakta,termasuk risikan hudhud yang ternyata sangat kompeten.

    TM72 : 22112014