Upload
phungminh
View
244
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
‘ KELEWATAN MEMBAJAK TANAH SAWAH LEMBUT DAN BERAIR’
KUMPULAN KIK TRANSMISSION
PERTUBUHAN PELADANG NEGERI PERAK
1. PENGENALAN
Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak telah didaftarkan pada 15hb Oktober, 1974 di
bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 sebagai sebuah organisasi berasaskan pertanian
yang mempunyai kepentingan ekonomi dan sosial. Sebagai sebuah institusi Peladang,
keahlian dan pemegang saham PPN Perak adalah terdiri daripada 30 buah Pertubuhan
Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Negeri Perak.
PPN Perak bergerak cergas ke hadapan melalui program-program bercorak ekonomi yang
memberi pulangan menguntungkan dan mampu bersaing dengan syarikat-syarikat lainnya
melalui perlaksanaan projek-projek yang viable seperti berikut :
i. Bergiat secara agresif dalam bidang perniagaan dan kontrak pembangunan,
perkhidmatan, pembekalan bahan-bahan dan jentera infrastruktur.
ii. Membuat kerja kontrak dan bekalan dengan Agensi Kerajaan
iii. Menyediakan perkhidmatan kejenteraan dan pembaikan jentera-jentera.
iv. Kegiatan pemasaran bahan-bahan pertanian seperti bahan mentah, bahan proses
dan barangan pengguna
v. Pembangunan tanah yang bersistematik setanding dengan ladang-ladang swasta.
vi. Pembangunan hartanah dan industri melalui kerjasama sektor swasta dan kerajaan.
Pertubuhan Peladang Negeri Perak memberi perkhidmatan pembajakan tanah sawah
melalui tiga buah Cawangan Kejenteraan (PPNJ) iaitu PPN(J) Perak Utara, Bagan Serai,
PPN(J) Perak Tengah, Padang Rengas, dan PPN(J) Hilir Perak, Teluk Intan.
PPN(J) Perak Utara berperanan memberi perkhidmatan pembajakan di kawasan Kerian
Laut, Perak berkeluasan hampir 3,080 hektar yang merupakan kawasan tanah lembut dan
berair.
2. INOVASI
2.1 PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROJEK
Projek ini adalah salah satu langkah inovasi yang diambil bertujuan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh PPN(J) dalam melaksanakan perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pelanggan. Antara masalah yang dihadapi adalah tempoh masa
membajak yang lama, kos operasi yang tinggi, dan kos pembaikan jentera yang
tinggi.
Masalah yang dihadapi oleh PPN(J) Perak Utara adalah struktur kawasan kendalian
yang merupakan tanah lembut dan berair. Peralatan tambahan/alat bantu gerak pada
traktor yang digunakan kurang sesuai dan kurang berkesan di tanah lembut dan
berair mengakibatkan traktor selalu terbenam dan sering mengalami kerosakan.
Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mempercepatkan perkhidmatan
kejenteraan kepada petani mengikut jadual tanaman padi yang ditetapkan.
Kelewatan PPN(J) memberi perkhidmatan pembajakan boleh menyebabkan petani
mengalami kerugian serta akan menjejaskan imej Pertubuhan Peladang.
2.2 PROSES PELAKSANAAN INOVASI
Cage wheel (alat bantu gerak traktor) direka bagi mengelakkan kekerapan roda
traktor terbenam/terlekat di petak sawah yang lembut dan berair. Rekacipta projek
kumpulan yang dinamakan Trans cage wheel berupaya mempercepatkan kerja-kerja
pembajakan serta meningkatkan keluasan kawasan yang dibajak untuk tempoh
masa yang disasarkan.
Idea, cadangan, lakaran projek dibuat semasa mesyuarat kumpulan di pejabat induk
PPN Perak, Ipoh. Kajian dibuat untuk mengenalpasti rekabentuk bilah cage wheel
yang paling sesuai.
Mesyuarat ahli kumpulan kik di pejabat PPN Perak
Lakaran rekacipta trans cage wheel – bilah berbentuk penuh kepada bilah bentuk rongga
Lakaran penambahbaikan rekacipta trans cage wheel - tapak bentuk bulat kepada tapak
segiempat
Bilah
Bentuk
Rongga
Tapak Segi
Empat
Pembangunan projek dibuat di bengkel PPN(J) Perak Utara, Bagan Serai di ketuai
oleh pegawai rekacipta En. Yusoff bin Hassan, Pengurus Bengkel PPN(J) Perak
Utara dan dibantu oleh En. Mohd Fairuz Fazlyee bin Zainal Abidin, Pengurus Operasi
PPN(J) Perak Utara.
2.3 SEBELUM PELAKSANAAN INOVASI
Penggunaan cage wheel dapat mengelakkan kekerapan roda traktor
terbenam/terlekat di petak sawah yang lembut dan berair. Walau bagaimanapun,
penggunaan cage wheel ini masih mempunyai kelemahan dari segi rekabentuk bilah
daunnya yang asal .
Traktor yang menggunakan cage wheel yang asal hanya berkemampuan membajak
sawah 3 jam sehari sahaja. Ini kerana kerap berlaku kerosakan pada traktor akibat
roda terbenam pada petak sawah. Akibatnya sering berlaku kelewatan pembajakan
serta tidak mengikut jadual yang ditetapkan IADA Kerian.
Cage wheel asal – bilah daun berbentuk penuh & tapak berbentuk bulat.
Roda traktor terbenam di petak sawah
2.4 SELEPAS PELAKSANAAN INOVASI
Trans Cage Wheel
2.4.1 PROSES KERJA MEREKACIPTA BILAH BERBENTUK RONGGA
a) Buka peralatan tambahan cage wheel dari disc rim roda belakang traktor
b) Potong daun berbentuk penuh daripada kerangka peralatan tambahan
c) Potong plate 2.8 mm (381mm x 228mm), besi tumpat (16mm x 127mm) dan sesiku
keluli 38mm x 38mm x 228mm
d) Kimpal plate dengan besi tumpat pada kerangka alatan tambahan
e) Pasang alatan tambahan ‘cage wheel’ ke disc rim roda belakang traktor
2.4.2PROSES KERJA PENAMBAHBAIKAN
a) Buka alatan tambahan ‘cage wheel’ dari disc rim roda belakang traktor
b) Potong tapak bentuk bulat
c) Potong plate besi untuk membuat tapak segiempat (4 keping)
d) Potong Keluli tumpat ‘round bar’ 20mm sepanjang 292mm x 4 batang
e) Tebuk lubang pada setiap tapak segiempat
f) Kimpal keluli tumpat ‘round bar’ antara tiang alatan tambahan ‘cage wheel’
g) Pasang alatan tambahan ‘Cage Wheel’ ke disc rim roda belakang traktor
2.5 IMPAK INOVASI TERHADAP PETANI / PPN(J) / PPN / MOA / NEGARA
2.5.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI
Penciptaan ‘trans cage wheel’ merupakan penambahbaikan terhadap rekabentuk
asal alat bantu gerak traktor di mana bilah berbentuk penuh digantikan dengan
bilah berbentuk rongga.
Selain itu tapak cage wheel diubahsuai kepada bentuk segiempat.
Trans cage wheel adalah lebih ekonomik, lebih ringan, dan memiliki daya tahan
serta keupayaan yang lebih tinggi.
2.5.2 ELEMEN KEBERKESANAN
Masalah pembajakan dapat diselesaikan di mana kerja-kerja pembajakan dapat
dilaksanakan dengan lebih cepat.
Kerosakan jentera dapat diatasi di mana kadar kerosakan pada traktor dan alat
bantu gerak traktor adalah berkurangan.
Perkhidmatan pembajakan dapat dilaksanakan di seluruh kawasan tanah sawah
yang terbiar sekaligus mengurangkan tanah sawah terbiar.
Peningkatan pendapatan kepada PPN dengan penambahan luas kawasan yang
dibajak daripada 3,080 ha/musim kepada 6,300 ha/musim, seterusnya dapat
menambah pengeluaran hasil padi oleh petani.
2.5.3 ELEMEN SIGNIFIKAN
Perkhidmatan pembajakan yang mengikut jadual dapat meningkatkan imej PPN di
kalangan pelanggan sediaada dan dapat menarik minat pelanggan dari luar
kawasan kendalian PPN.
Penggunaan trans cage wheel yang lebih effisien dapat mempercepatkan kerja-
kerja pembajakan dari 45 hari kepada 22 hari untuk tanah sawah seluas 3,080
hektar.
Pembangunan dan pembaikan trans cage wheel hanya melibatkan kos yang
rendah berbanding rekabentuk asal iaitu RM 693/unit bagi kos pembangunan dan
RM 214/unit bagi kos pembaikan.
Dengan menggunakan trans cage wheel, kerja-kerja membajak seluas 3,080
hektar hanya memerlukan bilangan traktor sebanyak 15 unit sahaja. Ini
merupakan pengurangan penggunaan traktor dan operator sebanyak 50%. Di
samping itu kos pembaikan, gaji dan bahan api dapat dijimatkan sebanyak RM
206 ribu /musim.
2.5.4 ELEMEN RELEVEN
Fizikal trans cage wheel yang lebih ringan dapat menjimatkan bahan api
sebanyak 15,215 liter/musim dan seterusnya dapat mengurangkan bebanan
subsidi kerajaan.
Berjaya meningkatkan tahap kepuasan pelanggan yang terdiri daripada petani-
petani di kawasan Kerian Laut di mana tanah-tanah sawah telah dapat dibajak
mengikut jadual.
Berjaya meningkatkan tahap kepuasan agensi-agensi kerajaan antaranya IADA
Seberang Perak, Pusat Benih Padi FELCRA, BERNAS, PPK dan MARDI
Berjaya meningkatkan imej Lembaga Pertubuhan Peladang selaku agensi yang
bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada ahli / petani melalui cawangan
PPN (J) dengan memberi keutamaan kepada kualiti perkhidmatan yang
disediakan tanpa mengira keuntungan semata-mata.
Memberi sumbangan kepada negara melalui sokongan terhadap usaha dan
saranan kerajaan dalam program transformasi negara dan usaha menjana
ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.
2.6 PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA
Projek inovasi kumpulan Transmission telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam
pertandingan KIK dan juga pameran inovasi. Antaranya adalah:
1) ANUGERAH KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KATEGORI TEKNIKAL-
KEMENTERIAN)
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Kali Ke-31 Tahun
2014
2) JOHAN
Konvensyen KIK Peringkat Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani 2014
3) TEMPAT PERTAMA (KATEGORI TEKNIKAL)
Konvensyen KIK Peringkat Kebangsaan Lembaga Pertubuhan Peladang 2013
4) JOHAN
Konvensyen KIK Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak 2013
5) ANUGERAH YB PEGAWAI KEWANGAN NEGERI (KATEGORI TEKNIKAL)
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak ke-27 Tahun 2014
6) GOLD MEDAL
National Innovation And Invention Competition Through Exhibiton 2015
(iCompEx’15)
7) BRONZE
Malaysian Agriculture Innovation Challenge 2014 (MAgic)
PENUTUP
Pembinaan trans cage wheel bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh PPNJPerak Utara, malah ia juga dapat memeberi kepasnkepada pelanggan
kerana perkhidmatan yang diberikan menepati masa yang dikehendaki.
Berdasarkan faedah-faedah dan penjimatan kos yang diperolehi, adalah disarankan agar
inovasi ini diseragamkan penggunaannya di seluruh negara demi kepuasan pelanggan dan
meningkatkan imej jabatan.
Disediakan oleh:
Nor Baizura binti Umar
Setiausaha Kumpulan Transmission
Pertubuhan Peladang Negeri Perak
Tel: 05-3124044 (H/P) 019-5707072