15
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR ) 1. Matlamat Pendidikan Persekolahan Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 2. Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. 3. Objektif KBSR Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid: i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara; ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah; iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian; iv. menguasai kemahiran belajar; v. menguasai kemahiran berfikir; vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kurikulum

Citation preview

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )1.Matlamat Pendidikan PersekolahanMatlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.2.Matlamat KBSRMatlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.3.Objektif KBSRBagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid:i.menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara;ii.menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah;iii.menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian;iv.menguasai kemahiran belajar;v.menguasai kemahiran berfikir;vi.bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;vii.memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya;viii.membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri;ix.mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;x.menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal;xi.memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional;xii.menjaga kesihatan dan kecergasan diri;xiii.menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti;xiv.menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam;xv.menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;xvi.membina semangat patriotisme;xvii.mengembangkan bakat dan kreativiti; danxviii.mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.4.Prinsip KBSRKBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:-i.Pendekatan Bersepadu;ii.Perkembangan individu secara menyeluruh;iii.Pendidikan yang sama untuk semua murid; daniv.Pendidikan seumur hidup.v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkatvi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan muridvii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asasviii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibelix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum)x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira)xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

Ciri-Ciri KBSR5.PenekananFokus Tahap Ii.Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan menulis)ii.Penguasaan nombor dan operasi asas mengiraiii.Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran;iv.Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.Fokus Tahap IIi.Pengukuhan kemahiran asas berbahasa;ii.Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah;iii.Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lainiv.Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif;v.Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran;vi.Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai6.Struktur KBSRStruktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:-i.Komunikasi;ii.Manusia dan Alam Kelilingnya; daniii.Perkembangan Diri Individu.Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-i.Kemahiran Asas;ii.Manusia dengan Persekitaran;iii.Kesenian dan Kesihatan;iv.Kerohanian, nilai dan sikapv.Kemahiran Hidup; danvi.Kokurikulum

7. Bidang PelajaranBidangKomponenMatapelajaran

Fasa 1Fasa 2

KomunikasiKemahiran AsasBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa TamilBahasa MelayuBahasa InggerisBahasa CinaBahasa Tamil

MatematikMatematik

Manusia dan PersekitaranSikap , Nilaidan SpiritualPendidikan IslamPendidikan MoralPendidikan IslamPendidikan Moral

-Sains

Kajian Tempatan

PerkembanganDiri IndividuKemahiran HidupSeni dan RiadahKokurikulum-Kemahiran Hidup

Pendidikan MuzikPendidikan Muzik

Pendidikan SeniPendidikan Seni

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan KesihatanPendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Dalam struktur KBSR terdapat tiga bidang iaitu:-i.Bidang Komunikasi1.Bahasa Melayu;2.Bahasa Inggeris;3.Bahasa Cina;4.Bahasa Tamil; dan5.Matematik.ii.Bidang Manusia dan Alam Kelilingnya1.Pendidikan Islam;2.Pendidikan Moral;3.Sains; dan4.Kajian Tempatan.iii.Bidang Perkembangan Diri Individu1.Kemahiran Hidup;2.Pendidikan Muzik;3.Pendidikan Seni;4.Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan8.Peruntukan MasaMata PelajaranSekolah KebangsaanSekolah Jenis Kebangsaan

Tahap 1Tahap 2Tahap 1Tahap 2

Perkara123456123456

Bahasa Melayu450450450300300300270270270150150150

Bahasa Inggeris24024024021021021060909090

Bahasa Cina/Tamil450450450300300300

Sains150150150150150150

Matematik210210210210210210210210210210210210

Pend. Islam/Moral180180180180180180150150150150150150

Pendidikan Seni606060606060606060606060

Pendidikan Muzik606060606060606060606060

Kemahiran Hidup606060606060

Kajian Tempatan120120120120120120

Pend. Jas. & Kes.909090606060909090606060

Perhimpunan303030303030303030303030

Pilihan Guru Besar303030303030

JUMLAH135013501350144014401440135013501350144014401440

9.Teras KBSRi.Penggabungjalinan;ii.Penyerapan;iii.Penilaian;iv.Pengkayaan; danv.Pemulihan.10. Penekanan Dalam KBSRDalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:-i.Kemahiran asas;ii.Kemahiran berfikir;iii.Nilai Merentas Kurikulum;iv.Bahasa merentas kurikulum;v.Patriotisme merentas kurikulum;vi.Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid;vii.Penilaian berterusan;viii.Pemulihan dan pengayaan;ix.Prinsip mudah ubah; danx.Sains dan teknologi merentas kurikulum11.Strategi Pengajaran dan PembelajaranDalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;i.mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran;Kemudahan fizikal kelasruang pembelajaran yang selesa;sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif;ruang pameran hasil kerja;bahan rujukan untuk penggunaan murid;bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran.Aspek emosi sosialpenggunaan bahasa yang mesra;keupayaan guru memahami muridnya;penggunaan teknik yang pelbagai.ii.mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Melibatkan murid secara aktif;Menjalankan penilaian yang berterusan;Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka;Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan;Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan;Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional;Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang;Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir;Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid.iii.Kaedah Pengajaran dan PembelajaranBagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut;SimulasiLakonanPermainanTunjuk ajarLawatanBerceritaProjekSumbangsaranMain perananPidato12.Penilaiani.Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS)Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)13.Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSRProgram KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai KurikulumBaru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994.Antara perubahan besar dalam KBSR ialahi)penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaranii)penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harianiii)menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topikiv)mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaranv)mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan beratvi)mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatanvii)pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 sertaviii)pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains14. Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum (KBSR/KBSM)

Mentafsir adalahmemahami dan menhargai FPK dan Matlamat Pendidikan (sikap positif, beriltizam untuk mengembangkan kurikulum : membaca , memahami, organisasi pengalaman & menhargai objektif sukatan)mentafsir sukatan (mengkaji sukatan, panduan khas oleh PPK, mengubah suai dimana perlu)memindahkan matlamat, objektif dan domain yang terpilih sesuai dengan keperluanMerancang adalahrancangan semester, rancangan pelajaran harian (objektif pengajaran dan pembelajaran, topic dan kandungan, strategi, penilaian)mengatur aktiviti pengajaran untuk murid dengan cara yang sesuai bagi memudahkan pembelajaran (Gagne & Briggs, 1979)pemilihan strategi pengajaran, bahan, isi kandungan dan pengalaman pembelajaran untuk mencapai hasil yang di inginkanMengubah suai adalahberdasarkan keperluan (murid , persekitaran)sumber yang adapenggunaan ICTMelaksanakan adalahMelaksanakan didalam bilik darjahPenilaian adalahuntuk mendapatkan hasil/keputusan tentang prestasianalisis keputusanmendapat maklum balas untuk pengubahsuaian15. Rumusan Program KBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6) memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang kukuh Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat direalisasikan dengan lebih berkesan lagi. Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan kurikulum.KSSR Terap 1MalaysiaKSSR terap 1Malaysia

KURIKULUM barusekolahrendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepadamuridtahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awalpendidikanmereka.Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan sertapembelajaranmurid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh ituguru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalambahasaMelayu dan bahasa Inggeris.Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca,menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.