24
KURIKULUM PJ DI SEKOLAH RENDAH - Rasional pembentukan kurikulum - Kriteria pembentukan kurikulum - Ciri-ciri pembentukan kurikulum OBJEKTIF - Menjelaskan pengertian dan konsep pembentukan kurikulum - Menghuraikan proses pembentukan kurikulum menurut falsafah mengikut model tertentu - Menjelaskan objektif kurikulum umum dan objektif-objektif PJ khasnya. PENGENALAN - System pendidikan yang baik berpandukan kurikulum yg dirancang dgn teliti serta berpaksikan FPK serta DPK.(F=falsafah,D=dasar) - Pembina kurikulum perlu mengambil kira keadaan dan kehendak sosia,ekonomi,politik,masyarakat,budaya dan bangsa. - Kurikulum yang baik akan membentuk system masyarakat yang dapat mengaplikasikan ilmu yang diterima dengan baik, berhemat dan berkualiti. - Kurikulum perlulah adil, fleksibel,seimbang dan boleh diterima di peringkat kebangsaan. - Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah dan institute pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. (laporan jawatankuasa cabinet mengkaji pelaksanaan dasar kerajaan 1980- an) KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM - Kurikulum didefinisikan sebagai 1 pelan atau rancangan utk tindakan atau 1 dokumen bertulis yg mengandungi strategi utk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)

Kurikulum pj di sekolah rendah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kurikulum pj di sekolah rendah

KURIKULUM PJ DI SEKOLAH RENDAH

- Rasional pembentukan kurikulum

- Kriteria pembentukan kurikulum

- Ciri-ciri pembentukan kurikulum

OBJEKTIF

- Menjelaskan pengertian dan konsep pembentukan kurikulum

- Menghuraikan proses pembentukan kurikulum menurut falsafah mengikut model tertentu

- Menjelaskan objektif kurikulum umum dan objektif-objektif PJ khasnya.

PENGENALAN

- System pendidikan yang baik berpandukan kurikulum yg dirancang dgn teliti serta berpaksikan

FPK serta DPK.(F=falsafah,D=dasar)

- Pembina kurikulum perlu mengambil kira keadaan dan kehendak

sosia,ekonomi,politik,masyarakat,budaya dan bangsa.

- Kurikulum yang baik akan membentuk system masyarakat yang dapat mengaplikasikan ilmu

yang diterima dengan baik, berhemat dan berkualiti.

- Kurikulum perlulah adil, fleksibel,seimbang dan boleh diterima di peringkat kebangsaan.

- Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah dan institute

pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan.(laporan jawatankuasa cabinet mengkaji

pelaksanaan dasar kerajaan 1980-an)

KONSEP DAN DEFINISI KURIKULUM

- Kurikulum didefinisikan sebagai 1 pelan atau rancangan utk tindakan atau 1 dokumen bertulis yg

mengandungi strategi utk mencapai matlamat yang dihajati.(Ornstein dan Hankins 1993,98)

- Kurikulum ialah unsure budaya atau ilmu pengetahuan utk memandu guru mengajar kumpulan

murid tertentu.(MOHD DAUD 1995)

- Kurikulum ditakrifkan sebagai dokumen yg mengandungi rancangan P&P yg menpunyai objektif

psikomotor,efektif dan kognitif bagi 1 subjek.

- Kurikulum juga didefinisikan sbg 1 rancangan pendidikan yg mengandungi segala ilmu

pengetahuan,kemahiran,nilai dan norma serta unsure kebudayaan dan kepercayaan yg menjadi

pilihan masyarakat utk diwariskan drpd generasi ke generasi yg lain.

- CTHNYA: KBSR

(KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH)

- Konsep kurikulum dpt dikategorikan kepada 5:-

Page 2: Kurikulum pj di sekolah rendah

Kurikulum menjadi dokumentasi khas dan panduan. Kurikulum terdiri drpd cadangan-

cadangan berhubung dgn matlamat,objektif,cirri-cirri pelajar,pengalaman

pembelajaran,isi kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian.

Kurikulum perlu member tumpuan kpd kaedah penyampaian yg lebih menarik. Ini

membantu pelajar menguasai kemahiran dan isi kandungan dgn berkesan.

Kurikulum merupakan program pengajian yg merujuk kpd subjek yg diajar mengikut

aliran atau jurusan yang ditetapkan.

Kurikulum membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang. Ia bukan shj

membolehkan pelajar menimba ilmu, ttp juga mencari dan mndpt pengalaman.

Selain itu, ia juga mempunyai konsep tersirat. Semasa pelajar melalui pembelajaran

terancang, pelajar akan memperolehi nilai-nilai sampingan. CTHNYA: interaksi dan

komunikasi. Ia membolehkan kanak-kanak menjadi lebih matang dan dewasa serta

mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan masyarakat.

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)

- Mewujudkan peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997 dan berkuatkuasa pd 1 Januari

1998.

- DPK mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan(KK) sebagai:

“KK ialah satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang

merangkumi semua pengetahuan, kemahiran,norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

utk membantu perkembangan seorang murid dgn sepenuhnya dr segi jasmani, rohani, dan emosi

serta menanam dan meningkatkan nilai moral yang diingini utk mencapai pengetahuan”

(Akta Pendidikan 1996,1997 [AP 1996,1997])

- Implikasi kurikulum dari AP 1996, ialah:

Seksyen 15 akta ini menyatakan bhw system pendidikan kebangsaan merangkumi

pendidikan prasekolah, menengah, lepas menengah dan pendidikan tinggi.

Seksyen 18 pula menyatakan bahawa semua sekolah dalam system pendidikan

kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum piawai iaitu KK.

LAPORAN KABINET 1979 (LK 1979)

- Laporan ini bertujuan utk memenuhi kperluan individu dan Negara

“ peranan kurikulum dalam pendidikan adalah utk membina perkembangan murid yang lengkap

dari segi jasmani, rohani, intelek, dan emosi serta menyemai, menanam, dan memupuk nilai-nilai

akhlak yg diingini di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Dalam konteks Negara Malaysia

kurikulum ini berperanan melahirkan rakyat yg mendukung cita-cita Negara dalam mewujudkan

Page 3: Kurikulum pj di sekolah rendah

perpaduan yg berpandukan rukunegara disamping menghasilkan tenaga rakyat yg terlatih utk

keperluan Negara.”

- Implikasi LK 1979 ialah:

KBSR digubal dgn menekankan perkembangan individu secara menyeluruh yg

merangkumi pendidikan asas dan perkembangan bakat.

KBSM digubal dengan menekankan konsep pembelajaran secara menyeluruh dan

bersepadu dgn mengambil kira aspek kemahiran berfikir dan belajar.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

- Memainkan perana penting dalam merangka dan membina kurikulum

- Menjadi garis panduan dan arah tuju utama dlm merancang dan membina kurikulum.

- Falsafah juga menjadi matlamat dan objektif paling utama bg pelaksanaan kurikulum.

- Huraian FPK boleh dikategorikan kpd 15 iaitu:

Pendidikan suatu usaha yg berterusan

Memperkembangkan potensi individu

Perkembangan secara menyeluruh dan bersepadu

Insane yg seimbang dan harmoni

Unsure intelek

Unsure rohani

Unsur emosi

Unsure jasmani

Kepercayaan dan kepatuhan kpd Tuhan

Rakyat Malaysia yg berilmu

Rakyat Malaysia yg berketerampilan

Rakyat Malaysia yg berakhlak mulia

Rakyat Malaysia yg bertanggungjawab

Rakyat Malaysia yg berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Rakyat Malaysia yg dpt memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat, keluarga dan Negara.

KURIKULUM (MATLAMAT DAN OBJEKTIF)

- Berperanan sbg garis panduan dan penentu sempadan ilmu yg hendak disampaikan

- Menyampaikan maklumat mengikut peringkat tertentu

- Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dgn kehendak semasa. Pusat perkembangan

kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut

aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya pelajar sentiasa belajar

mengikut trend pengetahuan terkini.

Page 4: Kurikulum pj di sekolah rendah

- Kurikulum pendidikan (KP) yg dibina bg melahirkan insan yg seimbang dari segi intelek, jasmani,

rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir BKK. Selain drpd intelek, KP juga

menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai

hasrat ini, kurikulum telah mengutamakan kepimpinan pelajar melalui kokurikulum.

- Kurikulum yg sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat utk menguatkan

hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia.

- KP yg sama membentuk masyrakat yg bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara

kaum

- Kurikulum juga diharap dpt melahirkan insan yg sayang dan cintakan tanah air.

HALA TUJU KURIKULUM

- Kurikulum di Malaysia bertujuan membangunkan modal insan yg cemerlang dr segi sahsiah dan

akademik.

- Kurikulum yg dibina perlu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh utk

melahirkan insan yg seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi.

- Kurikulum dibina perlu memberi penekanan kpd perkembangan kemahiran belajar dan genetic.

Pendekatan ini melahirkan masyarakat yg mampu mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat

dan sentiasa berkebolehan mengikuti pelajaran. Aspek ini penting kerana proses pendidikan

berlangsung secara berterusan ke arah melahirkan insan yg dpt menyesuaikan diri dgn pelbagai

perubahan yg mencabar sperti keadaan ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan

komunikasi

- Aspek pembangunan intelek x mencukupi kurikulum perlu menekankan aspek jasmani, rohani

dan emosi, Pengajaran PJ, pelaksanaan kokurikulum, penerapan nilai-nilai agama dan moral pd

semua peringkat perlu diperkukuhkan.

- Pembangunan tenaga manusia menjelang abad ke 21 x terhad kpd penyediaan dan pembekalan

tenaga pekerja yg terampil tetapi aspek melahirkan usaha yg berwibawa, terancang dan

ketahanan diri yg tinggi juga diberi perhatian.

- Kurikulum perlu besifat futuristic, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak

masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia.

PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM (PPK)

- Pembangun kurikulum perlu mengkaji

Teori-teori berkaitan dgn kurikulum

Falsafah pembentukan kurikulum

Kriteria pembentukan kurikulum

TEORI BERKAITAN PPK

Page 5: Kurikulum pj di sekolah rendah

- Terdapat 3 kategori utama dlm merekabentuk kurikulum:-

Teori tradisional

Teori konseptual

Teori rekonseptual

- TEORI TRADISIONAL

Didukung oleh ahli-ahli akademik spt Dewey, Bobbit, Tyler,Taba, Dull dll..

Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali kurikulum tersurat. (ini

kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan sama ada tercapai atau

tidak)

Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan

Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan dan dikawal.

Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah laku. Pengajar bertindak

sbg penyampai maklumat dan ditatih dlm melaksanakan kurikulum dgn berkesan.

- TEORI KONSEPTUAL

Didukung oleh kebanyakan ahli akademik yg berfahaman psikologi kognitif spt Bloom,

Brunner, Stake dll..

Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama.

Konsep utama diorganisasikan utk mendedahkan hubungan penting dan seterusnya

menghasilkan kurikulum tersusun sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu

pengetahuan dgn mudah.

Member focus kpd analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan

kurikulum

Teori ini menggunakan kaedah penelitian dlm sains bagi menghasilkan generalisasi yang

membolehkan pendidik meramal dan mengendalikan apa-apa yg berlaku di sekolah.

- TEORI REKONSEPTUAL

Didukung oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism spt James

Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg, Robert Yoong dll..

Merupakan bidang yg dpt membekalkan pedoman dan garis panduan ketika membuat

keputusan

Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus mencari

maklumat dr bukti bertulis berbanding menggunakan kebijaksanaan sendiri.

Teori rekonseptual menganggap kurikulum sbg bahan penting yg membawa kesedaran

dan perubahan kpd masyarakat. Kurikulum bertujuan utk mewujudkan golongan pelajar

mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat.

Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran dr semasa ke semasa serta

mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yg mempengaruhi kehidupan

FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

Page 6: Kurikulum pj di sekolah rendah

- Kajian falsafah pendidikan membolehkan pengkaji memahami pendidikan secara keseluruhan,

mentafsir konsep umum dan dasar pendidikan Negara

- Kandungan falsafah membolehkan pembina kurikulum memahami dan menilai secara dalaman

dan luaran hala tuju pendidikan

- Oleh itu, falsafah menjadi sumber rujukan utama dalam membina kurikulum

- Terdapat beberapa aliran falsafah yg mempengaruhi reka bentuk kurikulum. Antaranya:

Idealisme

- Menganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir

- Pengetahuan sebenarnya berlaku dalam fikiran

Realisme

- Menolak pandangan idealisme dan menganggap kebenaran apa-apa yg dpt dilihat dan

ilmu yg terhasil dari penaakulan dan lengkap.

- Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia.

Paramatism

- Sekiranya 1 idea dpt dipraktikkan maka idea itu benar. (idea yg sah adalah idea yg dpt

dibuktikan)

- Menganggap minda manusia bertindak dengan aktif. Manusia yg berkebolehan utk

menaakul dan mempunyai gaya fikiran pelbagai bagi menyelesaikan masalah dan

membuat keputusan.

- Falsafah ini menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi pengetahuan

ialah mengaplikasikan ilmu sbg panduan dan pedoman hidup.

- Iaitu bukan semata-mata mengajar manusia menghafal ilmu tetapi menggunakan ilmu.

- Aliran ini dapat dilihat dalam system peperiksaan awam di Malaysia yg berubah diri

soalan bentuk hafalan ke soalan berorientasikan pemikiran

Perialisme

- adalah falsafah konservatif, tradisional dan tidak fleksibel

- menganggap manusia dan pendidikan dalam keadaan tetap

- perbezaan manusia dgn haiwan ialah keupayaan manusia berfikir, pendidikan adalah

keperluan utk hidup.

- pelajar perlu melalui proses pembelajaran yg tetap melalui pengujian berstruktur

- kurikulum mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yg ketat

- di sekolah, guru perlu mengajar dan murid sbg penerima dan kurikulum terbina adalah

muktamad

Essentialisme

- menganggap kurikulum dan guru merupakan factor penting dalam pembelajaran

- ahli pendidik hendaklah membezakan perkara yg diperlukan dan tidak perlu dalam

pendidikan

Page 7: Kurikulum pj di sekolah rendah

- kurikulum yg dibina bagi memenuhi kehendak masyarakat semasa dan mengutamakan

tamadun masa lampau serta merangsang kebijaksanaan masa hadapan

Progressivesme

- menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan kemajuan dan bukan

ketekalan

- memfokuskan kpd pendekatan P&P berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat

bantuan belajar.

- member penekanan pd demokrasi. Sekolah perlu membina suasana demokrasi serta

kerjasama antara pelajar dan bukan persaingan. Guru berperanan fasilitator dan bukan

guru tradisional

- menganggap perubahan yg dihasilkan bergantung kpd kecenderungan dan minat

pelajar

- pelajar harus diberi bimbingan utk mengubah pengalaman langsung menjadi

pengetahuan

- pendidikan ialah proses pembentukan yg berterusan kerana manusia terus hidup dan

berfikir

Rekonstrutionalisme

- menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab social serta

melahirkan masyarakat berilmu

- percaya manusia membina masyarakat baru melalui perubahan yg berkesan dalam

pendidikan dan masyarakat

Eksistensialisme

- mementingkan pendidikan melalui persekitaran

- guru membantu murid dalam proses penerokaan

- persekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan

- dunia sebagai bahan pembelajaran yg boleh ditafsirkan secara individu

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

- Dikategorikan kpd 3

1. Berpusatkan subjek

2. Berpusatkan pelajar

3. Berpusatkan masalah

- REKA BENTUK BERPUSATKAN SUBJEK

Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran

Terdiri drpd:-

- reka bentuk mata pelajaran

Page 8: Kurikulum pj di sekolah rendah

- reka bentuk disiplin

- reka bentuk bersepadu

- reka bentuk korelasi

1. Reka bentuk mata pelajaran

- Ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum

- Merupakan reka bentuk yang berkaitan dgn isi kandungan pelajaran yg terdapat dlm buku teks

- Ilmu disusun menjadi teratur dan berperanan sbg subjek

- Bagi memudahkan pembelajaran, konsep disusun drpd ringkas ke kompleks

- Tumpuan pelajaran tertumpu kpd proses mengingat dan memahami.

2. Reka bentuk disiplin

- Setiap subjek mempunyai disiplin ilmu tersendiri iaitu cara dan proses

- Ia menekankan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contoh dalam PJ, selain

mengajar kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran satu permainan

3. Reka bentuk bersepadu

- Menyatukan 2 atau lebih subjek yg menjadi 1 matapelajaran yg bersepadu

- Membekalkan pelajar dgn ilmu yg bersepadu dan tidak terasing

- Menghilangkan sempadan matapelajran dan disiplin

- Pelajar akan melihat ilmu sbg 1 yg bersepadu dan lebih bermakna

Contoh: matapelajaran sains terdiri daripada biologi, fizik,kimia dan ia disepadukan di peringkat

sekolah menengah rendah sbg matapelajaran sains.

4. Reka bentuk korelasi

- Mengaitkan maklumat antara 1 subjek dgn subjek bertujuan utk mengurangkan pemisahan

antara subjek

Contoh: seorang guru PJ boleh bekerjasama dgn guru sejarah bg menghasilkan portfolio yg

bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman penjajahan hingga sekarang.

- REKA BENTUK BERPUSATKAN PELAJAR

Menganggap pelajar merupakan elemen yg penting dlm bidang pendidikan

Berdasarkan kpd falsafah progressivesme

Terbahagi kepada 3 kategori

1. Reka bentuk berpusatkan pelajar

2. Reka bentuk berpusatkan pengalaman

3. Reka bentuk berpusatkan humanistic

Reka bentuk berpusatkan pelajar

- pembinaan kurikulum berdasarkan kepada pendekatan semulajadi pelajar ketika belajar

Page 9: Kurikulum pj di sekolah rendah

Menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang utk belajar

berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajaran.

Contoh: sifat kanak-kanak suka bermain, maka kurikulum PJ sekolah rendah diselitkan

permainan

Reka bentuk berpusatkan pengalaman

- sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar

- penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum

- ianya berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan

keperluan pelajar tidak boleh dijangka, oleh itu kurikulum tidak akan dirancang dgn awal

- kurikulum ini dibina setelah pendidik mengenali pelajar

Reka bentuk berpusatkan humanistic

- mementingkan konsep kendiri kpd pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan

atas kesedaran diri sendiri

- menyatupadukan unsur kognitif dan afektif(sikap)

- memberi penekanan kpd isi kandungan, kognitif pengalaman dan perasaan

- menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan

- menekankan kpd pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan

- REKA BENTUK BERPUSATKAN MASALAH

Memberi focus kpd masalah dalam kehidupan

Meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman individu dan

kemasyarakatan. Terbahagi kpd 3:-

- reka bentuk situasi – kehidupan

- reka bentuk semula masyarakat

Reka bentuk situasi – kehidupan

- lebih mirip kpd teori konseptual

- berpendapat pembelajaran lebih bermakna jika pembelajaran itu boleh di aplikasikan

dalam kehidupan secara terus

- Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi

dasar dlm reka bentuk diri

Reka bentuk semula masyarakat

- berorientasikan masyarakat

- mengaitkan hubungan kurikulum dgn perkembangan masyarakat dr aspek social, politik

dan ekonomi

- dilihat berupaya menjadi ejen perubahan dalam masyarakat

- menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yg berkualiti

Page 10: Kurikulum pj di sekolah rendah

- KEDUDUKAN KURIKULUM DALAM PENDIDIKAN

gvv

MATLAMAT PJ

FALSAFAH PENDIDIKAN

FALSAFAH PJ

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

KURIKULUM

KAEDAH PENGAJARAN

SUMBER PENGAJARAN

PENILAIAN

Page 11: Kurikulum pj di sekolah rendah

- PJ bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan

kecergasan

OBJEKTIF PJ

- Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor

- Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

- Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sbg rutin harian

- Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan

fizikal

- Membentuk sahsiah dan disiplin diri

- Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

HUBUNG KAIT FPJ DGN FPK

- pendidikan di Malaysia adalah merupakan satu usaha yg berterusan kea rah

memperkembangkan lagi potensi Tuhan

- kesinambungan yg wujud dlm matlamat utama aktiviti PJ ialah meningkat dan membangunkan

keupayaan murid dari aspek psikomotor, kognitif dan afektif

- melalui aktiviti PJ secara amnya dpt memenuhi hasrat FPK melalui:-

1. peningkatan dan perkembangan nilai-nilai social spt bekerjasama, bertolak ansur,

sabar, saling hormat-menghormati dan sbgnya.

2. Pembinaan dan pengembangan aspek mental dan intelek spt tafsiran, kefahaman,

pertambahan pengetahuan, pengalaman dan sbgnya

3. Mengembangkan dan menerapkan perubahan tingkah laku dan disiplin spt yakin kpd

diri, tahap sedia bertanggungjawab, memiliki nilai ttg kemasyarakatan dsb.

(TENG BON TONG, 2001)

KEPENTINGAN PJ DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

- Membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan

- Membangunkan kemahiran pergerakan asas

- Member kefahaman kpd murid ttg keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti

- Member peluang dan ruang kpd murid mengenali dirinya

- Menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat

- Mengetahui isu-isu berkaitan PJ dan sukan yg boleh memperbaiki dan mempengaruhi gaya

hidup

KURIKULUM DAN HUBUNGKAITNYA DENGAN SUKATAN PELAJARAN PJ

Page 12: Kurikulum pj di sekolah rendah

- Melahirkan insane yg seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Merupakan

keperluan Negara dalam membina modal insane

- Sukatan PJ merupakan jalan pintas utk melahirkan generasi ini yg mana unsure psikomotor,

afektif dan kognitif menjadi keutamaan

- Unsur membina kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum sukatan pelajaran PJ diselitkan unsur

sains, maka kesepaduan matapelajaran dpt dibentuk. Cth subjek yg lain ialah math, fizik, bio dll.

- Subjek PJ mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar.

Cth: permainan adalah permainan kegemaran semulajadi kanak-kanak. Oleh itu unsur permainan

diselitkan dlm sukatan PJ utk menarik minat pelajar

- Penggabungjalinan

Nilai dlm mata pelajaran merupakan komponen utama dlm kurikulum. Dalam PJ nilai

murni spt kerjasama, kepimpinan dan perpaduan digabungkan dgn mudah. Sukatan PJ

berupaya menghindarkan masalah social dan membina cara hidup sihat.

Subjek PJ mengaplikasikan teori kurikulum pragmatism. Pemikiran kreatif, negative,

analitis, logic, kritikal, emotif, nilai-nilai sistematik serta intituitif dpt dibina dalam subjek

PJ. CTH:

Kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sbg pemain tengah. Pelajar

berfikir secara analitis dan kritis utk mendapat jawapan

PENYERAPAN DAN KESEPADUAN SUBJEK LAIN DALAM PJ

- Pengajaran PJ disampaikan dgn kaedah bersepadu dgn subjek lain

- Konsep integrasi dan kesepaduan ini selaras dgn matlamat PJ akhiir iaitu mewujudkan

masyarakat yg menyeluruh

- Kemahiran daya cipta guru dlm membuat perancangan dan memikirkan kesepaduan adalah

penting kerana ia menjadi pembelajaran menarik dan berkesan

- Miller dan Cheffer, 1974 (M&C 74) telah memperkenalkan kaedah P&P di dalam gym yg boleh

digunakan utk memperkembangkan asas-asas dalam bahasa

- Pelajar mempelajari bahasa melalui perkaitan perkataan-perkataan dan ayat-ayat dgn objek,

symbol dan pengalaman

- Kegiatan-kegiatan dalam PJ perlu menggalakkan pemikiran kreatif dan dramatic utk memberi

peluang kpd murid melahirkan perasaannya sambil menikmati keseronokan drpd pergerakan yg

mencabar kemampuannya

- Pelbagai aktiviti spt nyanyian, pantun, dan peniruan pergerakan binatang dalam mata pelajaran

PJ boleh digunakan utk tujuan tersebut

- PJ juga boleh menerap dan menggunakan konsep dan kemahiran asas math kpd murid-murid di

sekolah rendah

Page 13: Kurikulum pj di sekolah rendah

- Menurut M&C 74, math dikenalpasti boleh diajar melalui pengalaman melakukan aktiviti

permainan, aplikasi permainan sebenar, aktiviti permainan dan penggunaan peralatan PJ

Cth penyerapan subjek lain dlm subjek PJ:-

1. Bahasa – penulisan mengenai sukan, sikap yg positif, kecergasan, pengekalan aktiviti

dan jurnal pemakan yg berkaitan dgn kesihatan

2. Kajian social – perkaitan sukan dgn sejarah dan permainan dari pelbagai sosiobudaya

3. Math – pengiraan markah dalam sukan iaitu mencampur, menolak, mendarab dan

membahagi bagi mendapatkan keputusan

4. Sains – pendedahan kpd konsep pergerakan, otot, tuas dan fungsi-fungsi tubuh manusia

5. Muzik – penghasilan bunyi yg bersesuaian utk pergerakan manusia

6. Lukisan – melukis pelbagai simetri dan bentuk yg dapat dilakukan oleh badan manusia

semasa melakukan aktiviti serta melabel tubuh manusia

PENERAPAN NILAI MELALUI SUBJEK PJ

- Nilai-nilai murni yg terdapat dalam PJ ialah semangat kesukanan, permainan bersih, toleransi,

semangat berpasukan, disiplin, berdaya saing, kepimpinan dan penyertaan

- Pembangunan social boleh membantu individu menyesuaikan diri sebagai ahli masyarakat

- Kepimpinan yg baik merupakan medium utama utk mencapai objekif PJ

- Kejayaan yg diperolehi dlm permainan fizikal menjadi individu lebih berkeyakinan dan berpuas

hati dgn pencapaian individu dari segi emosi

- Peluang yg disediakan dalam subjek PJ merangsang individu utk terlibat dlm pelbagai aktiviti dan

membangunkan kemahiran-kemahiran asas bg mencapai kejayaan

- Pembangunan efektif melibatkan elemenn-elemen sikap, aprisiasi dan nilai dapat dipraktikkan

dalam PJ

- Dalam setiap aktiviti PJ, penekanan terhadap sikap spt bekerjasama, mengiktiraf sumbangan

kegiatan fizikal terhadap kesihatan, penggunaan masa lapang, memiliki sikap positif terhadap PJ,

menghormati orang lain, memimpin serta bekerjasama dalam kumpulan

APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN

1. Penggabungjalinan

- Proses penyampaian beberapa kemahiran

- Kecekapan melaksanakan aktiviti spt membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna,

menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dll

- Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu

- Kemahiran math digabungjalinkan dgn kemahiran bahasa

- Ciri-ciri gabung jalin:

a. Integrasi beberapa kemahiran

Page 14: Kurikulum pj di sekolah rendah

b. Proses bersepadu dan menyeluruh

c. Aktiviti dipelbagaikan dgn menarik

d. Kemahiran utama menjadi focus

e. Organisasi kemahiran fleksibel

f. Kemahiran diintegrasikan

g. Saling kukuh-mengukuh

- Cara menggunakan gabung jalin

a. Mengenalpasti kemahiran utama dan kemahiran sampingan

b. Kemahiran utama diberi focus

c. Kemahiran sampingan dikuasai dahulu utk kukuhkan kemahiran utama

d. Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran

sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran

- Strategi penggabungjalinan hendaklah dirancang berdasarkan objektif, kebolehan dan

pencapaian murid

- Kemahiran diintegrasikan dalam urutan yg sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dgn

kemahiran yg berikutnya secara logical

2. Penyerapan

- Proses mengintegrasikan unsure-unsur isi kandungan drpd 2 @ lebih subjek dalam suatu subjek

- Isi subjek sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi subjek bahasa

- Pendidikan moral, seni, jasmani dan muzik juga diserapkan dlm program bahasa sbg aktiviti

sokongan

- Geografi, sejarah, kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam sains

dan kajian tempatan

- Penerapan nilai murni dan akademik disepadukan dgn kokurikulum. Kurikulum formal

disepadukan dgn tidak formal

- Ciri-ciri penyerapan

a. Mengandungi beberapa unsure ilmu pengetahuan

b. Pelbagai unsure diserapkan dalam 1 subjek

c. Bilangan subjek dalam penyerapan fleksibel

d. Organisasi isi kandungan – unsure utama dan unsure sampingan

e. Proses penyerapan boleh berlaku secara serentak dgn proses penggabungjalinan

OBJEKTIF PJ

- Merupakan objektif tingkah laku yg mana pernyataannya dibentuk dari segi lakuan atau tingkah

laku yg diperlakukan oleh pelajar setelah mengalami proses P&P

- Terdapat 2 jenis objektif iaitu objektif jangka panjang dan serta merta

- Ruang antara objektif jangka panjang dan serta merta dipenuhi melalui:

Page 15: Kurikulum pj di sekolah rendah

a. Matlamat jangka panjang (PJ&PK)

Pelajar akan dapat membentuk kemahiran dan kecekapan dalam mana-mana

aktiviti fizikal yg telah ditetapkan

b. Objektif kurikulum

Melakukan setiap kemahiran asas dgn baik dan tepat

Memperlihatkan ciri-ciri social

Menghargai permainan bola tampar sbg sumber rekreasi

c. Objektif penilaian (melalui unit-unit pengajaran dan khusus)

Servis bola melepasi jarring 8/10 percubaan

Servis bola supaya masuk ke petak penjuru gelanggang lawan 8/10 percubaan

Servis bola melepasi di antara halangan yg jaraknya 1m tetapi ketinggian

hendaklah tidak 1m dari paras atas jarring sebanyak 8/10 percubaan

DOMAIN TINGKAH LAKU

Teknik pengajaran dalam PJ seharusnya menghasilkan beberapa objektif spt:-

- Domain fizikal

- Domain psikomotor

- Domain kognitif

- Domain afektif

1. DOMAIN FIZIKAL

- Adalah perjalanan system tubuh yg baik di mana individu mungkin menghadapi masalah

sekitarnya

- Ada 3 kategori iaitu kekuatan, ketahanan dan kelenturan

2. DOMAIN PSIKOMOTOR

- Terdapat integrasi yg selaras dgn system saraf dan otot utk menghasilkan pergerakan yg diingini

- Domain mempunyai beberapa kategori iaitu yg meliputi persepsi, keseimbangan, pergerakan,

diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pancaindera

- Melibatkan diri dlm kegiatan yg dirancang utk meningkatkan tahap kecergasan, kemahiran

neuromaskular dan kesihatan diri

- Meningkatkan dan menguasai kemahiran motor dalam olahraga

- Menguasai segala kemahiran olahraga

3. DOMAIN KOGNITIF

- Mengandungi beberapa aspek iaitu:

Page 16: Kurikulum pj di sekolah rendah

a. Pengetahuan spt peraturan permainan, langkah-langkah keselamatan, terminology dan

fungsi tubuh

b. Kebolehan dan kemahiran intelektual spt penguasaan strategi, penggunaan jangka

berhubungan dgn jarak, masa, bentuk, ruangan, kelajuan dan arah dlm implementasi

aktiviti, permainan dan diri

c. Penyelesaian masalah,, perkembangan menerusi pergerakan

d. Memahami perhubungan aktiviti fizikal dgn struktur dan fungsi tubuh badan

e. Pengetahuan spontan ttg kesan aktiviti

f. Membina undang-undang dan peraturan olahraga

g. Membina 1 konsep semangat kesukanan utk amalan

h. Mengetahui segala jenis dan cara latihan

4. DOMAIN AFEKTIF

- Perkembangan social dan emosi kendiri dan meliputi aspek-aspek berikut:-

a. Gerak balas yg sepatutnya terhadap aktiviti fizikal spt reaksi positif

b. Kesedaran diri di mana menyedari keupayaan

c. Penghargaan kendiri

d. Mengawal perasaan kekecewaan, kemarahan, kegembiraan, kepuasan dll

e. Menyuburkan kesihatan mental, disiplin serta inisiatif

f. Mengembangkan keyakinan diri, maruah dan semangat kekitaan

PANDUAN MENULIS OBJEKTIF P&P

- Perlu meneliti dan melakukan analisis ringkas utk membina 1 objektif P&P yg berkesan

a) Siapa pelanggan kita

- individu yg akan mempamerkan tingkah laku. Cthnya, murid, pelajar dan peserta

b) Tingkah laku yg diharapkan

- apa pelajar perlu buat utk membuktikan pembelajaran telah berlaku

Melakukan, menulis, membina, menjawab, menyatakan, melabel,

mendemonstrasi, mengkategorikan dan menamakan.

c) Keperluan pembelajaran

- apa pelajar perlu tahu dan alami setelah aktiviti P&P tamat

Teknik CPR, proses pernafasan, system pencernaan, menjaga kesihatan gigi,

pemakanan seimbang, cara-cara mengawal emosi dll

d) Situasi

- yg dicipta khusus dan disesuaikan dgn sesuatu aktiviti yg telah dipilih

- secara lisan, berpasangan, berkumpulan, guna radas tertentu dll

e) Prestasi piawai

Page 17: Kurikulum pj di sekolah rendah

- pencapaian minimum yg diharapkan dpt dicapai oleh murid-murid sama ada kualitatif

atau kuantitatif

- cth: - 80% betul

- 3/5 betul

- Dalam masa 5 minit

- Semua betul dll

CONTOH PENULISAN OBJEKTIF

Pada proses akhir P&P

SIAPA TINGKAH LAKU

YANG

DIHARAPKAN

KEPERLUAN

PEMBELAJARAN

SITUASI KHUSUS PRESTASI

PIAWAI

Peserta Dapat melakukan Aktiviti lari pecut

mulaan berdiri

dengan teknik yg

betul

Pada jarak 30

hingga 50m

Dgn kadar 3/4

percubaan

Murid Dapat melakukan Hantaran lob kpd

kawan guna teknik

yg betul

Pada jarak 3m dgn

kehadiran

penghadang

5/8 percubaan

Para pelajar menunjukkan Tanggungjawab

terhadap alatan

sekolah

Dgn menyusun

semua alatan yg

telah digunakan di

tempat yg betul

CONTOH KATA KERJA YANG SESUAI

- Menulis

- Menjelas

- Menyenarai

- Membanding

- Mencerita

- Menyelesaikan

- Menyatakan

- Mendemonstrasi

- Memilih

- Mengenal pasti

- Mengukuhkan

- Membuat keputusan

Page 18: Kurikulum pj di sekolah rendah

CONTOH KATA KERJA YANG TIDAK SESUAI

- Mengukuhkan

- Mempercayai

- Menyukai

- Menaruh kepercayaan

- pelajari

- menghargai