Upload
firda
View
7.681
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
falsafah dan logika melayulagenda puteri saadong: SURIATI BINTI IBRAHIM
Citation preview
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU
JXEA 1104
KARYA KLASIK
CERITA LAGENDA PUTERI SAADONG
NAMA : SURIATI BINTI IBRAHIM
NO.MATRIK : JEA 080144
NAMA PENSYARAH : PROF.DR AMRAN BIN
MUHAMAD
SEMESTER : 1
SESI : 2008/2009
FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN KEPADA CERITA LAGENDA
Cerita lagenda merupakan huraian atau pernyataan bercorak cerita yang
berlatarkan masa atau sejarah yang masih boleh diingati dan lebih bersifat tempatan.
Berbanding dengan cerita mitos, cerita lagenda tidak dianggap sebagai suci atau kudus
oleh masyarakat pemiliknya. Walau bagaimanapun, cerita ini dipercayai sebagai benar-
benar berlaku oleh masyarakat penciptanya dengan menyandarkan tanda-tanda alam
sebagai bukti kebenarannya.
Pada kebiasaannya cerita lagenda dimasukkan dengan unsure-unsur mitos. Hal ini
bertujuan untuk menaikkan taraf seseorang tokoh. Namun demikian tokoh-tokoh lagenda
biasanya masih dapat dibuktikan dengan kewujudannya di alamnya. Kadang-kadang
tokoh lagenda dikaitkan dengan tokoh yang terdapat dalam sejarah yang sebenar.
Tokoh-tokoh yang diperkatakan dalam cerita lagenda selalunya memiliki kuasa,
keistimewaan, kehandalan, kekuatan, kehebatan,serta sesuatu yang luar biasa dengan
sifat-sifat yang luar biasa. Sesungguhpun begitu, sifat-sifat sedemikian rupa tokoh-tokoh
lagenda ini tetap tidak dapat menjamin seseorang tokoh tersebut mengatasi hokum alam
semula jadi.
Secara umum, cerita lagenda dapat dibahagikan kepada lagenda tokoh iaitu
pemimpin, lagenda tokoh pahlawan, serta pendosa. Seterusnya lagenda nama tempat,
lagenda keagamaan (keramat), dan lagenda memorat, iaitu tentang pengalaman peribadi
terhadap hantu. (Mohd.Khalid Taib, 1991) Seterusnya contoh-contoh cerita lagenda
misalnya seperti tokoh Mahsuri di Langkawi, Tuk Janggut di kelantan, , Puteri Saadong,
serta Hang tuah yang dianggap sebagai wira kebangsaan masyarakat melayu, Nahkoda
Tanggang, Malim Kundang di Indonesia, Cerita Seri Rama yang berasal dari India.
PENGENALAN KEPADA FALSAFAH
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba.Dari sudut
etimologi atau asal usul perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘Philos’ yang
bererti ‘Cinta’ dan ‘Sophia’ yang bermaksud ‘Kebijaksanaan’.Gabungan kata kedua-dua
falsafah ini dalam bahasa beerti ‘Cinta akan kebijaksanaan’ atau ‘Cinta akan hikmah
atau falasifah’.Namun,takrif ilmu falsafah seharusnya lebih mendalam serta terperinci
daripada pengertian yang begitu luas dan longgar ini.Secara umum falsafah boleh di
takrifkan sebagai mendalami sesuatu perkara sehingga ke akar umbi dengan melihat
sudut makna, hakikat di sebalik sesuatu yang dikaji dan bukan sekadar yang di luaran
sesuatu semata-mata.
Istilah ‘Philosophia’ digunakan pertama kali oleh Pythagoras dalam abad ke-7
S.M.Selain itu,Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani yang mula-mula memberikan
takrif falsafah dengan lebih terkhusus.Plato menegaskan ‘falsafah meneliti hakikat yang
mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik luarannya’.Falsafah juga boleh di
takrifkan sebagai suatu penyelidikan atau pengajiaan dan ilmu yang berasaskan renungan
dan penta’akulan untuk merumuskan sifat,hakikat dan kandungan alam wujud atau alam
semesta yang dilihat secara keseluruhan sebagai kesatuan berdasarkan penelitian dan
pengkajiaan terhadap data dan fakta yang di ambil daripada semua aspek alam semesta.
(B.A.G FULLER A History of Philosophy 1995:1).Ilmu falsafah juga mengambil data
dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta dalam pelbagai bidang ilmu sains.
Manakala takrifan falsafah menurut Hasbullah Bakry (1964:5 6) menyatakan erti
falsafah daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa yang bererti mencari
kebenaran di sebalik sesuatu kejadian.Seterusnya daripada sudut pengertian praktis yang
bererti satu ilmu atau penyelidikan kajian secara mendalam dan daripada sudut
perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Falsafah melihat semua ilmu termasuk ilmu
bahasa, matematik, fizik, dan sebagainya adalah secara keseluruhannta syumul.Melihat
hakikat kewujudan sesuatu ilmu atau hakikat ilmu itu untuk semua. Tokoh Ibnu khaldun
juga turut membicarakan tentang falsafah.
Falsafah juga merupakan pengetahuan kepada hakikat sekadar yang termampu
oleh insan Selain itu,falsafah juga merupakan proses penta’akulan anniyah,mahiyyah dan
illah.Falsafah juga merupakan falsafah proses mengasah,menajam,menghalusi akal budi
pekerti bagi mengangkat martabat insan kepada Tuhan.
Falsafah karya klasik yang ingin dikaji adalah cerita lagenda mengenai Puteri
Saadong. Terdapat unsur-unsur sejarah dalam cerita lagenda Puteri Saadong ini.Cerita ini
dianggap benar-benar berlaku oleh masyarakat pendukungnya. Bagaimanapun oleh
kerana proses masa dan ditambahkan dengan kepercayaan yang mendalam masyarakat
terhadap tokoh Puteri Saadong, maka terdapat banyaklah berlaku penokok tambahan
terutamanya dalam unsure-unsur luar biasa yang telah diberikan kepada tokoh Puteri
Saadong.
Terdapat juga unsur-unsur kehebatan mengenai ketokohan Puteri Saadong yang
dipaparkan dalam karya klasik ini.Kehebatan serta ilmu keluar biasaan yang dimiliki oleh
Puteri Saadong telah mengangkat darjat serta dipandang tinggi, mulia, dan disegani serta
digeruni oleh masyarakatnya
SINOPSIS
Raja Bersiung memerintah Kedah.Beliau gemar meminum darah dan
memakan daging manusia. Suatu hari baginda menyuruh orang menilik untuk
mengetahui siapa yang sedang mengandung ketika itu.Setelah ditilik, Raja Muyam iaitu
isteri Megat Hamat sedang mengandung tujuh bulan. Raja Muyam melahirkan seorang
anak lelaki dan Raja Bersiung menitahkan agar budak itu dibunuh. Wak Istana Raja tidak
sampai hati untuk membunuh budsk itu tetapi menghanyutkannya atas rakit. Budak itu
ditemui oleh sepasang suami isteri dan budak itu diberi nama Tok Lahir.
Setelah dewasa, Tok Lahir pun berkahwin dan mempunyai tujuh orang anak.Tok
Lahir telah mendapat seorang cucu yang bernama Puteri Saadong. Puteri Saadong pula
telah berkahwin dengan Raja Abdullah.Bagaimanapun, Raja Siam telah mengambil
Puteri Saadong untuk dijadikan sebagai isteri.Setelah berlaku beberapa peristiwa pelik
serta aneh ke atas Raja Siam.Puteri Saadong dihantar pulang atas nasihat seorang tok
nujum kerana Puteri Saadong itu tidak sesuai dengan Raja Siam.
Setelah pulang Puteri Saadong mencari suaminya semula iaitu Raja
Abdullah.Namum Raja Abdullah enggan menerima kembali Puteri Saadoong.Raja
Abdullah menikam Puteri Saadong tetapi Raja Abdullah berjaya dibunuh oleh Puteri
Saadong.Setelah itu Puteri Saadong keluar dari rumah dan pergi ke Kampung Lada
menemui Awang Selamat dan merantaulah mereka bersama.Puteri Saadong membina
istana di Bukit Marak, kemudian ke beberapa tempat dan akhirnya di Gunung Ayam.
Kemudian dikatakan Puteri Saadong telah tidak dapat dikesan lagi serta telah
menghaibkan dirinya daripada pandangan mata kasar manusia.
FALSAFAH KEZALIMAN PEMERINTAH DALAM PETIKAN KARYA KLASIK PUTERI SAADONG
Terdapat falsafah mengenai kezaliman dalam petikan Cerita Lagenda
Puteri Saadong ini.Falsafah kezaliman ini mencakupi ilmu pengetahuan melalui
ilmu imbasan atau secara persepsi. Ilmu atau pengetahuan imbasan ialah
pengetahuan yang diperolehi manusia melalui tanggapan pancainderanya secara
sepintas lalu atau sekali imbas yang merupakan satu imbasan atau “impression”
yang terbentuk di dalam fikirannya secara sepintas lalu dan bersifat sementara
dengan pengukuran kebenarannya berasaskan deria atau pancaindera semata-
mata.Hal ini dapat dibuktikan apabila kepulangan Puteri Saadong yang serta
merta mencari suaminya telah dipandang hina dan negatif oleh suaminya sendiri
iaitu Raja Abdullah dengan sekali imbasan bahawa baginya isterinya Puteri
Saadong itu telah kotor kerana telah disentuh oleh Raja Siam.Namun pada
hakikatnya Puteri Saadong masih lagi suci. Namun tetap Raja Abdullah bertindak
kejam dan zalim dengan menghamburkan kata-kata fitnah kepada Puteri Saadong
bahawa Puteri Saadong adalah “ibu siam”, dan tetap tidak menerima Puteri
Saadong.
Terdapat aliran Empirisisme dalam falsafah kezaliman pemerintah dalam
petikan ini.Aliran Empirisisme dikaitkan dengan John Locke (1632-1704), David
Hume (1711-76) dan John Stuart Mill (1806-73) yang berpendapat bahawa ilmu
pengetahuan itu diasaskan atau diperolehi melalui pengalaman, iaitu dikaitkan
dengan perkara-perkara yang boleh diinderai dan dialami.Hal ini dapat dibuktikan
apabila pemerintah Raja Abdullah bertindak mempercayai inderawi atau
pandangan matanya yang melihat kepulangan Puteri Saadong dari Siam pasti
telah menjadi milik dan gundik Raja Siam yang kuat itu.Raja Abdullah langsung
tidak menggunakan fakulti akalnya untuk mendengar dahulu penjelasan Puteri
Saadong. Malah saksi yang dibawa pulang oleh Puteri saadong untuk
menceritakan perihal yang sebenar juga dibunuh oleh Raja Abdullah. Kezaliman
Raja Abdullah lebih terserlah apabila Raja Abdullah sanggup memancung
tengkuk Puteri Saadong tanpa rasa belas dan simpati terhadap isterinya.
Seterusnya falsafah mengenai kezaliman pemerintah Raja Siam. Terdapat
aliran Pragmatisme di dalam falsafah ini. Aliran Pragmatisme ini dikaitkan
dengan Pierce (1839-1914), William James (1842-1910), dan John Dewey (1859-
1952) yang berpendapat bahawa kegunaan, kelebihan dan manfaat yang praktikal
sebagai hasil bagi sesuatu fikiran, kegiatan dan perbuatan itulah yang menentukan
nilai dan kebenaran serta kebaikannya. Namun aliran ini yang ekstrim
membenarkan sebarang langkah, kaedah, serta strategi digunakan, asalkan
mendatangkan hasil yang baik, walaupun boleh mengorbankan sebarang prinsip
dan ideal, bahkan prinsip dan idealnya ialah keberuntungan dan keberhasilan pada
akhirnya (the end justifies the means). Hal ini jelas dengan gambaran Raja Siam
yang mempunyai kuasa dari segi politik.Raja Siam mempunyai kuasa mutlak ke
atas negeri kelantan setelah menakluk dan menjajah negeri itu. Tindakan Raja
Siam yang menindas rakyat taklukannya sehingga tekad dan sanggup memgambil
Puteri Saadong dan dibawa pulang ke Siam tanpa mengambil tahu perasaan hati
Puteri Saadong yang pada ketika itu telah pun berkahwin dengan sepupunya Raja
Abdullah. Raja Siam tidak mempedulikan semua itu kerana apa yang penting
baginya mampu memiliki Puteri Saadong walaupun dengan cara kekerasan.
FALSAFAH KESETIAAN DALAM PETIKAN KARYA KLASIK PUTERI SAADONG
Terdapat falsafah mengenai kesetiaan di dalam petikan karya klasik Puteri
Saadong ini. Falsafah ini mengenai gambaran kepatuhan atau kesetiaan seorang
isteri iaitu Puteri Saadong terhadap suaminya Raja Abdullah. Puteri Saadong
tidak terjebak ke lembah maksiat dan tidak menduakan suaminya Raja Abdullah,
walaupun telah berbulan-bulan lamanya berada di negeri Siam.Apabila pulang ke
kelantan Puteri Saadong terus pergi menemui suaminya Raja Abdullah. Hal ini
menunjukkan betapa setianya Puteri Saadong terhadap suaminya. Puteri Saadong
tetap setia kepada suaminya dengan menjaga kehormatan dirinya daripada
dicemari oleh Raja Siam. Walaupun, digambarkan Raja Siam itu kuat serta
memiliki angkatan tentera yang ramai namun tetap Puteri Saadong dapat
melindungi dirinya daripada gangguan Raja Siam. Hakikat ini berlaku adalah
kerana epistemologi iaitu kajian tentang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh
Puteri Saadong. Ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Puteri Saadong ini
mencakupi pengetahuan jenis mistik.Ilmu mistik ialah ilmu tentang objek yang
abstrak atau transendental (yang melampaui inderawi) yang berdasarkan
paradigma pemikiran yang mistikal dan supralogikal, melalui kaedah latihan yang
bersifat jasmani dan rohani dan juga melalui ilham, kasyaf, wahyu, dengan nilai
kebenarannya berasaskan pengukuran rasa, kalbu atau hati. Kesaktian ilmu mistik
yang diamalkan serta dimiliki oleh Puteri Saadong telah menyelamatkan kesucian
diri Puteri saadong. Raja Siam tidak mampu untuk menyentuh serta
menghampiri Puteri Saadong setelah diludahi, kemaluan Raja Siam menjadi
berkudis dan melarat. Hakikat ini menyebabkan Raja Siam menghantar pulang
Puteri Saadong ke Kelantan.
Seterusnya falsafah kesetiaan mengenai gambaran kepatuhan dan taat
setia hamba rakyat terhadap raja atau golongan atasan. Terdapat aliran
Rasionalisme dalam falsafah kesetiaan ini. Aliran Rasionalisme dikaitkan dengan
Rene Descartes (1596-1650), Spinoza (1632-77) dan Leibniz (1646-1716), yang
menyatakan bahawa segala ilmu pengetahuan tentang alam diperolehi melalui
operasi fakulti akal dan bukan melalui pengalaman semata-mata dan bukan
melalui rasa atau hati kalbu. Hal ini dapat dilihat apabila Puteri Saadong pergi
menemui Awang Selamat iaitu hambanya untuk mengikut Awang Selamat setelah
dirinya dipulaukan dan di benci oleh ayahandanya sendiri.Ini menunjukkun
Awang Selamat seorang yang dipercayai oleh Puteri Saadong yang semestinya
mempunyai pengetahuan dengan fakulti akal yang tinggi. Awang Selamat
digambarkan setia kepada Puteri Saadong kerana sanggup mengikut juga kemana
pergi dan jatuhnya Puteri Saadong.Walaupun Awang Selamat terpaksa
meninggalkan kampung halamannya sendiri serta sanggup menempuh setiap
halangan dan kesusahan bersama Puteri Saadong. Hal ini jelas mengambarkan
betapa taat setianya seorang hamba rakyat kapada raja mereka.
KESIMPULAN
Terdapat beberapa falsafah yang dapat dikupas serta didalami dalam petikan yang
dikeluarkan daripada karya klasik cerita lagenda Puteri Saadong ini. Antara falsafah-
falsafahnya adalah kezaliman golongan pemerintah dan kesetiaan. Falsafah-falsafah ini
terus lagi menambahkan serta mengangkat lagi ketokohan Puteri Saadong yang disanjung
oleh masyarakatnya.Terdapat juga unsur sejarah yang wujud seperti Siam, Kelantan,
Bukit Marak, Padang Halban, Kedah dan sebagainya.
Walaupun, tokoh-tokoh dalam cerita lagenda selalunya digambarkan memiliki
kuasa keistimewaan yang luar biasa, kehebatan, kehandalan, dan terdapat unsure sifat-
sifat luar biasa, namun begitu, sifat-sifat itu tetap tidak mampu memberi ruang kepada
seseorang tokoh itu untuk mengatasi hukum tuhan dan hukum alam semulajadi.
BIBLIOGRAFI/ SUMBER RUJUKAN
Hashim Musa.2001. Falsafah, Logik, Teori,Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu
Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn. Bhd.
Wan Sulaiman Bin Wan Idris.1997.Kampung Penambang, Kota Bharu, Kelantan.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur
LAMPIRAN PETIKAN
“Setelah bawa balik ke siam dan duduk dalam istana Raja Siam selama tujuh hari tujuh
malam, maka Raja Siam pun hendak bersetubuh dengan Puteri Saadong. Tetapi,
diludahinya Puteri Saadong kemaluan Raja Siam yang sudah berkudis, menjadi lebih
parah dam melarat.”
“Cis, ibu Siam! Aku tidak suka, aku tidak rela kamu balik ke rumah aku ini. Kamu bukan
bini aku. Kamu gundik Raja Siam.”.
“Alah, Abang Lah. Buat apa buat kepada hamba begini?
“Dergarlah dahulu hamba hendak cerita ini. Bukankah hamba balik dengan saksi ini?”.
Maka Raja Abdullah geram tengok saksi Puteri Saadong. Dia ambil pedang lalu pancung
Tuk Leban lalu matilah.”
“Raja Abdullah pun ambil pedang lalu pancung tengkuk Puteri Saadong. Tidak kena.
Lalu dia ambil keris luk tujuh lalu tikam tubuh Puteri Saadong kena di lambung sebelah
kiri dan tembus kepada sebelah kanan”
“Abang Mat, hamba hendak pergi sudahlah kerana orang habis tidak percaya kepada
hamba. Hamba hendak pergi ke mana jatuhnya Abang Mat”.
“Ah, Kalau begitu juga Nik, biarlah hamba pergi juga. Nik rebah kepada kiri, hamba
rebah kepada kiri. Nik rebah kepada kanan, hamba rebah kepada kanan.”