Upload
others
View
36
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Pengenalan
Lagu merupakan gubahan seni nada atau suara
dalam urutan, kombinasi dan hubungan
temporal ( biasanya diiringi dengan alat muzik)
untuk menghasilkan gubahan muzik yang
mempunyai kesatuan dan kesinambungan (
mengandung irama). Ragam nada atau suara
yang berirama disebut juga dengan lagu.
Lagu kanak- kanak
Permainan jari
Lagu beraksi
Lagu permainan
Lagu unsur nasihat
Lagu ucapan
Lagu rakyat
1) Lirik Lagu :
Lirik yang sederhana iaitu tidak terlalu pendek atau
panjang.
Perkataan berulangan atau lirik berulangan.
2) Melodi dan irama :
• Menarik dan senang diingati.
3) Fungsi :
Pendidikan
Permainan
Usik- mengusik
Sindiran
Mendodoikan
4) Bahasa :
- Menggunakan bahasa standard.
- Mudah difahami oleh kanak-kanak.
5) Alat muzik
menggunakan alat muzik moden.
Lagu kanak- kanak kebiasaannya dicipta bagimemenuhi tema- tema tertentu dalampengajaran pembelajaran.
Contoh tema:
- Haiwan
- Tumbuh- tumbuhan
- Konsep masa
- Konsep nombor
- Pantun seloka
Panduan Mengajar Lagu Kanak- kanak• Guru perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik itu sebelum
mengajar kepada kanak- kanak.
• Nyanyikan berulang kali untuk kanak- kanakmendengarkannya. Muzik akan menggunakan apabilamemperkenalkan lagu atau selepas kanak- kanakmengetahui lagu itu untuk menyanyi bersama iringanmuzik.
• Nyanyikan lagu dengan pic yang sederhana, tidak terlalutinggi atau rendah. Julat suara kanak- kanak prasekolahadalah dalam lingkungan not C tengah hingga not A.
• Guru perlu menyanyi menghadap kanak- kanak
supaya mereka dapat memerhatikan cara guru
menyanyi. Nyanyian daripada guru dan murid perlu
jelas dan tepat nadanya.
• Nyanyian tahap prasekolah tidak memerlukan simbol
not muzik. Kanak- kanak belajar lagu dengan cara
mengikuti nyanyian guru. Jangan paksa kanak- kanak
menyanyi bersama atau pelajari lagu dalam tempoh
yang ditetapkan. Ulang lagu setiap hari sehingga
mereka dapat menghafalnya.
• Aktiviti nyanyian boleh dilanjutkan kepada aktiviti
lain seperti nyanyian dengan berdrama, pergerakan,
atau dengan iringan alat perkusi.
Nyanyian dengan lagu beraksi adalah aktiviti
nyanyian diikuti dengan pergerakan atau aksi
mengikut lirik lagu yang dinyanyikan.
Aksi dapat membantu menyenangkan kanak-
kanak mengingati lirik lagu.
Ia juga memberi peluang kanak- kanak
meluahkan perasaan mereka secara lebih aktif.
Lagu Beraksi
Lagu Permainan• Lagu jenis permainan ini membolehkan kanak-
kanak berinteraksi dengan rakan yang lainsecara langsung.
• Dalam permainan ini mereka akan menyanyi,bermain dan bergembira.
• Aktiviti ini akan mengeratkan lagi hubungansesama mereka.
Lagu Unsur Nasihat
• Lagu ucapan adalah lagu yang mengandungi frasaucapan seperti selamat datang, selamat pagiataupun selamat tinggal.
• Lagu yang berunsur nasihat adalah lagu yangmengandungi peringatan yang boleh dijadikanpanduan hidup.
• Lagu- lagu ini mengandungi nilai- nilai murni,moral dan nasihat.
Lagu bertema
• Lagu ini dicipta untuk memenuhi tema- tematertentu dalam pengajaran dan pembelajaran.
• Contohnya, seperti tema haiwan, tumbuh-tumbuhan, cuaca, hari, unsur ketuhanan,konsep nombor dan konsep ruang.
• Contoh lagu : Kucing Saya, Anak Ikan Lompat-lompat, 7 Hari Seminggu dan Air Terjun.
Lirik lagu
• Lirik sederhana iaitu tidak terlalu pendek atau
panjang.
• Perkataan berulangan atau lirik berulangan.
Melodi dan Irama
Menarik dan senang diingati.
Fungsi
Memperkenalkan sesuatu tempat, budaya
sesebuah kaum atau negara.
Bahasa
Biasanya dinyanyikan dalam bahasa
ataupun loghat bahasa asal tempat
itu.
Alat muzik
Biasanya menggunakan alat muzik
tradisional.
Contoh Lagu Rakyat
Puteri Santubong
Anak Itik Tok Wi
Can Mali Can
Jong Jong Inai
Rasa Sayang
Tepuk Amai- Amai
Penutup
Lagu yang dicipta dapat menggambarkan
sesuatu suasana, perasaan, permikiran
mahupun digunakan untuk menyampaikan isi
hati seseorang kepada individu yang lain.
Tidak kiralah apa jenisnya lagu, lagu
merupakan kaedah yang berkesan untuk
meregangkan stres individu.
Refleksi
Melalui KKBI PRM 3103, saya banyak
memperoleh pengalaman yang baharu dalam
bidang muzik. Saya berpeluang untuk
mengetahui perbezaan antara lagu kanak- kanak
dan lagu rakyat. Sebagai guru prasekolah, saya
perlulah sering memperkenalkan lagu kanak-
kanak yang sesuai dengan tahap kanak- kanak
supaya PdP saya menjadi lebih seronok serta
dapat membantu dalam mencungkil bakat dan
tingkatkan potensi seseorang kanak- kanak.