341
Laman Pendidikan Khas Home 1. Mar 25 Aspek-aspek penting dalam penilaian perkembangan (mental, bahasa/pertuturan/komukasi, social-emosi, motor, jagaan diri). MAKSUD PENILAIAN PERKEMBANGAN

Laman Pendidikan Khas

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laman Pendidikan Khas

Laman Pendidikan Khas

Home

1.

Mar

25

Aspek-aspek penting dalam penilaian perkembangan (mental, bahasa/pertuturan/komukasi, social-emosi, motor, jagaan diri).

MAKSUD PENILAIAN PERKEMBANGAN

            Penilaian merupakan proses yang sedang berlaku yang mana menguji

kelayakan kemahiran melalui standard yang ditetapkan dan tinjauan. Penilaian

ini dijalankan ke atas semua aspek perkembangan kanak-kanak iaitu dari segi

kemahiran motor iaitu motor kasar dan motor halus, bahasa dan komunikasi,

Page 2: Laman Pendidikan Khas

kemahiran kognitif, sosial-emosi dan kemahiran penjagaan diri yang mana

melibatkan pemakaian dan kebersihan diri.

            Perkembangan pula, merupakan proses bagaimana kanak-kanak

memerlukan kemahiran dalam sosial-emosi, kognitif, bahasa dan komunikasi

dan fizikal yang mana ia melibatkan motor kasar dan motor halus. Menurut

Piaget, terdapat 4 faktor kritikal dalam perkembangan iaitu kematangan,

pengalaman dari persekitaran, tindakan dari persekitaran sosial dan pengaturan

kendiri (Samuel J. Meisels, 1979:3). Tahap-tahap perkembangan merujuk

kepada jangkaan, urutan dari memperolehi kemahiran bahawa kanak-kanak

akan melalui keadaan yang biasa. Contohnya, kanak-kanak akan merangkak

sebelum mereka boleh berjalan.

            Penilaian perkembangan pula merupakan proses yang sedang berlaku

dari tinjauan dan memahami tentang kecekapan kanak-kanak yang melibatkan

kemahiran, pengetahuan dan personaliti. Ia adalah corak terbaik bagi

menentukan perkembangan kanak-kanak seterusnya

(www.zerotothree.org/glossary.html).

TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

Penilaian perkembangan ini untuk melihat kanak-kanak yang memerlukan

perhatian khas, adalah perlu diketahui apakah jangkaan yang munasabah

pada kepelbagaian umur dan tahap perkembangan. Maklumat tentang

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak menjadi kayu ukuran iaitu

standard yang mana untuk mempertimbangkan pemerhatian tingkah laku yang

khusus atau bentuk tingkah laku itu normal atau luar biasa (Cartwright,

Cartwright & Ward, 1981: 343).

Page 3: Laman Pendidikan Khas

Selain itu juga, penilaian perkembangan ini untuk penempatan. Ia

membolehkan pakar diagnosis yang berkelayakan menilai kanak-kanak tersebut

sebelum dia boleh dibenarkan masuk atau meninggalkan program pendidikan

khas. Ujian-ujian tersebut dikenalpasti seperti tahap keintelektualan, tahap

pencapaian, dan bahasa isyarat. Terdapat banyak masalah yang muncul dalam

ujian yang digunakan untuk membuat keputusan penempatan. Banyak

kenyataan-kenyataan yang biasa meminta keputusan asas menjadi ujian. Jika

guru dan pentadbir dibenarkan membuat penempatan berasaskan tekanan maka

ia akan menimbulkan masalah dan akan bercanggah (John Salvia & James E.

Ysseldyke, 1987: 15).

Dalam penilaian perkembangan, perkembangan yang biasa boleh

digunakan sebagai bimbingan untuk intervensi dan rujukan di samping dapat

menimbangkan dan menentukan setiap kanak-kanak mempunyai kekuatan,

keperluan dan kemajuan yang dapat dicapai. Intervensi ini memerlukan penilaian

perkembangan untuk bagi melihat kanak-kanak yang disyaki mengalami

perkembangan lambat atau di peringkat prasekolah membuktikan adanya

cerebral palsy.

Berhubung dengan itu, Fallen dan Umansky pada 1985 menyatakan

intervensi merujuk kepada proses tentang gangguan hidup dari ketidakupayaan

kanak-kanak dan keluarga kepada tujuan untuk mengubah arah dan akibat dari

ketidakupayaan atau perkembangan lambat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.

Kilgo, 2000: 46).

Page 4: Laman Pendidikan Khas

Seterusnya penilaian perkembangan ini adalah untuk digunakan oleh

jururawat, pakar pediatrik atau pakar kesihatan yang lain untuk tujuan

merancang program yang bersesuaian untuk kanak-kanak tersebut. Pakar

bidang perubatan boleh memastikan kanak-kanak tersebut mendapat bantuan

yang benar-benar diperlukan mengikut jenis ketidakupayaan yang dimiliki kanak-

kanak itu. Penilaian perkembangan yang dirujuk itu membolehkan dia membuat

laporan tentang tahap-tahap yang dicapai oleh kanak-kanak mengikut domain-

domain (Judith Bondurant-Utz, 2002:77).     

 PROSES PENILAIAN PERKEMBANGAN

            Dalam penilaian maklumat terkumpul adalah efisien, seimbang dan tepat.

Misalnya guru menilai kemajuan akademik pelajar dan tindakan fizikal mereka

yang agresif. Kedua-dua maklumat umun dan khusus bernilai tetapi berbeza dari

segi tujuannya. Biasanya maklumat khusus adalah lebih diyakini dan

pertimbangan lebih mudah dipengaruhi kepada bias faktor luaran seperti yang

ditunjukkan oleh pelajar berbanding tingkah lakunya (John Salvia & James E.

Ysseldyke, 1978: 11). Proses penilaian ini melibatkan pengesanan,

diagnosis, rancangan intervensi, laporan dan penilaian susulan.

            Proses penilaian pengesanan adalah pertama yang mana ia bertujuan

untuk menentukan sama ada kanak-kanak itu perlu dirujuk untuk penilaian

tambahan bagi mengenalpasti perkembangannya lambat atau hilang upaya. Ia

biasanya dilakukan dalam masa yang singkat dan menilai kemahiran kanak-

kanak itu secara keseluruhan.

Page 5: Laman Pendidikan Khas

Bagaimanapun, ia tidak mengandungi maklumat kuantitatif dan kualitatif

menyeluruh berkenaan status perkembangan kanak-kanak tetapi melibatkan

siapa yang memerlukan penilaian selanjutnya. Mereka ialah bayi, kanak-kanak

yang bertatih dan prasekolah yang mungkin memerlukan penilaian tersebut.

Bantuan diberikan oleh jururawat, pakar pediatrik atau pakar kesihatan lain bagi

merancang program yang bersesuaian. Instrumen pengesanan mengenalpasti

bahagian perkembangan yang memerlukan peperiksaan hampir (Judith

Bondurant-Utz, 2002: 8). Dalam proses penilaian pengesanan, ia boleh dibuat

melalui temu bual, pemerhatian dan senarai semak.

            Temu bual merupakan dialog diantara dua orang yang mana ia dapat

menambah maklumat. Temu bual mungkin boleh distrukturkan, jadi orang yang

ditemu bual mendapat satu set soalan yang sama. Temu bual yang tidak

distrukturkan ada yang mengarah kepada tujuan, boleh mengikut satu dari

banyak arahan bergantung dengan jawapan dan kespontanan tindak balas yang

diberi oleh penemu bual. Contoh soalan yang distruktur ialah nama kanak-kanak

itu, tarikh lahir, nama ibu bapa dan umur (Cartwright, Carwright & Ward,

1981:374).

            Dalam pemerhatian, rakaman sistematik dari tingkah laku yang dibuat

dapat digunakan oleh guru atau pakar persekitaran. Maksud asas dalam dapat

dilihat, pengukuran sifat dari tingkah laku. Terdapat huraian naratif dalam bentuk

cerita ialah barang kali termudah dan kurang berstruktur dari pemerhatian tidak

formal.

Rekod anekdot dan running record contohya adalah berbentuk huraian

bentuk cerita. Sementara senarai semak dan pemeringkatan skala adalah bentuk

Page 6: Laman Pendidikan Khas

lebih berstruktur dari data pemerhatian. Dalam bentuk cerita dilihat salah satu

yang terbaik untuk menilai sosial kanak-kanak atau perkembangan emosi dan

senarai semak dapat digunakan oleh guru untuk penilaian keperluan akademik.

Rekod anekdot digunakan oleh guru kelas beberapa tahun untuk

merekodkan tingkah laku kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak yang tidak

pernah bercakap dalam kelas mula bercakap. Sementara running records

melengkapkan lebih maklumat berbanding apa yang dibuat dalam rekod anekdot

kerana jangka masa yang lebih disambung. Pemerhati harus menukarkan

maklumat ke dalam borang lain untuk analisis dan interpreasi (Judith Bondurant-

Utz, 2002:296).

            Seterusnya senarai semak yang kerap kali digunakan untuk

mengumpulkan data. Ia penting untuk menyimpan tujuan dari senarai tersebut

dalam minda dan had panjang senarai itu. Soalan haruslah objektif dan dapat

melengkapkan set tindak balas alternatif. Soalan terbuka ditanya dan responden

menerangkan jawapannya maka lebih lengkap maklumat. Kebanyakkan soalan

melingkupi pelbagai bahagian daripada perkembangan kanak-kanak kepada

dinamik keluarga (Judith Bondurant-Utz, 2002:297).

            Senarai semak juga mengandungi tentang senarai tingkah laku yang

dijangka, ciri yang ditunjukkan atau hasil produk bersama rekodkan item yang

dipersembahkan atau tidak ada. Sesetengah senarai semak direka menjadi siri

tingkah laku yang boleh digredkan dalam susunan atau urutan kejadian.

Mudahnya, ya bagi tingkah laku atau ciri yang ditunjukkan atau tidak bagi tingkah

laku atau sifat yang tidak ditunjukkan ialah semuanya minta untuk merekodkan

maklumat dalam senarai semak.

Page 7: Laman Pendidikan Khas

            Item dalam senari semak berkembang daripada kriteria kejayaan yang

ditunjukkan untuk hasil yang boleh diterima. Senarai semak kriteria yang

ditunjukkan dalam kebolehan memotong dengan menggunakan gunting. Guru

boleh membuat senarai semak untuk keputusan yang direkodkan dari

pemerhatian kanak-kanak semasa aktiviti projek bebas untuk jangka masa

sepuluh minggu. Kelebihan menggunakan senarai semak ialah maklumat terbaik

yang boleh direkodkan dengan cepat (Cartwright, Cartwright & Ward,

1981:381).  

Proses penilaian kedua ialah diagnosis. Diagnosis dibentuk untuk

menentukan wujudnya kecacatan pada kanak-kanak. Jika ada, soalan-soalan

akan menentukan masalah dan kesan kecacatan itu pada perkembangan kanak-

kanak. Ada sesetengah kes sebab dan penyebab tentang lambat atau hilang

keupayaan tidak dapat dikenalpasti. Dalam diagnosis perubatan,  beberapa

kanak-kanak yang terlibat dengan penilaian diagnosis dibimbing oleh pelbagai

pakar dalam pasukan penilaian. Maklumat diagnosis mungkin datang daripada

keluarga, laporan pakar dari berbagai disiplin dan pemerhatian terus pada

kanak-kanak (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:105).

Proses penilaian perkembangan yang ketiga ialah rancangan intervensi.

Intervensi awal yang efektif. Ia berfaedah kepada kanak-kanak berkeperluan

khas dan keluarganya. Bayi dan kanak-kanak yang betatih, kanak-kanak mana

yang terdedah kepada persekitaran berisiko, kanak-kanak dengan jangkaan

perkembangan lambat atau kanak-kanak prasekolah yang dibuktikan tidak

berkeupayaan seperti sindrom down atau cerebral palsy (Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 47).

Page 8: Laman Pendidikan Khas

Dua tujuan utama penilaian adalah menentukan kelayakan untuk bantuan

dan perkembangan individu dari plan intervensi individu. Prasekolah khas,

Program Pendidikan Individu (IEP) juga dikenali program antara intervensi

individu kerana melalui penilaian harus ada keputusan dalam kenyataan tentang

tahap persembahan dari banyak domain yang ditunjukkan iaitu kognitif, motor,

sosio-emosi, jagaan diri dan komunikasi.

Untuk menterjemahkan data ke dalam program intervensi, pasukan

interdisciplinary mesti mengikut semua rekod data yang dikumpulkan untuk

setiap bidang. Ia menentukan tahap yang ditunjukkan dari hasilnya melalui

huraian kekuatan dan kelemahan kanak-kanak, ringkasan tentang apa yang

kanak-kanak dapat buat, mendirikan keutamaan, menulis matlamat kenyataan

dan membuat keputusan tentang jenis intervensi akan diikuti dengan

matlamatnya.

Prosedur penilaian perkembangan untuk menentukan sama ada

intervensi itu berjalan dan jadual perbincangan susulan untuk memastikan

kesinambungan proses. Menurut Bricker, penglibatan lebih positif dalam

intervensi ialah membina penyesuaian interaksi yang mengandungi operan dan

pendekatan perkembangan kerana urutan dari tingkah laku kanak-kanak

prasekolah bergantung kepada biologi dan pengaruh persekitaran (Bruce A.

Bracken, 1991:419).

Dalam proses penilaian perkembangan keempat pula ialah laporan atau

penulisan laporan selepas rancangan intervensi. Terdapat banyak keadaan bias

dalam mendata yang dilaporkan bukan dalam penilaian betul-betul. Penilai harus

melaporkan bukan hanya apa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak tetapi juga

Page 9: Laman Pendidikan Khas

bagaimana hasil itu diperolehi dan diukur. Contohnya laporan harus menyatakan

item apa yang ditunjukkan dan bagaimana biasanya item itu pada kanak-kanak.

Maklumat berkenaan tingkah laku dalam komuniti yang dijangka adalah penting.

Kanak-kanak berkembang dengan adanya rakan sebaya dalam komunitinya

melalui pembelajaran dan kebolehan berbahasa (Judith Bondurant-Utz, 2002:

77).

Tulisan laporan boleh menggunakan senarai semak yang ada bagi

membolehkan kanak-kanak itu dirujuk kepada intervensi awal atau pendidikan

awal kanak-kanak khas selepas mendapat pengesahan daripada pakar bidang

berkenaan iaitu guru atau pakar perubatan.

Seterusnya ialah proses penilaian perkembangan iaitu penilaian susulan

selepas tiga hingga enam bulan yang mana ia mengumpul kembali maklumat

yang telah dinilai sebelum ini untuk melihat kembali tahap kemajuan yang telah

dicapai oleh kanak-kanak tersebut. Penilaian ini biasanya dilakukan oleh pakar

atau penilai yang sama menilainya sebelum ini.

Ia melibatkan perkembangan dalam domain-domain yang sama iaitu

kognitif, sosio-emosi, jagaan diri, motor dan komunikasi. Adakah kanak-kanak ini

telahpun mencapai kemajuannya dalam item-item yang dilihat sebelum mengikut

kelima-lima domain tadi. Contohnya, sebelum tiga bulan dari penilaian susulan

dilihat kanak-kanak ini tidak boleh memegang pensil dengan betul dan selepas

tiga bulan semasa penilaian susulan didapati kanak-kanak tersebut dapat

memegang pensil dengan betul.

Page 10: Laman Pendidikan Khas

Rujukan boleh membuang masa jika tidak menyusun prosedur dengan

baik untuk tindakan susulan. Sesetengah sekolah di mana ibu bapa terpaksa

pergi ke sekolah tersebut untuk mengambil borang laporan mata bagi kes buta

atau rabun untuk dirujuk kepada pakar mata. Dalam kes ini ibu bapa boleh

membawa anak mereka kepada ophthalmologist iaitu doktor khas diagnosis dan

rawatan bagi penyakit mata seperti lensa dan pembedahan mata. Sementara

optometrist hanya terlibat untuk melihat gangguan yang terdapat pada

penglihatan sahaja bukan pembedahan atau dapat memberi ubat menghilangkan

sakit (Cartwright, Cartwright & Ward, 1981: 70).

ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENILAIAN PERKEMBANGAN

            Domain perkembangan adalah kunci bahawa untuk mengetahui kanak-

kanak yang normal atau kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan adalah

dengan penilaian komprehensif. Instrumen penilaian yang digunakan ialah

dengan melihat dan mengukur perkembangan kanak-kanak dalam satu atau

lebih domain. Domain-domain itu ialah kemahiran kognitif, kemahiran motor iaitu

motor kasar dan motor halus, kemahiran bahasa dan komunikasi, kemahiran

sosial-emosi dan kemahiran jagaan diri.

            Perkembangan wujud sejak kanak-kanak masih kecil, bagaimanapun

domain-domain ini tidak boleh diasingkan. Ini adalah kerana domain

perkembangan ini saling bertindak balas dalam cara yang kompleks. Dalam

fakta, fungsi akan terus dihubungkan di antara perubahan dalam sesuatu

perkembangan dan berlaku dalam perkembangan yang lain. Contohnya, apabila

kanak-kanak mula berjalan, dia mula mendapat pengalaman yang baru. Jadi,

Page 11: Laman Pendidikan Khas

kemahiran akan mempengaruhi perkembangan dalam domain yang lain seperti

kognitif, bahasa dan perkembangan social.

            Jenis-jenis perkembangan boleh digunakan sebagai panduan umum

untuk intervensi dan rujukan di samping dapat menimbang dan menentukan

kekuatan individu, keperluan dan kemajuan yang dapat dibuat.

Perkembangan Kemahiran Kognitif

            Perkembangan kemahiran kognitif merujuk bahawa kebolehan mental

dan intelektual kanak-kanak. Perkembangan mental kanak-kanak merupakan

paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan

tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Perkembangan kognitif juga

dikaitkan dengan teori perkembangan kognitif Piaget.

Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembangan dalam

satu siri tahap yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat antara satu sama

lain dan tahap perkembangan kognitif Piaget ada empat iaitu tahap sensori

motor iaitu bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga 2 tahun, tahap dua pula

dipanggil tahap praoperasi iaitu kanak-kanak yang berumur 2 sehingga 7 tahun.

Manakala tahap yang seterusnya ialah tahap operasi konkrit iaitu kanak-kanak 7

sehingga 11 tahun dan tahap yang keempat ialah tahap operasi formal iaitu 11

tahun ke atas (Jas Laile Suzana Jaafar, 2000: 84).  Penilaian kemahiran kognitif

biasanya melibatkan konsep pengekalan objek, hubungan dari segi ruang,

peniruan, sebab akibat dan penggunaan objek.

Page 12: Laman Pendidikan Khas

            Perkembangan kognitif berlaku apabila kanak-kanak beri perhatian dan

mewujudkan ransangan kemudian menyepadukan maklumat baru dengan

kemahiran dan pengetahuan. Terdapat kemahiran praakademik seperti

membilang, mengasingkan dan sebagainya. Kemahiran kognitif termasuklah

kapisiti meramalkan kejadian, menggunakan ingatan jangka pendek dan jangka

panjang. Dalam prasekolah, penilaian kemahiran kognitif ialah seperti kemahiran

pra bacaan, pra menulis dan pra matematik (Richard M. Gargiulo & Jennifer

Kilgo, 2000: 93).

Dalam perkembangan kognitif, kita boleh lihat secara lebih terperinci

tentang perkembangan kanak-kanak iaitu dari 1 hingga 2 tahun. Apabila kanak-

kanak sampai pada peringkat ini, kita dapati kanak-kanak sudah boleh

memerhati ciri-ciri fizikal yang terdapat pada objek, menyelesaikan masalah-

masalah yang mudah, mengklasifikasikan objek berdasarkan kesamaan fizikal,

mengatasi halangan untuk mendapatkan objek. Selain itu juga kanak-kanak

boleh memahami kegunaan objek dan juga kanak-kanak boleh membuka

bungkusan permainan mereka (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:

303).

Pada peringkat 2 hingga 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh memilih dan

melihat gambar dalam buku, boleh memadankan dengan setiap pasangan objek.

Contohnya, cawan dengan piring, kasut dengan stoking. Selain itu, kanak-kanak

sudah boleh namakan gambar objek yang mudah-mudah dan dapat

mengenalpasti beberapa objek dalam gambar tersebut. Apabila ditanya tentang

apa yang sedang dilakukan, mereka akan memberitahu secara ringkas apa yang

dia buat. Contohnya, dia meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa seperti

menyapu sampah. Kanak-kanak pada peringkat ini, mereka belajar melalui

penjelajahan dan arahan orang dewasa seperti membaca dalam buku

Page 13: Laman Pendidikan Khas

bergambar. Kanak-kanak ini juga mula memahami fungsi konsep dalam objek-

objek yang dibiasa dilihat. Contohnya, sudu untuk makan ( Richard M. Gargiulo

& Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

Kanak-kanak yang berada pada tahap 3 hingg 4 tahun ini, kebanyakan

mereka sudah boleh mengenal dan memadankan enam warna, boleh menyusun

blok-blok mengikut saiz dan lukis gambar yang mereka tahu dan sekiranya

mereka tidak melukis gambar tersebut, mereka akan menerangkan tentang

gambar itu. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tahu menggunakan soalan

seperti “kenapa” dan “bagaimana”. Mereka juga tahu berapa umur mereka.

Kanak-kanak ini belajar melalui pemerhatian dan mengikut arahan orang

dewasa. Pada tahap ini juga kanak-kanak memahami fungsi konsep dalam

kumpulan objek. Contohnya, perabut ada di dalam rumah dan kanak-kanak

dapat mengenalpasti gambar tangan, kaki adalah sebahagian dari anggota

badan. Di samping itu juga, kanak-kanak mula tahu yang lepas dan sedang

berlaku. Contohnya, kelmarin kita pergi ke pasar dan hari ini kita pergi ke rumah

kawan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.Kilgo, 2000: 307).

Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula, kanak-kanak boleh

menunjukkan dan menamakan 4 dari 6 warna. Kanak-kanak juga boleh melukis

gambar orang dengan mengenali dua hingga enam bahagian badan seperti

kepala, tangan serta boleh namakan atau padankan dengan badan. Kanak-

kanak pada peringkat ini pula belajar melalui pemerhatian dan dengan apa yang

dikata. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh memahami konsep masa. Kanak-

kanak juga boleh menulis nama sendiri dan juga boleh menghurai gambar yang

dilihat. Kanak-kanak juga boleh menceritakan apa yang berlaku selepas itu

(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309).

Page 14: Laman Pendidikan Khas

Akhirnya, perkembangan kognitif kanak-kanak dinilai pada umur 5 hungga

6 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah boleh menulis huruf dan angka

dan juga boleh menghafal bilangan nombor sampai sepuluh. Kanak-kanak juga

boleh mengasingkan objek pada satu kriteria tertentu. Contohnya, mengikut

warna, bentuk atau saiz. Kanak-kanak juga mula menggunakan konsep masa

dengan tepat iaitu “kemarin” dan “esok”. Pembelajaran kanak-kanak ini melalui

arahan dari orang dewasa dan apabila mereka minat, mereka akan

mengabaikan halangan atau gangguan yang ada. Konsep masa dikembangkan

dalam memahami sesuatu acara yang akan datang. Contohnya, Krismas akan

datang selepas 2 minggu (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

Kemahiran Motor

Dalam kemahiran motor pula, ia merujuk kepada kebolehan bergerak atau

kawalan pergerakan yang membantu bayi untuk menyesuaikan diri dengan

persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks

dengan keupayaan yang berbeza. Dalam kemahiran motor, boleh dibahagikan

kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus. Kemahiran motor kasar

melibatkan pergerakan dan kawalan otot. Contoh kemahiran otot kasar ialah

melompat, berlari, berjalan, merangkak dan banyak lagi (Bruce A. Bracken,

1983: 285). Kemahiran motor halus pula, menggunakan otot-otot kecil, seperti

memegang, meramas dan sebagainya.

 Kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun, kanak-kanak

belajar untuk menunjukkan pelbagai tugasan yang melibatkan motor kasar iaitu

dengan berjalan cepat di samping menyeimbangkan dengan motor halus seperti

membutangkan baju, menggunting dan menulis. Dalam kemahiran motor halus

pula, bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 6 tahun akan berkembang

dengan cepat. Apabila kanak-kanak mencapai umur prasekolah, mereka boleh

Page 15: Laman Pendidikan Khas

menyimpan dan mengendalikan sesuatu dan akan menjadi mahir misalnya

mereka boleh memasukkan blok ke dalam lubang yang sesuai.

Kita boleh lihat secara terperinci bagaimana perkembangan motor kasar

dan motor halus berkembang mengikut peringkat-peringkat umur. Pada umur 1

hingga 2 tahun, perkembangan motor kasar kanak-kanak boleh dilihat melalui

kanak-kanak itu berjalan dengan memegang kerusi dan boleh berdiri untuk

seketika. Manalaka perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh

mengambil objek dari bekas, meletakkan objek ke dalam bekas, cuba untuk

menconteng dan kanak-kanak ini juga boleh memegan penyepit dengan kemas

iaitu boleh genggam dengan baik ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000:

302).

Bagi kanak-kanak yang berumur 2 hingga 3 tahun pula, perkembangan

motor kasar boleh dilihat apabila kanak-kanak itu berlari ke hadapan dengan baik

dan boleh melompat pada satu tempat dengan menggunakan kedua-dua belah

kakinya. Kanak-kanak juga boleh berdiri atas satu kaki tetapi dengan bantuan

dan juga boleh berjalan berjengket serta menyepak bola. Dalam perkembangan

motor halus pula, kanak-kanak boleh menggunting, pegang krayon tetapi ibu jari

dan jari yang lain tidak menggengam. Selain itu, kanak-kanak boleh memusing,

mumukul, memicit, menekan dan menarik tanah liat (Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 304).

Pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun, perkembangan motor kasar boleh

dilihat apabila kanak-kanak boleh menggelonsor tanpa bantuan, boleh

mengimbangkan badan dengan berdiri atas satu kaki dalam masa 5 hingga 10

minit. Kanak-kanak juga boleh berlari di sekeliling halangan dan berjalan dalam

Page 16: Laman Pendidikan Khas

satu baris. Perkembangan motor halus pula, kanak-kanak boleh membina

bangunan menggunakan 9 blok-blok kecil dan juga mereka boleh membentuk

tanah liat menjadi bentuk bulat, ular dan sebagainya ( Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 306).

Perkembangan motor kasar pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun pula,

kanak-kanak boleh melompat ke hadapan 10 kali tanpa jatuh dan boleh naik dan

turun tangga seorang diri, manakala perkembangan motor halus pula, kanak-

kanak boleh menulis silang pangkah dan bentuk dan kanak-kanak juga boleh

menggunting dan menyambung semula apa yang digunting ( Richard M.

Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun, didapati kanak-kanak boleh

melompat sejauh 2 meter, melompat melangkau dan lompat bertali bagi

perkembangan motor kasar, manakala kanak-kanak boleh melukis bentuk

segitiga, tulis nombor 1 hingga 5 adalah merupakan perkembangan motor halus

( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 310).

Perkembangan Kemahiran Bahasa Dan Komunikasi

            Perkembangan kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan salah satu

domain yang penting. Komunikasi merujuk kepada pesanan yang bertindak

balas antara orang yang bercakap dengan pendengar, manakala bahasa pula

menggunakan simbol atau sintaksis atau tatabahasa apabila berkomunkasi

dengan orang lain.

Page 17: Laman Pendidikan Khas

Dalam penilaian bahasa dan komunikasi terdapat dua jenis bahasa iaitu

receptive language iaitu bahasa yang mudah diterima iaitu kebolehan kanak-

kanak untuk memehami secara verbal dan tak verbal. Bahasa yang ditunjukkan

dengan perasaan iaitu yang melibatkan perkataan, gesture dan tingkah laku

yang digunakan untuk menyampaikan maklumat ialah expressive language.

Masa yang kritikal dalam perkembangan bahasa dan komunikasi bagi

kanak-kanak ialah sebelum umur 5 tahun. Biasanya komunikasi bagi bayi

bermula pada umur 3 tahun yang mana kanak-kanak memperolehi semua

komponen dalam komunikasi. Perkembangan bahasa akan membentuk konsep

sebagai perkembangan yang melalui tahap-tahap yang bermula pada bayi.

Contohnya, apabila kanak-kanak masuk ke sekolah, mereka akan menggunakan

semua jenis ayat. Jadi, apabila terdapat kemahiran komunikasi yang lambat, jadi

mereka akan berusaha untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara seperti gesture

(Richard M. Gargiulo & Jennifer Kilgo, 2000: 94).

Jadi, untuk lihat perkembangan bahasa, kita boleh menilai dari peringkat

umur kanak-kanak tersebut. Peringkat umur kanak-kanak 1 hingga 2 tahun, kita

boleh lihat kanka-kanak itu boleh memahami perkataan “tidak” dan menikmati

atau seronok apabila melihat buku. Ini adalah receptive language. Manakala bagi

expressive language pula, kanak-kanak boleh menyebut atau membunyikan satu

konsonan. Contohnya, “ba”. Kanak-kanak juga dapat memahami tindak balas

perkataan tertentu contohnya, berkenaan bunyi “bye-bye” dengan gesture

( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 302).

Page 18: Laman Pendidikan Khas

Pada peringkat umur  2 hingga 3 tahun, bagi receptive language, kanak-

kanak boleh mengenalpasti objek apabila memberitahu tentang kegunaannya.

Kanak-kanak juga faham tentang bentuk soalan “apa” dan “di mana” serta

kanak-kanak ini juga memahami negatif iaitu “tidak boleh” dan “jangan”. Bagi

expressive language pula, kanak-kanak suka mendengar cerita pendek atau

cerita ringkas. Kanak-kanak juga boleh menyambung atau mengabung kosa kata

bersama dua perkataan menjadi rangkai kata. Kanak-kanak ini juga boleh

membuat penyataan negatif contohnya, “jangan buka” ( Richard M. Gargiulo &

Jennifer L.Kilgo, 2000: 304).

Perkembangan bahasa dan komunikasi pada peringkat umur 3 hingga 4

tahun dari receptive language boleh dilihat, kanak-kanak boleh memahami ayat

yang melibatkan konsep masa seperti “esok kita pergi ke zoo” dan juga kanak-

kanak juga boleh memahami bandingan saiz. Contohnya, saiz besar, lebih besar

manakala expressive language pula, menunjukkan kanak-kanak sudah boleh

memberitahu tentang pengalaman yang lepas, gaya pertuturannya dapat

difahami tapi mempunyai kesalahan dalam ayat. Di samping itu, kanak-kanak

boleh bercakap dalam 2 atau 3 ayat yang berbentuk “agent-action-objek”.

Contoh ayat seperti “ saya lihat bola” (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo,

2000: 306).

Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, mereka

sudah boleh memahami secara perbandingan seperti cantik, sangat cantik.

Mereka juga mendengar cerita panjang tetapi kerapkali salah tafsirkan fakta

yang ada dalam cerita itu. Kanak-kanak juga boleh memahami urutan acara

apabila kita memberitahu mereka. Contohnya, “mula-mula kita akan pergi ke

stor, kemudian kita buat kek dan esok barulah kita boleh makan”. Ini termasuk

dalam receptive language. Manakala dalam expressive language pula, kanak-

Page 19: Laman Pendidikan Khas

kanak boleh menyambung ayat. Contohnya, “saya pergi ke stor dan saya

membawa ais krim”. Kanak-kanak juga boleh memberitahu tentang kandungan

yang terdapat dalam cerita tetapi banyak fakta yang salah ( Richard M. Gargiulo

& Jennifer L. Kilgo, 2000: 308).

Pada peringkat umur 5 hingga 6 tahun, bagi receptive language, kanak-

kanak boleh mendemonstrasi kemahiran pra akademik. Bagi expressive

language pula, kanak-kanak boleh menjelaskan perbezaan antara tatabahasa

yang digunakan oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Di samping itu, kanak-

kanak itu boleh berkomunikasi dengan keluarga, kawan-kawan dan orang yang

tidak dikenali. Kanak-kanak pada peringkat umur ini juga boleh menceritakan

semula buku yang telah dibaca dengan tepat (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.

Kilgo, 2000: 310).

Perkembangan Kemahiran Sosial-Emosi

Domain yang seterusnya ialah perkembangan kemahiran sosial-emosi.

Dalam domain ini, ia merujuk kepada tingkah laku bagaimana kanak-kanak

berinteraksi dengan orang lain dan kawan-kawan di persekitaran dan bagaimana

mereka bertindak balas dalam situasi social. Ia juga melibatkan bagaimana

kanak-kanak memulakan sesuatu interaksi dan tindak balas untuk  interaksi

dengan orang lain.

Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan remaja, mereka biasanya

perlukan kemahiran bagaimana untuk turut serta dalam interaksi timbal-balik,

manakala apabila kanak-kanak berinteraksi dengan kawan-kawan, mereka

memerlukan kemahiran seperti bagaimana untuk main peranan contohnya dalam

Page 20: Laman Pendidikan Khas

permainan anak patung. Kemahiran emosi pula adalah kebolehan untuk

mengenalpasti  perasaan. Kemahiran ini adalah melibatkan bagaimana untuk

mengawal dengan satu dorongan tertentu atau dengan perasaan hati dan

bagaimana untuk menyelesaikan konflik (Judith Bondurant-Utz, 2002: 419).

            Dalam perkembangan sosial emosi, kita boleh lihat perkembangannya

mengikut peringkat umur. Peringkat umur 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak

menunjukkan rasa suka dan tidak suka kepada sesetengah orang, kepada objek 

atau situasi. Kanak-kanak juga menguji ibu bapa dengan tingkah laku yang nakal

semasa ibu memberi makan dan semasa hendak tidurkan mereka ( Richard M.

Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

            Sementara bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak

menyertai dalam permainan dan boleh bergantung kepada keupayaan sendiri.

Kanak-kanak juga menyertai dalam kumpulan yang mudah seperti bertepuk

tangan, menyanyi dan juga kanak-kanak ini mengenalpasti identiti jantina

(Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305).

            Selain itu, perkembangan pada peringkat umur 3 hingga 4 tahun boleh

dilihat apabila kanak-kanak boleh bermain bersama kawan-kawan dan mereka

mula berinteraksi sesama mereka. Dalam permainan, mereka melakonkan

babak seperti pengembaraan dan permainan rumah (Richard M. Gargiulo &

Jennifer L. Kilgo, 2000: 307).

            Pada peringkat umur 4 hingga 5 tahun, kanak-kanak mula berpakaian

mengikut jantina seperti kanak-kanak perempuan akan memakai mini skirt. Ini

Page 21: Laman Pendidikan Khas

menunjukkan ciri-ciri perbezaan jantina antara perempuan dan lelaki. Selain itu,

pada peringkat ini juga, kanak-kanak bermain dan berinteraksi dengan kawan-

kawan ( Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 309). Bagi kanak-kanak

berumur 5 hingga 6 tahun pula, kanak-kanak mula memilih kawan dan dalam

permainan, mereka mempunyai persaingan (Richard M. Gargiulo & Jennifer L.

Kilgo, 2000: 311).

            Domain yang terakhir ialah perkembangan kemahiran penjagaan diri dan

adaptif. Ianya berfokus tentang pemakanan, penjagaan diri termasuklah basuh

tangan dan gosok gigi dan tentang pemakaian (Judith Bondurant-Utz, 2002:

419). Aspek perkembangan penjagaan diri ini berkembang bermula 3-4 tahun

dan biasanya perkembangan penjagaan diri berkembang dengan bimbingan ibu

bapa dan pengasuh kanak-kanak tersebut.

            Melalui penjagaan diri kanak-kanak kita boleh melihat bagaimana kanak-

kanak memakai pakaian denag cara yang betul. Selain itu, dalam cara

pemakaian kanak-kanak prasekolah juga biasanya menunjukkan semua asas

penjagaan diri seperti boleh membutangkan bajunya sendiri (Richard M. Gargiulo

& Jennifer Kilgo, 2000: 94).

Perkembangan Penjagaan Diri

            Kita boleh melihat perkembangan penjagaan diri melalui beberapa

peringkat umur iaitu peringkat umur 1 hingga 2 tahun. Dalam peringkat ini,

kanak-kanak boleh memegang pada hujung sudu tapi mereka tidak pandai

menggunakannya. Selain itu, kita dapati juga kanak-kanak menguyah (Richard

M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 303).

Page 22: Laman Pendidikan Khas

            Bagi peringkat umur 2 hingga 3 tahun pula, kanak-kanak dapat membuka

pintu menggunakan tombol pintu, mengambil kot dan meletakkan kot apabila

disuruh tetapi dengan bantuan. Kanak-kanak juga membasuh tangan dan

mengeringkan tangan dengan bantuan iaitu daripada ibu atau penjaga (Richard

M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 305). Pada peringkat umur 3 hingga 4

tahun, kanak-kanak sudah boleh basuh tangan dan pergi ke bilik air dengan

sendirinya. Kanak-kanak di peringkat ini juga sudah boleh menyapu marjerin

pada roti dengan menggunakan pisau.

            Kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun pula, kita dapati mereka

sudah boleh memakai kasut dengan sendiri dan juga boleh memotong makanan

yang mudah seperti memotong tomato menjadi kepingan. Manakala kanak-

kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun pula, mereka sudah boleh memakai

pakaian yang lengkap, berus gigi dengan sendiri dan boleh melintas jalan

dengan sendirinya (Richard M. Gargiulo & Jennifer L. Kilgo, 2000: 311).

CONTOH-CONTOH INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN DALAM PENILAIAN

PERKEMBANGAN     

Kajian yang meluas dijalankan oleh Li, Walton dan Nutfatal (1999) tentang

instrumen khusus digunakan dalam penilaian prasekolah. Ia juga sebagai

ringkasan kajian dalam instrumen yang digunakan untuk, kognitif, bahasa, sosio-

emosi dan penilaian asas kurikulum. Instrumen dipilih kerana ia melibatkan

kepelbagaian populasi prasekolah  (Judith Bondurant-Utz, 2002: 70).

Page 23: Laman Pendidikan Khas

Instrumen digunakan dalam prosedur pengesanan yang mana

ketepatannya adalah penting untuk beberapa sebab seperti kepekaan dan

pengkhususan. Kepekaan itu merujuk kepada kebolehan instrumen pengesanan

mengenalpasti kanak-kanak yang memerlukan penilaian tambahan. Selain itu,

instrumen haruslah ringkas untuk ditadbir dan boleh digunakan oleh golongan

pakar daripada berbagai-bagai jenis disiplin. Catatan skor tentang instrumen

seharusnya tepat, cepat dan mudah. Instrumen pengesanan yang

dipertimbangkan perlu menyeluruh di mana alat-alat pengesanan menguji secara

multidimensional dan melibatkan pengujian pendidikan, kesihatan, tingkah laku

serta persekitaran berkaitan. Tambahan pula, instrumen perlu murah tetapi pada

masa yang sama perlu tepat dan apabila ia tepat kemungkinan rujukan yang

tidak sesuai adalah minimum. Seterusnya instrumen turut digunakan pada

prosedur kelayakan yang mana prosedur penilaian mengikut dan melibatkan

pentadbiran instrumen dalam kawalan tingkah laku.

            Terdapat pelbagai instrumen yang boleh digunakan untuk menilai 5

perkembangan  kognitif, motor, bahasa dan komunikasi, sosial-emosi dan jagaan

diri.

Instrumen yang digunakan untuk menilai perkembangan ialah Test Bayley

Scales of Infant Development (BSID). Ia dibina untuk mengukur perkembangan

kanak-kanak dari 2-3 bulan. Dalam instrument jenis ini terdapat 3 bidang iaitu

skala mental yang mana mengukur ketajaman sensori dan diskriminasi, skala

motor yang menilai motor kasar dan motor halus dan bidang yang ketiga ialah

rekod tingkah laku bayi yang mana membantu menilai social dan orientasi

kanak-kanak dalam persekitaran ( Cartwright, Cartwright & Ward, 1981: 367).

Page 24: Laman Pendidikan Khas

            Instumen yang digunakan ialah Bettele Developmental Inventory. Ia

digunakan untuk kanak-kanak yang baru lahir hingga kanak-kanak itu berusia 8

tahun. Dalam Instrumen ini, ia menilai 5 aspek perkembangan iaitu

perkembangan motor iaitu motor halus dan motor kasar, bahasa dan komunikasi,

perkembangan kognitif, sosio-emosi dan penjagaan diri.

Aspek-aspek perkembangan ini pula mengandungai 2 hingga 6

subdomain iaitu dalam perkembangan motor meliputi kawalan otot, koordinasi

badan, kebolehan bergerak dan juga otot halus. Dalam perkembangan bahasa

dan komunikasi pula, mempunyai 2 jenis iaitu receptive language dan expressive

language. Perkembangan sosio-emosi pula melibatkan perasaan dan konsep

kendiri kanak-kanak itu. Bagi perkembangan kognitif pula, melibatkan

diskriminasi perseptual, ingatan, perkembangan konseptual. Manakala adaptif

dan penjagaan diri dihubungkan dengan tanggungjawab personal, pemakanan

dan pemakaian (Bruce A. Bracken, 1991: 176). Instrumen jenis ini memberi satu

dalam tiga cara iaitu ujian struktur, pemerhatian atau temu bual ibu bapa atau

guru.

Kent Infant Development Scale juga digunakan untuk menilai

perkembangan setiap perkembangan. Perkembangan yang dinilai ialah kognitif,

motor, sosio-emosi, bahasa dan komunikasi dan jagaan diri. Instrumen ini

dijalankan kepada kanak-kanak dari 13 bulan sehingga 2 tahun bagi kanak-

kanak yang normal dan juga kepada kanak-kanak yang cacat. Ujian ini adalah

laporan daripada ibu bapa atau penjaga terhadap tingkah laku kanak-kanak

dalam lima aspek perkembangan. Ia juga digunakan untuk mengklasifikasikan

antara kanak-kanak yang normal dan yang ada risiko untuk mendapat

ketidakupayaan (Bruce A. Bracken, 1991: 229).

Page 25: Laman Pendidikan Khas

Selain itu, instrument Development Profile II juga digunakan untuk menilai

perkembangan. Ia dibina untuk menganggar atau mentafsirkan perkembangan

kanak-kanak yang baru lahir hingga kanak-kanak berumur 9 tahun. Ia melibatkan

lima aspek perkembangan iaitu perkembangan fizikal, penjagaan diri, sosio-

emosi, akademik atau kognitif dan komunikasi. Ujian ini adalah melalui

pemerhatian terus kepada kanak-kanak atau laporan dari penjaga. Biasanya,

instrumen ini adalah diasaskan pada 1972 ( Bruce A. Braken, 1991: 174).

Seterusnya, instrumen yang digunakan ialah Denver Developmental

Screening Test. Ia adalah alat mengesan untuk mengenalpasti perkembangan

kanak-kanak dan masalah tingkah laku. Ia digunakan kepada kanak-kanak yang

baru lahir sehingga kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Ujian ini mengambil

masa selama 10 hingga 20 minit dan ia bergantung kepada umur kanak-kanak

dan kerjasama dari kanak-kanak tersebut. Terdapat 4 domain yang dinilai

melalui instrumen ini iaitu sosial personal, motor halus, motor kasar dan bahasa.

Sebanyak 25 item direkod melalui pemerhatian terus kepada kanak-kanak dan

juga diperolehi dari laporan ibu bapa (www.patient.co.uk/showdoc.htm)

Selain itu, instrumen yang digunakan adalah seperti Developmental

Programming For Infants and Young Children. Instrumen jenis ini digunakan bagi

kanak-kanak yang baru lahir sehingga 5 tahun. Ia digunakan oleh ibu bapa pada

aktiviti yang dijalankan di rumah. Instrumen ini menilai lima aspek perkembangan

iaitu perkembangan motor, kognitif, bahasa dan komunikasi, sosio-emosi dan

jagaan diri. Didapati perkembangan ini mengikut urutan

(www.press.urich.edu/titleDetailDesc.do?id=8133).

Page 26: Laman Pendidikan Khas

            The Early Interventional Development juga merupakan salah satu

instrumen yang digunakan untuk menilai perkembangan kanak-kanak. Ia

digunakan pada kanak-kanak yang baru lahir sehingga kanak-kanak itu berusia 3

tahun. Instrumen ini menilai dari aspek perkembangan motor, kognitif, sosio-

emosi dan bahasa. Ia digunakan oleh kumpulan multidisciplinary yang

melibatkan ahli psikologi, pembimbing khas, terapi pekerjaan dan juga “speech-

language pathologist”(Judith Bondurant-Utz, 2002: 353).

Penilaian perkembangan juga diukur melalui Infant-Toddler Developmental

Assessment. Ia adalah untuk mengecam atau mengenalpasti kanak-kanak itu

normal atau pun tidak.. Instrumen ini adalah bagi kanak-kanak yang baru lahir

sehingga 3 tahun. Ia menilai dari aspek perkembangan motor iaitu motor kasar

dan motor halus, kognitif bahasa dan komunikasi, jagaan diri dan sosio-emosi

(www.riverpub.com/products/ida/index.html).

             

Jadual dibawah menunjukkan jenis-jenis instrumen yang digunakan untuk

membuat penilaian perkembangan:

Initial and Annual Eligibility Determination

ASSESSMENT INSTRUMENTS

DEVELOPMENTAL AREA/TEST NAME DISCIPLINE(S)

Cognitive

      Bayley Scales of Infant Development-Mental

Page 27: Laman Pendidikan Khas

      Functional Emotional Assessment Scales (FEAS)               

      Infant Toddler Sensory Profile

      Pediatric Evaluation of Disability Inventory (PEDI)

      Test of Sensory Functioning in Infants

      Vineland Adaptive Behavior Scales (VABS)

A professional with training and credentials and meeting the requirements

specified by the particular test instrument.

Motor

      Alberta Infant Motor Scale

      Bayley Scales of Infant Development- Motor

      Erhardt Developmental Test of Prehension

      Gross Motor Functional Measures (must be used in combination with a tool

that provides age equivalents or % delay)

      Peabody Developmental/ Motor Test 2

      Test of Infant Motor Performance (TIMP)

      TIME: Miller

A professional with training and credentials and meeting the requirements

specified by the particular test instrument.

Page 28: Laman Pendidikan Khas

Communication

      Callier-Azusa Scale

      Communication & Symbolic Behavior Scales (CSBS) ( must use all 3 portions:

Infant Toddler Checklist, Caregiver Questionnaire, & Behavioral Sample)

      Early Language Milestone Scales (ELM-2)

      McCarthy Communicative Developmental Inventory

      Non-Speech Test

      Pre-School Language Scale (PLS 3 or 4)

      Receptive Expressive Emergent Language Scale (REEL)

      Reynell Developmental Language Scales-American Version

      Rosetti Infant Toddler Language Scale

      Sequenced Inventory of Communication Development (SICD)

      SKI-HI Learning Development Scales (Hearing Impaired 0-3)

Social/Emotional

      Achenbach Child Behavior Checklist

      Carey Temperment Scales (must be used with tool that provides age

equivalents or % delay)

      Early Coping Inventory

      Functional Emotional Assessment Scale (FEAS)

Page 29: Laman Pendidikan Khas

      Infant-Toddler Social and Emotional Assessment (ITSEA)

      Vineland Social Emotional Early Childhood Scale

A professional with training and credentials and meeting the requirements

specified by the particular test instrument.

Adaptive

      Early Coping Inventory

      Functional Emotional assessment Scales (FEAS)

      Functional Independence Measures (WEE FIMS)

      Infant Toddler Sensory Profile

      Pediatric Evaluation of Disability Inventory (PEDI)

      Test of Sensory Functioning in Infants

      Vineland Adaptive Behavior Scales

A professional with training and credentials and meeting the requirements

specified by the particular test instrument.

Global

      Assessment Evaluation & Programming System (AEPS)

      Alpen-Boll Developmental Profile II

      Batelle Developmental Inventory

Page 30: Laman Pendidikan Khas

      Carolina Curriculum for Infants and Toddlers

      Child Developmental Inventory (CDI)

      Early Learning Accomplishment Profile (ELAP)

      Infant Development Inventory (IDI)

      INSITE (for visually impaired)

      Hawaii Early Learning Profile (HELP)

      Infant Toddler Developmental Profile (IDA)

      Mullen Scales of Early Learning (MSEL)

      Reynell-Zinkin Scales: Developmental Scales for Young Handicapped

Children

      Transdiscplinary Play Based Assessment (TPBA)

A professional with training and credentials and meeting the requirements specified by the particular test instrument.

Posted 25th March by nabila bayek

0

Add a comment

2.

Mar

25

Page 31: Laman Pendidikan Khas

Aspek-aspek penting dalam penilaian pencapaian

Bincangkan aspek-aspek penting dalam penilaian pencapaian tersebut: (a)

penilaian pertuturan; (b) penilaian membaca; (c) penilaian mengira; dan (d)

penilaian menulis.

Meninjau apa yang sedia ada di Malaysia tentang penilaian pencapaian

(penilaian pertuturan; penilaian membaca; penilaian mengira; dan penilaian

menulis) di sekolah rendah. Kemukakan contoh-contoh instrumen/ujian

yang digunakan untuk menjalankan penilaian pertuturan dan penilaian

membaca.

1.0  Pengenalan

              Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Kita boleh di uji dengan pelbagai ujian pencapaian bagi menguji seseorang itu

sama ada secara norma atau penilaian criteria. Dengan adanya penilaian atau

ujian itu kita dapat mengenal pasti tahap pencapaian seseorang itu. Mengetahui

kelemhan yang ada pada seseorang itu. Penilaian adalah satu proses

mengumpul maklumat mengenai pelajar dan mentaksir maksud maklumat untuk

penilaian tahap pendidikan.  Bagi semua murid terutamanya bagi murid dengan

keperluan khas, kepentingan penilaian formatif adalah dengan menyediakan

soalan yang teliti oleh guru bagi memastikan pembelajaran berlaku.

Page 32: Laman Pendidikan Khas

              Penilaian pencapaian ialah proses mengumpul maklumat atau data

tentang pencapaian murid-murid di sekolah. Penilaian pencapaian dapat

memberi gambaran tentang pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran yang

di uji. Menilai kecekapan dan kemahiran melalui membuat pemerhatian dan ujian

bertulis bagi mengesan tahap pencapaian murid-murid yang berumur tujuh tahun

ke atas. Ujian atau penilaian pencapaian ini melibatkan mata pelajaran bahasa

seperti membaca dan menulis serta matematik.  Penilaian pencapaian adalah

ujian atau siri ujian yang di bina untuk mendapatkan maklumat tentang

perkembangan kemajuan yang dikuasai oleh seseorang individu di sekolah.

Penilaian pencapaian adalah kemajuan murid-murid boleh melengkapkan

maklumat bagaimana menyesuaikan program pendidikan yang perlu. 

                     

              Penilaian pencapaian adalah struktur rancangan yang dapat membantu

guru untuk mengendalikan bagaimana ingin mengajar.  (Naomi Zigmond, Ada

Vallecorsa & Rita Silverman, 1983). Untuk membuat rancangan penilaian

pencapaian seseorang guru perlu menyediakan kemudahan untuk pelajar, ujian

pengetahuan yang lengkap, pemilihan teknik suara dan tenaga pengajar untuk

setiap pelajar. 

2.0             Tujuan  penilaian pencapaian

              Penilaian pencapaian adalah sangat penting dalam apa jua dalam

system pendidikan. Terdapat  tujuan penilaian ini di lakukan kepada murid-murid.

Tujuan yang pertama ialah memberi peluang kepada pelajar menilai kadar dan

tahap kemajuan yang telah di capai bagi sesuatu kemahiran yang melibatkan

akademik yang telah di pelajari. Penilaian pencapaian ini adalah untuk

memperolehi maklumat mengenai sama ada pelajar boleh dapat memberi

maklumat tentang pengajaran guru, sama ada pengajaran guru berkesan atau

pun tidak.

Page 33: Laman Pendidikan Khas

              Menilai dan mengenal pasti murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). Ini memberi peluang kepada guru-

guru untuk membuat tindakan susulan apabila kelemahan murid yang di nilai

telah di ketahui.

              Malah ujian pencapaian untuk menginklusifkan murid-murid khas

selepas ujian di jalankan data-data yang telah di kenalpasti bagi menentukan

sama ada murid-murid ini sesuai untuk di tempatkan di kelas inklusif, intergrasi

atau sebaliknya. Bagi murid dengan keperluan khas, penilaian pencapaian 

penting bagi membantu memastikan keperluan mereka di penuhi. Dua aspek

penting bagi penilaian pencapaian  adalah penilaian dan proses ujian ini adalah

untuk memantau kemajuan murid. Yang kedua ialah cara bagaimana sekolah

dan perkhidmatan lain melalui kontium murid dengan keperluan khas, penilaian

wajib.

Guru mungkin dapat menilai dalam empat kategori iaitu

1. Tahap satu ialah berdasarkan 3M (membaca, menulis dan mengira).

2. Tahap kedua ialah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah)

3. PMR (Penilaian Menengah Rendah)

4. SPM (Sijil Pelajaran  Malaysia)

5. STPM (Sijil Tinggi Pelajaran  Malaysia)

              Penilaian pencapaian mungkin dapat embantu mengenal pasti bantuan

dan khidmat sokongan akademik yang di perlukan oleh murid. Program

pendidikan bagi murid dengan keperluan khas seiring dengan rancangan

Page 34: Laman Pendidikan Khas

pendidikan individu, iaitu suatu rancangan program penilaian pencapaian

berterusan bagi perancangan pendidikan khas. Namun terdapat undang-undang

telah menetapkan setiap murid khas perlu mempunyai program pendidikan

individu yang bertulis, terancang dan teratur, yang merangkumi penilaian murid,

matlamat jangka panjang, objektif jangka pendek, strategi yang digunakan dan

jangka masa. (Jamila K.A,2006).

             

Penilaian pencapaian juga salah satu komponen rancangan pendidikan

individu (RPI), objektif dapat di nilai sama ada setiap hari, setiap minggu, setiap

bulan ataupun pada tarikh tertentu. Frekuensi bagi penilaian pencapaian 

bergantung pada sifat dan bentuk objektif itu. 

3.0  Pembahagian Penilaian Pencapaian

              Terdapat dua jenis penilaian pencapaian yang dijalankan di Malaysia

iaitu rujukan norma dan juga rujukan formatif. Terdapat perbezaan-perbezaan

dan juga kepentingan-kepentingan tertentu dalam kedua-dua jenis penilaian ini.

3.1  Rujukan Norma

Page 35: Laman Pendidikan Khas

                 Rujukan norma merupakan ujian yang dilakukan untuk

membandingkan keputusan yang diperoleh secara perbandingan antara individu

mahupun antara kelopok kecil seperti kelas ataupun kelompok besar seperti

sekolah sekolah dalam kawasan tertentu dan juga sekolah-sekolah di seluruh

Malaysia.

              Secara umumnya, calon-calon yang menduduki ujian ini majoritinya

terdiri daripada pelajar yang tidak mempunyai ketidakupayaan. Hal ini kerana,

keyakinan orang-orang disekeliling terhadap pelajar yang mempunyai keperluan

khas masih rendah. Mereka juga sering memandang rendah kepada kebolehan-

kebolehan pelajar istimewa ini.

              Contoh-contoh ujian norma yang jelas dapat kita lihat ialah peperiksaan

besar di negara ini iaitu UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Selain itu, ujian-ujian

yang dibina oleh Pejabat Pendidikan Negeri untuk penyediaan peperiksaan

pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun juga dikenali sebagai ujian

rujukan norma.

              Setiap pencapaian pelajar akan di analisa dan direkod untuk

mendapatkan peratusan keseluruhan kelas ataupun sekolah. Keputusan ini akan

dihantar dibahagian pentadbiran sama ada pentadbiran sekolah untuk

menganalisa pencapaian kelas mahupun pentadbiran pendidikan daerah atau

negeri untuk menganalisa prestasi sekolah itu.

Page 36: Laman Pendidikan Khas

3.2  Rujukan Kriteria

                 Berbeza dengan rujukan norma, rujukan kriteria lebih bersifat ujian

yang dijalankan terhadap seseorang individu untuk menilai tahap

pemahamannya berdasarkan dengan apa yang telah diajar mengikut kurikulum

yang telah ditetapkan oleh kementerian. Ianya juga kadang-kala lebih bersifat

santai dan tidak formal.

              Ujian ini tidak sama sekali membandingkan pencapaian antara individu.

Kebanyakan bentuk ujian ini dijalankan ke atas pelajar yang berkeperluan khas.

Hal ini adalah disebabkan perkembangan mereka tidak sama seperti pelajar-

pelajar yang tidak mempunyai keperluan khas.

              Secara kebiasaannya, guru-guru menetapkan beberapa kriteria untuk

menguji pelajar dan segala bentuk kriteria-kriteria yang diwujudkan adalah

berdasarkan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang dijalankan untuk setiap

pelajar-pelajar dalam pendidikan khas. Tanpa RPI, adalah sukar untuk guru

membina ujian dan meletakkan kriteria-kriteria tertentu untuk menguji tahap

pemahaman pelajarnya.

              Pengukuran kepada setiap keputusan dalam ujian pencapaian adalah

penting  supaya guru dapat mengenalpasti teknik-teknik pengajaran yang salah

jika pelajar tidak dapat memenuhi kriteria minimum yang diperuntukkan untuk

lulus ataupun memberi panduan kepada guru  bagaimana mahu membina RPI

yang baru dan meningkatkan potensi pelajar jika pelajar itu lulus dalam setiap

kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh guru.

Page 37: Laman Pendidikan Khas

              Dalam menilai pencapaian pelajar, tokoh-tokoh terkemuka telah

membina beberapa instrumen penilaian. Antaranya ialah, Peabody Picture

Vocabulary Test (PPVT), (Dunn, 1959) iaitu pentadbiran ujian individu dalam

penggunaan tatabahasa bahasa reseptif yang digunakan secara meluas dalam

pendidikan khas, KeyMath Diagnostic Test of Arimethic (Connolly, Natchman &

Pritchett, 1971) iaitu semakan komprehensif  dalam asas matematik, New

Sucher-Allred Reading Placement Inventory (Sucher & Allred, 1981) iaitu untuk

menilai bacaan (lisan), kemahiran mendengar dan pemahaman membaca.

Selain itu terdapat juga contoh-contoh instrument lain yang digunakan

oleh tokoh-tokoh luar negara seperti The Kaufman Test of Education

Achievement, Stanford Diagnostic Mathematic Test(4th ed),(Beatty et al., 1995),

Woodcock Reading Mastery Test-Revised (WRMT-R) (Woodcock,1998) dan

banyak lagi

              Walaupun terdapat pelbagai bentuk binaan-binaan instrument yang

diciptakan oleh tokoh-tokoh terkemuka, guru-guru di Malaysia masih boleh

membina ujian pencapaian sendiri untuk para pelajar mereka. Kita dapat lihat

bahawa kebanyakan instrument yang di bina di perkenalkan oleh tokoh-tokoh

dari luar yang tidak tinggal di Malaysia. Berkemungkinan ujian binaan ini tidak

seratus peratus sesuai untuk pelajar-pelajar Malaysia disebabkan oleh faktor

budaya  pendidikan yang berbeza.

4.0             Aspek-aspek Penilaian Pencapaian Dalam Pendidikan Khas bagi

Permasalahan Pembelajaran

Page 38: Laman Pendidikan Khas

4.1         Penilaian Bacaan

              Penilaian membaca amat penting bagi pelajar untuk memantapkan

akademik mereka.hal ini kerana, melalui pembacaan, pemahaman mereka akan

meningkat. Menurut National Reading Panel (2000) melalui tulisan Cathleen G.

Spinelli (2002), lebih kurang satu juta kanak-kanak-lebih daripada 17.5 peratus

pelajar diseluruh negara mempunyai masalah membaca semasa tiga tahun

pertama persekolahan iaitu waktu yang sangat penting dalam pendidikan.

Memetik kata-kata (National Institute for Child Health & Human

Development, 1999; National Research Council,1998), ‘In addition to these

staggering statistic, studies indicate that 75 to 88 percent of students who were

struggling readers in third grade continue to have reading difficulties throuhgout 

high school and their adult lives’.

              Hal ini menampakkan kepada kita bertapa pentingnya aspek membaca

dalam pendidikan. Di Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang diberi

perhatian dalam penilaian pencapaian yang dilakukan. Antaranya ialah

mengenal abjad, memahami hubungan huruf dengan bunyi, memahami

perkataan atau ayat yang dibaca, dan kelancaran pelajar dalam membaca.

 

4.1.1                 Mengenal abjad (Huruf Besar/Huruf Kecil).

              Kebiasaannya, amat sukar bagi pelajar berkeperluan khas untuk

menenal abjad malahan mereka sering gagal untuk mengaitkan persamaan

Page 39: Laman Pendidikan Khas

antara huruf besar dan huruf kecil. Bagi mereka huruf besar dan huruf kecil tiada

perkaitan disebabkan oleh bentuk dan saiz tidak sama.

              Dalam penilaian yang dilakukan, guru akan meminta pelajar menyebut

abjad yang ditunjukkan secara tersusun berdasarkan kad abjad. Setiap

kesalahan pelajar mereka akan direkodkan.

 

                                               

 

           

a          b          c          d          e         f          g         h     i   j           k          l           m         n          o          p          q     r

s           t           u          v          w         x          y          z 

A         B         C         D         E          F          G         H         I K         L          M         N         O         P          Q         R         ST          U         V         W        X         Y         Z 

Page 40: Laman Pendidikan Khas

              Guru akan menilai pelajar dengan menggunakan huruf kecil kemudian

apabila pelajar dikatakan lulus dalam mengenal huruf kecil, guru akan menilai

pelajar tersebut dengan huruf besar pula.

              Kemudian guru akan menggunakan ujian dengan meminta murid

menyatakan nama huruf yang di tunjukkan oleh kad abjad secara rawak

 

              Apabila murid berjaya mengenal abjad, ujian dengan menggunakan

kad-kad abjad bergambar dilakukan. Setiap keputusan pencapaian direkodkan

untuk dianalisa pada penilaian seterusnya.

4.1.2      Mengenal Huruf dengan Bunyi

              Setiap pelajar mesti diuji kefahaman mereka tentang huruf iaitu dengan

melihat samada mereka mampu untuk mengenal huruf dengan bunyi mahupun

tidak. Penilaian ini amat perlu untuk menilai sejauh mana kefahaman mereka

mengenai kaitan antara huruf dengan bunyi apabila selesainya sesi pengajaran

dan pembelajaran (P&P).

G         a          h          K         U        l           d          y          P          m            O        r           V         s           K         i           z         w        T          E          q          c          F          j           N         X

 

Page 41: Laman Pendidikan Khas

              Antara aktiviti yang boleh digunakan untuk penilaian ialah guru

mnenunjukkan kad bergambar dan meyebut nama objek tersebut. Pelajar pula

diminta untuk meneka huruf apakah bermula dengan bunyi tersebut.

              Sebagai contoh, apabila guru menyebut menunjukkan gambara ikan

dan menyebut ‘ikan’ maka pelajar harus menunjukkan jawapannya ialah ‘i’

bukannya ‘e’.

Jika guru mengemukakan 10 soalan dan pelajar hanya mampu menjawab

kurang daripada 3 soalan maka, pencapaian pelajar ini masih lemah dalam

mengaitkan hubungan atara huruf dengan bunyi.

4.1.3     Memahami Perkataan atau Ayat yang dibaca.

              Kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas boleh menyebut dan

membaca ayat mahupun perkataan seperti kanak-kanak normal namun, mereka

tidak memahami mahupun mengerti apakah maksud ayat atau perkataan yang

disebut.

              Sebagai contoh, apabila guru menulis perkataan ‘ibu’, individu A yang

berusia 12 tahun mampu untuk menyebut ibu namun apabila guru bertanya

‘siapakah nama ibu kamu?’ dia menidakkan dengan mengatakan ‘saya tiada ibu

tapi saya ada emak’. Individu ini tidak faham bahawa ibu dan emak adalah sama

ertinya iaitu seorang perempuan yang melahirkannya ke dunia ini.

Page 42: Laman Pendidikan Khas

              Selain itu, kefahaman ini juga diuji dengan guru menyebut perkataan-

perkataan yang diuji dan pelajar diminta untuk menunjukkan gambar

bersesuaian dengan perkataan yang disebut oleh guru.

Contoh:

i)             itik

ii)            ayam

iii)           buku

iv)           pen

              Berdasarkan soalan di atas, pelajar pelu menunjukkan gambar yang

dimaksudkan dengan perkataan yang dinyatakan oleh guru. Jika pelajar itu

mampu untuk menunjukkan kesemua gambar berdasarkan perkataan yang

Page 43: Laman Pendidikan Khas

disebut dengan betul, pelajar itu memahami perkataan yang dinyatakan dengan

baik.

4.1.4     Kelancaran Membaca

              Menurut pengkaji, kelancaran membaca ialah kebolehan untuk

membaca teks secara tepat dan pantas, secara kritikal membina penghubung

dalam pengesanan ayat dalam pemahaman pembacaan (Hamilton & Shinn,

2003; Richek et al.,2002).

              Oleh yang demikian, penilaian dapat dilakukan oleh guru dengan

membina petikan-petikan ringkas dan pelajar diminta untuk membaca petikan

tersebut. Catatan dan pemerhatian perlu di catat oleh guru untuk mengenal pasti

kesalahan pelajar serta masa yang diambil untuk menghabiskan petikan yang

diberikan.  Masa yang panjang dan kuantiti kesalahan yang banyak pada

perkataan menunjukkan pelajar ini bermasalah dalam fonologi.

Sebagai contoh:-

                                                            Amir ada kucing

                                                            Kucing Amir nama Comel

                                                           Comel suka makan ikan

Pelajar itu menghadapi masalah kelancaran jika tergagap-gagap dalam

sebutan dan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan tiga petikan di

atas. Pelajar ini akan disyaki menghadapi masalah dalam pertuturan jika banyak

Page 44: Laman Pendidikan Khas

berlaku kesilapan sebutan seperti menyebut ‘ucing’ untuk ‘kucing’, ‘akan’ untuk

‘makan’.

         

4.2 Penilaian lisan atau pertuturan

              Apabila guru menjalankan penilaian membaca, secara tidak lansung,

pelajar juga turut di uji dalam pencapaian pertuturan. Hal ini kerana apabila

membaca, pelajar secara tidak lansung akan menyebut perkataan yang dibaca.

Perkataan yang keluar dari mulut itu menyebabkan pelajar itu bertutur.

              Menurut Cathleen G. Spinelli (2002), kebiasaannya pernilaian

pertuturan yang dijalankan mampu untuk mengesan ketidakupayaan pertuturan

dalam diri pelajar yang diuji seperti ketidakupayaan artikulasi, ketidakupayaan

suara mahupun ketidakupayaan kefasihan.

              Selain itu pertuturan itu juga boleh dimulakan dengan penggunaan huruf

vokal, teknik penceritaan dan soalan kepada pelajar, dan juga penggunaan

ajukan untuk perkataan kv, kvkv, kvk, dan seterusnya.

4.2.1     Pengenalan vokal dengan bunyi

              Vokal yang digunakan ialah ‘a, e, i, o, u’. guru akan menyebut bunyi

vokal ini dan pelajar akan mengajuk bunyi yang di keluarkan oleh guru. Bagi

pelajar yang berkeperluan khas, mereka kadang-kala mempunyai masalah

dalam mengajuk bunyi ini lebib-lebih lagi bagi mereka yang menghadapi

masalah pertuturan. Oleh itu, guru dapat mengesan pelajar ini daripada penilaian

yang dilakukan.

Page 45: Laman Pendidikan Khas

4.2.1     Pengajaran sebutan  kv, kvkv, kvk, kvk+kvk dan

seterusnya.

Dalam pengajaran, pelajar akan diajar dengan nama-nama huruf dan

bunyi-bunyi pada setiap huruf terlebih dahulu. Apabila pelajar mampu menguasai

huruf dan bunyi, pengenalan ejaan di ajar.

Secara tidak langsung, pelajar dilatih dengan pertuturan untuk menyebut

perkataan yang dieja. Peringkat sebutan bermula dengan kv. Contohnya, ba, bi,

bu, be, be, bo, ca, ci,cu, ce, ce, co.

Kemudian peringkat sebutan ini di tambah menjadi kvkv dan contohnya

seperti ‘kuku’, ‘buku’, ‘susu’, dan ‘gula’.

Kemahiran pelajar dalam sebutan dinilai ketika pelajar menyebut contoh

yang diberikan oleh guru.

4.2.2     Teknik Penceritaan.

Guru juga mempunyai inisiatif untuk melakukan penilaian dalam bentuk

‘story telling competition’ yang disertainoleh setiap pelajar. Dalam pertandingan

ini guru boleh menilai tahap pertuturan pelajar dan permasalahan pelajar dalam

pertuturan.

Malahan, apabila guru menggunakan teknik penilaian formatif dan tidak

formalini, pelajar lebih berkeyakinan kerana pemikiran mereka bebas daripada

Page 46: Laman Pendidikan Khas

dihantui dengan pemeriksaan. Guru juga dapat bersoal jawab dengan pelajar

sehingga mendorong mereka untuk berkata-kata.

Pemerhatian dalam penilaian ini dicatatkan untuk merekodkan tahap

pertuturan mahupun kepincangan pertuturan pelajar.

4.3 Penilaian Menulis

                Penulisan ialah satu penilaian yang komplek dan memerlukan

kemahiran bentuk bahasa, kebolehan untuk menggabungkan beberapa

perkataan dan kemahiran individu. Pelajar mampu untuk memahami dan setiap

perkataan dan senaraikan mengikut bahasa pertuturan  semasa menulis. Mereka

mesti menggunakan kemahiran idea untuk menulis perkataan mereka tidak

boleh menyenaraikan apa yang di fikirkan semasa menulis.

             

               Kebolehan pelajar menulis mungkin penilaian secara tidak rasmi

dengan mengumpul  dan menganalisis contoh kerja penulisan. Contoh analisis

penulisan ialah mengeja, pembubuhan tanda bacaan, betulkan tatabahasa,

perbendaraan kata, dan lain-lain. ( Terry Overton,2003).

              Walau bagaimana pun, tulisan yang buruk sering di kaitkan dengan

kerja yang baik dan tidak bermutu dan seterusnya memberi kesan kepada

konsep kendiri seseorang murid. Misalnya murid yang mengalami disleksia

bukan sahaja menghadapi masalah membaca, bahkan juga masalah menulis.

Murid perlu di bimbing bagi membuat perubahan pada gaya tulisanya. Apabila

tulisan baik, konsep kendirinya juga tinggi dan membantunya menangani kerja-

Page 47: Laman Pendidikan Khas

kerja, sekolah yang lain dengan lebih yakin. Guru mengenal pasti aspek

kelemahan dalam tulisan murid dan merancang satu program individu khusus

untuk murid itu. Guru dapat memberikan saranan bagi membaiki tulisan dan

murid itu perlu memberi tumpuan dan membuat latihan. Latihan dan usaha

setiap hari dan menulis berdasarkan pembetulan yang sudah dipelajari itu untuk

kerja sekolahnya.

 

              Walau bagaimana pun di dalam penilaian penulisan ini terdapat

beberapa bidang kemahiran yang di kaji iaitu

1)    Kebolehan mengeja mengikut ejaan

2)    Kebolehan membentuk abjad

3)    Kebolehan  meniru dengan betul

4)    Kebolehan menempatkan huruf di atas garisan.

4.3.1     Kebolehan mengeja mengikut sebutan

              Pelajar yang di nilai di dapati menghadapi masalah dalam mengeja

mengikut sebutan. Apabila di nilai hasil ejaan murid pada ujian di dapati terdapat

beberapa perkataan yang di eja tidak mengikut ejaan yang betul.  Terdapat

penggantian iaitu meletakkan suku kata yang lain dalam perkataan semasa guru

menyebut. Contoh

                   Match    di tulis         mach

                  Nation   di  tulis         nashun

Page 48: Laman Pendidikan Khas

Namun dalam mengeja ini juga terdapat perkataan yang tertinggal atau suku

kata semasa menyebut. Contoh

                  Grateful   di tulis  graful

                  Temperature di tulis tempature

Terdapat penambahan huruf atau suku kata ke dalam perkataan asal. Contoh

                  Purchase di tulis purchasing

                  Importance di tulis importantance

Urutan (sequencing) iaitu Memasukkan huruf atau suku kata ke tempat yang

salah. Contoh

                  Animal  di tulis aminal

                  Elephant  di tulis efelant

                                    (Terry Overton,2003).

              Kebanyakan mereka membuat kesilapan dalam mengeja dan membaca

yang tidak jauh bezanya dengan kesilapan yang di buat oleh kanak-kanak

disleksia. Antara symptom disleksia yang dapat di perhatikan di peringkat

prasekolah mereka mencampuradukkan bunyi suku kata dalam perkataan

panjang contoh ‘hostipal’ apabila ingin menyebut ‘hospital’. (Sheila Devaraj dan

Samsilah Roslan,2006).

  

4.3.1     Kebolehan membentuk abjad

Page 49: Laman Pendidikan Khas

              Penilaian di buat ke atas pelajar ialah penulisan dalam membentuk

abjad. Penilaian  di buat di dapati tulisan murid pada ujian terdapat beberapa

huruf yang di tulis tidak seperti yang di kehendaki seperti huruf ‘a’,  ‘p’ , ‘l’ , ‘k’

dan beberapa huruf lain. Manakala nombor  pula ialah ‘5’ , ‘4’ , ‘9’. Mereka di

katakan menghadapi masalah mengkoordinasi motor halus serta visual motor

dan visual spatial iaitu masalah penggunaan huruf besar dan menjarakkan

perkataan.  Penilaian juga melihat penambahan huruf yang salah serta

kesalahan huruf secara fonologi.  

4.3.2     Kebolehan  meniru dengan betul

              Penilaian yang ketiga ialah penilaian keboelehan meniru dengan betul.

Kebolehan pelajar meniru adalah tinggi. Mereka dapat meniru dan penguasaan

pelajar adalah baik. Mereka dapat meniru huruf  yang di lukis oleh guru. Misalnya

sama ada huruf atau nombor. Mereka dapat meniru.

4.3.3     Kebolehan menempatkan huruf di atas garisan

              Kebolehan palajar menempatkan huruf di atas garisan masih rendah.

Kelihatan masalah yang ketara dalam menempatkan huruf di atas garisan yang

tersedia. Terdapat juga msalah dalam menentukan ruang antara perkataan serta

kekeliruan antara huruf besar dan huruf kecil. (Sheila Devaraj dan Samsilah

Roslan,2006). Guru hendaklah melatih murid-murid menulis di dalam garisan.

Supaya mereka dapat membiasakan diri. Latihan yang di berikan hendaklah

bermula yang senang kepada susah.

Page 50: Laman Pendidikan Khas

4.3.4     Bilangan penulisan (kuantiti)

              Penilaian terhadap bilangan yang dapat di tulis dalam masa yang di

tetapkan. Pemerhatian dilihat berapa banyakah perkataan atau huruf yang dapat

di buat.  Guru membuat penilaian sama ada kanak-kanak dapat menulis dengan

banyak atau sedikit mengikuti masa yang di ambil.

 

4.4 Penilaian Matematik

              Matematik adalah suatu subjek yang bersifat bersiri di mana ia

berasaskan pengetahuan terdahulu. Oleh itu, pada peringkat awal pembelajaran

matematik, seorang kanak-kanak perlu memahami nombor-nombor.

Sebagaimana pelajaran membaca dan mengeja, suatu pendekatan pelbagai

deria diperlukan.  Ibu bapa dan guru perlu melibatkan kanak-kanak itu dalam

pelbagai aktiviti yang mengandungi pengiraan seperti menyusun pinggan di atas

meja, mengambil sudu dalam jumlah yang betul untuk pinggan di atas meja.

Ataupun mengambil barang dalam kuantiti tertentu. (Sheila Devaraj dan

Samsilah Roslan,2006).

              Guru mungkin menggunakan kurikulum untuk mengukur semua tahap

matematik. Penilaian mengukur atau menggabungkan dengan kedua-dua

analisis tugas dan analisis kesalahan. Teknik menanya kepada pelajar untuk

menghasilkan atau menggambarkan kiraan original untuk mendapat konsep nilai

matematik. Misalnya guru menanya pelajar mengenai mengabungkan dua

jawapan untuk melihat perbezaan dan bagaimana menyelesaikan masalah dan

menerangkan langkah seleaikan.(Terry Overton,2003).

Page 51: Laman Pendidikan Khas

               Pengajaran matematik di tadika di perkenalkan bukan bertujuan untuk

kanak-kanak menghafal nombor tetapi memahami nilai atau makna pada

nombor. Guru boleh menggunakan jam, kelender, wang, permainan dan lain-lain.

(Azizah Lebai Nordin, 1999). Di peringkat prasekolah kanak-kanak diajar terus di

peringkat simbolik tanpa memberi mereka ruang dan peluang betul-betul

memahami dan menguasai apa yang dimaksukan oleh sesuatu nombor ataupun

symbol. Dalam penilaian matematik ini terdapat beberapa item soalan telah di

kenal pasti sebagai kandungan ujian yang di gunakan iaitu konsep pra nombor,

konsep nombor, mengenal nombor dan angka, operasi tambah dan operasi

tolak.

4.4.1     Konsep Pra nombor

              Kemahiran pra nombor ini mengandungi beberapa bahagian iaitu

pengelasan, perbandingan, penyusunan (seriasi), pemadanan, konsep banyak,

kurang, sama banyak. Penilaian di buat dengan meminta kanak-kanak

perhatikan sifat-sifat dan objek. Kemudian bandingan sifat tersebut. Di samping

itu soalan diberikan kepada murid.

4.4.1     Konsep nombor

              Konsep nombor ialah konsep membilang secara lisan dan membilang

objek. Misalnya secara hafalan. Murid akan membilang 1,2,3,4,5 dan

seterusnya.  Manakala terdapat kanak-kanak yang terdapat kanak-kanak yang

tidak tahu membilang ikut susunan 1,2,5,6, dan seterusnya.  Ini kerana nombor

tidak memberi makna kepada mereka. Konsep nombor diabstrakkan atau di

simpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda

yang dilihat. (Amin Senin, 1993:40). Mereka tidak memberi gambaran mental

yang berkaitan nombor dengan kuantiti. Mereka juga tidak dapat menstrukturkan

Page 52: Laman Pendidikan Khas

kognitif serta menghadapi masalah dalam bidang kefahaman iaitu masalah

kurang ingatan khususnya mereka tidak dapat ingat maklumat.

4.4.2     Mengenal nombor dan angka

              Penilaian meminta pelajar mengenal nombor dan angka. Nombor akan

di tetapkan misalnya 1 hingga 10. Kemudian guru meminta pelajar menyatakan

nombor yang terdapat di dalam soalan jika penilaian di buat secara bertulis.

Penilaian secara lisan juga turut di buat. Terdapat juga pelajar yang tidak dapat

mengenal nombor dan angka selepas di buat penilaian. Mereka di katakan

lemah dan menghadapi masalah dalam memahami konsep matematik iaitu

operasi tambah, tolak, dan angka. Pelajar ini lemah dalam kemahiran pengiraan

yang melibatkan kognitif. (Amin Senin, 1993:39).

4.4.3     Operasi tambah dan tolak

              Penilaian operasi tambah misalnya guru boleh membuat penilaian

melalui ujian bertulis atau lisan. Guru menetapkan masa dan jumlah soalan

operasi tambah meminta kanak-kanak buat.  Pelajar sukar untuk membuat

operasi tambah. Jika guru tidak menunjukkan bahan atau symbol mengatakan

objek tersebut mewakili nombor yang ingin di tambah. Apabila seseorang kanak-

kanak sudah menguasai yang dua mewakili dua benda, maka symbol dua dapat

di perkenalkan seterusnya konsep dalam matematik perlu di bina. Penilaian di

buat dan di mulai dengan bahan konkrit iaitu perkara sebenar yang ada di

sekeliling. (Sheila Devaraj dan Samsilah Roslan,2006)

Page 53: Laman Pendidikan Khas

              Dalam penilaian operasi tolak pelajar di nilai dengan menggunakan

operasi tolak satu dan dua digit.  Pelajar akan menghadapi masalah self-

regulation iaitu keupayaan untuk menyelesaikan masalah tolak.

              Dalam kedua-dua operasi tambah dan tolak ini, boleh di lakukan

menggunakan ujian rancangan pendidikan individu (RPI), objektif dapat di nilai

sama ada setiap hari, setiap minggu, setiap bulan ataupun pada tarikh tertentu.

4.4.4     Mengira wang

              Proses penilaian matematik seterusnya ialah mengira wang. Proses ini

penting untuk mengesan sama ada kanak-kanak mampu atau tidak mengira

wang dan menyimpan wang. System wang ini adalah dalam urusan jual beli.

Pemerhatikan tahap mereka mengira wang. (Naomi Zigmond, Ada Vallecorsa &

Rita Silverman, 1983).

5.0  Kesimpulan

            Penilaian pencapaian amat penting pada pelajar yang menganjak usia

tujuh tahun dan keatas. Melalui penilaian, kita sebagai seorang guru dapat

mengesan kebolehan pelajar berkeperluan khas untuk di inklusifkan dalam kelas

biasa.

Walaupun mereka dilihat tidak seperti kanak-kanak yang normal seusia

dengan mereka, namun, itu tudak bermakna peluang mereka untuk berjaya

tertutup. Malah, pada hari ini, kita sudah acapkali dihidangkan dengan kejayaan

orang kurang upaya (OKU) dalam pekerjaan mahupun pendidikan.

Page 54: Laman Pendidikan Khas

Jika pelajar pendidikan khas yang dikesan mempunyai kebolehan untuk

menimba ilmu seperti pelajar normal, mereka juga mampu berjaya seperti kanak-

kanak lain.

Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan khas kita mesti mengorbankan

sedikit masa, tenaga dan idea untuk membantu golongan ini mengecapi

kejayaan. Pengajaran dan penilaian yang bermutu mampu untuk mengubah

nasib mereka untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

6.0         Tinjauan tentang penilaian pencapaian iaitu penilaian bacaan,

penilaian lisan dan pertuturan, penilaian matematik dan penilaian

menulis di sekolah rendah di Malaysia

Instrumen penilaian pencapaian adalah berdasarkan kurikulum pendidikan

khas. Kemahiran-kemahiran disusun mengikut hieraki iaitu bermula dari

peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi. Selepas pengajaran di jalankan

adalah penting bagi guru pemilihan khas menilai prestasi yang dicapai oleh

murid-murid. Penilaian pencapaian hendaklah berdasarkan mutu kerja dan tahap

perkembangan kemahiran murid. Rekod prestasi kemajuan setiap individu murid

penting untuk menentukan adanya proses pemulihan yang lengkap dan baik.

Pencapaian murid hendaklah di rekodkan berterusan sejajar dengan

pengajarandan pembelajaran serta penilaian. Kandungan dalam rekod haruslah

Page 55: Laman Pendidikan Khas

mempunyai corak yang tersendiri selari dengan perkembangan kemajuan murid

dalam satu-satu mata penilaian iaitu

a)    Objektif ujian

b)    Jadual penentuan ujian

c)    Bentuk soalan (bertulis, lisan dan amali)

d)    Pemilihan item

e)    Penapisan dan pengeditan item

f)     Pentadbiran ujian

g)    Pemeriksaan jawapan

h)   Penganalisa keputusan

i)     Rekod prestasi

Tindakan susulan

              Muird-murid yang telah mengikuti kelas pemulihan khas dan berjaya

mengatasi maslah dalam mana-mana kemahiran adalah layak di kembalikan ke

kelas biasa. Walau pun demikian guru pemulihan khas dan guru kelas biasa

akan sentiasa mengikuti perkembangan murid tersebut dengan memberi

bantuan agar tidak terus terbiar dan boleh mengikuti pembelajaran di kelas

biasa. Keberkesanan tindakan susulan dapat di capai melalui beberapa

pendekatan antaranya ialah

1)    maklumat pencapaian murid di serahkan kepada guru kelas.

Page 56: Laman Pendidikan Khas

2)    Pemerhatian khusus di lakukan oleh guru darjah, guru mata pelajaran dan

guru pemulihan khas.

3)    Kerjasama antara guru kelas dan guru pemulihan khas.

              Namun setiap set kemahiran haruslah berdasarkan kurikulum

pendidikan khas. Set kemahiran ini di bina berasaskan masalah lazim terhadap

penguasaan kemahiarn-kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu

kurikulum bersepadu sekolah rendah bagi tahun satu. Keamhairan-kemahiran

yang tersenarai adalah turutan kemahiran-kemahiran asas daripada yang mudah

kepada yang lebih sukar berasaskan tiga peringkat domain kognitif,

pengetahuan, pemahaman dan penggunaan.

              Sabagai panduan, kemahiran bahasa melayu dibahagikan kepada tiga

bahagian iaitu senarai kemahiran, aktiviti pem belajaran dan senarai Contoh

Bantu Mengajar yang berkaitan. Guru boleh mempelbagaikan bentuk alat

bantuan mengajar dengan merujuk kepada set-set Bantu mengajar yang di

bekalkan ke sekolah-sekolah oleh kementerian pendidikan melalui pelbagai

projek yang di usahakan oleh institut-institut pendidikan seperti Projek InSpire,

Projek BAKA dan Projek BUDI. Guru hendakalh mengenal pasti bahn-bahan

yang boleh di gunakan bagi aktiviti-aktiviti pembalajaran mengikut kemahiran-

kemahiran yang tersenarai.

Kandungan

Set kemahiran bagi aktiviti pemulihan mata pelajaran bahasa melayu ini

mengandungi 33 kemahiran asas, iaitu:

Page 57: Laman Pendidikan Khas

Huruf

1.    Nama huruf kecil

2.    Nama huruf besar

3.    Fonik kosonan

4.    Vokal

Suku kata

1.    KV

2.    KVK

3.    KV melibatkan diftong (ng) dan digraph (ny)

4.    KVK melibatkan digraph

Perkataan

1.    V+ KV

2.    KV+KV dengan digraph

3.    KV+KV dengan diftong

4.    KVK

5.    V+KVK

Page 58: Laman Pendidikan Khas

6.    V+KVKK

7.    KV+KVK/KVK+KV

8.    KV+KVKK

9.    KV + KVK/KVK + KV dengan diftong dan digraph

10. KVK + KVK

11. KVK + KVK

12. KVK +KVK dengan digraph

13. vokal berganding

14. KV + KV +KV

15. KV + KV +KKV

16. KV + KV +KVV

17. KV +KV +KKVV

18. KVK +KV+KVK

19. KV +KV +KVKK

20. KV+KVK +KVKK

21. KVK +KV + KVKK

22. KVKK +KV +KVK

23. KV +KVKK +KVK

Page 59: Laman Pendidikan Khas

 Ayat atau perenggan

24. Ayat

25. bacaan dan pemahaman

Penggunaan

              Seorang murid yang mengikuti program pemulihan khas tidak

semestinya perlu mengikuti setiap kemahiran yang tersenarai dari kemahiran 1

sehingga kemahiran 33. kemahiran yang perlu dipelajari oelh seseorang murid

hendaklah berdasarkan keputusan dan analisis ujian Diagnostik. Pengajaran

secara kumpulan boleh dilakukan sekiranya di dapati sekumpulan murid

mengalami kesukaran menguasai kemahiran yang sama. Setelah murid

mengikuti aktiviti pembelajaran pada sesuatu peringkat kemahiran yang

tersenarai pencapaian mereka boleh diuji dengan menggunakan item-item ujian

pencapaian yang sesuai. 

Posted 25th March by nabila bayek

0

Add a comment

3.

Mar

25

Page 60: Laman Pendidikan Khas

PENILAIAN PENCAPAIAN

penilaian pencapaian (mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís)

dalam sekolah menengah.

PENILAIAN PENCAPAIAN

Menurut Farrel (2003) penilaian umum lebih banyak tertumpu kearah

penilaian penjumlahan, misalnya keperluan bagi mencapai keputusan yang baik

dalam peperiksaan wajib. Bagi semua murid,  kepentingan penilaian formatif

adalah dengan menyediakan soalan yang teliti oleh guru

            Terdapat pelbagai instrumen yang dibentuk oleh para guru untuk

menjalankan ujian penilaian pencapaian.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBINA DAN MENTADBIR UJIAN

1. MENENTUKAN TUJUAN UJIAN

Dalam pembinaan ujian langkah pertama yang perlu dilakukan ialah

menentukan tujuan ujian. Dengan adanya tujuan yang jelas maka tugasan

menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudahkan.Ujian-ujian yang

Page 61: Laman Pendidikan Khas

berlainan tujuan boleh diklasifikasi kepada empat jenis iaitu ujian penempatan,

ujian formatif, ujian diagnostik, ujian sumatif.

Ujian penempatan bertujuan untuk menentukan sama ada murid-murid

mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti sesuatu kursus, dan

menguji pengetahuan sedia ada murid dan sejauh manakah murid telah

mencapai objektif-objektif pengajaran yang telah dirancangkan.

Ujian formatif diberi dari semasa ke semasa bertujuan untuk mengukur

kemajuan murid serta memberikan maklumat balik kepada murid-murid dan

guru. Ujian diagnostik pula bertujuan mencari punca-punca kelemahan murid-

murid, manakala ujian sumatif diberikan pada penghujung kursus untuk tujuan

pensijilan.

2. MENENTUKAN OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGAJARAN YANG AKAN DI UJI

Hasil pengajaran diukur oleh satu-satu ujian perlu membayangkan

objektif-objektif pengajaran. Oleh itu objektif-objektif pengajaran perlu ditentukan.

Satu panduan menentukan objektif pengajaran ialah menggunakan taksonomi

objekti-objektif pendidikan. Ini merupakan sestem yang mengelaskan domain-

domain kognitif (Bloom 1965), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow

1972 dan Simpson 1966).

3.   MEMBENTUK JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

Page 62: Laman Pendidikan Khas

Jadual penentuan ujian disediakan untuk membantu penggubal soalan

ujian. Fungsi jadual ini untuk menghuraiakn domain pencapaian yang hendak

diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-

item soalan.

Langkah yang terlibat dalam jadual penentuan ujian ialah:

1. Memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji.

2. Menyenaraikan isi kandungan bahan pelajaran.

3. Membina carta-carta dua hala.

Objetif pengajaran akan meliputi hasil pembelajaran dalam aspek-aspek

seperti pengetahuan, kebolehan intelek dan kemahiran umum seperti komunikasi

dan sikap serta minat.

Ujian pencapaian secara umumnya meliputi  pengetahuan dan kebolehan

intelek. Isi atau kandungan bahan pelajaran menunjukkan bidang yang akan

diuji. Ini merupakan senarai topik utama yang diajar ataupun topik-topik kecil.

Jumlah dalam senarai isi kandungan bergantung pada tujuan ujian dan

jumlah topik yang telah diajar. Biasanya ujian rukukan kriteria memerlukan

butiran-butiran ynag lebih lanjut mengenai objektif  dan isi berbanding dengan

ujian rujukan norma.

FAEDAH-FAEDAH JPU

Page 63: Laman Pendidikan Khas

1. Ia mengelakkan sesuatu ujian itu dibina secara sembarangan

2. Dapat menjamin kebenaran dan kebolehpercayaan ujian

3. Merupakan satu panduan dan penentu kepada penggubal soalan

4. Dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaraan ujian

5. Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam satu ujian

6. Membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal soalan yang lain

7. Membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian

yang lain

TAKSONOMI BLOOM

Lazimnya pendidik menggunakan Taksonomi Bloom sebagai panduan

membentuk soalan. Taksonomi secara mudahnya adalah pengkelasan. Oleh itu

sesuatu taksonomi bagi menentukan objektif pembelajaran merupakan satu

percubaan untuk mengkelaskan bentuk-bentuk pembelajaran (Atherton 2002).

Taksonomi Bloom mengenalpasti tiga domain utama iaitu kognitif, afektif

dan psikomotor. Ketiga-tiganya mempunyai pengkelasan tersendiri, yang mana

aras bawah merupakan pra-syarat bagi penguasaan aras yang lebih tinggi.

Taksonomi Bloom yang paling kerap digunakan sewaktu menilai dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah

domain kognitif. Menurut Bloom taksonomi tersebut merangkumi enam tahap

iaitu:

Page 64: Laman Pendidikan Khas

          I.    Pengetahuan

        II.    Kefahaman

       III.    Aplikasi

      IV.    Analisis

       V.    Sintesis

      VI.    Penilaian

Terdapat banyak perkara yang boleh disoal berpandukan setiap tahap.

Penggunaan kata-kata kunci tertentu guru dapat mengenalpasti apakah

sebenarnya perkara yang dikuasai dan tahap kemahiran yang telah dicapai oleh

pelajar.

PENGETAHUAN

Pada tahap ini sebenarnya guru hanya inginkan pelajarnya mengingat bahan-

bahan pembelajaran termasuklah pengetahuan, fakta, peraturan dan konsep.

Antara kata kunci yang digunakan ialah:

  Namakan

  Senaraikan

  Mengenal

  Memilih

  Melabel

Page 65: Laman Pendidikan Khas

  Mengaitkan

  Memberitahu

  Mengingat

  Memadan

  Memberi definisi

PEMAHAMAN

Tahap pemahaman pula dapat dibahagi kepada dua bahagian:

A. Bahagian pemahaman. Pada peringkat ini guru ingin melihat pelajar

menunjukkan pemahaman mereka terhadap makna fakta dan idea. Kata-kata

kunci yang membantu penyoalan ialah:

  Bandingkan

  Perihalkan

  Merangka

  Menyusun

  Klasifikasi

  Menerangkan

  Tunjukkan

Page 66: Laman Pendidikan Khas

  Mengaitkan

  Mengenalpasti

B.  Membuat Inferens. Pada peringkat ini guru ingin melihat pelajar menunjukkan

pemahaman terhadap makna fakta dan idea yang tersirat. Kata-kata kunci yang

membantu penyoalan ialah:

  Membuat spekulasi

  Mentafsir membuat inferens

  Membuat generalisasi

  Membuat kesimpulan

APLIKASI

Pada tahap ini pelajar menunjukkan kebolehan menggunakan maklumat untuk

menyelesaikan masalah. Mereka perlu boleh menggunakan pengetahuan

tentang fakta dan teknik dalam situasi yang berbeza. Kata-kata kunci untuk

menyoal ialah:

  Menggunakan

  Membina

  Model

  Dramakan

  Penstrukturan semula

Page 67: Laman Pendidikan Khas

  Simulasi

  Terjemah

  Eksperimen

ANALISIS

Pada peringkat ini pelajar dapat memecahkan maklumat untuk tujuan aplikasi.

Kata kuncinya ialah:

  Analisis

  Klasifikasi

  Urutan

  Permudahkan

  Merumus

  Mengkategori

  Membanding

  Membeza

  Kaitkan

SINTESIS

Page 68: Laman Pendidikan Khas

Pelajar perlu dapat mencantum maklumat dalam cara yang berbeza dan

menghasilkan perkara yang baru. Kata kuncinya ialah:

  Mengarang

  Mereka bentuk

  Membina

   Mencadangkan

  Mengadaptasi

  Menerangkan

  Menyelesaikan

  Mencipta

  Formulasi

  Menghasilkan

PENILAIAN

Pada peringkat ini pelajar perlu dapat menyampai dan mempertahankan

pendapat dengan menilai maklimat berdasarkan ciri tertentu. Kata kuncinya

ialah:

  Menilai

  Menyusun ikut keutamaan (ranking)

  Memberi kedudukan (rating)

Page 69: Laman Pendidikan Khas

  Mencadangkan

  Mempertahankan

  Membuat justifikasi

  Memilih keutamaan

  Menyokong

  Membuktikan

CONTOH:

JADUAL PENILAIAN UJIAN BAHASA MELAYU

Soalan 

kemahiran

Pengetahua

n

Kefahama

Aplikasi Analisis Sintesis Penilaia

n

Melengkapk

an ayat 4 2 1 1 1

Menganalisi

s kesalahan 2 6 2

Maksud

kata 4 2 1

Memahami

peribahasa 3 2 3 1

Mentafsir

sajak

Page 70: Laman Pendidikan Khas

1 2 2 1 1

Memahami

petikan 4 2 2

JUMLAH

4 14 11 12 8 1

JUMLAH

50

PEMAHAMAN- OBJEKTIF

1.Melengkapkan ayat

-imbuhan apitan

-imbuhan depan

-perkataan tunggal

2. menganalisis kesalahan ayat

- tatabahasa

-imbuhan

-Tiada kesalahan

3. menilai maksud perkataan

Page 71: Laman Pendidikan Khas

-Sama ejaan perkataan tetapi berlainan maksud

- tentukan ia mempunyai makna

      Contoh:    i.memutuskan tali kasut

                         ii.meumutuskan hal itu

                         iii.memutuskan ikatan persahabatan

                         iv.memutuskan pokok

                        Jawapan i,ii dan iii

4.Peribahasa

Pelajar dikehendaki memilih peribahasa yang sesuai berdasarkan soalan.

      Contoh: En. Johan mendidik anaknya ibarat

a.    Musang berjanggut

b.    Padi masak

c.    Melentur buluh biarlah dari rebungnya

d.    Bersatu teguh bercerai roboh

5.Pemahaman sajak

Berdasarkan sajak yang diberi pelajar dikehendaki menjawab beberapa

soalan berkaitan.

Page 72: Laman Pendidikan Khas

Contoh: Ungkapan dusun hati dalam rangkap kedua membawa maksud..

6.Memahami petikan

Soalan digubal berdasarkan petikan yang diberi. Soalan berbentuk

pertanyaan seperti mengapakah, apakah, siapakah, bilakah, bagaimanakah

dan sebagainya.

Contoh: Mengapakah matahari begitu marah kepada manusia?

PENULISAN/KARANGAN

1. Kefahaman

-Meringkaskan petikan/ rumusan

-Berdasarkan petikan jawab soalan menggunakan ayat sendiri

2. Huraikan gambar

Cth: Bina cerita pendek berdasarkan gambar diberi. Karangan tidak boleh

melebihi 120 patah perkataan

                                                                                                                                                                       

3.Karangan pilihan

Jawab satu daripada 4 pilihan

Page 73: Laman Pendidikan Khas

Merangkumi karangan berformat

            seperti surat kiriman, laporan, syarahan dsb

Karangan bebas

             seperti perbualan, pendapat, gambaran dsb

4.Soalan  cerpen

Pengajaran dari novel

Nilai murni yang terdapat dalam novel

Huraikan watak pilihan

Cth novel: Limpahan Darah di Sg. Semur

                  Sehijau Warna Daun

JADUAL PENILAIAN BAHASA INGGERIS

Objective (paper 1)

Soalan 

kemahiran

Pengetahua

n

Kefahama

n

Aplikasi Analisis Sintesis Penilaia

n

Page 74: Laman Pendidikan Khas

Find the

meaning 1 3 3 2

Find the main

information 4 4 1 2 2

Understandin

g graph, chart

etc.

2 2 1 1 1

Understandin

g

advertisement

2 3 1

Understandin

g direction

2

1 2

2

Grammar

8

JUMLAH

9 12 18 3 6 2

JUMLAH

50

Objective (paper 1)

1.Find the meaning of :-

•         Word

  eg: The word stinks can best replace with

        A feel soft

Page 75: Laman Pendidikan Khas

        B hurt back

        C looks nice

        D smells bad

•         Phrase

    eg : The phrase business as usual on Sunday  means

            A the shop will be closed on that day

            B the shop will be open on Sunday

            C the shop will not have discount on                                    

            D the sale will end on Sunday

2.Find the main information from passage

      eg : the most popular  durian is the

             A Dato Nina

             B Green Skin

             C Red Prawn

             D Bantal Emas

Page 76: Laman Pendidikan Khas

3.Understanding the chart, graph, map and picture

:- From the graph, we know that :

 

    A. all student get full mark

    B. Only one student get above 50 mark

    C. Student that get highest mark is student B         

    D.  Just three student get lowest mark

4.Understanding the advertisement and notice board

  Eg:

Page 77: Laman Pendidikan Khas

            Please keep the park clean

           Leave nothing behind but your footprints

The notice appeals to visitors not to leave behind their

A. Litter

B. Children

C. Footprints

D. Belongings

5. Understanding the direction

Eg: The ingredients of the recipe requires

             EXCEPT

A. Onions

B. Milk

C. Eggs

D. Sugar

Page 78: Laman Pendidikan Khas

WRITING

  Make a short story according to the series picture and key words

•         Use all the key word and elaborate

•         Not less than 120 words  

  Make summary from the passage given:-

•         not more than 60 words, including 10 words given

•         Be in continuous writing (not note form)

•         Be written in ONE paragraph

  Novel, short story and poem recall:-

    

 eg.  The Prisoner of Zenda – Anthony Hope

        Potato People – Angela Wright

        Robinson Crusoe – Daniel Defoe

          

Based on the novel above, describe character that you like. Give evidence

from the text.

Page 79: Laman Pendidikan Khas

                 - in not less than 50 words

                 - in continuous writing (not note form)

KESIMPULAN

           Kesimpulannya penilaian pencapaian adalah penting bagi menentukan

pencapaian seseorang pelajar. Penilaian pencapaian juga menguji sejauh mana

keberkesanan proses pembelajaran dan jika pelajar tidak mencapai tahap yang

sepatutnya, guru haruslah mencari jalan penyelesaian

Posted 25th March by nabila bayek

0

Add a comment

2.

Mar

25

PENILAIAN PENCAPAIAN

penilaian pencapaian (mata pelajaran Sains dan Matematik) dalam sekolah

menengah.

LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMBINA UJIAN

Langkah-langkah dalam membina ujian adalah seperti berikut:

Page 80: Laman Pendidikan Khas

i.              Menentukan tujuan ujian

ii.            Menentukan objektif-objektif pengajaran yang akan diuji

iii.           Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

i.          Menentukan Tujuan Ujian

Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menentukan tujuan ujian. Dengan

adanya tujuan yang jelas maka tugasan menyediakan jadual penentuan ujian

dapat dipermudahkan.

Ujian-ujian yang berlainan tujuan boleh diklasifikasi kepada empat jenis iaitu:

a.    Ujian penempatan

b.    Ujian formatif

c.    Ujian diagnostik

d.    Ujian sumatif

a.         Ujian Penempatan

Ujian ini bertujuan untuk menentukan sama ada murid-murid mempunyai

kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti sesuatu kursus, dan menguji

pengetahuan sedia ada murid dan sejauh manakah murid telah mencapai     

objektif-objektif pengajaran yang telah dirancangkan.

Page 81: Laman Pendidikan Khas

b.         Ujian Formatif

Ujian ini bertujuan untuk mengukur kemajuan murid serta memberikan maklumat

kepada murid-murid dan guru.

c.         Ujian Diagnostik

Ujian ini bertujuan mencari punca-punca kelemahan murid-murid.

d.         Ujian Sumatif

Ujian ini akan diberikan pada penghujung kursus untuk tujuan pensijilan.

ii.         Menentukan Objektif-objektif Pengajaran Yang Akan Diuji

Satu panduan menentukan objektif pengajaran ialah menggunakan taksonomi   

objekti-objektif pendidikan. Taksonomi  merupakan sistem yang mengelaskan

domain-domain kognitif, afektif, dan psikomotor.

iii.        Membentuk Jadual Penentuan Ujian (JPU)

Jadual Penentuan Ujian (JPU) disediakan untuk membantu penggubal soalan

ujian. Fungsi jadual ini untuk menghuraikan domain pencapaian yang hendak

Page 82: Laman Pendidikan Khas

diukur serta memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-

item soalan.

Langkah yang terlibat dalam jadual penentuan ujian ialah:

a.    Memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji.

b.    Menyenaraikan isi kandungan bahan pelajaran.

c.    Membina carta-carta dua hala.

FAEDAH-FAEDAH JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)

Faedah-faedah Jadual Penentuan Ujian (JPU) adalah seperti berikut:

i.              Ia mengelakkan sesuatu ujian itu dibina secara sembarangan.

ii.            Dapat menjamin kebenaran dan kebolehpercayaan ujian.

iii.           Merupakan satu panduan dan penentu kepada penggubal soalan.

iv.            Dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaraan ujian.

v.            Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam satu

ujian.

vi.           Membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal soalan yang

lain.

vii.          Membolehkan satu perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian

yang lain.

Page 83: Laman Pendidikan Khas

TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Bloom merupakan panduan membentuk soalan. Sesuatu taksonomi

bagi menentukan objektif pembelajaran merupakan satu percubaan untuk

mengkelaskan bentuk-bentuk pembelajaran.

Taksonomi Bloom mengenal pasti tiga domain utama, iaitu:

i.              Kognitif

ii.            Afektif

iii.           Psikomotor

Ketiga-tiga domain itu mempunyai pengkelasan tersendiri, yang mana aras

bawah merupakan pra-syarat bagi penguasaan aras yang lebih tinggi.

Taksonomi Bloom yang paling kerap digunakan sewaktu menilai dalam

pengajaran dan pembelajaran ialah domain kognitif.

Taksonomi Bloom merangkumi enam tahap, iaitu:

i.              Pengetahuan

ii.            Kefahaman

iii.           Aplikasi

iv.           Analisis

Page 84: Laman Pendidikan Khas

v.            Sintesis

vi.           Penilaian

i.          Pengetahuan

Pada tahap ini, guru hanya inginkan pelajarnya mengingat bahan-bahan

pembelajaran termasuklah pengetahuan, fakta, peraturan dan konsep.

Antara kata kunci yang digunakan ialah:

Namakan

Senaraikan

Mengenal

Memilih

Melabel

Mengaitkan

Memberitahu

Mengingat

Memadan

Memberi definisi

ii.   Pemahaman

Tahap ini dibahagikan kepada dua bahagian:

a.         Bahagian Pemahaman

Page 85: Laman Pendidikan Khas

Pada peringkat ini guru ingin melihat pemahaman pelajar terhadap makna fakta

dan idea.

Kata-kata kunci yang membantu penyoalan ialah:

Bandingkan          

Perihalkan

Merangka             

Menyusun

Klasifikasikan      

Menerangkan

Tunjukkan           

Mengaitkan

Mengenal pasti

b.         Membuat Inferens

Pada peringkat ini guru ingin melihat pemahaman pelajar terhadap makna fakta

dan idea yang tersirat.

Kata-kata kunci yang membantu penyoalan ialah:

Membuat spekulasi

Mentafsir membuat inferens

Membuat generalisasi

Membuat kesimpulan

Page 86: Laman Pendidikan Khas

iii.        Aplikasi

Pada tahap ini, pelajar menunjukkan kebolehan menggunakan maklumat untuk

menyelesaikan masalah. Mereka perlu boleh menggunakan pengetahuan

tentang fakta dan teknik dalam situasi yang berbeza.

Kata-kata kunci untuk menyoal ialah:

Menggunakan

Membina

Model

Dramakan

Simulasi

Terjemah

Eksperimen

Penstrukturan semula

iv.        Analisis

Pada tahap ini, pelajar dapat memecahkan maklumat untuk tujuan aplikasi.

Kata-kata kuncinya ialah:

Analisis                     

Klasifikasi

Urutan           

Permudahkan

Merumus

Page 87: Laman Pendidikan Khas

Mengkategori

Membanding

Membeza

Kaitkan

v.         Sintesis

Pelajar perlu dapat mencantum maklumat dalam cara yang berbeza dan

menghasilkan perkara yang baru.

Kata-kata kuncinya ialah:

Mengarang  

Mereka bentuk

Membina

Mencadangkan

Mengadaptasi

Menerangkan

Menyelesaikan        

Mencipta

Formulasi     

Menghasilkan

vi.        Penilaian

Pada tahap ini, pelajar perlu dapat menyampai dan mempertahankan pendapat

dengan menilai maklimat berdasarkan ciri tertentu.

Page 88: Laman Pendidikan Khas

Kata-kata kuncinya ialah:

Menilai

Menyusun ikut keutamaan (ranking)

Memberi kedudukan (rating)

Mencadangkan

Mempertahankan

Membuat justifikasi

Memilih keutamaan

Menyokong

Membuktikan

PENILAIAN PENCAPAIAN MATEMATIK

Matematik di peringkat sekolah menengah mengandungi 12 topik utama, iaitu:

i.              Whole Numbers

ii.            Numbers  Patterns And  Sequences

iii.           Fractions

iv.           Decimals

v.            Percentages

vi.           Integers

vii.          Algebraic Expressions

Page 89: Laman Pendidikan Khas

viii.        Basic Measurements

ix.           Lines And Angles

x.            Polygons

xi.           Perimeter And Area

xii.          Solid Geometry

PENILAIAN PENCAPAIAN SAINS

Sains di peringkat sekolah menengah mengandungi tujuh komponen yang

utama, iaitu:

i.              Introductions

ii.            Cell as a unit of life

iii.           Matter

iv.           The variety of resources on earth

v.            The air around us

vi.           Sources of energy

vii.          Heat

i.          Introductions

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

Page 90: Laman Pendidikan Khas

                     What is science?

                     A science laboratory

                     The steps in a science investigation

                     Physical  quantities and their units

                     Weight and mass

                     Measuring tools

                     The importance of standard units

ii.         Cell As A Unit Of Life

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

                     What is a cell?

                     Unicellular and multicellular organisms

                     Cell organization in the human body

                     The human being-a complex organism

iii.        Matter

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

                     What is matter?

                     The states of matter

Page 91: Laman Pendidikan Khas

                     The concept of density

                     The properties of matter and their application in everyday life

iv.        The Variety Of Resources On Earth

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

                     The various resources on earth

                     Elements, compounds  and  mixtures

                     To appreciate the importance of earth’s resources.

v.         The Air Around Us

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

                     The composition of  air

                     The  properties of oxygen and carbon dioxide

                     Oxygen is needed for respiration

                     Oxygen is needed for combustion

                     Air pollution

                     The importance of keeping the air clean.

vi.        Sources Of Energy

Page 92: Laman Pendidikan Khas

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

The various forms and sources of energy

Renewable and non-renewable energy sources

The importance of conserving resources.

vii.       Heat

Komponen ini dapat dibahagikan kepada beberapa topik, iaitu:

Heat as a form of energy

The effects of heat flow on matter

The  effects of heat on matter

Application of expansion and contraction of matter

Absorbing and giving out heat

Appreciating the benefits of heat flow

PENULISAN LAPORAN PENILAIAN PENCAPAIAN

Merekod dan membuat laporan adalah salah satu tugas guru yang terlibat dalam

melaksanakan penilaian pencapaian ke atas murid-muridnya. Rekod dan laporan

mengandungi butir-butir keputusan atau maklumat-maklumat kanak-kanak yang

dinilai. Maklumat tersebut mengambarkan pencapaian yang menyeluruh, tepat,

boleh dipercayai, efektif, dan berkesan. Ia hendaklah disimpan dengan baik dan

diselenggarakan dengan sistematik supaya senang dirujuk untuk tujuan laporan

dan tindakan susulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 93: Laman Pendidikan Khas

Rekod yang sistematik itu dapat menyakinkan pihak-pihak yang memerlukan

maklumat  tersebut. Contohnya, pihak ibu bapa atau penjaga dapat mengenali

kekuatan dan kelemahan pembelajaran anak-anak mereka.

Merekod

Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat berkaitan penilaian pencapaian atau

kemajuan murid. Maklumat-maklumat dari penilaian pencapaian amat perlu

direkodkan. Ini membantu guru dalam merancangan pengajaran dan

pembelajaran dan membuat tindakan susulan. Maklumat penilaian pencapaian

direkodkan secara berterusan bagi mengambarkan kemajuan dan pencapaian

murid dari semasa ke semasa.

Rekod guru boleh dilakukan di dalam:

i.              Buku Rekod Mengajar

ii.            Catatan Guru / Diari

iii.           Buku Latihan

iv.           Lembaran Kerja / Kertas jawapan

v.            Senarai semak

vi.           Rekod kemajuan murid

vii.          Catatan Guru mata pelajaran

viii.        Fail Murid

Page 94: Laman Pendidikan Khas

ix.           Lain-lain yang sesuai

Terdapat pelbagai cara untuk merekod. Antara cara merekod ialah :

i.              Membuat penyataan tentang keadaan yang sebenar

ii.            Menanda dengan menggunakan simbol-simbol seperti √ , # , +, *

iii.           Memberi markah

iv.           Memberi gred

v.            Memberi warna

vi.           Skala kadar

Pelaporan

Pelaporan dibuat untuk menyampaikan maklumat kepada murid, ibu bapa dan

pihak tertentu seperti pakar perubatan, pakar psikologi, ahli akademik dan

sebagainya. Pelaporan itu hendaklah lengkap dan memberi gambaran yang

menyeluruh tentang pencapaian seseorang pelajar.

           

Pelaporan perlulah mudah difahami, jelas, tepat dan releven. Pendek kata,

pelaporan hendaklah:

i.              Menunjukkan pencapaian pelajar dari segi penguasaan pengetahuan ,

kemahiran sesuatu mata pelajaran yang telah dipelajari.

Page 95: Laman Pendidikan Khas

ii.            Menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan.

iii.           Menunjukkan kelemahan dari segi pengetahuan dan kemahiran yang

perlu diperbaiki.

iv.           Mengandungi cadangan-cadangan untuk mengatasi kelemahan atau

mempertingkatkan lagi pembelajaran pelajar.

Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk lisan atau tulisan secara :

i.              Penyataan

ii.            Gred

iii.           Penyataan dan gred

Posted 25th March by nabila bayek

0

Add a comment

Mar

25

Apakah itu Penilaian Pendidikan ?

Apakah Maksud Penilaian Psikologi? Kemukakan Contoh-contoh

Instrumen yang Digunakan Untuk Menilai Emosi dan Tingkah Laku.

Page 96: Laman Pendidikan Khas

Terangkan Tindakan Guru Untuk Melatih dan Membimbing Pelajar yang

Mempunyai Masalah Tingkah Laku.

1. PENILAIAN PSIKOLOGI

1.1 Definisi

1.1.1 Penilaian Psikologi

Merujuk kepada Kamus Dewan (1985), psikologi didefinisikan sebagai kajian

mengenai proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan

perlakuan manusia dan haiwan, pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau

sesuatu kumpulan tertentu dan kebijaksanaan memahami sifat manusia

(Shahabudin Hashim et.al;2003).

Penilaian psikologi adalah penilaian yang dijalankan secara bertulis, visual

atau secara lisan untuk menguji kognitif dan emosi kanak-kanak atau orang

dewasa. Bagi kanak-kanak, pencapaian akademik, kebolehan dan penilaian

kecerdasan merupakan pekara-perkara yang dinilai untuk tujuan penempatan. Ini

kerana tujuan penilaian psikologi adalah untuk mengesan masalah

pembelajaran, masalah perkembangan, mengenal pasti  ketidakupayaan serta

mengesan perkembangan intelek kanak-kanak yang dinilai.

Penilaian Psikologi adalah penilaian yang berkaitan secara langsung

dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang berkeperluan khas.

Secara keseluruhannya Penilaian Psikologi ini bermatlamat untuk membantu

Page 97: Laman Pendidikan Khas

penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi,

tingkah laku dan mental mereka. Di sini telah berlaku peningkatan keperluan

minda dan pembentukan respon afektif individu. Semua proses ini adalah 

menuju ke arah perkembangan psikologi.

1.1.2 Definisi Emosi

Emosi ialah kebangkitan seseorang sebagai satu reaksi terhadap sesuatu

benda atau keadaan. Keadaan kebangkitan ini menghasilkan:

1. perubahan hayat di dalam badan.

2. pengalaman emosi.

3. pernyataan emosi.

Emosi menyediakan badan seseorang untuk mengambil tindakan yang

sesuai. Emosi dapat menerangkan perasaan seseorang dan perasaan ini

terbahagi kepada yang menyenangkan dan tidak menyenangkan (Atan Long,

1988).

Emosi seseorang adalah berkait rapat dengan tingkah laku. Jika emosi

marah timbul dalam diri kanak-kanak, mereka akan menunjukkan tingkah laku

seperti memberontak. Perasaan takut pula akan menjadikan kanak-kanak

berhati-hati dan mengelak tingkah laku yang mungkin akan menyebabkan

merbahaya dari segi jasmani mahupun jiwa. Menurut Atan Long (1988), emosi

yang baik hendaklah digalakkan perkembangannya dan diberikan bimbingan

supaya mendatangkan faedah kepada mereka. Kanak-kanak juga perlu

dibimbing supaya tahu mengarahkan emosi negatif kepada saluran yang betul.

Guru perlu bijak mengendalikan emosi pelajar agar tidak mendatangkan kesan

negatif terhadap diri pelajar sendiri dan juga orang lain. Oleh itu guru perlu tahu

Page 98: Laman Pendidikan Khas

faktor-faktor kebangkitan emosi pelajarnya. Di antara faktor-faktor yang

mempengaruhi emosi pelajar adalah:

1. Penyakit yang dialami yang mengganggu kesihatan menyebabkan pelajar

lesu.

2. Latar belakang keluarga yang berpecah-belah akibat perceraian atau ibu

bapa yang sering bertengkar akan memberikan tekanan kepada kanak-

kanak. Begitu juga sebaliknya bagi kanak-kanak yang sering dimanja atau

tidak diberi peluang berdikari semasa di rumah akan menyebabkan

kanak-kanak itu sentiasa tidak yakin dengan diri sendiri (Atan Long,1988).

Terdapat beberapa ciri yang tertentu atau kriteria tertentu pada pelajar-pelajar yang mengalami atau bermasalah emosi antaranya kurang selera makanm masalah tidur, serta mengotorkan pakaian, gagap, suka merosakkan sesuatu, suka bercakap bohong, terlalu bergantung kepada orang lain, terlalu merendah diri dan kekok (Shahabudin Hashim et.al;2003).

   1.1.3 Definisi Masalah Tingkah laku

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkah laku tidak boleh

menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat

dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan

belajar dan berhubungan dengan orang lain.

Pelajar bermasalah tingkah laku adalah semua tingkah laku  di sekolah

dapat diperlihatkan dalam pelbagai bentuk dan ragam. Kanak-kanak tidak dapat

menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran.

Keadaan ini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka belajar dan

berhubung dengan orang lain.

Page 99: Laman Pendidikan Khas

Pelajar-pelajar yang bermasalah tingkahlaku tidak normal itu biasanya

dapat dilihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan

perlakuan sosial. Pelajar-pelajar yang mengalami masalah ini boleh

dikategorikan kepada;

i.              Penarikan diri (mengelak daripada orang lain)

ii.            Neurotik (menderita daripada gangguan psikoanalisis seperti fobia

dan lain-lain.

iii.           Autisme

iv.           Skizofrenia iaitu personaliti atau pemikiran yang berbelah bahagi

Contoh masalah tingkah laku lain yang sering ditunjukkan oleh pelajar

adalah mencuri, menipu, malas, ponteng dan menarik diri atau tidak bersosial

(Blair et.al; 1991).

Antara punca masalah ini timbul adalah kemiskinan, pelajar berkenaan

datang lahir dalam keluarga yang porak poranda, pelajar berkenaan berasa

kekurangan diri, tidak diterima, terlampau dilindungi atau dimanjakan dan

sebagainya (Blair et.al; 1991).

1.2       Tujuan Penilaian Psikologi

Penilaian Psikologi amatlah diperlukan terutamanya kepada kanak-kanak

berkeperluan khas. Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah

Page 100: Laman Pendidikan Khas

penilaian yang sesuai dengan keadaan realiti mereka. Kaedah-kaedah yang

sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak mampu untuk

membantu perkembangan tingkah laku, emosi dan mental mereka. Dari itu,

pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan

mengenal pasti keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat

mengadakan rawatan dan merancang intervensi yang sesuai.

Semasa  proses penilai membuat penilaian psikologi ini, beberapa

perkara penting perlu diberi penekanan. Perkara-perkara penting ini adalah

pertama, bertujuan untuk penilai memahami akan tingkah laku kanak-kanak

berkeperluan khas ini. Antara aspek tingkah laku yang  diambil kira adalah

seperti pergerakan jasmani, perasaan, sikap, pemikiran dan proses menilai itu

sendiri.

Tujuan kedua mengapa Penilaian Psikologi ini dibuat adalah untuk

mengawal tingkah laku manusia yang tidak diingini. Secara tidak langsung ini

akan membantu penilai memberi bimbingan akan pembentukan tingkah laku

yang tidak baik kepada tingkah laku yang lebih baik.

Akhirnya Penilaian Psikologi ini juga mampu membantu penilai membuat

penilaian, menyelidik dan membuat pemerhatian tentang tingkah laku kanak-

kanak berkeperluan khas ini.

1.3       Kepentingan Penilaian Psikologi

Page 101: Laman Pendidikan Khas

Secara umumnya Penilaian Psikologi ini adalah sangat mustahak

terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak 

berkeperluan khas. Daripada apa yang telah diperhatikan didapati Penilaian

Psikologi ini memberikan banyak kegunaan.

Salah satu kegunaannya adalah untuk membantu guru memahami

tingkah laku serta perkembangan mental dan emosi kanak-kanak berkeperluan

khas. Pemahaman oleh guru-guru terhadap masalah kanak-kanak ini akan

membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih

berkesan. Dengan itu, kanak-kanak berkeperluan khas ini akan merasa diri

mereka dihargai dan merasakan selamat berada di bawah jagaan guru mereka.

Kadangkala terdapat juga kes-kes yang mana guru-guru juga merasa tertekan

semasa melayani kanak-kanak sebegini. Ini disebabkan guru-guru ini tidak

begitu memahami akan tingkah laku, emosi dan mental kanak-kanak ini.

Selain daripada itu, Penilaian Psikologi ini juga boleh digunakan sebagai

satu komponen untuk membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan

kaedah mengajar agar bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan

kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah

perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat

jauh ketinggalan di  belakang. 

Dengan menguasai kemahiran untuk melaksanakan Penilaian Psikologi

ini ianya juga akan dapat membantu guru-guru menyelasaikan masalah tingkah

laku, emosi dan mental kanak-kanak berkeperluan khas. Masalah-masalah ini

memerlukan cara penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan sebenar

kanak-kanak berkeperluan khas.

Page 102: Laman Pendidikan Khas

Selain daripada itu guru-guru yang terlibat seperti guru-guru taska dan

guru-guru tadika amat digalakkan untuk memberi perhatian terhadap penilaian

psikologi ini. Golongan ini juga seharusnya sedar tentang perkembangan kanak-

kanak sebegini. Guru-guru ini juga sebaik-baiknya perlu menguasai kemahiran

untuk menilai perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Selain daripada itu, Penilaian Psikologi ini juga amat berguna untuk

pengesanan pada peringkat awal. Pengesanan yang boleh dibuat melalui

penilaian ini adalah seperti ketidakupayaan murid. Selain itu pengesanan juga

akan dapat diperolehi di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah

pembelajaran. Akhir sekali penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk

mengesan mereka yang mempunyai risiko mengalami ketidakupayaan.

1.4       Kategori-Kategori Penilaian Psikologi

Penilaian psikologi terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:

1. Penilaian pencapaian dan kebolehan.

Penilaian pencapaian dan kebolehan biasanya dilakukan di sekolah-sekolah.

Tujuannya adalah untuk mengukur atau menilai tahap pencapaian seseorang

pelajar dalam mata pelajaran yang telah diajar. Menurut Gregory (2000),

penilaian pencapaian adalah untuk mengukur tahap pembelajaran, kejayaan

atau kebolehan pelajar menyelesaikan masalah yang sukar dalam sesuatu mata

pelajaran.

Page 103: Laman Pendidikan Khas

2. Penilaian kecerdasan atau intelligence test.

Tujuan penilaian kecerdasan ini adalah untuk mengukur kecerdasan seseorang

atau kemampuan asas seseorang berkaitan pemahaman tentang apa yang

berlaku di sekelilingnya dan bagaimana mengaplikasikan setiap pengetahuan

untuk meningkatkan kualiti hidup.

3. Penilaian neuropsikologikal.

Penilaian ini adalah untuk mengukur kelemahan atau kekurangan fungsi

kognitif. Ianya berkaitan kebolehan berfikir, bertutur, menyelesaikan masalah dan

lain-lain lagi. Penilaian ini dijalankan kepada individu yang mempunyai masalah

atau kecederaan bahagian otak seperti akibat serangan stroke.

4. Occupational test.

Penilaian ini berkaitan dengan minat seseorang dalam kerjayanya.

5. Penilaian personaliti.

Penilaian ini adalah menilai seseorang berkaitan personaliti atau stail.

(A guide to personality and its practice: Menurut Allport (1961) dalam

Shahabuddin Hashim et.al. (2003) menyatakan personaliti adalah suatu sistem

psiko fizikal yang dinamik. Sistem psiko fizikal yang dinamik ini akan memberi

garis panduan kepada seseorang individu bagi menentukan ciri-ciri tingkah laku

yang bersesuaian dengan persekitaran kemanusiaan dan fizikal. Personaliti yang

dinamik ini akan memberi ruang kepada perubahan yang positif yang bergantung

rapat dengan keadaan fizikal seseorang.

Page 104: Laman Pendidikan Khas

6. Behavioral procedures

Penilaian prosedur-prosedur tingkah laku adalah sesuai untuk mengesan

keadaan hidup atau sejarah kehidupan seseorang dan akibat terjadinya

perubahan tingkah laku. Bagi menilai prosedur tingkah laku ini, alat atau

instrumen yang digunakan ialah soal selidik, skala pemeringkatan (rating scale),

temu bual dan pemerhatian yang berstruktur (Gregory, 2000). Selalunya yang

menjadi pencatit riwayat hidup dan perkembangan kanak-kanak adalah ibu bapa

atau orang yang sentiasa berdamping dengan kanak-kanak itu. Oleh sebab

orang-orang ini mempunyai pertalian emosi dengan kanak-kanak tersebut adalah

dikhuatiri tentang keobjektifannya di dalam mencatit perkara yang berlaku yang

timbul pada kanak-kanak itu (Atan Long, 1988).

2. CONTOH-CONTOH INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENILAI

EMOSI DAN TINGKAHLAKU

2.1       Ujian Stanford Binet (Skala Kecerdasan Stanford-Binet)

Ujian pengukuran ini ialah satu ujian kecedasan individu yang

dikembangkan oleh Lewis Terman semasa Perang Dunia Pertama. Kanak-kanak

yang memperoleh markah 140 atau lebih dianggap sebagai kanak-kanak pintar

cerdas (Nik Azis Nik Pa, 1999: 20). Skala ini ini menggunakan  konsep IQ

(Intelligent Quotient) atau darjah kecerdasan (DK) untuk menggambarkan ukuran

kecerdikan  yang dipunyai oleh seseorang individu. Untuk menggambarkan IQ,

umur kronologi (UK) dan umur mental (UM) dalam kiraan bulan hendaklah

ditentukan. Umur kronologi ialah umur sebenar bagi seseorang kanak-kanak.

Misalnya umur sebenar Nik Asyraf yang berumur 7 tahun ialah 84 bulan. IQ atau

nisbah umur mental dengan umur kronologi dikira seperti berikut:

Page 105: Laman Pendidikan Khas

IQ = UM (bulan) x 100

UK (bulan)

Umur mental pula ditentukan dengan berdasarkan jumlah jawapan yang

betul dari himpunan item yang dikemukakan kepada seseorang kanak-kanak.

Pada umumnya, Skala Stanford-Binet mengandungi enam item ujian bagi setiap

umur. Skor sebanyak dua bulan umur mental diberi bagi setiap item yang

dijawab dengan betul. Umur mental dikira dengan pertamanya menentukan

tahap umur di mana seseorang kanak-kanak menjawab semua item ujian

dengan betul. Tahap ini dikenali sebagai tahap asas. Kemudiannya, item-item 

yang lebih sukar diberi kepada kanak-kanak itu sehingga dia mencapai tahap

akhir di mana ia gagal dalam semua item ujian. Rajah 2  menunjukkan contoh

pengiraan umur mental (Nik Azis Nik Pa, 1999: 76).

Tahap tahun bagi ujian bilangan item yang

dijawab dengan betulTahun                Bulan

 Kredit

Tahap asas ...... Tahun

7

                          Tahun 8

                          Tahun 9

                          Tahun

10

Semua item

          5

          3

          2

          0      7                      

Page 106: Laman Pendidikan Khas

Tahap

akhir ......Tahun11

0

     0                       10

     0                       6

     0                       4

     0                       0

     7                       20

atau 8 tahun 8 bulan

Rajah: Contoh pengiraan umur mental

Sekiranya rajah di atas adalah untuk Nik Asyraf, maka umur mentalnya (UM)

ialah 8 tahun 8 bulan atau 104 bulan. Dengan itu, IQ Nik Asyraf dikira seperti

berikut:

IQ = 104 (bulan) 100 = 124

84 (bulan)

Untuk tujuan perbandingan, IQ dikelaskan dalam kategori yang tertentu.

Rajah 3 menunjukkan pengelasan IQ yang dibuat oleh Terman dan Merill (1973)

untuk Skala Stanford-Binet. Berdasarkan pengelasan itu, Nik Asyraf mempunyai

IQ tinggi (Nik Azis Nik Pa, 1999: 76).

Page 107: Laman Pendidikan Khas

IQ Pengelasan

139 ke atas

120-139

110-119

90-109

80-89

70-79

69 ke bawah

Paling tinggi

Tinggi

Sederhana tinggi

Sederhana

Sederhana rendah

Pinggiran

Rencat akal

Rajah: Pengelasan IQ

2.2       Ujian Aptitud

Pada umumnya, ujian aptitud adalah ujian untuk mengukur potensi

seseorang individu. Dalam kontek pengukuran, ujian aptitud dibina untuk

meramalkan prestasi individu di masa hadapan dalam sesuatu kursus, mata

pelajaran atau bidang yang yang bakal didikuti. Ujian aptitud yang digunakan

kerap kali dinamakan scholastic aptitude test, ujian IQ atau ujian kebolehan

mental (Bhasah Abu Bakar, 2003:19). Dengan lain perkataan, tujuan ujian ini

diadakan adalah untuk mengukur sama ada mereka berminat untuk mengikuti

kursus atau program tersebut.

Page 108: Laman Pendidikan Khas

2.3       Penilaian Personaliti

Kaedah yang dijalankan ini boleh diberi kepada pelajar yang hendak diuji

atau kepada orang yang rapat dengan pelajar tersebut seperti ibu bapa, guru

kelas atau rakan yang rapat dengan mereka. Soalan-soalan yang dikemukakan

perlu disesuaikan dengan orang yang disoal dan juga perkara-perkara yang

hendak dinilai. Berikut adalah contoh soalan penilaian personaliti mengikut

Gregor, 2000:

A) Soal selidik berbentuk adjektif

Tandakan ( √ ) bagi perkataan yang berkaitan dengan anda.

(    ) tenang                                       (    ) tegas

(    ) bertimbang rasa                        (    ) ingin tahu

(    ) ceria                                          (    ) pemarah

(    ) tidak sabar                                (    ) ragu-ragu

(    ) optimis                                      (    ) risau

Page 109: Laman Pendidikan Khas

B) Inventori Benar – Salah

Bulatkan Benar (B) atau Salah (S) kenyataan yang berkaitan dengan anda

B    S       Saya suka majalah hiburan

B    S       Kebanyakan orang suka menipu untuk mendapatkan sesuatu

B    S       Saya suka hiburan dan berpesta

B    S       Saya akan merasa menyesal jika terlepas peluang yang saya inginkan

B    S       Kadang kala saya rasa risau tanpa sebab

B    S       Saya suka semua orang yang saya jumpa

B    S       Tertidur merupakan masalah besar bagi saya

C) Melengkapkan kenyataan.

Lengkapkan kenyataan berkaitan anda

Saya berasa bosan bila ……………………………………………………………….

Apa yang saya paling perlukan ialah …………………………………………………

Saya suka orang yang …………………………………………………………………

Page 110: Laman Pendidikan Khas

Cikgu saya seorang yang ………………………………………………………………

2.4       Ukuran Keperibadian

Ujian keperibadian dibentuk untuk mengukur afektif, emosi atau motivasi

yang ada pada seseorang individu. Ujian ini juga untuk mengukur beberapa

faktor seperti keagresifan, penyesuaian emosi, penyesuaian kurikulum, paras

inspirasi, pergaulan, penyesuaian sosial, dan sopan santun. Kebanyakan

instrumen keperibadian bergantung kepada laporan kendiri, apa yang dikatakan

individu dan tentang dirinya seperti perasaan, tingkah laku, masalah atau

pendapatnya. Tidak banyak instrumen keperibadian yang boleh digunakan di

sekolah kerana hanya ahli klinikal yang berpengalaman dan terlatih sahaja yang

layak mentadbir dan mentafsir ujian tersebut. Tetapi, melalui senarai semak

masalah boleh dikendalikan oleh guru dan jika diberi latihan serta

berpengalaman, guru tersebut bolehlah mengendalikannya. Antara senarai

semak yang digunakan ialah Mooney Problem Check List dan Ujian projektif.

2.5       Mooney Problem Check List

Senarai semak ini digunakan untuk  memberikan gambaran kepada

guru/kaunselor tentang masalah pelajar tersebut, sama ada dalam bidang

perhubungan sosial atau peribadi yang mungkin perlu diketahui dengan

mendalam lagi. Untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga ia memberikan tujuh

skor iaitu: perkembangan fizikal dan kesihatan; sekolah; rumah dan keluarga;

wang, kerja dan masa depan; perhubungan lelaki dan perempuan; perhubungan

dengan orang lain secara am; dan tingkah laku yang berpusatkan kendiri. Bagi

tingkatan tiga hingga tingkatan enam ke atas memberi sebelas skor. Antaranya

Page 111: Laman Pendidikan Khas

perkembangan kesihatan dan fizikal, kewangan, keadaan hidup dan lain-lain lagi.

Tidak ada jawapan yang betul atau salah. Pelajar hanya menjawab soalan

sekiranya dia bimbang atau risau tentangnya. Contohnya masalah “ponteng

kelas”. Pelajar boleh menyatakan sama ada dia mahu membincangkan masalah

dengan orang lain dan boleh menyatakan dengan siapa dia mahu berbincang.

2.6       Ujian Projektif

Ujian projektif bertujuan untuk mengukur keperibadian. dalam ujian projektif,

individu yang mengambil ujian diberikan satu set ransangan yang tidak ada

struktur atau kabur. Dalam keadaan seperti ini, orang yang diuji digalakkan

memberi susunan dan maksud kepada situasi tersebut. Dia tidak mengetahui

apakah kesimpulan yang akan dibuat oleh penguji. Dengan cara ini dia telah

mendedahkan keperibadiannya yang terpendam. Terdapat beberapa ujian

projektif seperti:

1. Ujian Rorschach.

2. Tematic Apperception Test (TAT).

3. Machover Draw-a- Person Test.

2.6.1   Ujian Rorschach

Ujian ini digunakan bagi mendiagnosis berbagai trait keperibadian dan

perwatakan individu.Ujian ini menggunakan sepuluh kad, setiap kad

mengandungi tompok dakwat yang sama. Seperti ditunjukkan dalam rajah di

bawah.

Page 112: Laman Pendidikan Khas

 

Orang yang diuji akan diberi arahan berikut:

Gambar menunjukkan tompok dakwat dalamujian Rorschach. (Daripada H. Rorschach, Psychodianostics, Hans HuberPublisher, Berne andStuttgart. 

Page 113: Laman Pendidikan Khas

“Anda akan diberikan sepuluh siri kad. Anda akan diberikan kad itu satu

demi satu. Setiap kad mempunyai rekabentuk yang dibuat daripada tompok

dakwat. Lihat setiap kad, dan beritahu penguji apa yang anda lihat pada pada

setiap kad, atau apa yang ada di atasnya. Anda boleh melihat kad seberapa

lama yang anda suka. Tetapi pastikan tidak memberitahu penguji segala yang

anda lihat pada kad tersebut. Apabila anda telah siap dengan satu kad, berikan

kepada penguji sebagai tanda yang anda telah selesai dengan kad tersebut”.

2.6.2   Thematic Apperception Test (TAT)

Dalam ujian ini orang yang diuji diminta mentafsirkan dua puluh gambar

dalam satu siri dengan bercerita tentang setiap gambar itu. Contohnya tentang

apa yang berlaku, apa yang membawa kejadian dalam gambar, dan apakah

akibatnya. Individu yang diuji bebas membuat struktur jawapannya sendiri.

Orang yang diuji memindahkan dirinya kepada setiap gambar tersebut, dan dia

dianggap telah  telah membawa masalah, konflik, keperluan, dan sikapnya

kepada gambar tersebut. Di samping menilai cerita, penguji juga memerhati

tingkah laku orang yang diuji semasa ujian diberikan. Tingkah laku yang

ditunjukkan mungkin menggambarkan emosi, keadaan eksentrik, kebiasaan

dalam menyelesaikan masalah dan tanda lain yang penting dalam menganalisis

keperibadian.

2.6.3   The Machover Draw-a-Person Test

Dalam ujian ini kanak-kanak diminta melukiskan dua orang yang berlainan

jantina. Daripada lukisan bahagian anggota badan dua individu yang berlaianan

jantina ini, ia dipercayai boleh mendedahkan konflik dan ciri keperibadian

seseorang.

Page 114: Laman Pendidikan Khas

2.7       Mengukur Minat

            Minat ialah satu perasaan suka atau benci terhadap sesuatu kegiatan.

Guru boleh menggunakan minat murid untuk membantu menjadi  guru yang lebih

bekesan. Pengukuran nilai dan minat adalah penting untuk meramalkan reaksi

dan penyesuaian murid dalam program tertentu tertentu di sekolah dan dalam

kegiatan pekerjaan yang akan datang. Terdapat beberapa ujian untuk mengukur

minat seseorang individu seperti:

1. What I Like To Do- An Inventory of Children Interest.

2. Kuder Occupational Interest Survey (KOIS).

3. Strong Vocational Interest Blank (SVIB).

4. Minnessota Vacational Interest Inventory (MVII).

2.7.1   What I Like To Do- An Inventory of Children Interest.

Inventori ini adalah sesuai untuk pelajar dari darjah empat hingga

tingkatan satu. Inventori ini terdiri daripada 294 item ya - tidak bagi mendapatkan

maklumat tentang apa yang pelajar suka lakukan, apa yang mereka tidak suka

lakukan atau tidak mempunyai apa-apa pandangan tentang apa yang mereka

suka dan apa yang mereka tidak suka lakukan. Berikut merupakan senarai minat

dalam beberapa bidang yang terdapat dalam inventori ini.

         Seni lukis : gemarkan kegiatan pertukangan tangan dan seni lukis dan

menikmati seni halus.

         Muzik : gemarkan semua jenis muzik dan suka kegiatan muzik.

Page 115: Laman Pendidikan Khas

         Kajian  sosial : perasan ingin tahu dan kesedaran sosial, bermula

daripada kumpulan murid sendiri kepada dunia yang lebih luas, dahulu

dan sekarang.

2.7.2   Kuder Occupational Interest Survey (KOIS)

Ujian ini adalah untuk mengukur minat. Antara tujuan ujian ini ialah

mendedahkan pelajar tentang pekerjaan yang dia sendiri mungkin tidak biasa,

tetapi mungkin gemar kepada pekerjaan tersebut, menyemak sama ada pilihan

pekerjaan seseorang itu konsisten dengan jenis perkara yang biasanya dia suka

membuatnya. Ia biasanya diguna untuk  pelajar sekolah menengah dan orang

dewasa.

Antara ciri KOIS ialah:

Mempunyai 300 item yang disusun mengikut tiga bahagian. Setiap

bahagian mempunyai 100 item. Dalam setiap bahagian, jawab satu

penyataan yang paling disukainya dan satu item yang paling dibenci

Ia mempunyai cara bagaimana hendak menentukan sejauh mana orang

yang mengambil ujian itu jujur dan teliti semasa menjawab soalan.

Terdapat jadual bagi menunjukkan perbezaan minat pekerjaan antara

lelaki dan perempuan.

2.7.3   Strong Vocational Interest Blank (SVIB)

Ia mempunyai 54 skel pekerjaan, 22 skel minat yang asas, 8 skel bukan

pekerjaan, dan 6 indeks pentadbiran bagi perempuan. SVIB ini mengandungi

399 item bagi lelaki 398 bagi perempuan. Terdapat 249 item yang sama bagi

Page 116: Laman Pendidikan Khas

kedua-dua inventori. Item dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut topik

seperti pekerjaan, aktiviti, mata pelajaran sekolah dan jenis orang. Skor yang

diperoleh menunjukkan sama ada orang yang mengambil bahagian dalam ujian

ini mempunyai  skor yang sama dengan orang yang berjaya dalam berbagai

pekerjaan (Hopkins D. Kenneth et. al, 1990)

2.7.4   Minnessota Vacational Interest Inventory (MVII)

Inventori ini direka bagi pelajar sekolah menengah yang tidak berminat

dengan pekerjaan professional. Inventori ini mempunyai paras bacaan pelajar 

tingkatan tiga, berguna untuk menasihati pelajar yang ingin menceburi pekerjaan

mahir yang bukan professional (Hopkins et. al, 1990).

2.8       Inventori dan Soal selidik Sikap.

Sikap adalah perasaan yang tidak berubah terdahadap seseorang

individu, objek, institusi sosial, atau kumpulan. Sikap adalah dipelajari. Ia

mungkin mendalam dan susah diubah. Ia mempengaruhi kejayaan individu

dalam perhubungannya dengan orang lain.Antara pendekatan utama bagi

mengukur sikap adalah berdasarkan pendekatan berikut.:

Diberikan pada jarak masa yang sama (Thurstone), skel himpunan,

fisiologi dan projektif (Guttman)

Perbezaan semantik (Osgood)

Skel pemeringkatan yang dicampurkan (jenis- Likert).

Page 117: Laman Pendidikan Khas

Dalam pendekatan ini setiap item terdiri daripada satu pernyataan. Orang

yang mengambil ujian diminta menjawabnya dengan memilih salah satu skel

lima mata iaitu:

Sangat setuju (SS)

Setuju (S).

Tidak pasti (TP)

Tidak setuju (TS).

Tidak setuju sama sekali (TSS)

Contoh dua item mungkin seperti berikut:

SS S TP TS TSS      Kebanyakan guru saya tidak memahami saya.

SS S TP TS TSS      Kerja sekolah yang saya suka ialah Matematik.

Untuk mendapatkan skor, tiap-tiap jawapan diberi pemberat. Dalam

penyataan pertama di sini pilihan diberi pemberat 1, 2, 3, 4, 5, bermula daripada

SS kepada TSS kerana pernyataan itu sendiri menunjukkan sikap buruk.

Pemberat bagi pernyataan kedua diterbalikkan menjadi 5, 4, 3, 2, 1, kerana satu

jawapan SS kepada pernyataan yang lebih baik menunjukkan sikap yang baik.

Jenis-jenis instrument sikap:

1.    Soal selidik kerasionalan (Rationality Questionnaire). Instrumen ini

mengukur unsur rasional/tidak rasional berkaitan dengan prejudis,

termasuk prasangka, terlalu membuat generalisasi dan keengganan

mengubah pendapat apabila berhadapan dengan kenyataan yang

bertentangan.

Page 118: Laman Pendidikan Khas

2.    Skel Orientasi Pencapaian Kahl (Kahl’s Achievement Orientation Scale).

Tujuannya ialah untuk menilai motivasi am untuk membuat kerja dengan

baik.

3.    Soal selidik Kebaikan Manusia (Human- Heartness Questionnaire).

Digunakan untuk orang dewasa dan remaja khasnya untuk pelajar

universiti. Istrumen ini digunakan untuk mengukur “pengenalan simpati

dengan orang yang tertekan” dan prejudis yang tersembunyi dan tingkah

laku yang bercorak diskriminasi. Instrumen ini mengandungi sembilan

belas situasi dan bagi setiap situasi terdapat enam item beraneka pilihan.

2.9       Maklumat dari Kegiatan Kreatif

Pelajar benyak mendedahkan banyak keperluan dan kekecewaan mereka

melalui tema, cerita, lukisan dan permainan. Palajar yang tidak bolah melahirkan

perasaannya melalui pertuturan, mungkin akan mempunyai cara lain untuk

memberitahu orang dewasa masalahnya. Satu kajian kes yang telah dijalankan

ke atas seorang pelajar iaitu  Carl yang mengalami terencat akal suka melukis

dan sering melukis tentang tema yang sama. Lukisannya sering menunjukkan

dia sedang membunuh, meninju, menggantung, menembak, dan menakutkan

orang lain. Kanak-kanak ini sebenarnya cuba melepaskan ketegangan yang ada

dalam dirinya kerana sering diabaikan oleh ibunya (Blair et.al; 1991).

2.10    Rekod Sistematik Tentang Tingkah laku

Rekod ini akan membincangkan tentang kanak-kanak yang bermasalah

yang ada di dalam sesebuah kelas. Guru akan menceritakan tentang pelajarnya

yang menunjukkan tingkah laku negatif contohnya panas baran. Data mengenai

pelajar berkenaan perlu direkod dan tidak dilengah-lengahkan. Rekod ini ditulis

Page 119: Laman Pendidikan Khas

secara tidak formal yang akan menceritakan tentang tingkah lau yang

diperhatikan seperti rekod anekdot.

3.         TINDAKAN GURU UNTUK MELATIH DAN MEMBIMBING PELAJAR

YANG MEMPUNYAI MASALAH TINGKAH LAKU DAN EMOSI.

Sebagai seorang guru dan pendidik, adalah penting seorang guru

memahami pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Guru harus bersedia

menyesuaikan diri  dengan keadaan pelajar  untuk memudahkan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Keprihatinan seorang

guru terhadap masalah tingkah laku pelajarnya memberi impak yang besar

bukan sahaja kepada kehidupan pelajar tersebut malahan keseluruhan keluarga

pelajar terbabit. Guru yang cemerlang mampu membentuk adab, mencorakkan

nilai murni di samping membantu pelajar terbabit menguasai pelajarannya

Rohizani Yaakub et.al; 2003).

3.1    Kepentingan Melatih dan Membimbing Pelajar yang mempunyai

Masalah Tingkah laku.

1.    Mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam bilik darjah agar

proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan licin,

berkesan dan penuh ceria.

2.    Mewujudkan suasana dan hubungan guru pelajar yang  mesra dalam

bilik darjah.

3.    Para pelajar akan menjadi lebih tekun dan produktif jika mereka tidak

mempunyai masalah tingkah laku lagi.

Page 120: Laman Pendidikan Khas

4.    Masa dapat djimatkan kerana segala tugas dapat disiapkan dalam

tempoh masa yang lebih singkat.

5.    Kemalangan dapat dikurangkan dan keselamatan pelajar dapat

ditingkatkan jika pelajar mematuhi peraturan sekolah.

6.    Melatih pelajar dengan nilai-nilai murni seperti kepatuhan,

tanggungjawab, kasih-sayang, bekerjasama, kebersihan dan hormat-

menghormati.

7.     Murid-murid dapat membesar sebagai warganegara yang berguna,

berdisiplin dan mulia.

3.2       Aplikasi Teori Tingkah laku dalam Bilik Darjah

Mengaplikasikan Teori Tingkah laku di dalam bilik darjah adalah salah

satu daripada cara untuk melatih dan membimbing pelajar-pelajar yang

mempunyai masalah tingkah laku.  Terdapat beberapa elemen penting di dalam

Teori Tingkah laku iaitu;

i.              Rangsangan

ii.            Gerakbalas

iii.           Ganjaran

Ganjaran sangat penting dalam menentukan pengulangan tingkah laku.

Sekiranya ganjaran diterima positif, maka kemungkinan pengulangan berlaku

adalah tinggi. Jarak masa pemberian ganjaran juga perlu diambil kira, iaitu

sebaik sahaja perlakuan positif ditunjukkan. Begitu juga sekiranya perlakuan

Page 121: Laman Pendidikan Khas

negatif yang muncul, ia perlu ditangani segera, bukan menangguhkannya

kepada masa yang lain. Cara ini dapat mengukuhkan setiap perlakuan pelajar.

iv.           Pengulangan

v.            Kebiasaan

vi.           Pengukuhan

Konsep pengukuhan merujuk kepada aktiviti atau langkah yang diambil

apabila kita melakukan gerak balas. Contohnya, sekiranya pelajar berjaya

menjawab soalan dengan betul, hendaklah diberi pujian. Jika setiap kali beliau

menerima ganjaran ini, pelajar tersebut akan mengukuhkan atau mengekalkan

amalan menjawab setiap kali guru mengemukakan soalan.

Empat jenis pengukuhan adalah;

a.    Pengukuhan Positif

Memberi sesuatu untuk mendapatkan perlakuan yang diingini. Hadiah dan pujian

merupakan pengukuhan positif.

b.    Pengukuhan Negatif

Pengukuhan negatif juga merupakan tindakan memberi ‘sesuatu’ sehinggalah

perlakuan yang dikehendaki ditunjukkan. Misalnya seorang pelajar tidak

Page 122: Laman Pendidikan Khas

dibenarkan bermain dengan pelajar yang lain sekiranya tidak menyiapkan kerja

rumah

c.    Hukuman

Hukuman merujuk kepada melakukan sesuatu terhadap seseorang untuk

mengurangkan atau memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini. Contohnya

seorang pelajar disuruh berdiri di satu sudut kerana telah membuat bising. Lama

kelamaan pelajar ini akan membuat kaitan antara perlakuan negatif dengan

hukuman. Hukuman ini biasanya tidak disukai lalu pelajar-pelajar akan cuba

menjauhi perlakuan yang tidak diingini itu.

d.    Penghapusan

Langkah ini adalah mengambil sesuatu daripada pelajar apabila melakukan

kesalahan. Contohnya seorang pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang

serius akan ditarik balik biasiswanya. Tindakan ini menyebabkan pelajar lain juga

akan berfikir panjang sebelum melakukan kesalahan.

Guru perlu tahu dengan mendalam bagaimana mengaplikasikan teori

tersebut di dalam bilik darjah. Segala selok belok dan strategi melaksanakan

teori perlu difahami dengan mendalam. Prinsip-prinsip yang telah dihuraikan

hendaklah diikuti. Perkara penting yang perlu difahami tentang Teori Tingkah

laku adalah pengalaman memainkan peranan penting dalam menentukan

tingkah laku individu. Ini kerana individu bertindak berdasarkan pengalaman lalu.

Sekiranya pengalaman serupa berulang, individu akan menjadikan pengalaman

lalu sebagai rujukan.

Page 123: Laman Pendidikan Khas

3.3       Ekonomi Token

Bagi mengubah tingkah laku yang negatif kepada tingkah laku positif,

ekonomi token merupakan salah satu teknik yang agak praktikal terutama bagi

kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran. Setiap pelajar akan diberi

token seperti bintang atau markah tertentu apabila mereka menunjukkan tingkah

laku yang dikehendaki. Contohnya, seseorang pelajar yang pasif atau pendiam

mengucapkan ‘terima kasih’ atau cuba menjawab soalan akan diberi 3 bintang.

Guru menetapkan satu tempoh seperti setiap hujung minggu persekolahan, guru

akan mengira jumlah token yang diterima oleh setiap pelajar. Pelajar atau kanak-

kanak yang mendapat jumlah tertinggi atau jumlah yang ditetapkan akan dapat

menukar token dengan hadiah yang guru sediakan seperti 10 token akan diberi

buku mewarna, 8 token diberi 2 batang pensel dan 7 token diberi sebatang

pensel. Hadiah-hadiah ini boleh bertukar setiap minggu dan dipamerkan sebagai

motivasi kepada pelajar.

           

3.4       Ganjaran

Selain dari memberi ganjaran dalam bentuk pujian atau hadiah, ganjaran

yang lebih istimewa diperkenalkan oleh guru jika pelajar dapat menunjukkan

tingkah laku yang baik seperti makan disebelah guru, dilantik menjadi ketua atau

menjadi pembantu guru.

3.5       Time Out

Page 124: Laman Pendidikan Khas

Time out merupakan dendaan kepada pelajar. Pelajar yang menunjukkan

tingkah laku yang tidak diingini di dalam kelas akan dikenakan berdiri di satu

sudut yang membosankan untuk satu tempoh yang ditetapkan. Sebelum teknik

time out diperkenalkan, guru perlu memberi penerangan terlebih dahulu sebagai

amaran kepada pelajar.

3.6       Pengukuhan Negatif

Pengukuhan negatif iaitu pengukuhan diberikan apabila pelajar didapati

berjaya merubahkan tingkah laku yang tidak diingini kepada satu tingkah laku

yang baik. Contoh pengukuhan negatif ialah, seseorang pelajar tidak perlu

berbaris untuk menganbil makanan atau tidak perlu bertugas mengemas meja

makan. Berbaris dan mengemas meja makan merupakan peraturan yang pelajar

tidak suka. Jadi menghapuskan tugas yang pelajar tidak suka merupakan satu

keistimewaan yang mereka perolehi jika menunjukkan tingkah laku yang baik.

3.7       Menarik Keseronokan

Teknik ini merupakan salah satu kaedah dendaan. Pelajar yang

bertingkah laku negatif seperti mengganggu kawan walaupun telah diberi

amaran tidak dibenarkan menggunakan peralatan atau permainan yang disukai

atau pelajar tersebut tidak dibenarkan menyertai aktiviti berkumpulan.

3.8       Galak Perkembangan Emosi Positif

3.8.1 Menunjukkan kasih sayang yang adil.

Page 125: Laman Pendidikan Khas

Guru hendaklah adil terhadap semua pelajarnya. Perhatian yang diberi

perlu sama rata tanpa menunjukkan bias. Ini akan menimbulkan kepercayaan

pelajar kepada guru dan turut memperkembangkan kemahiran sosial dan

mengelakkan tingkah laku negatif.

3.8.2     Memberi peluang dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar perlu diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti semasa

proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan membuatkan mereka berasa

dihargai dan dapat menstabilkan emosi pelajar. Dengan itu akan timbul

keseronokan untuk pelajar belajar.

3.8.3     Menyediakan suasana bilik darjah yang menyenangkan.

Guru perlu kreatif dalam menyediakan bilik darjah yang menyenangkan.

Menurut Slavin (1988) dalam Rohizani Yaakub et.al. (2003), pengurusan bilik

darjah meliputi kaedah dan tatacara mengendalikan aktiviti bilik darjah,

pengajaran, peralatan fizikal, penggunaan masa yang berkesan, mencipta

suasana yang ceria dan mengurangkan masalah disiplin serta gangguan-

gangguan lain. Suasana pembelajaran yang menyenangkan akan menimbulkan

minat dan semangat pelajar untuk melakukan aktiviti dalam emosi yang segar

dan menyeronokkan.

3.8.4     Mengelakkan dendaan keterlaluan.

Sebelum seseorang pendidik dapat mengurus dan mengendalikan emosi

pelajarnya, guru perlu faham emosi diri sendiri. Apabila berhadapan dengan

emosi atau tingkah laku pelajar yang mencabar, guru perlu bijak menanganinya

Page 126: Laman Pendidikan Khas

dengan mengelakkan dendaan fizikal seperti dipukul atau dilemparkan dengan

kata-kata yang boleh memalukan pelajar. Emosi kanak-kanak adalah

dipengaruhi oleh tingkah laku guru baik disedari oleh guru ataupun tidak. Kanak-

kanak yang tidak mendapat kepuasan melalui tingkah laku yang membina, akan

menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan alat-alat pelindung diri

dan ada pula yang memperlihatkan kesan sakit jiwa-badan (Atan Long, 1988).

Oleh sebab telah diketahui bahawa setengah-setengah emosi

memberikan sumbangan kepada penyesuaian diri pelajar, maka emosi yang baik

hendaklah digalakkan perkembangannya dan emosi yang negatif yang boleh

menimbulkan kesan yang tidak baik perlu dihapuskan.

3.9       Memberikan Teladan yang Mencukupi

Guru, ibu bapa dan rakan merupakan model atau teladan yang baik bagi

tingkah laku. Mereka patut menunjukkan tingkah laku positif  terhadap pelajar

yang mempunyai masalah tingkah laku. Aspek tingkah laku positif yang

ditunjukkan hendaklah meliputi keseluruhan iaitu dari segi fizikal, mental dan

rohani. Dengan berbuat demikian pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku

akan dapat mengubah tingkah lakunya agar menjadi pelajar yang lebih

bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat mahupun sekolahnya. Guru tidak

harus menganggap salah laku sebagai penentangan peribadi, sebaliknya guru

harus menunjukkan sikap dan minatnya agar dapat membawa pelajar ke arah

yang sama.

3.10    Menghapuskan Tingkah laku dengan Tidak Memberi Ganjaran

Guru cuba menghapuskan tingkah laku dengan mengambil tindakan untuk

tidak mempedulikan tingkah laku atau tidak memberikan perhatian terhadap

Page 127: Laman Pendidikan Khas

pelajar tersebut seperti tidak mahu memandang dan tidak bercakap apa-apa.

Contohnya dalam satu situasi seorang guru sering diganggu oleh pelajar di

mejanya kerana mereka pergi ke hadapan kelas tanpa tujuan tertentu. Peristiwa

itu sering berlaku menyebabkan guru terpaksa mengambil tindakan dengan tidak

memberikan perhatian kepada mereka. Selepas beberapa minggu tingkah laku

pelajar ini akhirnya berkurangan.

3.11    Memperbaiki Komunikasi

Seseorang guru perlu memahami pelajarnya. Guru patut meberikan satu

aktiviti seperti perbincangan kumpulan kecil,  galakkan  pelajar menulis cerita

tentang diri mereka dan temubual dengan pelajar  secara individu. Guru

hendaklah bekerja bersama pelajarnya, bukan menentangnya. Kegiatan yang

melibatkan guru dan pelajar bersama-sama dalam pengalaman sekolah yang

berlainan yang ditentukan mempunyai kemungkinan besar boleh  memperbaiki

komunikasi. Oleh yang demikian, aktiviti seperti  jamuan kelas, lawatan atau

melakukan gerakkerja luar boleh membawa interaksi sosial yang baru iaitu yang

tidak terdapat di dalam kelas biasa. Guru perlu mengambil langkah pertama

dengan tampil kehadapan kelas untuk mendedahkan kelemahan, kekuatan,

kemahuan dan aspirasinya. Dengan cara ini barulah pelajar mahu mendedahkan

pemikiran dan perasaan mereka. Guru juga perlu bertanya kepada dirinya

seperti apakah kesalahan saya?, apakah salahnya kaedah pengajaran saya?.

Dengan ini guru dapat memperbaiki akan dirinya untuk menjadi guru yang lebih

bertanggungjawab.

4.         KESIMPULAN

Penilaian psikologi adalah penilaian yang dijalankan secara bertulis, visual

atau secara lisan untuk menguji kognitif dan emosi kanak-kanak atau orang

Page 128: Laman Pendidikan Khas

dewasa. Penilaian Psikologi juga merupakan penilaian yang berkaitan secara

langsung dengan tingkah laku, mental dan emosi kanak-kanak yang

berkeperluan khas. Secara keseluruhannya, Penilaian Psikologi ini bermatlamat

untuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas

dari segi emosi, tingkah laku dan mental mereka. Terdapat berbagai istrumen

yang  digunakan untuk menilai emosi dan tingkah laku seperti Ujian Stanford

Binet (Skala Kecerdasan Stanford-Binet), Ujian Aptitud, Penilaian Personaliti,

Mooney Problem Check List dan lain-lain lagi.

Di sekolah, para guru sering berhadapan dengan pelajar yang mempunyai

pelbagai masalah tingkah laku. Pelajar-pelajar yang bermasalah tingkahlaku

tidak normal  biasanya dapat dilihat dari segi intelek, pencapaian akademik,

penyesuaian emosi dan perlakuan sosial. Oleh itu, para guru perlu memainkan

peranan penting dalam membimbing pelajar yang menangani tingakh laku

pelajar yang bermasalah ini seperti mewujudkan suasana tenang dan kondusif

dalam bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan

dengan licin, berkesan dan penuh ceria. Dengan cara tersebut pelajar akan

menjadi lebih tekun dan produktif jika mereka tidak mempunyai masalah tingkah

laku lagi.

Posted 25th March by nabila bayek

0

Add a comment

Jan

14

Page 129: Laman Pendidikan Khas

JENIS-JENIS PENDIDIKAN KHAS

1.0       PENGENALAN

Menurut Xubuntu (2008) kanak-kanak istimewa adalah sebahagian

daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan Orang Kurang Upaya (OKU),

iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh

sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan

tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan

berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.

Terdapat enam kategori orang kurang upaya yang turut melibatkan kanak-

kanak, iaitu:

1.1 – Kurang Upaya Pendengaran

    Kurang upaya pendengaran termasuk pekak dan bisu.

1.2 – Kurang Upaya Penglihatan

                    Kurang upaya penglihatan termasuk rabun dan buta.

1.3 – Kurang Upaya Fizikal

         Kurang upaya fizikal merupakan kecacatan anggota badan misalnya

penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya.

Page 130: Laman Pendidikan Khas

1.4 – Celebral Palsy

         Cerebral palsy meliputi hemiplegia (sebelah badan), diplegia (kedua

belah kaki) dan kuadriplegia (kedua-dua belah tangan dan kaki).

1.5 – Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran merupakan lewat perkembangan bagi kanak-

kanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD,

terencat akal (berusia lebih tiga tahun), dan masalah lain seperti

disleksia, dispraksia, diskakulia, dan lain-lain.

1.6 – Lain-lain

Lain-lain bermaksud kecacatan menurut diagnosis perubatan yang

merangkumi semua masalah kurang upaya.

Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketakupayaan

pembelajaran. Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud

mereka bodoh, lembab, malas, atau mempunyai tahap kecerdasan yang

rendah.  Ia juga bukanlah berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status

sosial, kekangan ekonomi dan pengaruh persekitaran.  Ketakupayaan

pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang

menjejaskan cara mereka memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu

maklumat.  Kertas kerja ini akan membincangkan definisi, ciri-ciri dan punca-

Page 131: Laman Pendidikan Khas

punca serta memberi statistik mengenai ketidakupayaan disleksia, dispraksia,

autisme, sindrom rett, sindrom asperger dan sindrom down.

2.0       DISLEKSIA

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan

Yunani iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud

perkataan.  Dengan kata lain, disleksia membawa maksud kesukaran

menggunakan perkataan. Istilah  ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. 

Perkataan “dislekia” telah diperkenalkan oleh seorang professor, yang juga

merupkan seorang pakar perubatan dan ahli ophthalmologi, dari Berlin pada

tahun 1887. (Hammond dan Hugges, 1996 dalam SpeEd, 2007)

Menurut World Federation Of Neurology (1968), ‘disleksia ialah satu

gangguan dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa namun

tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf

umurnya’. (SpeEd, 2007)

Selain disleksia, terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan

dengan disleksia. Antaranya ialah diskalkulia, disgrafia dan diapraksia. 

Diskalkulia terjadi apabila kanak-kanak bermasalah dalam pengiraan ataupun

matematik.  Manakala disgrafia berlaku apabila kanak-kanak bahasa dan

dispraksia terjadi apabila kanak-kanak bermasalah dalam koordinasi motor-

mata-tangan.

Page 132: Laman Pendidikan Khas

Menurut Sariah Amirin (2000) kanak-kanak disleksia membingungkan. 

Mereka dilihat cerdik dan berkemampuan, segar dan berminat, mempunyai

kemahiran lisan yang baik

tetapi kemahiran membaca dan menulis mereka lemah daripada yang

dijangkakan.  Biasanya kanak-kanak ini akan dianggap tidak menumpukan

perhatian, malas atau cuai.

2.1       Definisi Disleksia

Disleksia membawa maksud yang berbeza bagi setiap orang.  Terdapat penulis atau pengkaji yang mendefinisikan disleksia dari segi semua aspek bahasa, iaitu dari segi pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.  Terdapat juga yang memberi maksud disleksia dari segi pembacaan sahaja.

Kebayakkan penulis dan pengkaji menakrif disleksia dari segi

pembacaan.  Orton (1937) mendefinisikan disleksia sebagai satu keadaan di

mana pembacaan kanak-kanak tidak sama seperti kanak-kanak yang lain, iaitu

kanak-kanak tersebut membaca lebih lambat daripada kanak-kanak yang sebaya

dengannya.  Cara pembacaan kanak-kanak disleksia termasuk pembacaan

terbalik dan juga keliru antara perkataan-perkataan yang biasa.  Beliau memberi

contoh perkataan “saw” akan dibaca sebagai “was”.  Disebabkan kanak-kanak

disleksia sering membaca terbalik, beliau mencadang perkataan

“strephosymbolia” yang membawa maksud ‘simbol terbalik’. (Goldberg et al.,

1983)  Høien dan Lundberg (1989) juga memberi maksud yang hampir sama,

iaitu disleksia merupakan kekurangan fonologik khusus yang dicirikan dengan

kelambatan yang luar biasa dalam penukaran ortografi bahasa tulisan kepada

fonologi yang setara. (Hugdahl & Heiervang, 2003)  Ortografi melibatkan satu

sistem yang mengaitkan bunyi dengan simbol-simbol penulisan.  Ia merupakan

kajian bahasa yang melibatkan huruf-huruf dan ejaan. (Merriam-webster, 2008) 

Harm dan Seidenberg (1999) juga mengaitkan disleksia dengan pembacaan. 

Page 133: Laman Pendidikan Khas

Mereka menyatakan bahawa disleksia merupakan kegagalan untuk memperoleh

kemahiran-kemahiran membaca yang setaraf umur kanak-kanak walaupun

terdapat peluang-peluang pembelajaran. Menurut mereka, definisi ini

mencadangkan bahawa disleksia adalah jelas apabila pembacaan dan ejaan

tidak berkembang dengan sepenuhnya atau berkembang dengan susah.

(Breznitz et al., 2003)  Menurut Csépe (2003) disleksia, yang juga dikenali

sebagai “reading disorder” (RD), merupakan kecacatan khusus dalam kemahiran

membaca.  Menurut beliau lagi, kebanyakkan kes disleksia mempunyai kesan

yang berpanjangan sepanjang hidup seseorang individu.  Pakar psikiatrik kanak-

kanak, Dr. Tjhin Wiguna juga menyatakan bahawa disleksia merupakan salah

satu jenis kesulitan pembelajaran spesifik yang juga disebut sebagai kesulitan

membaca. (Kompas CyberMedia, 2004)

Namun begitu, terdapat juga penulis dan pengkaji yang mendefinisikan

disleksia dari sudut semua kemahiran bahasa, iaitu dari segi pendengaran,

pertuturan, pembacaan dan penulisan.  Tetapi jarang pendengaran akan

termasuk dalam definisi disleksia.  Namun, menurut Goldberg et al. (1983)

disleksia merupakan satu gangguan dalam satu atau lebih proses psikologi asas

yang melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa; sama ada pertuturan

atau penulisan; dan juga ketidakupayaan untuk mendengar, berfikir, bercakap,

menulis, mengeja atau pengiraan.  Kanak-kanak yang mempunyai gangguan

pembelajaran ini mungkin mempunyai perbezaan antara pencapaiannya dan

kebolehan mental dari segi bercakap, mendengar, menulis, kemahiran asas

membaca, pemahaman, pengiraan matematik dan penaakulan matematik. 

Selain itu, disleksia juga adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran

mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik

pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya

masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk

mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini

dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah

Page 134: Laman Pendidikan Khas

serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam

keadaan terbalik. (SpeEd, 2007)

Pada kebiasaanya, disleksia tidak akan termasuk masalah pendengaran. 

Biasanya, selain pembacaan, ejaan dan penulisan juga yang termasuk dalam

definisi disleksia.  Seperto definisi disleksia menurut Critchley (1970), disleksia

adalah kesulitan untuk membaca, menulis, dan mengeja, tanpa gangguan

sensori perifer.  ‘Tanpa gangguan sensori perifer’ bermaksud kanak-kanak

disleksia tidak mempunyai kekurangan pendengaran atau penglihatan, kognitif

yang rendah, masalah emosi atau kurang bermotivasi. (Kompas CyberMedia,

2004)  Thomson (1990) juga mendefinisikan disleksia sebagai “masalah

perkataan” yang tidak terhad kepada pembacaan sahaja tetapi merangkumi

masalah ejaan, menulis dan aspek bahasa yang lain.  Menurut Pierangelo (1996)

disleksia merupakan kesukaran menggunakan perkataan. Beliau juga

menyatakan bahawa disleksia ialah golongan yang sukar dalam mengenal huruf,

membaca, menulis mengeja dan memahami teks bacaan. Ia merupakan

ketidakupayaan atau masalah pembelajaran yang khusus dan teruk. (Sri

Cempaka, 2007)  Word Federation of Neurology (1998) pula menyatakan

bahawa disleksia ialah satu ‘disorder’ dalam kanak-kanak yang telah menerima

pendidikan biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan dan ejaan yang

setaraf intelek.

Walaubagaimana pun, terdapat juga kenyataan bahawa kanak-kanak

disleksia mempunyai kemahiran dan bakat-bakat lain disebalik malasah

pembelajaran mereka tersebut.  Sariah Amirin (2000) memberi maksud disleksia

sebagai kesukaran pembelajaran yang spesifik yang disebabkan oleh kelewatan

perkembangan menyeluruh. Kanak-kanak disleksia susah menguasai kemahiran

membaca dan menulis, tetapi merek memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan

Page 135: Laman Pendidikan Khas

yang lain.  Hal ini disebabkan oleh perbezaan dalam cara otak memproses

maklumat, terutama sekali berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna.  Untung

S. Drazat (2006) menyatakan bahawa disleksia adalah sejenis kesulitan

pembelajaran yang ditanda dengan kesulitan membaca.  Beberapa kanak-kanak

yang mengalami disleksia juga berkemungkinan mengalami kesulitan menulis,

dan kadang-kala juga kesulitan berbicara atau berhitung.  Beliau menyambung

bahawa ramai kanak-kanak disleksia mempunyai potensi untuk berprestasi yang

amat luar biasa dan mempunyai kecekapan mental yang tinggi.

2.2       Ciri-ciri Kanak-kanak Disleksia

Menurut Sri Cempaka (2007), secara umumny, antara ciri-ciri kanak-

kanak disleksia ialah mereka sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi

gagal.  Mereka pandai dalam bidang seni.  Semasa membaca, mereka perlu

menggunakan jari untuk membaca dan juga untuk mengira.   Kanak-kanak

disleksia minat belajar dan nampak pandai, namun mereka lemah dalam

pelajaran kerana sukar untuk dikuasai.  Jika mereka gagal disekolah, mereka

akan sangat kecewa. Selain itu, mereka selalu jatuh (clumsy) dan terlupa nama

benda-benda. Mereka juga sering berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak

menentu (moody) tanpa sebab-sebab tertentu.  Sri Cempaka juga memberi ciri-

ciri secara khusus berdasarkan kemahiran-kemahiran asas bahasa, namun ciri-

ciri ini akan dibincangkan kemudian, iaitu daripada 2.2.2 sehingga 2.2.7.  Ciri-ciri

yang ditulis diberi oleh Sri Cempaka (2007) dan akan ditambah dengan ciri-ciri

oleh pengkaji dan penulis lain.

Selain Sri Cempaka, SpeEd. (2007) memberi ciri-ciri dalam kanak-kanak

prasekolah.  Guru-guru prasekolah boleh menggunakan tanda-tanda ini untuk

mengenal pasti kanak-kanak disleksia.  Antara tanda-tanda kanak-kanak

prasekolah ialah kemahiran bertutur mereka lambat dan mereka sukar

Page 136: Laman Pendidikan Khas

memahami arahan.  Selain itu mereka suka mengganti perkataan dan hiperaktif. 

Kemahiran motor kasar dan motor halus mereka lemah. Sebagai contoh, mereka

sentiasa melanggar barang di sekitar mereka dan sukar membaling atau

menangkap bola.  Contoh untuk motor hauls yang lemah, mereka tidak dapat

memegang alat tulis atau tidak boleh menggunting. (Sariah Amirin, 2000) 

Mereka juga seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang

dipelajari.  Selain daripada itu, mereka suka mendengar bacaan tetapi tidak

berminat membaca sendiri.  Mereka sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap

pekara baru dan suka bertanya banyak soalan.

2.2.1   Otak Kanak-kanak Disleksia

Sariah Amirin (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak disleksia daari segi

otak mereka.  Otak manusia terbahagi kepada dua sfera, kanak dan kiri.  Sfera

sebelah kiri digunakan untuk penggunaan bahasa, pemikiran logik, susunan dan

struktur.  Manakala sfera sebelah kanan digunakan untuk visual, daya kreatif,

dan kemahiran seni.  Kebanyakan orang dapat mengembangkan kedua-dua

jenis kemahiran tetapi pada kebiasaannya satu bahagian otak akan menjadi

lebih dominan.  Orang disleksik lazimnya cenderung menggunakan otak kanan. 

Cara berfikir dan belajar mereka berlainan.  Mereka berbakat kreatif atau seni,

walaupun mereka lemah dalam kemahiran bahasa, logik,  turutan dan struktur. 

Menurut Sariah Amirin (2000) lagi, cara orang disleksia memerhati dan berfikir

boleh dianggap satu “anugerah” dan bukannya satu masalah.

2.2.2   Masalah Pendengaran

Page 137: Laman Pendidikan Khas

Dari segi mendengar, mereka kelihatan seperti tidak mendengar (Sri

Cempaka, 2007) atau tidak mempedulikan (SpeEd, 2007).  Hal ini kerana

mereka lambat dalam memproses maklumat mereka terima.  Maka, mereka tidak

akan melakukan arahan yang diberi oleh guru, terutamanya jika arahan tersebut

terlalu panjang.  Mereka juga tidak akan menyusun sesuatu mengikut susunan,

contoh melakukan arahan mengikut urutan.  Namun, mereka suka mendengar

bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri.

2.2.3   Masalah Pertuturan

Dari segi pertutran pula, mereka menghadapi kesukaran bertutur dan juga

mempunyai kesukaran untuk mengeluarkan atau memilih perkataan yang sesuai

semasa bercakap bagi menyampaikan maksudnya. (Untung S. Drazat, 2006) 

Hal ini mungkin kerana perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat. 

Selain itu, bahasa lisan lebih baik daripada penulisan.  Mereka suka belajar

dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”.

2.2.4   Masalah Mengeja

Menurut SpeEd (2007) kelemahan mengeja akan menyebabkan

kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. 

Untuk tempoh jangka masa yang panjang, kelemahan dalam proses mengeja

akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca dan memulis.  Timbulnya

masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti

terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti: ‘m’ – ‘w’, ‘y’ –

‘g’ – ‘j’, ‘u’ – ‘n’,’m’ – ‘n’, ‘c’ – ‘e’, ‘p’ – ‘q’, ‘h’ – ‘n’ dan ‘b’ – ‘d’.  Selain itu, terdapat

juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti ‘t’ - ‘h’ dan ‘f’ - ‘v’.  Hal ini akan

menyebabkan mereka kelihatan seperti tidak berhati-hati apabila mengeja. (Sri

Cempaka, 2007)

Page 138: Laman Pendidikan Khas

Pengeliruan huruf akan menyebabkan kemahiran mengeja kanak-kanak

lemah dan  ejaan mereka sering tidak konsisten.  Mereka tidak boleh mengeja

perkataan asas dan mudah yang seharusnya boleh dieja oleh seseorang murid

mengikut umur mereka.  Tahap perbendaharaan kata mereka lemah.  Contohnya

murid tahun 1 sepatutnya boleh mengeja perbendaharaan kata mudah seperti

baju, muka, emak, nama sendiri dan lain-lain lagi.

Mereka keliru antara perkataan yang hampir sama, contoh ‘buah’ dan

‘bahu’.  Mereka juga keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku

kata, contohnya ‘almari’ dan ‘lamari’.  Selain itu, mereka menggbungkan suku

kata secara terbalik, contohnya ‘baju’ menjadi ‘juba’ dan juga salah menyusun

abjad dalam perkataan, seperti ‘sabun’ menjadi ‘basun’.

2.2.5   Masalah Membaca

Disleksia biasanya dikaitkan dengan membaca.  Kanak-kanak yang

mengalami disleksia mempunyai kemahiran membaca lemah.  Kemampuan

pembacaan kanak-kanak disleksia tidak setaraf dengan kemampuan kanak-

kanak seusianya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004)  Apabila

mereka membaca, mereka teragak-agak walaupun mereka menggunakan jari

untuk menolong mereka membaca.  Kadangkala cara membaca mereka seperti

mereka gagap. (Tjhin Wiguna dalam Kompas CyberMedia, 2004)  Mereka sukar

memahami dan menggunakan teks bacaan.  Mereka juga lemah atau tidak

pandai menggunakan intonasi dan ekspresi yang sesuai. Intonasi mereka akan

turun dan naik mengikut gerak hati mereka. (Tjhin Wiguna dalam Kompas

CyberMedia, 2004)  Selain itu, apabila membaca mereka tidak menghiraukan

tanda baca dan suka menambah perkataan pada bacaannya.  Mereka juga

Page 139: Laman Pendidikan Khas

sering melangkau baris semasa membaca dan salah sebut perkataan,

terutamanya perkataan yang tidak biasa digunakan.  Terdapat juga kanak-kanak

yang pura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat atau mereka

ciptakan. 

Masalah yang paling terkenal dengan disleksia ialah kanak-kanak

sentiasa keliru dengan perkataan dan huruf yang kelihatan sama.  Mereka akan

membaca perkataan terbalik, contoh seperti ‘batu’ menjadi ‘tuba’, ‘gula’ menjadi

‘lagu’ dan sebagainya.  Selain pembalik perkataan, mereka juga terbalik dalam

konsep ruang. Misalnya, mereka keliru terhadap pemahaman konsep atas dan

bawah, depan dan belakang dan sebagainya. (Tjhin Wiguna dalam Kompas

CyberMedia, 2004)  Selain itu, mereka juga keliru kedudukan huruf dalam

perkataan, seperti ‘makan’ menjadi ‘makna’; dan keliru antara perkataan bahasa

Inggeris dan bahasa Melayu yang hampir sama, seperti ‘jam’ dan ‘jem’, ‘cat’

(kucing) dan ‘cat’ dan lain-lain.  Penambahan dan pengurangkan huruf juga

berlaku, contohnya ‘bulan’ menjadi ‘bulang’ dan ‘bunga’ menjadi ‘buna’.

Kadangkala huruf vokal yang mereka baca tidak jelas atau mereka mengganti

konsonan. (Untung S. Drazat, 2006)

Orton mencatat bahawa banyak anak disleksia yang kidal atau

ambidextrous, iaitu dapat menggunakan kedua belah tangan untuk menulis,

akan seringkali membaca dari kanan ke kiri. (Untung S. Drazat, 2006) 

Contohnya, ‘Pada masa yang sama’ akan menjadi ‘Dapa sama yang masa’. 

(SpeEd, 2007)

2.2.6   Masalah Menulis

Page 140: Laman Pendidikan Khas

Kanak-kanak disleksia tidak suka menulis. Mereka menulis lebih lambat

berbanding dengan rakan sebaya mereka.  Sewaktu menulis, mereka sering

mengigit jari atau pen dan tenung buku seperti tidak faham. Mereka akan

menekan pencil semasa menulis.  Mereka sukar menulis atau memindahkan

maklumat ke atas kertas.  Hal ini keranan apabila mereka cuba menulis dan

mengeja apa yang difikirkan, mereka tidak dapat pindahkan fikiran mereka

daripada otak kepada tangan.  Kadangkala mereka perlu fikir begitu lama

susunan huruf sehingga mereka lupa apa yang mereka sedang cuba menulis.

(Sariah Amirin, 2000) Hal ini juga akan menyebabkan mereka sukar menyalin

maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku teks serta yang dikatakan atau

disebut oleh guru.  Mereka akan meninggalkan atau menyelit perkataan dan juga

meninggalkan atau menyelitkan huruf serta selalu terpaksa menyalin daripada

rakan.

 Bentuk penulisan mereka berbeza-beza. Mereka juga mengalami

kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan

yang disediakan. (SpeEd, 2007) Tulisan mereka amat sukar dibaca dan tidak

kemas.  Mereka akan menulis terbalik, iaitu dari kanan ke kiri (SpeEd, 2007)

dengan bentuk abjad yang tidak jelas dan mereka juga kerap menggunakan

pemadam semasa menulis.  Selain itu, mereka lemah atau tidak pandai

menggunakan tanda baca atau huruf besar.  Mereka biasanya tidak akan

memulakan huruf besar dipermulaan ayat dan sering campurkan huruf besar

dengan huruf kecil dalam sebuah perkataan.  Apabila menulis ayat, terdapat

kanak-kanak yang tidak menjarakkan perkataan dalam sebuah ayat:

Sayasukabermain.  Terdapat juga kanak-kanak yang menjarakkan perkataan

dengan salah: Say asu kaberm ain. Selain itu, kanak-kanak ini juga cenderung

menulis perkataan yang pelik-pelik dan keliru dengan perkataan pendek seperti

ia, dia, ini dan sebagainya.

Page 141: Laman Pendidikan Khas

2.2.7   Masalah Matematik dan Nombor

Sama seperti, kanak-kanak keliru antara huruf yang hampir sama, kanak-

kanak disleksia juga keliru dengan nombor yang sama bentuk, contohnya: 3 – 5

– 8, 9 – 6 (Sri Cempaka, 2007) dan 2 – 5 (Untung S. Drazat, 2006) Selain itu,

mereka juga terbalik susunan nombor, contoh 45 menjadi 54.

Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang

berkaitan dengan matematik mental. (SpeEd, 2007)  Mereka keliru atau tidak

memahami tanda-tanda dan simbol-simbol matematik, contohnya: +, - dan =. 

Selain itu, mereka keliru dengan konsep masa, waktu dan konsep wang.  Mereka

sukar dalam menyusun atur maklumat, seperti hari-hari dalam seminggu dan

bulan-bulan dalam tahun dan sukar mempelajari sifir matematik.

2.3       Punca-punca Disleksia

Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (19960 dan Spaafford

dan Grosser (1996) terdapat tiga punca disleksia. (SpeEd, 2007)

2.3.1   Keturunan atau Genetik

Masalah disleksia boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang

dialami mungkin berbeza. (Sri Cempaka, 2007)  Kebanyakan kes, terdapat

beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama. Menurut seorang

pakar pediatrik neurologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Rithauddin bin

Mohamed (n.d.), jika dalam kalangan keluarga tersebut, salah seorang antara

adik-beradik yang mempunyai disleksia, maka ibu mempunyai risiko 40% untuk

melahirkan kanak-kanak yang disleksia.  Manakala, jika ibu atau bapa yang

Page 142: Laman Pendidikan Khas

mempunyai disleksia, anak yang dilahirkan 25-50% berkemungkinan mempunyai

disleksia juga.  Selain itu, kajian telah membuktikan disleksia yang disebabkan

oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological

Society, 1991 dan Hammond dan Hughes, 1996 dalam Sri Cempaka, 2007)

2.3.2   Biologi

Punca biologi bermaksud kesukaran ibu semasa bayi dilahirkan seperti

lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi

yang dihadapi ibu semasa proses kelahiran.  Kesemua faktor ini

berkemungkinan menyebabkan ketidaksempurnaan perkembangan pada otak

yang menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia

(Hammond dan Hughes, 1996 dalam Sri Cempaka, 2007) Sebahagian daripada

kerosakan otak mungkin menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah

belajar. (SpeEd, 2007)  Dejerine (1892) telah membuat kesimpulan bahawa

disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada ‘Corpus Callosum’ dan

‘Visual Cortex’ dalam otak manusia. (Sri Cempaka, 2007) Corpus callosum

merupakan kumpulan-kumpulan saraf yang menghubungkan dua hemisfera

otak. (Tobin, 2007) Manakala, Visual Cortex merupakan bahagian belakang otak

yang juga dikenali sebagai occipital lobe dan melibatkan penglihatan, walaupun

dilihat jauh daripada kedudukan mata. (Perkins, 2007)

2.3.3   Kematangan

Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada bahagian

tertentu dalam sistem saraf.  Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan

sistem saraf manusia. Terdapat kanak-kanak yang lebih lambat

perkembangannya pada bahagian-bahagian tertentu dalam sistem saraf jika

dibandingkan dengan rakan sebayanya. (Sri Cempaka, 2007). Pada

Page 143: Laman Pendidikan Khas

kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak

permepuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara umumnya

berlaku secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-kanak

perempuan. (Sri Cempaka, 2007)  Kelewatan kematangan pada kanak-kanak

merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia. (SpeEd, 2007)

2.4       Statistik Disleksia

Menurut Smythe et al. (2004) dalam bukunya International Book of

Dyslexia: A Cross-Language Comparison and Practice Guide, peratusan kanak-

kanak disleksia di Malaysia hanya 5%.  Manakala di Singapura, hanya 3.3%

kanak-kanak mempunyai disleksia.  Di tempat-tempat lain di Asia, seperti di

Jepun, peratusan juga adalah rendah, iaitu 6% sahaja.  Namun, di negara-

negara barat, seperti di USA dan Finland, peratusan adalah tinggi, iaitu 8.5% dan

10% masing-masing.

Menurut Tjhin Wiguna (Kompas CyberMedia, 2004), disleksia lebih

banyak dijumpa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak

perempuan. Katanya, "Dulu memang ada pendapat yang mengaitkan dengan

adanya kekurangan hormon testosteron pada janin lelaki semasa dalam

kandungan. Kekurangan hormon dikaitkan dengan terjadinya gangguan

perkembangan bahagian otak sebelah kiri yang memang diatur oleh hormon ini,

yang akan mengakibatkan disleksia di kemudian hari".

Namun beliau menyambung, bahawa sekarang dalam penelitian epidemiologi yang baru, nisbah disleksia pada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan adalah seimbang. Walaupun demikian, di sekolah kanak-kanak lelaki yang mempunyai disleksia lebih mudah dikesan.  Hal ini kerana kanak-kanak

Page 144: Laman Pendidikan Khas

lelaki hiperaktif, sukar memberi perhatian dan mempunyai masalah atau gangguan tingkah laku.

3.0       DYSPRKSIA

            Menurut Puti Anggraeni (2008), dispraksia berasal dari bahasa Yunani, iaitu perkataan “Dys” yang bermaksud tidak mudah atau sulit dan “praxis” yang bermaksud bertindak atau melakukan.  Nama-nama lain bg dispraksia ialah Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability.  Pada zaman dulu, dispraksia lebih dikenal dengan nama Clumsy Child Syndrome.  Berdasarkan kajian, gangguan ini boleh diturunkan dalam keluarga.

            Ramai orang sering kali salah persepsi dan salah paham ketika menemui anak-anak yang sukar berbicara atau mengeja.  Secara umumnya, kanak-kanak seperti ini dianggap sebagai disleksia padahal mungkin dapat saja yang terjadi adalah sebenarnya kanak-kanak tersebut mengidap dispraksia. (Kirby, 1999 & Puti Anggraeni, 2008)  Dispraksia merupakan ‘a hidden handicap’, iaitu gangguan yang tidak jelas terlihat kerana kanak-kanak dispraksia kelihatan sama seperti kanak-kanak yang biasa.  (Kirby, 1999)  Kirby (1999) menceritakan bahawa kanak-kanak ini sering dilihat oleh guru dan rakan-rakan mereka sebagai cuai (clumsy), malas dan juga tidak pandai.  Namun begitu, kanak-kanak ini mempunyai kecerdasan yang biasa atau luar biasa berbanding dengan rakan sebaya meraka. 

3.1       Definisi Dispraksia

Kebanyakkan definisi yang berkait dengan dispraksia, berkenaan dengan koordinasi motor.  Menurut Kirby (1999), dispraksia merupakan keadaan yang disebabkan ketidakupayaan koordinasi dan merupakan ketidakupayaan yang tidak jelas dilihat. Kanak-kanak yang mempunyai dispraksia mungkin mempunyai masalah untuk menangkap bola dan juga tulisan mereka tidak teratur.  Portwood (2000), juga memberi kenyataan yang sama, iaitu, dispraksia berkaitan dengan ketidakupayaan koordinasi motor.  Beliau menyatakan bahawa dispraksia juga dikenali sebagai Development Co-ordination Disorder (DVD). Menurut Xubuntu

Page 145: Laman Pendidikan Khas

(2008) pula, dispraksia merupakan satu ketakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh.

National Center for Learning Disabilities (2008) pula mendefinisikan dispraksia sebagai istilah yang merujuk kepada ketidakupayaan yang khusus dalam bahagian perkembangan kemahiran motor.  Individu yang mempunyai dispraksia mempunyai masalah dalam merancang dan melakukan tugas-tugas yang melibatkan motor, terutamanya motor halus.  Menurut Puti Anggraeni (2008), dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan kanak-kanak dalam mengkoordinasi gerakan akibat kurang mampunya otak memproses maklumat sehingga mesej-mesej daripada otak tidak sampai ke bahagian-bahagian badan yang perlu bertindak balas.  Dispraksia mempengaruhi setiap pergerakan seseorang individu. Hal ini menyebabkan timbulnya kesulitan dalam berfikir dan melakukan tugas-tugas motor atau sensori.

Namun begitu, tedapat juga pengkaji yang tidak mengaitkan dispraksia dengan koordinasi motor.  Puti Anggraeni (2008) menulis bahawa Belinda Hill, seorang speech pathologist di Australian Dyspraxia Support Group and Resource Centre, menyatakan bahawa dispraksia bukanlah gangguan yang terjadi pada otot dan gangguan kecerdasan walaupun akibatnya mempengaruhi kemampuan berbahasa dan pengucapan.  Masalah dispraksia terjadi ketika otak mencuba memerintahkan supaya melaksanakan apa yang mesti dilakukan, namun kemudian signal perintah otak tidak sampai ke bahagian yang terlibat.

3.2       Ciri-ciri Dispraksia

            Portwood (2000) memberi ciri-ciri kanak-kanak dispraksia yang boleh dilihat dari segi beberapa aspek.

3.2.1   Masalah Pemakanan

Semasa bayi sehingga umur kanak-kanak tersebut tiga tahun, dia akan menunjukkan kesukaran untuk menelan makanan atau minuman.  Selepas itu, mereka masih mempunyai masalah apabila makan kerana tidak dapat menggunakan sudu.  Mereka lebih suka makan dengan tangan.  Selain itu, mereka sering menumpahkan air daripada gelas minuman. 

Page 146: Laman Pendidikan Khas

3.2.2   Masalah Tidur

Kanak-kanak dispraksia mempunyai masalah tidur.  Mereka tidak dapat mengikut rutin tidur dan sering berjaga pada tengah malam.  Apabila mereka terjaga, adalah susah untuk mereka tidur semula kecuali mereka merasa selamat dan dipujuk untuk tidur semula.

3.2.3   Masalah Koordinasi Motor

Kanak-kanak berjalan secara berjengket dengan keseimbangan yang lemah dan tangan sentiasa melambai-lambai.  Mereka tidak suka aktiviti-aktiviti memanjat dan terdapat kanak-kanak yang gayat.  Selain itu, mereka sentiasa melanggar objek-objek dan juga orang di sekitarnya.  Jika mereka berlari atau melompat, tangan kanak-kanak dibiarkan ditepi atau seperti melambai-lambai.

Mereka juga mempunyai kemahiran motor halus yang lemah.  Mereka tidak dapat memegang pensil dengan betul dan begitu juga dengan gunting.  Oleh itu, tulisan dan lukisan mereka adalah tidak jelas dan kadangkala tidak dapat dibaca atau dikenalpasti ape yang dilukis. 

3.2.4   Masalah Komunikasi

Kanak-kanak ini dikenalpasti oleh rakan-rakan mereka sebagai individu yang berlainan.  Hal ini kerana kanak-kanak tersebut mempunyai masalah dalam permainan kooperatif dan juga masalah komunikasi.  Mereka itu lebih gemar bermain berseorangan namun berdekatan dengan rakan-rakan mereka dan juga lebih suka duduk bersama orang dewasa daripada dengan kanak-kanak lain.  Selain itu, respons mereka adalah lebih lambat berbanding dengan rakan sebaya mereka.  Jika bercakap, suara mereka biasanya kuat dan seperti menjerit. 

3.2.5   Masalah Penulisan

Masalah penulisan berkait rapat dengan masalah koordinasi motor halus.  Hal ini kerana perlakuan memegang pensil menggunakan motor halus.  Disebabkan mereka tidak mahir memegang pensil atau tidak memegang pensil dengan betul, mereka memerlukan masa yang lebih untuk menyiapkan sesuatu tugasan.  Kemahiran menyalin dan melukis mereka adalah sangat lemah.  Latihan dan pengulangan kurang memberi kesan atau tidak memberi kesan apa-apa terhadap kemahiran perkembangan kanak-kanak.

Page 147: Laman Pendidikan Khas

3.3       Punca-punca Disleksia

            Menurut Macintyre (2000), punca-punca dispraksia dalam kalangan kanak-kanak tidak dikenalpasti dengan jelas.  Beliau menulis bahawa menurut Lehmkuyl (1984), kanak-kanak ini tidak mempunyai tanda-tanda luar biasa dari segi fizikal dan neurologi untuk menerangkan ketidakupayaan mereka ini.

            Namun begitu, Kirby (1999) telah cuba untuk memberi punca-punca dispraksia.

           

3.3.1   Genetik

Kirby (1999) menyatakan bahawa ketidakupayaan dispraksia boleh diturunkan.  Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Pauc (2005), jika terdapat seorang individu yang menghidap dispraksia dalam keluarga sebelah ibu, ibu akan mempunyai risiko 37% untuk mendapat anak dispraksia.  Manakala, jika pada sebelah ayah terdapat seseorang individu yang mempunyai dispraksia, ibu akan mempunyai risiko 60% untuk melahirkan anak yang mempunyai dispraksia.

3.3.2   Masalah Ibu semasa Mengandung

Menurut Kirby (1999), masalah ini membawa maksud bahawa ketidakupayaan disebabkan oleh persekitaran.  Mungkin ibu yang mengandung tidak mengamalkan cara pemakanan yang seimbang dan juga mengambil dadah secara haram atau dadah yang dibenarkan, iaitu dalam bentuk ubat yang diberi doctor.  Jika ibu tersebut merokok semasa mengandung, juga boleh memberi kesan kepada janin.  Selain itu, Macintyre (2000) menambah bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan mempunyai berat yang kurang daripada normal, mempunyai jangkitan viral atau tidak cukup oksigen semasa dilahirkan.

3.3.3   Sakit

Kirby (1999) menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin mempunyai ‘glue ear’. Ini mungkin menyebabkan kebolehan mereka untuk memperoleh kemahiran bahasa terjejas.  Kanak-kanak mempunyai masalah dalam membezakan bunyi dan kurang memberi tumpuan.  Namun, ini bukan bermaksud kanak-kanak itu

Page 148: Laman Pendidikan Khas

mempunyai ADD, iaitu Attention Deficit Disorder.  Glue Ear adalah biasa dan mempunyai pengaruh yang besar ke atas ketidakupayaan dispraksia.

3.4       Statistik Dispraksia

Menurut Kirby (1999) terdapat 1 daripada 12 kanak-kanak yang menghidap dispraksia.  Daripada kanak-kanak tersebut, 3 daripada 4 kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak lelaki.  Namun, Portwood (2000) menyatakan 4 daripada 5 kanak-kanak adalah kanak-kanak lelaki.  Ini disokong oleh Hicks (2008).  Hicks juga menambah bahawa 10% kanak-kanak mempunyai dispraksia, dari itu 2% yang menghidap dispraksia yang teruk.  Selain itu, Mother and Baby, menyatakan bahawa 1 daripada 30 kanak-kanak mengalami dispraksia.

4.0       AUTISME 

4.1       Definisi Autisme

            Autisme merupakan satu gangguan biological yang agak kompleks yang

berlaku dalam kehidupan seseorang kanak- kanak itu.    Menurut Pakar Psikiatri

Kanak-Kanak dan Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM),

Dr. Zasmani Shafiee, autisme adalah gangguan perkembangan otak kanak-

kanak yang menyebabkan mereka akan mengalami masalah tertentu.  Pada

1943, Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. 

Kanner pula (1943/ 1983) menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan

diri dari reality atau kehidupan sebenar."  Sebelum Kanner, kanak-kanak yang

mengalami masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded,

idiot, mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism,

childhood onset pervasive deveopmental disorder”.   Anggapan apabila dewasa

mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal

profesional.

Page 149: Laman Pendidikan Khas

            Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang

tinggi, lambat perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik,

ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama. 

Perkataan "autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk

menjelaskan sifat schizophrenia yang bermaksud menarik diri daripada

perhubungan dan menutup diri dari dunia luar.

            Kanak- kanak yang mengalami autisme ini mempunyai masalah dalam

interaksi sosial dan komunikasi.  Oleh yang demikian, mereka akan mengalami

masalah untuk berbual dengan orang yang terdapat di sekeliling mereka. 

Kanak- kanak yang mempunyai autisme mampunyai tingkah laku yang agak

pelik.  Mereka gemar melakukan sesuatu perkara berulang- ulang.  Contohnya,

mereka gemar mengulang ayat- ayat yang sama. 

            Keadaan fizikal kanak-kanak autisme yang normal seperti kanak-kanak

lain membuatkan kelainan yang ada pada mereka sukar dikesan melainkan kita

melihat beberapa gejala biasa yang mungkin ada pada mereka.  Masa kini,

autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. (Walaupun terdapat

organisasi bergelar Sembuhkan Autisme Sekarang "Cure Autism Now").

Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan

kanak-kanak yang mempunyai autisme. 

4.2       Ciri-Ciri Autisme

            Terdapat banyak ciri dalam mengenalpasti kanak- kanak yang

mempunyai autisme.  Pertama, dari aspek tingkah laku.  Kanak- kanak yang

menghidap autisme akan lebih gemar bersendirian.  Kanak- kanak sebegini tidak

Page 150: Laman Pendidikan Khas

gemar bergaul dengan orang di sekelilingnya seperti rakan- rakan, guru

termasuklah ahli keluarga yang terdekat.  Kanak- kanak ini juga sukar memberi

kerjasama dalam kumpulan ataupun rakan sekelas mereka.  Selain itu, mereka

tidak suka didakap atau dipeluk dan mereka akan meronta- ronta jika tindakan ini

dilakukan terhadap diri mereka.  Kontak mata juga tidak akan wujud dengan

orang yang sedang bercakap dengan mereka.  Tingkah laku mereka

menggambarkan seolah- olah mereka ini tergolong dalam orang pekak kerana

mereka tidak akan mempedulikan sesiapa sahaja yang sedang berkomunikasi

dengan mereka.  Mereka tidak dapat memberitahu apa yang mereka hajati

sebaliknya hanya mampu menarik tangan ibu bapa atau penjaga dan membawa

kepada sesuatu yang mereka hajati itu, sebagai menyatakan apa yang mereka

mahukan.  Contohnya, mereka akan meminta bantuan daripada orang lain untuk

mengambil sesuatu, walaupun barang itu berada dekat atau boleh diambil sendiri

oleh mereka.  Sesetengah kanak-kanak autisme akan meronta-ronta atau

menangis dengan kuat apabila kehendaknya tidak dituruti dan keadaan inilah

yang membuatkan sesetengah ibu bapa tidak mahu membawa mereka keluar

berjalan-jalan. 

            Dari segi permainan pula, disebabkan kanak-kanak autisme juga kurang

daya imaginasi semasa bermain, mereka lebih gemar bermain sendirian.  Cara

mereka bermain juga agak ganjil suka memutar sesuatu objek, gemar mengatur

atau menyusun sesuatu benda seperti permainan dan buku.  Kanak- kanak ini

juga hanya menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar

kereta mainan. 

            Dalam aspek bahasa pula, terdapat beberapa ciri yang boleh dikenalpasti

dalam kanak- kanak yang mempunyai autisme.  Kebolehan untuk kanak- kanak

autisme berbahasa adalah terhad.   Mereka tidak dapat bertutur dengan baik,

Page 151: Laman Pendidikan Khas

perkara yang dituturkan tanpa makna dan tidak mempunyai kebolehan bertanya

soalan dengan baik dan hanya boleh bertutur dengan bahasa yang hanya

difahami mereka sendiri.  Perkara ini disebabkan oleh fungsi bahasa yang tidak

diperolehi secukupnya.  Mereka yang mempunyai autisme dilihat sebagai kanak-

kanak yang suka bercakap dan kadang kala bercakap secara berlebihan dalam

topik tertentu, gemar bercakap tentang perkara yang sama, di ulang beberapa

kali dan juga suka meniru percakapan orang lain tanpa memahaminya. 

            Kesemua ciri ini dapat dilihat dengan jelas ketika kanak- kanak ini

mencecah usia tiga tahun hingga empat tahun.  Namun, terdapat kes- kes

tertentu di mana aspek tingkah laku dapat dilihat lebih awal iaitu ketika berumur

18 bulan lagi.     

            Menurut Dr. Zasmani Shafiee , daripada  Psikiatri Kanak-Kanak dan

Remaja, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), masih ada harapan

untuk memulihkan kanak- kanak autisme iaitu  dengan komitmen padu daripada

seluruh keluarga dan guru-guru yang terlibat secara langsung.  Beliau

menyatakan bahawa, terapi berterusan seperti yang dilakukan di pusat-pusat

khas untuk kanak-kanak autisme seperti yang terdapat di Sabah, membolehkan

kanak-kanak ini dipulihkan daripada masalah ini. Bagaimanapun ia memerlukan

komitmen daripada semua pihak.  Sehubungan itu, beliau turut menyatakan

bahawa,  ibu bapa perlu membawa anak mereka untuk membuat pemeriksaan

kesihatan sekiranya anak- anak kecil mereka belum boleh bercakap di usia dua

tahun atau pada usia yang lebih muda. 

           

            Antara proses yang dijalankan untuk rawatan ialah, sebelum pakar

menentukan jenis terapi yang bersesuaian, mereka akan melalui beberapa

Page 152: Laman Pendidikan Khas

peringkat ujian termasuk ujian pendengaran.  Jika terdapat beberapa gejala

autisme dan ujian lain menunjukkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah

tersebut, ibu bapa akan dinasihatkan untuk melakukan beberapa terapi di

rumah.  Dr. Zasmani Shafiee menyatakan bahawa, program latihan awal amat

penting untuk kanak- kanak autisme dan sekiranya mereka dapat berkomunikasi

di awal usia, masalah tingkah laku boleh dikurangkan atau dibentuk.  Tumpuan

khusus amat penting bagi memastikan mereka benar-benar boleh berkembang

dengan baik dan dapat bergaul secara sedikit demi sedikit dengan rakan- rakan.

4.3       Faktor- Faktor Autisme

            Punca sebenar autisme tidak diketahui tetapi beberapa teori terakhir

mengatakan faktor genetik memainkan peranan penting yang menyebabkan

berlakunya keadaan austistik pada kanak-kanak.  Malah kini, turut dikenal pasti

dalam punca berlakunya autistik adalah akibat pencernaan.  Lebih dari 60%

kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan

seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan

dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah

menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya

dibuang melalui kencing.

            Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh,

memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin

dan gliadrofin, yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak

terganggu.  Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi kognitif,

komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku.

Page 153: Laman Pendidikan Khas

            Selain itu juga, pemakanan yang tidak berzat, pendarahan, keracunan

makanan,pengaruh virus yang dihidapi oleh si ibu semasa hamil seperti rubela

dan herpes turut mempengaruhi pertumbuhan sel otak yang dapat menyebabkan

fungsi otak bayi yang dikandung terganggu terutama dalam aspek fungsi

pemahaman, komuni-kasi dan interaksi. 

4.4       Statistik Autisme

            Dianggarkan satu daripada 500 kanak-kanak di Malaysia mengalami

masalah autisme dan statistik menunjukkan kini terdapat kira-kira 47,000

penduduk Malaysia menghidap autisme.  Daripada jumlah ini, empat atau lima

orang bagi setiap 10,000 pesakit mengalami autisme tulen yang mengakibatkan

mereka kehilangan keupayaan memahami keadaan sekeliling, kecuali diri

sendiri.  Hampir 70 peratus kanak-kanak autisme ada masalah terencat akal

pada tahap berbeza. Ini telah menyebabkan proses pembelajaran mereka lebih

lambat, mempunyai masalah berinteraksi, berkomunikasi serta tingkah laku.

            Manakala di China pula, pada tahun 2005, dianggarkan seramai 1.8 juta

kanak-   kanak di negara itu mempunyai Autisme.  

5.0       SINDROM RETT

5.1       Definisi Sindrom Rett

            Sindrom Rett adalah penyakit tumbesaran otak yang sering berlaku di

kalangan kanak-kanak perempuan. Sindrom ini telah mula ditemui dan jelaskan

oleh Dr. Andreas Rett, seorang physician Austria dalam jurnalnya pada tahun

1966. Sindrom ini menunjukkan simptom yang berlainan dikalangan kanak-

Page 154: Laman Pendidikan Khas

kanak. Sindrom Rett adalah penyakit genetik iaitu terdapat mutasi pada

kromosom X. Antara nama lain sindrom Rett adalah  Austism-Dementia-Ataxia

loss of Purposeful Hand Use Syndrome dan juga Cerebroatrophic

Hyperammonemia

5.2       Ciri- Ciri Sindrom Rett

            Kanak-kanak sindrom rett akan mengalami tumbesaran yang normal

selepas lahir. Kemudian, simptom fizikal dan mental akan muncul.

Kebiasaannya, individu dengan sindrom rett akan menunjukkan kelakuan seperti

akustik pada peringkat awal.

            Antara ciri sindrom rett ialah, hipotonia (tangan dan kaki), tumberasaran

kepala yang lambat antara umur 5-6 bulan, perubahan perkembangan, masalah

perkembangan pertuturan yang serius, hilang keupayaan tangan, tidak berupaya

membuat pergerakan dengan betul, tidak stabil apabila bergerak(stiff gait), hilang

keupayaan sosial, sawan, sasalah pernafasan, skoliosis,  dan juga lelehan air liur

dari mulut

5.3       Punca Sindrom Rett

            Antara punca sindrom rett ialah, berkaitan dengan mutasi gen MECP2.   

Gen MECP2 terdapat pada kromosomX. Gen ini dipercayai boleh mengawal

gen-gen yang lain.  Gen ini mempunyai panduan untuk membina protein MeCP2

( methyl cytosine binding protein 2).  80% pesakit sindrom Rett mempunyai

mutasi gen ini. 

Page 155: Laman Pendidikan Khas

Kedua, ialah mutasi gen CLDK5.  Gen CLDK5 memberi panduan untuk membina

protein yang penting untuk perkembang otak secara normal.  Mutasi gen ini sering

dikaitkan dengan kejadian sawan dikalangan pesakit sindrom Rett. Selain itu, mutasi ini

adalah penyebab kepada sindrom Rett atipikal.

5.3      Statistik Sindrom Rett

            Sindrom ini jarang berlaku, ianya berlaku satu diantara 10000-15000 dikalangan

bayi perempuan yang lahir. Semua bangsa dan kaum etnik tidak terkecuali untuk

mendapat penyakit ini. Sindrom Rett yang berlaku dikalangan lelaki selalunya akan mati

sejurus selepas lahir berikutan lelaki hanya mempunyai satu kromosom X berbanding dua

kromosom X untuk perempuan.

            Di Amarika Syarikat, nisbah bilangan penghidap sindrom rett adalah, seorang

nisbah 10 000 hingga 22 000 bagi kanak- kanak perempuan.  Ini bermakna, penghidap

sindrom rett adalah 0.01%  atau  27,200.  

6.0       SINDROM ASPERGER

6.1       Definisi Sindrom Asperger

            Sindrom ini mula dikenal pasti oleh seorang pakar psikiatri dari Austria, Hans

Asperger (1944).  Pada asalnya, sindrom ini diberi nama psikopati austistik kerana

wujudnya masalah kelainan personaliti.  Kemudian diberi nama Sindrom Asperger

kerana untuk mengelakkan masyarakat tersilap tafsir antara psikopati autistic dengan

tingkah laku sosiopatik.  Sindrom ini merupakan suatu gejala kelainan perkembangan

syaraf otak. 

Page 156: Laman Pendidikan Khas

6.2       Ciri- Ciri Sindrom Asperger

            Pada kebiasaanya, sindrom asperger, kerap berlaku pada kanak- kanak lelaki dan

biasanya tidak dapat dikenal pasti sebelum berumur tiga tahun.  Antara ciri- ciri sindrom

ini ialah, pertama, dari segi percakapan dan bahasa.  Mulanya, kanak- kanak ini akan

bercakap seperti kanak- kanak yang lain.  Perkembangan bahasa mereka boleh tercapai

tetapi mereka akan sering mengalami masalah dari segi sebutan.  Percakapan mereka

sering meleret dan hanya menumpukan kepada perkara yang diminatinya sahaja.  Kanak-

kanak ini sering mengulangi perkataan atau rangkai kata dan ada kalanya mencipta

perkataan yang hanya difahami oleh diri mereka sahaja.  Bahasa yang digunakan oleh

mereka kelihatan seperti meniru daripada orang sekeliling mereka ataupun bahasa yang

diperolehi daripada buku atau drama- drama di televisyen. 

           

            Daripada aspek interaksi sosial pula, kanak- kanak sindrom asperger tidak mudah

memahami ataupun menilai perasaan, reaksi, air muka atau gerak geri seseorang semasa

sedang berkomunikasi.  Kanak- kanak ini tidak mempunyai perasaan empati.  Ada

ketikanya, mereka gemar merenung orang lain, seolah- olah sedang mencari sesuatu. 

Mereka juga mempunyai masalah sosial, tetapi bukan mereka memencilkan diri mereka

tetapi mereka kurang mengerti keadaan untuk mengikut peraturan sosial.

            Daripada aspek koordinasi motor pula, kanak- kanak sindrom asperger

mempunyai kelemahan dalam mengkoordinasikan tubuh badan mereka.  Kebanyakan

mereka tidak cekap dalam permainan yang memerlukan pergerakan motor serta

mempunyai kesukaran untuk menulis.

Page 157: Laman Pendidikan Khas

            Namun, kanak- kanak sindrom asperger, mempunyai keistimewaan dalam

perkara- perkara tertentu.  Mereka mempunyai daya ingatan yang baik dalam perkara-

perkara yang diminati sehingga kadang kala, mereka berusaha mendapatkan seberapa

banyak maklumat tentang perkara yang diminatinya itu.   

6.3       Punca Sindrom Asperger

            Faktor genetik menjadi penyebab munculnya Sindrom Asperger.  Penderita

sindrom ini seringkali mempunyai ayah yang mengalami kesulitan dalam interaksi

sosial.  Faktor lain ialah kandungan ibu, iaitu semasa proses kehamilan, dan ketika ingin

bersalin mampu menjadi penyebab sindrom ini pada anak.

6.4       Statistik Sindrom Asperger

            Menurut Kasmani dan Zasmani (1995), dalam setiap 10,000 orang yang

mempunyai kecerdasan normal, 10 hingga 26 mempunyai sindrom Asperger dan dalam

setiap 10,000 yang terencat akal, terdapat 0.4 yang mempunyai sindrom Asperger. 

Kanak-kanak lelaki lebih cenderung menghidap sindrom ini berbanding dengan kanak-

kanak perempuan iaitu nisbah 4:1. (National Institute of Neurological Disorders &

Stroke, 2008)

7.0       SINDROM DOWN

7.1       Definisi Sindrom Down

            Sindrom Down merupakan gangguan kromosom  yang disebabkan oleh ciri- ciri

fizikal  yang boleh diidentitikan dan biasanya disebabkan lambat dalam perkembangan

fizikal dan intelektual.  Sindrom down dinamakan sempena nama John Langdon Down,

Page 158: Laman Pendidikan Khas

doktor British yang pertama kali menggambarkannya pada tahun 1866. Masalah sindrom

down ini wujud apabila bayi yang dilahirkan dengan mempunyai masalah genetik iaitu

mempunyai masalah kromosom ke-21.  Ramai pernah mendengar namun ramai juga

cetek pengetahuan mengenainya.  Ia bukan penyakit moden atau penyakit 'orang kaya',

malah Sindrom Down (SD) tidak tepat dikatakan penyakit.  Sindrom down boleh dikenal

pasti semasa kelahirannya.  Namun, kelainan ini boleh dikesan semenjak daripada bayi

tersebut berada dalam kandungan ibunya lagi.  Sering kali Sindrom Down dikaitkan

dengan kelemahan keupayaan berfikir (kognitif) dan tumbesaran kanak-kanak dan juga

perwatakan muka.

7.2       Ciri- ciri Sindrome Down

            Kanak- kanak sindrom down mempunyai beberapa ciri khusus yang boleh dikenal

pasti.  Pertama dari aspek fizikal iaitu sifat pada kepala, muka dan leher.  Mereka

mempunyai iras muka yang hampir sama dan muka mereka agak leper.  Mempunyai

pangkal hidung yang kemek. Jarak diantara dua mata agak jauh dan berlebihan kulit di

sudut dalam. Saiz mulut kanak- kanak sindrom down adalah kecil dan saiz lidah mereka

agak besar menyebabkan lidah selalu terjelir.  Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur.

Selain daripada itu, mereka mempunyai paras telinga yang lebih rendah dan biasanya

kepala mereka lebih kecil dan agak leper daripada bahagian depan ke belakang serta

mempunyai leher yang agak pendek berbanding kanak- kanak normal.

            Selain daripada itu, mereka juga mempunyai tangan, lengan dan kaki yang

berlainan daripada kanak- kanak yang normal. Sifat yang jelas ialah, tangan mereka

mempunyai jari-jari yang agak pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. 

Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian

crease".  Pada bahagian kaki pula, kanak- kanak sindrom down mempunyai kaki yang

agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah serta

keadaan tapak kaki yang agak leper.

Page 159: Laman Pendidikan Khas

            Otot- otot bagi kanak- kanak sindrom down juga mempunyai masalah tertentu

iaitu mereka mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan

menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

            Dalam pada itu juga, kanak- kanak seperti ini turut mempunyai masalah di dalam

organ dalaman tubuh mereka terutamanya usus dan jantung.  Masalah usus yang timbul

ialah, pertama, salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama

sekali di bahagian tertentu esofagus.  Biasnya ia dapat dikesan semasa berumur satu

hingga dua hari iaitu ketika bayi mengalami masalah menelan air liurnya dan yang kedua

ialah, salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka

langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease".  Keadaan ini

disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan

mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut

membuncit dan susah untuk buang air besar. 

            Selain itu, bayi sindrom down juga akan mengalami masalah pada bahagian

jantung mereka.  Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang

seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung

kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri

dan kanan.  Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus

Ateriosis / PDA).  Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung

berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas. 

            Antara masalah perubatan lain yang timbul dalam kalangan kanak- kanak sindrom

down ialah, kanak-kanak sindrom down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu

kurang hormon tairoid.  Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak sindrom

down. Kanak-kanak sindrom down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di

Page 160: Laman Pendidikan Khas

bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability)

dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanak-kanak sindrom down. Sebahagian kecil

mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia.

7.3       Punca Sindrom Down

            Dikatakan bahawa ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung

mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. Perkara ini

disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction"

kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel

secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Perkara ini

terjadi kepada 95% kanak- kanak yang berkemungkinan mendapat sindrom down. 

Manakala, 5% lagi kanak-kanak sindrom down disebabkan oleh mekanisma yang

dinamakan "translocation".  Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan

genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21.  Bilangan kromosomnya normal iaitu

23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada

ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda.  Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan

oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".

                  

        8.0      KESIMPULAN

Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan seperti yang dibincangkan

memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus.  Mereka memerlukan kasih saying,

perhatian dan kesabaran guru serta ibu bapa.  Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi

sehingga boleh menjadikan guru dan ibu bapa atau penjaga hilang semangat, terutamanya

bila perkembangan kanak-kanak terbatas.  Mendidik kanak-kanak ini adlah sangat

mencabar dan menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari guru.  Oleh, itu guru-

Page 161: Laman Pendidikan Khas

guru di sekolah pendidikan khas perlu menolong kanak-kanak seperti ini yang tidak dapat

mengikuti pembelajaran harian seperti kanak-kanak yang biasa.  Guru perlu

mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak tersebut berdasarkan ciri-ciri yang diberi dan

mengambil tindakan atas apa yang harus dilakukan.  Dengan ini, harapan supaya kanak-

kanak yang mempunyai ketidakkupayaan seperti yang dibincangkan berpeluang

mendapat pendidikan seperti kanak-kanak lain dan tidak ketinggalan tercapai.

Posted 14th January by nabila bayek

Labels: Autisme Ciri-ciri Definisi Disleksia.Dispraksia Punca-punca Sindrom Asperger Sindrom Down Sindrom Rett

0

Add a comment

Jan

14

(ADD), (ADHD), Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan dan Ketidakupayaan Pertuturan. 2.0       KETIDAKUPAYAAN ADD/ADHD

2.1       Definisi

Page 162: Laman Pendidikan Khas

Menurut Seifert (1999), Attention Deficit Disorder (ADD) adalah masalah

sukar memberi tumpuan dan mengawal desakan diri.  Menurut beliau lagi,

Attention Deficit Disorder (ADD) merangkumi hyperactivity iaitu keaktifan

melampau.  Keaktifan melampau ini dikenali sebagai Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD).  Menurut Kasmini Kassim (1992), sindrom

hiperkinesis iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) digunakan

untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam,

kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta

benda, dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara. 

            Berdasarkan definisi yang diberikan, kami dapat merumuskan  Attention

Deficit Disorder (ADD) ialah satu tingkah laku kanak-kanak yang menunjukkan

kurang daya tumpuan terhadap sesuatu perkara.  Seterusnya, kami dapat

merumuskan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ialah masalah

kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatian, terlalu aktif, impulsif

ataupun gabungan antara tidak dapat menumpukan perhatian, terlalu aktif dan

impulsif.

2.2       Ciri-ciri Ketidakupayaan ADD/ADHD

Menurut Sousa (2001) seperti yang dilaporkan oleh Tileston (2004),

terdapat tiga ciri khusus Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) atau

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) iaitu tidak dapat memberi

tumpuan, hiperaktif dan impulsif.  Menurut Bailey (2006), terdapat lapan ciri-ciri

kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan.  Antara ciri-ciri itu ialah kanak-

kanak sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap sesuatu perkara, tidak

mematuhi arahan guru, mempunyai masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti,

berasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan, dan tumpuan mudah

bertukar.

Page 163: Laman Pendidikan Khas

           

            Selain itu, kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan juga suka

mengelak, tidak suka atau keberatan hendak melakukan sesuatu tugas. 

Seterusnya, selalu kehilangan barang dan mudah lupa sesuatu perkara.  Kanak-

kanak yang mempunyai lebih daripada enam ciri-ciri tersebut dan ciri-ciri itu telah

wujud sukurang-kurangnya enam bulan dikesan menghidapi Ketidakupayaan

Attention Deficit Disorder (ADD).

            Menurut American Psychiatric Association (1994), terdapat  enam ciri-ciri

bagi kanak-kanak hiperaktif.  Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu

gelisah dengan tangan dan kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu

meninggalkan tempat duduk dalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan

selalu lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai. 

            Selain itu, kanak-kanak juga selalu mempunyai masalah untuk bermain

dan terlibat dalam aktiviti masa lapang dengan senyap.  Seterusnya, kanak-

kanak selalu sibuk atau aktif bergerak dan selalu bercakap secara melampau

atau berlebih-lebihan.  Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada enam ciri-

ciri Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan enam ciri-ciri hiperaktif

dikesan menghidapi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Menurut Bailey (2006), terdapat lima ciri-ciri impulsif.  Antaranya ialah

selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar atau

menghadapi masalah ketika menunggu giliran dan sering mengganggu atau

mencelah perbualan atau aktiviti orang lain.  Selain itu, kanak-kanak juga selalu

membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan. 

Page 164: Laman Pendidikan Khas

            Berdasarkan ciri-ciri Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), kami dapat

merumuskan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

dengan impulsif merangkumi ciri-ciri tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif

dan impulsif.  

     

2.3       Sebab-sebab Ketidakupayaan ADD/ADHD

            2.3.1   Genetik

Menurut Ryan (1998) seperti yang dilaporkan oleh Silver dan Hagin

(2002), Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

mempunyai komponen genetik yang berkaitan dengan keluarga dan kembar iaitu

ditafsirkan sebagai kepelbagaian warisan genetik.  Kepelbagaian dalam gen

mengawal reseptor dopamin khusus dalam neurotransmitter yang dikenal pasti

dalam peratusan yang tinggi bagi ketagihan dan Ketidakupayaan Attention

Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). 

            Sebanyak 50% orang dewasa dan 70% kanak-kanak yang mempunyai

Genetic Resistance dan hormon tiroid mengalami Ketidakupayaan Attention

Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).  Apabila kanak-kanak mempunyai sejarah

keluarga yang mengalami Ketidakupayaan Tiroid, secara tidak langsung mereka

berisiko mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD).

Page 165: Laman Pendidikan Khas

Berdasarkan sebab genetik, kami dapat merumuskan bahawa kanak-

kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami Ketidakupayaan

Attention Deficit Disorder (ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD) berpeluang untuk mengalami ketidakupayaan

tersebut, 

            2.3.2   Neurologi

Seterusnya, Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah

disebabkan oleh neurologi iaitu berkaitan dengan otak.  Antaranya ialah struktur

otak, bahan kimia otak dan laluan saraf. 

            Terdapat tiga kawasan yang dikesan mempunyai kaitan dengan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam struktur

otak iaitu korteks prefrontal, caudate nucleus dan globus pallidus, serta

serebelum.  Korteks prefrontal adalah terletak di hadapan bahagian otak yang

menjadi pusat arahan iaitu mengawal kemampuan otak untuk menyekat tindak

balas.  Satu kajian telah menunjukkan bahawa kawasan korteks prefrontal dalam

pesakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah tidak aktif.

            Caudate nucleus dan globus pallidus terletak dekat dengan pusat otak,

mempercepatkan serta memberhentikan arahan yang datang daripada korteks

prefrontal.  Kajian pada tahun 2002 melaporkan bahawa hanya sebahagian kecil

daripada purata kanak-kanak mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD) tetapi cenderung kembali menjadi normal apabila sudah dewasa. 

Ketidaknormalan di kawasan ini boleh merosakkan kemampuan seseorang untuk

Page 166: Laman Pendidikan Khas

menahan tindakan dan ini menyebabkan seseorang itu mengalami Attention

Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dengan impulsif.

Serebelum terletak di atas kawasan akar otak.  Kawasan ini mengawal

nada otot, keseimbangan otot dan menyelaraskan aktiviti otot.  Satu kajian

penting melaporkan bahawa purata kawasan ini adalah kecil bagi kanak-kanak

yang mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD).     

Ketidaknormalan aktiviti bahan kimia otak yang tertentu dalam korteks

prefrontal boleh menyumbang kepada Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD).  Dopamine dan norepinephrine adalah bahan

kimia otak yang mempunyai kaitan dengan ketidakupayaan ini.  Manakala

neurotransmitters yang menjadi penghubung bahan kimia otak akan memberi

kesan kepada fungsi mental dan emosi.  Kajian mencadangkan peningkatan

tahap bahan kimia yang lain iaitu glutamate, glutamine dan GABA atau secara

kolektif dipanggil  Glx, akan berinteraksi dengan laluan yang mengangkut

Dopamine dan norepinephrine.

            Kawasan yang khusus bagi laluan saraf ialah rangkaian saraf yang

dipanggil laluan basal-ganglia thalamocortical.  Ketidaknormalan sepanjang

laluan saraf ini adalah berkait dengan Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD), Sindrom Tourette dan Ketidakupayaan

Obsessive-Compulsive yang berkongsi ciri-ciri tertentu.

            Kami dapat merumuskan ketidaknormalan di kawasan struktur otak,

bahan kimia otak dan laluan saraf akan menyebabkan ketidakupayaan Attention

Page 167: Laman Pendidikan Khas

Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).  Ketidaknormalan di bahagian korteks

prefrontal akan menyebabkan kanak-kanak gagal menyekat tindak balas dan

menyebabkan mereka mudah terdedah kepada bahaya.    

2.3.3 Kekurangan zat makanan

            Bayi yang kekurangan zat makanan akan mempunyai masalah tingkah

laku  yang seterusnya menjadi punca kepada Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD).  Sesetengah kajian mendapati terdapat kaitan

antara kekurangan asid lemak tertentu dengan Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD).  Sementara itu, zink memainkan peranan penting

dalam metabolisma asid lemak iaitu menukarkan kesan dopamin yang

melibatkan neurotransmitters dengan Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD).  Kami berpendapat bahawa para ibu bapa perlu

memastikan anak-anak mereka mendapat zat makanan yang diperlukan

secukupnya sejak dari kecil lagi.          

            2.3.4 Pengaruh persekitaran

            Corak pemakanan terutama makanan dan minuman yang mengandungi

kandungan gula yang tinggi seperti Yogurt, Vitagen dan Yakult  membawa risiko

kepada kanak-kanak untuk mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder

(ADD) dan Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). 

Minuman yang berkafein seperti nescafe dan kopi juga mempengaruhi kanak-

kanak untuk mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).

Page 168: Laman Pendidikan Khas

            Selain itu, persekitaran semasa ibu mengandung seperti persekitaran

merokok turut mempengaruhi anak dalam kandungan.  Menurut Braun, Kahn,

Froehlich, Auinger, dan Lanphear (2006), sebanyak 270,000 kes

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) bagi kanak-

kanak berumur empat hingga lima belas tahun adalah disebabkan oleh

pendedahan kepada persekitaran merokok sebelum lahir. 

Selain itu, sebanyak 290,000 kes Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)

antara kanak-kanak Amerika (AS) yang berumur empat hingga lima belas tahun

adalah berpunca daripada persekitaran.

Seterusnya, ibu yang mengandung yang terdedah kepada bahan beracun

seperti dioxins dan polychotinated biphenyls (PCBs) akan mempunyai risiko

yang tinggi melahirkan anak yang mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD).  Di sini, kami dapat merumuskan bahawa

pengaruh persekitaran memberi risiko yang tinggi kepada kanak-kanak untuk

mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD) dan

Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) walaupun

mereka tidak mempunyai sebab genetik atau neurologi.  

   

2.4       Statistik Ketidakupayaan ADD/ADHD

Mengikut statistik kesihatan yang dikeluarkan oleh National Health

Interview Survey pada tahun 2006 untuk kanak-kanak Amerika (US), sebanyak

82 peratus kanak-kanak Amerika (US) bawah 18 tahun adalah sangat sihat. 

Dianggarkan sebanyak tujuh peratus kanak-kanak Amerika (US) bawah 18 tahun

mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).  

           

Page 169: Laman Pendidikan Khas

            Menurut Braun, Kahn, Froehlich, Auinger dan Lanphear (2006) seperti

yang dilaporkan dalam Environment Health Perspect (2006), daripada 4704

orang sampel kanak-kanak pada umur empat hingga lima belas tahun, hanya

344 orang iaitu 8.2 peratus adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD) dan sebanyak 154 orang iaitu 4.3 peratus adalah berpunca daripada

penggunaan ransangan ubatan iaitu bersamaan 3.8 juta dan 2.0 juta orang

kanak-kanak dan orang dewasa di Amerika (US).  Manakala, daripada sampel

4704 orang kanak-kanak, 135 orang iaitu 4.5 peratus adalah daripada bilangan

Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan penggunaan ransangan

ubatan yang bersamaan dengan 1.8 juta orang di Amerika (US).    

Selain itu, penemuan menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih kerap

didiagnosis berbanding kanak-kanak perempuan iaitu tiga hingga lapan kali. 

Berdasarkan statistik yang diberikan, kami dapat merumuskan bahawa terdapat

peningkatan pesakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dalam

kalangan kanak-kanak terutama kanak-kanak lelaki.  Selain itu, kanak-kanak

cenderung mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder

(ADHD) berbanding Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD).  Hal ini

kerana apabila kanak-kanak mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD) secara tidak langsung kanak-kanak itu akan

mengalami Ketidakupayaan Attention Deficit Disorder (ADD).          

3.0       KETIDAKUPAYAAN EMOSI DAN KELAKUAN

3.1       Definisi

Page 170: Laman Pendidikan Khas

Menurut Tileston (2004), pelajar yang mempunyai gangguan emosi

adalah normal dan mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi serta mempunyai

kebolehan akademik yang sama seperti rakan mereka jika mereka tidak

mengalami Kecelaruan Emosi dan Kelakuan.  Oleh itu, Kecelaruan Emosi dan

Kelakuan akan mengganggu prestasi pelajaran seorang pelajar.

            Sementara itu, Kirk (1962) mendefinisikan Ketidakupayaan Kelakuan

sebagai kelakuan yang mengandungi tindakan yang mempunyai keburukan yang

boleh menjejaskan penyesuaian kanak-kanak atau gangguan terhadap

kehidupan orang lain.  Menurut Pate (1963) dalam Henley et al. (1996, 1993),

menyatakan bahawa kelakuan seorang kanak-kanak terganggu apabila

kelakuannya tidak sesuai dengan kehadirannya di dalam kelas iaitu boleh

mengganggu kelas, memberi tekanan yang tidak sepatutnya kepada guru dan

gangguan yang selanjutnya kepada kanak-kanak lain.

Menurut Howarth (2002), kanak-kanak dinilai mengalami Ketidakupayaan

Emosi dan Kelakuan bergantung kepada kekerapan, berlaku secara berterusan

dan semulajadi, kekerasan, keganjilan, atau kesan kelakuan yang bertambah

berbanding jangkaan normal bagi kanak-kanak pada umur yang sama.

            Berdasarkan definisi yang diberikan, kami dapat merumuskan

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan ditunjukkan secara berterusan iaitu

Ketidakupayaan Emosi akan mempengaruhi kelakuan kanak-kanak itu.  Selain

itu, Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan mudah untuk dikenal pasti kerana kita

dapat melihat dengan jelas ciri-ciri ketidakupayaan itu.   

        

3.2       Ciri-ciri Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan

Page 171: Laman Pendidikan Khas

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan dibahagikan kepada dua keadaan

iaitu luaran dan dalaman.  Antara ciri-ciri luaran Ketidakupayaan Emosi dan

Kelakuan ialah suka mengganggu, anti-sosial, ganas, dan bipolar.  Manakala ciri-

ciri dalaman Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan ialah serangan panik,

kemurungan, kebimbangan, dan menjauhkan diri.

            3.2.1   Ciri-ciri luaran

             Kita dapat melihat ciri-ciri luaran Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan

apabila kanak-kanak menunjukkan emosi mereka melalui kelakuan terhadap

orang lain seperti mengganggu orang lain, tidak bersosial dengan orang lain dan 

melakukan keganasan terhadap orang lain.

            3.2.1.1            Suka mengganggu

Kriteria kelakuan yang suka mengganggu dapat dilihat melalui corak

pengulangan dan kelakuan yang berterusan.  Hal ini dapat ditunjukkan dengan

kehadiran tiga atau lebih dan diikuti dengan kriteria atau ciri-ciri yang melepasi

dua belas bulan dengan sekurang-kurangnya satu ciri ditunjukkan dalam enam

bulan seterusnya. 

            Antara ciri suka mengganggu ialah agresif terhadap orang lain dan

haiwan.  Hal ini dapat dilihat kepada kelakuan yang selalu membuli, mengancam

atau mengugut orang lain.  Selain itu, mereka juga selalu memulakan

pergaduhan dan menggunakan senjata yang boleh membawa kepada

kecederaan fizikal yang serius kepada orang lain seperti pisau atau pistol.

Page 172: Laman Pendidikan Khas

            Ciri yang seterusnya bagi mereka yang suka mengganggu ini ialah

mereka suka memusnahkan harta benda orang lain.  Mereka juga suka menipu

untuk mendapatkan sesuatu benda atau untuk melepaskan diri.  Mereka suka

mencuri benda yang berharga tanpa berdepan dengan mangsa seperti

melakukan pemalsuan cek. 

Selain itu, mereka yang sering melanggar peraturan adalah termasuk dalam ciri

suka mengganggu.  Mereka yang melanggar peraturan selalu keluar malam

walaupun ibu bapa melarang bermula sebelum umur tiga belas tahun.  Selain itu,

mereka yang melarikan diri dari rumah lewat malam sekurang-kurangnya dua

kali semasa tinggal bersama ibu bapa atau di rumah penjaga mereka atau tidak

pulang sekali dalam jangka masa yang lama juga termasuk di bawah mereka

yang suka melanggar peraturan.  Bagi kanak-kanak yang selalu tidak

menghadirkan diri ke sekolah sebelum umur tiga belas tahun juga termasuk di

bawah mereka yang suka melanggar peraturan.   

           

            3.2.1.2            Anti-sosial

Kanak-kanak yang anti-sosial suka bersendirian dan mereka tidak

berminat untuk bermain dengan kawan-kawan.  Hal ini menjadikan mereka tidak

mempunyai kemahiran bersosial dengan orang lain dan tidak dapat

menyesuaikan diri apabila berada dalam masyarakat.

Page 173: Laman Pendidikan Khas

            3.2.1.3            Ganas

            Ganas adalah satu corak kelakuan negatif dan kelakuan ini wujud

sekurang-kurangnya enam bulan dengan empat ciri atau lebih ciri-ciri seperti

selalu marah, mudah tersinggung dengan orang lain, selalu membantah cakap

orang dewasa dan keengganan untuk patuh kepada peraturan atau permintaan

orang dewasa.  Selain itu, kanak-kanak selalu menyalahkan orang lain untuk

kesalahan atau kelakuan dirinya, selalu menyakitkan hati orang lain dan dengan

sengaja memarahi orang lain.

            3.2.1.4            Bipolar

            Bipolar adalah satu keadaan yang mempunyai tahap tinggi dan tahap

rendah serta mempengaruhi kelakuan apabila emosi berada pada setiap tahap

tersebut.  Sebagai contohnya, apabila seseorang berada pada tahap tinggi,

seseorang itu akan berasa sangat yakin untuk melakukan sesuatu perkara yang

diinginkannya.  Walaubagaimanapun, apabila berada pada tahap rendah,

seseorang itu akan berasa rendah diri atau susah hati sehinggakan sanggup

mencederakan diri sendiri. 

Antara ciri-ciri bipolar ialah selalu dirasuk oleh perasaan, selalu cepat

marah, mengalami kemurungan dan kadang kala pemikirannya seolah terhenti

dan keadaan itu membawa kepada kelakuan yang tidak munasabah.      

           

 3.2.2              Ciri-ciri dalaman

Page 174: Laman Pendidikan Khas

Kita dapat melihat ciri-ciri dalaman Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan

adalah berlaku dalam diri kanak-kanak itu sendiri seperti mengalami serangan

panik, mengalami kemurungan, mengalami kebimbangan dan menjauhkan diri.

            3.2.2.1            Serangan panik

            Serangan panik didefinisikan sebagai tercetusnya perasaan takut yang

teramat sangat secara tiba-tiba dan melibatkan sekurang-kurangnya empat

daripada ciri-ciri seperti perasaan takut mati, perasaan takut hilang kawalan atau

menjadi gila, kesakitan di bahagian dada atau perasaan tidak selesa dan

gementar.  Selain itu, seseorang itu akan berpeluh, hatinya berdebar-debar,

mempunyai perasaan akan berlakunya sesuatu bahaya, dan mempunyai

keperluan untuk melarikan diri apabila berhadapan dengan situasi yang

mencemaskan. 

            3.2.2.2            Kemurungan 

            Kanak-kanak yang mengalami kemurungan akan selalu mengadu

tentang fizikal mereka seperti sakit kepala, sakit perut, sakit otot atau keletihan. 

Selain itu, kanak-kanak yang selalu tidak menghadirkan diri ke sekolah atau

menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan di sekolah adalah termasuk

dalam golongan yang mengalami kemurungan.  Seterusnya, kanak-kanak yang

mengalami kemurungan cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka

dengan menjerit, bersungut atau menangis. 

Apabila emosi mereka terganggu kerana kemurungan, mereka akan

berasa bosan dan tidak berminat untuk bermain dengan kawan-kawan.  Kanak-

kanak yang mengalami kemurungan juga akan berusaha melarikan diri dari

Page 175: Laman Pendidikan Khas

rumah dan seterusnya terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol untuk

menghilangkan kemurungan yang di alami mereka.

            3.2.2.3            Kebimbangan

Kanak-kanak yang mengalami kebimbangan mudah mempunyai perasaan

panik terhadap sesuatu peristiwa.  Selain itu, mereka juga selalu tertekan apabila

mengalami sesuatu peristiwa seperti pergi ke sekolah atau perpisahan ibu bapa. 

Seterusnya, kanak-kanak yang mengalami kebimbangan mempunyai

kekurangan dalam memperkembang kemahiran sosial.  Apabila mereka

mengalami kemurungan, mereka mudah terpengaruh dalam penyalahgunaan

sesuatu benda.  Kebimbangan akan memberi kesan kepada prestasi di sekolah. 

Mereka akan menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan dalam akademik.

3.2.2.4            Menjauhkan diri

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan akan menyebabkan kanak-kanak

mempunyai perasaan untuk menjauhkan diri seperti tidak berminat untuk

bersosial dengan kawan-kawan dan selalu berasa rendah diri apabila bersama

dengan orang lain.

            Berdasarkan ciri-ciri Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan di atas, kami

dapat merumuskan bahawa Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan akan memberi

kesan kepada cara hidup kanak-kanak dari segi pergaulan dan interaksi kanak-

kanak itu dengan orang disekeliling serta kepada diri mereka sendiri.

Page 176: Laman Pendidikan Khas

3.3       Sebab-sebab Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan          

Menurut Henley, Ramsey dan Algozzine (1996, 1993), terdapat empat

faktor utama yang menyebabkan Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan iaitu bio-

fizikal, psikopendidikan, psikodinamik, dan kelakuan.

            3.3.1   Bio-fizikal 

            Bio-fizikal adalah gabungan biologikal dan fizikal.  Oleh itu,

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan adalah disebabkan oleh genetik dan

gangguan emosi.  Schwartz (1979) seperti yang dilaporkan oleh Henley et al.

(1996, 1993) menyatakan terdapat bukti untuk menyokong peranan baka dalam

membentuk kelakuan dan personaliti.  Sebagai contohnya, ketidakupayaan

hiperaktif, anti-sosial dan suka mengganggu dikenal pasti dalam kalangan

kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.

            Selain itu, kanak-kanak yang kekurangan nutrisi juga akan mengalami

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan.   Seterusnya, bio-kimia iaitu apabila

tryptophan amino acid ditukarkan kepada serotonin neurotransmitter oleh

tindakan kimia akan dikawal oleh enzim-enzim turut menyebabkan

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan.  Hal ini disokong oleh Restak (1984) yang

menyatakan bahawa serotonin boleh mempengaruhi keagresifan, kemurungan

dan corak tidur yang normal.

            3.3.2   Psikopendidikan

            Mengikut psikopendidikan, masalah kelakuan adalah hasil daripada

gangguan psikologi dan penyesuaian kelakuan mesti dipelajari untuk berjaya

Page 177: Laman Pendidikan Khas

menyesuaikan diri di sekolah.  Oleh itu, hubungan guru dan pelajar adalah asas

untuk membina perubahan.  Hubungan itu datang daripada kepercayaan

bersama dan kedua-duanya perlu menerima keperluan setiap orang.  Dengan

menggunakan perkembangan kognitif dan emosi sebagai panduan, pendidik

dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap perkembangan tersebut. 

Seterusnya, komponen seperti perkembangan kendiri, pengajaran kemahiran

sosial dan pengalaman sekolah perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

            3.3.3   Psikodinamik

Menurut Rhades dan Tracy (1972), masalah berhubung dengan

perkembangan personaliti adalah disebabkan oleh masalah sosial dan emosi

kanak-kanak.  Pakar psikologi dan psikiatrik percaya bahawa prinsip konflik

dalaman yang telah dibangunkan oleh Sigmund Freud dapat digunakan untuk

menerangkan dan merawat Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan. 

            Psikodinamik melibatkan personaliti dalam hubungan antara id, ego dan

superego. Id ialah kepuasan dan bersifat dorongan atau desakan yang

mendominasi diri kanak-kanak.  Sementara itu, ego akan membentuk penilaian

tentang sesuatu dan kedudukannya adalah di antara id dengan superego. 

Seterusnya, superego adalah suara hati iaitu mewakili kepercayaan moral dan

etika.  Kami berpendapat id, ego dan superego adalah sistem untuk memeriksa

dan menyeimbangkan kelakuan individu.

            3.3.4   Kelakuan

Page 178: Laman Pendidikan Khas

            Kelakuan dipengaruhi melalui sistem pembelajaran, peneguhan dan

hukuman.  Dalam sistem pembelajaran, kelakuan ialah tindak balas seseorang

dengan persekitaran.  Teori kelakuan menyatakan kelakuan yang sesuai atau

tidak sesuai adalah dipelajari. Oleh itu, pembelajaran melibatkan peniruan,

model dan kawalan yang bersyarat.  Pembelajaran juga berlaku apabila keadaan

persekitaran memberi peneguhan kepada kelakuan yang khusus.

            Terdapat dua peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. 

Peneguhan positif akan menunjukkan kesan atau akibat yang meningkatkan

kebarangkalian kelakuan pada masa hadapan.  Sebagai contohnya, seorang

kanak-kanak berkongsi barang permainannya dengan kawan-kawan yang lain

kerana diterima bermain dengan mereka.  Sementara itu, peneguhan negatif

akan meningkatkan kebarangkalian kelakuan dengan menghindari akibat yang

tidak baik.  Sebagai contohnya, seorang kanak-kanak yang dapat menyiapkan

kerja sekolah selama lima hari berturut-turut dikecualikan daripada mengambil

bahagian dalam kuiz matematik mingguan.  Hal ini dapat memberi motivasi

kepada kanak-kanak lain yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Peneguhan negatif tidak sama seperti hukuman.  Hukuman ialah

mengeluarkan akibat yang mengurangkan kemungkinan kelakuan pada masa

hadapan. Sebagai contohnya, seorang kanak-kanak yang mengganggu

kawannya diarahkan untuk berada di satu sudut berseorangan dan tidak

dibenarkan untuk bercampur dengan kanak-kanak lain selama beberapa minit.

            Berdasarkan sebab-sebab di atas, kami dapat merumuskan

Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan adalah berpuca daripada faktor dalaman

individu dan faktor luaran seperti persekitaran.  

Page 179: Laman Pendidikan Khas

 

 

3.4       Statistik Ketidakupayaan Emosi dan Kelakuan

Hasil penyelidikan pada tahun 2006 ke atas dua puluh orang yang

mengalami tekanan, mendapati 10 sehingga 20 peratus daripada mereka tidak

memberi tindak balas yang baik terhadap rawatan biasa seperti psikoterapi, anti-

depress atau terapi electroconvulsive.  Selain itu, dalam satu kajian yang

diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine, Sachs dan kawan-

kawan telah menentukan secara rawak sebanyak 366 orang pesakit dengan

Ketidakupayaan Bipolar untuk satu rawatan menstabilkan perasaan dengan

menggunakan ubat-ubatan dan plasebo atau ubat-ubatan dan anti-depress

selama 26 minggu.

Seterusnya, Sachs (2006) menyatakan kebanyakan pesakit dewasa

dilaporkan mempunyai simptom ini sebelum berumur 18 tahun samada secara

rasmi didiagnosis atau tidak.  Manakala, Institut Kesihatan Mental Kebangsaan

melaporkan umur median tercetusnya Ketidakupayaan Bipolar adalah pada umur

25 tahun iaitu separuh tua dan  separuh muda.  Berdasarkan statistik yang

diberikan, kami berpendapat kanak-kanak juga berisiko untuk mengalami

Ketidakupayaan Bipolar.

4.0       KETIDAKUPAYAAN PERTUTURAN

4.1       Definisi

Page 180: Laman Pendidikan Khas

Masalah pertuturan yang dialami memberi kesan terhadap bunyi yang

dikeluarkan oleh kanak-kanak.  Setiap kanak-kanak mempunyai suara yang unik

tetapi perbezaan dalam cara kanak-kanak itu bercakap menjadi suatu masalah

apabila pertuturannya tidak difahami oleh orang yang mendengar ataupun cara

kanak-kanak itu bercakap mengganggu pendengar daripada memahami apa

yang cuba disampaikan.  Adakalanya kanak-kanak yang mengalami mesalah

lain seperti palsi serebrum, sumbing, masalah pendengaran dan dyspraxia.   

Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak berkemampuan

menyatakan keperluan, kehendak dan perasaan yang seterusnya menjejaskan

pembelajaran dan interaksinya dengan orang lain.  Apabila kanak-kanak berasa

sukar untuk membuat orang lain memahaminya, mereka berasa kecewa dan

menunjukkan tingkah laku yang agresif.  Kebiasaannya kanak-kanak yang

mengalami masalah pertuturan diabaikan oleh rakan-rakan kerana sukar bagi

memahaminya dan ini membawa kepada keadaan perkembangan bahasa yang

semakin lambat, terutama dalam kemahiran interaksi sosial kerana peluang

untuk mereka berkomunikasi terhad.

4.2       Ciri-ciri Ketidakupayan Pertuturan

Ketidakupayaan Pertuturan dapat dilihat melalui lima ciri yang dapat

dilihat ke atas seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah ini.  Antara ciri-

cirinya ialah ketidakupayaan artikulasi, ketidakupayaan suara, ketiadakupayaan

suara, ketidakupayaan bahasa dan ketidakupayaan kelancaran ( gagap ).  

            Ketidakupayaan yang pertama iaitu ketidakupayaan artikulasi. 

Ketidakupayaan ini terbahagi kepada empat iaitu penggantian, keherotan atau

Page 181: Laman Pendidikan Khas

memiuh, ketinggalan atau pengabaian dan penambahan.  Bagi ketidakupayaan

penggantian, kanak-kanak mungkin menggantikan satu bunyi dengan bunyi yang

lain.  Bunyi perkataan yang sepatutnya disebut tetapi tidak disebut oleh kanak-

kanak.  Contohnya, seperti bunyi perkataan ‘train’ tetapi kanak-kanak menyebut

dengan bunyi seperti ‘crane’.

Manakala bagi keherotan atau memiuh pula, kanak-kanak

berkemungkinan akan memiuh bunyi pertuturan yang tertentu apabila mereka

cuba menyebut perkataan tersebut.  Contohnya, kanak-kanak yang susah untuk

menyebut ‘s’, berkemungkinan kanak-kanak akan menyebut perkataan ‘sleep’

akan menjadi ‘schlep’.  Selain itu, ketidakupayaan artikulasi ini juga disebabkan

oleh ketinggalan atau pengabaian bunyi perkataan yang tertentu.  Sebagai

contohnya, kanak-kanak yang hendak menyebut bunyi perkataan school’ akan

membunyikan seperti ‘cool’.  Ketinggalan bunyi ni berkemungkinan kanak-kanak

akan meninggalkan konsonan yang terletakdibelakang perkataan.  Contohnya,

perkataan ‘post’ disebut oleh kanak-kanak sebagai ‘pos’.

            Ketidakupayaan artikulasi yang terakhir ialah penambahan.  Seorang

kanak-kanak akan menambah bunyi sesuatu perkataan yang diucapkan.  Contoh

perkataan yang disebut oleh kanak-kanak ialah seperti ‘brown’ tetapi dibunyikan

seperti ‘buh rown’.

Ketidakupayaan kedua pula ialah ketidakupayaan suara.  Ia terbahagi

kepada dua iaitu bunyi dan gema.  Bagi bunyi, kanak-kanak akan mengeluarkan

suara yang berbunyi seperti orang yang sedang mengah, parau, serak, garau

atau seperti suara yang dipaksa-paksa keluar untuk mengeluarkan bunyi.  Hal ini

Page 182: Laman Pendidikan Khas

adalah disebabkan masalah organik seperti tumbesaran atau perangsang pada

‘vokal cards’.

            Manakalan ketidakupayaan suara yang disebabkan oleh gema

merupakan keadaan di mana pengeluaran banyak bunyi melalui udara hidung. 

Gema ini disebabkan oleh masalah organik iaitu seperti rekahan lelangit mulut,

tisu hidung menggelembung ataupun kerosakan pendengaran.  Selain itu, ia juga

berkemungkinan disebabkan oleh masalah fungsi percakapan yang dipelajari

oleh kanak-kanak tersebut.

            Ciri ketidakupayaan ketiga pula ialah ketiupayaan suara. 

Ketidakupayaan ini juga terbahagi kepada dua iaitu pertuturan yang bertaburan

dan gagap.  Pertuturan bertaburan adalah satu keadaan yang merupakan

pertuturan kanak-kanak adalah sangat cepat dengan bunyi yang berlebihan atau

sebutan yang salah.  Contohnya, kanak-kanak menyebut sesuatu perkataan itu

dengan sebutan yang salah seperti perkataan ‘work’ akan disebut ‘walk’. 

Manakala gagap pula merupakan keadaan di mana seseorang kanak-kanak

menghadapi masalah untuk bertutur dengan normal dan lancar.  Pertuturan in

akan terganggu disebabkan oleh masalah pengulangan atau masalah pelanjutan

suara atau perkataan.  Kebiasaannya kanak-kanak ini akan menyebut perkataan

yang sama berulang-ulang kali. Gagap ini juga menyebabkan seseorang kanak-

kanak mengalami kesusuhan untuk memulakan sesuatu perkataan.

            Bagi ketidakupayaan yang keempat pula ialah ketidakupayaan bahasa. 

Ketidakupayaan bahasa ini terbahagi kepada dua iaitu ketidakupayaan bahasa

reseptif dan ketidakupayaan bahasa ekspresif.  Ketidakupayaan bahasa reseptif

Page 183: Laman Pendidikan Khas

adalah kanak-kanak tidak dapat memproses, memahami dan mengintegrasi

bahasa.

Hal ini menyebabkan kanak-kanak akan mengulangi perkataan-perkataan

atau frasa yang dituturkan oleh orang lain.  Selain itu, kanak-kanak tersebut juga

tidak dapat mengikut arahan yang yang diberikan kepada mereka dan

menghadapi masalah untuk menjawab soalan yang diberiakn yang berbentuk

seperti apa, di mana, siapa, bila, kenapa dan bagaimana.

            Ketidakupayaan bahasa ekspresif pula yang menyebabkan kanak-kanak

menghadapi masalah untuk mengekspresikan verbal iaitu kesukaran untuk

menggunakan perkataan bagi memfomulasikan fikirannya, kekurangan

perbendaharaan dan ucapan tatbahasa seperti sintaksis, moforlogi dan

semantik.  Hal ini menyebabkan kanak-kanak tidak tahu dalam pembentukan

ayat, perbualan dan pemahaman terhadap sesuatu bahasa yang dituturkan.

            Ketidakupayaan yang terakhir ialah ketidakupayaan kelancaran

( gagap ).  Ketidakupayaan kelancaran iaitu gagap apabila penyebutan

perkataan oleh kanak-kanak adalah berulang-ulang, terhenti-henti dan diikuti

oleh ketegangan otot tekak dan tulang dada.   Kegagapan juga adalah

disebabkan oleh gangguan pernafasan yang berpunca daripada penyelarasan

otot pertuturan yang tidak sempurna.  Contohnya sebutan kanak-kanak seperti

‘sasasasa…. saya’ atau ‘aaaaa….apa’.

            Gagap merupakan masalah pertuturan di mana sebutan ( biasanya )

huruf pertama atau syllable sesuatu perkataan di ulang tanpa kawalan.  Sebagai

Page 184: Laman Pendidikan Khas

contoh, gagap pada perkataan ‘meja’ akan menjadi samada ‘m-m-m-m…m-meja’

atau “me-me-me-me…meja”.  Ini biasanya berlaku dengan fenom bermula

dengan ‘p’ atau ‘b’ atau konsonan plosive yang lain.  Gagap merupakan proses

luar yang membantut komunikasi biasa.  Walaupun terdapat teknik bantu diri

yang boleh diajar dan dapat membantu sesetengah orang, mereka yang gagap

tidak dapat menghentikan proses tersebut dan kerisauan atau kegelisahan

meningkatkan lagi masalah tersebut.  Dalam bahasa Inggeris istilah stammering

digunakan bagi merujuk kepada tersekat atau terhenti-henti pada sesuatu

perkataan syllables.        

4.3       Punca-punca Ketidakupayaan Pertuturan

Punca-punca yang menyebabkan Ketidakupayaan Pertuturan ialah faktor

genetik, sindrom, kecederaan otak, peniruan yang tidak baik, gangguan emosi

dan kecacatan pada organ mulut atau kecacatan organ pertuturan.  Punca yang

pertama ialah faktor genetik, terdapat beberapa kajian yang menunjukkan faktor

genetik ini mempengaruhi ketidakupayaan pertuturan kanak-kanak.  Hal ini boleh

terjadi samada dari ibu atau ayah kanak-kanak tersebut yang mempunyai latar

belakang ketidaupayaan sedemikian. 

            Punca yang kedua pula ialah yang berkaitan dengan sindrom.  Ia adalah

berpunca daripada gangguan neurologi dan metabolik ketika dalam kehamilan

atau selepas ibu bersalin.  Gangguan neurologi adalah disebabkan oleh sistem

saraf kanak-kanak tersebut mengalami gangguan.  Hal ini kerana sistem saraf

membentuk satu ‘rantaian’ sel-sel yang berkomunikasi.  Setiap neuron menerima

mesej (pesanan) daripada neuron lain, oleh itu jika terdapat gangguan pada

salah satu neurologi kanak-kanak tersebut maka Ketidakuapayaan Pertuturan

akan berlaku.

Page 185: Laman Pendidikan Khas

            Penghasilan pertuturan dikoordinasikan oleh otak.  Jika berlaku

kecederaan kepada bahagian otak disebabkan oleh kemalangan, strok atau

gangguan neurologi sewaktu kelahiran, maka seseorang itu boleh berhadapan

dengan masalah pertuturan.  Sebagai contoh, seseorang yang cedera korteks

sekutuannya akan mengalami aphasia (kelemahan keupayaan untuk

menggunakan bahasa).  Sejenis aphasia adalah akibat daripada kerosakan

kawasan Broca’s iaitu kawasan pertuturan yang terletak di sebelah kiri lobus

frontal yang menyebabkan kesukaran dalam bercakap dan menulis serta tidak

dapat menyebut dengan betul (pelat).

Punca seterusnya ialah disebabkan oleh peniruan yang tidak baik.  Hal ini

berlaku adalah kerana faktor persekitaran yang tidak sihat menyumbang kepada

fakor ini.  Kanak-kanak pada awalnya akan terdedah kepada persekitaran yang

dikelilingi oleh ibu bapa dan orang terdekat. 

Sekiranya ibu bapa dan orang yang terdekat dengan kanak-kanak ini

menggunakan pertuturan yang pelat atau yang tidak sepatutnya di tuturkan

apabila berhadapan dengan kanak-kanak akan menjadikan kanak-kanak meniru

percakapan yang tidak sepatutnya itu.  Pada peringkat awal perkembangan

kanak-kanak, apa sahaja yang dituturkan oleh orang sekeliling kanak-kanak

akan membuatkan kanak-kanak meniru segala bentuk percakapan dan gaya

bahasa yang dituturkan.  Oleh itu, pada peringkat ini segala pertuturan orang

sekeliling sangat penting untuk mempengaruhi pertuturan kanak-kanak.

Page 186: Laman Pendidikan Khas

            Gangguan emosi juga menyebabkan punca Ketidakupayaan Pertuturan. 

Punca Ketidakupayaan Pertuturan yang disebabkan oleh gangguan emosi ini

kerana peringkat awal kanak-kanak emosi kanak-kanak sangat penting.  Kanak-

kanak pada peringkat awal sangat sensitif pada emosinya.  Sekiranya kanak-

kanak mengalami gangguan emosi, maka ia akan menganggu pertuturan kanak-

kanak tersebut.  Hal ini berlaku kerana apabila gangguan emosi berlaku, kanak-

kanak akan menjadi bercelaru atau tidak tersusun  kerana kanak-kanak tidak

dapat berfikir dengan baik dan betul.

            Punca yang terakhir ialah disebabkan oleh kecacatan pada organ mulut

atau kecacatan organ pertuturan itu sendiri.  Ia terjadi akibat seperti celahan bibir

atau lelangit (sumbing) serta masalah pendengaran yang menghadkan kanak-

kanak mempelajari bahasa pertuturan.  Kanak-kanak yang mengalami sumbing

akan sukar untuk bertutur kerana berkemungkinan percakapannya tidak difahami

oleh orang lain kerana kecacatan pada organ mulut.  Selain itu, kanak-kanak

yang mengalami masalah pendengaran ataupun pekak menjadikannya sukar

untuk bertutur dan memahami apa yang dituturkan oleh orang lain.

4.4       Statistik Ketidakupayaan Pertuturan

Menurut ‘National Institute on Deafness and Other Communication

Disorder’ (NIDCD), dianggarkan lebih tiga juta rakyat Amerika adalah gagap. 

Kegagapan berlaku kepada semua peringkat umur tetapi lebih berlaku kepada

kanak-kanak berumur antara 2 hingga 6 tahun yang mana untuk perkembangan

bahasa.  Kanak-kanak lelaki lebih cenderung menghadapi ketidakupayaan ini

berbanding perempuan.  Walaubagaimanapun kebarangkalian kanak-kanak

untuk mendapat Ketidakupayaan Pertuturan ini 1% berbanding orang dewasa.

Page 187: Laman Pendidikan Khas

            Manakala menurut ‘A Clinico Statistical Investigation’ menunjukkan 2419

orang pesakit pertuturan di Showa University Dental Hospital dalam tempoh

1977 hingga 2003.  Keputusan menunjukkan bahawa rekahan bibir atau pelat

adalah yang paling popular dalam sepuluh tahun yang pertama menunjukkan

penurunan pesakit dan pesakit yang menghadapi tumor pada bahagian oral dan

ketidakupayaan fungsi artikulasi meningkat melebihi 16 tahun.  Yang kedua,

peratusan yang menunjukkan ketidakupayaan artikulasi ialah sebanyak 78.4%. 

Peratusan pesakit yang terima terapi pertuturan adalah sebanyak 23,5% dan

20.6% pesakit yang terima rawatan ‘prosthodontic’ untuk Ketidakupayaan

Pertuturan.

            Menurut ‘Leading Group of The Second China National Sample Survey

on Disability National Burreau of Statistics of the People’s Republic of China’

menunjukkan bahawa pada 1/12/.2006 keputusan kajian ke atas 142,112 ahli

keluarga telah menunjukkan bahawa 161,479 orang mengalami

ketidakupayaan.  Sebanyak 2510 orang menunjukkan Ketidakupayaan

Pertuturan iaitu 1.55%.  Bagi tahun 2005, sebanyak 1309.48 juta populasi orang

di China pada masa kajian dilakukan.  Berdasarkan kepada jumlah itu, anggaran

nisbah orang ketidakupayaan kepada populasi nasional ialah 6.34%.  Bagi

Ketidakupayaan Pertuturan, sebanyak 1.27 juta atau 1.53% orang yang

mengalami masalah pertuturan ini.  

5.0       Rumusan

Berdasarkan kepada ciri-ciri yang dibincangkan bagi setiap

ketidakupayaan, kami dapat merumuskan bahawa ciri-ciri yang terdapat bagi

setiap ketidakupayaan dapat dilihat dengan jelas dan berterusan.  Sementara itu,

punca-punca bagi setiap ketidakupayaan cenderung kepada faktor genetik dan

persekitaran.  Seterusnya, statistik yang diperolehi dapat mengukuhkan lagi ciri-

ciri dan punca-punca setiap ketidakupayaan tersebut.  Pengetahuan mengenai

Page 188: Laman Pendidikan Khas

ciri-cri dan punca-punca setiap ketidakupayaan tersebut memberi pengetahuan

dan kemahiran asas dalam membuat pengesanan, diagnosis dan penilaian bagi

mengenal pasti dan menentukan masalah dan intervensi yang sesuai dapat

dirancang.

Posted 14th January by nabila bayek

1

View comments

Jan

14

PENGESANAN AWAL 1.0       PENDAHULUAN

Pengesanan atau diagnosis awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas

merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan demi

pendidikan mereka.  Secara umumnya, individu yang berkeperluan khas perlu

dikesan daripada awal menerusi proses pengesanan.  Hal ini demikian kerana,

melalui pengenalpastian pada peringkat awal dapat membantu pembelajaran

kanak-kanak tersebut.  Pengesanan boleh dilakukan secara tidak formal oleh

individu yang rapat dengan kanak-kanak seperti guru, ibu bapa, penjaga

mahupun pembantu rumah melalui pemerhatian dan analisis hasil kerja. 

Pengesanan secara formal pula boleh dijalankan menerusi penilaian

perkembangan dan penilaian pencapaian.  Pengesanan boleh dilakukan di

dalam bilik darjah dan di rumah.  Dalam erti kata yang lain, pengesanan boleh

Page 189: Laman Pendidikan Khas

digunakan untuk mengenal pasti individu yang memerlukan penilaian yang lebih

mendalam. 

Oleh yang demikian, pengesanan atau diagnosis awal sangat penting

dalam menjamin kemajuan dan perkembangan kanak-kanak yang dikenalpasti

berkeperluan khas. Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk

menjalankan proses pengesanan ke atas kanak-kanak. Bagi mengetahui dengan

lebih lanjut dan mendalam tentang ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-

kanak, teknik yang betul dan bersesuaian  haruslah dilaksanakan.  Antara teknik

yang boleh digunakan oleh pemerhati untuk mengesan ketidakupayaan dan

keperluan kanak-kanak adalah catatan anekdot, catatan berterusan, catatan

spesimen, mensampel masa, mensampel peristiwa dan senarai semak.

Teknik-teknik ini dapat membantu dan memudahkan proses pengesanan

untuk dilakukan.  Ke semua teknik ini adalah berbeza namun saling melengkapi

antara satu sam lain.  Hasil yang diperoleh melalui teknik ini boleh dibawa ke

peringkat yang seterusnya untuk didiagnos oleh pakar-pakar yang tertentu. 

Kanak-kanak khas tidak juga mempunyai keinginan untuk menjalani kehidupan

seperti manusia biasa.  Oleh yang demikian, pengesanan awal mampu membela

nasib kanak-kanak yang berkeperluan khas dalam dunia pendidikan.

2.0       KEPENTINGAN PENGESANAN ATAU DIAGNOSIS AWAL JENIS

KETIDAKUPAYAAN, PENGESANAN TAHAP PERKEMBANGAN DAN

PENGESANAN TAHAP PENCAPAIAN.

Page 190: Laman Pendidikan Khas

            Terdapat banyak kepentingan dalam menjalankan pengesanan. 

Kepentingan ini terbahagi kepada tiga iaitu pengesanan jenis ketidakupayaan,

tahap perkembangan dan tahap pencapaian. 

Melalui pengesanan jenis ketidakupayaan, pemerhati dapat membuat

laporan kepada ibu bapa dan seterusnya kepada pakar kesihatan yang tertentu. 

Melalui hasil pengesanan jenis ketidakupayaan, pemerhati akan mengetahui

ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut.  Oleh itu, ibu bapa

mahupun guru dapat menggunakan laporan yang diperolehi untuk dijadikan

sebagai rujukan oleh pakar kesihatan.  Pakar kesihatan juga akan menggunakan

laporan ini untuk mengetahui jenis-jenis ketidakupayaan oleh kanak-kanak ini. 

Mereka juga akan sentiasa memantau dan memberi maklum balas terhadap

sebarang perubahan mahupun perkembangan dalam diri kanak-kanak itu. 

Laporan yang diperolehi ini juga akan turut mendedahkan kaedah yang

paling sesuai dijalankan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai

ketidakupayaan ini.  Mereka tidak seharusnya dipinggirkan.  Justeru ibu bapa

boleh mengatasi ketidakupayaan yang dimiliki oleh anak-anak mereka dengan

menyediakan ruang dan peluang peluang kepada mereka untuk mendapat

keperluan seperti anak-anak yang lain.

Kepentingan yang seterusnya ialah pemerhati dapat membuat penilaian

awal tentang  ketidakupayaan yang dimiliki oleh kanak-kanak.  Hal ini demikian

kerana, tidak semua ketidakupayaan ini dipamerkan secara jelas oleh kanak-

kanak.  Terdapat ketidakupayaan yang berlaku secara halus seperti mempunyai

masalah dalam memberikan perhatian atau juga lalai dalam melaksanakan kerja

sekolah.  Kadang kala ramai pihak yang mengambil ringan masalah ini walhal

masalah ini merupakan antara salah satu ketidakupayaan.  Oleh yang demikian,

kanak-kanak yang berkeperluan khas ini memerlukan penilaian awal terhadap

Page 191: Laman Pendidikan Khas

ketidakupayaan mereka sama ada secara formal ataupun secara tidak formal. 

Secara ringkasnya penilaian awal terhadap ketidakupayaan kanak-kanak

membolehkan guru untuk mengenal pasti kanak-kanak khas yang berhak

mendapat pendidikan dan didikan yang sewajarnya.  Bantuan dalam bidang

pendidikan akan diberikan kepada anak-anak ini oleh para guru supaya mereka

turut berasa seperti dihargai dan dipunyai.

Selain itu, pengesanan jenis ketidakupayaan pada peringkat awal dapat

membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kepentingan ini juga turut terdapat dalam pengesanan tahap perkembangan dan

pengesanan penilaian Kanak-kanak tidak mampu untuk menyatakan masalah

yang mereka alami.  Oleh sebab itu, pengesanan yang dilakukan oleh pemerhati

membolehkan guru mengambil langkah yang sepatutnya supaya kanak-kanak ini

turut mendapat peluang yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Sebagai contoh, ramai kanak-kanak yang mempunyai masalah membaca yang

juga dikenali sebagai ‘Disleksia’. Justeru, guru perlu sentiasa menghulurkan

bantuan kepada kanak-kanak ini supaya masalah yang mereka hadapi ini dapat

ditangani.  Masalah ini dapat dikurangkan sekiranya guru mengambil langkah

drastik dengan menolong kanak-kanak berkeperluan khas ini menyelesaikan

masalah yang membelenggu hidup mereka.

Pengesanan jenis ketidakupayaan akan membolehkan guru mengumpul

maklumat untuk tujuan penempatan.  Kepentingan ini juga turut terdapat dalam

pengesanan tahap perkembangan dan pengesanan penilaian.  Kanak-kanak

istimewa berbeza keupayaan mereka berbanding kanak-kanak yang normal. 

Keupayaan mereka terbatas.  Oleh yang demikian, mereka perlu diasingkan dari

segi program pengajaran, pendekatan, bahan pengajaran, persekitaran

Page 192: Laman Pendidikan Khas

pembelajaran dan lain-lain lagi supaya proses perkembangan pembelajaran

mereka berjalan dengan lancar dan baik.

Maklumat yang diperoleh dalam proses pengesanan dapat membezakan

antara kanak-kanak yang berkeperluan khas dengan kanak-kanak normal. 

Maklumat ini dapat membantu guru menyediakan ataupun menyelaraskan

sistem pengajaran dan pembelajaran tanpa wujud diskriminasi.  Hal ini

membolehkan kanak-kanak mengikuti sesi pembelajaran yang sama rata. 

Melalui aktiviti penempatan ini, kanak-kanak dikenalpasti untuk diletakkan sama

ada secara inklusif iaitu ditempatkan di kelas biasa dan sekolah biasa mahupun

secara integrasi iaitu di kelas pendidikan khas di sekolah biasa atau di sekolah

pendidikan khas sepenuhnya.

Melalui pengesanan awal jenis ketidakupayaan dan tahap perkembangan,

kanak-kanak boleh menjalani rawatan spesifik dan segera.  Keperluan kanak-

kanak khas yang telah dikesan oleh pemerhati akan seterusnya dirawat oleh

pakar perubatan yang berkaitan.  Rawatan segera ini dapat menghidarkan

komplikasi lain terjadi pada kanak-kanak untuk jangka masa yang akan datang. 

Selain daripada itu, rawatan spesifik yang diberikan kepada kanak-kanak yang

berkeperluan khas mampu mengurangkan risiko dalam perkembangan

pembelajaran kanak-kanak tersebut.

Pengesanan tahap perkembangan dan pencapaian juga penting dalam

menentukan hala tuju kanak-kanak.  Setelah melalui proses pengesanan, guru

mahupun ibu bapa perlu menyediakan langkah seterusnya supaya

membolehkan kanak-kanak ini mendapat apa yang sepatutnya mereka perolehi. 

Page 193: Laman Pendidikan Khas

Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan emosi akan

dirujuk kepada pakar psikiatrik atau ahli psikologi untuk rawatan selanjutnya.

Selain itu, tahap perkembangan semasa dan pendidikan yang diperlukan

dapat dikenalpasti.  Kepentingan ini terkandung dalam pengesanan tahap

perkembangan dan tahap pencapaian.  Hal ini adalah kerana, kanak-kanak yang

dikenal pasti mempunyai keperluan khas memerlukan spesifikasi yang jelas dan

tepat.  Proses ini dapat dilakukan dengan menilai perkembangan semasa kanak-

kanak yang melibatkan pra-akademik, akademik dan teknik sosial.  Apabila

maklumat dikumpul, pemerhati mahupun guru akan dapat menentukan subjek

dan teknik yang bersesuaian untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Menerusi pengesanan tahap perkembangan dan pengesanan tahap

pencapaian, guru dan ibu bapa dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

yang dimiliki oleh kanak-kanak.  Kekuatan dan prestasi kanak-kanak seharusnya

ditingkatkan manakala kelemahan pula harus diperbaiki.  Contohnya, kanak-

kanak yang cenderung belajar menggunakan warna perlu sentiasa didedahkan

dengan aktiviti yang melibatkan warna seperti mewarna lukisan, mewarna mural,

‘box movies’, ‘flannel board’ dan banyak lagi.  Sekiranya kanak-kanak kurang

mahir dalam pertuturan, guru perlu cakna kepada mereka dengan

menambahkan aktiviti yang melibatkan penggunaan bahasa seperti permainan

‘charade’, bercerita, lakonan, deorama dan sebagainya.

Berdasarkan pengesanan tahap perkembangan dan pengesanan tahap

pencapaian, guru  dapat menyediakan suatu rancangan berdasarkan keperluan

tersebut atau lebih dikenali sebagai Rancangan Pendidikan Individu (RPI). 

Pelaksanaan RPI ini dibuat adalah bertujuan mengenalpasti kelemahan dan

Page 194: Laman Pendidikan Khas

kekuatan pelajar serta membuat perancangan pendidikan yang diperlukan oleh

kanak-kanak berkeperluan khas mengikut potensi dan keperluan khas mereka

yang berbeza-beza. 

Guru bertanggungjawab merancang dan menyediakan bahan RPI,

bertemu dengan ibubapa kanak-kanak dan juga menyediakan bahan

pembelajaran kanak-kanak bagi mencapai matlamat RPI.  Melalui RPI, guru

merancang aktiviti untuk kanak-kanak tersebut.  Guru berbincang dengan

dengan kanak-kanak tersebut, berbincang dengan guru kelas, guru mata

pelajaran dan juga ibubapa atau penjaga murid.  Oleh itu, melalui pengesanan

dapat membantu guru dalam menyediakan rancangan yang paling sesuai

dengan keperluan kanak-kanak khas tersebut.

3.0       TEKNIK-TEKNIK MENGESAN KETIDAKUPAYAAN DAN KEPERLUAN

KANAK- KANAK KHAS

Pengesanan merupakan proses yang memerlukan teknik dan prosedur

yang sesuai dan tepat.  Proses pengesanan ini juga harus dilakukan dalam

situasi sebenar seperti di bilik darjah ataupun di rumah supaya tingkah laku

kanak-kanak ditunjukkan tanpa sebarang lakonan. Oleh itu, teknik yang

bersesuaian harus dipilih oleh pemerhati dalam melakukan pengesanan

ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas agar pengesanan yang

dilakukan membuahkan hasil yang sepatutnya diperoleh.

Antara beberapa teknik pengesanan ketidakupayaan dan keperluan

kanak-kanak khas yang boleh digunakan adalah cacatan anekdot, catatan

Page 195: Laman Pendidikan Khas

berterusan, catatan spesimen, mensampel masa, mensampel peristiwa dan

senarai semak.

3.1  CACATAN ANEKDOT

Catatan anekdot merupakan catatan yang dibuat oleh penyelidik

mengenai kelakuan-kelakuan yang luar biasa (Sutrisno Hadi, 1985).  Catatan ini

menggambarkan dan menjelaskan tentang naratif tingkah laku yang penting

kepada pemerhati.  Anekdot ini menghuraikan apa yang berlaku secara fakta

dan objektif.  Pemerhati tidak membuat andaian sendiri berdasarkan tingkah laku

yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.  Catatan ini juga menerangkan bagaimana

tingkah laku berlaku, bila dan di mana ia berlaku, dan apa yang dikatakan dan

dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

            Selain daripada itu, catatan anekdot bersifat selektif iaitu penyelidik

memilih peristiwa yang bermakna dan mempunyai hubungan dengan

perkembangan individu.  Kebiasaannya, catatan anekdot ditulis selepas peristiwa

tersebut berlaku dan ditulis oleh orang yang rapat dengan kanak-kanak tersebut. 

Rekod ini dapat menyediakan gambaran yang lengkap tentang kemajuan

seseorang kanak-kanak apabila ditelitikan secara kumulatif.  Catatan anekdot

mengandungi perincian tentang ekspresi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak,

intonasi suara dan pergerakan badan.

Nama kanak-kanak :Sani          Umur :6 tahun                       Tarikh :25 Julai2008

Pemerhati :Farhana                  Tempat :Bilik darjahMelor     Masa :9 – 9.30 pagi

Mata pelajaran :Bahasa Melayu

Page 196: Laman Pendidikan Khas

Perkara / peristiwa :

Sanididapati tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru. Dia pergi ke

mejakawannya dan mengacau kawannya itu. Dia menconteng buku dengan

menggunakanpensel. Apabila dimarahi oleh kawannya, dia menggenggam

kedua-dua belah tangansambil menggoyangkannya. Dia juga mengetap bibir

dengan kuat lalu mengoyakbuku kawannya itu.

Ulasan :

Sani tidak mahu membuat latihan yang diberikan.  Dia suka menconteng buku

orang lain.  Perkara ini hanya dilakukan oleh Sanipada waktu pengajaran

Bahasa Melayu.

  

Page 197: Laman Pendidikan Khas

3.2  CATATAN BERTERUSAN

Antara yang kerap digunakan untuk melakukan pengesanan

ketidakupayaan dan keperluan kanak-kanak khas ialah catatan berterusan. 

Catatan berterusan merupakan satu catatan naratif yang terperinci tentang

tingkah laku kanak-kanak mengikut urutan ia berlaku.  Catatan berterusan ini

merupakan catatan yang lengkap tentang tingkah laku kanak-kanak kerana

catatan ini melihat kesemua tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak

dalam masa yang telah ditetapkan.

            Catatan berterusan dilakukan sewaktu tingkah laku tersebut

berlangsung.  Kebiasaannya, pemerhati hanya menggunakan ayat-ayat yang

ringkas dan pendek bagi menerangkan tingkah laku yang ditunjukkan supaya

pengekalan penumpuan kepada perkara yang dilakukan oleh kanak-kanak

tersebut berjalan dengan baik.  Data yang ditulis juga harus berbentuk fakta dan

objektif.  Pemerhati tidak dibenarkan menggunakan perkataan-perkataan atau

frasa-frasa yang deskriptif dan bersifat menghakim.

Page 198: Laman Pendidikan Khas

Nama kanak-kanak :Hairi        Umur :6 tahun                           Tarikh :25Julai 2008

Pemerhati :Aminah                   Tempat :Bilik darjahMelor       Masa :9.00 pg –12.30 ptg

Matapelajaran :Bahasa Melayu

Masa                       Perkara/ tingkah laku                                         Ulasan

Page 199: Laman Pendidikan Khas

9.00 – 9.30 pg          Hairimemasuki bilik darjah dengan                     Hairimenunjukkan

                                 mukamasam. Dia tidak menegur sesiapa             muka masam dan

tidak

                                 pun.Apabila guru mengucap selamat pagi,        menjawab ucapan

guru-

                                 Hairitidak menjawab. Hairi hanya bermain         nya mungkin kerana

                                 denganjarinya di tempat duduknya.                    Dia tidak mahu

datang

                                                                                                              ke sekolah pada hari

itu.

9.30 – 10.00 pg        Rizal datang ke tempat Hairi mengajak                Hairi mungkin tidak

                                 diabermain. Hairi menolak Rizal dan                   mahu bermain pada 

                                 berkata‘jangan kacau saya’ dengan                     waktu tersebut.

                                 nadayang tinggi.  Hairi memusingkan

                                 tubuhnya.Hairi hanya diam di tempat

                                 duduknya.

10.00 – 10.30 pg      Hairi ketandas tanpa memberitahu guru.            Hairi mungkin sakit 

                                 4minit kemudian baru keluar.                              perut tetapi dia

segan

Page 200: Laman Pendidikan Khas

                                Dia menggigit kuku. Guru menegur                     memberitahu guru.

                                 ‘Hairibuat apa?’namun Hairi diam.

                                 Hairimenggigit kuku.  Dia juga menjeling

                                 sekeliling ketika menggigit kuku.

10.30 – 11.00 pg      Hairi tidakmengambil makanan yang                  Hairi makan apabila

                                 disediakan.Dia duduk di tempatnya.                   guru menemaninya.

                                 Apabilaguru memimpin tangannya,

                                 barulahHairi ikut. Dia makan makanan

                                 yangdiberikan oleh guru.         

11.00 – 11.30 pg      Hairi tidakmembuat latihan yang diberikan          Hairi mungkin

tidak

                                 guru.Dia menconteng buku. Kemudian,               menyukai mata

                                 diamencucuk buku dengan pensel.                       pelajaran tersebut.

                                 Hairikeluar kelas bila cikgu dekatinya.

                                 Diamenggeleng-gelengkan kepala

                                 danberpeluk tubuh apabila guru

                                 bertanya.

Page 201: Laman Pendidikan Khas

11.30 – 12.00           Hairimeminta guru menemaninya. Matanya         Hairi tidak

membuat

tgh hari                     asyikmemandang guru. Hairi menggigit bibir     membuat aktiviti

                                 apabilaguru membawanya ke dalam aktiviti         berkumpulan

sekiranya

                                 kumpulan.Dia senyap sahaja. Hairi tidak              guru tidak turut

serta.

                                 membuatkolaj. Dia hanya duduk menunduk.

                                

  

Page 202: Laman Pendidikan Khas
Page 203: Laman Pendidikan Khas

Nama kanak-kanak :Hairi        Umur :6 tahun                           Tarikh :25Julai 2008

Pemerhati :Aminah                   Tempat :Bilik darjahMelor       Masa :9.00 pg –12.30 ptg

Matapelajaran :Bahasa Melayu

Masa                       Perkara/ tingkah laku                                                  Ulasan

12.00 – 12.30           Hairitidak melakukan pergerakan dan                          Hairihanya

akan

tgh hari                     dantidak menyanyi bersama guru dan                          menyanyidan

                                 rakan-rakan.Apabila ditemani guru, Hairi                    

bergerakapabila

                                 menyanyidan melakukan pergerakan.                           adaindividu

                                 Hairimemandang guru. Dia senyum dan                     

berhampirannya.

                                 meneruskannyanyian. Hairi gelak. Semakin

                                lama semakin kuat. Hairi meminta rakan

                                temaninya di sekolah. Dia berkata‘saya tidak

Page 204: Laman Pendidikan Khas

                                mahu pulang’ kepada rakannya. Hairi

                                 menjeritseketika apabila rakannya itu pulang.

                                 Hairimengerutkan kening apabila guru

                                 menyuruhnyapulang. ‘saya tidak mahu

                                pulang’ Hairi menggigit guru dan larikeluar

                                 kelas.Hairi duduk dan menangis. Hairi balik

                                 apabilaibunya datang.

                                

  

Page 205: Laman Pendidikan Khas

3.3  CATATAN SPESIMEN

               Catatan spesimen merupakan catatan yang lebih panjang dan

mengandungi maklumat tambahan seperti peristiwa yang berlaku sebelum dan

selepas tingkah laku yang ingin diperhatikan ditunjukkan oleh kanak-kanak. 

Melalui catatan spesimen, pemerhati menumpukan perhatian kepada tingkah

laku yang ingin diperhatikan.  Satu tingkah laku yang ingin diperhatikan dikenal

pasti terlebih dahulu.

Page 206: Laman Pendidikan Khas

Kanak-kanak dijadikan sebagai spesimen untuk menguji sesuatu tingkah

laku yang telah dikenal pasti. Kanak-kanak diletakkan dalam sesuatu situasi

seperti di dalam bilik darjah dengan peristiwa atau keadaan tertentu.  Rekod

akan dicatatkan jika kanak-kanak tersebut menunjukkan tingkah laku yang telah

dikenal pasti untuk diperhatikan.

Nama kanak-kanak :Liyani         Umur :6 tahun                                Tarikh :25Julai 2008

Pemerhati :Jamilah                       Tempat :Bilikdarjah Melor             Masa :8.00 – 12.30

pg

Mata pelajaran :Matematik          Tingkah laku :Memukul rakan

Peristiwa Sebelum                     Peristiwa                                   PeristiwaSelepas      

Idris datang ke tempat               Yasir memukul tangan               Idrismengatakan

Yasir untuk meminjam               Idris apabila Idris ingin              Yasirseorang yang

pemadam.                                   meminjampemadam.                 kedekut.

Pada waktu bermain di              Yasir memukul belakang.           Hazwan menangis dan

luar kelas, Yasir beratur             Hazwan.                                     berlari ke arah guru.

menunggu giliran bersama

yang lain. Hazwan cuba

Page 207: Laman Pendidikan Khas

memotong giliran.

Ketika Yasir melukis,                 Tanpa berkata apa-apa,              Yana melontarkan pensel

Yana datang dan menegur         Yasir terus memukul                  warnake arah Yasir dan

Yasir ‘kenapa kamu guna           lengan Yana.                              menangis.

warna merah untuk daun?’

‘salah la warna merah,

warnahijau la.’

  

Page 208: Laman Pendidikan Khas

3.4  MENSAMPEL MASA

Pemerhati perlu mencatatkan kekerapan berlakunya sesuatu tingkah

laku yang dipamerkan dalam masa yang telah ditentukan.  Satu sela masa akan

ditetapkan dalam tempoh masa tersebut.  Tingkah  laku telah ditetapkan terlebih

dahulu sebelum pemerhatian dijalankan ke atas kanak-kanak tersebut. Di

samping itu, tingkah laku yang direkod ialah tingkah laku overt iaitu yang dapat

dilihat dengan jelas dan boleh dikira.  Tingkah laku berjaya menyelesaikan

masalah merupakan contoh tingkah laku yang tidak sesuai kerana tidak jelas

untuk diperhatikan oleh pemerhati.  Teknik ini efektif untuk dijalankan kerana ia

bersifat lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah terhad dan telah

ditentukan terlebih dahulu.

Page 209: Laman Pendidikan Khas

Namakanak-kanak :Rahimi                 Umur :6 tahun            Tarikh :8 Ogos 2008

Pemerhati :Norafiza

Tingkah laku:Bercakap sendirian dan mencubit rakan

Pemerhatianbermula :8.30 pagi

Sela masa :5minit

Pemerhatiantamat :9.00 pagi

Kekerapan

Sela masa

5

5

Page 210: Laman Pendidikan Khas

5

5

5

5

III

II II I

I

III I

II

I–Bercakapsendirian

 

I–Mencubitrakan

  

Page 211: Laman Pendidikan Khas

   

                                           

           

Berdasarkan contoh di atas, pemerhati ingin memerhatikan kekerapan

Rahimi bercakap sendirian dan mencubit rakan dalam tempoh setengah jam. 

Tempoh ini akan dibahagikan kepada sela masa selama 5 minit.  Oleh yang

demikian, pemerhati akan merekodkan berapa kali Rahimi bertingkah laku

sedemikian dalam setiap 5 minit.  Bagi memudahkan pemerhati mengecam

kekerapan yang tingkah laku yang ditonjolkan oleh Rahimi, pemerhati boleh

menggunakan pen yang warnanya berlainan bagi setiap tingkah laku seperti pen

berwarna biru bagi tingkah laku bercakap sendirian dan warna merah untuk

mencubit rakan. 

Page 212: Laman Pendidikan Khas

Justeru dapat di kesan bahawa Rahimi bercakap sendirian sebanyak dua

kali pada 5 minit pertama, tiga kali pada 5 minit ke dua, dua kali pada 5 minit ke

empat dan sekali pada 5 minit ke lima.  Namun pada 5 minit terakhir Rahimi tidak

bercakap sendirian.  Kekerapan ini berbeza untuk tingkah laku mencubit rakan. 

Rahimi hanya mencubit sekali pada 5 minit pertama, dua kali pada 5 minit ke

dua, sekali pada 5 minit ke tiga, dua kali pada 5 minit ke empat dan sekali pada 5

minit ke lima.  Teknik ini akan membantu pemerhati merekodkan kekerapan

berlakunya tingkah laku yang ingin diperhatikan itu.  Pemerhati juga boleh

mengulang teknik ini pada hari seterusnya.  Justeru, pemerhati akan

memperolehi satu data yang lengkap tentang kekerapan tingkah laku untuk

seminggu dan seterusnya.  

3.5  MENSAMPEL PERISTIWA

Teknik ini merupakan teknik yang memerlukan pemerhati menunggu dan

merekod tingkah laku yang telah dipilih.  Oleh sebab itu, pemerhati perlu

menentukan tingkah laku yang ingin diperhatikan terlebih dahulu.  Pemerhati

juga perlu memastikan kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.  Perkara

penting apabila pemerhati menggunakan teknik ini ialah pemerhati perlu

mencatatkan perkara yang berlaku sebelum dan selepas tingkah laku itu

ditunjukkan.  Oleh itu, pemerhati perlu mengambil peluang terhadap sesuatu

situasi yang berlaku kerana kanak-kanak mungkin menunjukkan tingkah laku

tersebut pada masa itu. Maka pemerhati hanya perlu menunggu dan

merekodkan tingkah laku tersebut.  Menerusi peristiwa dan tingkah laku yang

dipamerkan oleh kanak-kanak ini, guru dapat menghasilkan suatu rancangan

bagi mengatasi masalah yang berlaku.

Page 213: Laman Pendidikan Khas

Nama kanak-kanak :Hana                  Umur    :6 tahun                Tarikh :10Ogos 2008

Pemerhati :Aimi                                 Tempat:Bilik darjah Melor

Tingkah laku :Menyepak rakan

Masa              PeristiwaSebelum                  Peristiwa                    Peristiwa Selepas

9.00-                Hanabermain blok                  Hanamenyepak          Hana lari ke arah

9.30 pagi         bermain blok sendirian.          Adila.                          gurunya.

                        Adiladatang dan

mengacau blok Hana.

Page 214: Laman Pendidikan Khas

  

 

 

 

3.6  SENARAI SEMAK

Senarai semak merupakan satu senarai yang mengandungi item-item

spesifik berkenaan tingkah laku yang disusun secara teratur.  Di samping itu,

tingkah laku yang terkandung dalam senarai semak mestilah tingkah laku yang

jelas dan senang diperhatikan.  Senarai semak ini dijadikan alat untuk merekod

tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.

Teknik ini menjadi sangat bermanfaat apabila pemerhati ingin merekod

banyak tingkah laku terhadap kanak-kanak.  Guru hanya perlu menandakan

pada atau tingkah laku atau kemahiran yang disenaraikan untuk memastikan

Page 215: Laman Pendidikan Khas

sama ada kanak-kanak telah mempamerkan mahupun menguasai tingkah laku

atau kemahiran berkenaan. 

            Di samping itu, teknik ini sangat mudah untuk dianalisis kerana masa dan

tarikh sesuatu tingkah laku berlaku dapat dicatatkan untuk membuatkan rekod

menjadi lebih lengkap.  Senarai semak yang berbeza boleh digunakan untuk

pemerhatian yang berlainan.  Selain itu, senarai semak juga boleh boleh

dikumpul sekiranya pemerhati ingin memerhatikan kanak-kanak yang sama pada

tahun-tahun yang berikutnya namun tarikh perlu direkodkan pada item-item

tersebut.  Satu senarai semak boleh digunakan oleh seorang pemerhati dan

boleh juga digunakan oleh ramai pemerhati.  Senarai semak lazimnya

didasarkan pada objektif pengajaran.  Hal ini dapat membantu guru mengenal

pasti kelemahan yang dialami oleh kanak-kanak dalam kelasnya.

            Senarai semak juga senang untuk diinterpretasi berbanding satu

perenggan ayat yang panjang dan mengandungi deskripsi yang kompleks. 

Walau bagaimanapun, senarai semak perlu disediakan dengan berhati-hati dan

teliti.  Sekiranya pemerhati ingin menggunakan senarai semak yang dibuat

sendiri atau senarai semak yang sedia ada, pemerhati perlu memastikan setiap

item adalah objektif dan jelas.  Namun item-item yang terkandung dalam senarai

semak mestilah satu pernyataan yang tidak menghukum.  Ayat yang digunakan

perlulah positif dan tidak berulang-ulang.

SENARAI SEMAK MASALAH TINGKAH LAKU

Page 216: Laman Pendidikan Khas

Nama kanak-kanak : __________________                          Tarikh : __________

Nama pemerhati : ____________________

Tingkah laku sosial yang tidak sesuai

Kurang emapati dan prihatin kepada orang lain

Suka membuli dan menakutkan oranglain

Tidak menghormati hak orang lain seperti belajar tanpadiganggu

Tidak berasa bersalah dan kesal terhadap kesalahan yang

dilakukan

        Tidak bersopan dalamtingkah laku dan pertuturan

                                               

Page 217: Laman Pendidikan Khas

                       

Kawalan terhadap tingkah laku

Bertindak dan bercakap sebelum berfikir                                          

Menyampuk apabila orang lainbercakap       

Sukar bekerjasama dalam kumpulanseperti tidak boleh kalah          

dan menjadicepat marah

Sukar mengawal emosi

Keletihan menjadikannya semakin liar

Selalu bergerak           

Melupakan kerja yang dilakukankerana tertarik dengan aktiviti      

lain

                                                                                                                 

Page 218: Laman Pendidikan Khas

                                   

  

 

Page 219: Laman Pendidikan Khas

4.0  PENUTUP

Pengesanan pada peringkat awal dapat membantu kanak-kanak

berkeperluan khas untuk mendapat peluang pendidikan seperti kanak-kanak

normal yang lain. Peluang dan ruang perlu diberikan kepada semua kanak-kanak

istimewa ini agar mereka dapat berjaya dalam hidup.   Oleh yang demikian, guru

mahupun ibu bapa perlu mengambil berat tentang keperluan yang sepatutnya

dimiliki oleh anak-anak ini.  Teknik-teknik ini dapat digunakan bagi membantu

Page 220: Laman Pendidikan Khas

dan memudahkansemua pihak untuk mengesan kekurangan yang dihadapi oleh

kanak-kanak. 

Kanak-kanak istimewa tidak diminta untuk dilahirkan dengan memiliki

ketidakupayaan. Kanak-kanak ini berbeza dan memiliki kelebihan yang

tersendiri.  Ramai masyarakat yang memandang golongan istimewa ini dengan

pandangan yang penuh sinis.  Mereka dapat mengertikan maksud pandangan

yang dilemparkan oleh kita kepada mereka namun mereka tidak mampu

menzahirkan ketidakpuasan hati mereka itu.  Mereka punya hati dan perasaan. 

Mereka juga mempunyai naluri untuk disayangi dan dihargai.  Mereka tidak

mampu meminta tetapi kita sebagai manusia yang dilahirkan cukup sempurna

perlu menyayangi kanak-kanak yang memiliki keperluan khas dengan sepenuh

hati.  Semua pihak perlu menolong kanak-kanak ini supaya mereka juga dapat

berjaya dalam hidup kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kita.

Posted 14th January by nabila bayek

0

Add a comment

Jan

14

MODEL PENILAIAN DAN LANGKAH PENILAIAN

Pengenalan

Page 221: Laman Pendidikan Khas

Pengesanan, Diagnosis dan Penilaian Kanak-Kanak Khas ialah subjek

yang menekankan aspek pengesanan ketidakupayaan kanak-kanak.

Pengesanan ini dibuat pada kanak-kanak sebelum lahir, selepas lahir dan

sepanjang hayat hidup kanak-kanak tersebut. Ini adalah kerana untuk

mendapatkan rawatan yang sepatutnya terhadap kanak-kanak tersebut bagi

mengatasi masalah ketidakupayaan mereka.

Model –model Penilaian Kanak-kanak Khas dan Langkah-langkah dalam

Proses Peniliain kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Dalam hal ini, penilaian

terhadap kanak-kanak berkeperluan khas perlulah menekankan semua aspek

dalam menilai mereka. Aspek-aspek perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh perlu diberi perhatian yang sewajarnya supaya penilaian yang dibuat

tepat dan boleh dipercayai.

Kanak-kanak berkeperluan khas khususnya kanak-kanak yang mengalami

ketidakupayan adalah insan yang amat dahagakan kasih sayang dan rawatan.

Oleh yang demikian, penilai atau guru perlulah peka serta menilai mereka dari

segala aspek emosi dan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Dengan itu

peratusan kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan serius atau tidak dapat

dikurangkan.

Aspek-aspek yang akan dikupas dan diberi penekanan dalam penilaian

kanak-kanak berkeperluan khas ialah genetik, pengalaman masa lepas,

psikologi, pendidikan, emosi, persekitaran dan tingkah laku kanak-kanak yang

dinilai. Dengan itu, langkah-langkah yang sewajarnya dapat diambil oleh penilai

atau guru terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

Page 222: Laman Pendidikan Khas

Objektif

Penilai atau guru perlulah mempunyai objektif atau target dalam menilai

kanak-kanak berkeperluan khas ini. Antara objektif dalam menilai kanak-kanak

berkeperluan khas ini adalah ;

         Mengesan ketidakupayaan yang dihadapi kanak-kanak terbabait.

  Dengan melakukan penilaian ke atas kanak-kanak terbabit,

guru atau penilai dapat membuat laporan mengenai

ketidakupayaan kanak-kanak itu. seterusnya merujuk

kepada yang pakar seperti doktor untuk mengesahkan

ketidakupayaan mereka.

         Memberi rawatan yang sewajarnya tehadap ketidakupayaan

kanak-kanak terbabit.

  Selepas pakar atau doktor mengesahkan jenis ketidakupayan

kanak-kanak itu, ubat dan rawatan dapat diberikan dan

dijalankan bagi mengatasi dan menghalang lebih teruk

ketidakupayan itu.

         Meningkatkan perkembangan yang sihat bagi kanak-kanak

berkeperluaan khas ini.

  Kanak-kanak berkeperluan khas ini dapat dibentuk dan

dibantu meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan

tingkah laku mereka kearah yang lebih positif.

Pengenalan

Page 223: Laman Pendidikan Khas

Penilaian adalah salah satu komponen yang sangat penting dalam bidang

pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat

pelbagai teori berhubung dengan keperluan dan kepentingan proses penilaian

terhadap kanak-kanak khususnya kanak-kanak khas. Guru dan penilai perlu

mengetahui serta memahami teori-teori ini sebelim membuat penilaian terhadap

kanak-kanak tersebut. Dengan ini, penilai dan guru dapat menggunakan

pendekatan yang sesuai dengan penilaian yang ingin dilakukan. Bagi

mendapatkan output yang berkesan dan dipercayai, aspek-aspek perkembangan

kanak-kanak secara menyeluruh perlu diberi perhatian yang penuh dan teliti.

Langkah-langkah yang teratur dan rujukan yang terdiri daripada pelbagai

bidang dan kepakaran perlu diikuti oleh penilai. Dalam proses penilaian, model-

model penilaian perlu lah di ambil berat dan dipertimbangkan oleh semua pihak.

Terdapat enam model penilaian kanak-kanak khas iaitu Model Biogenik, Model

Psikodinamik, Model Psikopendidikan, Model Humanistik, Model Ekologi dan

Model Tingkah laku. Dalam melakukan penilaian,kesemua model ini perlu

diambil kira serta penilaian adlah berdasarkan keenam-enam model ini.

Model Biogenik

Model biogenik ini merujuk kepada faktor genetik dan perubatan

terhadap perkembangan kanak-kanak. Selain itu, ianya juga merujuk kepada

kesan genetik ke atas ketidakupayaan yang dimiliki oleh seorang kanak-kanak.

Ketidakupayaan mental yang dipanggil ’Phenyketonuria’ merupakan kesan

kekurangan enzim yang diperlukan untuk memproses protein di dalam badan.

Dengan itu, berlakunya pembentukan sejenis asid yang dipanggil asid

phenypuric yang boleh merosakkan saraf-saraf otak. Bayi yang lahir pramatang

juga mempunyai risiko ketidakupayan mental mahupun ketidakupayaan fizikal.

Ini adalh kerana bayi yang songsang ketika dilahirkan.

Page 224: Laman Pendidikan Khas

Ketidakupayaan ini dapat dikawal jika pengesanan dibuat lebih awal.

Kebiasaannya pakar kanak-kanak atau psikiatris akan memberikan ubat yang

tertentu untuk dimakan bagi mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut.

Kandungan asid dalam diet yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut

haruslah rendah. Pengambilan makanan seperti jeruk dan minuman berkarbonat

perlulah dielakkan. Model ini juga menekankan aspek penjagaan makanan

kesihatan yang baik bagi bakal ibu, ibu itu sendiri dan juga bayi di dalam

kandungan.

Dalam aspek penilaian kanak-kanak, guru ataupun penilai perlu

mengumpul maklumat berkaitan sejarah dan rekod kesihatan keluarga kanak-

kanak terbabit. Hal ini penting bagi mengesan ketidakupayaan yang mungkin

berkaitan dengan genetik. Melalui rekod kesihatan ini memudahkan penilai

mengesan jenis-jenis ubat yang pernah dan sedang diambil oleh kanak-kanak

berkenaan.

Model psikodinamik

Model ini menyatakan bahawa perkembangan dan ketidakupayaan

seseorang kanak-kanak itu berkait rapat dengan pengalaman masa lepas.

Sebagai contoh jika seseorang ibu itu sedang hamil dan dia mengalami tekanan

yang teruk, boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Bayi yang

dilahirkan itu mungkin akan mengalami tahap kemurungan yang tinggi. Ini adalah

kerana otak kita mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian sedar, bahagian

separa sedar dan bahagian tidak sedar. Bahagian yang tidak sedar ini

mempunyai tahap pengaruh terhadap diri kanak-kanak yang tinggi berbanding

Page 225: Laman Pendidikan Khas

bahagian yang lain. Masa lampau mempengaruhi perkembangan dan

ketidakupayaan terhadap masa hadapan kanak-kanak terbabit.

Aspek penting yang ditekankan dalam model ini ialah pengalaman masa

lalu dalam hidup seorang kanak-kanak kan mempengaruhi pembelajaran dan

tugas-tugas perkembangannya. Oleh yang demikian penilai haruslah

bertanyakan soalah berkaitan pengalaman lalu dan juga latar belakang kanak-

kanak terbabit semasa melakukan penilaian. Maklumat ini boleh didapati

daripada mereka yang rapat dengan kanak-kanak tersebut sama ada ibu bapa,

penjaga atau pun pengasuh mereka.

Semasa penilaian dilakukan, interaksi aktif diantara penilai dan kanak-

kanak yang dinilai amat penting. Sebagai contoh, ketika kanak-kanak yang dinilai

itu sedang menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan yang diberikan. Penilai

dapat memberikan idea terhadap apa yang sedang dibuat mereka dan di

samping itu bertanyakan kanak-kanak itu apa yang sedang mereka fikirkan

ketika menyelesaikan masalah itu. Hal ini penting kerana ketidakupayaan kanak-

kanak itu untuk menjalankan fungsi yang normal mungkin ada kaitan dengan

pengalaman lalu dalam sejarah hidupnya. Selain itu, kanak-kanak yang pernah

terjatuh dan mengalami kesakitan atau dia mungkin telah dimarahi oleh ahli

keluarganya kerana ketidakupayaan itu. Oleh yang demikian, Bigge dan Stump

(1999) bersetuju bahawa model ini merupakan satu contoh pendekatan

konstruktivis iaitu satu pendekatan yang boleh membina keyakinan diri kanak-

kanak.

Manakala dalam Model Penilaian Psikodinamik Fueerstein’s (1979),

penilai berinteraksi dengan kanak-kanak melalui proses meditasi. Ini

Page 226: Laman Pendidikan Khas

menunjukkan bahawa apa yang berlaku di dalam minda seseorang adalah

sangat penting dan perlu diberi pertimbangan. Ini kerana perkara yang berlaku

dalam minda kanak-kanak itu mungkin merupakan pengalaman yang pernah

atau sedang dilaluinya. Antara tindakan yang boleh diambil bagi mengatasi dan

mengawal ketidakupayaan kanak-kanak tersebut ialah psikoterapi. Dengan ini

dapat menyembuhkan emosi dan keyakinan diri kanak-kanak itu dalam untuk

berhadapan dengan pengalaman masa lalu itu dan cuba untuk mengatasinya.

Model Psikopendidikan

Model Psikopendidikan menyatakan bahawa bidang psikologi tidak boleh

dipisahkan daripada bidang pendidikan. Psikologi dalam pendidikan amat

penting bagi membantu guru untuk memahami tugas-tugas dan tahap

perkembangan kanak-kanak di bawah jagaanya. Perkembangan yang lazimnya

dinilai dalam aspek pendidikan ialah perkembangan kognitif, emosi dan sosial.

Setiap masalah tingkah laku dan masalah pembelajaran yang berkaitan dengan

aspek-aspek tersebut memerlukan pendekatan psikologi sebagai langkah

penyelesaian.

Oleh yang demikian, model ini menekankan pemilihan bahan

pembelajaran atau alat bantu mengajar (ABM) dan teknik pengajaran yang

sesuai dengan tahap keupayaan perkembangan kanak-kanak. Antara contoh

alat bantu mengajar adalah yang boleh disentuh, dilihat dan dirasai oleh kanak-

kanak. Dengan penggunaan deria yang maksimum akan meningkatkan

pengetahuan yang bermakna bagi mereka. Selain itu, model ini juga

menekankan aspek fizikal bilik darjah atau bilik tadika yang selesa seperti

mempunyai pencahayaan dan pengudaraan yang baik dan sempurna.

Penerimaan oksigen yang mencukupi dapat meningkatkan lagi perkembangan

kognitif kanak-kanak tersebut.

Page 227: Laman Pendidikan Khas

Semasa penilaian dilakukan terhadap kanak-kanak ini, guru atau penilai

perlu mengumpul maklumat yang berkaitan dengan ketidakupayaan mental,

emosi dan sosial kanak-kanak tersebut. Sebagai contoh, guru boleh membuat

penilaian adakah kanak-kanak tersebut akan menangis atau merajuk ketika

melakukan sesuatu aktiviti seperti pengelasan diantara binatang peliharan

dengan binatang liar. Disamping itu juga penilai haruslah meletakkan harapan

yang realistik terhadap tahap perkembangan dan tahap pencapaian kanak-

kanak. Ini kerana jika guru atau penilai meletakkan harapan yang tidak realistik

terhadap kanak-kanak tersebut, ianya boleh menimbulkan konflik dan tekanan

dalam diri kanak-kanak (Asas Psikologi Perkembangan, 1994).

Sokongan merupakan motivasi yang penting dalam model ini. Misalnya,

kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan emosi perlu dibawa berbincang

mengenai masalah tersebut. Ini kerana mungkin ada faktor psikologi yang

mendorong kepada ketidakupayaan tersebut. Kaedah ini dinamakan

perbincangan teraputik iaitu perbincangan terapi atau kaunseling.

Model Humanistik

Model ini menekankan aspek emosi. Setiap manusia mempunyai emosi

tersendiri tidak kira sempurna atau tidak berkeupayaan. Perkembangan emosi

adalah sangat penting sebagai asas kepada perkembangan kognitif dan sosial.

Terdapat dua jenis emosi iaitu emosi yang sihat dan emosi yang tidak sihat.

Emosi yang sihat seperti gembira, tenang dan harmoni merupakan unsur yang

penting sebelum kanak-kanak itu bersedia untuk mempelajari sesuatu.

Page 228: Laman Pendidikan Khas

Guru atau penilai harus bersedia untuk melayan karenah kanak-kanak

serta mendengar pendapat mereka. Dengan ini kanak-kanak akan rasa lebih

dihormati dan dihargai sebagai individu. Sebagai guru, kita hendaklah menerima

segala kekurangan dan kelebihan kanak-kanak di bawah tanggungjawab kita

secara adil dan tanpa ada pilih kasih di antara mereka. Penerimaan orang

sekeliling kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa, pengasuh, jiran, guru dan

masyarakat sekitarnya amat penting dalam membantu kanak-kanak mencapai

tahap perkembangan yang sihat.

Pengesanan di peringkat yang lebih awal boleh mengurangkan risiko

untuk mendapat sesuatu ketidakupayaan serta membantu kanak-kanak tersebut

mengatasi ketidakupayaan yang dimilikinya dengan lebih cepat. Menurut Roger

(1956), manusia mempunyai kebebasan untuk memahami diri, mempengaruhi

dan mengawal perlakuannya. Maka model ini mengutamakan kaedah

pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami dan menerima

ketidakupayaan dirinya supaya dapat mencapai perkembangan diri sepenuhnya.

Ini juga berkaitan dengan Teori Konsep Kendiri yang dipelopori oleh Roger

(1951). Tingkah laku yang memberi kejayaan dan kepuasan diri akan diulang

dan ianya dapat meningkatkan kosep kendiri dan juga penerimaan kendiri kanak-

kanak itu.

Dari segi perspektif Humanistik, manusia sentiasa aktif dan bukan

menunggu untuk dirancang atau diarah oleh orang lain. Dalam hal ini kanak-

kanak juga perlu diberi peluang untuk berjaya. Sebagai contoh jika seorang

kanak hiperaktif telah menunjukkan tingkah laku yang baik iaitu dapat melukis

dengan baik tanpa mengganggu orang lain, kanak-kanak itu harus diberi pujian

supaya dia boleh merasai satu kejayaan dan cuba untuk mengulangi tingkah

laku sedemikian. Pengalaman seperti ini akan membantu kanak-kanak menjadi

Page 229: Laman Pendidikan Khas

peka kepada alam sekitarnya dan bermotivasi untuk mencapai kepuasan diri.

Manakala dari aspek penilaian pula, guru atau penilai harus mengenalpasti

status emosi kanak-kanak terbabit. Dengan itu guru atau penilai dapat mengesan

punca wujudnya emosi yang sedemikian.

Model Ekologi

Model ini merujuk kepada interaksi manusia dengan persekitarannya.

Samson (1985) pernah menyebut bahawa ketidakupayaan seperti cacat mental

bukanlah sesuatu sifat yang dimiliki oleh seseorang itu secara individu

sebaliknya ia dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan masyarakat di

sekelilingnya.

Persekitaran sosial kanak-kanak boleh mempengaruhi keupayaan dan

ketidakupayaan kanak-kanak itu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang menghidapi

ketidakupayaan ’cerebral palsy’ yang pada masa kini selesa menggunakan

kerusi roda untuk bergerak. Tetapi dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu,

mungkin kebanyakkan daripada penghidap ketidakupayaan ini akan tersingkir

jauh daripada masyarakat malah mungkin juga berisiko untuk berhadapan

dengan kematiaan. Ini kerana faktor nilai dan faktor budaya sains dan teknologi

masyarakat.model ini juga menyarankan intervensi awal bagi kanak-kanak yang

mempunyai ketidakupayaan tertentu. Terdapat dua tujuan asas bagi model

panilaian ini iaitu ;

a)    Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan senario pendidikan,

sosial dan budaya masyarakat setempat di mana kanak-kanak itu

membesar dan akan memberikan sumbangan kelak.

Page 230: Laman Pendidikan Khas

b)    Menentukan sumber-sumber dan sokongan yang diperlukan oleh

kanak-kanak yang berkenaan iaitu yang tidak berkeupayaan untuk

menjadi sebahagian daripada individu yang berguna kepada diri dan

masyarakat.

Model ini juga menyarankan agar setiap individu sama ada kanak-kanak

atau dewasa memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan

seorang kanak-kanak.

Model Tingkah laku

Menurut Watson, tingkah laku manusia dipengaruhi oleh unsur

rangsangan dari persekitaran dan bukan unsur-unsur dalaman manusia. Beliau

juga menegaskan bahawa tingkah laku seperti pemikiran dan emosi dipelajari

melalui kebiasaan. Model tingkah laku ini juga bemaksud bahawa tingkah laku

manusia dibentuk dan disokong oleh proses peneguhan dan pengalaman yang

dilaluinya. Selain itu, model ini juga dikaitkan dengan proses penyelesaian

masalah dan proses pembelajaran. Proses pembelajaran dengan kaedah

cubajaya dipercayai dapt membentuk dan mengekalkan sesuatu tingkah laku

yang diingini.

Rangsangan merupakan input yang penting dalam pembentukan tingkah

laku. Rangsangan dan gerak balas tersebut berlaku melalui beberapa hukum

seperti kesediaan dan peneguhan. Kesediaan ini bermaksud dari segi mental,

emosi dan fizikal. Manakala peneguhan ialah galakkan yang diberi kepada

pencapaian yang dingini.  Satu lagi aspek yang penting menurut model ini ialah

modifikasi tingkah laku. Ini bermaksud tindakan yang segera oleh guru atau ibu

Page 231: Laman Pendidikan Khas

bapa untuk memperbetulkan sesuatu tingkah laku kanak-kanak yang dianggap

kurang baik.

Penilaian yang dilakukan haruslah menyeluruh. Tingkah laku kanak-kanak

itu semasa di dalam kelas, semasa sedang membuat aktiviti, semasa bermain

dan ketika mereka berada di rumah perlu diteliti dengan jelas. Maklumat boleh

penilai dapati daripada ibu bapa, pengasuh atau mereka yang rapat dengan

kanak-kanak tersebut. Ada sesetengah kanak-kanak- nakal ketika berada diluar

rumah atau di tempat asing tetapi berkelakuan elok ketika berada di rumah.

Model panilaian ini penting untuk mencari penyelesaian bagi tingkah laku yang

bermasalah.

PENGENALAN   PROSES   PENILAIAN   KANAK-KANAK   BERKEPERLUAN  

KHAS

Perkembangan  setiap  individu  adalah  berbeza  antara  satu  sama 

lain.  Begitu  juga  halnya  dengan  perkembangan  kanak-kanak  berkeperluan 

khas.  Seperti  mana  yang  diketahui,  kanak-kanak  ini  mempunyai 

kekurangan  dari  segi  fizikal  dan  kognitif    sehingga  menyebabkan  tahap 

perkembangan  mereka  sangat  lambat  berbanding  dengan  kanak-kanak 

normal. Oleh  itu,  satu  proses  penilaian  harus  dijalankan  bagi  memastikan 

ketidakupayaan  mereka  dapat  dikesan  seawal mungkin  agar  perkembangan 

mereka  tidak  terbantut  ataupun  terlewat  dari  segi  umur  kronologi  mereka.

Jika  proses  penilaian  ini  tidak  dijalankan  pada  peringkat  awal, 

ketidakupayaan  yang  dialami  oleh  kanak-kanak  tersebut  akan  mengambil 

jangka  masa  yang  panjang  untuk  dikkembangkan  dari  segi  sosial,  mental, 

bahasa,  komunikasi  dan  pertuturan,  motor  serta  jagaan  diri. 

Proses  penilaian  ini  terdiri  daripada  empat  langkah,  iaitu:

Page 232: Laman Pendidikan Khas

  Penilaian  pengesanan

  Penilaian  diagnostik

  Penilaian  perkembangan

  Penilaian  pencapaian 

Semua  langkah  dalam  proses  penilaian  ini  bukan  hanya 

berdasarkan  pandangan  sebelah  pihak  sahaja,  tetapi  melibatkan  pelbagai 

peringkat  masyarakat.  Ibu  bapa,  guru  prasekolah  dan  guru  pendidikan 

khas,  pakar-pakar  psikologi,  pakar-pakar  kanak-kanak  serta  pihak-pihak  lain 

harus  memainkan  peranan  masing-masing  dan  bekerjasama  antara  satu 

sama  lain. 

Selain  itu,  proses  penilaian  ini  juga  harus  dilakukan  secara  teratur 

mengikut  urutan  langkah-langkah  yang  betul.  Hal  ini  adalah  untuk 

mendapatkan  keputusan  penilaian  yang  terbaik  untuk  masa  depan  kanak-

kanak.  Selain  itu,  kanak-kanak  juga  dapat  diberikan  perkhidmatan  serta 

rawatan  yang  paling  sesuai  mengikut  potensi  diri  mereka  yang  dapat

dikembangkan.  Dengan  adanya  penilaian  ini  juga,  maka  mereka  juga 

boleh  mendapatkan  pendidikan  untuk  kehidupan  yang  lebih  bermakna. 

Secara  kesimpulannya,  kanak-kanak  berkeperluan  khas  mempunyai 

hak  untuk  menjalani  hidup  seperti  mana  individu  lain  di  dunia  ini.  Proses 

penilaian  ini  sekurang-kurangnya  menjadi  satu  jalan  kepada  mereka  untuk 

berbuat  demikian. 

Page 233: Laman Pendidikan Khas

PENILAIAN PENGESANAN

Penilaian  pengesanan  merupakan  langkah  paling  awal  dalam  proses 

penilaian  kanak-kanak  khas.  Sesuai  dengan  nama  penilaian  ini,  penilaian 

pengesanan bertujuan untuk  mengesan simptom-simptom  yang  menunjukkan 

ketidakupayaan  seseorang  kanak-kanak. 

Penilaian  ini  merupakan  sebuah  penilaian  yang  tidak  formal.  Selain 

itu  juga,  penilaian  ini  harus dilakukan  oleh  orang  yang  rapat  dengan 

kanak-kanak  terbabit  seperti  ibu bapa,  guru  atau  pengasuh  serta  dilakukan 

di  tempat  kanak-kanak  meluangkan  paling  banyak  masa  seperti  di  sekolah 

dan  di  rumah.  Hal  ini  adalah  supaya  kanak-kanak  berasa  selesa  dengan

persekitarannya  dan  dapat menunjukkan  karakternya  yang  sebenar.  Kanak-

kanak  juga  sering  kali  berasa  kekok  dan  janggal  apabila  berhadapan 

dengan  orang  yang  tidak  dikenalinya.  Jadi  adalah  sangat  penting 

sekiranya  kanak-kanak  mampu  untuk  memberikan  respon  mereka  yang 

paling  ‘natural’  terhadap  penilai. 

Secara  lazimnnya,  ibu  bapa  kanak-kanak  yang  disyaki  mempunyai 

ketidakupayaan  akan  memerhatikan  tingkah  laku  anak-anak  mereka  di 

rumah  dan  cuba  mengenalpasti  simptom-simptom  berkaitan.  Seterusnya, 

mereka  akan  mencatatkan  pemerhatian  tersebut  untuk  diserahkan  kepada 

guru  prasekolah  kanak-kanak  terbabit.  Harus  diingati  bahawa  pemerhatian 

ini  bukan  sahaja  dilakukan  untuk  sehari  dua,  tetapi  untuk  tempoh  yang 

panjang.  Sekurang-kurangnya  tiga  bulan  bagi  memastikan  kesahihan 

simptom  tersebut  adalah  benar-benar  simptom  ketidakupayaan.

Page 234: Laman Pendidikan Khas

Di  pihak  guru  pula,  penilaian  turut  dijalankan  secara  pemerhatian 

namun  mengikut  cara-cara  yang  sudah  ditetapkan  seperti  senarai  semak, 

anekdot,  atau  catatan  berterusan.  Kebiasaannya,  kebanyakan  guru 

menggunakan  senarai  semak  yang  dihasilkan  mengikut  enam  model 

pengesanan  ketidakupayaan  iaitu:

  Model  biogenik

  Model  psikodinamik

  Model  psikopendidikan

  Model  humanistik

  Model  ekologi

  Model  tingkah  laku

Terdapat  tiga  cara  untuk  membolehkan  kanak-kanak  khas  dikesan:

  Ibu  bapa  akan  dimaklumkan  oleh  pihak  sekolah  sekiranya  anak 

mereka  menunjukkan  tingkahlaku  atau  pencapaian  serta 

keputusan  yang  tidak  seiring  dengan  rakan-rakannya  yang  lain. 

Selain  pemakluman,  ibu  bapa  akan  turut  dibawa  berbincang 

untuk  mendapatkan  maklumat  tentang  tingkahlaku  anak  di  rumah.

  Guru  kelas  ataupun  mana-mana  guru  yang  mengajar  seseorang 

kanak-kanak  dapat  mengenalpasti  masalah  atau  simptom 

mencurigakan  tentang  kanak-kanak  tersebut.

Page 235: Laman Pendidikan Khas

  Ibu  bapa  sendiri  tampil  ke  hadapan  dan  meminta  bantuan  pihak 

sekolah  bagi  mengesan  masalah  anak-anak.  Hal  ini  terjadi 

apabila  ibubapa  dapat  merasakan  bahawa  anak-anak  merka  tidak 

mengalami  perkembangan  sewajarnya  megikut  usia  kronologi 

mereka  seperti  mana  kanak-kanak  lain.  Di  sini,  pihak sekolah 

harus  memberikan  kerjasama   terhadap  ibu  bapa  seperti 

menerangkan  tindakan  yang  boleh  diambil  terutamanya  bagi 

ibubapa  yang  tiada  pendidikan.    

Dengan  adanya  penilaian  pengesanan,  kita  dapat  mengetahui 

ketidakupayaan  kanak-kanak  pada  peringkat  yang  paling  awal  sekaligus 

dapat  menyediakan  rancangan  serta  persediaan  yang  sesuai  berdasarkan 

keperluan  kanak-kanak  tersebut.  Selain  itu,  kebolehan  serta  kelemahan 

kanak-kanak  dapat  dikenal  pasti.  Oleh  itu,  kelemahan   ini  boleh 

dimanipulasikan  agar  tidak  menjadi  penghalang  kepada  perkembangan 

kanak-kanak. 

Selepas  penilaian  ini  dijalankan,  semua  hasil  penilaian  akan 

dikumpulkan  oleh  guru  agar  satu  laporan  yang lengkap  dapat  dihasilkan. 

Di  dalam  laporan  ini,  semua  maklumat  berkenaan  kanak-kanak  tersebut 

akan  dimasukkan  dan  menjadi  rujukan  bagi  pakar  apabila  ia  diserahkan 

kepada  mereka.  Pakar  seterusnya  akan  mengaplikasikan  serta 

menganalisis  data-data  tersebut  dalam  langkah  penilaian  seterusnya,  iaitu 

penilaian  diagnostik.

Laporan  penilaian  juga  boleh  disimpan  oleh  ibu  bapa  dan  pihak 

sekolah  sebagai  rekod  kanak-kanak.  Jadi,  apabila  kanak-kanak  berkenaan 

Page 236: Laman Pendidikan Khas

berpindah  atau  meneruskan  persekolahan  di  sekolah  lain,  kanak-kanak  itu 

tidak  perlu  menjalani  prosedur  yang  sama  berulang  kali  sekaligus 

memudahkan  semua  pihak  terutama  sekali  kanak-kanak  yang  melalui 

penilaian.   

PENILAIAN   DIAGNOSTIK

Diagnostik  boleh  didefinasikan  sebagai  “discovery  and  identification 

of  diseases  from  the  examination  of  symptoms”  (  School  Dictionary,2003  )

.  Oleh  itu,  bolehlah  disimpulkan  bahawa  penilaian  ini  bermaksud 

pengenalpastian  penyakit  atau  ketidakupayaan  daripada  pemeriksaan 

symptom  berkenaan. 

Penilaian  diagnostik  merupakan  satu  penilaian  yang  dilakukan 

selepas  penilaian  pengesanan.  Berbeza  dengan  penilaian  pengesanan 

yang  dilakukan  secara  tidak  formal,  penilaian  diagnostik  pula  dilakukan 

secara  formal  oleh  golongan  yang  bertauliah  seperti  pakar  psikologi  kanak-

kanak,  pakar  psikiatri  atau  pakar  kanak-kanak  (  peadetrician  ).

Penilaian  ini  dijalankan  berdasarkan  laporan  penilaian  pengesanan. 

Pakar-pakar  yang  melakukan  penilaian  diagnostik  akan  merujuk  kepada 

laporan  tersebut  dan  menganalisisnya  dengan  lebih  mendalam  dan 

komprehensif.  Selepas  selesai  melakukan  penilaian  diagnostik,  pakar  akan 

menyediakan  satu  laporan  yang  lengkap  tentang  ketidakupayaan  kanak-

kanak  berkenaan  dan  mengesahkan  ketidakupayaan  tersebut. 

Walaubagaimanapun,  penilaian  ini  harus  dilakukan  oleh  dua  atau  tiga 

orang  pakar  bagi  mendapatkan  keputusan  diagnostik  yang  tepat.  Sekiranya 

Page 237: Laman Pendidikan Khas

terdapat  laporan  diagnostik  pakar-pakar  tersebut  yang  bercanggah  antara 

satu  sama  lain,  maka  ibu  bapa  haruslah  mendapatkan  pandangan  pihak 

ketiga  agar  diagnostik  yang  paling  konsisten  dapat  diperolehi. 

Penilaian  ini  bertujuan  untuk  menentukan  serta  mengkategorikan 

ketidakupayaan  seseorang  kanak-kanak  secara  khusus.  Dengan  adanya 

penentuan  ini,  terdapat  banyak  manfaat  yang  boleh  diperolehi  oleh  kanak-

kanak  terbabit. 

Dari  segi  akademik,  penempatan  yang  sesuai  untuk  kanak-kanak 

berketidakupayaan  ini  dapat  ditentukan  mengikut  kesesuaian  serta 

keperluan  kanak-kanak.  Hal  ini  membolehkan  mereka  belajar  dengan  lebih 

selesa,  sekaligus  meningkatkan  kebolehan  serta  kekuatan  yang  mereka 

miliki.  Guru-guru  juga  dapat  menyediakan  satu  proses  pengajaran  dan 

pembelajaran  yang  sesuai  dan  efektif  dengan  ketidakupayaan  kanak-kanak 

tersebut. 

Dari  aspek  perubatan  pula,  kanak-kanak  berketidakupayaan  boleh 

mendapatkan  rawatan  dan  mengambil  ubat-ubatan  yang  diperlukan  untuk 

merawat  ketidakupayaan  mereka.  Sebagai  contoh,  sekiranya  seorang 

kanak-kanak  didiagnosis  dengan  ketidakupayaan  Autisme,  pakar  boleh 

mengesyorkan  ubat-ubatan  yang  boleh  diambil  oleh  kanak-kanak  ini. 

Secara  klinikal,  ubat-ubatan  ini  tidak  boleh  menghapuskan  simptom-

simptom  Autisme  tetapi  ia  boleh  bertindak  sebagai  agen  pengawal  bagi 

masalah  tingkah  laku  mereka.  Sekurang-kurangnya,  keadaan  ini  akan  lebih 

memudahkan  semua  pihak  berbanding  jika  kanak-kanak  tersebut  langsung 

tidak  mendapat  sebarang  rawatan.

Page 238: Laman Pendidikan Khas

Penilaian  diagnostik  ini  turut  memberi  menfaat  kepada  kanak-kanak 

berketidakupayaan  dari  aspek  perkhidmatan.  Laporan  diagnostik  ini  boleh 

digunakan  oleh  kanak-kanak  tersebut  untuk  mendaftar  sebagai  golongan 

orang  kurang  upaya  dan  dibekalkan  dengan  kad OKU.  Selain  itu,  ibu  bapa 

yang  tidak  berkemampuan  dari  segi  wang  ringgit  terutamanya  boleh 

menggunakan  laporan  diagnostik  ini  untuk  mendapatkan  bantuan 

kewangan  atau  sumbangan  kebajikan  untuk  kegunaan  anak  mereka. 

Kanak-kanak  yang  didiagnosis  sebagai  penghidap  Cerebral  Palsy 

contohnya  boleh  memohon  untuk  mendapat  bantuan  kerusi  roda. 

Kesimpulannya,  penilaian  diagnostic  sangat  penting  kerana  ia  adalah 

untuk  menentukan  ketidakupayaan  kanak-kanak  secara  spesifik  agar 

langkah-langkah  tertentu  dapat  diambil  oleh  ibu  bapa  dan  guru  dapat 

diambil  untuk  masa  depan  kanak-kanak  tersebut.      

PENILAIAN   PERKEMBANGAN

Setelah  penilaian  diagnostik  dijalankan  oleh  pakar-pakar  psikologi,

pakar  psiakiatri  dan  pakar  kanak-kanak,  laporan  diagnostik  tersebut  akan 

diedarkan  kepada  pihak-pihak  yang  berkenaan  seperti  kepada  pihak 

sekolah.

Perkembangan  adalah  perubahan  secara  kuantitatif  serta  kualitatif 

dan  berlaku  semenjak  kita  lahir  ke  dunia  sehinggalah  ke  akhir  hayat  kita. 

Kadar  perkembangan  setiap  insan  adalah  berbeza  dan  dan  dipengaruhi 

oleh  faktor  baka  dan  persekitaran.  Sudah  semestinya  perkembangan 

kanak-kanak  berketidakupayaan  adalah  lebih  lambat  berbanding  dengan 

Page 239: Laman Pendidikan Khas

kanak-kanak  normal.  Ketidakupayaan  mereka  sering  kali  menjadi  satu 

halangan  bagi  mereka  untuk  berkembang  dengan  sepenuhnya.  Namun  ini 

tidak  bermakna  mereka  langsung  tidak  mempunyai  keupayaan  untuk 

berkembang.

Bagi  kanak-kanak  berketidakupayaan,  mereka  akan  menjalani 

penilaian  perkembangan  secara  berterusan  untuk  satu  jangka  masa. 

Penilaian  ini  boleh  dilakukan  oleh  guru  prasekolah,  guru  bahasa  ataupun 

ibu  bapa  kanak-kanak  itu  sendiri.  Penilaian  perkembangan  ini  selalunya

melibatkan  lima  domain  utama  kanak-kanak  iaitu:

  Sosial -  aspek  ini  melibatkan  kebolehan  kanak-kanak  yang  dinilai 

untuk  berinteraksi  serta  berkomunikasi  dengan  rakan-rakannya 

mahupun  individu  lain  yang  terdapat  di  sekelilingnya.  Selain  itu, 

cara  mereka  bertindak  dalam  situasi  sosial  sama  ada  dalam 

permasalahan  antara  rakan-rakan  ataupun  semasa  perbincangan 

dijalankan  turut  diambil  kira.

  Mental – aspek  ini  melibatkan  perkembangan  dari  segi  kognitif 

seseorang  kanak-kanak.  “  Menurut  Piaget,  perkembangan  kognitif 

atau  pemikiran  manusia  adalah  disebabkan  proses  asimilasi  dan 

akomodasi.  Unit  asas  pemikiran,  yang  disebut  skema  berubah 

dari  segi  struktur  apabila  berhadapan  dengan  pengalaman  baru  “ 

(Teori  Piaget  menurut  Mohd.  Sharani  Ahmad)

  Motor – motor  merupakan  satu  aspek  perkembangan  dalam 

pergerakan  seseorang.  Motor  terbahagi  kepada  dua,  iaitu  motor 

kasar  dan  motor  halus.  Motor  kasar  merupakan  pergerakan  yang 

melibatkan  penggunaan  dan pengawalan  otot  besar  manakala 

motor  halus  hanya  melibatkan  penggunaan  otot  kecil  sahaja 

dalam  pergerakan.  Contoh  motor  kasar  ialah  duduk,  berlari, 

Page 240: Laman Pendidikan Khas

berjalan  dan  lain-lain  lagi.  Motor  halus  pula  melibatkan 

pergerakan  seperti  meenulis,  membaca  dan  sebagainya.

  Bahasa,  komunikasi  dan  pertuturan – bahasa  merupakan 

penggunaan  simbol,  sintaksis,  dan  tatabahasa  apabila 

berkomunikasi  dengan  orang  lain.  Mohd.  Sharani  Ahmad  dalam 

bukunya  menyatakan  bahawa  komunikasi  merupakan  satu  proses 

yang  membabitkan  penyampai  dan  penerima  yang  menyampaikan 

dan  menerima  maklumat  dan  meninggalkan  kesan. Pertuturan 

pula  ialah  pergerakan  motor  yang  digunakan  dalam  komunikasi. 

  Jagaan  diri – aspek  ini  merujuk  kepada  aktiviti  yang  melibatkan 

proses  pengaturan  dan  penjagaan  diri  seperti  makan  sendiri, 

mandi  dan  menggosok  gigi.

                                   

Berdasarkan  lima  domain  di  atas,  kanak-kanak  akan  dinilai  di 

samping  diberi,  diajar  dan  ditambahkan  lagi  perkembangan  yang  belum 

dicapai  oleh  kanak-kanak.  Dengan  adanya  penilaian  ini,  masalah  yang 

melibatkan  kanak-kanak  berketidakupayaan  dapat  dicegah  daripada 

berlarutan.  Mereka  akan  terus  diajar  dengan  kemahiran  yang  belum  dapat 

dikuasai  melalui  program  pengajaran  dan  pembelajaran  seperti  biasa 

sehingga  mereka  mampu  untuk  menguasai  kemahiran  tersebut.  Selain  itu, 

penilaian  ini  juga  mampu  meningkatkan  kebolehan  seseorang  kanak-kanak.

Melalui  program  pembelaajaran  yang  sesuai  dengan  bakat  dan  kebolehan 

mereka,  bakat  dan  kebolehan  tersebut  akan  diasah  agar  dapat  mencapai 

tahap  kemahiran  yang  paling  optimum.  Tahap  kelemahan  dan  kekuatan 

mereka  juga  dapat  diketahui  melalui  penilaian  ini.

Page 241: Laman Pendidikan Khas

Bagi  kanak-kanak  yang  dapat  menguasai  kemahiran  3M  selepas 

menjalani  penilaian  perkembangan,  mereka  akan  melalui  penilaian 

pencapaian.  

PENILAIAN   PENCAPAIAN

Penilaian  pencapaian  dilakukan  bagi  mengukur  apa  yang  telah 

dipelajari  oleh  kanak-kanak.  Selain  itu,  ia  juga  adalah  untuk  mengenalpasti 

kanak-kanak  yang  boleh  diinklusifkan  ke  dalam  kelas  kanak-kanak  normal 

atau  diintergrasikan  ke  sekolah  khas. 

Pada  peringkat  rendah,  kanak-kanak  akan  diuji  dari  segi  kemahiran 

3M,  iaitu  membaca,  mengira  dan  menulis. Pada  peringkat  yang  lebih  tinggi 

pula,  kanak-kanak  akan  dinilai  dalam  matapelajaran  seperti  Bahasa 

Malaysia,  Bahasa  Inggeris,  Matematik,  Sains  dan  Pendidikan  Moral. 

Kesemua  matapelajaran  ini  akan  menguji  kanak-kanak  dari  segi  membaca, 

mengira,  menulis,  memahami  dan  menyelesaikan  masalah.  Penilaian  ini 

boleh  dilakukan  secara:

  Pemerhatian –  aspek-aspek  yang  sukar  dikesan  seperti  sikap, 

perlakuan  atau  amalan,  amali,  kemahiran  manipulatif,  kemahiran 

bersosial  dan  lain-lain  lagi  tidak  boleh  dinilai  secara  bertulis. 

Oleh  itu,  cara  penilaian  ini  perlu  untuk  membolehkan  penilaian 

dari  segi  kualitatif.  Pemerhatian  rekod  murid,  keputusan 

kemajuan  dan  pencapaian  yang  lalu  membolehkan  guru 

mengenal  pasti  masalah  pembelajaran  murid.

  Lisan – penilaian  secara  lisan  penting  agar  guru  dapat 

mengumpulkan  maklumat  dari  segi  komunikasi  serta  interaksi 

Page 242: Laman Pendidikan Khas

kanak-kanak.  Antara  aspek  yang  dapat  dinilai  ialah  kefahaman 

dari  segi  bahasa,  penggunaan  bahasa  yang  tepat,  sebutan 

dalam  berbahasa  dan  lain-lain  lagi (berdasarkan  Mohd.  Sharani 

Ahmad,  2004).

  Ujian  bertulis – penulisan  dapat  digunakan  untuk  menilai  dan 

mengesan  kemahiran  bahasa  dan  perkembangan  intelek  murid 

yang  merangkumi  kemahiran  membaca,  menulis,  penggunaan 

tanda  baca  dan  perbendaharaan  kata.  Antara  contoh  penilaian 

pencapaian  secara  bertulis  ialah  ujian  bulanan,  UPSR,  PMR  dan 

SPM  yang  dikendalikan  oleh  Kementerian  Pelajaran  Malaysia.

   

Nilai  pembelajaran  seseorang  kanak-kanak  akan  diperolehi  hasil 

daripada  interpretasi  penilaian  pencapaian.  Melalui  penilaian  ini  juga, 

kelemahan  dan  kelebihan  kanak-kanak  dapat  dikenalpasti. Selain  itu, 

penilaian  pencapaian  penting  kepada  guru  untuk  melihat  sama  ada  objektif 

pengajaran  dan  pembelajaran  tercapai.  Masalah-masalah  yang  dihadapi 

oleh  kanak-kanak  berkenaan  juga  dapat  diatasi.  Guru  boleh  menghasilkan 

satu  rancangan  pembelajaran  yang  sesuai  dengan  kelemahan  kanak-kanak 

( Individual  Education  Programme ).

Sememangnya  penilaian  ini  amat  penting  kepada  kanak-kanak 

berketidakupayaan  agar  mereka  dapat  ditempatkan  di  institusi  akademik 

atau  kemaahiran  yang  sesuai  dengan  tahap  keupayaan  mereka. 

Page 243: Laman Pendidikan Khas

PROSES   PENEMPATAN

Setiap  kanak-kanak  berkeperluan  khas  akan  menjalani  prosedur 

penilaian  yang  sama  bermula  dari  penilaian  pengesanan  sehingga 

penilaian  perkembangan.  Namun  begitu,  penempatan  kanak-kanak  ke 

sekolah  atau  Pemulihan  Dalam  Komuniti  ( PDK )  bergantung  kepada 

keputusan  penilaian  perkembangan. 

Sekiranya  kanak-kanak  tersebut  tidak  berjaya  melepasi  penilaian 

perkembangan  (tahap  perkembangan  sangat  rendah  seperti  tidak  dapat 

melakukan  jagaan  diri),  kanak-kanak  tersebut  akan  dirujuk  kepada  Jabatan 

Kebajikan  untuk  ditempatkan  di  Pemulihan  Dalam  Komuniti  (PDK).  Di 

PDK,  mereka  akan  mempelajari  kemahiran  asas  yang  diperlukan  untuk 

menjalani  kehidupan  di  samping  memanfaatkan  bakat  yang  dimiliki  seperti 

kebolehan  menjahit  ataupun  menghasilkan  kraftangan.

Bagi  kanak-kanak  yang  berjaya  melepasi  penilaian  perkembangan, 

mereka  akan  menjalani  penilaian  pencapaian  bagi  membolehkan  mereka 

ditempatkan  ke  sekolah  secara  inklusif  ataupun  secara  intergrasi.  Setelah 

penempatan  dilakukan,  mereka  akan  diberi  tempoh  percubaan  selama  tiga 

bulan.  Sekiranya  mereka  menunjukkan  pencapaian  yang  memberansangkan 

dalam  tempoh  ini,  mereka  akan  terus  dikekalkan  dalam  program  tersebut. 

Tetapi  jika  mereka  tidak  mampu  menerima  pembelajaran  dalam  tempoh 

ini,  mereka  akan  dipindahkan  ke  PDK  untuk  menjalani  program  kemahiran.

Page 244: Laman Pendidikan Khas

Namun  begitu,  terdapat  beberapa  kelemahan  dalam  proses 

penempatan  ini,  terutamanya  bagi  kanak-kanak  yang  ditempatkan  di  PDK. 

Mereka  tidak  berpeluang  untuk  meneruskan  pelajaran  dari  segi  akademik 

kerana  program  PDK  hanya  menumpukan  aspek  kemahiran  hidup  sahaja. 

Tidak  salah  sekiranya  di  PDK,  satu  program  untuk  meningkatkan  tahap 

perkembangan  mereka  dari  segi  kognitif  turut  dijalankan  tetapi  pada  skala 

yang  mudah  sahaja.  Sekurang-kurangnya,  mereka  berpeluang  untuk 

mempelajari  kemahiran  asas  separti  membaca,  menulis  dan  mengira. 

Seterusnya,  jika  kanak-kanak  yang  berada  di  PDK  menunjukkan 

peningkatan  dalam  perkembangan  mereka,  mereka  haruslah  diberi  peluang 

sekali  lagi  untuk  diserapkan  ke  dalam  kelas  intergrasi.  Hal  ini  adalah 

kerana  tiada  seorang  pun  individu  yang  boleh  dinafikan  hak  untuk 

mendapatkan  ilmu  pengetahuan.

KESIMPULAN

Kanak-kanak  berkeperluan  khas  merupakan  individu  yang  harus 

diberikan  bantuan  agar  mereka  mampu  untuk  menghadapi  cabaran  hidup.

 Salah  satu  bantuan  yang  dapat  diberikan  kepada  mereka  ialah 

dengan  melakukan  proses  penilaian  kanak-kanak  berkeperluan  khas  seawal

yang  mungkin.  Dengan  adanya  proses  penilaian  ini,  kita  dapat  mengetahui 

ketidakupayaan  mereka  dengan  lebih  spesifik  sekaligus  dapat  mengetahui 

tindakan-tindakan  yang  perlu  diambil  oleh  pihak-pihak  berkenaan  seperti 

ibu  bapa  dan  guru  sekolah.  Salah  satu  tindakan  yang  boleh  diambil  oleh 

ibu  bapa  kanak-kanak  berkeperluan  khas  selepas  mengetahui 

ketidakupaayaan  mereka  ialah  menyediakan  satu  persekitaran  yang 

kondusif  bagi  kanak-kanak  ini  membesar  dan  agar  mereka  dapat 

berinteraksi  serta  berkomunikasi  senormal  yang  mungkin.  Manakala  pada 

Page 245: Laman Pendidikan Khas

pihak  guru  pula,  mereka  berpeluang  untuk  merancang  satu  rancangan 

pengajaran  yang  bersesuaian  dengan  tahap  kognitif  kanak-kanak 

berkeperluan  khas.  Malah,  penempatan  kanak-kanak  ini  sama  ada  ke 

sekolah  inklusif,  integrasi  ataupun  PDK  dapat  ditentukan  melalui  proses 

penilaian  ini.

Proses  penilaian  ini  sudah  pastinya  berkait  rapat  dengan  model-

model  penilaian  kanak-kanak  khas.  Setiap  penilaian  yang  dilakaukan 

adalah  berdasarkan  model-model  ini  seperti  model  biogenik,  model 

psikodinamik,  model  psikopendidikan  dan  model  tingkah  laku.  Setiap  model 

ini  pula  adalah  berasaskan  teori-teori  yang  berhubung  kait  dengan 

keperluan  dan  kepentingan  proses  penilaian  kanak-kanak  berkeperluan 

khas.  Model  tingkah  laku  contohnya,  merupakan  satu  model  yang 

berasaskan  teori  tingkah  laku  yang  menyatakan  bahawa  kehidupan 

manusia  dipengaruhi  oleh  ransangan  daripada  persekitaran  dan  bukannya 

oleh  unsur-unsur  dalaman  seseorang  individu.  Oleh  itu,  proses  penilaian 

yang  dilakukan  haruslah  merangkumi  tingkah  laku  kanak-kanak  khas 

secara  menyeluruh  seperti  aktiviti  kanak-kanak  semasa  di  rumah,  sekolah 

ataupun  di  taman  permainan.

Kesimpulannya,  proses  penilaian  dan  model-model  penilaian  kanak-

kanak  berkeperluan  khas  adalah  saling  berkait  rapat  antara  satu  sama  

lain  dan  harus  diketahui  oleh  setiap  penilai  sebelum  membuat  sesuatu 

penilaian  terhadap  kanak-kanak  khas.  Hal  ini  adalah  supaya  hasil 

penilaian  tersebut  adalah  tepat  dan  boleh  digunakan  untuk  membantu 

dalam  proses  perkembangan  kanak-kanak  khas. 

Posted 14th January by nabila bayek

Page 246: Laman Pendidikan Khas

0

Add a comment

Jan

14

Maksud, Tujuan dan Kepentingan Ujian Penilaian Pengesanan, Penilaian Diagnostik, Penilaian Perkembangan, Penilaian Pencapaian dan Penilaian Psikologi

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian membawa definisi tersendiri mengikut pandangan masing-

masing. Menurut Jamila K.A Mohamed mendefinisikan penilaian sebagai

menilai murid daripada segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif

bagi mengetahui kelemahan dan kekuatan. Manakala menurut Atan Long,

penilaian ialah memberikan respons tentang proses pengajaran dan

pembelajaran samaada telah mancapai objektif atau tidak. D.Stuflebeam,dalam

bukunya Educational Evaluation and Decision membuat takrifan bahawa

penilaian adalah satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi makluamt

yang berguna untuk  membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan

diambil selanjutnya.

Page 247: Laman Pendidikan Khas

             Kesimpulannya, Penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan

maklumat untuk membuat perancangan yang lebih berkesan.  Penilaian ini juga

dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar

PENILAIAN PENGESANAN

DEFINISI

Penilaian pengesanan didefinisikan sebagai satu penilaian secara

informal yang dijalankan oleh ibubapa, guru, pengasuh melalui cara pemerhatian

atau senarai semak ke atas kanak-kanak di bawah umur 7 tahun. Dalam

menjalankan penilaian pengesanan ini tiada latihan khas yang dijalankan ke atas

kanak–kanak. Maklumat hasil dari penilaian ini juga bertujuan membantu

ibubapa menjalankan penilaian ke atas kanak–kanak seterusnya bagi

merancang aktiviti yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti yang boleh

meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut.

Menurut Jamila K.A Mohamed (2005) mendefinisikan penilaian

pengesanan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan banyak cara

bagi mengumpul maklumat berkaitan murid supaya dapat mengenalpasti

masalah atau ketidakupayaan  sebenar yang menyebabkan murid tidak dapat

mencapai objektif pembelajaran.

TUJUAN PENILAIAN PENGESANAN

Page 248: Laman Pendidikan Khas

             Tujuan penilaian pengesanan dilakukan adalah untuk mengumpul

maklumat bagi proses penyimpanan rekod. Hasil kajian penilaian

pengesanan yang dilakukan akan digunakan untuk tujuan rujukan dalam

merancang aktiviti atau pengajaran yang sesuai kepada kanak–kanak tersebut. 

Selain itu hasil penilaian ini juga boleh diserahkan kepada pihak berkaitan dalam

usaha meningkatkan keupayaan kanak–kanak tersebut.

              Selain itu, penilaian pengesanan ini juga dapat membantu

pengesanan di peringkat yang lebih awal. Tahap ketidakupayaan kanak–

kanak akan disedari lebih awal oleh ibubapa dan guru.  Ini secara tidak langsung

dapat membantu dalam proses melakukan  tindakan atau rawatan yang sesuai

mengikut kebolehan kanak- kanak tersebut. Contohnya bayi normal mengesan

bunyi dan bertindakbalas menoleh ke arah bunyi, bagi  bayi yang menghadapi

masalah pendengaran bayi ini tidak akan memberi ransangan terhadap

bunyi,pengesanan awal ini membantu bagi mendapatkan rawatan awal. 

            Penilaian pengesanan yang dilakukan boleh mengenalpasti kelebihan

dan kekurangan yang dimiliki oleh kanak-kanak. Setiap kanak-kanak terdiri

daripada pelbagai kecenderungan atau kelebihan yang dimiliki. Sebagai guru

dan ibu bapa kita tidak sepatutnya memaksa kanak-kanak untuk maju di dalam

pelajaran. Pengajaran yang dilakukan oleh guru hendaklah fleksibel. Contoh, jika

seseorang kanak-kanak mempunyai kelebihan dalam bidang seni, ibu bapa dan

guru hendaklah meningkatkan kelebihan itu dengan menghantar kanak-kanak

tersebut ke kelas seni.

KEGUNAAN PENILAIAN PENGESANAN

            Melalui penilaian pengesanan ini,ibubapa dan guru dapat mengetahui

kebolehan dan kekurangan kanak-kanak. Perancangan yang lebih boleh

Page 249: Laman Pendidikan Khas

dirancang bagi meningkatkan lagi kebolehan dan kreativiti yang ada pada kanak-

kanak tersebut. Di samping itu, penilaian ini akan dapat mengurangkan

kekurangan yang ada pada kanak-kanak tersebut. Contohnya kanak-kanak

cenderung menonjol bakat dalam berinteraksi, ini secara tidak langsung dapat

mengurangkan rasa rendah diri untuk bergaul dengan orang lain.

             Selain itu, penilaian pengesanan ini juga digunakan untuk membantu

guru,ibubapa supaya dapat menilai dan mengesan peringkat

perkembangan kanak-kanak sama seperti kanak-kanak normal yang lain. 

Kemahiran yang sedia ada pada kanak-kanak harus digilap dan ditonjolkan

supaya ketidakupayaan dapat diatasi segera. Dengan ini kanak-kanak tersebut

tidak akn terus mengalami perkembangan yang terbantut.

            Hasil  penilaian ini juga boleh digunakan untuk diberikan kepada yang

berkaitan untuk membantu bagi mengenali dan mengesan tahap perkembangan

kanak– kanak secara lebih terperinci dan betul.  Hasil penilaian ini juga boleh

disimpan untuk tujuan rujukan pada masa akan datang. Dengan ini

perkembangan kanak-kanak akan terus dinilai dari masa ke semasa dan

ketidakupayaan dapat diatasi dengan segera.

                    Kesimpulannya, penilaian pengesanan dilakukan bagi

mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak pada peringkat awal.

Page 250: Laman Pendidikan Khas

PENILAIAN DIAGNOSTIK

DEFINISI

             Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian terhadap kanak-kanak

untuk melabel tahap ketidakupayaan kanak-kanak.Penilaian ini biasanya

dilakukan oleh psikiatris, guru. Proses ini juga dikenal sebagai proses melabel. 

Proses melabel ini penting kerana ini akan menentukan masa depan kanak-

kanak tersebut.  Disebabkan proses melabel ini penting penglibatan ramai pakar

diperlukan untuk mendapat keputusan diagnosis yang lebih tepat.

            Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik

sebagai penilaian secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan

ketidakupayaan murid yang akan menyulitkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

                  Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini adalah penilaian yang

dilakukan kepada kanak-kanak mengikut tahap ketidakupayaan mereka. 

Dengan ini langkah dan rawatan tertentu boleh diambil dengan lebih berkesan

TUJUAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

             Penilaian diagnostik ini bertujuan untuk membuat penilaian awal

tentang ketidakupayaan kanak-kanak. Penilaian awal diperlukan oleh kanak-

kanak bekeperluan khas terhadap keupayaan mereka samaada secara formal

iaitu melalui pemerhatian dan analisis. Penilaian ini membantu guru menentukan

Page 251: Laman Pendidikan Khas

samaada kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian yang lebih atau tidak. 

Guru-guru juga dapat maningkatkaan tumpuan dan keupayaan pelajar yang

memerlukan bantuan.

             Selain itu, penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk

tujuan penempatan kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Bagi kanak-kanak

yang mempunyai ketidakupayaan yang terbatas dan berbeza kemampuan

dengan kanak-kanak lain perlu diasingkan mengikut keperluan pembelajaran. 

Penilaian ini juga bertujuan membantu guru menyediakan atau menyelaras

sistem pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak.

                                                                                   

              Penilaian diagnostik juga bertujuan memberikan maklumat kepada

ibu bapa, guru dan pakar kanak-kanak. Hasil penilaian yang dibuat boleh

digunakan sebagai bahan rujukan. Selain itu ibubapa juga boleh didedahkan

dengan masalah sebenar anak-anak mereka dan kaedah atau pendekatan yang

sesuai ditekankan oleh ibubapa sebagai langkah mengurangkan masalah kanak-

kanak.  Penilaian ini juga membantu pakar memantau keadaan kanak-kanak dari

masa ke semasa.

KEGUNAAN PENILAIAN DIAGNOSTIK

           Penilaian diagnostik penting bagi menentukan jenis ketidakupayaan

kanak-kanak. Dengan adanya penilaian ini guru-guru dan ibubapa dapat

menngenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak. Oleh itu guru dan ibubapa

dapat menyediakan program intervensi yang sesuai mengikut kemampuan

kanak-kanak supaya mereka mendapat kehidupan yang selesa disamping

pendidikan yang sesuai dengan tahap kemampuan kanak-kanak.

Page 252: Laman Pendidikan Khas

            Selain itu, penilaian diagnostik juga penting kepada guru-guru untuk

merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut

tahap murid.  Apabila kanak-kanak ini telah didiagnosis, guru akan mengetahui

tahap kanak-kanak dan membolehkan guru menyediakan kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang lebih berkesan.  Contohnya kanak-kanak yang lemah

ditekankan dengan pengajaran secara visual manakala kanak-kanak normal

lebih kepada pengajaran yang lebih kompleks dan abstrak

               Penilaian ini juga penting bagi memberi maklumat yang lebih jelas

tentang ketidakupayaan kanak-kanak.  Hal ini kerana pada tahap ini kanak-

kanak akan dilabel mengikut ketidakupayaan mereka.  Dengan ini ibubapa akan

mempunyai pengetahuan yang lebih tentang ketidakupayaan anak mereka. 

Ibubapa juga boleh mengambil tindakan sewajarnya iaitu mencari pakar-pakar

yang sesuai bagi melatih dan merawat anak-anak mereka.

            Kesimpulannya ,penilaian diagnostik ini diperlukan bagi proses melabel

kanak-kanak.Dengan adanya label ini akan dapat membantu proses rawatan..

                                                                                                                       

PENILAIAN PERKEMBANGAN

DEFINISI  

Page 253: Laman Pendidikan Khas

 Penilaian pekembangan ialah perubahan secara kualitatif yang

belaku ke atas individu sejak dilahirkan  lagi. Walaubagaimanapun perubahan

yang berlaku adalah tidak sama antara individu dan individu lain kerana

perkembangan ini dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Baka di sini

membawa maksud menentukan potensi seseorang dari segi mental, fizikal,

sosial, emosi dan persekitaran pula membantu seseorang itu mencapai tahap

maksimumnya.

Menurut crow dan crow pula,perkembangan merupakan perubahan

secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran,

rohani, moral, dan social. Contohnya semasa di tingkatan 4, ani tidak dapat

menyelesaikan masalah persamaan matematik.tetapi dia mula dapat

menyelesaikannya setelah berada di tingkatan 5.  Dengan ini jelaslah ani telah

mengalami perkembangan.

Menurut Karl E Garrison, perkembangan adalah dihasilkan daripada

tindakan yang saling berkait di antara perkembangan jasmani dan

pembelajaran.  Secara ringkasnya beliau berpendapat perkembangan ditakrifkan

sebagai pengaliran yang saling berkait di antara perubahan kualitatif dan

kuantitatif yang menuju kearah tertentu dan dijangkakan.

Menurut Rozumah Baharuddin (1984) Perkembangan ialah perubahan

yang yang berlaku yang berlaku dari segi kualiti, perubahan yang berlaku tidak

boleh diukur secara kuantiti tetapi boleh dilihat dengan membandingkan sifat

yang terdahulu dengan sifat yang sedang terbentuk.  Proses ini adalah proses

rumit yang berlaku secara terus dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke akhir

hayat.

Page 254: Laman Pendidikan Khas

ASPEK PENILAIAN PERKEMBANGAN

            Penilaian perkembangan kanak-kanak ini diukur dari 5 aspek iaitu

penilaian aspek motor, bahasa, mental, sosial dan pengurusan diri.

            Penilaian dari aspek perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak

ialah dari segi kebolehan kanak-kanak bergerak.  Perkembangan motor mula

berlaku apabila pergerakan tubuh dan kegiatan tubuh dapat dikawal oleh system

saraf dan otot.  Semasadi peringkat janin perkembangan motor adalah sangat

pesat.  Motor terbahagi kepada dua iaitu motor kasar dan motor halus.  Selepas

bayi dilahirkan  bayi banyak menggunakan motor halus kerana daya kawalan

motor bayi yang  sangat lemah.  Contohnya mengenggam,menyentuh dan

sebagainya.Apabila berusia 5 tahun kanak-kanak mula mmenggunakan  motor

kasar untuk berjalan, berlari, melompat dan sebagainya. Hal ini kerana otot

motor kanak-kanak mula kuat.

             Penilaian melalui aspek mental ialah proses bagaimana maklumat

daripada persekitaran diterima dan disimpan dalam ingatan dan bagaimana

maklumat tersebut diingat  apabila diperlukan.  Menurut Jean Piaget (1896-

1980). Pada tahap dunia motor iaitu dari (lahir hingga 2 tahun) bayi

menggunakan aspek perkembangan mental keranaa mula berfikir kerana

dipengaruhi oleh kebolehan deria menyentuh, mendengar dan sebagainya. 

Manakala pada peringkat pra operasi (2 hingga 7 tahun).  Kanak-kanak mula

berkomunikasi menggunakan perkataan bagi mewakili objek dan pengalaman

yang belaku di sekeliling mereka.

            Penilaian dari aspek bahasa juga merupakan salah satu aspek

perkembangan.  Bahasa merupakan satu media untuk berkomunikasi.  Melalui 

bahasa manusia dapat bertutur untuk melahirkan apa yang dirasai.  Bayi yang

Page 255: Laman Pendidikan Khas

baru dilahirkan tidak dapat berhubung dengan orang lain untuk menyatakan

keperluan atau kehendaknya.  Apabila umur mula meningkatdari 0-2 tahun bayi

mula berinteraksi dengan kadar yang minimum dengan menggunakan

pancaindera yang lain.  Apabila umur bayi 6 bulan bayi kurang berkukur tetapi

mula boleh menyebut perkataan.  Contohnya ma….ma, ba…ba..  Perkembangan

bahasa peringkat ini penting sebagai asas latihan bercakap untuk perkembangan

seterusnya.

             Penilaian perkembangan juga dinilai melalui aspek sosial iaitu proses

apabila kanak-kanak mula berhubung dengan orang lain mengikut cara yang

diterima masyarakat.  Pada peringkat baru lahir hingga1 tahun.  Perkembangan

sosial awal bayi ialah mula boleh tersenyum.  Perkembangan sosialnya berlaku

berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan sebagainya manakala apabila

kanak-kanak memasuki alam persekolahan, mereka akan mula bergaul dengan

kawan-kawan. Dengan ini perkembangan sosial  akan mula berkembang.

             Aspek penilaian pengurusan diri kanak-kanak bermula pada usia 3

hingga 4 tahun. Pengurusan diri ini merangkumi aspek menjaga dan memelihara

diri sendiri dari pelbagai bentuk. Contohnya dalam melakukan aktiviti harian,

memakai baju , memberus gigi dan sebagainya.  Ibu bapa perlu manjadi terbaik

kepada anak-anak dalam proses pengajaran pengurusan diri.

TUJUAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

                Tujuan utama penilaian perkembangan ialah menilai tahap

perkembangan kanak-kanak dari aspek perkembangan.Kanak-kanak yang

mempunyai masalah dalam mencapai tahap perkembangan atau tidak boleh

Page 256: Laman Pendidikan Khas

berkembang seperti kanak-kanak normal. Guru perlu memainkan peranan

dengan menjalankan proses intervensi awal untuk membantu perkembangan

kanak-kanak selaras dengan tahap umur mereka.

                 Selain itu penilaian ini juga bertujuan mengesan kekurangan dan

kelebihan yang ada pada kanak-kanak. Guru boleh melakukan perubahan

dalam proses pengajaran supaya dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak.

Guru juga harus mencungkil bakat yang ada pada kanak-kanak supaya

kelebihan yang ada pada mereka dapat ditonjolkan disamping mengurangkan

kelemahan yang ada pada kanak-kanak tersebut.

                 Penilaian ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap

perkembangan kanak-kanak.  Hal ini kerana apabila guru telah mengetahui

ketidakupayaan kanak-kanak langkaah bagi mangatasi ketidakupayaan ini akan

diambil.  Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan

kanak-kanak tersebut.  Selain itu kanak-kanak ini juga akan lebih cenderung

untuk menyerlahkan kemahiran mereka.

KEGUNAAN PENILAIAN PERKEMBANGAN

                Penilaian  perkembangan kanak-kanak penting kerana melalui

penilaian ini tahap perkembangan kanak-kanak dapat diketahui.  Maklumat

tentang perkembangan kanak-kanak akan digunakan untuk  membuat

pengesanan awal.  Pengesanan awal ini adalah untuk memastikan kanak-kanak

tidak mengalami perkembangan yang terbantut.  Contohnya pada usia 2 tahun

kanak-kanak yang mengalami pertumbuhan terbantut masih tidak dapat berjalan

seperti kanak-kanak normal.

Page 257: Laman Pendidikan Khas

                   Selain itu, penilaian ini juga penting bagi melakukan intervensi

awal.  Kanak-kanak akan mengalami perkembangan bermula umur 6 tahun. 

Dalam tempoh ini kanak-kanak mula berkembang. Perkembangan yang

terbantut biasanyadisebabkan oleh adanya ketidakupayaan. Ibu bapa, pengasuh

perlu melakukan intervensi bagi membantu  kanak-kanak. Program intervensi

juga boleh dilakukan,melalui program ini kanak-kanak akan dilatih supaya dapat

meningkatkan  ketidakupayaan kanak-kanak supaya selaras dengan umur

mereka.

                    

                     Penilaian perkembangan juga penting bagi mengenalpasti

masalah dan perbezaan semasa perkembangan kanak-kanak. Masalah

ketidakupayaan kanak-kanak yang tidak sama antara satu sama lain

memerlukan penilaian bagi mengkelaskan ketidakupayaan kanak-kanak

mengikut tahap.  Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan lebih mudah

dikenalpasti dengan membandingkan mereka dengan kanak-kanak normal yang

lain.  Hal ini kerana tahap perkembangan kanak-kanak yang berbeza antara satu

sama lain,ada antara mereka yang aktif dan ada juga yang pasif.

                   

             Kesimpulannya, penilaian perkembangan menyelaras kemahiran

mengikut usia kanak-kanak disamping membantu perkembangan kanak-kanak

supaya tidak terbantut.

PENILAIAN PENCAPAIAN

Page 258: Laman Pendidikan Khas

DEFINISI

                Penilaian pencapaian ialah ujian atau siri ujian yang dijalankan untuk

mendapatkan maklumat  tentang pencapaian murid.  Penilaian pencapaian ini

biasanya dilakukan kepada kanak-kanak pada usia 7 tahun ke atas oleh guru

untuk menentukan pelajar memerlukan kelas inklusif atau tidak.  Penilaian ini

dijalankan untuk menilai kecekapan dan kemahiran melalui pemerhatian dan

ujian bertulis.  Penilaian ini terbahagi kepada  dua iaitu penilaian sumantif dan

penilaian formatif.

                Menurut Mokhtar Ismail (1995) penilaian sumantif adalah yang

dilakukan untuk mengukur pengetahuan pelajar tentang sesuatu yang telah

dipelajari .  Contohnya dalam UPSR, PMR, SPM dll manakala penilaian formatif

ialah ujian mengesan kekuatan dan kelemahan dan kekuatan pelajar dalam

penguasaan sesuatu kemahiran yang diajar.  Contohnya  soaljawab lisan, kuiz

matematik dll.

                Menurut Kamus Dewan Bahasa, Penilaian pencapaian ialah proses

pentaksiran yang dibuat keatas apa yang telah dicapai atau dikenali sebagai

prestasi.

TUJUAN PENILAIAN PENCAPAIAN

               Tujuan penilaian pencapaian ini dijalankan adalah untuk menilai tahap

pencapaian kanak-kanak. Kanak-kanak yang lemah dalam penguasaan dan

berkebolehan dapat dikesan lebih awal.Bagi kanak-kanak yang tidak dapat

Page 259: Laman Pendidikan Khas

menguasai konsep 3M juga dapat dikesan dan ini membolehkan guru membuat

tindakan awal bagi mengatasi masalah ini.

              Selain itu, penilaian pencapaian ini juga bertujuan meningkatkan

keupayaan pelajar.  Dengan adanya penilaian ini juga dapat mengubah atau

merancang bilik darjah yang sesuai dengan menempatkan mereka mengikut

kebolehan pelajar.  Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran akan

berjalan lebih lancar.

              Penilaian pencapaian ini juga bertujuan menganalisa kelemahan dan

kekuatan murid.  Hasil keputusan penilaian ini boleh menjadi pendorong untuk

pelajar mencapai kejayaan. Pelajar akan mengetahui kelemahan masing-masing

dan guru dapat merancang aktiviti yang lebih bersesuaian.

KEGUNAAN PENILAIAN PENCAPAIAN

              Hasil penilaian yang dilakukan membolehkan guru mengetahui

objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai oleh pelajar atau tidak. 

Ini akan membolehkan guru merancang  pengajaran yang paling sesuai dan

terbaik mengikut kemampuan pelajar. Contohnya, guru menggunakan kaedah

visual kepada pelajar yang lemah.

Page 260: Laman Pendidikan Khas

               Penilaian pencapaian penting bagi mengenalpasti keperluan

pembelajaran murid, penilaian yang dibuat memberi gambaran kepada guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian yang dicapai oleh

murid mengambarkan kepada guru tahap pemahaman murid.  Guru boleh

melakukan tindakan samaada ingin meneruskan dengan subjek lain atau

memberi lebih pemahaman terhadap tajuk tersebut.

             Selain itu, penilaian pencapaian ini penting bagi membuat penempatan

pelajar mengikut keperluan pembelajaran mereka.Ujian ini juga menjadi titik

permulaan untuk memisahkan pelajar kepada kumpulan-kumpulan kecil

mengikut kemampuan pembelajaran mereka.Hal ini penting bagi mengelakkkan

terdapat pelajar yang tercicir dalam pembelajaran.

             Kesimpulannya,penilaian pencapaian ini dapat membantu guru untuk

membuat pengubahsuaian dalam strategi pengajaran.  Contohnya menggunakan

alat bantu mengajar(ABM).

PENILAIAN PSIKOLOGI

DEFINISI

               Psikologi berasal daripada dua perkataan iaitu `psyche` yang bererti

jiwa dan `logos` yang membawa maksud kajian tentang sesuatu.  Penilaian yang

dilakukan ini berkaitan secara langsung dengan tingkah laku, mental, emosi,

Page 261: Laman Pendidikan Khas

kanak-kanak berkeperluan khas.  Penilaian ini adalah bertujuan untuk membantu

penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi mental,

emosi dan tingkah laku.

                Menurut kamus dewan bahasa  penilaian psikologi ialah pentaksiran

terhadap ilmu yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia dan kelakuan manusia.

Crow dan crow pula berpendapat penilaian psikologi ialah satu kajian untuk

mengkaji maklumat tentang cara individu atau sekelompok manusia di peringkat

umur berlainan bertindakbalas terhadap ransangan dari alam sekitar.

              

                Davindoff ( 1976 ) dipetik dari buku psikologi dalam bilik darjah pula

mentafsirkan psiko sebagai kajian saintifik tentang tingkah laku manusia dan

haiwan secara nyata atau terselindung.  Kajian ini adalah berdasarkan tingkah

laku yang dapat diperhatikan. Contohnya bagaimana kanak-kanak berjalan dan

kajian tentang emosi kanak-kanak.

                 Kesimpulannya,definisi penilaian psikologi ialah berdasarkan penilaian

terhadap mental dan tingkahlaku manusia atau haiwan.

TUJUAN PENILAIAN PSIKOLOGI

                 Penilaian psikologi amat diperlukan terutama kepada kanak-kanak

berkeperluan khas.  Golongan kanak-kanak ini memerlukan satu kaedah

penilaian yang sesuai dengan kaedah realiti mereka.  Kaedah-kaedah yang

sering diguna pakai untuk kanak-kanak normal mungkin tidak mampu untuk

membantu perkembangan tingkah laku, emosi, dan mental mereka.  Dari itu

Page 262: Laman Pendidikan Khas

pengetahuan dan kemahiran amat penting dikuasai oleh penilai kerana dengan

mengenal pasti keperluan khas ini maka guru dan penilai akan dapat

mengadakan rawatan dan merancang intervensi awal yang sesuai.

           

               Tujuan penilaian psikologi dibuat adalah untuk mengawal tingkah laku

manusia yang tidak diingini.  Secara tidak langsung ini akan membantu penilai

memberi bimbangan akan membentuk tingkah laku yang tidak baik kepada

tingkah laku baik.

            Penilaian psikologi ini juga mampu membantu membuat penilaian,

menyelidik dan membuat pemerhatian tentang tingkah laku kanak-kanak

bekeperluan khas ini.Dengan adanya maklumat ini segala rancangan rawaatan

boleh dilakukan.

KEGUNAAN PENILAIAN PSIKOLOGI

                    Penilaian psikologi memberi kegunaan kepada guru ibubapa untuk

memahami tingkahlaku dan mental kanak-kanak bekeperluan khas.  Guru

juga harus mengenali kanak-kanak sebelum mendekati mereka supaya mereka

tidak bertindak agresif. Hal ini akan memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Proses bimbingan kanak-kanak juga lebih mudah

dijalankan.Pemahaman oleh guru-guru dan ibubapa terhadap masalah ini akan

membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab membimbing dengan lebih

berkesan.  Dengan itu kanak-kanak berkeperluan khas akan merasa diri mereka

dihargai dan merasakan selamat berada dibawah jagaan guru mereka.

Page 263: Laman Pendidikan Khas

                   Selain itu penilaian psikologi juga digunakan sebagai satu kompenan

untuk membantu guru-guru menyelaras dan menyesuaikan kaedah

mengajar agar bersesuaian dengan kanak-kanak ini. Penyelarasan dan

kesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan adalah

perlu kerana tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak ini sangat

jauh ketinggalan di belakang.

            Selain itu penilaian psikologi ini amat berguna untuk pengesanan pada

peringkat awal.  Pengesanan yang boleh dibuat melalui penilaian ini adalah

seperti ketidakupayaan  murid. Selain itu pengesanan juga akan dapat diperolehi

di kalangan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.  Akhir sekali

penilaian pada peringkat awal akan mampu untuk mengesan mereka yang

mempunyai risiko ketidakupayaan.

PENUTUP

                     Kesimpulannnya, penilaian  amat penting kerana ia dapat menilai

perkembangan kognitif intelektual, emosi, bahasa dan komunikasi dan tingkah

laku sesseorang kanak-kanak. Penilaian ini mencakupi penilaian

pengesanan,pengesanan diagnostic, penilaian perkembangan,penilaian 

pencapaian dan penilaian psikologi.  Penilaian ini boleh dilakukan kepada

seseorang kanak-kanak sejak mereka lahir hingga ke akhir hayat Penilaian boleh

dilakukan mengikut langkah demi langkah. 

                     Langkah pertama ialah menjalankan penilaian pengesanan. 

Penilaian pengesanan yang dilakukan membolehkan simpton-simpton awal

dapat dikenalpasti.  Hal ini membolehkan ibubapa dan guru membawa kanak-

Page 264: Laman Pendidikan Khas

kanak tersebut berjumpa pakar seperti dooktor, pakar psikologi, pakar terapi,

pakar psikiatri dan lain-lain.  Ini bertujuan supaya penilaian diagnostik boleh

dilakukan keatas kanak-kanak tersebut. 

                     Penilaian diagnostik amat penting kerana ia dapat membantu

ibubapa dan guru untuk mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak dengan

tepat. Apabila penilaian diagnostik ini dilakukan  kanak-kanak tersebut akan

dilabel mengikut ketidakupayaan.  Hal ini membolehkan langkah yang lebih

khusus boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.

                    Selepas melakukan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan

akan dilakukan bagi mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak.

Perkembangan kanak-kanak dilihat melalui perubahan yang berlaku keatas

kanak-kanak mengikut usia mereka.  Selain itu tahap perkembangan yang

berlaku pada seseorang kanak-kanak  juga diukur melalui pencapaian. 

                    Oleh itu penilaian pencapaian akan dilakukan bagi mengukur tahap

kebolehan seseorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah

terutama kanak-kanak berkeperluan khas penilaian psikologi  akan dilakukan.

Penilaian psikologi bertujuan untuk membantu penilai mengawal tingkah laku

kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi,tingkah laku dan mental mereka.

Page 265: Laman Pendidikan Khas

                                                                                                                     

                           

Page 266: Laman Pendidikan Khas

                   

                 

Page 267: Laman Pendidikan Khas

                                        

Posted 14th January by nabila bayek

0

Add a comment

Loading Send feedback Dynamic Views template. Powered by Blogger.