Upload
others
View
8
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
LAMPIRAN A
GARIS PANDUAN AMALAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN COVID-19 DI KLINIK NUR
SEJAHTERA LPPKN: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
1. TUJUAN
Objektif penyediaan Garis Panduan Amalan Langkah Pencegahan COVID-19 di Klinik
Nur Sejahtera LPPKN: Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) ini adalah
untuk memastikan perkhidmatan KNS yang dijalankan sentiasa berada di tahap
keselamatan yang baik dan sepatutnya seperti yang disaran oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM). Garis panduan ini adalah penambahbaikan daripada garis panduan
sebelumnya untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam
pengoperasian KNS LPPKN berikutan pelaksanaan PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos
2020. Selain itu ia adalah untuk tujuan penyelarasan dan penyeragaman langkah
pencegahan COVID-19 yang perlu digunapakai oleh semua KNS LPPKN seluruh Malaysia.
2. LATAR BELAKANG
2.1 Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN merupakan premis Kerajaan yang
menyediakan perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada masyarakat khususnya
wanita seperti perancang keluarga dan saringan kanser reproduktif wanita.
2.2 Berikutan dengan wabak COVID-19 yang telah menular ke seluruh dunia
termasuklah Malaysia, pihak Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 sehingga 29 April.
Manakala Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah bermula
sehingga 9 Jun 2020 yang mengarahkan rakyat Malaysia untuk mengawal dan
menghadkan pergerakan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19
serta hanya membenarkan sebahagian sektor perkhidmatan perlu (essential
services) sahaja yang beroperasi. Kini, Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan
(PKPP) pula telah dijalankan bermula 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020 yang
memberikan kelonggaran kepada rakyat tetapi tetap harus mematuhi Standard
2
Operating Procedures (SOP) secara berterusan. Kelonggaran ini melibatkan
hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor
ekonomi dan sebagainya dibenarkan beroperasi secara berperingkat dengan
pematuhan sepenuhnya kepada SOP.
2.3 Beberapa inisiatif masih diteruskan agar KNS LPPKN dapat menjalankan
perkhidmatan Perancang Keluarga mengikut norma baru serta untuk kemudahan
klien, antaranya adalah khidmat konsultasi doktor menggunakan talian KASIH,
WhatsApp talian KASIH 019-2615999, mykafeTEEN (MyDoctor), dan
perkhidmatan pembelian bekalan ubat kontraseptif dan kondom secara atas
talian dan penghantaran melalui pos untuk klien LPPKN.
2.4 KNS LPPKN juga bersama-sama bertanggungjawab dalam usaha membendung
penularan wabak COVID-19 tersebut. Sehubungan itu, garis panduan ini
ditambah baik dengan mengambil kira arahan dari Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dengan keadaan terkini wabak Covid19 di Malaysia.
3. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Garis panduan ini menjelaskan peranan dan tanggungjawab pihak terlibat seperti berikut:
PENGARAH
NEGERI/ KETUA
KLINIKAL NEGERI
STAF KNS PEGAWAI
PERUBATAN KLIEN
1. Bertanggungjawab
memastikan
langkah
pencegahan
COVID-19
dilaksanakan
sepenuhnya
secara cekap dan
berkesan;
1. Melaksanakan kerja-
kerja klinik secara
norma baru seperti
yang diarahkan
dengan baik;
1. Mematuhi
jadual bertugas
seperti yang
ditetapkan;
1. Mematuhi
segala
peraturan dan
langkah
pencegahan
COVID-19 yang
telah ditetapkan
ketika berada di
KNS;
3
PENGARAH
NEGERI/ KETUA
KLINIKAL NEGERI
STAF KNS PEGAWAI
PERUBATAN KLIEN
2. Memastikan
perkhidmatan
KNS berjalan
mengikut syarat
yang ditetapkan;
3. Menjalankan
pemantauan
terhadap
pematuhan
langkah-langkah
pencegahan
oleh anggota.
4. Memberi
sokongan dan
bantuan yang
bersesuaian
kepada anggota
KNS jika
diperlukan.
2. Mengamalkan
langkah pencegahan
COVID-19 di KNS
seperti yang
ditetapkan;
3. Melakukan pencucian
dan pembasmian
kuman (disinfection)
di permukaan meja,
papan kekunci
komputer, tombol
pintu dan loceng
tekan di pintu masuk
KNS tiga (3) kali
sehari iaitu sebelum
memulakan sesi
klinik, pada waktu
rehat tengahari dan
sebelum menutup
klinik;
4. Memastikan setiap
klien mematuhi jarak
sosial satu (1) meter
di antara satu sama
lain dan
mengehadkan
bilangan peneman
atau penjaga;
5. Memastikan hand
sanitizer diletakkan di
kaunter luar klinik dan
di setiap kaunter
perkhidmatan di
dalam klinik;
6. Merujuk kepada
Ketua Klinikal Negeri
atau Pengarah Negeri
sekiranya terdapat
isu-isu berkaitan
perkhidmatan KNS
dan lain- lain.
2. Mengamalkan
langkah-
langkah
pencegahan
COVID-19
ketika
berhadapan
dengan klien,
termasuklah
peraturan ketika
melakukan
prosedur;
3. Memantau
anggota KNS
dan klien agar
sentiasa
mematuhi
peraturan dan
langkah
pencegahan
COVID-19
ketika berada di
premis KNS;
4. Memberi
sokongan dan
bantuan yang
bersesuaian
kepada staf
KNS dan klien
jika diperlukan.
1. Menghubungi
anggota KNS
bagi
mendapatkan
maklumat
berkaitan
temujanji dan
perkhidmatan
lain di KNS jika
perlu;
2. Mengutamakan
keselamatan diri
dan tidak
membahayakan
kesihatan orang
lain bagi yang
bergejala;
3. Mencatit nama
dan nombor
telefon serta
suhu badan
pada Rekod
Saringan Risiko
COVID-19 yang
ditampal di buku
kemasukan ke
klinik atau boleh
check in klinik
dengan
menggunakan
QR Code.
4
4. PELAKSANAAN
4.1 Waktu Operasi Klinik Nur Sejahtera:
4.1.1 Semasa tempoh PKPP, semua KNS di negeri beroperasi lima (5)
hari seminggu, dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang;
(perkhidmatan klinik yang dijalankan tertakluk kepada kesediaan
Personal Protective Equipment (PPE), dan termometer untuk saringan
kesihatan);
4.1.2 Sesi doktor dijalankan maksima dua (2) kali dalam seminggu (tertakluk
kepada kesediaan Personal Protective Equipment (PPE), PPE
Lengkap di KNS);
4.1.3 Perkhidmatan pembelian ubat kontraseptif dan kondom secara atas
talian dan penghantaran pos masih diteruskan bagi mengurangkan
kehadiran klien ke klinik (Caj penghantaran PosLaju dibayar oleh klien
secara Cash on Delivery COD).
4.2 Langkah Pencegahan COVID19 di KNS LPPKN:
LOKASI
ATAU
PROSEDUR LANGKAH PENCEGAHAN
Kaunter
Saringan di
Luar Klinik
1. Semua jenis perkhidmatan sama ada perancang keluarga, saringan
kanser wanita dan saringan kesihatan Pakej 1 dan 2 perlu dilakukan
secara temujanji melalui panggilan telefon KNS bagi mengelakkan
kesesakan / overcrowding di dalam KNS;
2. Menyediakan kaunter saringan COVID-19 di pintu masuk luar
premis KNS untuk saringan suhu badan klien dan mengisi Rekod
Saringan Risiko COVID-19 yang ditampal di dalam buku
kemasukan ke klinik atau check in dengan menggunakan QR Code
(rujuk Lampiran A1). Hanya klien yang layak dibenarkan masuk.
Carta alir saringan klien adalah seperti di Lampiran A2. Petugas
kaunter perlu memakai topeng muka jenis 3-ply dan faceshield/
eyeshield, serta mengamalkan membasuh tangan dengan betul dan
kerap. Hand sanitizer disediakan untuk klien;
5
LOKASI ATAU
PROSEDUR LANGKAH PENCEGAHAN
Kaunter
Saringan di
Luar Klinik
3. Klien perlu memakai face mask dan mencuci tangan dengan betul
menggunakan hand sanitizer sebelum masuk ke dalam klinik;
4. Memastikan jumlah klien bersesuaian dengan amalam penjarakan
sosial di dalam klinik pada sesuatu masa bergantung kepada
keluasan ruang klinik tersebut.
5. Klien dan/atau peneman yang layak dibenarkan masuk adalah
yang mempunyai suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah Celsius
(oC) dan tiada gejala demam, batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
Kaunter
Pendaftaran
& Tempat
menunggu.
6. Meletakkan tanda jarak satu (1) meter di kawasan Pendaftaran dan
tempat menunggu konsultasi iaitu menjarakkan diri satu (1) meter
daripada orang lain ketika di klinik sebagai amalan penjarakan
sosial;
7. Pegawai Perubatan dan Jururawat harus sentiasa mematuhi etika
pemakaian PPE Standard iaitu face mask, non-sterile glove
dan plastic apron ketika mengendalikan klien pada setiap masa;
8. Menyediakan penutup muka (face mask) dan tisu untuk kegunaan
klien yang mempunyai gejala serta menyediakan tempat lupus tisu
yang sesuai dan bertutup di ruang menunggu dan bilik rawatan;
9. Anggota klinik dan klien hendaklah sentiasa mengamalkan adab
batuk yang betul/ beretika dengan menutup mulut dan hidung
menggunakan tisu atau baju di lengan atas/ siku apabila batuk dan
bersin;
10. Memaparkan maklumat garispanduan amalan pencegahan
COVID- 19 di tempat yang mudah dilihat untuk perhatian anggota
dan klien;
11. PPE Lengkap iaitu isolation gown, long sleeve plastic apron,
sterile glove, face mask, face shield dan shoe cover perlu
disediakan untuk anggota klinikal sekiranya berlaku kecemasan;
6
LOKASI ATAU
PROSEDUR LANGKAH PENCEGAHAN
Prosedur
pemasangan
IUCD
12. Pegawai Perubatan dan Jururawat perlu memakai PPE Lengkap
(long sleeve gown, sterile glove, face mask, face shield dan
shoe cover) ketika melakukan prosedur pemasangan Alat Dalam
Rahim.
Prosedur
pemasangan
dan
pengeluaran
Implan.
13. Pegawai Perubatan perlu memakai PPE Standard (Face mask,
face shield, plastik apron dan Sterile glove) ketika melakukan
prosedur pemasangan implan.
Prosedur
melibatkan:
a) suntikan
hormon,
b) CBE
c) ujian darah
glukos dan
kolestrol
d) Papsmear
14. Jururawat perlu memakai PPE Standard semasa
menjalankan prosedur suntikan, Pemeriksaan Klinikal
Payudara (CBE), ujian glukos dan kolesterol serta papsmear.
Prosedur
pembersihan
dan disinfection
15. Ketua Klinik perlu memastikan pembersihan dan pembasmian
kuman (disinfection) menggunakan cecair disinfektan secara
berkala iaitu selepas setiap prosedur dijalankan terhadap
permukaan / persekitaran di bilik prosedur; dan
16. Pembantu Perawatan Kesihatan perlu mengamalkan pemakaian
PPE Standard semasa menjalankan prosedur pembersihan.
7
5. PENUTUP
Garis panduan Amalan Pencegahan COVID-19 di KNS LPPKN ini merupakan langkah-langkah
yang digariskan oleh pihak LPPKN berpandukan garis panduan daripada KKM. Semua petugas
di KNS LPPKN seluruh Malaysia WAJIB mematuhi semua ketetapan dalam garis panduan ini
demi keselamatan semua pihak. Pengarah Negeri dan Ketua Klinikal Negeri hendaklah
memantau dan memastikan garis panduan ini dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
8
Lampiran A1
REKOD SARINGAN RISIKO COVID-19
Klinik Nur Sejahtera ……………………..
Bil
Tarikh Nama Ada simptom demam/
batuk/ susah nafas/ sakit
tekak?
Nombor Telefon
Tandatangan
9
Atau menggunakan QR Kod seperti di bawah:
Langkah pendaftaran QR Code di KNS sebagai Pengguna
Langkah 1: Harus menjadi ahli Mysejahtera yang boleh dimuat turun melalui aplikasi
Mysejahtera sebagai pengguna terlebih dahulu. Ini memudahkan cara mendaftar untuk
mendapatkan QR code di setiap premis seperti contoh di bawah:
10
Langkah pendaftaran QR Code di KNS sebagai Admin
Langkah 1 :
Mesti menggunakan website google untuk mendaftar sebagai Admin melalui
mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ seperti contoh di bawah:
11
Langkah 2 :
Pendaftar akan dihantar OTP melalui telefon jika memilih untuk mendaftar menggunakan
nombor telefon atau emel seperti contoh di bawah:
Langkah 3 :
Pendaftar mesti mengisi butiran diri sebagai ketua Klinik Nur Sejahtera di setiap cawangan
seperti contoh di bawah:
12
Langkah 4 :
Pendaftar akan dihantar QR CODE yang boleh digunakan di Klinik Nur Sejahtera masing-
masing dan digalakkan menyimpan dokumen tersebut untuk rujukan pada masa akan
datang seperti contoh di bawah:
13
Langkah 5 :
QR CODE sedia digunakan oleh klien di setiap KNS hanya tekan pada scan di telefon pintar
/ di aplikasi Mysejahtera seperti contoh di bawah:
Hasil Scan QR Code:
14
Lampiran A2
CARTA ALIR SARINGAN COVID-19 DI
KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN
Kaunter
saringan/Luar
Premis Klinik
Dalam Klinik
Nur Sejahtera
Mula
Periksa suhu
badan Klien dan
peneman
Klien mengisi
Rekod Saringan
COVID-19 di
buku kemasukan
klinik atau check
in dengan
menggunakan
QR Code
Tidak Berisiko
Berisiko
Klien masuk ke
dalam klinik
Klien diminta
untuk pergi ke
Klinik Kesihatan
KKM
berhampiran
bagi
mendapatkan
pemeriksaan
lanjutan dan
rawatan
Klien menerima
rawatan /
perkhidmatan