22
1 LAMPIRAN K KATA-KATA ALUAN PENGARAH BAHAGIAN BUKU TEKS Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, Bahagian Buku Teks berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan SPBT dan dibekalkan ke selurh negara. Penerbitan buku panduan ini mencerminkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Buku Teks dalam memastikan urusan SPBT di sekolah sentiasa di urus dengan cekap dan berkesan. Buku panduan ini bertujuan menyediakan panduan terkini dan lengkap kepada semua personel yang terlibat dengan pengurusan buku teks di semua peringkat. Pengurusan yang efektif menjamin buku dijaga dengan baik, memastikan bekalan buku teks sentiasa mencukupi dan menjimatkan wang kerajaan selaras dengan dasar pemnjimatan yang diamalkan oleh pihak kerajaan pada masa ini. Buku panduan ini menerangkan dengan lengkap fungsi dan tugas Bahagian Buku Teks (BBT), Jabatan Pendidikan Negeri(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Jabatan Agama Islam Negeri(JAIN) dan sekolah. Buku panduan ini juga memberikan panduan terperinci tentang pengurusan SPBT khususnya tentang sistem fail, prosedur pelupusan, pengurusan buku stok, Kelab SPBT, pengurusan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) dan Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD) Saya berharap agar buku panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat dalam meningkatkan kualiti pengurusan SPBT. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku panduan ini. Sekian, terima kasih Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

LAMPIRAN K PANDUAN...6 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS LATAR BELAKANG Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Oktober 1973 telah bersetuju untuk memberi buku teks secara percuma atau disubsidikan

Embed Size (px)

Citation preview

1

LAMPIRAN K

KATA-KATA ALUAN

PENGARAH BAHAGIAN BUKU TEKS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya, Bahagian Buku Teks

berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan SPBT dan dibekalkan ke selurh negara.

Penerbitan buku panduan ini mencerminkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui

Bahagian Buku Teks dalam memastikan urusan SPBT di sekolah sentiasa di urus dengan cekap dan

berkesan. Buku panduan ini bertujuan menyediakan panduan terkini dan lengkap kepada semua

personel yang terlibat dengan pengurusan buku teks di semua peringkat. Pengurusan yang efektif

menjamin buku dijaga dengan baik, memastikan bekalan buku teks sentiasa mencukupi dan

menjimatkan wang kerajaan selaras dengan dasar pemnjimatan yang diamalkan oleh pihak kerajaan

pada masa ini.

Buku panduan ini menerangkan dengan lengkap fungsi dan tugas Bahagian Buku Teks (BBT), Jabatan

Pendidikan Negeri(JPN), Pejabat Pendidikan Daerah(PPD), Jabatan Agama Islam Negeri(JAIN) dan

sekolah. Buku panduan ini juga memberikan panduan terperinci tentang pengurusan SPBT khususnya

tentang sistem fail, prosedur pelupusan, pengurusan buku stok, Kelab SPBT, pengurusan Bilik Operasi

SPBT Sekolah (BOSS) dan Bilik Operasi SPBT Daerah (BOSD)

Saya berharap agar buku panduan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat

dalam meningkatkan kualiti pengurusan SPBT. Penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan

kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku panduan ini.

Sekian, terima kasih

Pengarah

Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

2

Kandungan

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia v

SEJAMBAK KATA, SETULUS HATI

Pengarah

Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia vi

BAHAGIAN 1: PENGENALAN

Sejarah 1

Carta Organisasi Bahagian Buku Teks 2

Skim Pinjaman Buku Teks 3

Carta Organisasi Sektor Skim Pinjaman Buku Teks 4

Matlamat 5

Objektif 5

Dasar Kelayakan SPBT 5

Pakej Buku Teks 5

Dasar Pemilihan dan Penggunaan Buku Teks 6

Dasar Pertukaran Judul Buku Teks 6

Tempoh Hayat Buku Teks 6

Syarat Gantian/Tambahan Buku Teks 7

Perpindahan/Pertukaran Murid 7

Pinjaman dan Pemulangan Buku Teks SPBT 8

BAHAGIAN 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Latar Belakang 9

Carta Pengurusan dan Pelaksanaan Dasar Desentralisasi 9

Bahagian Buku Teks 10

Jabatan Pendidikan Negeri 14

Pejabat Pendidikan Daerah 18

Jabatan Agama Islam Negeri 22

Sekolah 24

Carta Organisasi Jawatankuasa SPBT Sekolah 25

BAHAGIAN 3: PENGURUSAN SPBT SEKOLAH

Carta Alir Penentuan Kelayakan SPBT Murid 37

Carta Alir Proses Pesanan Buku Teks SPBT 39

Carta Alir Proses Penerimaan Bekalan Buku Teks SPBT 42

Carta Alir Pengagihan Buku Teks Kepada Murid 45

Carta Alir Pemulangan Buku Teks Akhir Tahun 48

3

BAHAGIAN 4: PROSES PELUPUSAN/SISTEM FAIL/BUKU STOK SPBT/TAKWIM

Carta Alir Pelupusan Buku Teks 51

Sistem Fail SPBT 52

Contoh Kertas Minit Fail 54

Contoh Takwim SPBT Sekolah 56

BAHAGIAN 5: APLIKASI PENGURUSAN

Sisteksbbt 57

Carta Alir Aplikasi Sisteksbbt Versi 2 60

eMateks 61

BAHAGIAN 6: KELAB SPBT SEKOLAH

Carta Organisasi 65

Objektif 66

Keahlian 66

Peranan dan Tanggungjawab 66

Skop Tugas Jawatankuasa 66

Aktiviti 67

BAHAGIAN 7: BOSS CEMERLANG

Konsep BOSS Cemerlang 70

BAHAGIAN 8: PANDUAN KESELAMATAN BUKU TEKS

Jenis-Jenis Bencana 80

Tindakan Semasa Berlaku Bencana 80

Tindakan Selepas Berlaku Bencana 82

Panduan Pencegahan dan Langkah-Langkah Menghadapi Banjir 84

Panduan Pencegahan Kebakaran 86

Carta Alir Tindakan Bencana 88

Lampiran

4

BAHAGIAN 1

BAHAGIAN BUKU TEKS

LATAR BELAKANG

Bahagian Buku Teks (BBT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ditubuhkan

sebagai satu unit di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran pada 15 Mei 1967. Pada ketika

itu, fungsi unit adalah mengawal dan menentukan semua sekolah di

Malaysia Barat mematuhi peraturan Kementerian Pelajaran mengenai

pembelian, penjualan dan penggunaan buku teks. Pada tahun 1969, unit

ini diletakkan di Bahagian Sekolah dan pada tahun 1971, pengurusan unit ini

dikembalikan semula kepada BPPDP.

Pada tahun 1972, unit ini dikenali sebagai Biro Buku Teks dan beroperasi

sebagai organisasi tersendiri yang bertanggungjawab kepada Ketua

Pengarah Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1988, Biro Buku Teks telah

ditukar nama kepada Bahagian Buku Teks seperti yang dipersetujui dalam

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (EPC) Bil. 102 bertarikh

15 Julai 1988. Pada tahun 2002, Bahagian ini telah distruktur semula

dengan penambahan empat sektor baru menjadi tujuh sektor, selaras

dengan penambahan fungsi di bawah Jabatan Sekolah, Kementerian

Pelajaran Malaysia.

5

PENGARAH

TIMBALAN PENGARAH

SEKTOR

KHIDMAT

PENGURUSAN

BUKU TEKS

• Unit

Pembangunan

Kapasiti dan

Profesionalisme

• Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan

• Unit Teknologi Maklumat

• Unit

Kewangan

dan Akaun

SEKTOR

SKIM

PINJAMAN

BUKU TEKS

• Unit Anggaran

• Unit Pesanan

• Unit Perancangan Pembangunan

• Unit Operasi dan Pemantauan

• Unit

Pengurusan

Sekolah

Khas

• Unit Pembekalan

SEKTOR DASAR

DAN

PEROLEHAN

BUKU TEKS

• Unit Dasar

• Unit Perolehan

• Unit Kontrak dan Hak Cipta

• Unit

Pengurusan

Kualiti & Inovasi

SEKTOR PENERBITAN BUKU TEKS SEKOLAH MENENGAH

• Unit Sains

dan Matematik

• Unit

Vokasional

dan Teknikal

• Unit Bahasa dan

Kesusasteraan

• Unit Sains

Sosial

• Unit

Pendidikan

Islam

SEKTOR PENERBITAN BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH

• Unit

Pendidikan

Islam

• Unit Sains

dan

Matematik

• Unit Bahasa dan Kesusasteraan

• Unit Sains

Sosial

• Unit Khas Sekolah Rendah

SEKTOR

TEKNIKAL

PENERBITA

N BUKU

TEKS

• Unit

Teknikal

Penerbitan

Sekolah

Menengah

• Unit

Teknikal

Penerbitan

Sekolah

Rendah

• Unit

Teknikal

Penerbitan

Khas

• Unit

Teknikal

Pendidikan

Bestari

• Unit

Pengurusan

Harga

Hakcipta

SEKTOR

PENYELIAAN

DAN

PENYELIDIKA

N BUKU TEKS

Unit Khidmat

Selia

Unit

Penyelidikan

dan

Penyeliaan

Buku Teks

Unit Khidmat

Khas dan

Pemantauan

Carta Organisasi Bahagian Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

6

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

LATAR BELAKANG

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Oktober 1973 telah bersetuju untuk memberi

buku teks secara percuma atau disubsidikan kepada murid-murid dalam kalangan

keluarga berpendapatan rendah di sekolah kebangsaan dan diperluaskan kepada

semua jenis sekolah yang lain. Sehubungan dengan itu, Majlis Tindakan Negara

(MTN) telah memutuskan pemberian pinjaman buku teks kepada semua murid di

sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan pada tahun 1974. Bagi

sekolah jenis kebangsaan pula hendaklah berpandukan sistem markah yang

ditentukan mengikut pendapatan ibu bapa dan bilangan anak mereka yang

bersekolah. Oleh yang demikian, Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula

dilaksanakan pada tahun 1975 ke seluruh negara mengikut syarat kelayakan yang

ditetapkan.

Pada tahun 1983, SPBT telah diperluaskan ke sekolah-sekolah menengah agama di

bawah kelolaan kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Negeri dan Rakyat. Pada tahun

2005 pemberian buku teks telah diperluas kepada semua murid yang ibu bapa atau

penjaganya terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Pada 7 September 2007, Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) yang telah

dibentangkan di Dewan Rakyat memutuskan supaya dasar SPBT diperluas kepada

semua murid warganegara Malaysia tanpa mengira pendapatan isi rumah dan

bilangan anak yang layak di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan di

bawah KPM dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, berkuat kuasa mulai 1 Januari

2008.

Pada 27 Jun 2008, dasar bantuan SPBT telah diperluaskan ke Sekolah Rendah

Agama Bersepadu (SRAB)/Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di bawah

Kerajaan Negeri.

Mulai tahun 2017, pembekalan buku teks diperluaskan kepada guru sekolah

menengah dan rendah di seluruh negara.

7

PENGARAH

TIMBALAN PENGARAH

UNIT

ANGGARAN

UNIT

PEMBEKALAN

UNIT

PESANAN

UNIT PERANCANGAN PEMBANGUNAN

UNIT OPERASI DAN

PEMANTAUAN

UNIT PENGURUSAN

SEKOLAH KHAS

KETUA PENOLONG PENGARAH

Carta Organisasi

Sektor Skim Pinjaman Buku Teks

Kementerian Pendidikan Malaysia

8

Bahagian Buku Teks , Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan

dasar desentralisasi bagi memastikan pengurusan dan pelaksanaan buku

teks di bawah SPBT berjalan lancar dan efisien. Melalui dasar desentralisasi

ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diperturunkan kuasa oleh BBT untuk

melaksanakan tugas berkaitan pemesanan dan pembayaran buku teks

SPBT. Penurunan kuasa untuk melaksanakan tugas-tugas berkenaan

bertujuan supaya pesanan buku teks SPBT di sekolah menjadi lebih tepat

dan realistik.

Bagi melaksanakan pengurusan SPBT yang cekap dan efisien, JPN dan

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) adalah dipertanggungjawabkan dalam

tugas pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat Pejabat Pendidikan

Daerah (PPD) serta sekolah.

9

PERANAN, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

BAHAGIAN BUKU TEKS

Sektor Skim Pinjaman Buku Teks d i pe r tanggungjawabkan untuk memastikan

pengurusan dan pelaksanaan SPBT di setiap peringkat berjalan lancar.

Tugas dan tanggungjawab Sektor SPBT adalah seperti yang berikut:

1. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

1.1. Menggubal dan menguatkuasa dasar berkaitan pengurusan

dan pelaksanaan SPBT.

1.2. Merancang dan memohon peruntukan kewangan SPBT:

a. Keperluan buku teks SPBT.

b. Pengurusan SPBT.

1.3. Menyediakan takwim tahunan bagi program pengurusan dan

pelaksanaan SPBT.

1.4. Merancang dan mengawal keperluan buku teks SPBT

peringkat kebangsaan.

1.5. Merancang dan memantau aktiviti pengurusan SPBT peringkat

kebangsaan.

1.6. Merancang dan mengurus pembangunan sumber manusia

dalam pengurusan dan pelaksanaan SPBT di semua peringkat.

2. PENGURUSAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

2.1. Pengurusan Peruntukan Perbelanjaan pembelian buku teks SPBT

2.2. Menyediakan maklumat perbelanjaan pembelian buku teks SPBT

seluruh negara.

10

2.3. Menyediakan anggaran peruntukan perbelanjaan pembelian

buku teks SPBT bagi setiap negeri.

2.4. Mengagih peruntukan kewangan pembelian buku teks SPBT

kepada negeri.

2.5. Mengawal dan memantau perbelanjaan pembelian buku teks

SPBT seluruh negara.

2.6. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan pembelian buku

teks SPBT peringkat kebangsaan.

3. Pesanan Buku Teks

3.1. Mengurus sistem pengurusan buku teks (eSPBT) dengan

kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM.

3.2. Menyediakan senarai judul buku teks yang diperaku oleh KPM bagi

tujuan pesanan oleh sekolah seluruh negara.

3.3. Menyemak maklumat kontrak buku teks bagi setiap judul.

3.4. Menyediakan kriteria/panduan pesanan buku teks peringkat

kebangsaan.

3.5. Memberi taklimat pesanan buku teks kepada JPN dan JAIN.

3.6. Menyelaras, menyelia, mengawal dan mengesahkan pesanan buku

teks SPBT negeri.

3.7. Mengurus pesanan buku teks SPBT untuk Pendidikan Khas dan SAR

seluruh negara.

3.8. Menyelaras penyerahan Pesanan Tempatan (L.O.) seluruh negara

kepada penerbit.

3.9. Menyediakan rumusan pesanan buku teks SPBT peringkat

kebangsaan.

11

4. Pembekalan dan Penerimaan Buku Teks SPBT

4.1. Mengurus modul pembekalan dalam sistem pengurusan buku teks

(eSPBT) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM),

KPM.

4.2. Merancang dan mengurus pemantauan pembekalan dan

penerimaan buku teks SPBT seluruh negara.

4.3. Menyediakan laporan pemantauan p e m b e k a l a n s e l u r u h

n e g a r a .

4.4. Menyediakan laporan prestasi pembekalan mengikut penerbit.

4.5. Mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang berkaitan

dengan pembekalan buku teks SPBT.

5. Pengurusan dan Pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks

5.1. Merancang aktiviti pengurusan dan pelaksanaan SPBT peringkat

kebangsaan.

5.2. Memantau pelaksanaan pelupusan buku teks SPBT melalui laporan

berkala yang disediakan oleh JPN.

5.3. Menyelia dan memantau pengurusan dan pelaksanaan SPBT di

peringkat JPN dan JAIN.

5.4. Memantau pengurusan dan pelaksanaan SPBT di peringkat

PPD dan sekolah dengan kerjasama JPN dan juga JAIN.

5.5. Menyediakan laporan penyeliaan dan pemantauan.

5.6. Mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang berkaitan

dengan SPBT.

12

6. Pengurusan Sumber Manusia dan Peningkatan Profesionalisme

6.1. Menyelaras taklimat/kursus kepada personel yang terlibat dalam

pengurusan SPBT di semua peringkat.

6.2. Merancang pembangunan sumber manusia dalam pengurusan dan

pelaksanaan SPBT.

7. Pembayaran Tuntutan Pembekalan Buku Teks SPBT kepada Penerbit

7.1. Memantau status tuntutan pembayaran pembekalan buku teks

oleh penerbit bagi buku teks SPBT di peringkat JPN seluruh negara.

7.2. Mengurus tuntutan pembayaran pembekalan buku teks SPBT

kepada penerbit untuk pesanan Pendidikan Khas dan SAR.

7.3. Menyedia dan melaporkan status pembayaran seluruh

negara.

PROGRAM KHAS BBT

1. Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang Peringkat Kebangsaan

1.1. Menentukan kriteria penilaian kategori Pengurusan SPBT

Cemerlang dan Pengurusan SPBT JPN Cemerlang.

1.2. Melaksanakan penilaian bagi kategori Pengurusan SPBT

Cemerlang dan Pengurusan SPBT JPN Cemerlang.

1.3. Menguruskan majlis Anugerah Pengurusan SPBT Cemerlang

Peringkat Kebangsaan

13

BAHAGIAN HADAPAN BOSS

14

RUANG DALAM BOSS

15

RAK FAIL

16

RAK BUKU

17

PONDOK/ANJUNG SPBT

18

TAMAN SPBT/MURAL SPBT