Upload
ahmad-hazwan
View
11
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Lap or a Nejen Lelong
Citation preview
PERINGATAN :
Anda tidak dibenarkan mengubah, menjual atau mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan
ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-
lain media sebelum mendapat izin daripada pihak penulis. Tindakan akan diambil sekiranya melanggar larangan ini.
Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan
untuk menghasilkan sesuatu keputusan. Penulis secara khusus tidak bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerugian
atas risiko, peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan
aplikasi daripada apa juga kandungan daripada ebook ini.
Hak Cipta Terpelihara 2014 www.ejenlelong.com
Laporan Rahsia Ejen Hartanah Lelong
Page | 2
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebelum saya teruskan, terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima
kasih kerana anda mengambil peluang untuk memuat turun dan membaca Laporan
Rahsia Ejen Hartanah Lelong ini. Disini saya akan berkongsi dengan anda apa itu
Rumah Lelong. Bila kita sebut pasal lelong pasti sudah ramai yang tahu dan anda
sendiri boleh gambarkan situasinya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya apa perbezaan Hartanah Lelong dan Rumah
Lelong. Rumah Lelong boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada Hartanah
lelong. Ini kerana Rumah lebih spesifik jika dibandingkan dengan Hartanah yang
boleh terdiri dari rumah, tanah, kebun, pantai, bangunan, kedai, pusat rekreasi,
taman, dan pelbagai lagi.
Namun begitu, masih ramai golongan bumiputra yang masih belum tahu akan
kelebihan yang terdapat dalam bidang hartanah lelong ini. Mungkin anda pernah
mendengar mereka-mereka yang membeli rumah lelong mengalami kerugian. Anda
juga mungkin pernah mendengar, ada yang membeli rumah lelong tetapi terpaksa
menghabiskan puluhan ribu malahan ada yang terpaksa kehilangan duit deposit
kerana kelewatan untuk menyelesaikan baki harga belian.
Anda harus tahu, membeli Rumah Lelong bukanlah sukar sepertimana yang
pernah anda dengar. Sama ada dari mereka yang pernah membeli atau mereka yang
cakap apa yang mereka dengar. Diharapkan anda dapat membuang tangapan
negatif berkenaan rumah lelong ini sebelum anda hanya merugikan diri anda sendiri.
Mengapa saya mengatakan merugikan, kerana ramai golongan bukan bumiputera
mengambil peluang ini jika dibandingan dengan golongan bumiputra.
Pada masa kini, Rumah Lelong merupakan satu peluang kepada mereka
mereka yang masih belum memiliki rumah atau kepada sesiapa sahaja yang ingin
membuat pelaburan. Ini kerana, membeli rumah lelong adalah lebih murah jika
dibandingakan dengan harga pasaran semasa. Oleh itu, pembeli yang membeli
rumah lelong dapat berjimat 2
Melalui e-book ini, saya
dan apa kelebihannya jika menjadi Ejen Hartanah Lelong jika dibandingkan dengan
yang lain. Diharapkan ilmu yang diberi dapat memberi
terutamanya golongan bumiputra dan semua yang telah mendapatkan e
Pada masa kini, Rumah Lelong merupakan satu peluang kepada mereka
mereka yang masih belum memiliki rumah atau kepada sesiapa sahaja yang ingin
membuat pelaburan. Ini kerana, membeli rumah lelong adalah lebih murah jika
dibandingakan dengan harga pasaran semasa. Oleh itu, pembeli yang membeli
rumah lelong dapat berjimat 20% - 50% lebih rendah daripada pembelian biasa.
saya akan utamakan dan kongsikan apa itu Rumah Lelong
dan apa kelebihannya jika menjadi Ejen Hartanah Lelong jika dibandingkan dengan
yang lain. Diharapkan ilmu yang diberi dapat memberi manfaat kepada anda
terutamanya golongan bumiputra dan semua yang telah mendapatkan e
Page | 3
Pada masa kini, Rumah Lelong merupakan satu peluang kepada mereka-
mereka yang masih belum memiliki rumah atau kepada sesiapa sahaja yang ingin
membuat pelaburan. Ini kerana, membeli rumah lelong adalah lebih murah jika
dibandingakan dengan harga pasaran semasa. Oleh itu, pembeli yang membeli
50% lebih rendah daripada pembelian biasa.
akan utamakan dan kongsikan apa itu Rumah Lelong
dan apa kelebihannya jika menjadi Ejen Hartanah Lelong jika dibandingkan dengan
manfaat kepada anda
terutamanya golongan bumiputra dan semua yang telah mendapatkan e-book ini.
Page | 4
SEJARAH LELONG
Lelong sebenarnya telah bermula sejak 500 tahun sebelum masihi lagi. Jika
diterjemahkan dalam bahasa inggeris disebut sebagai Auction. Auction ini merupakan
permulaan kata Latin iaitu Auctus yang permaksud perningkatan atau kenaikan.
Disini kita dapat tafsirkan, lelong adalah satu persaingan untuk mendapatkan
sesuatu dengan cara menawarkan harga yang tertinggi. Lelong ini diwujudkan untuk
membubarkan aset dan telah digunakan sejak zaman Rom kuno lagi. Kegiatan lelong
ini telah berkembang setelah peradapan dunia kian maju dan aset seseorang individu
semakin bertambah.
Lelongan adalah cara yang paling unik untuk menjual hampir apa sahaja jenis
harta peribadi. Jika dulu, lelongan yang paling popular adalah aktiviti penjualan yang
melibatkan barang-barang isi rumah, ternakan atau barang-barang antik.
Pada masa kini, lelongan dalam hartanah menjadi salah satu aktiviti penjualan
yang semakin berkembang pesat. Semakin ramai orang membeli dan menjual
rumah-rumah dan tanah mereka melalui kaedah lelongan.
Page | 5
Pada tahun 1991, lelongan dalam Real Estate di Amerika Syarikat telah
meningkat lebih dari US$ 10 bilion dari tahun 1980 menjadi US$ 33 bilion. Mereka
juga telah mengangarkan bahawa pada tahun 2000, satu pertiga dari seluruh
hartanah akan dijual melalui lelongan. Pada tahun 2004, nilai semua barangan dan
perkhidmatan yang dijual di lelongan di Amerika Syarikat ialah kira-kira US $ 202,7
bilion. Angka ini semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Penjualan hartanah lelong di Malaysia semakin hari semakin bertambah. Boleh
dikatakan lebih 100 jenis hartanah akan dan sedang dilelong setiap hari. Hartanah
lelong ini boleh terdiri dari rumah teres, apartment, flat, kondo, tanah kosong, lot
kedai, pejabat, kilang dan pelbagai lagi. Pelbagaian jenis hartanah ini memberi
peluang untuk anda menjual apa sahaja hartanah malahan senarai hartanah untuk
anda jual juga tidak terhad dan sentiasa bertambah setiap hari.
Page | 6
10 TIP MUDAH UNTUK MEMBELI RUMAH LELONG
1. Mengenal pasti Rumah atau Hartanah yang anda ingin beli. Pastikan anda telah
betul-betul bersedia untuk membeli rumah mengikut kepada lokasi pilihan dan
bajet. Ambil tahu dan perhatian terhadap semua maklumat berkaitan dengan
hartanah.
2. Membuat lawat periksa luaran hartanah untuk memastikan keadaan serta
persekitaran hartanah tersebut.
Page | 7
3. Membuat carian rasmi di pejabat tanah yang berkaitan dan membuat pertanyaan
umum dengan pemaju atau pejabat pengurusan untuk hartanah yang ingin anda
beli.
4. Dapatkan satu salinan Pengisytiharan Jualan (POS) dan Syarat Jualan (COS) dari
pihak pelelong atau ejen yang berdaftar. Fahami terma dan syarat yang
terkandung didalam POS tersebut. Setelah betul-betul berminat dengan hartanah
tersebut, anda dikehendaki untuk mendaftar butiran dengan pihak Bank sebelum
hari lelongan diadakan.
5. Sila ambil nota berkenaan tarikh, masa, dan tempat. Anda perlu menyediakan
Bank Draft atau Perintah Juruwang sebagai deposit untuk memasuki lelongan
sama ada 5% atau 10% dari Harga Rizab sebelum tarikh lelongan. Peratus untuk
bank draft ini ada dinyatakan dengan jelas dalam POS.
Page | 8
6. Pada hari lelongan, sila pastikan anda hadir ke tempat lelongan sekurang-
kurangnya 30 minit sebelum lelongan diadakan. Anda juga dikehendaki mendaftar
di kaunter pelelong untuk mengesahkan kehadiran anda serta mengambil bida
kad untuk membida hartanah yang ingin anda beli.
7. Sebelum sesi lelongan bermula, Pelelong akan menerangkan taklimat mengenai
proses bidaan, membaca fasal penting berkenaan syarat serta terma yang
terkandung di dalam COS beserta maklumat hartanah.
8. Pada masa lelongan, anda dikehendaki untuk membuat tawaran harga dengan
cara menaikan atau mengangkat paddle kad untuk menunjukkan harga bidaan.
Proses bidaan akan berhenti apabila harga tertinggi yang diumumkan dan dikira
sehingga 3 kali oleh pelelong dan tidak ada lagi tawaran lain dibuat. Apabila tukul
dijatuhkan, hartanah tersebut dikira telah dijual.
Page | 9
9. BERJAYA : Pembida yang berjaya dikehendaki menandatangani Kontrak Jualan
dan membayar perbezaan 5% atau 10% untuk mencukupkan deposit mengikut
kepada kenaikan harga yang berjaya dibida. Baki pembelian harga mesti dibayar
dalam tempoh masa yang diberikan. Sekiranya tiada pembida lain, anda dapat
beli hartanah tersebut dengan harga rizab.
10. TIDAK BERJAYA : Sekiranya anda tidak berjaya dalam lelongan tersebut, anda
boleh mengambil kembali Bank Draft atau Perintah Juruwang di kaunter
pendaftaran selepas lelongan diadakan.
Page | 10
Adakah Adakah Adakah Adakah andaandaandaanda berminat berminat berminat berminat
Untuk Untuk Untuk Untuk menjadimenjadimenjadimenjadi salah salah salah salah
seorang seorang seorang seorang Ejen HartanahEjen HartanahEjen HartanahEjen Hartanah
Lelong?Lelong?Lelong?Lelong?
Mungkin Anda Tertanya-Tanya Apa Beza Ejen Lelong
Dengan Subsale Real Estate Ini?
Sebagai Ejen Hartanah Lelong, anda dapat belajar banyak perkara
berkaitan dengan bidang hartanah jika dibandingkan dengan Ejen Real Estate /
Subsale. Ini kerana, anda akan mendalami selok belok hartanah bukan sahaja dari
proses pindah milik harta sahaja, tetapi juga dapat belajar bagaimana proses dan
perjalanan sesuatu hartanah boleh berpindah milik dari seseorang individu kepada
seseorang individu yang lain melalui proses lelongan hartanah.
Antara kelebihan yang paling jelas adalah, anda dapat belajar bagaimana cara
untuk menjadi seorang ejen hartanah walaupun anda tidak pernah mempelajarinya.
Selain itu, anda juga dapat mengetahui bagaimana untuk membuat pilihan hartanah
yang terbaik sebagai pelaburan yang menguntungkan sama ada untuk diri sendiri
atau untuk bakal klien anda nanti.
Page | 11
Dibawah saya senaraikan beberapa perbezaan antara Ejen Hartanah Lelong
dengan Ejen Real Estate/ Subsale :
EJEN LELONG EJEN SUBSALE
Ada banyak listing Terhad
Listing terkini dan terbaru setiap hari Terhad
Ada pelbagai jenis rumah untuk
dijual Terhad
Tidak perlu tengok rumah Perlu buat temu janji dengan
pemilik
Tidak perlu bawa pembeli tengok
rumah
Perlu Bawa pembeli tengok
keadaan dalam rumah
Dapat jimatkan masa Masa tak tetap
Dapat tentukan masa sendiri Perlu ikut kehendak klien
Kos pendaftaran rendah Kos pendaftaran tinggi
Boleh buat secara Part time / Full
time Wajib full time
Komisyen cepat dapat Komisyen lambat
Mudah belajar & Boleh buat kerja
subsale
Belum tentu boleh buat kerja
lelong
Page | 12
MENJADI EJEN HARTANAH (REAL ESTATE)
Sekiranya anda konsisten dan memberikan komitment untuk mempelajari
bidang ini, anda secara tak langsung dapat belajar menjadi Ejen Hartanah Subsale
dengan lebih mudah. Melalui teknik yang akan dikongsikan, anda akan berpeluang
untuk mendapatkan listing hartanah untuk dijual tanpa anda sedari.
Malahan, dari rumah atau hartanah yang telah anda jualkan kepada klien
melalui lelongan anda dapat jualkan semula kepada pembeli baru dengan harga yang
berpatutan. Dengan itu, anda dapat menggandakan pendapatan dengan hanya satu
rumah lelong.
Tapi anda harus ingat, tidak semua hartanah adalah sama jenisnya. Terdapat
hartanah yang boleh terus dijual dalam tempoh masa yang singkat dan ada juga
hartanah yang mengambil masa yang lama sebelum ianya boleh dijual semula.
Semuanya bergantung kepada jenis hartanah dan jenis lelongan itu sendiri.
Page | 13
MENJADI SEORANG PELABUR HARTANAH
Apabila anda menjadi seorang ejen dalam hartanah lelong. Pada masa akan
datang anda akan mendapat pengalaman dan dapat belajar bagaimana menjadi
seorang pelabur dalam hartanah lelong. Dengan mendalami hartanah lelong, anda
dapat mengurangkan risiko dan seterusnya anda dapat menjimatkan masa dan
tenaga anda.
Boleh dikatakan pelaburan yang paling bagus dalam hartanah adalah
pelaburan dalam hartanah lelong. Dimana anda membeli dengan harga murah, dan
seterusnya dapat menjual semula dengan harga pasaran. Bahkan anda dapat
menjana pendapatan dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu, anda juga dapat
menjana pendapatan pasif setiap bulan melalui penyewaan.
Anda harus tahu, setiap sesuatu pasti ada risiko. Tetapi risiko dapat
dikurangkan apabila adanya ilmu dan pengalaman. Pelaburan dalam hartanah ini
boleh mendatangkan hasil yang lumayan tetapi memerlukan teknik dan strategi
tertentu supaya ianya tidak menjadi sesuatu yang boleh membebankan. Apabila
tersilap langkah, anda boleh merugikan mungkin puluhan ribu duit anda sendiri atau
mungkin klien anda nanti.
Page | 14
SEKIAN....
Sekian sahaja laporan serba ringkas yang dapat saya sampaikan. Dengan
perkongsian ini, diharapkan ianya dapat memberi pendedahan dan membuka
peluang kepada anda untuk menceburkan diri dalam kerjaya Ejen Hartanah Lelong.
Tahukah anda, peluang seperti ini tidak pernah dikongsikan dan dibongkar oleh
mereka-mereka yang lebih dahulu menceburinya.
Terutamanya bagi golongan bumiputra, ini adalah peluang yang cukup cerah
untuk anda ambil. Lebih-lebih lagi, kebanyakan hartanah di Malaysia telah disimpan
dan ditetapkan sebagai Lot Bumiputra dan Malay Reserve.
Jika diperhatikan, ramai golongan bukan bumiputra yang tidak dibenarkan
membeli rumah yang berstatus seperti ini. Ini menjadikan hak anda sebagai
bumiputra terjamin dan menjadikan peluang untuk anda menanfaatkan kerjaya ini
terbuka luas.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendalami bidang ini untuk
menambah nilai dalam kehidupan anda nanti. Saya berharap kita dapat berjaya
bersama-sama menjana pendapatan sama ada secara Part Time atau Full Time.
Saya yakin dan percaya dengan mendalami industri hartanah lelong ini, anda akan
menjadi seorang pelabur dalam hartanah lelong untuk diri anda sendiri.
Jadi, bagi anda yang sedang mencari peluang untuk menjana pendapatan
tambahan dan yang paling menguntungkan dalam industri hartanah, maka Kerjaya
Ejen Hartanah Lelong adalah pilihan yang sangat sesuai untuk anda rebut. Untuk
mengetahui lebih lanjut berkenaan kerjaya ini sila lawati halaman website dibawah:
{{{{----TERHAD UNTUK BUMIPUTRA SAHAJATERHAD UNTUK BUMIPUTRA SAHAJATERHAD UNTUK BUMIPUTRA SAHAJATERHAD UNTUK BUMIPUTRA SAHAJA----]]]]
Panduan Awal Untuk Bermula => www.ejenlelong.com/parttime