2
Laporan AJK Peralatan Program BIG Fasa III 2015 IPGKTAA Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III telah diadakan pada 5 Mac 2015 yang lalu dan telah disertai oleh 100 orang guru pelatih PISMP Unit Bahasa Melayu, Pengajian Cina, Sains, Pendidikan Muzik dan Pemulihan. Dalam program BIG kali ini kami telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat iaitu gotong-royong di SK Kuala Telang, Kuala Lipis. Pada hari tersebut, para guru pelatih telah diiringi oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Sarudin bin Md. Amin. Sebelum itu, beberapa orang AJK Peralatan telah dilantik supaya memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya dan saudara Lim Ewe Jin, Uvarajah a/l Vadiveloo, Raymond a/l Angkai dan Affie bin Azlan telah dilantik untuk memikul tugas tersebut. Peranan kami adalah memastikan semua peralatan disediakan dalam kuantiti yang diperlukan semasa aktiviti khidmat masyarakat dijalankan. Kami juga sentiasa memastikan peralatan diagihkan mengikut keperluan dan tiada kekurangan. Sebelum hari tersebut, kami telah berjumpa dengan AJK Induk Peralatan iaitu Encik Amirul Nazrin bin Mat untuk menyediakan peralatan dalam kuantiti yang diperlukan seperti berus cat, thinner, penyapu dan sebagainya. Selain itu, kami juga diberitahu bahawa pihak sekolah akan menyediakan sebahagian peralatan. Seperti yang telah dinyatakan, Program BIG Fasa III yang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat adalah gotong- royong. Sebagai AJK Peralatan kami telah mengagihkan peralatan yang telah dibekalkan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Sebelum kami melukis mural, surat khabar yang telah disediakan oleh pihak sekolah telah diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diletakkan di atas lantai supaya tidak mengotorkan lantai semasa mengecat dinding. Selain daripada itu, thinner yang berfungsi sebagai penanggal cat juga telah dibekalkan oleh pihak sekolah. Selain kumpulan mural, kumpulan yang membersihkan kawasan sekolah dan bilik-bilik tertentu telah dibekalkan peralatan untuk membersihkan seperti cat, berus cat, plastik sampah, penyapu dan sebagainya. Selepas segala aktiviti disempurnakan, kami juga membersihkan semua peralatan sebelum meninggalkan sekolah tersebut. Sepanjang Program Bina Insan Guru ini, tugasan-tugasan yang diagihkan seperti melukis mural, mengecat dinding, membersihkan kawasan sekolah dan sebagainya dapat dilakukan dalam masa yang singkat kerana semua guru pelatih telah

Laporan Ajk Peralatan Big III

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh laporan

Citation preview

Laporan AJK Peralatan Program BIG Fasa III 2015 IPGKTAA

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa III telah diadakan pada 5 Mac 2015 yang lalu dan telah disertai oleh 100 orang guru pelatih PISMP Unit Bahasa Melayu, Pengajian Cina, Sains, Pendidikan Muzik dan Pemulihan. Dalam program BIG kali ini kami telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat iaitu gotong-royong di SK Kuala Telang, Kuala Lipis. Pada hari tersebut, para guru pelatih telah diiringi oleh pensyarah pembimbing iaitu Encik Sarudin bin Md. Amin. Sebelum itu, beberapa orang AJK Peralatan telah dilantik supaya memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar. Saya dan saudara Lim Ewe Jin, Uvarajah a/l Vadiveloo, Raymond a/l Angkai dan Affie bin Azlan telah dilantik untuk memikul tugas tersebut. Peranan kami adalah memastikan semua peralatan disediakan dalam kuantiti yang diperlukan semasa aktiviti khidmat masyarakat dijalankan. Kami juga sentiasa memastikan peralatan diagihkan mengikut keperluan dan tiada kekurangan.

Sebelum hari tersebut, kami telah berjumpa dengan AJK Induk Peralatan iaitu Encik Amirul Nazrin bin Mat untuk menyediakan peralatan dalam kuantiti yang diperlukan seperti berus cat, thinner, penyapu dan sebagainya. Selain itu, kami juga diberitahu bahawa pihak sekolah akan menyediakan sebahagian peralatan. Seperti yang telah dinyatakan, Program BIG Fasa III yang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat adalah gotong-royong. Sebagai AJK Peralatan kami telah mengagihkan peralatan yang telah dibekalkan kepada kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan. Sebelum kami melukis mural, surat khabar yang telah disediakan oleh pihak sekolah telah diedarkan kepada setiap kumpulan untuk diletakkan di atas lantai supaya tidak mengotorkan lantai semasa mengecat dinding. Selain daripada itu, thinner yang berfungsi sebagai penanggal cat juga telah dibekalkan oleh pihak sekolah.

Selain kumpulan mural, kumpulan yang membersihkan kawasan sekolah dan bilik-bilik tertentu telah dibekalkan peralatan untuk membersihkan seperti cat, berus cat, plastik sampah, penyapu dan sebagainya. Selepas segala aktiviti disempurnakan, kami juga membersihkan semua peralatan sebelum meninggalkan sekolah tersebut. Sepanjang Program Bina Insan Guru ini, tugasan-tugasan yang diagihkan seperti melukis mural, mengecat dinding, membersihkan kawasan sekolah dan sebagainya dapat dilakukan dalam masa yang singkat kerana semua guru pelatih telah memberikan kerjasama dengan baik bersama AJK Peralatan dan ahli jawatankuasa yang lain. Oleh itu, aktiviti-aktiviti telah dilaksanakan secara lancar di kawasan sekolah dan dapat menyempurnakan program Bina Insan Guru pada Semester 3 ini dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

(WONG YENG THAI)Ketua AJK Peralatan,Program Bina Insan Guru Fasa III 2015,PISMP Semester 3,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.