Upload
nithya-sekar
View
253
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
5/28/2018 Laporan AJK Protokol
1/4
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL
KARNIVAL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Pada 10 Mac 2014 yang lalu, kumpulan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) bagi opsyen Pendidikan Jasmani telah menjalani Karnival
Pertandingan Permainan Tradisional. Karnival ini telah dianjurkan oleh guru-guru
pelatih PISMP Semester 5 atas kerja kursus pendek yang bertajuk Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Guru-guru pelatih dari tujuh unit iaitu unit
Bahasa Melayu, Bahasa Cina 1 dan 2, Bahasa Tamil 1 dan 2, Sains dan Matematik.
Karnival Permainan Tradisional ini telah diadakan di padang astaka Institut
Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar. Permainan Tradisional ini dimulakan pada
pukul 8 pagi dan dihabiskan pada 12.30 tengah hari. Karnival ini telah dirasmikan oleh
Pengarah IPG Kampus Raja Melewar. Pertandingan Permainan Tradisional ini
dianjurkan untuk memberi peluang dan pengalaman kepada guru-guru pelatih merasai
sendiri permainan tradisional dan membuka minda guru-guru pelatih untuk mengambil
bahagian dalam permainan tradisional. Semangat cinta akan permainan tradisional
yang sudah dilupai oleh generasi sekarang, dapat diterapkan dalam kalangan generasi
muda. Permainan tradisional yang telah dianjurkan ini juga dapat menerapkan
semangat ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
Taklimat mengenai perlaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini telah
disampaikan oleh dua orang pensyarah unit Pendidikan Jasmani En. Bisshukri bin
Matrop dan En. Zulkefly bin Jamil. Rentetan daripada taklimat itu, semua guru pelatih
PISMP dari tujuh unit tersebut bagi opsyen Pendidikan Jasmani telah mengadakan
mesyuarat bagi melantik ahli jawatankuasa karnival. Berdasarkan keputusan
mesyuarat, saudari Komala A/P Paramasuwan telah dilantik sebagai ketua ahli
jawatankuasa protokol dan pembantunya ialah saudara Surintharan A/L Muthukumar.
Saya Syamala A/P Palanisamy, dan tujuh orang rakan lagi, telah dipilih sebagai ahli
jawatankuasa protokol bagi membantu ketua AJK protokol.
5/28/2018 Laporan AJK Protokol
2/4
Setelah selesai mesyuarat lantikan ahli jawatankuasa, AJK protokol telah
mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan kepada ahli-ahli yang lain.
Selepas itu, perjumpaan demi perjumpaan diadakan bagi memastikan perlaksanaan
tugasan berjalan dengan lancar. Tugas AJK protokol yang pertama ialah menguruskan
majlis iaitu melantik pengerusi majlis, menyediakan tentatif program, menguruskan
pendirian khemah tetamu, menyediakan kemudahan sistem PA, dan menguruskan
gimik perasmian.
Sehari sebelum hari Karnival Permainan Tradisional, ajk protokol telah
berkumpul di padang astaka kira-kira pada pukul 3 petang untuk menguruskan
persiapan tempat karnival. Kami telah mengagihkan tugas kami antara satu sama lain.
Kami telah mendapatkan kemudahan khemah dari unit penyelengaraan IPG Kampus
Raja Melewar dan juga dari luar. Kami telah bekerjasama dengan ajk peralatan untuk
menguruskan khemah bagi tetamu khas dan juga para guru pelatih. Selain itu, kami
juga telah menyediakan kemudahan system PA bersama-sama dengan ajk peralatan.
Di samping itu, kami juga telah menguruskan gimik perasmian. Kami telah
menyediakan banting yang telah disiapkan oleh ajk publisiti bagi gimik perasmian. Kami
juga telah menyediakan belon-belon helium untuk digunakan semasa perasmian
Karnival Permainan Tradisional. Selain itu, kami ajk-ajk protokol telah menceriakankhemah tetamu seperti menyusun kerusi-kerusi bagi tetamu, pensyarah-pensyarah dan
juga guru-guru pelatih. Kami juga telah menceriakan padang astaka dengan banting-
banting tiga segi dan menceriakan kawasan khemah tetamu dengan pasu-pasu bunga.
Pada hari permainan tradisional, kami telah turun padang pada pukul 6.30 pagi.
Kami ajk protokol, telah mengikat banting bersama-sama dengan belon-belon helium.
Sebagai penyambut tetamu kehormat, AJK protokol telah memastikan terlebih dahulu
persiapan tempat yang disediakaan khas untuk tetamu kehormat dan perkara-perkaralain seperti penyediaan makanan dan cenderahati kepada tetamu kehormat sebelum
mereka datang ke tempat karnival berlangsung. Kira-kira pada pukul 8.30 pagi, tetamu
kehormat, Pengarah IPG Kampus Raja Melewar telah tiba di tempat karnival permainan
tradisional. Sejurus ketibaan Pengarah, nyanyian lagu Negaraku telah dinyanyikan dan
majlis dipimpin oleh bacaan doa. Selepas itu, Pengerusi Karnival telah memberi ucapan
5/28/2018 Laporan AJK Protokol
3/4
aluan dan diteruskan oleh ucapan Pengarah dan seterusnya Pengarah telah
merasmikan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional. Program berjalan dengan
lancar selari dengan catatan tentatif program yang telah dinyatakan di dalam buku
program. Kami dengan kerjasama ajk-ajk yang lain telah berusaha sedaya upaya untuk
memastikan tiada sebarang cacat cela yang timbul ketika tetamu kehormat tiba ke
tempat karnival tesebut dan semasa ucapan tetamu kehormat serta perasmian karnival.
Namun, kami akui bahawa terdapat kelemahan dalam menjalankan tugas
sebagai ajk protokol. Semasa ucapan Pengarah, belon-belon helium yang telah kami
ikat dengan banting telah terbang di angin sebelum dirasmikan oleh Pengarah.
Kecuaian kami telah menjadi satu kesalahan yang besar di hadapan tetamu kehormat
dan tetamu-tetamu yang lain. Tetapi kami telah menghadapinya sebagai satu cabaran
dan mengikat kembali banting tersebut dengan reben dan kami juga mendahului
dengan meminta maaf atas kesalahan kami. Kami akan membuat penambahbaikan
dengan menukarkan reben kecil dengan reben yang besar ataupun tali supaya dapat
diikatkan belon-belon helium itu dengan ketat sekali. Walaupun, kesalahan telah
berlaku, kami tetap meneruskan Karnival Permainan Tradisional dengan kerjasama ajk-
ajk yang lain dan guru-guru pelatih PISMP semester 5.
Akhir kata dari kami, selaku peserta yang bertanggungjawab kami telahmelaksanakan tugas protokol kami dengan baik sekali dan kami akui pengalaman yang
kami dapat peroleh merupakan ilmu yang sangat bernilai. Kami ucapkan ribuan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Karnival
Pertandingan Permainan Tradisional.
Sekian, terima kasih.
5/28/2018 Laporan AJK Protokol
4/4
Disediakan oleh,
(SYAMALA A/P PALANISAMY)
AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL,
KARNIVAL PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL.