Upload
mady-taha
View
182
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pendidikan Luar
Citation preview
LAPORAN AKTIVITI
AKTIVITI IKHTIAR HIDUP
TARIKH 13 APRIL 2013 - 14 APRIL 2013
TEMPATPULAU MENTAGOR, PANGKORPERAK DARUL RIDZUAN
MASA (13.4.2013 : 6.00 PTG) HINGGA (14.4.2013 : 10.00 PG)
BILANGAN PELAJAR TERLIBAT
14 ORANG
AKTIVITI YANGDIJALANKAN
MENDIRIKAN KHEMAHMENCARI SUMBER MAKANANMENULIS PUISI
ALATAN DAN BAHAN YANG DISEDIAKAN
- KHEMAH PONCO- PISAU- GARAM & BELERANG- BISKUT (3 KEPING)- ALATAN MEMANCING- PEMETIK API- FIRE STARTER- UMPAN ( SOTONG )
FASILITATOR TERLIBAT MAHADI BIN TAHA
LANGKAH KERJA
Pada 13 - 14 April 2013, satu aktiviti Ikhtiar Hidup di bawah perlaksanaan Pendidikan Luar
telah diadakan di Pulau Mentagor, Pangkor, Perak Darul Ridzuan. Aktiviti ini dijalankan
bersama-sama dengan aktiviti Group Camp di bawah seliaan En. Azman Bin Ishak.
Sebelum bertolak taklimat ringkas diadakan oleh pensyarah yang terlibat iaitu Dr. Azita Bin
Amrin. Pemeriksaan akhir juga dilakukan kepada setiap pelajar bagi memastikan tiada
barang yang dibawa melainkan barang yang telah dibekalkan sahaja. Bot telah disediakan
bagi membawa pelajar dari Panville Camp, Pangkor iaitu (Base Camp) tepat pada pukul
6.00 petang. Para peserta tiba di kawasan pulau tersebut kira-kira pada pukul 6.25 petang.
Para peserta menuju ke kawasan khemah yang didirikan dengan arahan dari pensyarah.
Setiap kumpulan diarahkan mendirikan khemah untuk bermalam di tempat yang berbeza-
beza. Kebanyakan pelajar yang menyertai aktiviti ini tidak pernah merasai pengalaman
sebegini. Keadaan pulau dan hutan yang tidak pernah didiami menjadikan tempat tersebut
terlalu sunyi dan gelap. Jalan laluan tempat untuk ke khemah setiap kumpulan masing-
masing hanya boleh dilalui melalui pesisir pantai dan laluan hutan belukar.
Setelah tempat perkhemahan diberikan, semua peserta bekerjasama mendirikan khemah
dengan menggunakan ponco yang diberikan. Khemah yang berlantaikan daun-daun kayu
dan berdindingkan batu pantai digunakan sebagai tempat perlindungan sementara.
Sebelum keadaan menjadi gelap, khemah haruslah siap sepenuhnya dan unngun api
dinyalakan bagi mendapatkan sedikit pencahayaan. Sewaktu khemah didirikan oleh para
peserta, fasilitator yang bertugas melawat setiap khemah bagi sesi pemantaun jika terdapat
sebarang permasalahan. Fasilitator juga memberikan arah melalui kompas bagi memastikan
kiblat untuk memudahkan pelajar mendirikan solat apabila tiba waktu.
Menjelang pukul 8.00 malam, para peserta sudah menyiapkan khemah dan unggun api
sepenuhnya. Pelajar dibahagikan tugas oleh kumpulan masing-masing. Mereka perlu
mencari sumber makanan pada malam tersebut dan juga menyediakan unggun api untuk
menyiapkan masakan. Dengan berbekalkan alatan yg diberikan, pelajar menggunakan
umpan sotong untuk memancing. Ada juga pelajar yang mencari sumber makanan tepi laut
seperti kepah untuk dijadikan makanan. Selain itu, ada yang menggunakan sotong tersebut
untuk dijadikan makanan pada malam tersebut.
Pada pukul 10.30 malam, pelajar mempersiapkan dengan menghasilkan sajak dan puisi. Di
samping itu, terdapat juga pelajar yang masih mengawal unggun api bagi mengelakkan dari
terpadam memandangkan suasana hutan terlalu gelap. Keadaan air laut yang menjadi surut
juga membolehkan segelintir pelajar masih lagi memancing untuk medapatkan sumber
makanan. Pemantaun dilakukan oleh fasilitator di setiap tapak perkhemaham dan tidak
terdapat sebarang permasalahan yang berlaku. Setiap ahli kumpulan berada di kawasan
sekitar perkhemahan masing-masing..
Perjalanan aktiviti hari pertama dengan diselubungi suasana sejuk serta hujan. Pada pukul
12.45 malam, hujan mula turun, dan semua pelajar bergegas memastikan barang-barang
berada di bawah ponco yang didirikan. Tiupan angin yang agak kuat juga menyebabkan
keadaan menjadi semakin sejuk. Hujan mula turun dan setiap peserta berlindung dibawah
khemah dan disebalik batu pantai bagi mengelakkan kesejukan.
Di sepanjang awal pagi bermula 1.30 pagi sehingga 5.30 pagi, tiada perkara yang berlaku.
Kesemua peserta berada didalam kawasan khemah masing-masing. Ada yang tidur dan ada
uang masih berjaga kerana kesejukan. Fasilitator bertugas sekali lagi melakukan pemantaun
terhadap semua khemah peserta. Semua keadaan masih terkawal dan tiada perkara yang
berlaku. Hujan mula reda dan pelajar-pelajar yang tidur sudah mula bangun dan
mempersiapkan diri untuk sembahyang subuh.
Untuk hari kedua bermula pukul 7.30 pagi, peserta sudah mula menyiapkan diri dengan
memperkemaskan kesemua alatan. Khemah mula ditanggalkan dan tapak unggun api
dihapuskan. Bagi mengelakkan kebakaran kesemua unggun api yang dinyalakan disiram
dengan air bagi memastikan tiada api yang masih menyala. Ini dikhuatiri akan menyebabkan
kebakaran.
Pada pukul 8.35 pagi peserta disetiap kumpulan mula mengutip bahan-bahan terbuang
disekitar tapak perkhemahan dan juga pesisiran pantai sementara menunggu bot untuk
dibawa ke aktiviti seterusnya. Sampah-sampah yang ditinggalkan di kawasan tersebut
dibersihkan sepenuhnya oleh semua peserta bagi memastikan kawasan pantai kembali
bersih dah pulih seperti sediakala.
Pensyarah tiba pada pukul 10.15 pagi dan peserta menaiki bot dan bersedia untuk aktiviti
seterusnya di Pulau Giam.
Disediakan oleh Disahkan oleh
.................................................. .....................................................( ) ( )