8
[ Y e a r ] SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA LAPORAN AKTIVITI PBS 2012 1.0 PENDAHULUAN PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pelaksanaan PBS dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Selain itu, PBS dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka (framework) yang ditetapkan. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Jawatankuasa PBS SK Putera Jaya telah mengadakan beberapa aktiviti. Antaranya ialah : 1.1 Pengubahsuaian Bilik Operasi PBS Hasil pemantauan dari pihak PPD Setiu, SK Putera Jaya telah menjadi sekolah contoh bagi Daerah Setiu, sehubungan dengan itu, Bilik Operasi PBS telah ditubuhkan pada awal bulan April. Semua guru KSSR Tahap 1 telah bersama-sama turun padang bergotong-royong membersihkan Bilik Operasi PBS yang asalnya adalah Bilik PPSMI. Gotong-royong telah diadakan pada hari Selasa 10 April 2012 jam 2 petang. PPD Setiu telah berbesar hati untuk menyumbangkan beberapa rak yang tidak 1

laporan aktiviti pbs

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

Page 1: laporan aktiviti pbs

[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

LAPORAN AKTIVITI PBS 2012

1.0 PENDAHULUAN

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif

(intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Pelaksanaan PBS dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat

sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang ditetapkan

oleh Lembaga Peperiksaan. Selain itu, PBS dikendalikan oleh guru-guru mata pelajaran

secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kerangka

(framework) yang ditetapkan.

Bagi memenuhi keperluan tersebut, Jawatankuasa PBS SK Putera Jaya telah

mengadakan beberapa aktiviti. Antaranya ialah :

1.1 Pengubahsuaian Bilik Operasi PBS

Hasil pemantauan dari pihak PPD Setiu, SK Putera Jaya telah menjadi sekolah

contoh bagi Daerah Setiu, sehubungan dengan itu, Bilik Operasi PBS telah

ditubuhkan pada awal bulan April. Semua guru KSSR Tahap 1 telah bersama-

sama turun padang bergotong-royong membersihkan Bilik Operasi PBS yang

asalnya adalah Bilik PPSMI. Gotong-royong telah diadakan pada hari Selasa 10

April 2012 jam 2 petang. PPD Setiu telah berbesar hati untuk menyumbangkan

beberapa rak yang tidak digunakan untuk diberikan kepada SKPJ untuk

memudahkan cara penyimpanan fail PBS KSSR.

1.2 Pengurusan Evidens

Guru menggunakan buku kerja dan memberi lembaran kerja kepada murid

sebagai evidens. Evidens disimpan dalam 2 fail iaitu :

1.2.1 Fail Perkembangan Murid dimana seorang murid mempunyai 1 fail yang

diisi dengan evidens bagi semua mata pelajaran. Evidens terbaik disimpan

dalam tempoh masa yang ditetapkan. Evidens lain diserahkan kepada murid

1

Page 2: laporan aktiviti pbs

[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

setelah direkodkan dalam SPPBS.

1.2.2 Fail Showcase ialah benchmark untuk evidens terbaik dan terpilih. 1 kelas

1 fail.

1.3 Pelaporan Prestasi Murid

Guru mata pelajaran dikehendaki mengemaskini fail perkembangan murid dan

fail showcase. Kesemua fail perkembangan murid dan fail showcase Tahun 1

dan Tahun 2 ditempatkan di dalam Bilik Operasi PBS. Selepas kesemua

evidens telah dimasukkan ke dalam sistem SPPBS, evidens diserahkan kepada

murid. Hanya evidens terbaik dan terkini disimpan di dalam fail perkembangan

murid.

1.4 Temu Murni KSSR

Temu Murni KSSR telah diadakan pada 10 Julai 2012. Sambutan sangat

menggalakkan. Ramai ibubapa hadir pada hari tersebut. Ibubapa mendengar

taklimat ringkas dari GPK1 En Razali b Sulaiman tentang pelaksanaan KSSR di

sekolah. Ibubapa juga datang berkunjung ke Bilik Operasi PBS dan melihat

sendiri Fail Perkembangan anak mereka.

1.5Menjadi Pusat Rujukan kepada sekolah-sekolah berdekatan.

SK Putera jaya sering dilawati oleh beberapa buah sekolah yang berdekatan.

Pada awal pembukaan Bilik Operasi PBS, SK Putera jaya telah menerima

lawatan daripada 60 buah sekolah dari Dearah Setiu pada 24 April 2012 dan

satu taklimat penyelarasan PBS telah diadakan kepada semua Penyelaras PBS

bagi Daerah Setiu pada masa tersebut.

1.6Pemantauan

Pemantauan telah dibuat bagi memastikan perjalanan PBS dapat dilaksanakan

dengan lancar. Pengisian Data SPPBS telah dipantau oleh GPK1 dan Guru

Besar sepanjang masa agar tiada murid yang tercicir. Begitu juga pemantauan

2

Page 3: laporan aktiviti pbs

[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

dari segi Fail Perkembangan Murid bagi setiap subjek. Guru akan sentiasa

mengemaskini evidens setiap murid.

1.7 Kursus

Bagi meningkatkan pengetahuan semua guru agar mereka faham tentang cara

pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan, satu kursus LADAP telah diadakan

pada peringkat sekolah pada 9 Oktober 2012. Sebelum itu, beberapa orang guru

yang terpilih telah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru

Penyelaras PBS di KL International Kuala Lumpur pada 12 hingga 14 Julai 2012.

Selain itu, satu kursus Hands On juga telah diadakan pada cuti sekolah pada 28

dan 29 November bersama dengan Pegawai JPN Selangor dan Perak anjuran

Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di SMK Tengku Ibrahim. Maklumat

terkini, semua evidens hendaklah dikembalikan semula kepada murid pada akhir

tahun kecuali evidens yang terakhir. Selaku sekolah model, PPD Setiu telah

menjemput Pn Andik Emiliza bt Alimin dan Pn Rosmaliza bt Ismail untuk

memberi penerangan tentang pelaksanaan PBS di sekolah dalam Taklimat

Pengoperasian PBS bersama dengan Guru Besar dan Pengetua Daerah Setiu.

2.0 KEKUATAN

2.1 Kebanyakkan guru yang mengajar Tahun 1 dan 2 telah mengikuti kursus

KSSR.

2.2 Ada dikalangan guru SK Putera Jaya menjadi Jurulatih Utama berkaitan

dengan KSSR.

2.3 Guru yang mengajar KSSR mempunyai kemahiran ICT, memudahkan

pengisian data SPPBS.

2.4 Dapat berkongsi idea dan pengetahuan kepada pelawat yang mengunjungi

Bilik Operasi PBS.

3

Page 4: laporan aktiviti pbs

[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

3.0 KELEMAHAN

3.1 Segelintir guru SK Putera Jaya tidak mengemaskini evidens dalam Fail

Perkembangan murid.

3.2 Guru subjek lewat mengisi data SPPBS.

3.3 Beberapa orang guru masih kurang mahir untuk mengisi data SPPBS secara

online.

4.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN :

4.1 Menyelaraskan warna pada tulang Fail Perkembangan Murid mengikut

Tahun Aliran.

4.2 Menyelaraskan pengisian data SPBBS mengikut subjek masing-masing.

4.3 Guru subjek KSSR mesti mempunyai Fail Transit berkaitan dengan KSSR.

4.4 Memastikan Bilik Operasi PBS sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas

kerana sering dilawati oleh pihak luar.

4.5 Memperkasakan lagi Penjaminan Kualiti di peringkat sekolah.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

…………………………………… ………………………………

( PN ANDIK EMILIZA BT ALIMIN) ( EN ZAINUDDIN B DOLLAH )

PENYELARAS PBS GURU BESAR SK PUTERA JAYA

4

Page 5: laporan aktiviti pbs

[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI PBS

5

KURSUS LADAP PBS

LAWATAN SK BATU 29

TEMU MURNI KSSR

Page 6: laporan aktiviti pbs

[Year]SEKOLAH KEBANGSAAN PUTERA JAYA

BILIK OPERASI PBS SK PUTERA JAYA

6