Laporan Aktiviti Perkhemahan Unit Uniform

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Contoh Laporan Aktiviti Perkhemahan di Sekolah Rendah

Text of Laporan Aktiviti Perkhemahan Unit Uniform

LAPORAN AKTIVITI PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM

SEK. KEB. PERMATANG BULOH 2013

HARI PERTAMA : JUMAAT ( 5 APRIL 2013)

1.PENDAFTARAN PESERTA

Pendaftaran peserta diadakan di Dewan Terbuka SK Permatang Buloh pada jam 3.30 petang. Murid-murid diminta melaporkan diri kepada guru yang bertugas iaitu Pn Roznita Bt Mat Saad (PPG) dan Pn Zaroni Abdullah. Murid diminta mengisi borang kehadiran dan mencatat nama unit uniform masing-masing. Selepas mendaftar diri, murid telah diedarkan buku program dan kad tanda nama. Kad tanda nama ini bertujuan untuk memudahkan pengenalan diri murid. Semua murid diminta sentiasa memakai kad tanda nama ini di sepanjang berlangsungnya program perkhemahan ini.

2.TAKLIMAT PERKHEMAHAN

Setelah selesai proses pendaftaran, semua murid diminta berbaris mengikut kumpulan khemah masing-masing. Kumpulan ini telah ditentukan sehari sebelum berlangsungnya aktiviti perkhemahan ini. Murid diminta duduk dan bersedia untuk taklimat perkhemahan. Sebelum taklimat bermula, semua guru-guru Program Pensiswazahan Guru (PPG) diperkenalkan terlebih dahulu kepada semua murid. Encik Haironizam selaku Ketua Kem telah memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan.

Antara kandungan taklimat tersebut ialah berkaitan disiplin peserta sepanjang program perkhemahan seperti peraturan-peraturan perkhemahan, menepati masa dan cara berpakaian. En Haironizam juga memberitahu tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di sepanjang program perkhemahan ini. Beliau juga menasihatkan agar semua peserta perkhemahan dapat menjimatkan penggunaan air dan elektrik. Para peserta juga diingatkan agar sentiasa bekerjasama dalam setiap aktiviti kumpulan yang telah dirancangkan. 3.MENDIRIKAN KHEMAH

Semua peserta perkhemahan diminta berkumpul di tapak perkhemahan untuk melihat demonstrasi mendirikan khemah. Setiap kumpulan diberi sebuah khemah untuk didirikan. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli. Dua orang guru ditugaskan untuk mengawasi dan membantu murid dalam proses mendirikan khemah ini. Sebanyak 9 buah khemah murid dan 4 khemah guru telah berjaya didirikan.

Sebagai pengawasan dan langkah keselamatan daripada serangga atau haiwan berbisa, kami telah memagari kawasan sekeliling khemah dengan menggunakan belerang (sulfur).

4.MINUM PETANG

Selepas selesai mendirikan khemah, peserta diberi minum petang iaitu air sirap. Minuman disediakan di kantin SKPB. Murid diminta membasuh gelas masing-masing di ruang belakang kantin.5.SOLAT ASAR

Setelah selesai minum petang murid diminta berbaris untuk ke surau sekolah bagi menunaikan solat Asar berjemaah. Solat Asar ini diimamkan oleh Muhammad Mukhlis Bin Mohamad Yani, peserta unit uniform Tunas Kadet Remaja Sekolah. 6.RIADAH

Aktiviti riadah yang diadakan ialah aktiviti kecergasan (senaman). Senaman ini diketuai oleh Pn Koay Bee Lian.

7.ICE-BREAKING

Guru menjelaskan tentang matlamat perkhemahan dan objektif yang akan dicapai. Murid juga diberi penerangan ringkas tentang aktiviti malam kebudayaan. 8.KEMAS DIRI

Murid diberikan masa untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk makan malam.

9.MAKAN MALAMMurid beratur mengambil makanan. Murid membaca doa beramai- ramai sebelum makan.Menu makan malam ialah nasi putih, ayam masak kicap , sayur bayam dan air oren.10.SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH

Semua murid berkumpul di Surau SKPB untuk solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Muhammad Maizol Ammar bin Zainal Abidin dari Unit Uniform Pengakap. Setelah selesai solat Maghrib dan bacaan doa, diadakan pula aktiviti bacaan Yassin yang ketuai oleh Encik Norulhadi bin Abdullah Sani dan Encik Haironizam B Ismail.11.KULIAH MAGHRIB

Kuliah Maghrib telah disampaikan oleh Puan Roznita Bt. Mat Saad yang bertajuk "Anak Yang Soleh" dengan menggunakan persembahan MS Power Point. Di antara intisari kuliah Maghrib yang telah disampaikan ialah cara-cara untuk menjadi anak yang soleh dan solehah. Beliau juga memperdengarkan juga lagu "Jasa Bonda" sebagai mengenangkan jasa seorang ibu dan sebagai renungan untuk semua peserta.

12.SOLAT ISYAK BERJEMAAH

Solat Isyak berjemaah diimamkan oleh adik Muhammad Maizol Ammar bin Zainal Abidin dari Unit Uniform Pengakap. Selesai solat Isyak murid beristighfar, berzikir dan bertasbih.

13.MALAM KEBUDAYAAN

Murid berkumpul di dewan tertutup untuk aktiviti malam kebudayaan. Malam

kebudayaan ini dikendalikan oleh Cik Rosaniza bt Abdul Kalim yang bertindak sebagai fasilitator. Aktiviti dimulai dengan taklimat daripada beliau. Peserta diperkenalkan dengan pelbagai jenis tepukan seperti Tepukan Terima Kasih, Tepukan Sin Chan, Tepukan Malaysia dan sebagainya. Peserta-peserta menjalankan aktiviti nyanyian dan permainan dalam bentuk kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini dapat mewujudkan semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri peserta. Di antara lagu-lagu yang dinyanyikan termasuklah Selamat Jumpa, Di Sini Senang, Mendolo, Jambatan Tamparuli, Lai Chi Kang, Tarian Gajah dan lain-lain lagi. Semasa aktiviti ini dijalankan, En. Khairudin b. Saidin telah hadir untuk membuat pemantauan akan perjalanan program.Acara ini berakhir pada jam 10.30 malam14.KUDAPAN

Para peserta perkhemahan diminta berkumpul di kantin untuk menikmati juadah kudapan malam iaitu teh 'o' panas dan roti krim sebelum tidur. Peserta-peserta membaca doa makan sebelum makan.

15.TIDUR

Peserta perkhemahan diminta membersihkan diri sebelum masuk tidur di khemah masing-masing pada pukul 11.00 malam. Mereka juga diingatkan supaya tidak berada di luar kawasan perkhemahan kecuali dengan kebenaran guru. Para peserta juga dinasihatkan supaya tidak pergi ke tandas secara bersendirian pada waktu malam.

16.MESYUARAT PEMIMPIN

Mesyuarat pemimpin diadakan pada jam 11.15 malam. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membuat refleksi tentang perjalanan program di sepanjang hari ini. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengatur jadual untuk petugas sentri sepanjang waktu malam.

Di antara kelemahan yang dikenalpasti ialah peserta perkhemahan tidak

menepati masa yang ditetapkan. Terdapat juga peserta yang mengambil sikap sambil lewa dan mengambil masa yang lama untuk mandi dan mengurus diri. Kelemahan-kelemahan ini telah diambil maklum dan akan dibuat penambahbaikan untuk hari seterusnya.17. SENTRI (KAWALAN MALAM)

Guru-guru yang bertugas pada pukul 12.00 tengah malam sehingga pukul 2 pagi ialah Puan Fazilah Bt Abdul Hamid, Puan Hindun Bt Kamaludin, Puan Noraini Bt Abu Sepian, Puan Zalina Bt Yussof dan Cik Rosaniza Bt Abdul Kalim. Kemudian diikuti dengan giliran Puan Rosidah Bt Said, Puan Roznita Bt Mat Saat, Puan Koay Bee Lian, Puan Sarasu a/p Ramakrishnan, Puan Norziyana Bt Din, Puan Norafizah Bt Dullah dan Puan Rosliza Bt Samsudin iaitu pada pukul 2 hingga pukul 4 pagi. Giliran diteruskan lagi oleh Encik Norulhadi B Abdullah Sani, Encik Mohd.Firdaus B Ismail dan Encik Haironizam B Ismail dari pukul 4 pagi hingga pukul 5 pagi.

Pada pukul 11.40 malam, hujan telah turun dengan lebatnya dan didapati dua buah khemah telah bocor. Peserta dikedua-kedua khemah tersebut telah diarahkan supaya mengosongkan khemah dan berpindah tidur dikantin. Mereka diberi tikar sebagai alas tidur. Pada jam 2 pagi pula, beberapa orang peserta lelaki didenda oleh guru kerana didapati masih berkeliaran di luar khemah.

18. Solat Subuh Berjemaah

Solat Subuh berjemaah telah diimamkan oleh adik Muhammad Maizol Ammar bin Zainal Abidin dari Unit Uniform Pengakap. Setelah selesai Solat Subuh, murid dibimbing membaca Yassin dengan diketuai oleh Puan Hindun Bt Kamaludin. Aktiviti diteruskan oleh alunan 'Penghulu Istighfar' dengan bimbingan Puan Rafini Bt Ismail dengan berbantukan radio kaset dan senikata Istighfar. Semua peserta begitu teruja dengan kelainan aktiviti yang ditonjolkan. Mereka dapat mengalunkan istighfar tersebut dengan begitu baik dan memuaskan.19. Senaman pagi

Selesai solat subuh, semua peserta dikehendaki berkumpul di dewan terbuka untuk menjalankan sesi senaman pagi. Aktiviti ini terpaksa dilaksanakan di dewan kerana hujan lebat pada masa itu. Senaman ini dikendalikan oleh Puan Rosidah dan Cik Rosaniza dengan iringan muzik. Tujuannya adalah untuk memberi kesegaran dan semangat kepada peserta program bagi memulakan aktiviti pada hari kedua.

20. Sarapan

Menu sarapan pagi adalah nasi lemak dan teh o panas. Semua peserta dan guru-guru menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak kantin dengan penuh berselera. Mereka dikehendaki mencuci pinggan dan cawan masing-masing di singki yang telah ditetapkan. Tugasan ini perlu dilakukan oleh semua peserta sepanjang perkhemahan berlangsung.21.Aktiviti kembara dan khidmat masyarakat

Aktiviti ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang disebabkan oleh hujan lebat.Pihak urusetia telah berbincang dan bersetuju untuk menggantikannya dengan aktiviti demonstrasi meruntuh dan menyimpan khemah. Demonstrasi ini dikendalikan oleh Encik Haironizam dan Encik Norulhadi. Beberapa kumpulan telah diberi peluang untuk cuba melakukannya dengan bimbingan guru-guru. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memudahkan peserta semasa aktiviti menyimpan khemah nanti.

22. Minum pagi

Menu minuman pagi ialah karipap , kuih onde-onde dan teh tarik. Secara tidak langsung, semua peserta program dapat mengenali kuih-kuih tradisional ini. Dengan demikian, warisan ini dapat diteruskan oleh generasi yang akan datang dan tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.23. Aktiviti Base

Aktiviti ini dijalankan di dewan terbuka. Peserta diagihkan kepada empat stesen iaitu simpulan dan ikatan, bantu mula, kawad kaki dan masakan. Stesen simpulan dan ikatan dikendalikan oleh Puan Zaroni, Cik Rosaniza, Puan Rafini dan Puan Rosidah. Simpulan dan ikatan yang diajar ialah buku s