8
LAPORAN AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011 AKTIVITI : KHIDMAT BAKTI MURID TAHUN 6 TARIKH : 10 OKT 2011 HARI : ISNIN MASA : 9.00 A.M HINGGA 12.00 TENGAH HARI TEMPAT : SURAU PARIT UNAS DARAT, MUAR. LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR Kami selamat sampai ke destinasi yang dituju pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh AJK surau. Selepas itu ,murid –murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi taklimat yang disampaikan oleh En. Tuhamim selaku AJK Surau Parit Unas Darat, Muar.

Laporan Aktiviti Selepas Upsr 2011

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LAPORAN

Citation preview

LAPORAN AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011

AKTIVITI : KHIDMAT BAKTI MURID TAHUN 6

TARIKH : 10 OKT 2011

HARI : ISNIN

MASA : 9.00 A.M HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : SURAU PARIT UNAS DARAT, MUAR.

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Kami selamat sampai ke destinasi yang dituju pada pukul 9.00 pagi. Ketibaan kami disambut oleh AJK surau. Selepas itu ,murid –murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi taklimat yang disampaikan oleh En. Tuhamim selaku AJK Surau Parit Unas Darat, Muar.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru dan murid-murid ialah mengecat dinding surau,mengelap dinding dan tingkap,mengemas stor,melipat sejadah dan lain-lain lagi.

Selepas selesai mengemas kawasan surau, guru-guru , murid-murid dan pekerja sekolah menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh AJK Surau Parit Unas Darat.

En Aziz bin Ninggal selaku GPK Kokurikulum menyampaikan sedikit sumbangan kepada En Tuhamim. Murid-murid dan guru-guru bersalam-salaman dengan AJK Surau sebelum pulang ke sekolah. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK surau kerana sudi menerima kunjungan kami warga SKPBD. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat dilteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang.

Disedikan oleh,

……………………………………

(SALMIE BT RAMLI)

GURU SKPBD

LAPORAN AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011

AKTIVITI : LAWATAN SAMBIL BELAJAR

TARIKH : 28 SEPT 2011

HARI : RABU

MASA : 7.30 A.M HINGGA 12.00 TENGAH MALAM

TEMPAT : BANDARAYA MELAKA

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Pada 28 SEPT 2011 bersamaan hari Rabu, Sek. Keb. Parit Bakar Darat, Muar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Murid-murid yang terlibat dalam lawatan ini ialah murid Tahun 5, 6 dan Pra Sekolah. Guru-guru dan murid-murid yang mengikuti lawatan berkumpul di dataran perhimpunan sekolah dan membaca doa sebelum bertolak ke destinasi yang ingin dituju.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Zoo Melaka, Menara Taming

Sari dan lain-lain lagi. Terdapat 3 bangunan utama di Kompleks Falak Al-Khawarizmi iaitu Balai Cerap, Planetarium dan Pusat latihan. Di sini murid-murid dapat didedahkan dengan Ilmu Falak dengan lebih mendalam lagi.Di Menara Taming Sari pula guru-guru dan murid-murid dapat menyaksikan panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Kami juga tidak ketinggalan untuk menikmati keindahan malam di Bandar Melaka dengan menaiki ‘boat’ di Melaka River Cruise. Bas bertolak pulang ke Muar, Johor pada pukul 11.30 malam. Alhamdulillah guru-guru dan murid-murid selamat tiba diperkarangan sekolah pada pukul 12.30 malam. Sepanjang lawatan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Disediakan oleh

……………………………………….

(SALMIE BT RAMLI)

GURU SKPBD

LAPORAN AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011

AKTIVITI : GOTONG ROYONG

TARIKH :

HARI :

MASA : 8.00 A.M HINGGA 10.00 A.M

TEMPAT : BILIK SPBT DAN BILIK BOSS

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Murid-murid memulakan aktiviti gotong royong membersihkan Bilik SPBT dan Bilik BOSS pada pukul 8.00 a.m. dengan diawasi oleh Puan Noorizan selaku Guru SPBT Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat. Program ini ini dijalankan untuk mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 selepas Peperiksaan UPSR. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program gotong royong ini ialah menyusun buku-buku SPBT seperti yang diarahkan oleh Guru SPBT, mengelap rak-rak buku dan menyapu lantai bilik tersebut. Aktiviti ini berakhir pada pukul 10.00 a.m.

Disedikaan oleh

……………………………..

(HJH NOORIZAN BT ZAKARIA)

LAPORAN AKTIVITI SELEPAS UPSR 2011

AKTIVITI : GOTONG ROYONG

TARIKH :

HARI :

MASA : 10.30 A.M HINGGA 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT : LAMAN ILMU SKPBD (PERPUSTAKAAN)

LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR

Murid-murid memulakan aktiviti gotong royong membersihkan Laman Ilmu pada pukul 10.30 a.m. Program ini ini dijalankan untuk mengisi masa lapang murid-murid Tahun 6 selepas Peperiksaan UPSR dengan aktiviti yang berfaedah. Selain daripada itu, program ini juga bertujuan menarik minat murid-murid Tahun 6 datang ke sekolah walaupun Peperiksan UPSR telah tamat. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program gotong royong ini ialah menyusun buku-buku di rak-rak buku mengikut kod-kod yang telah ditetapkan dan membersihkan lantai. Aktiviti ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

Disedikaan oleh

……………………………..

(SALMIE BT RAMLI)