71
LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah) 2017

LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

  • Upload
    vuminh

  • View
    270

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

LAPORAN

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

(Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah)

2017

Page 2: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

LAPORAN

ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR

(Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah)

2017

(BIDANG TUMPUAN: JARINGAN INDUSTRI DAN KEUSAHAWANAN)

KETUA UNIT PENGURUSAN KUALITI

Encik Hadzli Ishak

AHLI-AHLI UTAMA

Puan Farah Merican Isahak Merican

Cik Shahiszan Binti Ismail

Dr. Hafizah Hammad Ahmad Khan

Page 3: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

AHLI JAWATANKUASA AKNC 2017

Penaung

Prof. Madya Dr Shaiful Annuar Khalid

Unit Kualiti UITM Cawangan Kedah

Encik Hadzli Ishak

Puan Noraini Che Oon

Felo AKNC

Puan Farah Merican Isahak Merican

Cik Shahiszan Binti Ismail

Dr. Hafizah Hammad Ahmad Khan

PENULIS

Profil Organisasi

Puan Farah Merican Isahak Merican

Kriteria 1: Kepimpinan

Encik Mohd Najmie Osman

Encik Azrul Shahimy Mohd Yusof

Kriteria 2: Perancangan Strategik

Dr. Mahadzir Ismail

Kriteria 3: Tumpuan Pelanggan

Puan Samsiah Bidin

Puan Etty Harniza Harun

Puan Nor Aslah Adzmi

Puan Junaida Ismail

Kriteria 4: Pengukuran, Analisi, & Pengukuran Pengetahuan

Puan Erny Arniza Ahmad

Dr. Noor Syahidah Mohamad Akhir

Kriteria 5: Tumpuan Kepada Sumber Manusia

Puan Musdiana Mohamad Salleh

Puan Fatihah Norazami

Encik Mohammad Khairul Anwar Hussain

Kriteria 6: Tumpuan Operasi

Puan Nur Zainie Abd Hamid

Kriteria 7: Hasil Pencapaian

Puan Jamilah Laidin

Puan Zawani Badri

Puan Juani Jamaludin

Page 4: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Isi Kandungan

Profil Organisasi i - iii

Kriteria 1: Kepimpinan 1 - 5

Kriteria 2: Perancangan Strategik 6 - 9

Kriteria 3: Tumpuan Pelanggan 10 - 15

Kriteria 4: Pengukuran, Analisi, & Pengukuran Pengetahuan 16 - 18

Kriteria 5: Tumpuan Kepada Sumber Manusia 19 - 27

Kriteria 6: Tumpuan Operasi 28 - 32

Kriteria 7: Hasil Pencapaian 33 - 44

Page 5: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Senarai Rajah

Rajah 1.1 : Strata Kepimpinan dan Pengurusan Kampus 1

Rajah 1.2 : Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Kedah

1

Rajah 1.3 : Konsep ADLI diterapkan di UiTMKDH 4

Rajah 2.1 : Teras-teras Strategik UiTMKDH (2016 – 2020) 6

Rajah 2.2 : Objektif-objektif strategik UiTMKDH 7

Rajah 2.3 : Objektif-objektif Kualiti UiTMKDH 7

Rajah 3.1 : Tujuh (7) Teras Strategik UiTMKDH 10

Rajah 3.2 : Tiga (3) Objektif Strategik UiTMKDH 10

Rajah 5.0 : Hasil Kejayaan UiTMKDH dalam 3 Peringkat Utama 19

Rajah 5.1 : Pendekatan Asas Pengurusan Sumber Manusia 19

Rajah 5.3 : Pelanggan Utama UiTMKDH 22

Rajah 5.3a : Pelanggan Luaran UiTMKDH 22

Rajah 5.3b : Pelanggan dalaman UiTMKDH 22

Rajah 6.1 : The Plan-Do-Check-Action Model 28

Rajah 6.2 : Proses Kerja Permohonan MoA dan MoU 29

Rajah 6.3

: Proses Kerja Permohonan Kelulusan Program dan Bantuan Kewangan

30

Page 6: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Senarai Jadual

Jadual 1.1 : Jenis Mesyuarat dan Kekerapan 4

Jadual 2.1 : Inisiatif-inisiatif Strategik UiTMKDH 7

Jadual 2.2 : Pencapaian UiTMKDH 2017 8

Jadual 3.1 : Perincian Kategori Pelanggan UiTMKDH 10

Jadual 3.2 : Kaedah saluran maklumat keusahawanan dan perkongsian ilmu dengan masyarakat UiTMKDH

11

Jadual 3.3 : Perincian tentang aktiviti-aktiviti UiTMKDH sepanjang tahun 2017

11

Jadual 3.4 : Senarai nama pemenang 13

Jadual 4.1 : Pengukuran Prestasi bagi Jaringan Industri 16

Jadual 4.2 : Output dan Petunjuk Prestasi bagi Jaringan Industri 16

Jadual 4.3 : Pengukuran Prestasi bagi Keusahawanan 16

Jadual 4.4 : Output dan Petunjuk Prestasi bagi Keusahawanan 16

Jadual 4.5 : Pengukuran Jaringan Industri bagi Objektif Strategik III 17

Jadual 4.6 : Pemantauan, Analisa dan Pengurusan Pengetahuan bagi Objektif Strategik III

17

Jadual 4.7 : Pengukuran Keusahawanan bagi Objektif Strategik V 17

Jadual 4.8 : Pemantauan, Analisa dan Pengurusan Pengetahuan bagi Objektif Strategik V

17

Jadual 4.9 : Pengukuran Keusahawanan bagi Objektif Strategik VI 18

Jadual 4.10 : Pemantauan, Analisa dan Pengurusan Pengetahuan

bagi Objektif Strategik VI

18

Jadual 5.2 : Ringkasan Skop Kerja 21-22

Jadual 5.4 : Ringkasan Skop Kerja Aktiviti Jualan di Konvokesyen 2017 24

Jadual 6.1 : Pengurusan Risiko 29

Jadual 6.2 Bahagian Pengurusan Kewangan 30

Jadual 7.1 : Jadual Pengurusan Risiko UiTMKDH 2017 34

Jadual 7.2 : Laporan aktiviti PEWANI 2017 43

Page 7: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Senarai Carta

Carta 3.1 : Mekanisme Maklumbalas Pelanggan UiTMKDH 15

Carta 7.1 : Peratus Pencapaian Objektif dan Inisiatif Strategik UiTMKDH Berbanding Sasaran yang Ditetapkan

33

Carta 7.2 : Jumlah Graduan Konvokesyen Mengikut

Siri Istiadat Konvokesyen di UiTMKDH

35

Carta 7.3 : Jumlah Pelanggan Photoshoot Family Kelolaan Kelab MCM 35

Carta 7.4 : Bilangan & Peratus Penglibatan Peniaga Dalam Car Boot Sales 36

Carta 7.5 : Purata Kekerapan Perbelanjaan Pelanggan 36

Carta 7.6 : Peratusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan (AMP) tahun 2017 36

Carta 7.7 : Ahli Kelab Merbok Creative Media 37

Carta 7.8 : Bilangan & Peratusan Penglibatan Tenaga Kerja Dalam Car Boot Sales

38

Carta 7.9 : Penglibatan Staf Akademik dan Staf Bukan Akademik sebagai AJK Keusahawan PEWANI 2017

38

Carta 7.10 : Indeks Kegembiraan di UiTMKDH Tahun 2017 38

Carta 7.11

: Peratus Penglibatan Pelajar dan Pensyarah di dalam Colloqium and Third International Speech Contest for Rajabhat and ASEAN Universities

39

Carta 7.12

: Penglibatan Pensyarah di dalam The Second Conference on Teacher Education, Technology and Cultures & Discussion and Academic Exchanges on Teacher Education.

40

Carta 7.13 : Proses Transisi Projek Pengambilan Gambar Pentas Untuk Istiadat Konvokesyen Oleh Kelab MCM

40

Carta 7.14 : Keberkesanan kos penglibatan UiTMKDH dalam projek bersama TRU

42

Carta 7.15 : Peningkatan Peratusan Peluang Pekerjaan di PEWANI Delight Café

43

Carta 7.16 : Hasil Jualan & Keuntungan Kelab MCM 44

Carta 7.17 & 7.18

: Hasil & Peratusan Peningkatan Sewaan Tapak Niaga Car Boot Sales

44

Carta 7.19 : Hasil Jualan PEWANI pada 2016 & 2017 44

Page 8: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Senarai Gambar

Gambar 3.1: : Tiga Pemenang dari UiTMKDH 12

Gambar 3.2 & 3.3 : Kiosk Pewani 13

Gambar 3.2 : Majlis Menandatagani MoU bersama TRU 13

Gambar 5.1 & 5.2 : Majlis Menandatangani MoU UiTM bersama UNWE. 27

Gambar 7.1 : Maklumbalas MoU bersama TRU 37

Gambar 7.2 & 7.3

: Keratan maklumbalas aktiviti-aktiviti penglibatan pelajar dan pensyarah hasil MoU bersama Thepsatri Rajabhat University (TRU), Thailand.

39

Gambar 7.4 : Gambar Graduan Dalam Proses Pengeposan oleh Kelab MCM (Sumber FB Rasmi Merbok Creative Media)

40

Gambar 7.5 : Gambar 7.5: KSUK Car Boot Sale Siri II 2017 42

Page 9: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Senarai Lampiran

Lampiran Kriteria 1

Lampiran 1.1: Templat Daftar Risiko PTJ.

Lampiran 1.2: Carta Alir Aduan dan Maklumbalas Pelanggan.

Lampiran Kriteria 5

Lampiran 5.1: Sijil Penyertaan Training of Trainers Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Lampiran 5.2: Senarai Pemenang Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTM Cawangan Kedah 2016.

Lampiran Kriteria 6

Lampiran 6.1: Surat pelawaan menandatangani MoU.

Lampiran Kriteria 7

Lampiran 7.1: Laporan Daftar Risiko PTJ.

Lampiran 7.2: Ringkasan Peratusan Laporan Melalui Borang AMP Bahagian/Unit Bagi Tahun 2017 UiTMKDH.)

Lampiran 7.3: Gambar-gambar Hasil dari Penubuhan Kelab MCM

Lampiran 7.4: Banner Car Boot Sale Anjuran KSUK.

Page 10: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Senarai Singkatan

ACT4U : Kelab Pensyarah

AMP : Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

BANTU : Bumiputra Innovation and Transformation Unit

CIMA : Charted Institute of Management Accounting

CSPI : Pusat Perancangan Strategik

ENT300 : Asas Keusahawanan

ENT530 : Prinsip-prinsip Keusahawanan

ESAE : Enhancing Student Academic Excellence

GDT256 : Projek Studio I

GDT312 : Projek Studio II

JADI : Jaringan Akademik dan Industri

JKE : Jawatankuasa Eksekutif

JKPSUK : Jawatankuasa Perancangan Strategik UiTMKDH

KIK : Kumpulan Inovatif dan Kreatif

KUGERAK : Koperasi Usahawan Groom Big Kedah

KSUK : Kelab Staf UiTMKDH

LAN : Rangkaian Setempat

MASMED : Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development

MBOR : Malaysia Book of Records

MCM : Kelab Merbok Creative Multimedia

MDEC : Malaysia Digital Economy Corporation

MKSP : Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan

MoA : Memorandum Of Agreement

MoU : Memorandum of Understanding

MPE : Mesyuarat Pengurusan Eksekutif

MPK : Mesyuarat Pengurusan Kanan

MPKK HEP : Majlis Perwakilan Komander Kesatria, HaL Pelajar

Page 11: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

OS : Objektif Strategik

PDCA : Plan, Do, Check and Action

PEWANI : Persatuan Wanita UiTM

PPL HEAA : Pengesahan Penceramah Luar Hal Ehwal Akademik

PTJ : Pusat Tanggungjawab

REI : Research Entity Initiative

RMU : Unit Penyelidikkan & Inovasi

SBU : Strategic Business Unit

SKT : Sasaran Kerja Tahunan

TAPA : Tabung Amanah Pembangunan Akademik

ToT : Latihah Jurulatih

TRU : Thepsatri Rajabhat University

UCE : University Community Engagement

UiTMKDH : UiTM Cawangan Kedah

UMK : Universiti Malaysia Kelantan

UniKL : Universiti Kuala Lumpur

UNWE : University of National and World Economy

UPM : Universiti Putra Malaysia

UPS : Unit Perancangan Strategik

UUM : Universiti Utara Malaysia

WAN : Rangkaian Kawasan Luas

WiFi : Rangkaian Tanpa Wayar

Page 12: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

i

O B J E K T I F S T R A T E G I K U i T M K D H 2 0 1 7

8 0 % P E L A J A R B E R J A Y A M E N A M A T K A N

7 0 % P E L A J A R M E N A M A T K A N P E N G A J I A N D E N G A N H P N G M E L E B I H I 3 . 0 0

M E W U J U D K A N 8 P R O G R A M U N I V E R S I T Y C O M M U N I T Y E N G A G E M E N T ( U C E )

M E N C A P A I 4 0 B U A H P E N E R B I T A N B E R I N D E K S

M E N G H A S I L K A N P R O D U K I N O V A S I Y A N G B O L E H D I K O M E R S I A L K A N

U i T M C A W A N G A N K E D A H

0 8 4 0 0 M E R B O K ,

K E D A H D A R U L A M A N

w w w . k e d a h . u i t m . e d u . m y

5 . 7 1 3 7 ° N , 1 0 0 . 4 5 0 8 ° E

m u l a b e r o p e r a s i p a d a N o v e m b e r 1 9 9 7 . U i T M K D H d i b u k a s e l a r a s d e n g a n o b j e k t i f d a n a s p i r a s i k e r a j a a n u n t u k m e m a j u k a n g o l o n g a n B u m i p u t r a d a l a m p e l b a g a i b i d a n g s e r t a m e n j a d i s e b u a h a g e n p e n g u b a h h a l u a n e k o n o m i d a n p e n d i d i k a n d i k a w a s a n U t a r a S e m e n a n j u n g M a l a y s i a . U i T M K D H p e r c a y a d a n m e n g a m a l k a n d a s a r p i n t u t e r b u k a b a g i m e m a s t i k a n p o t e n s i p e n g e t a h u a n y a n g h o l i s t i k d i c i p t a , d i k o n g s i , d i k e k a l k a n s e r t a d i a p l i k a s i k a n . A t a s d a s a r i n i , U i T M K D H y a n g d a h u l u n y a h a n y a m e n a w a r k a n 4 p r o g r a m d i p l o m a , k i n i m e m b a n g u n d e n g a n p e s a t d a n m e n a w a r k a n p e l b a g a i p r o g r a m a k a d e m i k y a n g t e r d i r i d a r i D o k t o r F a l s a f a h , S a r j a n a ( t e r m a s u k E M B A ) , S a r j a n a M u d a , D i p l o m a d a n P r a D i p l o m a . D i n o b a t k a n s e b a g a i K a m p u s K e u s a h a w a n a n p a d a t a h u n 2 0 1 3 , U i T M K D H d i l i h a t a k t i f m e n e r u s k a n e k s p l o r a s i k e u s a h a w a n a n y a n g m e l i b a t k a n s e l u r u h k o m u n i t i u n i v e r s i t i s e r t a p e n d u d u k s e k i t a r k a m p u s .

U i T M C a w a n g a n K e d a h ( U i T M K D H ) d i r a s m i k a n p a d a 1 O k t o b e r 1 9 9 7

d a n

T E M A T A H U N A N U i T M K D H

Page 13: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

ii

304 256

Page 14: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

iii

Page 15: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri
Page 16: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

1

KRITERIA 1: KEPIMPINAN

1.1 Pendekatan Yang Diamalkan Oleh Kepimpinan Kanan.

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan.

Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut.

Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Kepimpinan juga pada hakikatnya akan membantu kepada pembentukan gaya dan pelaksanaan kerja kakitangan setiap organisasi dan dipandukan melalui pencerapan personaliti, kemampuan, kesanggupan dan ketersediaan hubungan serta interaksi antara pemimpin dan khalayak pendokong sesebuah organisasi.

UiTM Cawangan Kedah (UiTMKDH), secara asasnya, dibentuk kepimpinannya melalui dua lapisan pengurusan utama. Yang pertama, Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kampus serta dibantu oleh Jawatankuasa Pengurusan Kanan Kampus. Ahli-ahli dan hierarki kepimpinan setiap jawatankuasa utama ini adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.1 dan Rajah 1.2 seperti berikut.

Asas yang digunakan adalah Rektor sebagai tunggak utama dalam pentadbiran dan pengurusan kampus dan dibantu oleh ketua-ketua setiap bahagian dan unit di UiTMKDH. Perkara inilah yang menjadikan struktur pentadbiran dan kepimpinan kampus tampil tersusun dan teratur. Kesempurnaan strata dan hierarki kepimpinan memastikan perjalanan operasi setiap bahagian dapat

dioptimumkan. Hal ini menjadi pemangkin kepada proses lonjakan potensi modal insan bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang.

Rajah 1.1: Strata Kepimpinan dan Pengurusan Kampus

Rajah 1.2: Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Kedah

Satu perkara yang menarik untuk diketengahkan adalah mengenai pemilihan tema tahunan kampus.

Tema atau tagline kampus adalah penting dalam kepimpinan sesebuah organisasi kerana perkara tersebut menjadi panduan dalam memacu perjalanan organisasi tersebut. Bagi UiTMKDH, tema kepimpinan kampus dipilih atas dasar objektif tahunan kampus dan diselaraskan dengan matlamat utama universiti. Untuk tahun 2012, keusahawanan dijulang sebagai tema utama kampus dan semua pelaksanaan aktiviti pada tahun tersebut didasari oleh penelitian berteraskan keusahawanan.

Tema “Keusahawanan: UiTM Cawangan Kedah Ke Persada Global” telah membawa tuah kepada UiTMKDH apabila telah dipilih sebagai Kampus Keusahawanan UiTM 2012.

Page 17: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

2

Untuk tahun 2013, melalui pucuk pimpinan dan corak pentadbiran yang baharu, aspek kemanusiaan dan kejiwaan telah disuntik sebagai elemen utama pembangunan kampus. Tema “UiTM Cawangan Kedah: Peneraju Kampus Berkebajikan Melalui Perlaksanaan Amalan Terbaik” telah diangkat sebagai panduan utama dalam pemacuan kampus. Pelbagai pelaksanaan telah diketengahkan melalui pemilihan tema ini dan yang paling meninggalkan impak adalah dengan kewujudan Tabung Masih Ada Yang Sayang (MAYS) pada tahun tersebut. Bagi tahun 2014 dan 2015, UiTMKDH memilih untuk menggunakan tema yang sama untuk kedua-dua tahun tersebut, iaitu “Transformasi Berkualiti Ke Arah Kecemerlangan”. Tema ini dipilih memandangkan proses peralihan antara pucuk kepimpinan yang lama dengan baharu di samping penelitian transformasi pentadbiran yang diketengahkan oleh pihak pengurusan universiti.

Tahun 2016 dengan tema “Pemantapan Profesionalisme & Penjanaan Lestari” menjanjikan sebuah perjalanan yang menarik dan padat di UiTMKDH dari segi kepimpinan dan pemanduan kampus. UiTMKDH melalui Pejabat Rektor telah menghasilkan sebuah roadmap perjalanan kampus untuk tahun 2016 dan tahun-tahun mendatang.

Penerapan elemen inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran mampu membantu meningkatkan daya pemikiran, idea, kreativiti dan kualiti terhadap hasil pembelajaran pelajar. Aspek inovasi adalah penting kepada universiti kerana menggalakkan daya saing, menjana kreativiti dan meningkatkan produktiviti kerana ia penyumbang utama bagi peningkatan penjimatan tenaga, masa dan kos yang sekaligus mampu meningkatkan penghasilan produktiviti, hasil kerja serta perkhidmatan yang efisien. Perubahan inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti mengaplikasikan teknologi yang baharu serta perubahan sistem dan prosedur kerja yang lebih efektif. Kesimpulannya, daya saing sesebuah universiti amat bergantung kepada kemampuan sistem pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Justeru tema tahun

2017 untuk UiTM Kedah ialah ‘Pemerkasaan Inovasi Ke Arah Profesionalisme Cemerlang’ telah dipilih.

Enam penelitian telah difokuskan dalam perjalanan kampus sepanjang tahun 2017 melalui laporan Amanat Rektor 2017 adalah:

i. Memastikan keperluan pengetahuan dan kemahiran yang cemerlang mengikut profesyen.

ii. Menggalakkan amalan terbaik melalui penambahbaikan proses kerja yang berproduktiviti

iii. tinggi. iv. Memastikan penghasilan graduan yang

berdaya saing, global dan beretika. v. Memastikan perkhidmatan yang

diberikan kepada pelajar dan pemegang taruh di tahap yang berkualiti.

vi. Membudayakan penjimatan kos serta penjanaan pendapatan.

vii. Meningkatkan mutu kerja melalui pengamalan integriti serta tingkah laku yang cemerlang.

Bidang fokus yang ke V adalah selari dengan bidang tumpuan yang telah dipilih iaitu jaringan industri dan keusahawanan kerana hasil daripada bidang tumpuan tersebut dapat dilihat dan diukur nilai pendapatanya di dalam Kriteria ke-7. Pemilihan fokus ke V ini juga adalah selaras dengan objektif strategik UiTMKDH iaitu:

i. 80% pelajar berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh

ii. 70% pelajar menamatkan pengajian dengan HPNG melebihi 3.00

iii. Mewujudkan program university community engagement (UCE) sebanyak 8

iv. Mencapai penerbitan berindeks sebanyak 40 buah

v. Menghasilkan produk inovasi yang boleh dikomersialkan

vi. Menjadikan Kampus Merbok yang mesra usahawanan

Secara dasarnya pihak pengurusan telah memaninkan peranan mereka dalam memastikan objektif strategik UiTMKDH tercapai terutama sekali bagi objektif iii,v dan vi.

Page 18: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

3

1.2 Perancangan Yang Sistematik, Pelaksanaan Yang Meluas, Inovasi Dan Pengurusan Risiko.

Pengurusan risiko UiTMKDH diuruskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kampus. Bagi maksud tersebut, semua jabatan dan unit dikehendaki mendaftarkan semua risiko yang telah dikenal pasti berkaitan dengan operasi masing-masing. Semua risiko perlu dikategorikan samada ianya bersifat strategik, kewangan, perundangan, reputasi, operasi atau projek utama. Risiko-risiko berkenaan juga perlu dinyatakan tahap kebarangkalian ianya akan berlaku dan tahapnya yang tersendiri (ekstrem, tinggi, sederhana atau rendah). Semua PTJ dikehendaki memantau status risiko bagi setiap aktiviti yang dijalankan dan perlu melaporkan kepada pihak pengurusan di dalam mesyuarat berkala.

Untuk bidang tumpuan yang dipilih, kaedah pengurusan risiko yang digunapakai adalah mengikut kesesuaian sesuatu program. Sebagai contoh untuk program keusahawanan, setiap peserta yang terlibat akan disaring seraca rawak dalam pelbagai bentuk termasuklah untuk peserta yang terlibat dalam aktiviti jualan makanan dan minuman, mereka perlulah membuktikan bahawa mereka telahpun mendapatkan suntikan typhoid untuk mengelakkan sebarang masalah. Pada masa yang sama, untuk aktiviti yang berbentuk forum ataupun ceramah, kaedah pengurusan risiko yang ditetapkan oleh pihak pengurusan termasuklah “Borang Pengesahan Penceramah Luar” (Borang PPL HEAA 1/2014) digunapakai sebagai tapisan.

Untuk setiap program yang melibatkan perjanjian dengan pihak luar, pihak pengurusan juga mengambil langkah berjaga jaga bagi mengelakkan daripa terjadi sebarang risiko. Sebagai contoh setiap MoU dan MoA yang akan dijalankan akan diambil pandangan daripada penasihat undang – undang UiTMKDH. PTJ yang bertanggung jawab untuk menguruskan sebarang isu berkaitan MoU dan MoA adalah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni. Mereka juga meyediakan khidmat nasihat untuk penyediaan dokumen berkaitan MoU

dan MoA (rujuk Rajah 6.1 Proses Kerja Permohonan MoA dan MoU). Melalui kaedah dan langkah ini, risiko untuk setiap program yang berkaitan dengan perjanjian MoU dan MoA dapat diminimumkan.

Untuk tujuan pengurusan risiko yang lebih umum, pihak pengurusan telah memperkenalkan tamplat “Daftar Risiko Pusat Tanggungjawab” digunapakai bagi mengenalpasti punca-punca risiko yang sedai ada dan mingkin akan berlaku untuk setiap PTJ.Ia dibahagikan kepada “Jadual Indeks Kebarangkalian” dalam skala penarafan dari “Jarang Berlaku” kepada “Hampir Pasti Berlaku”. “Jadual Tahap Impak Mengikut Kategori” pula digunapakai untuk menilai kesan risiko berlaku daripada “Tiada Kesan” sehingga “Sangat Besar” kesannya. Sila Rujuk Lampiran 1.1: Templat Daftar Risiko PTJ.

Hasil daripada pengurusan risiko yang sistematik, hampir tiada masalah besar yang timbul sepanjang tahun 2017 terutama sekali yang melibatkan bidang tumpuan. Sepanjang tahun 2017 juga, langkah – langkah pengurusan risiko yang diambil adalah berada diperingkat tertinggi dan setiap tiga bulan, laporan penilaian risiko UiTMKDH akan dihantar ke UiTM Shah Alam untuk direkodkan dan dianalisis.

1.3 Pelan Pemantauan Kepimpinan Untuk Memastikan Kejayaan dan Mengenalpasti Punca Kegagalan Sesuatu Inisiatif.

Pemantauan merujuk kepada aktiviti menyelia, mengawal dan memerhati bertujuan untuk memastikan perlaksanaan program/aktiviti berada pada landasan yang betul. Bagi memastikan pelaksanaan proses kerja utama berjalan seperti yang ditetapkan, pihak pengurusan menggunapakai mekanisme Plan, Do, Check dan Action (PDCA) dalam pergerakkan kerja yang dijalankan. Rujuk bahagian 6.1 Proses – Proses Utama Dalam Perlaksanaan Objektif Dan Inisiatif Strategik untuk kaedah pemantauan yang digunapakai oleh kepimpinan untuk memastikan kelancaran sesuatu program.

Page 19: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

4

Bagi memastikan pelaksanaan pengurusan setiap program yang cekap dan berkesan serta mengikut prosedur operasi standard (Standard Operation Prosedure) yang telah ditetapkan. Untuk memantapkan lagi prosess pemantauan dan memastikan kejayaan serta mengenalpasti punca kegagalan sesuatu inisiatif ataupun program, kaedah mesyuarat serta kajian yang melibatkan pihak pengurusan termasuklah mesyuarat JKE dan Pengurusan Kanan diadakan.

MESYUARAT

KEKERAPAN

PENGERUSI

Pengurusan Eksekutif

Setiap Bulan Rektor Kampus

Pengurusan Kanan

4 kali Setahun Rektor Kampus

Bengkel Perancangan Strategik Kampus & Bahagian

Setiap Tahun Rektor Kampus / Ketua Bahagian / Ketua Pusat Pengajian

Jadual 1.1: Jenis Mesyuarat dan Kekerapan

Selain daripada mesyuarat berkala yang telah ditetapkan awal, mesyuarat juga akan diadakan mengikut keperluan dan kekerapannya juga akan lebih kerap dijalankan sekiranya diperlukan. Ini adalah perlu dalam usaha pihak pengurusan untuk memastikan perjalanan sesuatu inisiatif di landasan yang sebenar.

Pihak pengurusan UiTMKDH juga telah memperkenalkan beberapa kaedah dan langkah lain bagi memastikan setiap perancangan aktivivi berjalan dengan lancarnya seperti memperkenalkan Carta Alir urusan bagi setiap program yang dijalankan. Sebagai cotoh Rujuk Rajah 6.2 Proses Kerja Permohonan Kelulusan Projek dan Bantuan Kewangan. Kaedah ini adalah sangat berkesan bagi “troubleshoot” sesuatu masalah yang mungkin akan ntimbul bagi setiap peringkat.

Untuk tujuan langkah penambahbaikan, boring “Aduan dan Maklumbalas Pelanggan” AMP disediakan bertujuan untuk mendapat maklumbalas mengenai kualilti sesuatu program serta bertujuan untuk mendapat cadangan yang berasas dan

bertanggungjawab bagi tujuan penambahbaikan. Rujuk Lampiran 1.2: Borang AMP.

Rajah 1.3: Konsep ADLI diterapkan di UiTMKDH.

1.4 Kaedah kepimpinan kanan bagi mengerakkan UiTMKDH untuk mencapai objektif dan inisiatif strategik.

Selain daripada kaedah konvensional dan tradisional dalam berkomunikasi, seperti mesyuarat, emel dan sebagainya, pihak kepimpinan kanan UiTMKDH juga menerapkan pendekatan tersendiri untuk berkomunikasi dengan khalayak warganya. Antara yang meninggalkan impak positif kepada pendekatan komunikasi ini ialah Dasar Pintu Terbuka, Sesi Minum Santai Bersama Jabatan, Perjumpaan Bulanan Rektor dan Pelaksanaan Program 10 Ribu Selangkah Sehari.

Salah satu kaedah komunikasi yang berkesan dalam kepimpinan Pengurusan Tertinggi UiTMKDH adalah dengan mengamalkan Dasar Pintu Terbuka ataupun dikenali sebagai Open Door Policy. Polisi ini sememangnya berkesan dalam mengurangkan jurang perbezaan antara Pengurusan Tertinggi dengan semua warga kerjanya. Pendekatan ini dipratikkan secara langsung di Pejabat Rektor dan Bahagian Pentadbiran UiTMKDH. Pendekatan ini semakin diterima di semua Bahagian dan Unit di Kampus UiTMKDH dan pastinya akan diterapkan secara berterusan dari semasa ke semasa.

Tidak ketinggalan dengan pelaksanaan-pelaksanaan di atas, UiTMKDH melalui kepimpinan berkesannya turut mengamalkan

Page 20: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

5

proses komunikasi telus dan terus kepada warga kerjanya. Pelaksanaan program seperti Perjumpaan Bulanan Rektor, sebagai contoh, dilihat sangat baik untuk menyalurkan terus segala fokus dan input daripada pihak pengurusan kepada khalayak penerimanya di samping digunakan sebagai medium untuk menerima maklum balas daripada warga kerja UiTMKDH. Perjumpaan bersifat berkala ini akan dikhususkan kepada kelompok staf pentadbiran dan akademik mengikut bahagian dan fakulti masing-masing. Jika Perjumpaan Bulanan Rektor lebih bersifat rasmi dan berstruktur, Program 10 Ribu Langkah Sehari pula bersifat lebih santai dan terbuka. Program berbentuk kesihatan ini antara lainnya bermatlamat untuk menyatukan semua warga kampus melalui aktiviti yang menyihatkan di samping digunakan sebagai medium perantara bagi pihak pengurusan tertinggi kampus dengan semua warga kerjayanya. Program ini dijalankan dalam tempoh tiga (3) bulan sekali dan dikelolakan secara bergilir-gilir antara bahagian dan kelab-kelab kakitangan yang berdaftar. Program-program sebegini sememangnya baik dalam mendekatkan pemimpin tertinggi kampus dengan warga kerjayanya.

Kepimpinan dan proses komunikasi berkesan pihak Pengurusan Tertinggi UiTMKDH turut dizahirkan dengan penyediaan suasana kerja yang bersifat objektif selain menggalakkan warga kerjanya untuk memiliki daya pemikiran inovatif dengan proses-proses utama, pengukuran, dan matlamat mengikut segala keperluan perundangan dan melaksanakan proses penilaian dan mengenali risiko berkaitan setiap program, tawaran, perkhidmatan dan operasi. Perkara ini direalisasikan melalui beberapa siri tindakan seperti pelaksanaan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP), mengadakan Bengkel Kajian Semula Perancangan Strategik dan Bengkel Audit Dalam serta penubuhan Jawatankuasa Panel Pembangunan Sumber Manusia (Penilaian Prestasi Staf), Jawatankuasa Krisis dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipantau secara berterusan oleh pihak Pengurusan Tertinggi bagi menjadikan UiTMKDH sebuah organisasi cemerlang yang menjamin pengurusan sumber manusia, kewangan dan harta benda

yang berkesan dan cekap untuk mencapai matlamat pendidikan UiTM serta memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat.

Disamping itu, setiap PTJ akan dipertanggungjawabkan keatas setiap program yang dijalankan. Ini adalah kaedah pengurusan yang baik dengan melaksanakan penurunan kuasa “Empowerment” di dalam pentadbirannya.

Page 21: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

6

KRITERIA 2: PERANCANGAN STRATEGIK

2.0 Pembangunan Pelan Strategik UiTMKDH menerima pakai aspirasi universiti untuk menjadi sebuah Universiti Tersohor melalui kemenjadian sebagai sebuah universiti keusahawanan berintensifkan penyelidikan. Sebagai langkah pertama, Bengkel Perancangan Strategik di Taiping, Perak dalam bulan Mei 2016 telah menghasilkan pelbagai inisiatif berdasarkan teras-teras hala tuju strategik UiTM. Bengkel berkenaan menerima bantuan kepakaran daripada Pusat Perancangan Strategik UiTM Shah Alam (CSPI) bagi memastikan inisiatif-insiatif yang dirangka mampu menepati petunjuk prestasi (performance indicator) yang ditetapkan. Dokumen Perancangan Strategik UiTMKDH berjaya dihasilkan untuk tempoh 2016 – 2020 dan dijadikan panduan dalam merangka langkah seterusnya. Dokumen ini juga adalah seiring dengan Rancangan Malaysia Ke 11 UiTM (2016 – 2020). Penggubalan perancangan strategik UiTMKDH adalah berlandaskan kepada teras-teras utama UiTM seperti yang tertera dalam Rancangan Malaysia Ke 11 UiTM iaitu:

i. Pengajaran dan pembelajaran, ii. Penyelidikan, inovasi &

pengkomersialan, iii. Akademia, industri & masyarakat, iv. Kepimpinan dan v. Keusahawanan

Teras-teras ini dijadikan asas kepada semua aktiviti dan inisiatif UiTMKDH supaya hala tuju yang dicipta adalah bertepatan serta seiring dengan kemajuan universiti secara keseluruhan. Teras pengajaran dan pembelajaran tetap merupakan fungsi utama UiTMKDH dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan tinggi kepada masyarakat bumiputera di Utara Semenanjung. 2.1 Teras-teras Strategik UiTMKDH Berdasarkan teras-teras utama universiti, UiTMKDH mengenalpasti tujuh (7) teras

strategik untuk tempoh 2016 – 2020 seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 2.1. Pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang memerlukan penyediaan staf akademik yang berkualiti tinggi seperti memiliki kelayakan ijazah kedoktoran, ketersediaan program akademik yang bersifat kompetitif, kemudahan infrastruktur dan infrostruktur yang kondusif dan lain-lain lagi. Konsep Kampus Yang Peduli menuntut UiTMKDH agar peka kepada perkembangan dan perubahan di sekeliling khususnya aspek masyarakat yang memerlukan bantuan kepakaran dan kewangan. Seterusnya, UiTMKDH yang berstatus Permata Di Lembah Bujang wajar membina rantaian dalam perkongsian ilmu dengan masyarakat. Kemelut kekangan pendapatan juga wajar ditangani dalam merangka strategi untuk menjana pendapatan baru kepada UiTMKDH.

Rajah 2.1: Teras-teras Strategik UiTMKDH (2016 – 2020)

Berasaskan bidang tumpuan pilihan iaitu jaringan industri dan keusahawanan, aktiviti dan inisiatif strategik adalah bertepatan dengan teras strategik perkongsian ilmu dengan masyarakat, kampus yang peduli dan penjanaan pendapatan. 2.2 Objektif-objektif strategik Perancangan dan perlaksanaan aktiviti universiti adalah untuk mencapai objektif-objektif strategik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Berasaskan bidang penumpuan pilihan iaitu jalinan industri dan keusahawanan, aktiviti dan inisiatif pada 2017 bermatlamat untuk mencapai objektif strategik yang ke (iii), (v) dan (vi). Walaupun begitu, ini bukanlah bermakna objektif strategik yang lain diabaikan. Perhatian juga

Page 22: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

7

turut diberikan kepada pencapaian objektif-objektif kualiti UiTMKDH (lihat Rajah 2.3) yang dilihat sebagai aspek penting dalam merealisasikan pencapaian kampus secara keseluruhan.

Rajah 2.2: Objektif-objektif strategik UiTMKDH

Rajah 2.3: Objektif-objektif Kualiti UiTMKDH

2.3 Inisiatif-inisiatif strategik Bengkel Perancangan Strategik UiTMKDH sebenarnya telah menghasilkan banyak inisiatif yang boleh melonjakkan prestasi UiTMKDH berbanding dengan kampus lain. Namun setelah mengambil kira pelbagai faktor, hanya lima inisiatif yang dipilih seperti yang tertera di Jadual 2.1.

Petunjuk prestasi yang diguna pakai untuk mengukur pencapaian objektif-objektif adalah petunjuk-petunjuk yang diperkenalkan oleh Pusat Perancangan & Maklumat Strategik (CSPI) UiTM. Semua petunjuk ini digunakan dalam sistem UiTM samada di peringkat fakulti mahupun peringkat cawangan.

Jadual 2.1: Inisiatif-inisiatif Strategik UiTMKDH

Program ESAE bertujuan untuk memperkasa kumpulan pelajar yang cemerlang dalam akademik dengan tertubuhnya Kelab Puncak. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah sesi perkongsian dengan pihak industri bagi memantapkan persiapan diri sebelum menceburkan diri dalam kerjaya yang diminati. Pelajar yang cemerlang juga akan menjadi pembimbing kepada rakan sebaya khususnya dalam kursus yang mencabar. Bagi menyemarakkan penerbitan artikel, inisiatif diambil dengan mengadakan program mentor-mentee di kalangan pensyarah. Sebanyak 20 kumpulan berjaya diwujudkan di

Page 23: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

8

mana setiap mentor akan mempunyai sekurang-kurangnya dua orang mentee. Pemantauan dibuat melalui penyediaan laporan status projek yang dijalankan. Inisiatif dalam bidang jalinan industri dan keusahawanan juga diteruskan samada di peringkat fakulti, bahagian dan unit. Unit Kesihatan UiTMKDH banyak menganjurkan program kemasyarakatan seperti kempen derma darah, seminar dan kursus kesihatan, pemeriksaan kesihatan di luar kampus. Program kesukarelawanan yang dijalankan termasuklah Sehari Memberi Seribu Makna – Lawatan Ke Rumah Orang Tua Tak Berwaris, Kuala Nerang, Misi Bantuan Mangsa Gempa di Pidie Jaya, Acheh bersama PEWANI dan Sukarelawan Masyarakat Islam Satun, Thailand bersama Majlis Perwakilan Komander Kesatria (MPKK) HEP. 2.4 Pelan Pemantauan Pelaksanaan Inisiatif Strategik Unit Perancangan Strategik (UPS) telah dipertanggungjawabkan untuk memantau perlaksanaan inisiatif-inisiatif strategik UiTMKDH dan aktiviti-aktiviti universiti utama yang lain. Pada asasnya, pencapaian setiap tiga bulan perlu direkodkan secara atas talian dengan mengumpul data bagi setiap petunjuk prestasi. Sistem pelaporan prestasi kampus ini disediakan oleh Pusat Perancangan Strategik Universiti, Shah Alam. Jadual 2.2 menunjukkan prestasi UiTMKDH berdasarkan petunjuk prestasi yang berkaitan dengan tema jaringan industry/masyarakat dan keusahawanan.

Petunjuk Prestasi Sasaran

Pencapaian Pencapaian

(%)

Bilangan penganjuran program berteraskan University Community Engagement (UCE)

8.00 19.00 Capai

Bilangan MoU/MoA dengan universiti/industri

1.00 5.00 Capai

Bilangan mahasiswa yang mengikuti Program

1.00 20.00 Capai

Latihan Penerapan Keusahawanan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bilangan pelajar ijazah pertama dan diploma sepenuh masa terlibat dalam aktiviti pendedahan/ pembudayaan keusahawanan selain daripada kurikulum

1.00 115.00 Capai

Bilangan program latihan keusahawanan berstruktur yang ditawarkan kepada pelajar

2.00 1.00 Tidak Capai

Bilangan kolaborasi keusahawanan untuk perkhidmatan coaching dan penasihat perniagaan.

1.00 2.00 Capai

Jadual 2.2 : Pencapaian UiTMKDH 2017

(Mengikut Tema Jaringan Industri dan Keusahawanan) Sumber: Pencapaian i-UiTM 2017 dan Sumber Dalaman.

Berdasarkan Jadual 2.2 di atas, sebanyak lima petunjuk prestasi telah dicapai dan hanya satu tidak tercapai. Walaubagaimana pun, secara keseluruhan yang melibatkan semua petunjuk prestasi, UiTMKDH hanya mencapai 47% daripada jumlah sasaran yang ditetapkan. Ketidakcapaian sasaran telah dimaklumkan kepada pihak pengurusan UiTMKDH untuk tindakan selanjutnya. Tindakan intervensi bagi mana-mana petunjuk yang tersasar jauh telah dikenal pasti supaya prestasi UiTMKDH dapat dilonjakkan lagi. Prestasi UiTMKDH secara amnya dilapor dan dibincangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE), Mesyuarat Pengurusan Kanan (MPK) dan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP). 2.5 Pengurusan risiko dan langkah-langkah untuk mengatasinya Pada asasnya, Unit Pengurusan Risiko UiTMKDH adalah pihak yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan risiko-risiko yang berkaitan dengan

Page 24: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

9

pengoperasian universiti. Bagi maksud tersebut, semua fakulti, bahagian dan unit dikehendaki mendaftarkan semua risiko yang telah dikenal pasti. Sesuatu risiko ini dikategorikan samada sebagai bersifat strategik, kewangan, perundangan, reputasi, operasi atau projek utama. Ia juga perlu dinyatakan tahap kebarangkalian ianya akan berlaku dan tahapnya yang tersendiri (ekstrem, tinggi, sederhana atau rendah). Semua PTJ dikehendaki memantau status risiko bagi setiap aktiviti yang dijalankan dan perlu melaporkan kepada pihak pengurusan di dalam mesyuarat berkala. Unit Pengurusan Risiko UiTMKDH menyediakan laporan pengurusan risiko setiap tiga bulan dan menyerahkannya melalui Pejabat Rektor UiTMKDH kepada pihak atasan. UPS juga memantau agar inisiatif-inisiatif strategik yang dilaksanakan akan terdedah secara minimum kepada risiko yang berkaitan.Contohnya, dalam projek kesukarelawanan, penglibatan pihak luar sebagai rakan UiTMKDH amatlah penting bagi menjayakan sesebuah program dan bagi memastikan impak yang maksima. Penganjuran bersama dengan unit lain juga dilihat sebagai satu pendekatan yang efektif khususnya dalam menangani kekangan sumber manusia dan kewangan. 2.6 Inovasi Dalam Perlaksanaan Inisiatif-Inisiatif Strategik Untuk memastikan hasil impak maksima, perlaksanaan inisiatif-inisiatif strategik wajar melangkaui cara yang normal. Pendekatan yang bersifat inovatif diutamakan. Dalam bidang keusahawanan, Merbok Creative Media (MCM) mengorak langkah dalam menerajui urusan pengambilan gambar sepanjang majlis konvokesyen berlangsung di UiTMKDH. Urusan pengambilan gambar di majlis konvokesyen pada awalnya diuruskan oleh syarikat luar. Ia kemudiannya dilaksanakan secara kerjasama dengan pihak luar iaitu SBU UiTM Perak. Dalam fasa ini, pemindahan ilmu pengurusan dan kemahiran mengambil gambar dilakukan kepda Kelab MCM. Akhirnya, pada Majlis Konvokesyen ke 87, Kelab MCM telah mengendalikan sepenuhnya proses pengambilan gambar pentas dan gambar berkeluarga. (Sila rujuk Perkara 7.4). Pendekatan sebegini

membolehkan pengurangan kebergantungan kepada pihak luar dan sekaligus menyumbang kepada penjanaan pendapatan kepada UiTMKDH. Hasil dari MoU/MoA yang ditandatangani oleh UiTMKDH dengan pihak-pihak luar, sebanyak lima (5) telah dimeterai. Antara yang diketengahkan dalam laporan ini adalah dua MoU/MoA yang memberi impak paling besar terhadap tumpuan pelaporan iaitu Jaringan Industri dan Keusahawanan. Dua MoU/MoA tersebut adalah MoU bersama University of National and World Economy (UNWE), Bulgaria dan MoU bersama Thepsatri Rajabhat University (TRU), Thailand. Bagi menyemarakkan lagi penglibatan usahawan ke dalam industri makanan halal dan untuk menyedia tenaga kerja yang mahir dalam industry ini, maka UiTMKDH dengan kerjasama GAE Resources telah mengadakan Seminar Ke Arah Pensijilan Halal Malaysia dan Program Profesional Halal Eksekutif. Dengan program ini, para seperta layak untuk menjadi Halal Ekesekutif. Di samping itu, para pelajar yang berminat untuk berniaga, bantu ‘push cart’ disediakan untuk membolehkan mereka berniaga di tapak yang disediakan. 2.7 Penutup Secara amnya, inisiatif strategik dan aktiviti kampus adalah sejajar dengan tema dan teras yang telah ditetapkan oleh UiTMKDH. Pun begitu, perubahan semasa dan kewujudan faktor-faktor di luar kawalan boleh menjejaskan pencapaian objektif strategik UiTM CK. Kepadatan jadual kuliah, kekurangan dana dan kekangan sumber manusia perlu diambil kira dalam merancang aktiviti universiti. Walau bagaimanapun, dengan pengurusan risiko yang efektif dan pengendalian program yang efisyen serta pendekatan yang inovatif, gangguan sedemikian boleh diatasi dengan jayanya. Ini membantu pencapaian yang disasarkan.

Page 25: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

10

KRITERIA 3: TUMPUAN PELANGGAN

3.0 Pengenalan UiTMKDH sentiasa meletakkan pelanggan sebagai fokus utama dalam setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Dokumen-dokumen utama universiti seperti Pelan Perancangan Strategik UiTMKDH, Manual Kualiti dan Prosedur Kualiti menjelaskan keutamaan kedudukan pelanggan UiTMKDH dalam setiap operasinya. Kewujudan dokumen ini secara langsung menyokong petunjuk prestasi utama Universiti dan juga memastikan bidang tumpuan dapat dijayakan. Sepanjang tahun 2017, penganjuran aktiviti UiTMKDH antara lain turut berfokuskan kepada jaringan industri dan keusahawanan yang berpayung di bawah dua (2) teras utama dari tujuh (7) Teras Strategik UiTMKDH iaitu Perkongsian Ilmu Dengan Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan Yang Realistik.

Rajah 3.1: Tujuh (7) Teras Strategik UiTMKDH

Objektif Strategik (OS) yang telah dirangka bagi memenuhi pencapaian dua (2) Teras Strategik di atas dan menjadi panduan dalam penganjuran aktiviti 2017 adalah:

Rajah 3.2: Tiga (3) Objektif Strategik UiTMKDH

Pelbagai aktiviti UiTMKDH yang berfokuskan kepada jaringan industri dan keusahawanan telah dijalankan di dalam mahu pun di luar kampus sepanjang tahun 2017. Keseluruhan aktiviti ini dapat diklasifikasikan kepada tiga peringkat iaitu:

a) Antarabangsa b) Kebangsaan c) Universiti:

i) Aktiviti keusahawanan dikalangan pelajar

ii) Aktiviti keusahawanan dikalangan staf akademik dan staf sokongan

(Sila rujuk Rajah 5.1 Hasil Kejayaan UiTMKDH dalam Tiga (3) Peringkat)

3.1 Pelanggan utama UiTMKDH mensasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada kelompok-kelompok pelanggan utama yang berikut:

Kategori Pelanggan Perincian

Pelajar Sepenuh

Separuh masa

Staf Akademik

Bukan Akademik

Pihak Berkepentingan Ibubapa

Masyarakat

Alumni

Industri

Jadual 3.1: Perincian Kategori Pelanggan UiTMKDH

Page 26: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

11

Pelbagai kaedah digunakan bagi menyalurkan maklumat berkaitan keusahawanan dan perkongsian ilmu dengan masyarakat kepada kelompok-kelompok pelanggan utama. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah seperti berikut:

Staf Pelajar Pihak Berkepentingan

Pekeliling

Mesyuarat

Perjumpaan bersama staf

E-mail (lotus notes)

Minit mesyuarat

Poster/Banting/Kain rentang

Laman web rasmi UiTMKDH

Manual kualiti

Fail meja

Surat/Memo/Edaran

FB Rektor UiTMKDH

Minggu mesra siswa

Perjumpaan dengan MPP

Perjumpaan dengan MT Kolej

Program dan aktiviti pelajar

Program Pembangunan Pelajar (Modul Kemahiran Insaniah)

Taklimat oleh Rektor/TRHEA/TRHEP/KPP

Poster/Banting/Kain rentang

Laman web rasmi UiTMKDH

Mesyuarat

Laman web rasmi UiTMKDH

Poster/Banting/Kain rentang

Pekeliling

Emel

Surat rasmi

Surat/Notis edaran

FB Rektor UiTMKDH

Jadual 3.2: Kaedah saluran maklumat keusahawanan dan

perkongsian ilmu dengan masyarakat UiTMKDH

Penglibatan kelompok-kelompok pelanggan utama tersebut memainkan peranan penting dalam menjadikan UiTMKDH sebuah institusi yang dikenali terutamanya melalui program-program atau aktiviti-aktiviti yang menerapkan aspek Perkongsian Ilmu Dengan Masyarakat dan Penjanaan Pendapatan Yang Realistik. Walaupun berfokuskan dua Teras Strategik di atas, namun teras-teras strategik yang lain seperti Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Cemerlang tetap dipertimbangkan dalam penganjuran pelbagai aktiviti di UiTMKDH. Kelompok-kelompok pelanggan utama di atas memainkan peranan yang sangat penting dalam mempelopori dan memajukan agenda jaringan industri serta keusahawanan UiTMKDH sama ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan mahupun

universiti. Bagi memastikan kecekapan dan menjamin kelangsungan kecemerlangan UiTMKDH dalam pengurusan aktivitinya, maka segala pelaporan dan rekod tentang aktiviti-aktiviti sentiasa dipantau dan dikemaskini. Penggunaan sistem fail yang tersusun dan kemas masih terus dipraktikkan. Sistem penyimpanan data diperkukuhkan lagi dengan penggunaan media sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan pelanggan dan ia diambil kira untuk penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan. Sebagai contoh, segala pelaporan dan rekod tentang aktiviti-aktiviti hasil hubungan kerjasama antara UiTMKDH dan TRU yang melibatkan pelajar dan staf dari kedua-dua universiti serta perkembangan-perkembangan terkini yang berkaitan boleh didapati dari Dr Wan Irham Ishak dan juga melalui Facebook milik beliau. Bagi projek-projek atau aktiviti-aktiviti keusahawanan anjuran UiTMKDH seperti Kelab MCM, data-data yang berkaitan aktiviti kelab juga boleh didapati dari kedua-dua kaedah penyimpanan iaitu sistem fail dan Facebook MCM. Manakala Car Boot Sale yang merupakan hasil usaha Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK) sejak tahun 2015 dan PEWANI Delight Café yang diusahakan oleh Persatuan Wanita UiTM Cawangan Kedah (PEWANI) masih mengekalkan sistem fail sebagai kaedah penyimpanan datanya. Sikap keterbukaan UiTMKDH di dalam menerima kaedah penggunaan media sosial ternyata amat membantu terutamanya di dalam mendapatkan maklumbalas pelanggan berkaitan aktiviti-aktiviti anjurannya.

Jadual 3.3: Perincian tentang aktiviti-aktiviti UiTMKDH

sepanjang tahun 2017

3.2 Manfaat kepada pelanggan

Page 27: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

12

UiTMKDH amat prihatin dalam memastikan pelanggannya memperoleh manfaat semaksima yang mungkin dari penganjuran aktiviti-aktivitinya. Setiap aktiviti yang hendak diluluskan akan disemak dengan terperinci dan dipastikan terlebih dahulu akan manfaat dan ganjaran yang bakal diperolehi oleh para pelanggan yang terlibat. Projek jaringan industri umpamanya telah membuka peluang-peluang untuk meningkatkan kesarjanaan staf. MoU bersama University of National and World Economy (UNWE) Sofia, Bulgaria telah membuahkan hasil dimana dua (2) orang pensyarah UiTMKDH telah dilantik sebagai editor untuk International Editorial Board of Economic Alternatives. Manakala MoU Thepsatri Rajabhat University (TRU) telah memberikan pendedahan khusus kepada pelajar dan staf tentang kebudayaan dan kesenian Thailand. Para pelajar yang terlibat turut berpeluang menyertai pertandingan English Public Speaking diperingkat antarabangsa (Gambar 3.1). Jaringan industri ini turut memberi manfaat kepada staf UiTMKDH di dalam perkongsian idea dan kepakaran melalui diskusi dan pembentangan kertas kerja.

Gambar 3.1: Tiga Pemenang dari UiTMKDH

Dari sudut pandang keusahawanan, aktiviti-aktiviti UiTMKDH menjadi salah satu cabang penjanaan pendapatan disamping menjadi medan menimba ilmu keusahawanan. Projek

Kelab MCM membuka ruang untuk mendalami dan mempraktikkan ilmu fotografi dikalangan ahli Kelab Fotografi UiTMKDH dan pada masa yang sama ia juga turut membuka peluang penjanaan pendapatan bagi ahli kelabnya yang terdiri daripada para pelajar dan juga staf akademik dan bukan akademik. Di samping itu, projek ini juga memberi impak positif kepada staf yang terlibat sebagai jurufoto kerana mereka akan dibayar upah tambahan secara harian mengikut masa waktu mereka berkerja. Secara tidak langsung ini dapat membantu staf dan meringankan beban kewangan mereka. Di samping projek MCM, projek Car Boot Sale (KSUK) juga memberikan manfaat besar kepada pelanggan UiTMKDH. Aktiviti jualan yang diadakan melalui projek ini memberikan peluang penjanaan pendapatan dan pendedahan kepada staf dan masyarakat setempat terhadap bidang perniagaan dan keusahawanan serta dapat mengeratkan silaturahim antara staf UiTMKDH, penduduk setempat serta pembeli yang berkunjung sambil menikmati pelbagai jenis makanan yang pelbagai dari peniaga-peniaga. Projek PEWANI Delight Café yang menjalankan aktiviti jualan melalui push cart kiosk turut memberikan impak positif terutama sekali kepada staf wanita UiTMKDH. Ia telah menyediakan kemudahan kepada staf dan pelajar UiTMKDH untuk membeli makanan di dalam kawasan kampus tanpa perlu membazir masa untuk mendapatkan makanan di luar. Di samping itu, PEWANI Delight Café juga memastikan jualan di situ hanyalah dijual oleh ahli PEWANI sahaja, justeru mengaktifkan budaya keusahawanan di kalangan staf wanita UiTMKDH. Keadaan ini sekaligus menggalakkan staf untuk menjadi ahli PEWANI bagi yang berminat untuk berniaga.

Page 28: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

13

Gambar 3.2 & 3.3: Kiosk Pewani

Projek-projek keusahawanan dilihat sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti keusahawanan yang lain dari segi manfaat yang diperolehi oleh pelajar, staf dan masyarakat setempat. Ini mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda dari kalangan staf dan pelajar UiTMKDH sendiri. 3.3 Penglibatan pelanggan UiTMKDH amat menitikberatkan keberhasilan dan kejayaan penganjuran aktiviti. Oleh itu, UiTMKDH sentiasa memastikan keperluan pelanggan dipenuhi dengan membuka ruang dan peluang kepada pelanggannya memberi idea untuk diimplementasikan. Hasil daripada hubungan dan kerjasama yang akrab semenjak 2013 diantara Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah (UiTMKDH) dan Thepsatri Rajabhat University (TRU) telah menghasilkan sebuah MoU. Hubungan yang bermula dengan cadangan pertukaran pelajar untuk program Quantitative Research Methodology, seterusnya berlangsung dalam bentuk kerjasama dan pertukaran budaya sesama pelajar dan dipanjangkan lagi dengan dimeterai MoU di antara keduanya (Gambar

3.2) pada 18 Disember 2017 di Thepsatri Rajabhat University (TRU).

Gambar 3.4: Majlis Menandatagani MoU bersama TRU

Keperluan untuk memberi pendedahan di peringkat antarabangsa kepada pelajar UiTMKDH khususnya telah mendorong UiTMKDH untuk menerima jemputan menyertai program Colloquium and 3rd International Speech Contest for Rajabhat and ASEAN Universities di TRU pada 14-15 Februari 2017 dan tiga (3) orang pelajar UiTMKDH telah mencatatkan kemenangan yang membanggakan iaitu:

Bil Peserta Pencapaian

1. Siti Umairoh Nabila Binti Zainul Azmi

Fakulti Perakaunan

1st Runner Up

2. Fatin Nur Alia Binti Zulkifli

Fakulti Pengurusan Perniagaan

2nd

Runner Up

3. Anis Farzana Binti Zulkefli

Fakulti Pentadbiran Dan Pengajian Polisi

3rd Runner Up

Jadual 3.4: Senarai nama pemenang

Disamping itu, pada 24-27 September 2017 UiTMKDH juga telah menghantar seramai lapan (8) pensyarah UiTMKDH untuk menyertai The 2nd Academic Conference on Teacher Education, Technology and Cultures di TRU sebagai pembentang kertas kerja dan juga peserta. Aktiviti ini telah memenuhi keperluan untuk meningkatkan kesarjanaan para pensyarah UiTMKDH.

Page 29: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

14

Selain aktiviti jaringan industri, UiTMKDH juga turut mengaktifkan aktiviti-aktiviti yang berfokuskan kepada keusahawanan. Kelab MCM berfungsi untuk menyediakan kemudahan dan pendedahan pengajaran dan pembelajaran fotografi khasnya kepada pelajar Kelab Fotografi. Kewujudan kelab ini di samping dapat menambahkan pengetahuan para pelajar tentang ilmu fotografi turut melibatkan mereka dalam dunia industri dengan memberi mereka pendedahan dan pengalaman berniaga di dalam industri ini. Kelab ini juga telah berjaya menjana pendapatan melalui perkhidmatan fotografi semasa Majlis Konvokesyen. Malah individu perseorangan yang terdiri dari kalangan staf akademik dan bukan akademik yang terlibat sebagai jurufoto juga turut menerima manfaat daripada Kelab MCM. Projek Car Boot Sale dan PEWANI Delight Café merupakan dua projek yang melibatkan khususnya staf akademik dan bukan akademik UiTMKDH. Car Boot Sale adalah projek yang berfokuskan kepada penjanaan pendapatan kelab di samping bertujuan untuk menanam minat staf untuk menceburi bidang keusahawanan. Projek ini berjaya mengeratkan jaringan industri dengan penduduk setempat kerana peniaga-peniaga yang terlibat bukan sahaja terdiri daripada kalangan staf akademik dan bukan akademik, malah turut melibatkan penduduk setempat dan peniaga luar. PEWANI Delight Café pula berfokus kepada keusahawanan di kalangan ahli kelab PEWANI UiTMKDH yang juga terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik UiTMKDH. Kewujudan PEWANI Delight Café ini turut menyumbang ke arah membudayakan aktiviti keusahawanan di dalam kawasan kampus khususnya kepada staf-staf wanita UiTMKDH. Kawasan berhampiran bangunan Hal Ehwal Akademik II dipilih dengan tujuan untuk memberikan kemudahan kepada staf dan pelajar untuk membeli makanan di waktu senggang antara kelas atau waktu rehat staf, tanpa memerlukan mereka untuk keluar dari kampus bagi tujuan tersebut. Kedua-dua projek ini secara langsung telah memperkayakan ilmu keusahawanan dan

semangat untuk menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan di kalangan staf. Keseluruhan aktiviti keusahawanan mampu meningkatkan pendapatan staf, kelab pelajar mahupun masyarakat setempat. Hasil laporan penjanaan pendapatan boleh dilihat pada Kriteria 7 iaitu Carta 7.16, Carta 7.17 & 7.18 dan Carta 7.19. Sila rujuk jadual 3.3 untuk lain-lain projek keusahawanan anjuran UiTMKDH. 3.4 Fokus dan tindakan pengurusan UiTMKDH amat mengambil berat akan kepuasan hati pelanggannya. Setiap aduan serta maklumbalas daripada pelanggan, akan dikemukakan kepada pihak penganjur untuk dibincangkan dengan pihak pengurusan demi mencari solusi kepada penyelesaian yang dikemukakan. Setiap maklumbalas akan dibincangkan di peringkat penganjur terlebih dahulu, kemudian dipanjangkan kepada pihak pengurusan yang menyalurkan dana seterusnya dibawa ke peringkat pengurusan tertinggi menerusi perbincangan di dalam Majlis Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP). Pihak pengurusan UiTMKDH sangat mementingkan setiap aduan serta maklumbalas daripada pelanggan. Ini dapat dibuktikan melalui pembentangan aduan maklumbalas pelanggan oleh Unit Korprat UiTMKDH kepada pihak pengurusan melalui Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP). Mesyuarat yang diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun ini, mengambil maklum mengenai bilangan aduan dan maklumbalas yang diterima. Bilangan aduan atau maklumbalas yang telah diambil tindakan dan sebarang tindakan pembetulan dan pencegahan juga akan dibentangkan semasa MKSP. Hasil aduan maklumbalas pelanggan boleh dilihat pada Kriteria 7 iaitu Jadual 7.2.2. Tahap Kepuasan Hati Pelanggan. Audit Dalam merupakan salah satu inisiatif pihak pengurusan dalam memastikan setiap apa yang telah dirancang di dalam Pelan Strategik UiTMKDH mampu dicapai dengan baik. Audit Dalam dijalankan sebanyak dua (2) kali setahun dan ianya selari dengan arahan pihak pengurusan. Demi meningkatkan kepuasan hati pelanggan, sebarang cadangan

Page 30: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

15

penambahbaikan diberikan kepada unit yang terlibat agar setiap tindakan pembetulan dan pencegahan dapat dijalankan dengan lebih rapi dan memenuhi kehendak para pelanggan UiTMKDH khususnya. Ilustrasi maklumbalas pelanggan UiTMKDH boleh dirujuk di dalam Carta 3.1

Carta 3.1: Mekanisme Maklumbalas Pelanggan UiTMKDH

3.5 Hasil Tindakan Dan Inovasi Inovasi ini dapat diilustrasikan melalui dua tumpuan bidang utama iaitu inovasi melalui aktiviti jaringan industri dan keusahawanan. Melalui aktiviti jaringan industri, inovasi tercetus hasil dari maklumbalas yang diterima, pihak pengurusan telah mewujudkan Program Discussion and Academic Exchanges on Teacher Education di mana diadakan pembentangan kertas kerja penyelidikan yang melibatkan pensyarah-pensyarah dari UiTMKDH dan TRU. Pensyarah UiTMKDH yang terlibat adalah Dr Wan Irham Ishak dan Pn Jacqueline Chuan Bee Peng. Selain itu, turut diadakan adalah aktiviti 2nd Conference on Teacher Education, Technology and Cultures dan tidak ketinggalan juga lawatan sambil belajar serta aktiviti pertukaran kebudayaan. Bagi memastikan tumpuan pelanggan sentiasa berada di tahap terbaik, UiTMKDH sentiasa memberikan maklumbalas yang baik terhadap setiap permintaan daripada pelanggan. Sebagai contohnya, aktiviti keusahawanan seperti MCM telah memperkenal inovasi yang berbentuk

perkhidmatan berbentuk One Stop Center dimana pihak MCM bukan sahaja mengambil gambar malah juga menguruskan penghantaran gambar-gambar dan pelanggan dikenakan bayaran pos. Ini bertujuan untuk mengatasi keadaan yang telah berlaku di mana gambar-gambar terutama gambar konvokesyen tidak dituntut dan menimbulkan masalah lambakan gambar serta kekurangan ruang penyimpanan. Inovasi dalam tumpuan pelanggan juga dapat dilihat melalui aktiviti Car Boot Sale iaitu, pihak pengurusan telah menjadikan projek ini sebagai aktiviti tahunan Kelab Staf UiTMKDH (KSUK) dan bilangan penganjurannya juga telah bertambah dari satu (1) kepada dua (2) kali setahun. Selain itu pihak penganjur turut membuka penyertaan projek kepada persatuan-persatuan dan kelab-kelab pelajar UITMKDH. Ilustrasi Inovasi atau penambahbaikan yang terhasil dari maklumbalas dan aduan berkaitan projek dapat dilihat melalui PEWANI Delight Café yang mana wujudnya pertambahan bilangan vendor (14) yang berdaftar dengan Pushcart Kiosk PEWANI. Pertambahan ini yang secara tidak langsung turut menawarkan kepelbagaian dari segi jenis makanan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang terdiri daripada kalangan pelajar, staf dan orang perseorangan. Menaiktarafkan kiosk tersebut daripada penggunaan pushcart kepada kiosk berstatus kekal turut dirancang sebagai penambahbaikan kepada pengurusan PEWANI Delight Café. Melalui inovasi yang tertera di atas ini membuktikan bahawa UITMKDH sangat menitikberatkan aspek tumpuan pelanggan dengan mengambil kira setiap inci aduan dan cuba mentransformasikan setiap aduan dan maklumbalas yang wujud dalam bentuk solusi yang mampu memberikan situasi menang-menang kepada kesemua pihak yang terlibat.

Page 31: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

16

KRITERIA 4: PENGUKURAN, ANALISIS DAN PENGURUSAN PENGETAHUAN

4.0 Pengenalan Ketepatan dan kesahihan data adalah penting di dalam proses penentuan kecekapan dan keberkesanan sesebuah sistem pengurusan. Bagi membantu pihak pengurusan UiTMKDH di dalam membuat keputusan yang tepat, maka, segala data dan makumat yang dikumpul dari pelbagai sumber akan menjalani proses pengukuran, analisis dan semakan pencapaian. Proses-proses ini adalah penting bagi mengetahui seberapa tepat sesebuah program dan aktiviti itu telah mencapai objektif dan dilaksanakan fungsinya dengan betul. 4.1 Pengukuran Prestasi

Penilaian program dan aktivti yang dijalankan di UiTMKDH dilakukan berdasarkan petunjuk-petunjuk prestasi yang telah digariskan di dalam Perancangan Strategik UiTMKDH 2016-2020 (Jadual 2.1: Inisiatif-inisiatif Strategik UiTMKDH). Perancangan Strategik UiTMKDH 2016-2020 telah menetapkan tujuh (7) Teras Strategik, enam (6) Objektif Strategik, dan lima (5) Projek Inisiatif Strategik yang boleh dijadikan kriteria pengukur utama pencapaian prestasi UiTMKDH. Perkaitan di atara perkara-perkara yang dinyatakan adalah seperti yang tertera di dalam jadual-jadual berikut.

Jaringan Industri

1. Teras Strategik

Perkongsian ilmu dengan masyarakat.

2. Objektif Strategik (OS)

OS III : Mewujudkan sebanyak 8 program University Community Engagement (UCE).

3. Projek Inisiatif Strategik

Jaringan Akademik dan Industri (JADI)

− Mewujudkan kolaborasi antara universiti dan industri dari segi perkongsian idea,ilmu di samping mendedahkan pelajar dan staf akademik kepada situasi sebenar industri, juga menandatangani perjanjian persefahaman.

Jadual 4.1 : Pengukuran Prestasi bagi Jaringan Industri

Output Petunjuk Prestasi

1. Aktiviti kolaborasi dan mobiliti peringkat antarabangsa meningkat

i. Bilangan kolaborasi yang dijalin dengan pihak universiti luar negara melalui MoU /MoA (secara kumulatif)

ii. Bilangan penyelidikan kerjasama akademia-industri

2. Jalinan kerjasama penyelidikan dengan industri bertambah

i. Bilangan jalinan program kerjasama dengan industri/ komuniti

3. Peningkatan kolaborasi dengan universiti / industri

i. Bilangan mahasiswa terpilih yang terlibat dengan program kolaborasi bersama industri

ii. Bilangan mahasiswa terpilih yang menjadi ahli entiti kesukarelawanan yang terlibat dengan program kesukarelawanan

Jadual 4.2 : Output dan Petunjuk Prestasi bagi Jaringan

Industri

Keusahawanan

1. Teras Strategik

Penjanaan pendapatan yang realistik.

2. Objektif Strategik (OS)

OS V : Menghasilkan produk inovasi yang boleh dikomersilkan.

OS VI : Menjadikan UiTM Kedah sebagai kampus yang mesra keusahawan.

3. Projek Inisiatif Strategik

Entreprenuer Week

− Mengendalikan modul simulasi perniagaan.

Jadual 4.3 : Pengukuran Prestasi bagi Keusahawanan

Output Petunjuk Prestasi

Aktiviti berteraskan keusahawanan meningkat

i. Bilangan kolaborasi keusahawanan.

ii. Aktiviti berteraskan keusahawanan meningkat

Jadual 4.4 : Output dan Petunjuk Prestasi bagi Keusahawanan

Page 32: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

17

4.2 Analisis Prestasi dan Pengurusan Pengetahuan Unit Pelan Strategik (UPS) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam pelarasan perancangan, perlaksanaan dan pemantauan perancangan strategik di UiTMKDH. Selain daripada itu unit ini juga bertanggungjawab dalam mengkoordinasi dokumen pelan perancangan strategik kampus samada pelan jangka panjang atau jangka pendek secara berkala bagi memastikan kelancaran pelan perancangan yang telah didokumenkan. Justeru dengan itu, dengan bantuan UPS dan juga PTJ yang berkenaan, proses penyediaan data-data yang diperlukan bagi tujuan pengukuran dan analisa pencapaian menjadi lebih mudah dan sistematik. Tanggungjawab menganalisis dan menyemak pencapaian prestasi adalah berpandukan kepada 7 Teras Strategik dan Objektif Strategik yang telah dinyatakan. Hasil analisis yang dibuat telah dikongsi menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE), Mesyuarat bersama Ketua Unit, dan Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP). Sekiranya pencapaian prestasi yang ditetapkan tidak dicapai, maka tindakan susulan dan langkah-langkah yang sesuai harus diambil oleh PTJ. Mesyuarat akan diadakan bagi mengenalpasti tindakan penyelesaian kepada pencapaian objektif tersebut.

Prestasi dan kemampuan UiTMKDH dalam mencapai semua objektif serta perancangan strategik yang disasarkan sepanjang tahun 2016 – 2020 telah disemak melalui pelbagai siri audit yang dijalankan seperti Audit InQKA, Audit Dalaman dan lain-lain. Jadual 4.5 – Jadual 4.10 menunjukkan pengukuran bagi pemantauan dan analisa bagi dua teras utama tumpuan UiTMKDH di sepanjang 2016 – 2020. Berdasarkan jadual ini juga, kekerapan data yang telah dikumpulkan dan dianalisa adalah bergantung kepada tahap keperluan dan kepentingannya kepada sistem operasi harian dalam mendokong aspirasi visi dan misi UiTMKDH. Hasil Jaringan Industri dan Keusahawanan dapat dilihat dalam Kriteria 7 : Hasil Pencapaian Kampus.

Bidang Jaringan Industri

Teras Strategik

Perkongsian ilmu dengan masyarakat.

Objektif Strategik

OS III : Mewujudkan sebanyak 8 program university engagement (UCE)

Jadual 4.5 : Pengukuran Jaringan Industri bagi Objektif Strategik III

Jadual 4.6 : Pemantauan, Analisa dan Pengurusan

Pengetahuan bagi Objektif Strategik III

Bidang Keusahawanan

Teras Strategik

Penjanaan pendapatan yang realistik.

Objektif Strategik

OS V: Menghasilkan produk inovasi yang boleh dikomersilkan.

Jadual 4.7 : Pengukuran Keusahawanan bagi Objektif Strategik V

Jadual 4.8 : Pemantauan, Analisa dan Pengurusan

Pengetahuan bagi Objektif Strategik V

Page 33: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

18

Bidang Keusahawanan

Teras Strategik

Penjanaan pendapatan yang realistik.

Objektif Strategik

OS VI: Menjadikan UiTMKDH sebagai kampus mesra keusahawanan

Jadual 4.9 : Pengukuran Keusahawanan bagi Objektif Strategik VI

Jadual 4.10 : Pemantauan, Analisa dan Pengurusan

Pengetahuan bagi Objektif Strategik VI

Page 34: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

19

KRITERIA 5: TUMPUAN KEPADA SUMBER MANUSIA

5.0 Pengenalan

Komitmen ke arah jaringan industri dan keusahawanan menjadi pencetus dan motivasi kepada semua warga kampus UiTMKDH yang terdiri daripada 304 orang staf akademik dan 256 orang staf sokongan (data tahun 2017).

Staf akademik berperanan utama dalam poses pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan bagi menggalakkan aktiviti keusahawanan disamping mengadakan jaringan dengan masyarakat dan juga industri luar. Sebagai pendokong kepada fungsi utama ini, staf sokongan turut menjadi tonggak membantu dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Gandingan mantap kedua kelompok ini mewujudkan suasana budaya kerja yang harmoni, cemerlang dan berkualiti.

Gabungan kerjasama yang mantap ini berjaya menghasilkan kejayaan kepada UiTMKDH dalam tiga peringkat utama iaitu antarabangsa, kebangsaan dan universiti (Rajah 5.0).

Rajah 5.0: Hasil Kejayaan UiTMKDH dalam 3 Peringkat Utama

5.1 Kaedah Pengurusan Sumber Manusia

Rajah 5.1: Pendekatan Asas Pengurusan Sumber Manusia

UiTKMKDH menguruskan tenaga kerja melalui lima pendekatan asas pengurusan sumber manusia (Rajah 5.1) iaitu:

1. Pembangunan Organisasi Pengelolaan organisasi yang mantap adalah bermula dengan perancangan dan proses analisa yang effektif supaya penetapan matlamat dapat sejajar dengan perubahan persekitaran semasa. Kelancaran pentadbiran akan dipelihara dan tumpuan dapat diberikan kepada pelaksanaan matlamat. Jawatankuasa Perancangan Strategik UiTMKDH (JKPSUK) turut membantu pihak pengurusan merangka strategi-strategi, program-program dan projek-projek untuk mencapai matlamat organisasi. Pelan strategik memberi fokus untuk mengenal pasti peluang dan ancaman luaran, dan kekuatan dan kelemahan dalaman (SWOT analysis). 2. Pembangunan Tenaga Kerja

Perkembangan potensi tenaga kerja adalah melalui peningkatan latihan, career development (pengurusan kerjaya) dan juga knowledge sharing (perkongsian ilmu). Analisa keperluan latihan kakitangan ditetapkan setiap tahun untuk menentukan keperluan kakitangan adalah terancang dan dilaksanakan dengan berkesan. Setiap kakitangan UiTMKDH perlu memenuhi 42 jam kehadiran dalam bengkel, latihan atau seminar.

Page 35: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

20

3. Pengurusan Prestasi

Pengurusan prestasi pekerja melibatkan proses merencana, membimbing dan menilai hasil kerja bagi mengoptimumkan potensi tenaga kerja. UiTMKDH mengamalkan dasar saksama dalam memberikan ganjaran, pampasan, pengiktirafan dan insentif berdasarkan kelayakan dan pencapaian kakitangan. Mekanisme yang digunakan di dalam penilaian adalah berdasarkan pemerhatian secara langsung penglibatan dan sumbangan kakitangan kepada organisasi. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) merupakan senarai semak utama terhadap tahap pencapaian. UiTMKDH juga mengamalkan konsep telus dan bermusyawarah dalam menangani sebarang konflik bagi memaksimakan sumber serta mengurangkan kos pengurusan.

4. Penghargaan

Penghargaan harus diberikan bagi membalas jasa dan meningkatkan motivasi tenaga kerja. UiTMKDH amat prihatin terhadap sumbangan dan pencapaian cemerlang setiap tenaga kerja, oleh itu setiap pengikhtirafan dipelbagaikan mengikut kriteria supaya lebih fleksibel mengikut potensi diri pekerja. Pemberian pengikhtirafan yang konsisten seperti Anugerah Khidmat Cemerlang yang diadakan setahun sekali. Sijil-sijil penghargaan juga diberikan kepada setiap sumbangan dalam menjalankan aktiviti dalaman dan luaran. Kenaikan pangkat di UiTMKDH diuruskan dengan mengenalpasti pekerja yang sangat sesuai dengan mengambilkira kriteria kemahiran, pengetahuan, keupayaan dan tingkahlaku.

5. Jaringan Industri

Menciptakan hubungan yang harmoni antara warga kerja UiTMKDH dengan masyarakat luar dan industri yang berteraskan konsep dasar iaitu beretika, kepercayaan, komunikasi, pematuhan undang dan preventive actions (pencegahan). Sumber tenaga manusia di UiTMKDH yang merangkumi pelajar dan kakitangan adalah aset intelektual yang perlu memberikan impak kepada masyarakat. Oleh itu UiTMKDH memastikan bahawa sumber tenaga manusia yang dibangunkan dididik untuk kemanfaatan masyarakat “dari masyarakat kepada masyarakat”. Jalinan akrab terjalin diantara

UiTMKDH dengan masyarakat kampung, jabatan-jabatan kerjaan dan pihak swasta setempat dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, Projek Transformasi Keusahawanan Pemasaran Kuih Tradisonal Komuniti Mukim Kampung Hilir, Merbok, Kedah adalah impak yang dibanggakan membawa teori kepada praktikal pembangunan masyarakat setempat.

Hasil dari semua pendekatan ini, UiTMKDH dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lancar serta berdaya saing yang digerakkan oleh tenaga kerja yang berkebolehan sehingga memperolehi kejayaan sehingga peringkat antarabangsa (Rajah 5.0). Kejayaan setiap aktiviti yang dicapai adalah berdasarkan komitment yang ditunjukkan pihak pengurusan UiTMKDH dalam mewujudkan satu system tadbir urus yang dinamik, sistematik dan efisyen. Sokongan padu dari staf akademik dan staf sokongan diberikan bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang tercapai.

5.2 Kepakaran dan Pengalaman Gabungan kopetensi dan kapasiti 560 orang tenaga kerja di UiTMKDH tidak dapat dinafikan lagi. Dari segi kepakaran, UiTMKDH mempunyai seorang Profesor, 8 orang Profesor Madya dan 43 orang pensyarah Doktor Falsafah (PhD). UiTMKDH mempunyai dua (2) orang pensyarah kanan yang mempunyai pengikhtirafan professional Charted Institute of Management Accounting (CIMA) iaitu Datin Noridah Ismail dan Puan Noora’in Omar.

UiTMKDH percaya bahawa tenaga kerja yang cemerlang adalah aset organisasi yang perlu dibaja dan dibentuk selaras dengan perubahan semasa. Perkembangan kerjaya di UiTMKDH diuruskan secara terancang dan konsisten. Pengukuhan kemahiran dan pengetahuan baru kepada setiap warga kerja dilakukan dengan lima cara iaitu:

Staf akademik dan staf sokongan dihantar berkursus sambil bekerja untuk mendapatkan pengalaman dan kemahiran secara langsung. Staf sokongan dipindahkan ke bahagian yang berbeza mengikut keperluan untuk membina kemahiran setiap bahagian. Konsep mentor

Page 36: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

21

mentee diamalkan dimana penyarah/staf baru diletakkan di bawah pensyarah/staf kanan bagi memastikan staf baru mendapat bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya. Mesyuarat bersama di peringkat bahagian, fakulti atau kursus diadakan mengikut keperluan. Latihan diberikan mengikut pengkhususan bidang. Usaha dari pelbagai pihak dalam merialisasikan objektif strategik UiTMKDH untuk menjadikan Kampus Merbok sebagai mesra keusahawanan

diringkaskan dalam skop kerja dibawah:

Faktor Pendekatan

Pengurusan Eksekutif

Visi, misi dan objektif strategik telah ditetapkan melalui beberapa siri mesyuarat serta perbincangan, kemudian ia dihebahkan melalui pelbagai mekanisme bagi memastkan maklumat dapat disebarkan kepada seluruh warga kampus secara sistematik. Pemakluman agenda keusahawanan dibuat melalui perjumpaan diantara pihak pengurusan dengan staf dan pelajar.

Pengurusan Kewangan

Membantu memudahkan proses mendapatkan dana kewangan bagi melancarkan setiap program yang telah dirancang.

Bahagian Kewangan bertangungjawab dalam mewujudkan mekanisme kawalan kewangan dan penjimatan kos, mewujudkan aktiviti penjanaan pendapatan serta pemantauan yang berkesan.

Sumber kewangan yang melibatkan penganjuran aktiviti keusahawanan adalah seperti Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA), Tabung Aktiviti Pelajar, Tabung Pengurusan, Tabung Latihan, Tabung Fakulti dan Tabung Amanah Am.

Bahagian PJI

(Penyelidikan dan

Jaringan Industri)

Bahagian PJI menjadi nadi penggerak kepada pihak pengurusan dalam menjalankan tiga fungsi teras itu penyelidikkan, perundingan dan penerbitan, jaringan industri serta aktiviti keusahawanan. Bahagian PJI memainkan peranan dalam hal-hal yang berkaitan dengan proses merancang, mengurus, memantau serta mengendalikan aktiviti tersebut.

Unit dibawah PJI

Struktur organisasi disusun dengan membahagikan secara terpeinci skop tugas dan tangungjawab setiap bahagian dibawah PJI. Unit utama dibawah PJI adalah:

1.Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU)

2.MASMED – Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development

3.Unit Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (ICAN)

4.Unit Perundingan, Penerbitan & Kecemerlangan

5.Tunas Mekar

Koordinator MASMED

Skop kerja Koordinator MASMED adalah:

Merancang dan mengawalselia aktiviti keusahawanan untuk para pelajar.

Merancang dan menganjurkan aktiviti keusahawanan untuk pensyarah.

Menganjurkan aktiviti keusahawanan yang diarahkan oleh Bahagian MASMED UiTM Shah Alam dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Memberi kerjasama dengan agensi-agensi dan syarikat –syarikat yang berminat melaksanakan aktiviti keusahawanan dengan pelajar dan staf UiTMKDH.

Bertangungjawab terhadap laporan- laporan berkaitan keusahawanan kampus.

Menganggotai jawatankuasa mengikut lantikan Pengurusan Eksekutif kampus.

Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Rektor kampus dan Timbalan Rektor PJI.

Pensyarah UiTMKDH menggalakan penyertaan pensyarah ke kursus berasasaskan keusahawanan bagi mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan pensyarah dalam dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan tahap kecekapan dan perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan. Contohnya, seramai tiga (3) pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan, iaitu Encik Khairul Azfar Adzahar, Puan Mursyida Mahsyar dan Puan Nurdiana Nazihah Zainal telah menghadiri kursus Latihah Jurulatih (ToT) anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada 6 hingga 11 Ogos 2017 di UiTM Shah Alam. Lanjutan daripada ToT MDEC ini, dua pensyarah tersebut, iaitu Encik Khairul Azfar Adzahar dan Puan Nurdiana Nazihah telah dilantik sebagai tenaga pengajar untuk Program eUsahawan MDEC Malaysia Book of Records (MBOR)-UiTM pada 4 November 2017 yang dibuat secara serentak di seluruh negara melibatkan 5000 peserta daripada UiTM, UPM, UUM, UniKL dan juga UMK. (Rujuk lampiran 5.1: Sijil Penyertaan Training of Trainers Anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC))

Page 37: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

22

Pelajar

Usaha Kelab TEKUM melalui aktiviti pembangunan keusahawanan dapat membantu meningkatkan kebolehan analitikal dan kecekapan strategik pelajar-pelajar yang ingin menjadi usahawan. Antara aktiviti yang berjaya memberi impak adalah Entrepreneurship Street Festival, Gathering Entrepreneur dan Projek Pasar Malam dimana pelajar sendiri yang merancang, menguruskan, mengendalikan aktiviti serta menjual produk.

Jadual 5.2: Ringkasan Skop Kerja

UiTMKDH juga mengamalkan pengagihan kerja mengikut unit dan fungsi dimana kepakaran dan kecekapan dapat ditingkatkan dengan adanya unit yang membantu memberikan tumpuan khusus kepada kerja. Sebagai contoh, Unit Sistem & Teknologi Maklumat di Perpustakaan Perpustakaan Sultan Badlishah membantu memberi kemudahan pencetakan kepada setiap aktiviti keusahawanan kampus. Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa juga berperanan dalam memantapkan pembinaan imej yang positif kepada pelanggan UiTMKDH. Paparan maklumat dan perkongsian ilmu melalui medium media massa, laman web dan email adalah untuk memastikan pelanggan UiTMKDH mendapat gambaran jelas peranan dan halatuju yang disasarkan iaitu menjadikan kampus Cawangan Kedah sebagai mesra keusahawanan.

5.3 Kepuasan Hati Pelanggan

Bagi memastikan bidang tumpuan dapat dijayakan, UiTMKDH sentiasa meletakkan pelanggan sebagai fokus utama dalam setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Pelanggan utama UiTMKDH terbahagi kepada dua kategori iaitu pelanggan luaran dan pelanggan dalaman (Rajah 5.3). Pelanggan luaran terdiri daripada pihak ibubapa pelajar, alumni (bekas pelajar UiTMKDH), pembekal bahan (kontraktor), agensi luar/rakan kongsi, masyarakat luar serta pihak industri (Rajah 5.3a). Pelanggan dalaman merupakan staf dan pelajar di UiTMKDH (Rajah 5.3b)

Rajah 5.3 Pelanggan Utama UiTMKDH

Rajah 5.3a: Pelanggan Luaran UiTMKDH

Rajah 5.3b: Pelanggan dalaman UiTMKDH

Di dalam merangka segala bentuk aktiviti, UiTMKDH sentiasa memastikan kepuasan hati dan keperluan pelanggan dipenuhi terutamanya pelanggan dalaman. Sumber tenaga manusia merupakan aset terpenting didalam sesuatu organisasi kerana mereka merupakan tunggak kepada kecemerlangan organisasi tersebut. Proses pengurusan sumber manusia di UiTMKDH dijalankan secara berterusan agar prestasi dan produktiviti sentiasa ditahap yang diingini.

Berdasarkan Happiness Index 2017, UiTMKDH mendapat 72% dan berada ditahap sederhana gembira. Pencapaian ini adalah kerana pihak pengurusan sentiasa membuka ruang dan peluang kepada pelanggan untuk memberi input serta idea yang bersesuaian untuk kebaikan bersama. UiTMKDH mempunyai banyak platform untuk menyampaikan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan. Hal ini membuatkan staf berasa mereka merupakan salah satu daripada golongan yang menjadi keperluan dalam menggerakkan perjalanan organisasi. Setiap maklum balas yang diberikan melalui

Page 38: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

23

saluran yang formal seperti Borang AMP dan Borang Penilaian Latihan ataupun melalui saluran lain seperti emel atau luahan secara bersemuka, semuanya diambil berat dan diberi perhatian. Dengan meluahkan rasa tidak puas hati ini, emosi staf akan stabil dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik.

Sistem Maklumat Aduan Pelanggan yang dibangunkan oleh Unit Teknologi Maklumat merupakan sistem yang telah dijalankan untuk tujuan jabatan. Sistem ini mampu menampung penggunaan oleh semua unit dalam UiTMKDH dan merangkumi keseluruhan aspek aduan. Unit Teknologi Maklumat juga membangunkan dua aplikasi secara online iaitu e-aduan ICT dan e-tempahan makmal bagi membantu mempercepatkan proses penempahan makmal dan aduan kepada kerosakan komputer.

Unit Pengurusan Fasiliti UiTMKDH membangunkan e-aduan fasiliti bagi memudahkan laporan aduan. Sistem ini dapat membantu menjejak semua aduan yang diterima dan mengenal pasti sebarang tindakan yang telah diambil bagi setiap kes. Disamping itu, sistem ini juga memudahkan penempahan yang dibuat oleh pengguna terhadap setiap kemudahan yang dijaga oleh unit ini seperti dewan mini, percantuman kelas, kanopi, mahupun penyusunan meja.

Unit Sukan membangunkan e-sukan bagi melancarkan proses penempahan kemudahan sukan dan laporan aduan untuk kegunaan staf dan juga pelajar.

Secara keseluruhannya pelbagai mekanisme boleh digunakan oleh warga UiTMKDH untuk mendapatkan maklumat serta memberikan maklumbalas, antaranya ialah melalui:

● Laman web kampus yang menyediakan maklumat berkaitan kampus dan diselenggara oleh Unit Teknologi Maklumat. Pelajar-pelajar mempunyai akses kepada i-Student portal dan i-Learn portal manakala staf pula mempunyai akses kepada i-staff portal, i-Learn portal dan Lotus Notes. ● Borang Aduan dan Maklumbalas Pelanggan (AMP) yang sama diguna-pakai

oleh semua bahagian dan unit di UiTMKDH.

Mekanisme tersebut disediakan untuk kegunaan pelanggan sepanjang tahun. ● Borang-borang soal-selidik juga digunakan untuk mengenal-pasti tahap kepuasan pelanggan sebaik sahaja selesainya satu-satu program.

5.4 Persekitaran Kerja & Sistem Kerja Kondusif

UiTMKDH mengambil langkah yang proaktif untuk mewujudkan suasana dan sistem kerja yang kondusif bagi mengalakkan aktiviti keusahawanan dan jaringan industri. Antara pendekatan yang diberikan adalah menganjurkan program yang boleh menggalakkan aktiviti keusahawanan serta boleh menjalinkan hubungan yang baik di antara staf/pelajar serta pemegang taruh (stakeholder) yang lain. Di antara aktiviti / program keusahawanan dan jalinan industri yang dijalankan sepanjang tahun 2017 boleh dirujuk di Rajah 5.0.

UiTMKDH menyediakan keperluan kepada pelanggan seperti kemudahan teknologi, fasiliti dan persekitaran tempat kerja yang selamat dan selesa. Teknologi terkini yang diaplikasikan di UiTMKDH meliputi rangkaian tanpa wayar (WiFi), Rangkaian Setempat (LAN) dan Rangkaian Kawasan Luas (WAN).

UiTMKDH mempunyai pelbagai kemudahan fasiliti antaranya Dewan Perdana yang besar dan selesa yang dilengkapi kemudahan tempat letak kereta yang sangat luas serta berdekatan dengan Pusat Islam yang selesa dan sangat bersih. Selain itu, kemudahan sukan yang lengkap juga ditawarkan di UiTMKDH dan menjadi lokasi pilihan bagi beberapa kejohanan sukan di peringkat agensi, universiti dan kebangsaan. Kemudahan-kemudahan lain seperti Perpustakaan Sultan Badlishah, kafeteria, Kosiswa café, Pewani Delight Café, kemudahan kesihatan dari Unit Kesihatan serta tempat rekreasi seperti Tasik Merbok dan Tasik Merak merupakan salah satu kriteria menjadikan UiTMKDH sebagai pilihan untuk penganjuran aktiviti dalaman dan luaran. Dataran MASMED juga merupakan platform yang digunakan untuk melatih para pelajar terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Program seperti Entrepreneurship Day dan ENT Business Carnival dianjurkan secara

Page 39: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

24

berterusan untuk para pelajar yang mengambil subjek ENT300 dan ENT530. Tujuannya adalah untuk melatih dan mempraktikkan ilmu keusahawanan yang diajar didalam kuliah dengan aktiviti penjualan barang oleh pelajar.

Pihak pengurusan UiTMKDH telah

memasang kamera litar tertutup bagi

memantau keselamatan warga kampus

secara keseluruhan. Pejabat Polis Bantuan

sentiasa berwaspada dan bertindak pantas

bagi mengawal situasi di dalam UiTMKDH

dengan menempatkan pegawai keselamatan

secara bergilir-gilir di dua pintu masuk utama,

pos-pos pengawal dan di Taman Universiti.

Polis Bantuan juga bertanggungjawab untuk

memantau teksi yang keluar/masuk di dalam

kawasan kampus. Pihak mereka juga tidak

membenarkan ‘grab car’ dan ‘uber’ untuk

memasuki kawasan kampus bagi

mengelakkan sebarang masalah daripada

berlaku. Selain itu penggunaan pelekat

kenderaan untuk waris juga diperkenalkan

bagi memudahkan pihak UiTMKDH

memantau pergerakan keluar masuk para

pelajar bagi menjamin keselamatan mereka.

Bahagian Pengurusan Fasiliti juga

melakukan penyelenggaraan setiap unit

secara berkala seperti menjalankan

penyelenggaraan penghawa dingin dan

penyemburan racun serangga pemusnah

(anai-anai) serta program latihan kecemasan

semasa menghadapi kebakaran.

Pihak pengurusan juga sentiasa memudahkan proses kerja bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan dalam merialisasikan objektif strategik UITMKDH untuk menjadikan Kampus Merbok sebagai mesra keusahawanan. Sebagai contoh untuk aktiviti karnival jualan konvokesyen 2017, peranan setiap pihak dalam menjayakan aktiviti tersebut diringkaskan dalam skop kerja di bawah:

Bahagian Peranan

Bahagian Pengurusan Fasiliti

Membantu dari segi menyusun atur kelengkapan seperti kerusi meja dan peralatan lain yang diperlukan semasa program berlangsung. Mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan peralatan yang disediakan boleh

berfungsi dengan baik bagi melancarkan perjalanan program.

Pejabat Polis Bantuan

Membantu dari segi kawalan keselamatan dan lalulintas untuk sebarang program yang berlangsung di dalam kampus.

Selain itu, mereka juga membantu menyediakan papan tanda penunjuk arah bagi memudahkan pergerakan lalulintas di hari kejadian.

Unit Teknologi Maklumat dan Unit Komunikasi Korporat & Perhubungan Antarabangsa

Unit Teknologi Maklumat dan Unit Korporat akan memaparkan maklumat berkaitan setiap program yang berjalan bagi tujuan promosi dan pemberitahuan kepada semua ‘stakeholders” UITMKDH.

Unit Kesihatan Memberi suntikan typhoid kepada pelajar yang memerlukan jika mereka terlibat dengan aktiviti penyediaan makanan untuk jualan di dalam kampus.

Selain itu, pihak Unit Kesihatan juga akan memantau aktiviti jualan makanan dan minuman yang dijalankan di dalam kampus, bagi menjamin tahap kebersihan dan kekemasan.

Jadual 5.4: Ringkasan Skop Kerja Aktiviti Jualan di Konvokesyen 2017

Dalam mengejar matlamat utama UiTMKDH tidak sekali-kali melupakan kebajikan sumber tenaga kerja kerana ia adalah nadi penggerak kejayaan sesebuah organisasi. Sehubungan itu, kelab-kelab staf dan koperasi telah diasaskan agar kepentingan dan kebajikan staf terjaga. Antara kelab yang aktif adalah Kelab Staf UiTM Kedah (KSUK), Kelab Pensyarah (ACT4U), Persatuan Wanita (PEWANI) dan Koperasi Kakitangan UiTM dan Alumni UiTM Kedah.

PEWANI merupakan salah satu kelab yang

berjaya menjalankan aktiviti keusahawanan

yang berinovasi secara berterusan menerusi

penubuhan Pewani Café Delight. Selain itu,

PEWANI turut sama membantu menaikkan

ekonomi masyarakat sekitar dengan

menggaji 2 orang ibu tunggal sebagai pekerja

di PEWANI Café Delight. Keadaan ini

memberi impak yang positif di mana ia secara

tidak langsung memberi peluang pekerjaan

kepada golongan ibu tunggal dan

meningkatkan hubungan sosial di kalangan

ahli masyarakat setempat.

Page 40: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

25

KSUK juga tidak ketinggalan dalam menyumbang kepada aktiviti keusahawanan di mana mereka menganjurkan ‘Car Booth Sales” setiap tahun. Penglibatan penganjuran dalam aktiviti ini merupakan kombinasi antara staf sokongan dan staf akademik.

UiTMKDH juga menitikberatkan kesihatan dan kecergasan staf-staf di mana Unit Kesihatan dan Unit Sukan telah diberikan tanggungjawab bagi menjaga kebajikan staf. Kedua-dua unit bertanggungjawab menjalankan pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan dan senamrobik bagi memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan di kalangan staf UiTMKDH. Di samping itu, Unit Kerjaya & Kaunseling juga berperanan penting bagi menyediakan khidmat kaunseling kepada staf dan pelajar UiTMKDH. 5.5 Inovasi bagi Bidang Tumpuan Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI), UiTMKDH telah menubuhkan Bumiputra Innovation and Transformation Unit (BANTU) yang merupakan sebuah unit transformasi dan inovasi keusahawanan bagi meningkatkan prestasi usahawan-usahawan di kawasan setempat. Hasil MoU dengan GAE Resourses Sdn. Bhd unit BANTU telah dilantik sebagai rakan strategik dengan Halal Academy bagi kawasan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang pada 20 Ogos 2017. Hasil dari jaringan industry ini, Seminar Ke Arah Pensijilan Halal Malaysia telah dianjurkan pada 2 Disember 2017 adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan dan keperluan pensijilan halal JAKIM. Seminar yang disertai oleh 212 orang peserta (100 orang pelajar dan 112 orang usahawan) ini dirasmikan oleh YAB Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Fasilitator seminar terdiri daripada Halal Academy dan juga pihak JAKIM. Ekoran dari seminar tersebut 5 orang peserta telah mendaftar dan menyertai kursus intensif untuk menjadi Professional Halal Executive anjuran Halal Academy.

Rentetan daripada langkah proaktif UiTMKDH mewujudkan suasana dan sistem kerja yang kondusif bagi mengalakkan aktiviti keusahawanan dan jaringan industri, ianya

telah melahirkan aspirasi kepada inovasi oleh warga UiTMKDH sendiri. Sebagai contoh, Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM) merupakan kelab yang ditubuhkan dikalangan staf akademik dan staf sokongan dari unit dan bahagian yang berbeza di UiTMKDH. Ahli kelab ini mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang fotografi. Kelab ini berjaya menjana peningkatan pendapatan melebihi 50% dari tahun ke tahun bermula dari tahun 2015.

Antara aktiviti-aktiviti inovasi dapat dilihat melalui pencapaian dalam pertandingan seperti IIDEX2017 yang melibatkan tiga belas kumpulan penyertaan. Pingat Emas di IIDEX2017 telah digondol oleh tiga kumpulan yang masing-masing diketuai oleh Puan Sharina Saad, Prof Madya Dr Mohd Rizaimy Shaharudin serta Encik Zaidi Yusoff. Manakala Pingat Perak dan Pingat Gangsa masing-masing dimenangi oleh empat dan enam kumpulan daripada UiTMKDH.

Dalam pertandingan Penang International Invention, Innovation & Research Design Platform 2017, pasukan UiTMKDH memperolehi Pingat Perak dan Pingat Gangsa. Kumpulan-kumpulan ini diketuai oleh Puan Yaasmin Farzana Abdul Karim dan Cik Azlin Azman.

Pertandingan International Conference & Exposition on Islamic Invention & Innovation 2017 atau dikenali sebagai i-Cipta 2017 juga menyaksikan penyelidik UiTMKDH, Prof Madya Dr Roshima Said telah dianugerahkan Anugerah Khas Ibnu Khaldun. Prof Madya Dr Roshima Said juga membolot dua hadiah Pingat Emas dalam pertandingan yang i-Cipta 2017 yang sama.

Semasa pertandingan eCONDEV 2017 di iNED, UiTM Shah Alam, pensyarah UiTMKDH iaitu Puan Erny Arniza Ahmad telah menerima anugerah khas Best MOOC Award dalam kategori Sains dan Teknologi dan tiga Pingat Emas bagi tiga kumpulan penyelidik UiTMKDH yang masing-masing diketuai oleh Puan Erny Arniza Ahmad, Cik Syahrinni Shawalludin serta kumpulan Puan Yaasmin Farzana Abdul Karim. Dalam eCONDEV 2017 juga penyelidik UiTMKDH telah memperolehi dua Pingat Perak melalui kumpulan-kumpulan yang diketuai oleh Dr Hafizah Besar Said, Puan Irwana Nooridayu

Page 41: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

26

Muhamad Hakimi serta dan dua Pingat Gangsa melalui kumpulan Ustaz Ahmad Yumni Abu Bakar serta Puan Hasyimah Razali.

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Zon Utara 2017 (KIK 2017) peserta-peserta UiTMKDH telah dianugerahkan Anugerah Khas (tiga kumpulan), selain Pingat Perak (tiga kumpulan). Puan Erny Arniza Ahmad sekali lagi memenangi Anugerah Khas dalam pertandingan International Invention & Innovative Competition (InIIC 2017) melalui MOOC 4.0: The Framework.

Bagi kategori penyelidikan akademik, kumpulan penyelidik diketuai oleh Prof Madya Dr Roshima Said, Dr Mohd Nasir Ayub serta Puan Zanariah Idrus masing-masing telah berjaya memperolehi geran-geran Research Entity Initiative (REI) (RM30,000), FRGS (RM54,000) dan Geran Lestari (RM20,000).

Bidang Agro-Inovasi menyaksikan dua felo PJI, Encik Azim Izzudin Muhamad dan Puan Suhaiza Hanim Suroya telah bekerjasama dengan Koperasi Usahawan Groom Big Kedah atau KUGERAK bagi inovasi penjenamaan dua puluh tiga produk bagi produk pelanggan sebenar. Upaya ini dilakukan secara formal menggunakan medium sukatan kursus semester empat, Student Project 1 (GDT256) melalui penjenamaan korporat, pembungkusan (packaging) serta penyediaan laman sesawang. Seterusnya pada semester berikutnya (semester lima), kursus Student Project 2 (GDT312) yang menumpukan kepada aspek promosi, iaitu pengiklanan, iklan TV, iklan cetak dan juga membangunkan laman sesawang. 5.6 Penghargaan dan Pengiktirafan Bagi menggalakkan dan menghargai khidmat dan dedikasi staf, serta untuk terus memotivasikan mereka dalam memberi perkhidmatan cemerlang, UiTMKDH turut menyediakan beberapa anugerah, antaranya seperti Anugerah Ahli Akademik Harapan, Anugerah Khas UiTM 2017, anugerah e – Pembelajaran, anugerah Penyelia Terbaik, anugerah Penyelidik Terbaik serta anugerah Penceramah Terbaik.

UiTMKDH turut menawarkan Anugerah

Inovasi Dan Pengkomersilan Produk,

Anugerah Penerbitan Buku , Anugerah

Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah

Pengajaran serta Anugerah Seni & Kreativiti.

Dalam mengiktiraf dan menghargai

kakitangan, Anugerah Khidmat Cemerlang

diberikan kepada kakitangan yang

menunjukkan prestasi yang baik setiap tahun

yang disampaikan pada Majlis Hari Kualiti

UiTM Kedah, Anugerah Pekerja Contoh juga

diberikan sebagai salah satu pengiktirafan

dikalangan kakitangan pentadbiran.

UiTMKDH juga tidak ketinggalan untuk

mengiktiraf pencapaian para pelajar yang

memperolehi CGPA 3.5 keatas yang dihargai

setiap semester melalui Malam Anugerah

Dekan. Selain daripada itu, UiTMKDH juga

mengiktiraf pencapaian mahasiswa melalui

Anugerah Persatuan dan Kelab Pelajar

Cemerlang yang diberikan setiap tahun.

Secara tidak langsung ia dapat menyuntik

semangat kepada semua kakitangan dan

pelajar untuk terus kekal cemerlang.

Antara anugerah-anugerah lain yang disampaikan ialah Anugerah Kualiti Piala Pengarah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Staf Pentadbiran Terbaik, Anugerah Lama Berkhidmat/Pesara, Anugerah Kualiti 5S, Anugerah Kaunter Terbaik, Anugerah Penyelidikan Terbaik serta Anugerah Penulisan Terbaik. UiTMKDH juga telah merakamkan penghargaan dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTMKDH 2016 bagi enam (6) kategori, iaitu Anugerah Siswa Terbaik, Anugerah Siswi Terbaik, Anugerah Siswa Harapan, Anugerah Siswi Harapan, Anugerah Penasihat Terbaik dan Anugerah Kelab Terbaik. (Rujuk lampiran 5.2: Senarai Pemenang Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu UiTM Cawangan Kedah 2016). 5.7 Maklumbalas Terhadap Sumber Manusia Setiap organisasi akan mengalami perubahan dan penambahbaikan pengurusan selepas mendapat atau menerima sebarang informasi

Page 42: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

27

dan maklumat yang terbaharu supaya selari dengan perkembangan dan kemajuan semasa. UiTMKDH komited dalam melaksanakan proses audit dalaman dan luaran yang bebas, cekap dan efisien bagi menyokong proses-proses operasi. Pihak pengurusan bekerjasama penuh dengan pihak juruaudit untuk mencapai dan melaksanakan strategi penyelesaian sebarang isu dengan cekap dan tepat. Maklumat yang diterima hasil dari proses audit dijadikan sebagai panduan untuk penambahbaikan operasi pada masa hadapan. UiTMKDH juga berhasrat untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran profesional berasaskan budaya kerja beretika dan efisien secara keseluruhan. UiTMKDH percaya tenaga kerja merupakan aset terpenting dan pemangkin utama dalam menjana, menggerakkan dan menyelaras pencapaian matlamat. Tenaga kerja yang ditadbir dengan cekap dan berkesan dapat menghasilkan produktiviti yang berprestasi tinggi. Oleh itu, pihak pengurusan mengekalkan polisi pintu terbuka agar setiap tenaga kerja dapat berbincang dan bersemuka dengan pihak pengurusan pada bila-bila masa. UiTMKDH bergerak kehadapan bagi merialisasikan impian untuk menjalankan jaringan industri di peringkat antarabangsa agar tidak ketinggalan dengan universiti lain. Sebelum ini UiTMKDH tidak mempunyai sebarang MoU di peringkat antarabangsa, namun bermula 2017 dua MoU telah ditandatangani bersama National & New Economy University (UNWE), Bulgaria dan Thepsatri Rajabhat University (TRU) , Thailand. Melalui persetujuan dengan National & New Economy University (UNWE), Bulgaria, tiga pensyarah UiTMKDH dilantik sebagai International Editorial Board di Economic Alternatives Faculty yang mana secara tidak langsung meningkatkan potensi dan motivasi penglibatan tenaga kerja ke arah kesarjanaan. Jalingan kerjasama dengan Thepsatri Rajabhat University (TRU), Thailand menghasikan pertukaran budaya, kemahiran dan pengetahuan kepada pensyarah dan juga pelajar diantara kedua-dua universiti.

Gambar 5.1 & 5.2: Majlis Menandatangani MoU

UiTM bersama UNWE.

Page 43: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

28

KRITERIA 6: TUMPUAN KEPADA OPERASI

6.0 Pengenalan Proses adalah elemen yang penting dalam sesebuah organisasi sebagai panduan untuk melancarkan kerja. Aliran proses ini mentakrifkan langkah-langkah untuk membawa kepada hasil yang diingini. Sejajar dengan elemen ini, UiTMKDH amat komited dan proaktif dalam mewujudkan proses-proses kerja yang berkualiti yang bukan sahaja bermanfaat dan memudahkan warga kampus, tetapi juga semua pemegang taruh. 6.1 Proses-Proses Utama Dalam Perlaksanaan Objektif dan Inisiatif Strategik Rajah 6.1 menunjukkan model Plan, Do, Check, Action (PDCA) yang diaplikasikan sebagai model utama dalam perlaksanaan setiap program di UiTMKDH. PDCA adalah kaedah pengurusan empat langkah berulang yang digunakan untuk mengawal dan mengamalkan peningkatan yang berterusan terhadap proses dan juga produk tumpuan. Pengaplikasian model ini telah berjaya menghasilkan program-program keusahawanan dan jaringan industri yang bersifat berterusan. Inisiatif Rektor untuk menjadikan UiTMKDH sebagai kampus yang berteraskan keusahawanan telah memperhebatkan usaha warga kampus untuk melibatkan diri dengan program keusahawanan yang lebih memberangsangkan seperti di dalam program Jumbo Car Booth Sales, PEWANI Delight Café dan penjualan oleh Kelab MCM. Setiap fasa merangkumi proses-proses spesifik yang ditentukan untuk memastikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya. Proses perlaksanaan program dapat dilihat berpandukan kitaran model PDCA berikut.

Rajah 6.1: The Plan-Do-Check-Action Model

6.1.1 Plan ‘Plan’ melibatkan proses pemikiran tentang aktiviti yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Fasa ini bermula dengan aktiviti ‘brainstorming’ iaitu penjanaan idea dan pendapat dalam sesi perbincangan seperti mesyuarat-mesyuarat jabatan, bahagian atau unit dan persatuan-persatuan pelajar. Bagi meningkatkan komunikasi berkesan antara individu-individu yang terlibat, penggunaan komunikasi alternatif seperti e-mail, media sosial (WhatsApp, Twitter, Telegram, Facebook dll) turut digunakan. (Rujuk Lampiran 6.1: Surat pelawaan menandatangani MoU). Selain itu, UiTMKDH juga mengamalkan dasar pintu terbuka (open door policy) di mana PTJ digalakkan untuk memulakan perbincangan terus dengan pihak pengurusan berkenaan program-program yang hendak dirancangkan. Terdapat dua perkara penting yang perlu ditetapkan semasa fasa ini. Yang pertama ialah objektif program dan yang kedua ialah mengenalpasti risiko-risiko atau masalah yang boleh menghalang pencapaian objektif program. Setiap program yang dianjurkan dimestikan menyenaraikan objektif-objektif yang nyata bermanfaat kepada para pelanggan UiTMKDH. Objektif ini merupakan jangkaan ‘output’ yang berperanan untuk memastikan, setiap program adalah selaras dengan pelan perancangan strategik UiTMKDH. Sebagai contoh, MoU UiTMKDH dengan Universiti Thepsatri Rajabhat, Thailand. Objektif utama yang telah di ketengahkan adalah untuk membina jaringan

Page 44: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

29

akademik serta industri yang berterusan bukan sahaja di antara kedua-dua universiti, malah di antara kedua-dua negara yang terlibat. Setiap program juga perlu menyenaraikan langkah-langkah pengurusan risiko yang akan diambil bagi masalah-masalah yang berpotensi untuk menghalang program untuk mencapai objektif. Antara keutamaan penganjur adalah dari aspek kewangan dan keselamatan. Bagi memastikan program berjalan dengan lancar, UiTMKDH memastikan setiap program di dalam dan di luar kampus akan dimaklumkan kepada pihak yang berwajib bagi menjamin keselamatan mereka yang terlibat. Berikut adalah antara langkah pengurusan risiko yang di ambil oleh UiTMKDH bagi program kerjasama bersama Universiti Thepsatri Rajabhat, Thailand.

Masalah-Masalah Yang Berpotensi

Langkah Pengurusan Risiko

Kekangan kewangan

Menjalankan perniagaan kecil-kecilan di dalam kampus bagi menampung perbelanjaan

Membina jaringan alumni bagi memudahkan penajaan kewangan

Keselamatan penganjur dan peserta

Memohon kelulusan daripada Bahagian Polis Bantuan bagi program-program kerjasama yang dijalankan di dalam kampus.

Memohon kelulusan daripada Polis Di Raja Malaysia bagi program yang dijalankan diluar kampus, terutamanya di kawasan yang berisiko

Jadual 6.1: Pengurusan Risiko

Selepas mengenalpasti dua perkara penting di atas dan sebelum sesuatu program boleh dijalankan, penganjur perlu melalui proses kelulusan program dan belanjawan. Rajah 6.2 menunjukkan proses permohonan Memorandum Persetujuan (MoA) dan Memorandum Persefahaman (MoU), manakala Rajah 6.3 menunjukkan proses permohonan kelulusan sesebuah program dan bantuan kewangan. Kedua-dua proses ini adalah proses utama yang perlu dilalui oleh mana-mana pihak yang ingin

memulakan inisitatif MoA, MoU atau keusahawanan di UiTMKDH. Permohonan MoA dan MoU. Proses pengikatan MoU bersama Thepsatri Rajabat University (TRU), Thailand telah melalui proses kerja dan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan bagi melancarkan perjalanan hubungan kerjasama yang berterusan di masa akan datang. Proses kerja ini adalah berpandukan proses kerja yang telah ditetapkan oleh UiTM induk. Bagi memudahkan PTJ, UiTMKDH telah mengambil langkah inisiatif dengan mewujudkan khidmat nasihat yang dipertanggungjawabkan dibawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni kepada para PTJ yang berminat untuk memohon MoU/MoA. Inisiatif ini telah banyak membantu dan memudahkan proses permohonan para PTJ, bahkan lebih menjimatkan masa menunggu surat kelulusan.

Rajah 6.2 Proses Kerja Permohonan MoA dan MoU

Page 45: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

30

Permohonan Kelulusan Program dan Bantuan Kewangan. Bagi melaksanakan program jaringan industri dan keusahawanan, sumber kewangan yang mencukupi adalah penting bagi menyokong perlaksanaan objektif-objektif program. Program-program utama di dalam laporan ini adalah dibiayai oleh pelbagai sumber kewangan. Jadual 6.2 di bawah menunjukkan sumber-sumber kewangan yang disediakan oleh UiTMKDH kepada para PTJ (mengikut kategori) bagi melaksanakan program-program.

Bil Sumber Kewangan

Bahagian Pengurusan

Peruntukan Kepada

1 Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA)

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Pelajar/Persatuan

2 Tabung Aktiviti Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Pelajar/Persatuan

3 Tabung Pengurusan

Bahagian Pentadbiran

Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik

4 Tabung Latihan Bahagian Pentadbiran

Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik

5 Tabung Fakulti Bahagian Pentadbiran

Kakitangan Akademik

6 Tabung Amanah Am

Bahagian Pentadbiran

Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik

Jadual 6.2 Bahagian Pengurusan Kewangan

Setiap permohonan yang dihantar kepada bahagian pengurusan sumber kewangan yang diminta akan disemak sebaik sahaja diterima. Namun, proses kelulusan hanya akan berlaku berdasarkan tarikh-tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan UiTMKDH. Rajah 6.3 menunjukkan proses kerja bagi permohonan kelulusan dan peruntukan kewangan untuk menjalankan program. Terdapat beberapa pendekatan telah diambil oleh UiTMKDH bagi meningkatkan kecekapan proses permohonan. Pertama, sebagai langkah mengurangkan kesalahan daripada pemohon, senarai semak telah disediakan supaya para PTJ dapat memainkan peranan yang proaktif dalam memastikan dokumen-dokumen permohonan

yang diperlukan adalah lengkap. Kedua, para PTJ perlu menyerahkan borang permohonan secara terus kepada pegawai yang ditugaskan di setiap bahagian. Pegawai tersebut akan berperanan sebagai ‘gatekeeper’ yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap permohonan yang dimajukan adalah lengkap dan mencapai spesifikasi yang telah ditetapkan. Ketiga, permohonan yang diluluskan atau tidak diluluskan akan dimaklumkan terlebih dulu secara lisan sebaik sahaja mesyuarat berakhir.

Rajah 6.3 Proses Kerja Permohonan Kelulusan Program dan

Bantuan Kewangan

6.1.2 Do Fasa ‘Do’ melibatkan perlaksanaan polisi universiti dan prosedur program oleh para penganjur untuk mencapai objektif-objektif seperti yang telah dirancangkan. Di fasa ini, pemantauan akan dibuat bagi memastikan program berada di dalam kawalan dan bagi

Page 46: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

31

mengurangkan risiko-risiko seperti yang telah dikenal pasti. Namun, jika terdapat perkara-perkara yang telah dikenalpasti sebagai risiko terjadi, langkah-langkah pengurusan risiko yang telah dikenalpasti sebelumnya akan diambil untuk memastikan kelancaran program. Pemantauan pengambilan suntikan Thypoid oleh vendor-vendor yang terlibat dalam program PEWANI Delight Café adalah penting untuk menjamin kualiti makanan dan kesihatan para pelanggan. Bagi program yang melibatkan MoU, UiTMKDH membuat pemantauan supaya program yang dijalankan menjaga dan menghormati kepentingan kedua-dua pihak. 6.1.3 Check Kitaran ketiga adalah fasa ‘Check’ yang melibatkan proses pengukuran keberkesanan atau program berbanding dengan objektif yang telah ditetapkan bagi melihat samada program yang dijalankan berjaya mencapai objektif ataupun tidak. Bagi memastikan program yang dijalankan mencapai objektif yang ditetapkan, terdapat dua sumber utama yang menjadi rujukan penambahbaikan setiap program. i) Laporan Program

Laporan lengkap program dikemukakan sebagai bahan bukti kepada pihak pengurusan yang bertanggungjawab dan dihantar dalam masa 2 minggu atau 14 hari selepas perlaksanaan program.

ii) Aduan Maklumbalas Pelanggan (AMP)

Borang maklum balas pelanggan diberikan kepada pelanggan yang terlibat sebaik sahaja program dilaksanakan bagi mengukur keberkesanan program dan pencapaian objektif yang ditetapkan. Daripada maklum balas tahap kepuasan hati pelanggan seperti yang dapat dilihat dalam (Rujuk Carta 7.6), prestasi perkhidmatan yang ditawarkan dinilai dan tindakan penambahbaikan diambil sewajarnya.

iii) Mesyuarat ‘Post-Mortem’ Mesyuarat yang dijalankan selepas program selesai ini membincangkan pencapaian objektif program dan mengenalpasti aspek-aspek yang memerlukan penambahbaikan.

6.1.4 Action Diperingkat ini, maklumat analisa maklum balas digunakan sebagai input untuk membuat penambahbaikan kepada program-program selanjutnya. Penambahbaikan ini adalah penting kepada program-program yang bersiri ataupun berulang. Maklum balas yang diterima daripada penganjuran Car Boot Sale dan PEWANI Delight Café seumpamanya berkaitan bilangan vendor yang terlibat telah berjaya membuka peluang kepada vendor-vendor baru untuk masuk menyertai program keusahawanan di dalam kampus. Selain itu, maklum balas daripada rakan jaringan industri UiTMKDH telah membuatkan pelbagai program terlaksana antara kedua-dua pihak. 6.2 Keberhasilan Pengurusan Strategik bagi Menjamin Kelestarian Pencapaian 6 teras pengurusan strategik yang telah dirangka UiTMKDH telah menjadi komponen terpenting dan menjadi garis panduan bagi hala tuju universiti. Pengurusan strategik ini menjadi perkara penting yang diusahakan oleh UiTMKDH kerana aspek ini mempunyai hubungan rapat dengan keberhasilan operasi bagi setiap program yang dijalankan. Keberkesanan pengurusan strategik bagi bidang tumpuan keusahawanan dan jaringan industri ini dapat dilihat daripada pencapaian beberapa bidang keberhasilan utama universiti iaitu penerbitan, MoU/MoA dan keusahawanan seperti yang dapat dilihat dalam jadual 2.2. Pengaplikasian prosedur operasi bersesuaian membolehkan UiTMKDH merealisasikan setiap program yang dijalankan berdasarkan objektif strategik yang telah ditetapkan. Prosedur operasi bukan sahaja menjadikan program yang dijalankan menjadi lebih sistematik dan sentiasa berada di dalam kawalan, malah membuka peluang kepada UiTMKDH untuk mencapai kelestarian pencapaian. Berikut adalah bidang keberhasilan yang dapat dicapai melalui program-program tumpuan.

Page 47: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

32

i) Penglibatan Sumber Manusia Keberhasilan sumber manusia boleh dilihat daripada peningkatan bilangan penglibatan para pelajar dan kakitangan dalam program Car Booth Sales (Rujuk Carta 7.4), dan Kelab Merbok Creative Multimedia.

ii) Penjanaan Pendapatan

Hasil daripada kepuasan hati pelanggan telah menyumbang kepada penjanaan pendapatan yang memberangsangkan kepada UiTMKDH. Ini dapat dilihat daripada peningkatan pendapatan PEWANI Delight Café (Rujuk Carta 7.19) serta bilangan vendor yang terlibat. Selain itu, keberhasilan pendapatan juga dapat dilihat melalui hasil penjimatan daripada program-program kolaborasi MoU bersama Universiti Thepsatri Rajabat (TRU).

iii) Perkongsian Ilmu

Bermula dengan hubungan pengantarabangsaan bersama Universiti Thepsatri Rajabat (TRU), Thailand, hubungan strategik ini telah menjadi pentas perkongsian ilmu seperti Colloquium and Third International Speech Contest for Rajabhat and ASEAN Universities, lawatan sambil belajar dan aktiviti pertukaran budaya, dan The Second Conference on Teacher Education, Technology and Cultures dan Discussion and Academic Exchanges on Teacher Education.

iv) Pengurusan Risiko

Pengurusan operasi yang cekap untuk setiap program bukan sahaja membolehkan objektif-objektif dicapai, tetapi juga telah berjaya meningkatkan kualiti pengurusan risiko bagi setiap program (Rujuk Jadual 7.1). Amalan pengurusan risiko yang berterusan telah memantapkan dan menghasilkan penambahbaikan kepada sistem pengurusan risiko yang berkesan terhadap program-program keusahawanan dan jaringan industri yang dijalankan.

v) Kekerapan Program

Kecekapan pengurusan operasi telah berjaya menghasilkan program yang

berulang atau bersiri seperti Car Boot Sales. Selain itu, Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM) terus diberi kepercayaan untuk melaksanakan tugasan pada setiap istiadat Konvokesyen. Selain itu, jaringan industri yang terikat bersama Universiti Thepsatri Rajabat (TRU) telah menghasilkan program-program lanjutan seperti yang disebut di atas.

Page 48: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

33

KRITERIA 7:

HASIL

7.0 Pengenalan Visi, misi dan objektif UiTM Cawangan Kedah (UiTMKDH) menjadi panduan kepada organisasi di samping turut mendukung Akta UiTM yang mengikuti prosedur operasi dari Unit Pengurusan Kualiti supaya setiap perkara dikendalikan secara berhemah dan mengikut spesifikasi yang ditentukan. Objektif kualiti serta piagam pelanggan yang digariskan menunjukkan hasil pencapaian kampus melalui pelbagai inisiatif dilakukan. Selaras dengan pemilihan jaringan industri dan keusahawanan sebagai bidang tumpuan AKNC bagi tahun 2017 untuk diketengahkan, berikut hasil berkaitan jaringan industri dan keusahawanan dinilai sebagai hasil pencapaian kampus UiTMKDH berdasarkan kepada 5 aspek utama iaitu:(i) Hasil dari Pelaksanaan Strategi; (ii) Hasil dari Proses; (ii) Hasil dari Tumpuan Pelanggan ; (iii) Hasil dari Tumpuan Tenaga Kerja; dan (iv) Hasil dari Prestasi Kewangan. 7.1 Hasil dari Pelaksanaan Strategi

7.1.1 Pencapaian Objektif dan Inisiatif

Strategik

Carta 7.1 berikut adalah di ekstrak daripada Jadual 2.2: Pencapaian UiTMKDH 2017 (Petunjuk Prestasi Terpilih). Berdasarkan carta petunjuk prestasi di bawah sebanyak 3 objektif dan inisiatif strategik pencapaiannya melebihi sasaran yang telah ditetapkan. Bilangan MoU/MoA antara UiTMKDH dengan universiti/industri mencatatkan pencapaian sebanyak 5 MoU/MoA telah berjaya dimeterai. Pencapaian sebanyak 115 yang menunjukkan peningkatan 11500% turut direkodkan, bagi bilangan pelajar ijazah pertama dan diploma sepenuh masa terlibat dalam aktiviti pendedahan/ pembudayaan keusahawanan selain daripada kurikulum. Seramai 20 orang mahasiswa yang mengikuti Program Latihan Penerapan Keusahawanan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, iaitu sebanyak 2000% penglibatan mahasiswa

UiTMKDH telah di capai. Walau bagaimanapun, bilangan program latihan keusahawanan berstruktur yang ditawarkan kepada pelajar hanya tercapai 50%, berbanding dengan sasaran yang ditetapkan. Hanya dua penganjuran program berteraskan University Community Engagement (UCE) yang telah dijalankan sepanjang 2017. (sila rujuk jadual 2.2)

Carta 7.1: Peratus Pencapaian Objektif dan Inisiatif Strategik UiTMKDH Berbanding Sasaran yang Ditetapkan

7.1.2 Keberkesanan Pengurusan Risiko Berdasarkan jadual 7.1, tahap keberkesanan pengurusan risiko UiTMKDH pada tahun 2017 berada pada tahap yang amat baik kerana kes-kes berkebarangkalian berisiko tinggi dan sederhana dapat dicegah dengan baik. (Rujuk Lampiran 7.1: Laporan Daftar Risiko PTJ)

11500%

Page 49: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

34

(A)

Klasifikasi

Punca (Untuk

Kegunaan

Pejabat UPR)

(B)

Penerangan

(A)

Kawalan

Sedia ada

(B)

Kawalan

tambahan

yang di

cadangkan

( C)

Klasifikasi

kawalan

(Untuk

Kegunaan

UPR)

(a) M

anus

ia

(b) R

eput

asi /

Imej

(c)Ke

wang

an

(d) O

pera

si

Purata

(a+b+c+d)/n

Litar Pintas

atau Lebihan

Penggunaan

Kuasa

1. Kerosakan

pada

peralatan/p

erkakasan

yang

terdapat di

dalam

sistem

agihan

bekalan

elektrik.

1. Gangguan

bekalan

elektrik

yang di

agihkan

pada setiap

lokasi.

1. Juruteknik

berada dalam

keadaan mod

sedia. 2.

Memantau

penggunaan

elektik

semasa

perjalanan

program.

1. Semua

pencawang

elektrik yang

terdapat di

dalam UiTM

Cawangan

Kedah di

lawati oleh

Jurutera

Kompiten

latikan

Suruhanjaya

Tenaga.

Membuat

pendaftaran

pepasangan

dengan

Suruhanjaya

Tenaga.

2. Peralatan

pengguna

yang rosak

yang

mengakibatk

an bekalan

elektrik

terputus

2. Aktiviti

atau

perjalanan

kampus

terjejas

2. Membuat

pendaftaran

peralatan

yang

digunakan

semasa

program

dijalankan.

2.

Peralatandip

antau oleh

penganjur

dan Bahagian

Pengurusan

Fasiliti.

Risiko

Operasi

Risiko

Institusi

Bekelan Air

Terputus

1. Gangguan

bekalan air

masukan

utama

daripada

SADA.

1.Terputusn

ya bekalan

air ke

bangunan

sekitar

kampus. 2.

Air tidak

dapat

digunakan

untuk

aktiviti

harian.

1. Memantau

air masukan

dari SADA. 2.

Memantau

paras air

tangki

simpanan

utama.

1. Memantau

dan

mengawasi

penggunaan

air terawat

oleh

kontraktor

pembersihan

dan

kontraktor

lanskap yang

dilantik.

5 1 3 1 2 1.75 8.75 TINGGI

Bahagian

Pengurusan

Fasiliti

Bahagian

Pengurusan

Fasiliti

2017

Perundangan Institusi

Proses &

tatacara

penurunan

kuasa oleh

Rektor atau

kepada

Rektor di

peringkat

kampus

SOP

tiada

arahan/sura

t yang jelas

berkaitan

penurunan

kuasa

gangguan

(lambat,

tertangguh,

tergendala)

kepada

proses kerja

dan operasi

kepada

bahagian/u

nit yang

berkaitan

mengeluarka

n surat

rasmi/pekelili

ng/arahan

yang jelas

kepada

semua

bahagian/unit

1 3 3 2 4 3 4 MEDIUMPEJABAT

REKTOR

PEJABAT

REKTOR5-Apr-17

Reputasi Institusi

Pelaporan

negatif

berkaitan

program

kampus

yang tidak

sahih/tidak

betul

Kebocoran

maklumat

pihak

media/pelap

or tidak

mendapatka

n maklumat

yang sahih

dari pihak

kampus

mengancam

/menjejaska

n imej

kampus

sentiasa

bersedia

dengan

kenyataan

media dan

jalinkan

hubungan

baik dengan

pihak media

& pihak

berkepenting

an

3 4 5 2 3 3.5 11 TINGGIPEJABAT

REKTOR

PEJABAT

REKTOR5-Apr-17

1a. Kategori

Risiko

1b.Risiko

Institusi

atau Uni

2.

Keterangan

Risiko

3. Punca/ Penyebab Risiko

4. Impak

Risiko

11. Tarikh

didaftarkanTahap Risiko

5. Kaedah Kawalan

6. K

ebar

angk

alian

7. Penilaian Impak 8. Tahap Impak Risiko (Automatik)

9. Pemilik Isu

10.

Pemunya

Tindakan

Operasi Institusi

Bekalan

Elektrik

Dalaman

Terputus

5 2 2 1 3 2 10 TINGGI

Bahagian

Pengurusan

Fasiliti

Bahagian

Pengurusan

Fasiliti

2017

Jadual 7.1: Jadual Pengurusan Risiko UiTMKDH 2017

Page 50: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

35

7.2 Hasil dari Tumpuan Pelanggan

Pelbagai aktiviti dan aktiviti kemasyarakatan

yang telah dianjurkan sepanjang tahun 2017

yang mana ianya memberi impak yang positif

kepada UiTMKDH serta pelanggan

khususnya. Dengan maklum balas pelanggan

yang berterusan adalah suatu aspek penting

dalam memberikan perkhidmatan yang

terbaik dan penambahbaikan yang

berterusan bagi memastikan kepuasan

pelanggan dapat dicapai.

7.2.1 Keberkesanan Penglibatan

Pelanggan

MoU bersama Thepsatri Rajabhat

University (TRU), Thailand. Hubungan dan

kerjasama diantara UiTMKDH dan TRU telah

berlangsung semenjak tahun 2013 dengan

pelbagai aktiviti pertukaran kebudayaan

diantara kedua-dua universiti. Bermula

dengan cadangan pertukaran pelajar untuk

program pertukaran budaya, seterusnya

kolokium dan persidangan di antara staf

akademik membuatkan pihak TRU

menjemput pihak UiTMKDH untuk menghadiri

satu sesi majlis menandatangani MoU

diantara UiTMKDH dan TRU pada 17-19

Disember 2017 di TRU, Thailand.

Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM).

Semua pelanggan Kelab MCM adalah terdiri

daripada keseluruhan graduan yang terlibat

dengan setiap sidang istiadat konvokesyen

untuk gambar pentas seperti yang

ditunjukkan dalam carta di bawah. Pada

sidang konvokesyen bulan April 2017

(Konvokesyen Ke 86) dan Oktober 2017

(Konvokesyen Ke 87), pelanggan gambar

pentas adalah terdiri daripada 1405 dan 840

orang graduan. Tiga (3) inovasi telah terhasil

daripada kewujudan kelab MCM ini iaitu:

i. penjanaan pendapatan

ii. penglibatan pelajar

iii. penglibatan staf

Penglibatan pelajar dan staf turut menjana

pendapatan sampingan kepada pelajar dan

staf kerana mereka dibayar upah semasa

aktiviti Pengambilan Gambar Pentas

Graduan dan Photoshoot Family.

Carta 7.2: Jumlah Graduan Konvokesyen Mengikut Siri Istiadat Konvokesyen di UiTMKDH

Carta 7.3: Jumlah Pelanggan Photoshoot Family Kelolaan Kelab MCM

Program Car Boot Sales oleh Kelab Staf

UiTMKDH (KSUK). Peningkatan penyertaan

peniaga sebanyak 215 peratus dalam Car

Boot Sales pada tahun 2017 berbanding

hanya 100% pada tahun 2015 telah

menunjukkan tren peningkatan yang positif

serta melepasi sasaran yang ditetapkan oleh

pihak penganjur (sila rujuk carta 7.4).

Peningkatan jumlah penyertaan para peniaga

dalam program ini telah memberi impak yang

signifikan kepada warga UiTMKDH secara

menyeluruh dari aspek dapat menimba dan

mempraktikan ilmu keusahawan di samping

dapat menjana pendapatan.

Page 51: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

36

Carta 7.4: Bilangan & Peratus Penglibatan Peniaga Dalam Car

Boot Sales

PEWANI Delight Café. Seramai 14 vendor

telah memberi komitmen untuk membekalkan

dan sekaligus mempelbagaikan jenis

makanan yang dijual di PEWANI Delight

Café. Hasil jualan dari tahun 2016 ke 2017

meningkat 17 peratus. Hasil kekerapan

penglibatan pelanggan, dianggarkan setiap

pelanggan membelanjakan sebanyak RM5

pada kadar purata bagi setiap pembelian.

Carta 7.5: Purata Kekerapan Perbelanjaan Pelanggan

7.2.2 Tahap Kepuasan Hati

Secara keseluruhan, boleh disimpulkan

bahawa pelanggan berpuas hati dengan

program keusahawanan yang dijalankan.

Carta di bawah menunjukkan peratus

peningkatan penglibatan pelanggan dan hasil

jualan melambangkan kepuasan pelanggan

program-program yang dianjurkan UiTMKDH.

Carta 7.6: Peratusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

(AMP) tahun 2017

Merujuk kepada Carta 7.6 di atas, Peratusan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan (AMP)

tahun 2017 adalah sebanyak 94.20%,

meningkat 2.7% dari tahun sebelumnya dan

melebihi dari objektif yang ditetapkan oleh

pihak Shah Alam, iaitu 90%. (Rujuk Lampiran

7.2: Ringkasan Peratusan Laporan Melalui

Borang AMP Bahagian/Unit Bagi Tahun 2017

UiTMKDH.)

UiTMKDH juga mengambilkira maklumbalas

daripada pihak luar dan staf yang

berkepentingan. Penilaian maklumbalas

dizahirkan melalui sosial media. Keratan

media sosial Facebook berikut menunjukkan

maklumbalas terhadap MoU bersama TRU.

Page 52: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

37

Gambar 7.1 Maklumbalas MoU bersama TRU

7.3 Hasil dari Tumpuan Sumber

Manusia

7.3.1 Keberkesanan Penglibatan Sumber

Manusia

MoU bersama Thepsatri Rajabhat

University (TRU), Thailand. Hubungan yang

baik diantara pihak TRU dan UiTMKDH

adalah dengan termetrainya MoU diantara

kedua-dua belah pihak. Staf akademik yang

terlibat mahupun pelajar dari kedua-dua

belah pihak sentiasa memberikan maklum

balas yang positif di setiap aktiviti yang

dilakukan sama ada di TRU ataupun di

UiTMKDH. Berdasarkan kepercayaan ini,

ianya memberikan satu impak yang positif

dari pihak TRU kepada UiTMKDH.

Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM).

Pada awal penubuhan Kelab MCM ini,

keahlian adalah hanya seramai 15 orang

sahaja. Namun, telah berlaku pertambahan

bilangan ahli kelab sebanyak 53.33

peratus iaitu menjadikannya seramai 23

orang ahli sehingga kini. Apa yang

menariknya, 23 orang ahli ini, terdiri dari

kalangan staf UiTMKDH pelbagai bahagian

dan unit berbeza yang mempunyai minat

yang sama terhadap seni fotografi. Bagi

setiap projek yang diambil, bilangan tenaga

kerja yang digunakan adalah bergantung

kepada keperluan. Adakalanya, hanya tenaga

ahli kelab sahaja yang digunakan bagi projek-

projek yang berskala kecil. Tetapi bagi projek

seperti Pengambilan Gambar Pentas

Graduan dan Photoshoot Family, tenaga

kerja yang terdiri dari kalangan pelajar dan

staf bukan ahli kelab turut dioptimumkan.

Untuk majlis konvokesyen yang berlaku pada

tahun 2017, seramai 6 orang pelajar telah

terlibat sebagai tenaga kerja yang dimana

secara tidak langsung pelajar tersebut

berpeluang menimba ilmu, selain menjana

pendapatan sendiri dan pendedahan tentang

tatacara kerja untuk majlis yang besar.

Carta 7.7: Ahli Kelab Merbok Creative Media

Program Car Boot Sales oleh Kelab Staf

UiTMKDH (KSUK). Penglibatan tenaga kerja

dalam Car Boot Sales saban tahun telah

menunjukkan peningkatan sejajar dengan

pertambahan bilangan peniaga dan bilangan

hari program dilaksanakan. Walau

bagaimana pun, peningkatan hanya

sebanyak 50 peratus pada tahun 2016 dan

44.44 peratus pada tahun 2017. Penglibatan

sumber manusia ini, hakikatnya hanya

melibatkan sebilangan kecil kombinasi antara

staf pentadiran dan pensyarah telah mampu

mengendalikan program ini dengan jaya dan

Page 53: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

38

lancar seperti yang disasarkan oleh pihak

penganjur.

Carta 7.8: Bilangan & Peratusan Penglibatan Tenaga Kerja Dalam Car Boot Sales

PEWANI Delight Café. Penubuhan PEWANI Delight Café telah berjaya menjadi satu platform untuk memaksimumkan penglibatan sumber manusia UiTMKDH. Ini dapat dibuktikan dengan penglibatan sebanyak 67% staf bukan akademik sebagai AJK Keusahawan PEWANI dan selebihnya (33%) adalah terdiri daripada staf akademik. Gabungan ini merupakan salah satu faktor penyumbang kenaikan hasil penjualan PEWANI Delight Café sebanyak 17% dari tahun 2016 ke tahun 2017.

Carta 7.9: Penglibatan Staf Akademik dan Staf Bukan Akademik sebagai AJK Keusahawan PEWANI 2017

7.3.2 Indeks Kegembiraan Sumber

Manusia (Happiness Index)

Carta 7.10 mempamerkan indeks

kegembiraan warga UiTMKDH pada tahun

2017 adalah 72%. Walaupun sasaran Indeks

Kegembiraan UiTM adalah 80%, didapati

tahap kegembiraan warga UiTMKDH telah

menghampiri lingkungan sasaran tersebut.

Sebahagian domain Indeks Kegembiraan di

UiTMKDH telah melepasi 70% skor purata

keseluruhan seperti domain Emosi Positif,

Hubungan dan Makna. Pelbagai inisiatif telah

dan bakal diambil oleh pihak pengurusan

UiTMKDH bagi meningkatkan tahap

kegembiraan warga kampus. Antara inisiatif

yang diambil ialah menambah dan

meningkatkan kualiti infrastruktur sedia ada di

UiTMKDH.

Carta 7.10: Indeks Kegembiraan di UiTMKDH Tahun 2017

7.4 Hasil dari Operasi

7.4.1 Kecekapan Operasi

MoU bersama Thepsatri Rajabhat

University (TRU), Thailand. Hasil dari

kecekapan operasi untuk setiap perlaksanaan

aktiviti atau program yang dijalankan, telah

ianya berjaya membuahkan hasil. Colloqium

and Third International Speech Contest for

Rajabhat and ASEAN Universities yang

berlangsung pada 14-15 Februari 2017 yang

dimana jurulatih dan penulis Bahasa Inggeris

Page 54: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

39

peringkat antarabangsa adalah terdiri

daripada staf akademik dari Akademi

Pengajian Bahasa.

Carta 7.11: Peratus Penglibatan Pelajar dan Pensyarah di

dalam Colloqium and Third International Speech Contest for

Rajabhat and ASEAN Universities

Carta 7.11 menunjukkan penglibatan pelajar

dan pensyarah di dalam Colloqium and Third

International Speech Contest for Rajabhat

and ASEAN Universities yang berlangsung

pada 14-15 Februari 2017. Seramai 3 orang

pelajar telah menyertai pertandingan

pengucapan awam dan berjaya memenangi

tempat kedua, ketiga dan keempat dalam

pertandingan tersebut. Selain daripada itu,

terdapat dua pensyarah juga terlibat dalam

pembetangan kertas kerja.

Gambar 7.2 & 7.3: Keratan maklumbalas aktiviti-aktiviti

penglibatan pelajar dan pensyarah hasil MoU bersama

Thepsatri Rajabhat University (TRU), Thailand.

Tambahan lagi, pada 6 hingga 9 Julai 2017,

Aktiviti Lawatan Sambil Belajar dan

Pertukaran Kebudayaan ke UiTMKDH telah

dijalankan di mana Program ini bertujuan

untuk pertukaran sesi akademik di antara

pensyarah UiTMKDH dan TRU. Program

yang bertujuan dalam mengadakan sesi

petukaran budaya antara Thailand dan

Malaysia melalui persembahan budaya dan

demostrasi masakan. Selain itu, ianya juga

bertujuan untuk mempromosikan UiTMKDH

sebagai sebuah institusi pendidikan bertaraf

antarabangsa dan secara tidak langsung

mempromosikan negeri Kedah sebagai

destinasi akademik dan juga pelancongan

kepada warga antarabangsa.

Page 55: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

40

Carta 7.12: Penglibatan Pensyarah di dalam The Second

Conference on Teacher Education, Technology and Cultures &

Discussion and Academic Exchanges on Teacher Education.

Carta 7.12 merupakan peratusan penglibatan

pensyarah dari pelbagai fakulti di The Second

Conference on Teacher Education,

Technology and Cultures & Discussion and

Academic Exchanges on Teacher Education

yang telah dilangsungkan pada 25 hingga 27

September 2017. Program ini bertujuan untuk

pertukaran sesi akademik di antara

pensyarah UiTMKDH dan TRU pada masa

akan datang.

Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM).

Carta 7.13 di bawah mempamerkan

keseluruhan proses transisi Projek

Pengambilan Gambar Pentas untuk istiadat

Konvokesyen UiTMKDH daripada kendalian

syarikat luar kepada kendalian kelab dalaman

UiTMKDH sendiri iaitu Kelab Merbok Creative

Multimedia. Proses mengendalikan tugasan

Pengambilan Gambar Pentas para graduan

pada Istiadat Konvokesyen Ke 87 telah

berjaya dikendalikan secara cekap dengan

hanya mengoptimumkan kepakaran dalaman

sahaja yang terdiri daripada kalangan warga

akademia, staf pentadbiran dan para pelajar

UiTMKDH sendiri yang juga merangkap ahli

Kelab MCM.

Hasil daripada kecekapan operasi ini, telah

berjaya mencetus banyak lagi hasilan inovasi

produk dan proses berkaitan Pengambilan

Gambar Pentas dan Photoshoot Family di

UiTMKDH. (Rujuk Lampiran 7.3: Gambar-

Gambar Hasil dari Penubuhan Kelab MCM)

Antara inovasi yang dibuat bagi memastikan

semua graduan mendapat gambar pentas

mereka tanpa perlu mengambilnya sendiri di

UiTMKDH ialah pihak Kelab MCM telah

mengambil iniasitif untuk mengeposkan

gambar graduan ke alamat yang telah

mereka isi di dalam borang pos laju sejurus

turun daripada pentas.

Gambar 7.4: Gambar Graduan Dalam Proses Pengeposan

oleh Kelab MCM (Sumber FB Rasmi Merbok Creative Media)

Carta 7.13: Proses Transisi Projek Pengambilan Gambar Pentas Untuk Istiadat Konvokesyen Oleh Kelab MCM

Page 56: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

41

PEWANI Delight Café. Untuk memastikan

kecekapan operasi jualan di PEWANI Delight

Café, semua vendor dan pengendali

makanan diwajibkan untuk mengambil

suntikan Thypoid dan 100% vendor dan

pengendali makanan yang terlibat telah

mendapatkan suntikan tersebut seperti

yang tertulis di Kriteria 4: Pengukuran,

Analisis Dan Pengurusan Pengetahuan.

7.4.2 Keberkesanan Operasi

MoU bersama Thepsatri Rajabhat

University (TRU), Thailand. Hasil dari

kecekapan operasi sewaktu program dan

aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun

2017, satu memorandum persefahaman

(MoU) dengan TRU telah ditandatangani

pada 17-19 Disember 2017 di TRU.

Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM).

Hasil kecekapan operasi yang telah

dilaksanakan sepenuhnya oleh Kelab MCM

semasa mengendalikan tugasan

Pengambilan Gambar Pentas para graduan

UiTMKDH pada Istiadat Konvokesyen pada

tahun 2016 dapat dilihat apabila Kelab MCM

terus diberi kepercayaan sepenuhnya oleh

pihak Pengurusan UiTMKDH untuk

melaksanakan tugasan yang sama pada

Istiadat Konvokesyen tahun 2017.

Manakala hasil keberkesanan inovasi proses

Pengambilan Gambar Pentas yang

diperkenalkan didapati telah berjaya

menjimatkan penggunaan ruang

penyimpanan gambar graduan yang tidak

dituntut, masalah kesilapan alamat graduan

tidak akan berlaku serta penjimatan masa

dapat dilakukan kerana graduan tidak perlu

hadir sendiri untuk mengambil gambar

mereka.

Program Car Boot Sales oleh Kelab Staf

UiTMKDH (KSUK). Kelab Staf UiTMKDH

(KSUK) telah berjaya menganjurkan

sekurang-kurangnya sekali setahun program

Jumbo Car Boot Sales bermula di awal

penganjurannya iaitu pada tahun 2015

sehingga kini. Malahan berlaku peningkatan

kekerapan bilangan penganjuran program

ini pada tahun 2017 iaitu sebanyak 2 kali

berbanding hanya sekali sahaja pada tahun

sebelumnya. (Rujuk Lampiran 7.4: Banner

Car Boot Sale Anjuran KSUK.)

PEWANI Delight Café. Kesan dari

keberkesanan pengurusan risiko dan

kecekapan operasi ini menyumbang kepada

peningkatan hasil jualan PEWANI Delight

Café sekaligus memberi impak yang positif

kepada aktiviti-aktiviti tanggungjawab

sosial korporat PEWANI dengan

memberikan sumbangan kepada ahli-ahli

PEWANI yang memerlukan dan juga kepada

aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di peringkat

UiTMKDH melalui program seperti Majlis

PEWANI Prihatin Siri 5 Ramadhan 1438H,

Program Wellness X anjuran bersama pelajar

serta Program Wellbeing Of Woman (WOW)

yang menawarkan pemeriksaan saringan

kanser servik melalui ujian pap smear.

Pihak PEWANI juga giat memberi

sumbangan kepada masyarakat sekitar dan

juga perigkat antarabangsa dengan memberi

bantuan kepada mangsa banjir di Padang

Menora dan Labu Banting, Seberang Perai

Utara melalui program Misi Bantuan Pasca

Banjir dan juga berjaya mengumpul sebanyak

RM23 ribu dalam bentuk barangan dan juga

wang tunai untuk program Sukarelawan

Mangsa Gempa Acheh dengan usahasama

Universitas Syiah Kuala, Banda Acheh.

7.5 Hasil dari Prestasi Kewangan

Bajet UiTMKDH diselaraskan dengan strategi

belanjawan UiTM keseluruhannya yang

disediakan 2 kali setahun berdasarkan hasil

pembelajaran program. Belanjawan yang

disediakan akan melalui Jawatankuasa

Mesyuarat Eksekutif (MPE) untuk mendapat

kelulusan. Dengan adanya pengurusan

perbelanjaan yang berhemah secara tidak

langsung membawa kepada perubahan

kecemerlangan sesebuah institusi.

7.5.1 Keberkesanan Kos

Di UiTMKDH, pengurusan kewangan secara

berhemah sentiasa menjadi keutamaan.

Untuk itu Bendahari diberi tanggungjawab

untuk melasanakan sebarang perancangan

pengagihan perbelanjaan dapat diuruskan

dengan cekap. Sebagai contoh, carta di

Page 57: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

42

bawah menunjukkan kelulusan perbelanjaan

bagi program diantara TRU dan UiTMKDH.

Carta 7.14: Keberkesanan kos penglibatan UiTMKDH dalam projek bersama TRU

Berdasarkan carta 7.14, pengurangan kos

sebanyak RM22,550 bersamaan 83% dapat

dijimatkan dalam perbelanjaan bersama

pihak TRU pada Colloqium and Third

International Speech Contest for Rajabhat

and ASEAN Universities. Tambahan lagi,

penjimatan sebanyak 93% bersamaan

RM28,200 telah berjaya dilakukan bagi

program MoU Signing Ceremony. Penjimatan

ini berlaku apabila bilangan staf yang

terlibat dikurangkan namun proses MoU

masih dapat dilaksanakan dengan jayanya.

7.5.2 Pulangan Pelaburan (ROI)MoU

bersama Thepsatri Rajabhat University

(TRU), Thailand.

Dengan segala aktiviti kolokium dan aktiviti

pertukaran budaya, satu memorundom telah

termetrai diantara kedua belah pihak. Dengan

adanya satu memorandum ini, secara tidak

langsung perlaksanaan program yang

berterusan dapat dilakukan dan perluasan

jaringan kesarjanaan umumnya untuk staf

akademik dan pendedahan budaya luar

khasnya kedua-dua masyarakat Malaysia dan

Thailand dikalangan pelajar UiTMKDH dan

TRU. Berdasarkan persetujuan yang dicapai.

Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM).

Projek yang bermula dari hasil perundingan

dengan SBU (Strategic Business Unit) UiTM

Perak dengan bertujuan untuk mendapatkan

bantuan kepakaran khasnya dalam

perlaksanaan sistem fotografi bagi

konvokesyen. Hasil dari perundingan yang

dilakukan dengan konsep latihan yang

melibatkan sesi konvokesyen membolehkan

MCM memberi perkhidmatan fotografi setiap

kali konvokesyen mahupun untuk projek

kecil-kecilan di UiTMKDH. Dengan adanya

projek seperti kemudahan fotorafi khususnya

untuk pelajar tahun semester akhir, ianya

secara tidak langsung dapat menjana

pendapatan MCM. Pelajar-pelajar yang

terlibat dengan pihak MCM juga secara tidak

langsung mendapat latihan khusus dalam

bidang fotografi selain dapat menjana

pendapatan sendiri. Projek seperti ini

memberi pulangan yang positif kepada staf

mahupun pelajar yang terlibat dalam MCM

yang secara tidak langsung mereka akan

dibayar upah tambahan secara harian

mengikut masa waktu mereka bekerja.

Program Car Boot Sales oleh Kelab Staf

UiTMKDH (KSUK). Projek ini juga berjaya

mengeratkan silaturahim antara staf

UiTMKDH dan penduduk setempat.

Manakala para pelajar pula dapat menikmati

pelbagai jenis makanan yang pelbagai dari

peniaga-peniaga. Program ini juga berjaya

mendapat kumpulan sasaran terdiri daripada

staf mahupun pelajar dari UiTMKDH yang

ingin menjana pendapatan dan secara tidak

langsung mendapat pendedahan terhadap

bidang perniagaan dan keusahawanan.

Gambar 7.5: KSUK Car Boot Sale Siri II 2017

Page 58: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

43

PEWANI Delight Café. Hasil pulangan yang

didapati daripada projek ini adalah ia

memberikan kemudahan kepada staf dan

pelajar UiTMKDH untuk membeli makanan di

dalam kawasan kampus tanpa perlu

membazir masa untuk mendapatkan

makanan di luar. Selain daripada itu, projek

ini telah berjaya mewujudkan inovasi peluang

pekerjaan kepada ahli PEWANI dengan

peningkatan 200% di mana pekerja yang di

lantik bertanggungjawab untuk mengurus

tadbir proses jualan harian PEWANI Delight

Café.

Carta 7.15 Peningkatan Peratusan Peluang Pekerjaan di

PEWANI Delight Café

Di samping itu, PEWANI Delight Café juga

memastikan jualan di situ hanyalah dijual oleh

ahli PEWANI sahaja, justeru mengaktifkan

budaya keusahawanan di kalangan staf

UiTMKDH. Keadaan ini sekaligus

menggalakkan staf untuk menjadi ahli

PEWANI bagi yang berminat untuk berniaga.

Hasil daripada jualan PEWANI Delight Café

ini juga telah melahirkan inovasi dari segi

sumbangan PEWANI kepada UiTMKDH

terutamanya dari aspek kebajikan staf dan

pelajar UiTMKDH sendiri. Jadual 7.2

merupakan sebahagian laporan aktiviti

PEWANI, UiTMKDH pada tahun 2017 yang

melibatkan sumbangan dalam bentuk wang

ringgit.

Jadual 7.2: Laporan aktiviti PEWANI 2017

7.5.3 Penjanaan Pendapatan

Kelab Merbok Creative Multimedia (MCM).

Hasil jualan dan keuntungan yang diperolehi

Kelab MCM adalah seperti yang ditunjukkan

oleh carta 7.16. Berlaku peningkatan jualan

dan keuntungan sebanyak 13.76 peratus dan

97.09 peratus yang dapat dijana oleh Kelab

MCM pada Istiadat Konvokesyen Ke 87

berbanding istiadat konvokesyen yang

sebelumnya. Peningkatan keuntungan

melebihi 25% telah menunjukkan inovasi

telah tercetus. Projek Pengambilan Gambar

Pentas graduan yang dikendalikan

sepenuhnya oleh ahli kelab telah

menyumbang kepada peningkatan

keuntungan yang drastik ini. Selain dapat

Page 59: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

44

menjana pendapatan kepada kelab,

UiTMKDH juga dapat memastikan tiada

kebocoran aliran wang keluar kepada pihak

luar. Hanya berlaku pengedaran aliran wang

secara dalaman sahaja iaitu daripada pihak

pengurusan UiTMKDH kepada kelab

dalaman.

Carta 7.16: Hasil Jualan & Keuntungan Kelab MCM

Program Car Boot Sales oleh Kelab Staf

UiTMKDH (KSUK). Merujuk carta 7.17 dan

7.18, hasil perolehan dari sewaan tapak

niaga menunjukkan peningkatan yang sangat

memberansangkan dari tahun ke tahun

penganjurannya terutamanya pada tahun

2017, telah berlaku peningkatan sebanyak

253.9 peratus. Berlaku penigkatan melebihi

25%, maka inovasi telah tercetus.

Peningkatan yang mendadak ini telah

disumbangkan oleh beberapa faktor.

Antaranya penglibatan daripada peniaga

makin meningkat, penganjuran yang semakin

kerap dan caj bayaran sewa tapak yang

dikenakan dinaikkan berbanding sebelum ini

tetapi masih kekal di bawah RM50.

Carta 7.17 & 7.18: Hasil & Peratusan Peningkatan Sewaan

Tapak Niaga Car Boot Sales

PEWANI Delight Café. Carta 7.19

menunjukkan hasil jualan PEWANI Delight

Café dari tahun 2016 hingga 2017 di mana

terdapat peningkatan sebanyak 17%.

Penubuhan PEWANI Delight Café yang

bertujuan untuk memupuk semangat

keusahawanan di kalangan ahli PEWANI dan

menjadi contoh usahawan kepada pelajar

adalah selaras dengan objektif strategik

UiTMKDH untuk tempoh tahun 2016-2020

iaitu untuk menjadikan Kampus Merbok

sebagai kampus yang mesra usahawan.

Carta 7.19: Hasil Jualan PEWANI pada 2016 & 2017

Page 60: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri
Page 61: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran Kriteria 1

Lampiran 1.1: Templat Daftar Risiko PTJ.

Bil

1

2

3

4

5A

5B

6

7

8

9

10

11

PETUNJUK KAEDAH MENGISI DAFTAR RISIKO

Perkara Keterangan

Kategori Risiko

Keterangan Risiko

Menunjukkan kadar kemungkinan sesuatu risiko itu berlaku. (Rujuk Jadual 1 bagi

menentukan skala kebarangkalian).

Mengenalpasti dan mengklasifikasikan risiko mengikut enam kumpulan utama berikut:

i) Risiko Strategik : Risiko-risiko yang menjadi halangan untuk mencapai halatuju

atau objektif pusat tanggungjawab/ universiti

ii) Risiko Kewangan : Risiko-risiko berkaitan keupayaan kewangan, prosidur

pengurusan kewangan, keselamatan kewangan, dan lain-lain berkaitan kewangan

iii) Risiko Perundangan : Risiko-risiko dari implikasi perundangan seperti perjanjian

antara organisasi, penurunan kuasa serta lain-lain yang berkaitan dengan

pelaksanaan undang-undang

iv) Risiko Reputasi : Risiko-risiko yang sekiranya berlaku akan memberi implikasi

kepada imej universiti

v) Risiko Operasi : Risiko-risiko yang melibatkan semua proses kerja bagi mencapai

objektif organisasi seperti keselamatan rekod, keselamatan pekerja, pengurusan dan

pembangunan sumber manusia, fasiliti dan lain-lain.

vi) Risiko Projek Utama : Risiko-risiko yang dijangka sepanjang tempoh pelaksanaan

sesebuah projek bermula dari proses penyediaan kertas cadangan projek sehingga

projek tersebut siap dan diserahkan kepada pengguna. Melibatkan penilaian risiko

dari semua aspek yang perlu dalam pelaksanaan projek termasuk tenaga kerja,

kewangan, perundangan dan segala perancangan pelaksanaan projek.

Kebarangkalian

Menjelaskan tentang sesuatu keadaan luar jangka yang boleh memberi kesan positif atau

negatif dan boleh menjadi halangan kepada pencapaian objektif organisasi.

Menjelaskan aktiviti/proses/faktor yang menjadi punca sesuatu risiko

Kaedah yang telah dilaksanakan bagi mengawal risiko dari menjadi kenyataan (Contoh :

Pemantauan/ Peraturan/ Audit). Nyatakan 'Tiada' sekiranya belum ada kawalan yang

diamalkan.

Cadangan tambahan atau penambahbaikan kaedah kawalan yang difikirkan lebih efektif

daripada Kaedah Kawalan Sedia ada. (Contoh : Penguatkuasaan peraturan, semakan

semula prosedur).

Impak Risiko Menjelaskan kesan/ akibat yang dijangka sekiranya langkah kawalan tidak diambil

Tahap impak risiko kepada individu mahupun Universiti sekiranya risiko menjadi

kenyataan. (Rujuk Jadual 2 bagi menentukan skala tahap impak mengikut kategori).

Matrik Impak dengan mengambil kira faktor Kebarangkalian dan Penilaian Impak. Empat (4)

Tahap Impak Risiko ialah Rendah, Sederhana, Tinggi dan Ekstrem. (Dijana secara automatik

menggunakan formula. Penerangan tahap impak risiko seperti di Jadual 3.)

Pemilik Isu adalah merupakan Unit/Bahagian/Jabatan yang mengenalpasti dan melaporkan

risiko yang dijangka untuk didaftarkan di dalam Daftar Risiko.

Staf yang bertanggungjawab untuk memastikan kaedah kawalan tambahan yang

dicadangkan dilaksanakan.

Punca/Penyebab Risiko

Kaedah Kawalan Sedia ada

Kawalan tambahan yang

di cadangkan

Penilaian Impak

Tahap Impak Risiko

Pemilik Isu

Pemunya Tindakan

12

Tarikh didaftarkan

Tarikh dikemaskini

(dicadangkan

pemantauan setiap 6

bulan)Status Kawalan Risiko

Tarikh risiko mula didaftarkan di dalam daftar risiko

Tarikh selepas pemantauan tindakan dilaksanakan

Status terkini risiko setelah tindakan kawalan tambahan dilaksanakan

Page 62: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

JADUAL 1

Keterangan

1 JARANG

Sesuatu kejadian yang jarang berlaku - sekali

melebihi 3 tahun

2 KEMUNGKINAN RENDAH

Sesuatu kejadian yang rendah kemungkinan

berlaku - sekali dalam setiap 3 tahun

3ADA KEMUNGKINAN

Sesuatu kejadian yang mungkin berlaku -

sekali setahun

4 KEMUNGKINAN TINGGI

Sesuatu kejadian yang besar kemungkinan

berlaku - sekali setiap 6 bulan

5 HAMPIR PASTI

Sesuatu kejadian yang kerap/ hampir pasti

berlaku - sekali dalam sebulan

Jadual Indeks Kebarangkalian

Skala Penarafan

(Adaptasi dari Standards Australia Risk Management AS/NZS 4360:2004)

JADUAL 2

Impak Manusia Reputasi Kewangan Operasi

1

(Tiada

Kesan)

Kecederaan yang tidak

memerlukan rawatan/

tidak menjejas produktiviti

Aduan terpencil Implikasi kewangan sangat

rendah dan didalam ruang

kawalan pemunya risiko untuk

menguruskan secara dalaman

Tidak dapat beroperasi kurang

daripada 2 jam (<2 jam)

2

(Kecil)

mengalami kecederaan dan

memerlukan rawatan pesakit

luar/

menjejas produktiviti pada tahap

minimal

1-5 aduan daripada pemegang

kepentingan dan pelanggan.

Melibatkan implikasi kewangan

<10% daripada peruntukan

keseluruhan Pusat

Tanggungjawab

Tidak dapat beroperasi di antara 2

- 4 jam

3

(Sederhana)

Mengalami kecederaan dan perlu

dirawat di hospital (ditahan wad

< 4 hari)/

menjejas produktiviti pada tahap

proses kerja

6-10 aduan daripada pemegang

kepentingan dan pelanggan.

Melibatkan implikasi kewangan

10% hingga 25% daripada

peruntukan keseluruhan Pusat

Tanggungjawab

Tidak dapat beroperasi di antara 1

- 3 hari

4

(Besar)

Mengalami kecederaan dan perlu

dirawat di hospital (ditahan wad

> 4 hari)/

mengakibatkan penurunan

produktiviti pada peringkat

jabatan

Publisiti buruk dari akhbar

tempatan dan antarabangsa.

Melibatkan implikasi kewangan

25% hingga 50% daripada

peruntukan keseluruhan Pusat

Tanggungjawab

Tidak dapat beroperasi di antara 3

- 7 hari

5

(Sangat

Besar)

Kematian/

mengakibatkan penurunan

produktivi universiti

Publisiti sangat buruk dari akhbar

tempatan dan antarabangsa.

Melibatkan implikasi kewangan

>50% daripada peruntukan

keseluruhan Pusat

Tanggungjawab

Tidak dapat beroperasi melebihi 7

hari

Jadual Tahap Impak Mengikut Kategori

JADUAL 3

(Adaptasi dari Standards Australia Risk Management AS/NZS 4360:2004)

Tiada

kesan Kecil

Sederhan

a Besar

Sangat

Besar

TAHAP RISIKO SKALA PENERANGAN

1 2 3 4 5Ekstrem 13 - 25 Risiko sangat tinggi, pelan tindakan terperinci

diperlukan

Hampir Pasti 5 5 10 15 20 25Tinggi 8 - 12 Risiko tinggi, diberi perhatian oleh pengurusan

atasan agensi

Kemungkinan

tinggi 4 4 8 12 16 20

Sederhana 4 - 7 Risiko sederhana, diurus dan diberi perhatian

oleh pihak yang bertanggungjawab

Ada

kemungkinan 3 3 6 9 12 15

Rendah 1 - 3 Risiko rendah, diuruskan mengikut prosidur sedia

ada

Kemungkinan

rendah 2 2 4 6 8 10

Jarang 1 1 2 3 4 5

MATRIKS KEBARANGKALIAN DAN IMPAK

Page 63: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran 1.2: Carta Alir Aduan dan Maklumbalas Pelanggan.

TANGGUNG JAWAB

ALIRAN KERJA PROSES KERJA REKOD KUALTI

Mula

Ketua Bahagian/

Unit/

Memastikan adanya borang AMP tertentu dan juga kaedah tertentu untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelanggan. Melantik pegawai yang bertanggungjawab untuk menyelia aktiviti kaji selidik di bahagian/unit masing-masing

Borang AMP Surat Lantikan

Pegawai Yang Bertanggung

jawab

Sediakan dan pastikan peti cadangan dalam keadaan baik. Sediakan dan pastikan Borang AMP mencukupi. Rekodkan maklumbalas yang diperolehi ke dalam Borang AMP Kumpul Borang AMP Rekod dalam Borang Daftar Maklumbalas Aduan dan failkan dalam 1 salinan. Maklumkan kepada KB/ KU sekiranya ada aduan atau masalah yang di perolehi dari pelanggan.

Borang AMP Daftar Maklumbalas Aduan

Ketua Bahagian/

Unit/

Jika terdapat aduan atau masalah: Beri arahan bertulis kepada PYB untuk menyiasat aduan/masalah tersebut. Pastikan ada pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk menyiasat aduan/masalah tersebut dan mengenal pasti punca serta mencadangkan tindakan pembetulan/pencegahan. Sahkan Laporan Penyisatan.

Laporan Penyiasatan

Pegawai Yang Bertanggung

jawab

Hantar satu salinan ke UPQ bagi maklumkan tindakan kepada pengadu dengan memaparkan borang laporan penyiasatan yang telah lengkap di Petak Aduan dan Maklumbalas Pelanggan. Laksanakan aktiviti-aktiviti berikut:- a) jalankan kaji selidik b) buat analisa c) bincang dengan KB/KU untuk mengambil tindakan

pembetulan atau pencegahan berdasarkan hasil analisa d) rekodkan surat penghargaan yang diterima dari pihak luar

dan hantar 1 salinan ke Unit Kualiti setiap 3 bulan e) sediakan Laporan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan dan

1 salinan dihantar ke UPQ setiap 3 bulan

. Rekod Surat Penghargaan Laporan Aduan Maklumbalas Pelanggan

Felo Pengurusan Pelanggan

Terima Laporan Aduan Maklumbalas Pelanggan dan Laporan Rekod Surat Penghargaan dari setiap bahagian/unit. Sediakan Laporan Keseluruhan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan bagi memenuhi keperluan ISO.

Laporan Keseluruhan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan

Wakil Pengurusan

Semak Laporan Keseluruhan Aduan dan Maklumbalas Pelanggan. Tindakan penambahbaikan/pembetulan/ pencegahan dalam MKSP.

Tamat.

Page 64: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Carta Alir Sistem Atas Talian AMP

TANGGUNG JAWAB

ALIRAN KERJA PROSES KERJA REKOD KUALTI

Mula

Penyelaras Sistem

Semak Aduan

Penyelaras Sistem

Respon dalam masa 3 hari bekerja

Penyelaras Sistem

Siasat aduan untuk mendapatkan maklumat tambahan sekiranya perlu. Lengkapkan Borang Laporan Penyiasatan.

Borang Laporan Penyiasatan

Penyelaras Sistem

Ambil tindakan ke atas aduan

Penyelaras Sistem

Maklumkan tindakan yang telah diambil dan lengkapkan Borang Tindakan Pembetulan/ Pencegahan/ Penambahbaikan.

Borang Tindakan Pembetulan/ Pencegahan/ Penambahbaikan

Ketua Bahagian/

Unit/ Penyelaras

Sistem

Sahkan tindakan diambil dengan memasukkan nombor siri pada Borang Laporan Penyiasatan dan Borang Tindakan Pembetulan/ Pencegahan/ Penambahbaikan.

Borang Laporan Penyiasatan

Borang Tindakan Pembetulan/ Pencegahan/ Penambahbaikan.

Penyelaras Sistem

Sisih aduan ke bahagian/ unit yang berkenaan.

Tamat.

Terima

Tidak

Page 65: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran Kriteria 5

Lampiran 5.1: Sijil Penyertaan Training of Trainers Anjuran Malaysia Digital Economy

Corporation (MDEC).

Page 66: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran 5.2: Senarai Pemenang Anugerah Kecemerlangan Kelab, Persatuan dan Individu

UiTM Cawangan Kedah 2016.

Page 67: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran Kriteria 6

Lampiran 6.1: Surat pelawaan menandatangani MoU.

Page 68: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran Kriteria 7

Lampiran 7.1: Laporan Daftar Risiko PTJ.

Page 69: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran 7.2: Ringkasan Peratusan Laporan Melalui Borang AMP Bahagian/Unit Bagi

Tahun 2017 UiTMKDH.)

Page 70: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran 7.3: Gambar-gambar Hasil dari Penubuhan Kelab MCM

Page 71: LAPORAN ANUGERAH KUALITI NAIB CANSELOR (Universiti ... filelaporan anugerah kualiti naib canselor (universiti teknologi mara cawangan kedah) 2017 (bidang tumpuan: jaringan industri

Lampiran 7.4: Banner Car Boot Sale Anjuran KSUK.