Laporan Bengkel Big 2013

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Laporan Bengkel Big 2013

    1/4

    NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG P4.5 BIG

    1

    LAPORAN BENGKELETIKA PEMAKAIAN

    TAHUN 2013

    NAMA PELAJAR PPG : NURUL AKMA BINTI ABDUL RANIAMBILAN : JUN 2011SEMESTER : SEMESTER 5OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARANPERINGKAT : 3TARIKH : 25 JULAI 2013TEMPAT : SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

    LAPORAN REFLEKTIF:

    BENGKEL ETIKA PEMAKAIAN

    Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah ia disemai, dipupuk dan

    disuburkan ciri-ciri baik bagi pembentukkan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizikal

    yang sempurna.

    Bengkel Etika Pemakaian yang bertemakan Uniform Sekolah, Ko-Kurikulum dan

    Majlis Formal telah dipilih untuk menjayakan program ini. Bengkel ini adalah bertujuan

    untuk menekankan kepentingan etika pemakaian yang betul serta bersesuaian dengan

    situasi dan juga tempat.

    Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2013 yang lepas

    bertempat di SK Pendidikan Khas Kuantan. Bengkel ini disampaikan oleh Puan Intan

    Shahele Binti Abu Seman bagi kategori Uniform sekolah, Encik Mohd Imran Bin Hussin

    dengan tajuk uniform ko-kurikulum dan Puan Nurul Akma Binti Abdul Rani dengan tajuk

    pemakaian ke majlis formal. Bengkel ini disertai seramai 42 orang pelajar yang terdiri

    daripada pelajar tahap 2

  • 8/12/2019 Laporan Bengkel Big 2013

    2/4

    NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG P4.5 BIG

    2

    Rajah 1 dan 2 menunjukkan Pn. Intan Shahele sedang memberi penerangan

    berkaitan dengan etika pemakaian uniform sekolah

    Bengkel Etika Pemakaian ini adalah merupakan satu program yang berhasrat

    memperbaiki PELAJAR serta mempertingkatkan mutu dan prestasi pelajaran dari

    semasa ke semasa.

    Antara objektif yang telah dicapai sepanjang bengkel ini dilaksanakan ialah menambah,

    memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah ilmu pengetahuan di

    kalangan murid. Bengkel ini juga dapat melahirkan generasi yang terpelajar dan

    bertanggungjawab serta berdisplin, bersatu padu dan setia kepada Negara, malahandapat melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.

    Semua murid dapat mengetahui cara pemakaian yang sebenar melalui penerangan

    yang telah disampaikan. Selesai sesi penerangan, murid dibahagikan kepada 3

    kumpulan. Setiap ketua kumpulan diminta memilih satu gulungan kertas di dalam

    balang. Setiap gulungan kertas mengandungi perkataan yang tertulis uniform pengawas

    perempuan, baju melayu dan baju kurung. Murid diminta melukis dengan kreativiti

    masing-masing berdasarkan gulungan kertas yang diperolehi. Selama 1 jam yang

    diperuntukkan kepada semua murid untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi.

  • 8/12/2019 Laporan Bengkel Big 2013

    3/4

    NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG P4.5 BIG

    3

    Rajah 3 dan 4 menunjukkan semua murid berada dalam kumpulan masing-masing sebelum memulakan tugasan yang akan diperolehi.

    Hasil lukisan murid diadili oleh 3 orang guru yang berpengalaman dalam bidang seni

    iaitu Puan Lily Saliza, Puan Liza Abdullah dan Puan Juliawati Rani.

    Rajah 5 antara lukisan yang telah dihasilkan oleh murid dan diadili oleh 3 orangpengadil.

    Semua hadiah telah disampaikanoleh Puan Kamariah Binti M. Yusof, Guru Besar SK

    Pendidikan Khas Kuantan di Dataran Kejat. Bengkel ini diakhiri dengan sesi bergambar

    bersama dengan pemenang.

    Rajah 6 dan 7 Gurubesar sedang

    menyampaikan hadiahkepada pemenang.

  • 8/12/2019 Laporan Bengkel Big 2013

    4/4

    NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI 840708-11-5420 PPG P4.5 BIG

    4

    Rajah 8 Bergambar kenangan bersama-sama dengan pemenang.

    Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih baik dan

    mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Akhir kata, saya merakam setinggi-tinggi

    penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

    langsung sepanjang menjayakan bengkel ini.

    Disediakan oleh :

    Tandatangan Pelapor: :

    NAMA : NURUL AKMA BINTI ABDUL RANI

    JAWATAN : Pelajar PPG 5.5