4
SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) KEKUATAN: Sepanjang aktiviti lawatan di SK Kangkong Pasir Mas, banyak yang telah kami pelajari, antaranya ialah dari aspek ilmu mengenai kepimpinan dan pengurusan sekolah. Taklimat yang diberikan oleh Guru Besar berfokuskan topik tentang tiga aspek penting iaitu kepimpinan beliau dalam pentadbiran sekolah, cara bagaimana keadaan sekolah yang kondusif di wujudkan dan cara bagaimana beliau membentuk iklim sekolah yang mesra budaya. Melalui taklimat yang diberikan ini, secara langsung telah meningkatkan serba sedikit ilmu mengenai pentadbiran sekolah. Melalui taklimat ini juga kami mendapati Guru Besar, iaitu Encik Mhd Zain bin Hj merupakan seorang guru besar yang mengamalkan sikap peramah. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang guru, guru besar dan sebagai seseorang bekas mahasiswa dalam bidang pendidikan. Pengalaman yang dikongsikan adalah amat bermakna kepada para guru pelatih untuk dijadikan teladan dan motivasi untuk mengikuti jejak langkah yang sama dan berani menyahut cabaran serta memberikan sepenuh komitmen dalam profesion perguruan. Selain nilai peramah, kami juga mendapati murid-murid di sekolah tersebut telah mengamalkan nilai bersopan santun dan berdisiplin di mana mereka akan memberi salam dan bertegur sapa setiap kali bertemu dengan guru-guru. Sebagai seorang guru, kita harus bersikap peramah dan rendah diri dalam semua aspek dan sentiasa berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

Laporan BIG sem 5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan BIG Fasa 5

Citation preview

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

KEKUATAN:

Sepanjang aktiviti lawatan di SK Kangkong Pasir Mas, banyak yang telah kami pelajari, antaranya ialah dari aspek ilmu mengenai kepimpinan dan pengurusan sekolah. Taklimat yang diberikan oleh Guru Besar berfokuskan topik tentang tiga aspek penting iaitu kepimpinan beliau dalam pentadbiran sekolah, cara bagaimana keadaan sekolah yang kondusif di wujudkan dan cara bagaimana beliau membentuk iklim sekolah yang mesra budaya. Melalui taklimat yang diberikan ini, secara langsung telah meningkatkan serba sedikit ilmu mengenai pentadbiran sekolah.

Melalui taklimat ini juga kami mendapati Guru Besar, iaitu Encik Mhd Zain bin Hj merupakan seorang guru besar yang mengamalkan sikap peramah. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang guru, guru besar dan sebagai seseorang bekas mahasiswa dalam bidang pendidikan. Pengalaman yang dikongsikan adalah amat bermakna kepada para guru pelatih untuk dijadikan teladan dan motivasi untuk mengikuti jejak langkah yang sama dan berani menyahut cabaran serta memberikan sepenuh komitmen dalam profesion perguruan. Selain nilai peramah, kami juga mendapati murid-murid di sekolah tersebut telah mengamalkan nilai bersopan santun dan berdisiplin di mana mereka akan memberi salam dan bertegur sapa setiap kali bertemu dengan guru-guru. Sebagai seorang guru, kita harus bersikap peramah dan rendah diri dalam semua aspek dan sentiasa berdisiplin dengan mematuhi peraturan-peraturan sekolah.

KELEMAHAN:

Terdapat juga kelemahan yang wujud dalam aktiviti lawatan ini. Dari aspek peruntukan masa, masa yang diberikan adalah tidak mencukupi. Hal ini kerana 4 jam tidak cukup bagi kami untuk mendapatkan maklumat keseluruhan tentang SK Kangkong Pasir Mas yang berguna kepada kami. Oleh itu, kami mencadangkan supaya pihak IPG boleh memanjangkan lagi tempoh masa lawatan supaya kami boleh menjalankan aktiviti yang lebih banyak untuk memahami cara kepimpinan dan pentadbirannya yang lebih mendalam agar dapat kami aplikasikan pada masa kelak.

Di samping itu, kelemahan yang dilihat sepanjang aktiviti lawatan adalah kebanyakkan guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dan malu untuk bergaul dan bersosial dengan guru-guru di sekolah tersebut. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanya soalan kerana masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan maklumat daripada guru-guru di sekolah tersebut.

PELUANG :

Sesungguhnya, aktiviti lawatan ini banyak memberi peluang kepada kami untuk memperbaiki dan menilai diri kami sendiri. Sebagai contoh, aktiviti ini telah mengajar saya cara bergaul dan bekerjasama dengan orang lain. Ini kerana profession perguruan memang memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja dengan masyarakat yang pelbagai ragam dan perangai. Dan ini secara langsung telah merapatkan hubungan silaturahim antara kami dengan rakan-rakan lain dan juga mentor saya. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga memberi peluang kepada kami bagi mewujudkan hubungan yang mesra dengan pihak sekolah.

Lebih penting lagi, lawatan ini juga memberikan kami peluang untuk menimba ilmu daripada sekolah yang kami lawat tersebut. Maklumat yang kami perolehi akan membantu kami dan boleh diaplikasikan di sekolah kami pada masa akan datang serta akan memberikan manfaat yang berguna bukan sahaja kepada kami tetapi juga kepada pihak sekolah dan murid-murid kami pada masa kelak. Bukan setakat itu sahaja, saya juga berpeluang untuk menikmati pemandangan yang indah di sekitar SK Kangkong, Pasir Mas.

ANCAMAN :

Walaupun program BIG ini membawa banyak manfaat kepada kami semua, namun terdapat juga sedikit ancaman. Antaranya ialah cuaca yang panas semasa aktiviti melawat di sekitar kawasan sekolah. Cuaca panas ini menyebabkan segelintir guru pelatih berasa malas untuk melawat terutamanya bagi guru pelatih perempuan kerana takut terkena sinaran cahaya matahari.

PENUTUP

Keseluruhannya, program ini banyak memberi pengetahuan baharu yang berguna kepada kami sebagai bakal pendidik untuk menempuh alam persekolahan kelak. Harapan saya, agar pada masa hadapan, saya mampu dapat menjadi seorang guru yang mematuhi undang-undang dan berupaya untuk menjadikan sekolah saya sebagai sekolah harapan di Malaysia dengan menggunakan Sekolah Kebangsaan Kangkong, Pasir Mas Kelantan sebagai penanda aras. Diharapkan juga agar sekolah tersebut akan terus maju, cemerlang, gemilang dan terbilang di Malaysia dengan pencapaian guru, murid dan ibu bapa yang sememangnya memainkan peranan penting dalam menjadikan sebuah sekolah tersebut sebagai sekolah cemerlang.