14
LAPORAN MINGGU ANTI DENGGI SK JALAN MATANG BULUH TARIKH: 21 25 JULAI 2014 TEMPAT : SK JALAN MATANG BULUH AJJ “CARI , MUSNAH & CEGAH TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN: 25 JULAI 2014 LAPORAN MINGGU ANTI AEDES SKJMB 2014 1

laporan denggi sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan denggi sekolah

Citation preview

LAPORANMINGGUANTIDENGGISK JALANMATANG BULUH

TARIKH: 21 25 JULAI 2014tempat : sk jalan matang buluh

AJJ

CARI ,MUSNAH& CEGAH

TARIKH LAPORAN DISEDIAKAN: 25 JULAI 2014

LAPORAN AKTIVITI PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DENGGI

1.0 Pengenalan Program Kempen Minggu Anti Denggi adalah hasil kerjasama bersepadu semua guru dan murid untuk memastikan warga sekolah dan masyarakat setempat bebas dan selamat daripada serangan nyamuk aedes. Pihak sekolah berusaha untuk menerangkan punca dan bahaya denggi terhadap para pelajar, keluarga, masyarakat dan negara. Adalah diharapkan agar program Minggu Anti Denggi dapat mencapai sasarannya.

Minggu Anti Denggi ini merupakan program yang dirancang khas selama 5 hari untuk memberi maklumat, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah kepada semua pihak. Walaupun program seumpama ini julung kali diadakan, program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan.

. 2.0 Latar Belakang

2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah diadakan pada 18 Julai 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat SK Jalan Matang Buluh. Bertujuan melantik Ahli Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi Peringkat Sekolah. Seramai 15 orang guru terlibat dan menyuarat ini dipengerusikan oleh guru besar.

2.2Perhimpunan Khas Pendidikan Pencegahan Denggi diadakan di Dataran Kejat SKJMB. Semua murid terlibat. Perhimpunan ini bertujuan memberi penerangan kepada murid tentang aktiviti yang akan dijalankan sempena Minggu Anti Denggi. Di samping itu, murid-murid didedahkan tentang tanda dan gejala denggi, faktor penyumbang dan cara pencegahan denggi. Majlis Pelancaran Anti Denggi juga dijaya oleh Encik Othman bin Mohd. Saad, Guru Besar SKJMB.

2.3 Cari dan Musnah dilaksanakan semasa PJ mengikut jadual PdP. Murid-murid yang terlibat perlu mencari lokasi di kawasan sekolah yang berkemungkinan terdapat nyamuk terutamanya di air jernih dan memusnahkannya. Dengan cara ini murid melakukan praktikal mencari dan memusnahkan jentik-jentik, jika ada. Guru PJ bertindak sebagai fasilitator.

2.4 Cari , Musnah dan Cegah (CMC) Perdana diadakan pada hari Jumaat bermula 740 8.10 pagi. Setiap murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut lokasi . Guru mata pelajaran murid kelas tersebut bertindak sebagai fasilitator.Murid-murid mencari kawasan yang disyaki ada jentik-jentik dan memusnahkannya. Ubat Pembunuh Nyamuk dititik di kawasan yang disyaki untuk mencegah pembiakan denggi.

3.0 Huraian Penilaian

Berdasarkan maklumbalas murid, mereka lebih faham dan jelas tentang tempat-tempat pembiakan nyamuk dan bertindak memusnahkannya kerana mereka mempraktikan aktiviti tersebut. Mereka juga didedahkan tentang cara mencegah pembiakan nyamuk aedes.Murid juga menyedari tentang bahaya deman denggi dan mempelajari tanda dan gejala demam denggi. Adalah diharapkan murid-murid dapat menggunakan pengetahuan ini untuk diaplikasikan di kawasan perumahan masing-masing.

4.0 Pencapaian Aktiviti Secara keseluruhannya , kawasan sekolah lebih selamat dan bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes.

5.0 Kemajuan/Masalah Secara ringkas huraikan kemajuan/masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan aktiviti. 5.1 Murid mendapat pengetahuan tentang bahaya denggi 5.2 Murid mengetahuan tempat-tempat berisiko pembiakan denggi dan cara pencegahannya

6.0 Cadangan Cadangan untuk penambahbaikan. 6.1 Gotong-royong melibatkan ibu bapa 6.2 Gotong-royong melibatkan agensi luar6.3 Ceramah daripada Pejabat Kesihatan - aktiviti penambahbaikan ini sedang dirancang dan akan diadakan kemudian.

7.0 Gambar Aktiviti

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN Guru Besar sedang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan

PERHIMPUNAN KHAS PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI

Setiausaha Program sedang memberi taklimat tentang Minggu Anti Denggi

Ceramah Denggi oleh guru bertugas , Encik Azman bin Abdul Halim

Murid sedang kusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Replika Aedes

Guru memperincikan rupa bentuk aedes kepada murid-murid

Guru Besar merasmikan Kempen Anti Denggi SK Jalan Matang Buluh

Pendidikan Anti Denggi di Kelas Pra Sekolah

CARI DAN MUSNAH

Murid-murid bergotong royong semasa Pendidikan Jasmani

Murid Pra Sekolah turut dalam aktiviti cari dan musnah

CARI , MUSNAH DAN CEGAH (CMC) PERDANA

Taklimat Pembahagian Kumpulan CMC Perdana

Guru menuang Ubat Pembunuh Nyamuk sebagai usaha mencegah pembiakan nyamuk

Murid pra sekolah turut menyertai aktiviti CMC Perdana

Guru turut bekerjasama menjayakan program ini . 8.0 Penutup Semoga program yang dijalankan selama seminggu ini akan dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya jangkitan denggi dan kesan-kesannya. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk melahirkan insan yang sihat dan cergas serta dapat menimbulkan rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan negara. Pencegahan tempat pembiakan nyamuk aedes adalah tanggungjawab bersama.

DISEDIAKAN OLEH:

(NOR BAHIYAH BT MD RAFIDI)Setiausaha Jawatankasa Pengurusan Pendidikan Pencegahan Denggi

LAMPIRAN

LAPORAN MINGGU ANTI AEDES SKJMB 2014 13