8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA Lampiran 1B LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : DARYLLICHELLE DAYANG ANAK DINGGUN PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2012 NAMA SEKOLAH : SK ABANG HAJI MATAHIR, SARIKEI NAMA PROJEK/AKTIVITI : BEKAS PENSEL DIY TEMPOH PELAKSANAAN: 2 MINGGU RASIONAL: Memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas dengan aktiviti dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. OBJEKTIF : 1) Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid pendidikan khas. 2) Memberi peluang kepada murid merasai suasana membuat Bekas Pensil DIY. 3) Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti membuat Bekas Pensil DIY. 4) Menambah hasil kerja tangan murid pendidikan khas. STRATEGI PELAKSANAAN: 1) Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing. JUN 2012

Laporan Diy

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Laporan Projek Intership(DIY Pencil Case)

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

Lampiran 1BLAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : DARYLLICHELLE DAYANG ANAK DINGGUNPROGRAM : PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2012NAMA SEKOLAH : SK ABANG HAJI MATAHIR, SARIKEINAMA PROJEK/AKTIVITI : BEKAS PENSEL DIYTEMPOH PELAKSANAAN: 2 MINGGU

RASIONAL:

Memberi pendedahan kepada murid-murid pendidikan khas dengan aktiviti dalam

mata pelajaran Kemahiran Hidup.

OBJEKTIF :

1) Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid pendidikan khas.

2) Memberi peluang kepada murid merasai suasana membuat Bekas Pensil

DIY.

3) Meningkatkan penglibatan kanak-kanak dengan aktiviti membuat Bekas

Pensil DIY.

4) Menambah hasil kerja tangan murid pendidikan khas.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1) Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.

2) Beliau mencadangkan kepada saya untuk melaksanakan satu aktiviti yang

berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar iaitu Kemahiran Hidup.

3) Saya telah membuat kertas kerja dan disahkan oleh guru besar.

4) Tempoh dua minggu diberikan untuk saya mempersiapkan projek ini.

5) Saya perlu memastikan segala alatan yang digunakan dengan betul oleh

murid-murid.

JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

REFLEKSI:

1) Kekuatan Projek/Aktiviti :

Melalui projek ini, saya dapat mempelajari tugas seorang guru yang mengajar

murid-murid pendidikan khaskemahiran hidup kerana ini bukan suatu kerja yang

senang. Saya juga telah menitik beratkan keselamatan semasa projek ini dijalankan.

Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru

dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah

namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan

cadangan telah saya perolehi untuk menyiapkan projek membuat Bekas Pensel DIY

ini.

Murid-murid pendidikan khas juga dapat meningkatkan kreativiti mereka dalam

menghias bekas pensel. Dalam menghias bekas pensel, saya dapat melihat murid-

murid pendidikan khas mempunyai kreativiti sendiri sama seperti murid-murid

perdana.

2) Kelemahan Projek/Aktiviti :

Saya juga telah mendapati kelemahan sepanjang projek ini dijalankan. Salah satu

daripadanya adalah ketidakhadiran murid. Ketidakhadiran murid menyebabkan

projek ini tergendala seketika. Selain itu, aktiviti sekolah seperti sukan tahunan juga

menyebabkan projek ini tergendala.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, cadangan penambahbaikan adalah saya

perlu mengambil inisiatif sendiri dalam menyiapkan projek Bekas Pensel DIY ini.

Saya juga perlu merancang lebih awal projek ini agar projek ini dapat dijalnkan

seperti yang dirancang.

JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

KESIMPULAN :

Melalui projek Bekas Pensel DIY ini, saya mendapat banyak pengalaman dan

pengetahuan yang berharga. Selama tempoh ini, saya telah mengajar murid-murid

pendidikan khas menjahit. Dalam mengajar murid-murid pendidikan khas, ia

memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.

Diharapkan dengan terlaksananya projek Bekas Pensel DIY ini dapat meningkatkan penglibatan murid-murid dan guru-guru. Secara tidak langsung, diharapkan program ini dapat mencungkil kreativti murid-murid pendidikan khas. Apa yang lebih penting, program ini juga dapat memberikan pengalaman yang berguna serta mengintegrasikan kemahiran yang telah dipelajari oleh guru-guru pelatih. Semoga apa yang dihasrat dalam pelaksanaan program ini dapat terlaksana dan objektif yang disasarkan tercapai hendaknya seperti yang diharapkan.

JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

Gambar-gambar Pelaksanaan:

Murid-murid pendidikan khas menjahit kain felt

JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

Guru menunjukkan cara menjahit kain felt

JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

Menghias Bekas Pensel DIY

JUN 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN06000 JITRA

Bekas Pensel DIY

Disemak oleh Mentor

Catatan:

Tandatangan :Nama :Tarikh :

Disahkan oleh Guru Besar

Catatan:

Tandatangan :Nama :Tarikh :

JUN 2012