Click here to load reader
View
219
Download
0
Embed Size (px)
M u k a s u r a t |1
Laporan
External Trade In - house
Database Extraction System
( Sistem e - tide)
PEGAWAI BERTANGGUNGJAWAB
Nama : Muhammad Farid bin Abdul Muttalib
Jawatan : Penolong Pengarah
No. Telefon : 03-8872 3258
No. Faks : 03-8888 3798
E-mel : [email protected]
M u k a s u r a t |2
1. SEKSYEN 1: PENGENALAN PROJEK
1.1. Sinopsis projek
External Trade In-house Database Extraction System (Sistem e-tide) dibangunkan
secara dalaman bagi tujuan mewujudkan pengkalan data perdagangan luar
(barangan) yang komprehensif dan mampan dalam membantu analisa sektor luar
negara khususnya aliran eksport dan import Malaysia kepada / daripada pelbagai
negara. Sistem e-tide adalah signifikan kepada UPE, JPM bagi penggubalan dasar
luar negara kerana mampu memantau prestasi perdagangan luar secara terperinci
setanding dengan perisian yang digunakan agensi lain seperti Jabatan Perangkaan
Malaysia (DOSM) dan Malaysia External Trade Development Corporation
(MATRADE). Di samping itu, Sistem e-tide juga banyak membantu seksyen dalam
memudahkan penyediaan Laporan Bulanan Perangkaan Perdagangan Luar serta
penyediaan jawapan kepada soalan Parlimen kepada pihak pengurusan tertinggi
UPE, JPM.
Sistem e-tide memberikan impak signifikan kepada penjimatan masa dan kos,
peningkatan produktiviti kerja dan sistem yang mesra pengguna. Masa kerja dapat
disingkatkan, di samping penjimatan kos pembelian perisian yang seumpanya yang
dianggarkan boleh mencecah ratusan ribu ringgit. Produktiviti kerja meningkat susulan
daripada kecekapan pengkalan data ini. Sistem e-tide mudah digunakan dengan
perisian Microsoft Access dan Microsoft Excel yang difahami ramai. Sistem e-tide
adalah dinamik dan berpotensi untuk direplikasi kepada pelbagai jenis pengkalan data
di pelbagai tempat tanpa kos yang tinggi dan diperluaskan penggunaannya mengikut
kesesuaian.
M u k a s u r a t |3
2. SEKSYEN 2: BUTIRAN PROJEK
2.1. Objektif
Objektif utama Sistem e-tide dibangunkan adalah untuk:
menyediakan pengkalan data dan sistem analisa perdagangan luar
(datawarehouse & analysis tool) yang komprehensif, percuma dan mampan;
membuat analisa perubahan struktur serta trend kitaran (cyclical) perdagangan
luar negara;
membantu seksyen menyediakan Laporan Bulanan Prestasi Perdagangan Luar
Malaysia;
membantu seksyen dalam menyediakan jawapan kepada soalan Parlimen
terutamanya yang melibatkan perdagangan luar negara;
membantu menghasilkan unjuran pertumbuhan perdagangan luar ekonomi negara
yang berkualiti berdasarkan analisa data diperingkat mikro;
menganalisa impak perdagangan luar di peringkat mikro secara lebih terperinci
(jenis produk sehingga 9-digit kod SITC, Standard International Trade
Classification daripada semua negara); dan
membantu seksyen-seksyen di UPE, JPM mendapatkan data perdagangan luar
yang lebih terperinci dengan lebih cepat, tanpa perlu memohon kepada agensi
yang berkaitan.
2.2. Justifikasi / Rasional Pelaksanaan / Penghasilan Projek
Pada tahun 2012, UPE, JPM telah menandatangani perjanjian MOU dengan DOSM
bagi membolehkan UPE, JPM menerima parangkaan perdagangan luar (data penuh /
metadata) dalam format text.file bagi tujuan analisa data diperingkat mikro. Data
tersebut dihantar oleh DOSM secara bulanan melalui file transfer protocol (FTP)
menggunakan aplikasi WinSCP. Walau bagaimanapun, data penuh tersebut tidak
boleh lagi diguna pakai secara meluas oleh seksyen pada masa itu kerana:
terdapat limitasi dalam pemprosesan data dari segi pengetahuan teknikal, sumber
manusia (yang dibantu oleh Seksyen ICT pada masa tersebut), dan masa;
seksyen perlu bergantung kepada pihak ICT semata-mata dalam memproses data
yang kompleks dan memkan masa yang lama; dan
proses penyimpanan data yang tidak sempurna dan kurang efisien; dan
penggunaan perisian statistik seperti STATA dan Eviews yang kurang mesra
pengguna.
M u k a s u r a t |4
Bagi menangani isu dan kelemahan ini, pada tahun 2014, SEM telah mengambil
inisiatif dengan membangunkan Sistem e-tide bagi membantu pemprosesan data
penuh perangkaan perdagangan luar daripada format text.file kepada format dan
struktur yang lebih mudah difahami seperti Microsoft Access dan Microsoft Excel
sebelum disusun mengikut templet yang tertentu bagi memudahkan pengekstrakan
dan penganalisaan data.
Buat masa ini, Sistem e-tide berupaya melaksana pemprosesan data perdagangan
luar merangkumi 247 negara serta 13 rantau, berdasarkan 4 sektor utama serta 33
jenis produk utama secara bulanan bagi tempoh tahun 2000, 2005 dan 2010 sehingga
kini, seperti di tunjukkan di lampiran. Penghasilan data baru juga tidak terbatas kerana
Sistem e-tide ini juga boleh memproses data mengikut kumpulan (grouping) tertentu
seperti medical devices, aerospaces, building materials, akaun satelit ICT dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, Sistem e-tide ini belum boleh menganalisa data
import mengikut broad economic catagories (b.e.c) disebabkan perkongsian kod yang
terhad oleh DOSM. Sehubungan itu, Sistem e-tide masih boleh ditambah baik pada
masa hadapan apabila semua kod-kod tersebut diperoleh daripada DOSM. Justeru,
Sistem e-tide telah dibangunkan dengan mengambil kira kekuatan dan kekurangan
pengkalan data yang ada sebelum ini dan ia dijangka dapat memenuhi keperluan
semasa bagi perancangan pembangunan ekonomi negara khusus bagi sektor luar
negara.
Rasional pembangunan Sistem e-tide juga adalah selari dengan objektif utama dan
Pelan Strategik UPE, JPM, iaitu Merancang Secara Komprehensif Melalui
Penggubalan Dasar yang Efektif. Perancangan ekonomi negara perlu dilaksana
secara holistik, komprehensif dan efektif dengan mengambil kira penyediaan
pengkalan data yang efisyen dan mampan sekaligus dapat menghasilkan output yang
berkualiti, pantas, dengan nilai tambah yang tinggi, dengan kos yang minima. Secara
tidak langsung, ia dapat membantu Kerajaan menyediakan pelaksanaan dasar
ekonomi Malaysia khususnya sektor luar negara, ke arah mencapai status negara
maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
M u k a s u r a t |5
2.3. Deskripsi Projek
2.3.1. Fasa Pembangunan Sistem e-tide
Pembangunan Sistem e-tide terbahagi kepada beberapa fasa, melibatkan
kerjasama dengan beberapa agensi seperti DOSM dan MATRADE khususnya
dalam memberikan khidmat nasihat dan bimbingan teknikal. Di samping itu,
Seksyen Pengurusan Maklumat juga turut terlibat dalam membantu
membangunkan sistem ini.
i. Fasa 1: Menyediakan file tranfer protocol (FTP) bagi tujuan muat turun
data (WinSCP)
Selepas prestasi perangkaan perdagangan luar bulanan diterbitkan kepada
umum, kebiasaannya pada setiap awal bulan, data penuh akan di hantar oleh
DOSM kepada UPE, JPM. Data tersebut akan dihantar terus ke server UPE,
JPM melalui file tranfer protocol (FTP) menggunakan perisian WinSCP yang
disediakan oleh Seksyen Pengurusan Maklumat, seperti rajah di bawah.
Bagi memastikan keselamatan data tersebut terjamin, kata kunci khusus
digunakan bagi mengakses FTP tersebut. Seterusnya, data tersebut akan
dimuat turun ke dalam shared folder SEM sebelum diproses. Data tersebut
M u k a s u r a t |6
juga tidak akan disimpan di dalam server UPE, JPM kerana saiznya yang
agak besar iaitu hampir 2gb merangkumi lebih 1.5 juta row, yang terbahagi
kepada 22 jenis variable, daripada 163 digit karakter.
ii. Fasa 2: Membangunkan templet specs bagi memproses data penuh
text.file (Microsoft Access)
Langkah seterusnya adalah memproses data penuh berbentuk text.file yang
diperoleh daripada DOSM. Bagi membolehkan data penuh text.file mudah
dibaca, pembahagian kolum perlu dilakukan untuk menentukan variable yang
berkaitan berdasarkan rujukan kepada struktur data yang dikemukakan oleh
DOSM, seperti di Lampiran 5. Pada peringkat awal pembangunan sistem,
pembahagian kolum data penuh text.file ini dilaksanakan secara manual
melalui perisisan statistik E-views, seperti rajah di bawah.
Bagi tujuan ini, terdapat 55 kolum data penuh yang perlu ditentukan daripada
keseluruhan 163 karakter. Aktiviti ini terpaksa dilakukan secara manual pada
setiap bulan. Bagi memudahkan transformasi data penuh kepada format
yang mudah difahami ini dilakukan secara automatik, SEM telah
mengadakan kerjasama dengan DOSM bagi membangunkan templet
transformasi data penuh menggunakan Microsoft Acces. Menggunakan tool
M u k a s u r a t |7
specs, pembahagian kolum dilakukakan secara automatik dengan
menentukan pembahagi kolum mengikut struktur data yang dibekalkan
DOSM, seperti rajah di bawah.
Justeru, melalui kaedah ini, data penuh text.file akan diimport menggunakan
templet specs bagi menghasilkan data yang mudah dibaca berdasarkan
format Microsoft Acces tanpa melalui kaedah pembahagian manual melalui
perisian Eviews seperti se