Click here to load reader
View
10
Download
0
Embed Size (px)
2013
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM (TRACER STUDY)
SESI KELUARAN 2/2012 DAN 1/2013
KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM (TRACER STUDY) Dis, 2013
[ w w w . j t m . g o v . m y ]
2
ISI KANDUNGAN
RINGKASAN EKSEKUTIF 3
1.0 PENDAHULUAN 4
2.0 TUJUAN 5
2.1 Objektif Kajian 5
3.0 METODOLOGI 6
4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN 6
4.1 Maklumbalas Responden 7
4.1.1 Pecahan Graduan Mengikut Program Persijilan 9
4.1.2 Pecahan Graduan Mengikut Kursus 9
4.2 Tahap Kebolehkerjaan Keseluruhan Graduan ILJTM 10
4.2.1 Tahap Kebolehkerjaan Graduan JMTI dan ADTEC 10
4.2.2 Tahap Kebolehkerjaan Graduan ILP 12
4.3 Tahap Kebolehkerjaan Mengikut Wilayah 17
4.3.1 Tahap Kebolehkerjaan Graduan Wilayah Semenanjung 18
4.3.2 Tahap Kebolehkerjaan Graduan Wilayah Sabah 19
4.3.3 Tahap Kebolehkerjaan Graduan Wilayah Sarawak 19
4.4 Tahap Kebolehkerjaan Mengikut Bidang 20
4.4.1 Graduan ADTEC dan JMTI 20
4.4.2 Graduan ILP 22
4.5 Tahap Kebolehkerjaan Graduan Mengikut Jantina 23
4.6 Analisis Terhadap Responden Telah Bekerja 24
4.6.1 Jawatan Yang Disandang Oleh Graduan 25
4.6.2 Pendapatan Graduan 26
4.6.3 Adakah bekerja mengikut bidang yang dipelajari? 31
4.6.4 Adakah kemahiran dipelajari dapat digunakan dalam 31
pekerjaan sekarang?
4.6.5 Kaedah Graduan Mendapatkan Pekerjaan? 32
4.6.6 Sektor Pekerjaan Graduan 33
4.7 Analisis Terhadap Responden Yang Melanjutkan Pelajaran 34
4.7.1 Tempat Graduan Melanjutkan Pelajaran 34
4.7.2 Tahap Pengajian Yang Diambil 35
4.8 Analisis Terhadap Responden Yang Masih Mencari Pekerjaan 36
5.0 PERBANDINGAN STATUS KEBOLEHKERJAAN GRADUAN ILJTM MENGIKUT 38
PERATUSAN DARIPADA 2004 SEHINGGA 2014
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 38
6.1 Cadangan 39
GLOSARI 41
LAMPIRAN 1 – LAMPIRAN 5 42-54
KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM (TRACER STUDY) Dis, 2013
[ w w w . j t m . g o v . m y ]
3
RINGKASAN EKSEKUTIF
Kajian ini merupakan kajian tahunan yang dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan, Ibu Pejabat, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bagi mengesan dan mengukur
tahap kebolehkerjaan graduan, mengenalpasti kualiti graduan dari segi perkembangan
kerjaya dan impak graduan kepada sektor ekonomi. Laporan kaji selidik pada tahun ini
akan dianalisis dan dipecahkan mengikut 2 sesi keluaran yang berbeza iaitu sesi
keluaran Julai 2012 (2/2012) dan sesi keluaran Januari 2013 (1/2013). Laporan ini juga
akan dianalisis mengikut tahap pembelajaran iaitu peringkat Sijil, peringkat Diploma
dan peringkat Diploma Lanjutan.
Secara keseluruhannya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan bagi sesi 2/2012 dan
sesi 1/2013 adalah seramai 7,439 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,921
(80.34%) orang graduan keluaran sesi 2/2012 dan seramai 2,649 (69.66%) orang
graduan keluaran sesi 1/2013 telah mengemukakan maklumbalas. Maka jumlah
keseluruhan graduan yang mengemukakan maklumbalas adalah seramai 5,570 orang.
Hasil analisa daripada maklumbalas yang telah dikemukakan, kajian mendapati graduan
yang telah berjaya mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menamatkan latihan adalah
seramai 1,581 (54.13%) orang graduan bagi keluaran sesi 2/2012 manakala seramai
1130 (42.66%) orang graduan pula bagi keluaran sesi 1/2013. Untuk graduan yang
berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi pula, hasil kajian
mendapati seramai 749 (25.64%) orang graduan adalah daripada keluaran sesi 2/2012
dan seramai 606 (22.88%) orang graduan adalah daripada keluaran sesi 1/2013. Bagi
graduan yang masih mencari pekerjaan tetapi pernah menerima tawaran bekerja, hasil
kajian mendapati seramai 224 (7.67%) graduan keluaran sesi 2/2012 dan seramai 309
(11.66%) graduan keluaran sesi 1/2013. Manakala selebihnya adalah daripada graduan
yang masih mencari pekerjaan iaitu seramai 367 (12.56%) graduan keluaran sesi
2/2012 dan 604 (22.80%) graduan keluaran sesi 1/2013.
Namun begitu, masalah ‘employment mismatch’ juga harus diberi perhatian serius
kerana terdapat sebilangan graduan yang telah bekerja adalah di luar bidang kemahiran
mereka. Hasil kajian ini mendapati bahawa sebanyak 18.85% iaitu seramai 298 orang
KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM (TRACER STUDY) Dis, 2013
[ w w w . j t m . g o v . m y ]
4
graduan pada sesi keluaran 2/2012 dan sebanyak 18.94% iaitu seramai 214 orang
graduan pada sesi keluaran 1/2013 telah bekerja di luar bidang kemahiran mereka.
Graduan keluaran ADTEC pada sesi keluaran 2/2012 dan 1/2013 yang mengikuti
kursus Sijil Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang (Mekanikal) menunjukkan
peratusan tertinggi bekerja iaitu sebanyak 100.00%. Manakala bagi program di ILP sesi
keluaran 2/2012 dan 1/2013, kursus Sijil Teknologi Binaan (Berasaskan Kayu), Sijil
Teknologi Foundri dan Diploma Tek. Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.
Hasil kaji selidik ini diharapkan dapat membantu Institusi Latihan Jabatan Tenaga
Manusia (ILJTM) dan institusi latihan kemahiran yang lain untuk membuat penilaian
tentang keberkesanan latihan kemahiran dan seterusnya membuat perancangan ke arah
peningkatan kualiti graduan latihan kemahiran. Hasil laporan kaji selidik ini juga turut
memberikan gambaran sebenar tentang peranan graduan dalam memenuhi kehendak
pasaran buruh negara dalam pelbagai sektor ekonomi dan pekerjaan.
1.0 PENDAHULUAN.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JTM telah membangunkan Sistem
Atas Talian e-Kajian Pengesanan (Kebolehkerjaan) atau e-Tracer Study
(Employability) Online System (eTOS) (Lampiran 1) pada Oktober 2012 bagi kegunaan
CESS ILJTM dan BPP, Ibu Pejabat JTM. e-TOS digunakan bagi tujuan perlaksanaan
kajiselidik kebolehkerjaan secara online . Parameter dalam sistem ini terbahagi kepada 5
bahagian utama iaitu Maklumat Asas Pelajar, Maklumat Pengajian, Alamat Untuk
Dihubungi, Status Kebolehkerjaan dan Maklumat Konvokesyen. Parameter yang
terdapat dalam sistem ini dibangunkan dengan ringkas supaya ianya mudah difahami
dan mesra responden.
Melalui sistem online ini, graduan perlu mengisi data sendiri dan ini mempercepatkan
proses berbanding borang manual yang perlu diisi secara berperingkat oleh responden.
Selain itu, kadar kesilapan adalah rendah disebabkan kajiselidik yang berulang dapat
KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM (TRACER STUDY) Dis, 2013
[ w w w . j t m . g o v . m y ]
5
dielakkan kerana graduan akan memasukkan rekod mereka sendiri. Sistem e-TOS juga
membantu mengurangkan kos kertas, cetakan serta kos pengeposan.
Statistik-statistik yang diperolehi boleh dijadikan sebagai pengukur awal status
kebolehkerjaan graduan ILJTM pada masa akan datang. Hasil daripada kajian ini
diharapkan dapat membantu pihak pengurusan ILJTM dalam meningkatkan kualiti
latihan dan seterusnya memastikan setiap graduan keluaran ILJTM mendapat
kepercayaan dan keyakinan daripada pihak industri untuk mengambil mereka sebagai
pekerja.
2.0 TUJUAN
Laporan ini ditulis bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan tertinggi
ILJTM mengenai penemuan hasil daripada maklumbalas yang diterima daripada 5,570
orang graduan ILJTM keluaran sesi 2/2012 dan sesi 1/2013. Laporan ini akan mengulas
lebih lanjut mengenai objektif kajian yang dibuat serta metodologi yang telah dipilih
berdasarkan skop kajian. Penemuan-penemuan dan statistik yang terperinci akan
dilaporkan serta cadangan penambahbaikan. Laporan ini juga akan mengupas
penemuan-penemuan kajian yang dilakukan sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk
melihat perbandingan dan pencapaian kebolehkerjaan graduan ILJTM. Data-data
perbandingan ini boleh dijadikan kayu pengukur dan memberikan maklumat yang
berguna kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju latihan di ILJTM.
2.1 Objektif Kajian
Terdapat 4 objektif utama dalam kajian ini iaitu:
a) Untuk mendapatkan maklumat mengenai status pekerjaan graduan.
b) Untuk mengenal pasti permintaan pasaran terhadap graduan ILJTM.
c) Untuk mengenal pasti julat pendapatan yang diperolehi oleh graduan yang
telah bekerja.
d) Untuk mengenal pasti kesesuaian pekerjaan dengan bidang latihan
graduan.
KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM (TRACER STUDY) Dis, 2013
[ w w w . j t m . g o v . m y ]
6
3.0 METODOLOGI
Seramai 7,439 orang graduan telah dimaklumkan melalui institut masing-masing untuk
mengisi kajiselidik secara atas talian bagi s