LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK... [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN

  • View
    13

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN KAJI SELIDIK... [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM KONVOKESYEN

  • LAPORAN KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM SESI 2/2008 DAN SESI 1/2009

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jabatan Tenaga Manusia

    Kementerian Sumber Manusia

    DISEMBER 2009

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 1

    KANDUNGAN

    RINGKASAN EKSEKUTIF 1

    1.0 PENDAHULUAN 2

    1.1 Skop Kajian 2

    2.0 TUJUAN 3

    2.1 Objektif Kajian 3

    3.0 METODOLOGI 3

    4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN 4

    4.1 Maklumbalas Responden 4

    4.1.1 Pecahan Graduan Mengikut Program Persijilan 6

    4.1.2 Pecahan Graduan Mengikut Kursus 6

    4.2 Tahap ‘Employability’ Keseluruhan Graduan ILJTM 7

    4.3 Tahap ‘Employability’ Mengikut Bidang 10

    4.3.1 Graduan ADTEC dan JMTI 10

    4.3.2 Graduan ILP 11

    4.4 Tahap ‘Employability’ Graduan Mengikut Jantina 12

    4.5 Analisis Terhadap Responden Telah Bekerja 13

    4.5.1 Jawatan Yang Disandang Oleh Graduan 13

    4.5.2 Pendapatan Graduan 14

    4.5.3 Adakah bekerja mengikut bidang yang dipelajari 17

    4.5.4 Adakah kemahiran dipelajari dapat digunakan dalam 17

    pekerjaan sekarang

    4.5.5 Kaedah Graduan Mendapatkan Pekerjaan 18

    4.5.6 Sektor Pekerjaan Graduan 19

    4.6 Analisis Terhadap Responden Yang Melanjutkan Pelajaran 19

    4.6.1 Tempat Graduan Melanjutkan Pelajaran 19

    4.6.2 Tahap Pengajian Yang Diambil 20

    4.7 Analisis Terhadap Responden Yang Masih Mencari Pekerjaan 21

    5.0 PERBANDINGAN STATUS EMPLOYABILITY GRADUAN ILJTM MENGIKUT 21

    PERATUSAN DARIPADA 2004 SEHINGGA 2008

    6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 22

    6.1 Cadangan 22 GLOSARI 24

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 2

    LAMPIRAN 1 – LAMPIRAN 5

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Kajian ini merupakan kajian tahunan dijalankan pada setiap tahun, adalah untuk

    mengesan dan mengukur tahap ‘employability’ pelajar keluaran ILJTM. Secara

    keseluruhannya, pelajar yang berjaya menamatkan latihan bagi sesi 2/2008 dan sesi

    1/2009 adalah seramai 9,825 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 6,620 (67.4%)

    telah mengemukakan maklum balas. Hasil analisa daripada maklum balas yang

    dikemukakan mendapati 51% iaitu seramai 3,333 orang graduan ILJTM keluaran sesi

    2/2008 dan 1/2009 telah berjaya mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menamatkan

    latihan. Manakala, seramai 1,488 (22%) orang graduan lagi berjaya melanjutkan

    pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, selebihnya iaitu 1,799 (27%) graduan masih

    mencari pekerjaan pada masa kajian ini dijalankan. Namun begitu, masalah

    ‘employment mismatch’ juga harus diberi perhatian serius kerana terdapat sebilangan

    graduan yang telah bekerja, iaitu seramai 37.5% yang bekerja di luar bidang

    kemahiran mereka.

    Graduan keluaran ADTEC yang mengikuti kursus Diploma Lanjutan Teknologi

    Kejuruteraan (DLTK) Pembuatan dan DLTK Mekatronik menunjukkan peratusan tertinggi

    bekerja, masing-masing 100% dan 87.5%, dan graduan Sijil Teknologi Penyelenggaraan

    Kapal Terbang sebanyak 86.2%. Manakala bagi program di ILP, kursus Diploma

    Pengajar Vokasional (DPV) (Teknologi Binaan) dan (Instrumentasi) menunjukkan

    peratusan tertinggi bagi graduan diploma iaitu 100%, dan kursus sijil Rekabentuk Produk

    Industri adalah 71%. Walau bagaimanapun nilai ini hanyalah merujuk kepada sampel-

    sampel yang diperolehi daripada maklumbalas yang dikemukakan.

    Analisis juga dibuat untuk mengenalpasti kursus-kursus yang kurang mendapat

    sambutan, berdasarkan kepada peratusan graduan yang sedang mencari pekerjaan

    yang tertinggi, iaitu kursus Diploma Teknologi Binaan 21 orang (53.8%), kursus sijil dari ILP,

    iaitu Paip dan Sanitari 25 orang (52.1%) dan Binaan Bangunan 41 orang (48.8%).

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 3

    1.0 PENDAHULUAN.

    Borang soal selidik yang dibangunkan dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu

    maklumat graduan, maklumat kerjaya dan maklumat am. Parameter yang terdapat

    dalam borang soal selidik ini dibangunkan supaya ringkas dan mudah difahami dan

    diberikan maklumbalas oleh graduan. Borang soal selidik kemudiannya dihantar

    kepada semua graduan yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen ILJTM bagi tahun

    2009.

    Statistik-statistik yang diperolehi boleh dijadikan sebagai pengukur awal status

    ‘employability’ graduan ILJTM pada masa akan datang. Hasil daripada kajian ini

    diharapkan dapat membantu pihak pengurusan ILJTM dalam meningkatkan kualiti

    latihan dan seterusnya memastikan setiap graduan keluaran ILJTM mendapat

    kepercayaan dan keyakinan daripada pihak industri untuk mengambil mereka

    sebagai pekerja.

    1.1 Skop Kajian

    Bagi mendapatkan hasil maklum balas yang tinggi nilai pengesahan dan

    kebolehpercayaan, borang soal selidik telah diposkan kepada semua graduan

    keluaran 2/2008 dan sesi 1/2009 melalui surat jemputan konvokesyen 2009. Penentuan

    saiz sampel telah dibuat berdasarkan kepada empat aspek utama iaitu jenis kajian,

    jenis populasi, perbelanjaan dan skala pengukuran. Oleh kerana populasi ini adalah

    bersifat heterogenus iaitu mempunyai beberapa sub sampel seperti jantina, jumlah

    gaji, tempoh yang berbeza, maka saiz sampel yang besar adalah diperlukan. Jika

    merujuk kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), jumlah

    sampel sebanyak 4,950 (dengan keadaan ralat pensampelan 1% dan aras

    kebolehpercayaan 99%, aras kesignifikanan = 0.01) amat memadai untuk dibuat

    analisa. Oleh yang demikian, kesemua borang soal selidik yang diterima iaitu sebanyak

    6,620 responden daripada 26 buah ILJTM telah digunakan sebagai sampel kajian ini.

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 4

    2.0 TUJUAN Laporan ini ditulis bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan ILJTM

    mengenai penemuan hasil daripada maklum balas yang diterima daripada 6,620

    orang graduan ILJTM keluaran sesi 2/2008 dan sesi 1/2009. Laporan ini akan mengulas

    lebih lanjut mengenai objektif kajian yang dibuat serta metodologi yang telah dipilih

    berdasarkan skop kajian. Penemuan-penemuan dan statistik yang terperinci akan

    dilaporkan serta cadangan penambahbaikan. Laporan ini juga akan mengupas

    penemuan-penemuan kajian yang dilakukan sebelum ini. Hal ini bertujuan untuk

    melihat perbandingan dan pencapaian 'employability' graduan ILJTM. Data-data

    perbandingan ini boleh dijadikan kayu pengukur dan memberikan maklumat yang

    berguna kepada pihak pengurusan dalam menentukan hala tuju latihan di ILJTM.

    2.1 Objektif Kajian

    Terdapat 3 objektif utama dalam kajian ini iaitu;

    3.1 Untuk mendapatkan maklumat mengenai status pekerjaan graduan.

    3.2 Untuk mengenal pasti permintaan pasaran terhadap graduan ILJTM

    3.3 Untuk mengenal pasti kesesuaian pekerjaan dengan bidang latihan

    graduan.

    3.0 METODOLOGI

    Sebanyak 9,825 borang soal selidik telah diedarkan bersama surat jemputan

    menghadiri konvokesyen kepada semua graduan, yang yang melibatkan 25 buah

    ILJTM. Sehingga awal November 2008 sebanyak 6,620 borang soal selidik (67.4%) telah

    dikembalikan oleh graduan.

    Semua borang soal selidik yang diterima telah diproses dan dianalisis menggunakan

    perisian SPSS (Statistical for Social Scienes). Statistik yang dikeluarkan berdasarkan

    kajian daripada parameter dalam borang soal selidik tersebut. Soalan-soalan yang

    dikemukakan menjurus kepada objektif utama kajian seperti yang dinyatakan dalam

  • [ KAJI SELIDIK PENGESANAN GRADUAN ILJTM

    KONVOKESYEN TAHUN 2009 ] Dis, 2009

    Bhgn. Perancangan dan Penyelidikan, JTM 5

    laporan ini. Data-data yang diperolehi dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk

    jadual dan menggunakan pengukur-pengukur statistik yang sesuai bagi

    menggambarkan data-data tersebut.

    4.0 PENEMUAN DAN PERBINCANGAN

    Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS melalui kaedah

    frekuensi statistik. Dalam bab ini laporan akan membincangkan secara terperinci

    penemuan-penemuan tahap ‘employability’ graduan ILJTM keluaran sesi 2/2008 dan

    sesi 1/2009, sempena Majlis Konvokesyen ILJTM tahun 2009. Penemuan ini akan

    memberikan gambaran yang lebih jelas setiap program yang dijalankan di ILJTM.

    Selain daripada itu, ianya juga akan memudahkan pihak pengurusan menilai kualiti

    latihan yang dijalankan.

    4.1 Maklumbalas Responden

    Kajian yang dijalankan terhadap graduan keluaran sesi 2/2008 dan sesi 1/2009

    daripada 26 buah ILJTM telah berjaya mengumpul sebanyak 6,620 borang soal selidik.

    Responden terdiri daripada 4,790 (72.4%) graduan lelaki dan 1,830 (27.6%)