Laporan Kajian Tindakan Dayang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sss

Citation preview

1.0 PENDAHULUAN 1.1 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU/ REFLEKSI SOROTAN LITERATUR

Pengalaman 9 tahun mengajar murid Tahap 1, saya rasa pengalaman selama ini amat berharga buat saya. Perkara ini bermula dengan perubahan sukatan pelajaran KBSR 1985 yang mudah bagi murid-murid tahun 1 sehinggalah ke zaman era baru KSSR perubahan sukatan yang begitu ketara. Namun setiap kali di dalam kelas, ujian atau peperiksaan, murid yang bijak sering kali membuat kesilapan dan cuai dalam penggunaan huruf besar.

Seringkali menjadi persoalan saya, setiap kali para guru membuat latihan dan ujian bulanan adalah Salin semula ayat-ayat berikut dengan menggunakan tanda baca yang sesuai. Saya sering mendapati kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar secara tidak langsung telah mengurangkan markah kerana markah akan dipotong untuk setiap kesalahan tersebut setiap kali ujian diadakan.

Perkara ini telah terbukti setelah saya membuat analisa item soalan. Soalan-soalan yang banyak kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid adalah soalan salin semula ayat dengan menggunakan tanda baca dengan betul. Murid-murid menulis ayat tanpa penggunaan huruf besar sekurang-kurang di permulaan ayat dan nama khas, maka secara tidak langsung kehilangan markah yang amat ketara. Berdasarkan pemerhatian saya semasa pengajaran dan pembelajaran, punca utamanya ialah sikap murid yang menganggap bahawa penggunaan huruf besar tidak penting dan kurang faham akan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menggunakan teknik bulatan bagi membantu dan mengatasi masalah kurang pemahaman murid dengan penggunaan huruf besar.

2.0 ISU KEPRIHATIAN / FOKUS KAJIANSewaktu mata pelajaran Bahasa Melayu, saya mendapati murid-murid masih lagi lemah dan murid-murid yang pandai pun sering kali membuat kesalahan dalam penggunaan huruf besar, terutama dalam menulis jawapan kefahaman, menyalin ayat dengan tanda baca yang betul , menyusun semula ayat dengan urutan yang betul dan sebagainya. Sebagai seorang guru yang mengajar murid Tahun 3 Musytari saya dapat mengesan pencapaian mereka. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana penggunaan huruf besar amat penting dalam aktiviti penulisan. Peratus markah dalam subjek Bahasa Melayu nanti akan terjejas. Merujuk kepada Sukatan KBSR Bahasa Malaysia Tahun 3, setiap Rancangan Mingguan terdapat kemahiran menulis menitik beratkan tanda baca dan penggunaan huruf besar.Contoh: Pembelajaran Kemahiran Menulis.3.2 Menulis secara mekanis berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas.3.2.6-Menulis ayat majmuk dengan betul dan kemas.3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.3.3.3-Membina dan menulis jawapan dalam bentuk ayat mudah dengan betul berdasarkan soalan.3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.3.8.1 Mengeditkan perkataan dalam ayat daripada ejaan dan tanda baca.3.8.2 Mengeditkan dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda baca.Saya perlu membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman penggunaan huruf besar melalui Teknik Bulatan yang dirancangkan. Saya harus fikirkan sesuatu penilaian yang berfokus berdasakan kriteria yang kebolehtadbiran dan mempunyai kepentingan bagi membantu guru-guru dengan menggunakan Teknik Bulatan dapat menjadi model bagi guru-guru untuk mengatasi masalah murid tentang kelemahan mereka dalam kemahiran penggunaan huruf besar di sekolah nanti. Disamping itu, teknik bulatan juga mempunyai kawalan tentang penggunaannya dari segi kolaborasi dan diterima kerelevanan kepada pihak sekolah dari segi pencapaian prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN3.1 Objektif Umumi. Meningkatkan kemahiran dalam penguasaan kemahiran penggunaan huruf besar.

3.2 Objektif Khususi. Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan kata nama khas.ii. Mengukuhkan daya ingatan murid terhadap penggunaan huruf besar.dengan menggunakan Teknik Bulatan.

4 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid daripada Sekolah Kebangsaan Perpaduan, Ulu Kinta Perak. Kelas yang saya pilih untuk membuat kajian ini ialah kelas Tahun 3 Musytari yang terdiri daripada 25 orang murid , 12 orang perempuan dan 13 orang lelaki. .Mereka mempunyai pencapaian yang rendah ( kurang dari 40 markah ) dalam ujian bulan Mac yang lalu. Dalam analisis item soalan, kesalahan yang lebih ketara sekali yang dilakukan oleh murid-murid ialah penggunaan huruf besar dan tanda baca.

Saya mengambil keputusan untuk menggunakan Teknik Bulatan untuk mengatasi kelemahan murid-murid dalam penggunaan huruf besar. Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 3, sudah tentu ianya menjadi tanggungjawab saya untuk mengatasi masalah kelemahan murid-murid tentang penggunaan huruf besar dalam penulisan.

5 TINDAKAN5.1 PROSEDUR TINDAKAN Prosedur tindakan kajian yang saya akan buat berdasarkan pendapat Lewin (1946; 1948) merupakan orang pertama yang mewujudkan kodifikasi (codification) tentang prosedur menjalankan kajian tindakan. Beliau menyarankan prosedur itu sebagai mempunyai 4 peringkat utama, iaitu:i. Merancangii. Bertindakiii. Memerhati; daniv. MerefleksPeringkat seterusnya melibatkan pungutan fakta-fakta untuk memantau dan menilai intervensi itu, iaitu bertindak sebagai penialaian formatif.

Lewin (1948) menyatakan bahawa kesemua ini boleh diwujudkan sebagai satu proses gelungan (spiral) yangmengandungi perancangan, tindakan, pencarian fakta tentang hasil (outcome) tindakan yang diambil itu. Zuber-Skerritt (1996) menyarankan bahawa proses gelungan dalam kajian tindakan sebagai mempunyai i.perancangan strategik; ii. Melaksanakan pelam; iii. Memerhati, menilai dan menialai sendiri; iv. Refleksi kritikal dan refleksi sendiri ke atas keputusn (i) dan (iii) dan membuat keputusan tentang gelungan kajian seterusnya. McNiff (2002) mencadangkan 8 langkah dalam model kajian tindakan beliau, iaitu;i. Mengkaji semula amalan semasa (refleksi);ii. Mengenal pasti satu aspek yang hendak dikaji;iii. Membayangkan langkah seterusnya (merancang),iv. Mencuba tindakan/kaedah baru (melaksana),v. Memantau dan mereflek apa yang berlaku (memerhati);vi. Mengubah pelan berdasrkan apa yang telah dijumpai,apa yang berlaku dan meneruskannya.vii. Menilai tindakan yang telah diubah itu; danviii. Meneruskan sehingga anda berpuas hati dengan kerja anda (mengulangi gelungan).(McNiff, 2002)

5.2 Proses Kajian TindakanProses kajian tindakan oleh ditunjukkan sebagai gelung spiral iaitu satu isu akan menjadi asas kepada satu isu lain dan satu persoalan yang terjawab akan menjana persoalan-persoalan baru. Kajian Tindakan melibatkan gelung spiral yang bermula daripada proses mereflek, diikuti oleh proses merancang, bertindak dan memerhati. Setiap proses pula mempunyai aktiviti tertentu seperti yang digambarkan dalam Rajah 2.2.

TINJAUAN AWAL-Pengumpul awal data bagi mengesahkan isu/masalah sebenar-Mengenal pasti focus masalah yang menjadi keperihatianan

GELUNG 1

TERUSKANKE GELUNG SETERUSNYA(JIKA PERLU)

GELUNG 2

RAJAH 2.2 : PROSES KAJIAN TINDAKAN

5.3 Merancang dan Melaksanakan Tindakan5.3.1 Tinjauan Awal Masalah

Semasa membuat tinjauan awal, saya telah mengumpul data dan menggunakan beberapa instrument kajian. Ia bertujuan untuk mendapat gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping membantu saya memahami masalah yang telah dikenal dengan lebih mendalam. Sebelum merancang,saya perlu mengenalpasti masalah yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Saya boleh mengutip data dengan menggunakan pelbagai kaedah, contohnya dengan menggunakan soal selidik, menjalankan temubual, membuat pemerhatian, menjalankan ujian pra, membuat analisis dokumen ( hasil kerja murid, jadual kedatangan, rekod keputusan ujian//peperiksaan, rekod latar belakang murid dan sebagainya).Contoh:Saya telah membuat pemerhatian daripada pemeriksaan buku latihan murid, menganalisis markah Ujian Bulan Mac serta merta semasa menjalankan aktiviti dalam kelas, saya dapati latihan kerja salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar masih tidak dituliskan dengan betul. Mereka masih lagi keliru tentang penggunaan huruf besar. Contohnya: pak abu pergi kerja dengan menaiki kereta. Seharusnya murid-murid menulis ayat seperti ini. Pak Abu pergi kerja dengan menaiki kereta.Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat ini, saya membuat rumusan bahawa sesuatu pelu dilakukan terhadap murid-murid tahun 2 Musytari ini untuk membantu mereka memantapkan penulisan ayat khasnya penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka.

5.3.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah

Data yang telah dikumpul perlu dinalisis untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana masalah-masalah itu disenaraaaikan mengikut keutamaanya.

Antara masalah-masalah diberi keutamaan adalah seperti berikut:i. Masalah yang mengongkong kemajuan pembelajaran murid.ii. Masalah yang menjadi penghalang kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.iii. Masalah yang memerlukan tindakan penyelesaian segera.

Setelah masalah dikenal pasti, saya perlu membuat huraian dari data yang dianalisis dan persembahkan data dalam bentuk yang sesuai seperti jadual, carta dan sebagainya.

Contoh:

Berdasarkan Ujian Bulan Mac, buku latihan murid serta permerhatian saya di bilik darjah, saya dapati ramai murid tidak menulis ayat menggunakan huruf besar dengan betul. Berikut adalah analisis penulisan ayat mengikut format subject-verb agreement.Jadual 5.1: Analisis penulisan ayat menggunakan huruf besar mengikut format Subject-verb Agreement.NamaMenepatiTidak menepatiNamaMenepatiTidakmenepati

Murid 1xMurid 14x

Murid 2xMurid 15x

Murid 3xMurid 16x

Murid 4xMurid 17x

Murid 5xMurid 18x

Murid 6xMurid 19x

Murid 7xxMurid 20x

Murid 8xxMurid 21x

Murid 9xMurid 22x

Murid 10xMurid 23x

Murid 11xMurid 24x

Murid 12xMurid 25x

Murid 13x

Berdasarkan analisis di dalam Jadual 5.1 di atas, hanya 8 ( 32 % ) orang murid yang menjawab menepati menggunakan huruf besar dengan betul di dalam Ujian Mac dan Buku latihan. Agak menyedihkan apabila saya dapati seramai 17 orang ( 68% ) orang murid tidak menepati apa yang dikehendaki. Mungkin murid-murid ini tidak memahami dengan baik dan keliru dengan konsep subject-verb-agreement.

5.4 Merancang TindakanMerancang tindakan atau intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan merupakan proses merancang aktiviti-aktiviti intervensi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti sebagai fokus kajian saya.Bagi menentukan tindakan intervensi yang hendak dijalankan beberapa perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu:i. Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian.ii. Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti.iii. Mengenal pasti bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti.iv. Menyemak buku latihan untuk menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran berkenaan dan dicatat.v. Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian bagi menentukan keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan seperti ujian, soal selidik, temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya.vi. Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk mengesankan keberkesanannya.vii. Menyediakan borang soal selidik untuk diberikan kepada murid bagi mendapatkan jawapan yang tepat dan jujur.

5.4.1 Tindakan dan aktiviti yang dirancang

Tindakan yang dicadangkan ialah Teknik Bulatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia telah dirancang bagi menangani masalah murid-murid agar dapat mengingati cara penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat.Antara aktiviti tersebut ialah:i. Menggunakan Teknik Bulatan dalam melengkapkan ayat dengan menggunakan huruf besar.ii. Mengecam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat .iii. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang bertanda bulatan.iv. Menyediakan soalan-soalan yang berfokuskan kepada kemahiran yang lebih khusus dalam penggunaan huruf besar dalam ayat Bahasa Melayu.v. Mengadakan ujian pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mengenal pasti keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

5.4.2 Merancang Jadual Pelaksanaan KajianBilAktivitiTarikh Pelaksanaan

1.Mengenal pasti masalah dan pengumplan data11 Mac 2015

2.Menulis proposal Kajian12 Mac 2015

3.Merancang Tindakan (individu/panitia)18 Mac 2015

4.Melaksanakan tindakan-Aktiviti 123 Mac 2015

5.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam panitia)27 Mac 2015

6.Melaksanakan tindakan-Aktiviti 25 April 2015

7.Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 2(dalam panitia)8 April 2015

8.Melaksanakan tindakan-Aktiviti 310 April 2015

9Membincangkan masalah timbul dalam tindakan 3(dalam panitia)12 April 2015

10.Ujian untuk mengesan pencapaian murid15 Mei 2015

11.Refleksi Kajian20 Mei 2015

12.Menulis laporan Kajian21 Mel 2015

13Pembentangan dapatan kajian24 Mei 2015

6 CARA MENGUMPUL DATA

6.2 Kaedah Pengumpulan dataKajian tindakan memerlukan asas empirical yang kukuh untuk membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting. Dalam kajian tindakan, guru memungut data menggunakan instrument seperti berikut:1. Pra ujian / Ujian Pengesanan2. Soal selidik3. Temu bual4. Pemerhatian5. Ujian Selain daripada itu, data juga boleh diperoleh daripada Analisis Dokumen.

6.3 Pra Ujian /Ujian PengesananUntuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah saya akan membuat satu Pra Ujian untuk mengesan murid-murid yang lemah dalam kemahiran penggunaan huruf besar dalam penulisan, salin balik ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul kepada murid kelas 2 Musytari. Hasil daripada ujian itu nanti saya akan dapat mengenal pasti murid-murid yang bermasalah serius dalam penggunaan huruf besar.Aktiviti dijalankan seperti berikut:Item 1:1. Membaca ayat mudah dan lengkapkan dengan penggunaan huruf besar.2. Mengesam penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada ayat tersebut.3. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang bertanda bulatan.Item 21. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.2. Salin semula ayat dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai.( Huruf besar ditanda bulatan pada permulaan ayat sahaja ).Item 31. Membaca ayat-ayat mudah yang diberi tanpa huruf besar.2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempatyang sesuai. ( Huruf besar ditanda bulatan untuk memudahkan murid mengecam huruf besar)

6.4 Soal SelidikSoal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian terhadap keberkesanaan kajian tindakan. Soal Selidik ini mengandungi 5 item.

CONTOH SOAL SELIDIK:

Soalan Selidik Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Arahan: Tandakan (/) atau tulis ruang yang berkenaan.

1Pada tahun persekolahan yang lalu, adakah ibu bapa anda berbincangYaTidak

a) dengan guru Bahasa Malaysia berkenaan pembelajaran Bahasa Melayu?

b) dengan anda berkenaan masalah pembelajaran Bahasa Malaysia yang dihadapi ?

c) dengan anda tentang pencapaian Bahasa Malaysia anda ?

Bagi soalan 2 isikan ruang berkenaan berdasrkan skala berikut:

1. Tidak Pernah 2.Jarang 3. Kadang-Kadang 4. Selalu

2Di rumah, bapa sayaSkala

a) memastikan saya menyempurnakan kerja rumah bahasa Malaysia yang ditugaskan

b) menolong saya dalam kerja rumah jika saya menghadapi sebarang masalah.

c) memberi hadiah jika saya mendapatkan gred A dalam Bahasa Malaysia.

3Maklumat asas muridLelakiPerempuan

1. Jantina

2. Pencapaian Bahasa Melayu : Gred ABCD

Amat Amat

3.Pengetahuan dalam Bahasa Malysia:BaikBaikSederhanaLemah Lemah

a) Bapa

b) Ibu

4Taraf Pendidikan:SarjanaIjazahDiplomaSTPMSPM

a) Bapa

b) Ibu

5Pekerjaan:

a) Bapa ( )Kakitangan kerajaan ( ) Kakitangan swasta

( )Tiada pekerjaan ( )Lain-lain (nyatakan)

b) Ibu ( )Kakitangan kerajaan ( )Kakitangan swasta

( )Tiada pekerjaan ( )Lain-lain (nyatakan)

6.5 Temu Bual

Dalam kajian ini, saya telah menemu bual 3 orang responden yang petah bercakap. Dalam temu bual ini, soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan keberkesanan Teknik Bulatan yang dilaksanakan. Temubual ini dilaksanakan selepaskan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Contoh soalan temu bual adalah seperti berikut:(i) Apakah pandangan anda terhadap teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa mengajar dalam penulisan ayat denganmenggunakan huruf besar ?(ii) Adakah kamu rasa cara ini dapat membantu kamu menulis ayat dengan menggunakan huruf besar dengan betul ?(iii) Apakah cadangan kamu untuk membantu cikgu memperbaiki teknik bulatan yang cikgu gunakan semasa pengajaran tadi ?

Jadual 6.4: Teknik Utama Temu BualTeknik Temu BualCiri Utama

BerstrukturSoalan disediakan terlebih dahulu dan temu bual dilaksanakan secara formal

Separa BerstrukturCuma soalan utama disediakan. Soalan susulan berdasarkanjawapan informan.

Tidak BerstrukturTemu bual dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka. Hal ini bertujuan meneroka idea atau perasaan informan.

Untuk menjayakan sesi temu bual, panduan yang saya gunakan adalah seperti berikut: Tentukan keadaan/suasana yang selesa semasa temu bual. Pilih masa yang sesuai Bina hubungan (raport) dengan murid-murid. Sekiranya perlu, minta kebenaran murid-murid untuk merakamkan sesi temu bual. Berikan tempoh masa yang sesuai kepada murid-murid untuk menjawab.

6.6 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal.Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik. Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya bagaimana guru dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran.Teknik yang yang saya akan gunakan untuk memerhatikan tingkahlaku murid-murid iaitu melalui dua cara:a) Berstrukturb) Tidak Berstruktur

a) Pemerhatian Berstruktur

Dalam pemerhatian berstruktur aspek yang hendak diperhatikan dikenal pasti terlebih dahulu. Saya akan memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan set aktiviti yang telah dikenal pasti. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan menggunakan senarai semak seperti yang jelas ditunjukkan pada bab penganalisisan data.

b) Pemerhatian Tidak Berstruktur

Dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti.Saya perlu menentukan fokus pemerhatian. Fokus ini termasuk tingkah laku murid, body language semasa pengajaran dan pembelajaran seorang murid atau sekumpulan murid dan pergerakan dalam bilik darjah. Saya juga perlu menentukan tingakah laku murid yang ada kaitan dengan isu yang dikaji.Semasa menjalankan pemerhatian tidak berstruktur, saya boleh meneliti perkara-perkara seperti yang ditunjukkan pada Rajah 6.5 berikut:

PESERTA Subjek yang hendak diperhatikan termasuk umur, jantina,kelas dan sebagainya.Hubungan antara murid (akan, saudara dsb).Bilangan murid.

Rupa/bentuk latar seperti susunan kerusi meja,kedudukan murid,papan hitam, OHP,projector LCD

LATAR/ SETTINGSebab murid berkumpul.Matlamat anatara murid, sama ada selaras atau bercanggah

TUJUAN Apa yang dibuat?Apa pendorongnya ?Apa kegiatannya?Kadar/ kualiti pelakuanKesan

PERLAKUAN SOSIAL

KEKERAPANBila berlaku ?Berapa kali?Berulang atau tidak ?Mengapa berulang (suasana yang menyebabkannya berulangan) ?

& JANGKA

Kedudukan muridMeja guruPintu , tingkapPancaran matahari , dsb

LUKIS RAJAH

Rajah 6.5: Proses dalam Pemerhatian Tidak Berstruktur.6.7 UJIAN

Ujian merupakan kaedah yang digunakan untuk mengutip data bagi menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dalam kemahiran menulis yang dipelajari. Ujian boleh dijalankan secara lisan ataupun bertulis ( pada kertas Ujian ). Ujian digunakan untuk membandingkan prestasi murid sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program intervensi dijalankan.

Keputusan yang diperoleh daripada boleh ujian boleh menjadi satu indikator yang baik tentang pencapaian atau penguasaan terhadap sesuatu kemahiran atau pengetahuan yang telah diajar kepada murid.

7 DAPATAN /ANALISIS DAN INTERPRASI DATASetelah semua aktiviti mengikut item yang ditetapkan dijalankan, hasil dapatan saya peningkatan dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar amat memuaskan dan dapat mengurang kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar terutamanya untuk item 1, item 2 dan item 3.Murid yang seringkali membuat kesilapan dapat di atasi dengan penggunaan huruf besar ditanda bulatan dipermulaan ayat. Disamping itu saya telah membuat satu ujian pencapaian yang lain untuk mengesan sejauhmana keberkesanan aktiviti yang dijalankan.

Analisis Pencapaian adalah seperti berikut:MARKAHPENCAPAIAN

UJIANPENGESANANITEM 1ITEM 2ITEM 3UJIANPENCAPAIAN

20-1622 %100%100%96%95%

15-1022%0%4%4%2.5%

9 - 626%0%0%0%2.5%

5 - 030%0%0%0%0%

Pencapaian item dinilai melalui latihan terakhir.

7.2 ANALISIS DOKUMENPengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada guru kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada. Contoh dokumen yang boleh digunakan:i. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.ii. Rancangan Mengajar Harian.iii. Buku teks dan buku rujukaniv. Kertas peperiksaan dan ujian bulananv. Tugasan dan buku latihan murid.vi. Rekod pencapaian atau rekod adabvii. Minit mesyuarat Panitiaviii. Jadual Kedatangan Murid8 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYASaya akan mengekalkan kaedah Teknik Bulatan ini untuk pengajaran saya pada masa hadapan kerana teknik bulatan sangat berkesan dan paling mudah untuk mengajar kemahiran penggunaan huruf besar dalam penulisan ayat. Pendedahan awal awal adalah perlu supaya murid tidak menghadapi msalah bila berada di tahap dua nanti. Kaedah ini juga boleh mengingat daya ingatan murid dalam penggunaan huruf besar dan tanda baca dalam penulisan ayat.

9 REFLEKSI KAJIAN9.1 Penilaian Pencapaian PelajarKesemua aktiviti yang dirancangkan telah berjalan dengan lancar. Murid didapati lebih berkeyakinan diri dan juga telah menunjukkan minat dan peningkatan yang positif untuk belajar. Latihan latih tubi masih perlu menggunakan tanda bulatan pada huruf besar tanpa arahan daripada guru lagi. Di dalam Ujian Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1,2,3 dan 4, 2015) yang lalu, hanya 4 orang murid sahaja yang tidak menggunakan huruf besar pada permulaan ayat untuk soalan Bahagian C iaitu Salin semula ayat dibawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. 4 orang daripada murid tersebut adalah murid linus. Soalan ujian pertengahan dan akhir tahun disediakan oleh Majlis Guru Besar Daerah Kinta, Perak. Markah yang diperolehi oleh murid-murid tidak begitu cemerlang tetapi dapat membantu murid-murid yang lemah untuk mendapat gred B dan Gred C . Sekurang-kurangnya murid-murid mencapai gred lulus dalam ujian Bahasa Melayu.

9.2 Rumusan Pemerhatian

Sikap murid-murid yang kurang menumpukan perhatian , tidak ikut arahan dan tidak faham arahan , serta sikap tidak ambil berat, kurang keyakinan diri, cuai dan suka tergesa-gesa membuat latihan dan tanpa berfikir panjang akan melakukan kesilapan menggunakan huruf besar ditempat yang sepatutnya dapat dikurangkan. Sebagai seorang guru mata Pelajaran Bahasa Melayu, guru mata pelajaran dapat membantu pencapaian murid-murid untuk meningkatkan peratus kelulusan prestasi Bahasa Melayu. Kesemua program aktiviti yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke atas murid-murid tersebut. Saya bercadang akan meneruskan program ini dan membuat penambahbaikkan supaya dapat mengembangkan idea ini untuk guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu yang berada di sekolah yang sama mahupun sekolah yang berbeza.10.0 PENUTUPMatlamat Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M. Jadi adalah menjadi tanggungjwab kita untuk memikul amanah tersebut. Walaupun banyak kekangan masa dan bebanan tugas semakin bertambah sememangnya tidak dapat dielakkan. Sebagai seorang guru, kita buat semampu yang mungkin supaya semua murid dapat menguasai huruf besar selaras dengan visi dan misi pendidikan berkualiti dan selaras dengan Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.

BIBLOGRAFIAsmah Omar. (1991). Kemahiran berbahasa. Kuala Lumpur: Pustaka Antara. Buku latihan dan aktiviti bahasa Melayu Tahun 2, Dewan Bahasa dan PustakaBuku panduan pelaksanaan Program Pemulihan Khas.jabatan Pendidikan Khas.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, Unit Perkembangan Kurikulum Kementeian Malaysia,2003

Manual kajian Tindakan, Bahagaian Perancangan dan Penelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London: Routledge.

LAMPIRAN 1CONTOH: BORANG SKOR ITEM

SALIN SEMULA AYAT DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESARBILNAMAKEMAHIRAN MENULIS AYAT

UJIAN

1.11.21.31.41.5PENCAPAIAN

1AHMAD ASYRAF HAKIMI BIN M. NORULKHAKIM

2AMMAR BIN NAJMUDDIN

3MOHAMAD AIDIL ADHA BIN MOHAMAD SOBRI

4MOHAMAD NURHIDAYAT BIN MOHAMAD RIZAL

5MOHD ARIF ZAFRAN BIN MOHD SABRI

6MOHD MUSTAQIM BIN MOHAMAD

7MUHAMAD AIMAN BIN AZMI

8MUHAMMAD ABDUL RASYID BIN RUMLI

9MUHAMMAD AIDIL HAIKAL BIN ASRI

10MUHAMMAD ARIF HAIKAL BIN SHAHRUL AMER

11MUHAMMAD DANIEL HAKIM BIN HISHAM

12MUHAMMAD DANISH BIN IZAMRUL HELMI

13MUHAMMAD FARIS BIN PUZIL

14NOOR SHAMILA BINTI RAMLE

15NOR ELIYANA NATASHA BINTI KAMARUDIN

16NOR FARHANA NADHIRAH BINTI ROSLAN

17NUR AINA SYAHIRAH BINTI MOHD RADZI

18NUR AINNATASYA BINTI ABDUL WAHAB

19NUR ATHIRAH BINTI AZMAN

20NUR AZALIEYA EISHA BINTI SUKOR

21NUR AZLINA BINTI ZULKIFLI

22NUR FAIZATUL HUSNA BINTI MOHD ZAMRI

23NUR LIYANA BINTI MD NASER

24NUREEN AISYA MALISSA BINTI SURA PUTRA

25NURUL INSYIRAH BINTI MOHD ISMAIL

26

27

28

29

30

31

32

LAMPIRAN 2UJIAN PENGESANSalin semula ayat di bawah ini menggunakan huruf besar ditempat yang sesuai.

1. h ari a had yang lalu kami sekeluarga pergi ke p erlis.

2. a hmad dan a bu sedang bermain bola di padang.

3. e ncik i mran bekerja sebagai doktor...

4. b liau bertugas di h ospital k uala l umpur..

5. n ama kucing m aisara ialah s i p utih..

LAMPIRAN 3UJIAN PENCAPAIANNama : ..Kelas : Tahun 2 EffectiveItem 1:Salin semula ayat dibawah dengan tanda baca yang betul.

1. d atuk belikan saya basikal merah..

2. a hmad suka makan biskut rasa coklat.

3. n enek beli ikan dan sayur di pasar.

4. p ak c ik m an bekerja sebagai doktor gigi.

5. i bu masak kari ikan bawal.

(10 markah)LAMPIRAN 4Item 2:Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul.1. sudin johan acara lumba lari...

2. kakak siram pokok bunga ros...

3. ayah pergi ke kuala l umpur...

4. emak pergi ke pasar dengan adik..

5. a bu, a hmad dan b akar bermain bola sepak..

LAMPIRAN 5Item 3Salin semula petikan dengan huruf besar yang betul. i ni keluarga m ajid. e mak majid sedang mencuci pinggan mangkuk.k akak sedang memotong ikan dengan pisau.b apa mengangkat air dengan baldi.m ajid suka menolong emaknya menyapu sampah. a diknya pula sedang bermain anak patung.k eluarga m ajid hidup bahagia.

................................ (10 markah)