Upload
lia-nadeshiko
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/28/2019 Laporan Karnival Permainan Tradisonal 2013 Anjuran Tahun 3 Sains 1
1/5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KAMPUS PULAU PINANG,11700,BUKIT COOMBE,PULAU PINANG
LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISONAL
2013 ANJURAN TAHUN 3 SAINS 1
PJM 3112: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN
JASMANI DAN SUKAN
NAMA PELAJAR : AMEELIA NAZIRAH BINTI MOHD SHAFIEE
NO. K/P : 910908-08-5888
KUMP.AKADEMIK : PISMP T3 PENGAJIAN MELAYU
NAMA PENSYARAH : EN AZHAR BIN ZAKARIA
TUTOR PERIBADI : PN ARBAKYAH BT HASSAN
7/28/2019 Laporan Karnival Permainan Tradisonal 2013 Anjuran Tahun 3 Sains 1
2/5
LAPORAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISONAL 2013
ANJURAN TAHUN 3 SAINS 1
Pada tarikh 20 Februari 2013 sehingga bersamaan hari Rabu, satu penelitian
dan pemerhatian terhadap Karnival Permainan Tradisional 2013 Anjuran Tahun 3 Sains
1 telah dilakukan bagi mengenalpasti berkenaan pengurusan dengan pertandingan
permainan tradisonal yang telah dijalankan di samping untuk memenuhi tugasan yang
telah diberikan oleh pensyarah bagi subjek ini. Penelitian dan pemerhatian terhadap
pengurusan dan pengelolaan pertandingan permainan tradisional telah dijalankan pada
pukul 10.00 pagi di M-Square telah dilaksanakan ketika waktu kuliah bagi subjek mata
pelajaran PJM 3112.
Antara kelas yang telah terlibat dalam memberi kerjasama bagi membantu
menjayakan pertandingan tersebut adalah pelatih guru daripada kelas Tahun 3
Pengajian Sosial dan Tahun 3 Matematik 3 yang mana kesemua pelajar pelatih guru
bagi kedua-dua kelas ini merupakan peserta dalam menjayakan pertandingan tersebut.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada buku program, pertandingan tersebut
telah dijalankan pada seawal pukul 9.00 pagi dan diakhiri pada jam 3.00 petang.
Pengerusi Majlis yang telah berjaya menjayakan dan menceriakan suasana
pertandingan tersebut ialah Muhammad Hafizzi Siman.
Pertandingan permainan tradisional yang telah dijalankan ini mengandungi 9
jenis permainan tradisional yang terdiri daripada 4 jenis permainan dalaman dan 5 jenis
permainan luaran. Antara permainan dalaman yang telah dijalankan adalah terdiri
daripada congkak, ceper, baru seremban, dan baling getah. Manakala bagi permainan
luaran pula adalah terdiri daripada lari dalam guni, ketinting, bowling kelapa, tarik upih
dan gasing. Antara peralatan yang telah digunakan dalam pertandingan tersebut ialah
upih kelapa, guli, gasing, guni, kelapa muda, botol air, getah, congkak, tali, batu, tikar,
pita pelekat, dan beberapa peralatan lain yang telah digunakan bagi tujuan hiasan.
7/28/2019 Laporan Karnival Permainan Tradisonal 2013 Anjuran Tahun 3 Sains 1
3/5
Hiasan tempat di lokasi tempat pertandingan telah dilakukan dan dihias dengan
baik dan memuaskan. Pihak penganjur telah menggunakan buluh untuk menghiasi
pintu gerbang yang terletak di laluan kecil bersebelah dengan M-Square, serta
menggunakan beberapa sofa yang kelihatan ekslusif dengan susunan yang teratur bagi
menampakkan keceriaan karnival permainan tradisional tersebut. Tepak sirih dan
beberapa hiasan yang berunsur budaya tradisional melayu seperti corak-corak bunga
awan larat telah digunakan dan dilekatkan di sekitar kawasan pertandingan adalah
sangat menarik, ceria dan memuaskan.
Dari aspek keselamatan pula, pihak penganjur iaitu kelas sains 1 telah
menyediakan beberapa individu yang mengawasi setiap tapak permainan. Walaupun
begitu, keselamatan tidaklah begitu dititik beratkan kerana ketika waktu kemuncak
pertandingan dijalankan, misalnya lokasi permainan gasing, tiada pihak pemantau yang
memerhatikan pelatih guru ketika itu dan mereka diberikan kebebasan untuk bermain
tanpa melihat kepada aspek-aspek keselamatan yang telah ditetapkan.
Penambahbaikkan yang ingin saya cadangkan kepada pihak penganjur agar
dapat melaksanakan pertandingan yang lebih baik pada masa akan datang adalah
daripada aspek keselamatan dan pemantauan pihak yang terlibat. Hal ini kerana
berdasarkan pemerhatian saya aspek keselamatan kurang dititikberatkan danpemantauan pihak-pihak yang bertanggungjawab bagi lokasi-lokasi permainan tertentu
dijalankan namun bukanlah secara kerap.
Selain daripada itu, lokasi bagi permainan congkak juga tidak begitu strategik
dan adalah lebih baik sekiranya lokasi permainan congkak itu dipindahkan ke kawasan
yang berlantai di M-Square daripada kawasan berumput. Selain daripada itu, hiasan di
kawasan M-Square yang menggunakan Sofa yang agak eksklusif telah memakan
kawasan yang agak banyak yang mana kawasan tersebut juga boleh dijadikan sebagai
tempat bagi permainan dalaman seperti congkak.
Karnival Permainan Tradisional yang telah dianjurkan oleh kelas Tahun 3 Sains
1 telah dijalankan dengan baik dan teratur. Kerjasama daripada pelbagai pihak dalam
menjayakan pertandingan tersebut juga penyumbang kepada kejayaan dan kelancaran
7/28/2019 Laporan Karnival Permainan Tradisonal 2013 Anjuran Tahun 3 Sains 1
4/5
pertandingan tersebut. Penelitian dan pemerhatian yang telah dilakukan ini sedikit
sebanyak telah memberi gambaran kepada saya untuk melaksanakan pertandingan
permainan tradisional yang lebih baik pada masa akan datang. Peluang yang diberikan
untuk memantau pengurusan dan pengeloaan pertandingan ini membuka mata untuk
melihat aspek-aspek yang penting bagi menjamin kelancaran dan keselamatan
pertandingan yang dijalankan. Secara kesimpulannya, dapat diharapkan peluang
penelitian dan pemerhatian yang telah dijalankan dapat membantu saya untuk
melaksanakan satu bentuk pertandingan yang lebih baik pada masa yang akan datang.
Lokasi pertandingan permainan tradisional.
7/28/2019 Laporan Karnival Permainan Tradisonal 2013 Anjuran Tahun 3 Sains 1
5/5
Percubaan pertama kali bagi permainan bowling kelapa.
Permainan dalam guni yang digemari oleh kebanyakkan perserta.