5
Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014 LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIP NAMA PELAJAR : 1. Nur Syamera binti Mohammad Hizan 2. Nur Izzati binti Shuhaimi PROGRAM : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) NAMA SEKOLAH : Sekolah Kebangsaan Oran NAMA PROJEK / AKTIVITI : Program Keceriaan Surau Al-Ikhwan Sk Oran 2014 TEMPOH PELAKSANAAN : 16-23 Julai 2014 (18-25 Ramadhan 1435 Hijrah) OBJEKTIF : 1. Menceriakan surau sekolah. 2. Menambah bahan maklumat dan menghias surau. 3. Mewujudkan suasana kondusif untuk guru dan murid semasa menggunakan surau. STRATEGI PELAKSANAAN :

LAPORAN KECERIAAN SURAU

Embed Size (px)

DESCRIPTION

simple laporan utk sekolah

Citation preview

Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014

Laporan Projek Keceriaan Surau Al-Ikhwan SK Oran 2014

LAPORAN PELAKSANAAN INTERSHIPNAMA PELAJAR:1. Nur Syamera binti Mohammad Hizan2. Nur Izzati binti ShuhaimiPROGRAM:Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)NAMA SEKOLAH:Sekolah Kebangsaan OranNAMA PROJEK / AKTIVITI:Program Keceriaan Surau Al-Ikhwan Sk Oran 2014TEMPOH PELAKSANAAN:16-23 Julai 2014 (18-25 Ramadhan 1435 Hijrah)OBJEKTIF:1. Menceriakan surau sekolah.

2. Menambah bahan maklumat dan menghias surau.

3. Mewujudkan suasana kondusif untuk guru dan murid semasa menggunakan surau.STRATEGI PELAKSANAAN:1. Perbincangan dengan Guru Kanan Pentadbiran, Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru Penasihat Surau dan Mentor Berjumpa dan berbincang dengan guru kanan pentadbiran; Pn. Ruzaida bt Ahmad, ketua panitia Pendidikan Islam; Pn. Basitoh bt Mahmud, guru penasihat surau; Cik Noorhidayah bt Sabit dan mentor; Pn. Nafisah bt Awang untuk mendapatkan cadangan, idea serta maklumat yang diperlukan untuk menceriakan surau.

2. Menentukan sudut/tempat untuk dihias Menentukan sudut/tempat yang sesuai untuk dihias serta dicantikkan. Sudut/tempat yang dipilih kerana memudahkan murid untuk membaca informasi dengan mudah.

3. Membuat rekaan Selepas pemilihan tempat dilakukan, kami telah membuat kiraan terhadap saiz dan dinding yang perlu dihias. Selepas bahan dipilih, kami telah mencetak bahan tersebut dan laminatkannya.

4. Membuat kertas cadangan Kami membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua panitia Pendidikan Islam dan Guru Besar Sk Oran. Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang diperlukan berdasarkan anggaran perbelanjaan yang dibuat.

5. Menceriakan surau Kami menghias surau dengan pelbagai maklumat seperti asmaul husna, nama-nama malaikat, pesanan imam syafie, pesanan luqman hakim, kata-kata hikmah, rukun iman dan rukun islam, hadis-hadis dan lain-lain.

REFLEKSI:KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan guru-guru demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .

2. Menyediakan satu tempat beribadah dan menuntut ilmu yang ceria, selesa, dan kondusif untuk murid-murid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dalam keadaan yang baik. Selain itu, pelbagai ilmu mengenai agama Islam yang dilekatkan di surau dapat meningkatkan kesedaran semua tentang kewajipan kepada Allah.

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-murid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-pekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

4. Dalam proses menghias surau ini, kemahiran seni dan kreativiti amat diperlukan maka secara tidak langsung ia dapat mencungkil kreativiti dan kesenian kami guru pelatih.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI 1.Kerja kami selalu diganggu kerana projek ini dilaksanakan di surau. Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke surau untuk mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.

2.Memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan projek ini. Dari proses memilih bahan, melakar plan, mereka grafik dan sebagainya memerlukan ketabahan dan kesabaran.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN1. Membuat perancangan masa supaya lebih sistematik dan dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

2. Membuat jadual kerja berdasrkan tarikh-tarikh untuk menjalankan projek agar ianya menjadi licin dan tersusun mengikut jadual.

3. Menggunakan bahan-bahan yang mudah dan tidak kompleks.

KESIMPULAN:Melalui projek menceriakan surau ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan untuk menyiapkan sesuatu projek. Dengan selesainya projek ini, keadaan perpustakaan menjadi ceria, selesa dan lebih menarik minat murid-murid untuk belajar. Di samping itu, pelbagai informasi juga dapat memberi satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan memenuhi tanggungjawab kepada Allah.

Walaupun masa yang ditetapkan tidak banyak namun kami berjaya menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Oran dan rakan-rakan saya. Dengan itu, kami akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.