Upload
zueyra-zailan
View
120
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN DESA
BANDAR COUNTRY HOMES
48000 RAWANG
SELANGOR
LAPORAN DAN DOKUMENTASI
KEM KEPIMPINAN PENGAWAS
PADA: 12 – 14 APRIL 2012
DISEDIAKAN OLEH:
CIK.ZUHAIRAH BINTI ZAILAN
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Rasional 1
3.0 Objektif 1
4.0 Sasaran 2
5.0 Aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan 2
6.0 Impak 3
7.0 Penambahbaikan 4
8.0 Penutup 5
9.0 Laporan bergambar 5 - 8
LAPORAN KEM KEPIMPINAN PELAJAR
Nama Program: Kem Kepimpinan Pelajar
Tarikh: 12 – 14 April 2012 ( Khamis – Sabtu)
Tempat: Dr.Campsite, Kg.Lubuk Kelubi, Hulu Langat
1.0 PENDAHULUAN
Kem kepimpinan pengawas merupakan satu program yang direncanakan, bagi
membentuk imej dan identiti seorang pemimpin dalam diri setiap pengawas.
Justeru itu, program ini dirangka agar dapat melahirkan pengawas yang
berdisiplin, berkaliber, berdedikasi, berani dan bijak berkomunikasi, dengan
harapan mereka dapat membentuk integriti diri dan seterusnya menjadi contoh yang
baik kepada pelajar lain.
2.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan dalam
bidang kepimpinan dan mendedahkan para pengawas dengan maksud sebenar
pengawas dari segi kewibawaan, jati diri, kredibiliti dang tanggungjawab selaras
dengan kehendak kerajaan berdasarkan Teras dua didalam Pelan Induk
Pembangunan Pendidika iaitu membangunkan nilai insan dan berfokuskan kepada
perkara enam iaitu memperkukuhkan disiplin pelajar.
3.0 OBJEKTIF
Diharapkan, melalui program ini, para pengawas dapat:
a. Membina keyakinan dan menyedari bahawa mereka mempunyai potensi untuk
menjadi individu, pelajar dan pemimpin yang cemerlang.
b. Membentuk kemahiran interpersonal dan intrapersonal serta dapat
memantapkan kemahiran berkomunikasi.
c. Meningkatkan kemahiran bekerja dalam kumpulan, memupuk sifat kebersamaan
dan saling membantu dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.SASARAN
4.0 SASARAN
Sejumlah 120 orang pengawas sekolah
5.0 AKTIVITI – AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
Berikut adalah aktiviti – aktiviti yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut:
a. Kepimpinan: Fungsi, Peranan dan Tugas (Tanggungjawab Sebagai Pelajar dan
Pengawas).
Secara umumnya para pengawas telah mempunyai pengetahuan asas mengenai
fungsi, peranan dan tugas mereka, namun slot ini bertujuan untuk memantapkan
lagi kesemua aspek ini. Para pengawas akan diberikan latihan dalam kumpulan dan
setiap fungsi, peranan dan tugas akan dikupas dengan lebih teliti dan mendalam.
b. Pemimpin dan pengucapan umum
Sebagai seorang pemimpin, salah satu elemen penting adalah cara berkomunikasi
dan pembawakan interpersonal dan intrapersonal seseorang. Justeru itu, slot ini
akan membuka ruang bagi para pengawas untuk membuang jauh sifat segan dan
mengembangkan keyakinan untuk berhadapan dengan guru-guru dan rakan-rakan,
selain itu diharapkan para pengawas dapat mempelajari teknik mempengerusikan
majlis dan menguruskan sebarang acara di sekolah.
c. Penampilan diri dan komunikasi
Slot ini akan melibatkan aktiviti berkumpulan. Setiap kumpulan akan diminta untuk
melakonkan beberapa situasi pengurusan majlis. Selain penekanan diberikan kepada
komunikasi dan pengucapan umum, penampilan diri juga perlu ditekankan.
Pembawakan imej yang bersih akan menambahkan keyakinan diri pengawas
d. Kembara si buta (Blind trail)
Slot ini membawa para pelajar supaya mampu menggunakan semua deria yang ada
untuk menyelesaikan masalah, selain daripada menggunakan deria penglihatan yang
biasa digunakan. Selain itu, slot ini akan membawa pelajar supaya sentiasa bersikap
bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
e. Jungle trekking
Slot ini akan membawa para pengawas berjalan dan memerhatikan alam sekeliling.
Di sepanjang perjalanan para pengawas akan berhadapan beberapa halangan dan
cabaran yang secara tidak langsung akan memupuk sifat saling membantu dan
kebersamaa antara mereka.
6.0 IMPAK
Kem Kepimpinan Pengawas berjalan dengan lancar, para pengawas telah
didedahkan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat dalam bidang kepimpinan.
Moderator kem telah menitipkan pelbagai unsur kepimpinan, diantara yang menarik
ialah “Jika anda ingin memimpin, dan ingin menjadi pemimpin yang berjaya, mulalah
belajar untuk memimpin diri sendiri, lihat diri kita di dalam cermin dan tanya kepada
diri sendiri siapa anda dan apa yang telah dilakukan dan mampu anda lakukan” yang
mana secara tidak langsung telah membuka minda para pengawas untuk berfikir.
Secara umumnya kem ini telah memupuk sikap bertanggungjawab dan bekerjasama
diantara para pengawas.
7.0 PENAMBAHBAIKAN
a. Kelewatan bas berlaku disebabkan masalah teknikal dalam komunikasi diantara
guru dan pengusaha bas.
b. Kawasan kem yang agak besar menyebabkan pengusaha kem menjalankan kem
kem lain dari sekolah berlainan secara serentak menyebabkan pertindihan
penggunaan dewan makan.
8.0 PENUTUP
Secara keseluruhannya, perjalanan kem adalah lancar dan baik walaupun terdapat
beberapa kekangan kecil. Para pengawas dilihat semakin bermotivasi untuk bertugas
disekolah.
9.0 LAPORAN BERGAMBAR
9.1 Para pengawas sedang menjalankan aktiviti ice-breaking
9.2 Aktiviti blind trail
9.3 Para pengawas mendengar ceramah kepimpinan
9.4 Salah satu akiviti memupuk sikap bersatu-padu dalam diri pelajar
9.5 Aktiviti Spider-web dalam slot riadah petang