12
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 17 40200 SHAH ALAM LAPORAN LAWATAN GERM BUSTER KE SK SEKSYEN 17 2011

LAPORAN KESIHATAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

Page 1: LAPORAN KESIHATAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 1740200 SHAH ALAM

LAPORANLAWATAN GERM BUSTER

KE SK SEKSYEN 172011

Page 2: LAPORAN KESIHATAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 1740200 SHAH ALAM

CARTA ORGANISASI UNIT KESIHATAN2011

PENGERUSI :PN HAJJAH MAAH BINTI HJ ROSDIN (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI :PN HJH TUMINAH BT SHARIF (PK HEM) PN FUAZIAH BINTI HAMZAH (PK PENTADBIRAN) PN ROPIDAH BINTI IMAS (PK KOKO) EN BAHARUDIN B AYIP (PK PETANG)

AHLI JAWATANKUASA:

1. PN RABIATUL AISHAH BT AZAHAR2. PN ZURINA BINTI MOHD ISMAIL 3. PN HASNIZA BINTI AWANG4. PN NORASIKIN BT SHAMSUDDIN5. PN NORZALIZA BINTI SELAMAT

Page 3: LAPORAN KESIHATAN

Pengenalan

Unit Kesihatan adalah di bawah penyeliaan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, iaitu unit yang menguruskan kemudahan awam untuk murid yang sakit mendapat rawatan asas sebelum tindakan selanjutnya. Unit ini juga bertanggungjawab menyediakan dan menguruskan penggunaan bilik kesihatan untuk kemudahan murid.

Matlamat

Unit Kesihatan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran kepada murid tentang keperluan penggunaan bilik kesihatan semasa sakit dan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kepada murid tentang kepentingan kesihatan diri untuk menghadapi pelajaran di sekolah. Badan yang sihat dan cergas akan menjana minda yang lebih cerdas.

Objektif

1. Melahirkan insan yang mementingkan kesihatan dan kebersihan diri dan keluarga serta tempat tinggal dan juga sekolah.

2. Membentuk sikap berdisiplin dalam menjaga kesihatan dari segi pemakanan, pakaian, kawasan kediaman dan kawasan sekolah.

3. Memupuk semangat bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan diri, keluarga dan juga persekitaran tanpa mengira di mana mereka berada.

4. Memupuk daya pemikiran yang kreatif, efektif dan inovatif terhadap kesihatan dan kebersihan serta menanamkan budaya cintakan kebersihan dan kesihatan, “Badan Sihat, Minda Cerdas”.

Page 4: LAPORAN KESIHATAN

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KESIHATAN

2011

Bil Aktiviti Tarikh Catatan

01 Mesyuarat AJK induk Januari Merancang aktiviti tahunan seperti penyediaan buku-buku kesihatan dan kad-kad gigi untuk pemeriksaan, penyediaan murid untuk Kuiz Kesihatan.

02 Lawatan Pegawai Kesihatan Daerah

April Pemeriksaan kesihatan dan suntikan BCG untuk murid-murid Tahun 1 dan Tahun 6.

03 Menyediakan Rekod Pergigian

Januari Persediaan lawatan dan pemeriksaan Pegawai Pergigian Daerah.

04 Lawatan Pegawai Pergigian Daerah

Januari/Februari

Pemeriksaan dan rawatan pergigian murid Tahun 1 – Tahun 6.

05 Lawatan Pegawai Kesihatan MBSA

Sepanjang tahun

Pemeriksaan kawasan sekolah untuk memastikan tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes.

06 Ceramah kebersihan Germ Buster

Mei Ceramah kebersihan dan kesihatan bagi murid-murid sekolah dengan kerjasama kementerian kesihatan.

07 Kuiz Kesihatan Peringkat Daerah

Mei Peserta SK Seksyen 17 berjaya mendapat tempat ke-8 daripada keseluruhan peserta daerah Petaling Perdana.

08 Mengemaskini kad gigi dan buku kesihatan

November Menyimpan di dalam fail murid untuk simpanan dan edaran 2011.

09 Membersih dan mengemas katil

SepanjangTahun

Menukar cadar dan sarung bantal untuk kegunaan murid.

10 Pemantauan tempat pembiakan Aedes

Sepanjang Tahun

Memantau setiap kawasan sekolah supaya tiada tempat pembiakan nyamuk aedes.

Page 5: LAPORAN KESIHATAN

Masalah

1. Ketiadaan bilik kesihatan kerana bilik yang ada telah digunakan untuk bilik kelas. Ini menyukarkan penyimpanan kad-kad kesihatan dan kad-kad gigi. Selain itu, menyukarkan murid yang sakit sementara menunggu ibu bapa atau menjaga untuk tindakan selanjutnya.

2. Bilik kesihatan juga digunakan sebagai bilik serbaguna seperti sebagai bilik jamuan, bilik urus setia dan sebagainya semasa aktiviti sekolah.

Cadangan

1. Menyediakan sebuah bilik kesihatan yang khas dan khusus untuk kegunaan murid dan pegawai kesihatan semasa pemeriksaan kesihatan dan pergigian setiap tahun.

2. Memastikan pihak-pihak yang menggunakan bilik kesihatan menjaga dan mengemaskini semula bilik tersebut setelah digunakan.

Penutup

Unit Kesihatan sememangnya penting bagi sesebuah sekolah. Ia mewujudkan kemudahan asas kepada murid yang mengalami masalah kesihatan secara tiba-tiba di sekolah sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya. Semoga pihak sekolah akan terus member sokongan padu kepada unit Kesihatan demi kebaikan kepada murid. Semoga unit ini akan merancang dan menyelaras lebih banyak aktiviti pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

(PN RABIAATUL AISHAH AZAHAR)Ketua Unit KesihatanSK Seksyen 17, Shah Alam

Page 6: LAPORAN KESIHATAN

LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI SEKOLAHSEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 17, SHAH ALAM

TAHUN: 2011

PANITIA /UNIT

UNIT KESIHATANHEM/KOKU: HEM

TAJUK PROGRAM GERM BUSTER

LAPORAN i. ii.

iii.iv.v.

vi.

vii

LAMPIRAN

Tarikh: 12 JULAI 2011 Hari : SELASA Masa: 10:00PAGI-11:30PAGITempat : SK SEKSYEN 17 SHAH ALAM.Perasmi/Jemputan Khas : GURU BESAR SK SEKSYEN 17Kumpulan sasaran : PELAJAR-PELAJAR TAHUN 4 SKS 17Objektif : Murid dapat mengutamakan kesihatan diri untuk menghadapi pelajaran di sekolah.

Matlamat: Menyedarkan kepada murid tentang kepentingan kesihatan diri untuk menghadapi pelajaran di sekolah

Pengisian Program: Pasukan Germ Buster telah datang ke SK Seksyen 17 pada hari Selasa 12 Julai 2011. Pasukan ini sampai pada jam 9.30 pagi. Kemudian mereka menyediakan peralatan di dewan seloah. Jam 10 pagi, murid berkumpul di hadapan dewan sekolah untuk masuk ke dalam dewan. Ceramah ini telah di kendalikan oleh Pn. Wan Nor Aisah sebagai pengerusi majlis. Pasukan Germ Buster telah memperkenalkan diri mereka kepada pelajar-pelajar tahun empat. Pelajar- pelajar tahun empat telah didedahkan cara yang betul membasuh tangan. Kemudian pelajar-pelajar didedahkan cara memilih makanan yang elok dan bersih. Selain itu juga pelajar-pelajar diberi tips apa yang perlu dibuat jika berlaku sakit perut atau keracunan makanan. Di akhir ceramah, pelajar-pelajar ini diberi beberapa soalan dan telah diberikan ganjaran. Pelajar-pelajar juga diberi sagu hati sebelum balik semula ke kelas masing-masing.

-Brosur-Gambar

IMPAK 1.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. …………………………….. …………………………….(RABIAATUL AISHAH AZAHAR)K/Panitia/SU/ AJK GPK 1/GPK HEM/GPK KOKU GURU BESAR

Page 7: LAPORAN KESIHATAN
Page 8: LAPORAN KESIHATAN
Page 9: LAPORAN KESIHATAN