10
Laporan Kursus LMCK 2711 January 6 2016 Muhammad Emir Nuqman bin Mohd Marizan A150484

Laporan Kursus LMCK 2711 - · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan

  • Upload
    vancong

  • View
    267

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan

Laporan Kursus LMCK 2711

January 6

2016 Muhammad Emir Nuqman bin Mohd Marizan A150484

Page 2: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan

Muhammad Emir Nuqman bin Mohd Marizan

A150484

Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan Industri/2

Pada sabtu yang lepas (12 Disember 2015), telah diadakan satu program yang

bersejarah bagi pelajar yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Kuala

Lumpur iaitu Program Jom Bebas Denggi @ KTSN. Program ini merupakan satu inisiatif

dari pihak pentadbiran Kolej Tun Syed Nasir bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk

Aedes dikawasan sekitar kolej lantaran peningkatan kes demam denggi dari kalangan pelajar

UKMKL di samping memberi pendidikan kesihatan mengenai nyamuk Aedes dan demam

denggi kepada pelajar.

Program bermula seawal 9 pagi yang turut dihadiri oleh Prof.Dr Baharuddin bin Hj

Omar selaku Dekan Fakulti Sains Kesihatan yang turut menyokong program ini dijalankan di

Kolej Kediaman Tun Syed Nasir. Program pada pagi itu dirasmikan oleh Prof Dr Rosslee

Rajikan yang merupakan pensyarah merangkap pengetua Kolej Rahim Kajai. Beliau

menyokong sepenuhnya program ini kerana “ia merupakan pertama kali program sebegini

dijalankan di UKM” katanya didalam ucapan perasmiannya pagi itu.

Penghuni Kolej Tun Syed Nasir sama ada yang yang menetap di Kolej 1 mahupun

Plaza Rahkemudiannya didedahkan dengan ilmu berkaitan nyamuk Aedes iaitu cara

pembiakan,tempoh pembiakan,tempat yang sering menjadi tumpuan nyamuk,maklumat

berkaitan denggi dan sebagainya. Maklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes

telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan

Malaysia dan juga wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Titiwangsa.

Seusai daripada ceramah berkaitan demam denggi dan nyamuk Aedes, program

diteruskan dengan slot “Training of Trainer” (TOT) yang di ketuai oleh sebuah NGO dikenali

sebagai “Area monitoring team” (AMT).Merupakan sebuah NGO yang aktif

memperkenalkan teknologi membasmi denggi dan membantu kominiti di serata dalam

membasmi isu demam denggi. Pada hari tersebut satu „Skuad Bebas Denggi‟ telah

ditubuhkan di bawah Kolej Tun Syed Nasir, di mana skuad ini akan bertugas setiap hujung

minggu di sekitar kawasan kolej bagi memeriksa dan membasmi kawasan pembiakan

nyamuk yang telah dikenalpasti. Di dalam slot “Training of Trainer” TOT, skuad telah

Page 3: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan

didedahkan dengan teknologi yang telah dicipta untuk membunuh larva nyamuk aedes

dengan menggunakan “Ovitrap” dan “Mousticide” iaitu sekam padi yang dicampur dengan

bahan kimia. Teknologi ini juga merupakan sebahagian daripada kajian yang dilakukan oleh

pelajar siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Di hari kejadian saya bertugas sebagai sekretariat jamuan yang menguruskanhal

berkaitan jamuan kepada tetamu yang hadir dan para pelajar yang menyertai program

tersebut. Bersyukur kepada Allah kerana majlis berlansung dengan jayanya walaupun ada

beberapa masalah yang takdapat dielakkan kerana program ini hanya dirancang selama 2

minggu sahaja. Saya turut dibantu oleh 5 orang ahli jawatankuasa yag merupakn pelajar dari

kursus LMCK . Makanan yang disediakan pada hari program adalah untuk seramai 800 orang

pelajar.

Apa yang saya peroleh didalam program ini adalah cara menguruskan organisasi, ini

merupakan kali pertama saya diamanahkan untuk menjadi secretariat jamuan. Saya dapat

belajar untuk berkomunikasi dengan pihak bertanggungjawwab seperti pihak kafeteria dalam

menguruskan hal-hal berkaitan jamuan. Saya juga belajar untuk mengatur atau mengagihkan

kerja kepada ahli jawatankuasa saya untuk melancarkan lagi pergerakan kerja pada hari

kejadian. Ini dapat meningkatkan kemahiran sosial saya bersama masyarakat selain daripada

rakan kuliah. Antara aktiviti yang dilakukan oleh secretariat jamuan adalah pengagihan

makanan kepada masyarakat kolej. Saya merasakan ini adalah aktiviti sosial yang baik kerana

saya dapat menurunkan ego dengan membantu mencedokkan nasi dan lauk kepada para

pelajar sambil berinteraksi bersama mereka.

Apa yang saya dapat lihat melalui program ini, kebersihan alam sekitar amat

memberi impak yang besar terhadap kesihatan masyarakat sekeliling. Mana tidaknya, hanya

dengan sebungkus plastic bungkusan roti dapat membiakkan 300 biji telur nyamuk Aedes.

Selaku mahasiswa, amatlah penting bagi saya untuk menyampaikan mesej berkaitan

kebersihan ini kepada masyarakat di luar kerana kebanyakan mereka masih tiada kesedaran

mengenai kebersihan alam sekitar dan impaknya terhadap kesihatan.

Sebagai kesimpulan, saya berharap agar program yang bermanfaat seperti dapat

dijalankan di setiap kolej kediaman Univesiti Kebangsaan Malaysia dan diteruskan di

peringkat masyarakat diluar supaya maklumat in dapat disampaikan kepada setiap lapisan

umur.

Page 4: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan
Page 5: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan
Page 6: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan
Page 7: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan
Page 8: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan
Page 9: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan
Page 10: Laporan Kursus LMCK 2711 -   · PDF fileMaklumat berkaitan demam denggi dan nyamuk aedes telah disampaikan oleh Prof. Hidayatul selaku pensyarah entomologi Universiti Kebangsaan

Permohonan maaf,

Assalamualaikum Dr Rohi, saya ingin memohon maaf kerana lambat menghantar

laporan ini. Sejujurnya, saya tidak sedar dan tidak mengenai peringatan Dr di Ifolio sebelum

ini dan tugas ini sudah lama disiapkan . Saya berharap agar Dr dapat memaafkan saya, dan

berjanji tidak mengulangi kesalahan ini.

Emir Nuqman

EVH/2