Upload
others
View
19
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN LAWATAN INDUSTRI DAN LAWATAN BALAS KE UNIVERSITI MALAYSIA
PAHANG (UMP)
Tarikh : 27 – 28 Oktober 2017
Tempat : 1) Nova Holistik Organic Trigona Farm, Segamat
2) TT Electronics, Kuantan
3) Universiti Malaysia Pahang (UMP)
4) Pantai Teluk Cempedak
Pada 27 Oktober 2017, seramai 62 orang ahli Kelab Pengeluaran dan Operasi
(PROPC) telah berjaya melibatkan diri
sebagai peserta ke lawatan industri dan
lawatan balas ke UMP termasuk dua
orang pensyarah pengiring iaitu Dr.
Fadillah Binti Ismail selaku penasihat
Kelab Prop-C dan Encik Juzaimi Bin
Nasuredin. Peserta dan pensyarah
pengiring berkumpul jam 3.30 pagi dan
bertolak ke Nova Holistik Organic Trigona
Farm, Segamat pada jam 4.00 pagi.
Bergambar bersama di DTMI sebelum bergerak
Tiba pada jam 8.00 pagi dan lawatan ini dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Encik
Faris. Taklimat ringkas adalah pengenalan mengenai tubuhnya Nova Holistik Organic
Trigona Farm yang merupakan sebuah
ladang ternakan lebah kelulut yang
ditubuhkan oleh pengasasnya iaitu En.Mohd
Faizzall Chai Bin Abdullah pada tahun 2015.
Kami dibawa melawat ke ladang lebah kelulut
dan diberikan taklimat mengenai cara
menternak lebah kelulut dan cara
menghasilkan madunya. NHOTF menternak
lebah kelulut secara komersial dan menjual
Tiba di Nova Holistik Organis Tigona Farm hasil ternakan ini seperti madu dan propolis.
Sesi mendengar taklimat, lawatan ke nursery dan lebah kelulut.
Pada jam 12.00 tengah hari, selesai
makan tengah hari, kami bertolak ke Kuantan
untuk lawatan industri ke TT Electronics. Tiba
pada jam 4.00 petang dan kami disambut oleh
Encik Mohd Fauzi Bin Hj Mahmud selaku direktor
operasi di syarikat itu. Taklimat ringkas mengenai
syarikat ini telah diberikan oleh beliau. TT
Elecronics adalah di bawah BI Technologies
Corporation Sdn Bhd.
Encik Fauzi memberi penerangan mengenai TT Electronics
Lean production di TT Electronics
Syarikat ini membekalkan komponen magnet, potensiometer, pemangkas,
menghubungi dan tidak menghubungi sensor automotif dan perindustrian serta
perhimpunan mikroelektrik hibrid untuk perniagaan utama di dunia. Setelah 45 minit taklimat
ringkas diberi, Encik Mohd Fauzi dan krewnya membawa kami melawat ke dalam bahagian
pengeluaran dan operasi. Kami diberi penerangan mengenai proses pembuatan komponen-
komponen yang dihasilkan di antaranya komponen untuk kapal terbang. Pada jam 5.30
petang, pihak syarikat menyediakan jamuan ringan dan sesi bergambar.
Sesi bergambar bersama wakil TT Electronics sebelum bergerak ke UMP
Pada jam 6.30 petang,
kami bertolak ke Universiti
Malaysia Pahang di Kampus
Gambang. Kami daftar untuk
kolej kediaman dan pada jam
8.00 malam, kami bergerak ke
Fakulti Pengurusan Industri.
Setelah makan malam di
fakulti, kami disambut oleh ahli
jawatankuasa IMPRESS iaitu
kelab FIM. IMPRESS dan
pihak kami mengadakan sesi dialog.
Pembukaan majlis oleh pengarah
IMPRES, memberikan ucapan dan
menerangkan serba ringkas
mengenai Fakulti Pengurusan Industri
dan IMPRESS. Seterusnya, wakil
Prop-C iaitu Presiden Prop-C pula
menerangkan mengenai Fakulti
Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan (FPTP) dan Prop-C
kepada pihak UMP. Sesi dialog ini berjalan selama satu jam dan kami pulang ke kolej
kediaman untuk berehat.
Sedikit sumbangan daripada UTHM kepada UMP
Sesi bergambar bersama dengan UMP Impress dengan Prop-C UTHM
Sesi bergambar bersama wakil Pensyarah Pn. Fatimah UMP
Pada 28 Oktober 2017, pada jam 08.00 pagi, kami sarapan pagi dan sesi bergambar
bersama wakil pensyarah UMP, Puan Fatimah. Seterusnya,kami bergerak Pantai Teluk
Cempedak untuk program Team Bonding. Aktiviti team bonding adalah liga jaring gelung.
Peserta dibahagikan kepada enam kumpulan dan berlawan secara liga. Aktiviti ini dapat
mengeratkan hubungan antara pelajar dalam jurusan ini. Aktiviti di Pantai Teluk Cempedak
berakhir pada jam 1.00 petang. Kami disediakan makan tengah hari dan bertolak pulang ke
UTHM pada jam 2.00 petang.
Aktiviti team building bersama pelajar tahun 4BPB
Sesi bergambar di Teluk Cempedak sebelum bergerak pulang ke UTHM