5
Nama : Muhammad Bin Mahalil Opsyen : Rekabentuk Dan Teknologi 2 Laporan Lawatan ke Muzium Anatomi Pada 2hb April 2009, kami telah pergi ke muzium anatomi yang terletak berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur dan terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Muzium ini adalah di bawah cawangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Program lawatan tersebut telah di sertai oleh, kami seramai 94 orang pelajar dan 7 orang pensyarah pengiring Kami bertolak daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussien Onn pada pukul 12 tengahari pada hari Khamis. Kami tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia pada pukul 6 petang dan kami mendaftarkan diri di Hotel Internasional Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang. Pada keesokkan harinya kami pergi ke HUKM untuk melawat muzium anatomi tersebut namun kami terlalu awal pergi ke sana menyebabkan kami terpaksa menunggu selama 1 jam kerana Muzium tersebut buka pada pukul 10 pagi. Kami bersarapan di HUKM sementara menunggu masa untuk masuk ke dalam muzium. Setibanya di sana, kami mendapatai bukan sahaja kami yang ingin melawati muzium tersebut, malah ada universiti lain yang turut serta dalam aktiviti melawati muzium anatomi di sini. Mereka di sertakan seorang pensyarah pembimbing mengikut rombongan melawat muzium tersebut. Setelah lama menunggu kami

Laporan Lawatan Ke Muzium Anatomi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Lawatan Ke Muzium Anatomi

Nama : Muhammad Bin MahalilOpsyen : Rekabentuk Dan Teknologi 2

Laporan Lawatan ke Muzium Anatomi

Pada 2hb April 2009, kami telah pergi ke muzium anatomi yang terletak

berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur dan terletak di tengah-tengah bandaraya

Kuala Lumpur. Muzium ini adalah di bawah cawangan Hospital Universiti Kebangsaan

Malaysia (HUKM). Program lawatan tersebut telah di sertai oleh, kami seramai 94 orang

pelajar dan 7 orang pensyarah pengiring

Kami bertolak daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussien

Onn pada pukul 12 tengahari pada hari Khamis. Kami tiba di Hospital Universiti

Kebangsaan Malaysia pada pukul 6 petang dan kami mendaftarkan diri di Hotel

Internasional Kuala Lumpur pada pukul 6.30 petang.

Pada keesokkan harinya kami pergi ke HUKM untuk melawat muzium anatomi

tersebut namun kami terlalu awal pergi ke sana menyebabkan kami terpaksa

menunggu selama 1 jam kerana Muzium tersebut buka pada pukul 10 pagi. Kami

bersarapan di HUKM sementara menunggu masa untuk masuk ke dalam muzium.

Setibanya di sana, kami mendapatai bukan sahaja kami yang ingin melawati

muzium tersebut, malah ada universiti lain yang turut serta dalam aktiviti melawati

muzium anatomi di sini. Mereka di sertakan seorang pensyarah pembimbing mengikut

rombongan melawat muzium tersebut. Setelah lama menunggu kami dibenarkan masuk

ke dalam muzium tersebut dengan syarat berkelakuan senyap dan tidak bermain-main.

Ketika di dalam muzium anatomi, kami berasakan seperti kami berada dengan

mayat yang masih hidup tetapi tidak lagi bernyawa. Sebelum kami dapat melihat mayat

sebenar kami telah di berikan penerangan serba sedikit mengenai muzium anatomi dan

barang-barang atau contoh-contoh organ yang terdapat di dalam muzium ini. Mengikut

En Fairuz yang memberi penerangan tersebut, segala bahan dan organ atau otot-otot

yang berada di dalam ini adalah dari badan manusia sebenar yang telah meninggal dan

tidak di tebus kembali oleh waris dan keluarga si mati dalam tempoh 2 minggu dari

tarikh kematian.

Page 2: Laporan Lawatan Ke Muzium Anatomi

Nama : Muhammad Bin MahalilOpsyen : Rekabentuk Dan Teknologi 2

Kebanyakan mayat dan organ yang terdapat di dalam ini adalah hasil daripada

kajian para pelajar dan pegawai di dalam Hospital Universiti Malaysia tersebut. Mereka

banyak menggunakan model sebenar dan banyak membuat spesimen yang benar-

benar ketika di uji kaji. Mayat untuk di buat kajian dan spesimen ini adalah di ambil

daripada Hospital Besar Kuala Lumpur sendiri.

Apa yang dapat kami lihat di dalam ini adalah benar dan membuatkan kami jelas

terhadap apa yang pelajari selama ini. Kami mendapati otot dan organ dalaman

manusia adalah rumit dan banyak lagi yang perlu kami pelajari, namun kami masih

tidak cuba untuk meneroka serba sedikit mengenainya.

Setelah segmen perkenalan dan pengenalan kepada Muzium anatomi kami di

benarkan melihat sendiri mayat yang sebenar dan menyentuh mayat yang sebenar. Di

situ dapat melihat keadaan otot-otot dan kedudukan otot sebenar seperti Glatius

Maximus, Tripizius, Bisep dan Trisep. Selain daripada otot, kami dapat juga lihat tulang-

tulang manusia sebenar dan kedudukan tulang di dalam badan manusia.

Setelah habis di lihat dan sesi pertanyaan di buka, kami bertanyakan beberapa

persoalan dan di beritahu secara terperinci mengenai penghasilan dan pengawetan

tubuh badan manusia di dalam ini.

Akhir sekali kami memberi sedikit cenderahati kepada pegawai dan pihak HUKM

kerana dapat memberi kerjasama yang baik serta layanan yang baik kepada kami.

Kami bertolak balik dan check out pada pukul 12.30 tengahari dari Hotel Internasional

dan kami diberi makanan tengahari oleh pihak HUKM.

Kami tiba pada pukul 9.30 malam pada hari Jumaat oleh kerana singgah

sebentar dan melalui Melaka. Kami berasakan gembira bercampur penat kerana kami

tidak akan mendapat peluang sedemikian lagi pada masa akan datang.

Page 3: Laporan Lawatan Ke Muzium Anatomi

Nama : Muhammad Bin MahalilOpsyen : Rekabentuk Dan Teknologi 2

Gambar ketika Lawatan ke Muzium Anatomi

Mayat hidup yang di awet kan.

Contoh spesimen di dalam muzium Anatomi

Page 4: Laporan Lawatan Ke Muzium Anatomi

Nama : Muhammad Bin MahalilOpsyen : Rekabentuk Dan Teknologi 2

Sesi soal jawap bersama dengan pegawai HUKM

Bahagian-bahagian otak manusia