7
INTERAKSI KE TIGA – 2 / 3 / 2013 ( SABTU ) DAN 3 / 3/ 2013 ( AHAD ) Waktu & Tempat : 5.00 – 6.00 PETANG (Di Padang IPGKTI ) 11.00 – 12.00 TENGAHARI ( Di Padang IPGKTI ) Pada 2 Mac 2013 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, interaksi WAJ 3112 - olahraga yang ke tiga telah dijalankan.Namun demikian aktiviti lompat jauh tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Di mana pada petang tersebut hujan telah turun dengan lebatnya. Pada hari tersebut hanya dapat taklimat tentang melengkapkan folio olahraga. Kami telah diberi contoh dan penerangan mengenai cara atau maklumat yang perlu ada dalam folio individu WAJ 3112 ini secara terperinci oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Mustafa bin Othman. Kelas pada hari itu ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan kami diminta hadir untuk melaksanakan aktiviti lompat jauh pada hari berikutnya iaitu pada 3 Mac ( Ahad ). Pada hari Ahad tersebut, saya dan rakan RBT 3 yang lain telah berada di Padang IPGKTI tepat pada masa yang dijanjikan.. Kumpulan yang akan menjalankan pengajaran Lompat Jauh iaitu kumpulan M. Fais, Fadli, Jamil, Norainani, Noraini Fazilawati dan Taytelah bersedia dengan kelengkapan peralatan di tempat lompat jauh.

laporan lompat jauh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LAPORAN LARI PECUT

Citation preview

Page 1: laporan lompat jauh

INTERAKSI KE TIGA – 2 / 3 / 2013 ( SABTU ) DAN 3 / 3/ 2013 ( AHAD )

Waktu & Tempat : 5.00 – 6.00 PETANG (Di Padang IPGKTI )

11.00 – 12.00 TENGAHARI ( Di Padang IPGKTI )

Pada 2 Mac 2013 iaitu bersamaan dengan hari Sabtu, interaksi WAJ 3112 -

olahraga yang ke tiga telah dijalankan.Namun demikian aktiviti lompat jauh tidak dapat

dilaksanakan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.Di mana pada petang

tersebut hujan telah turun dengan lebatnya.

Pada hari tersebut hanya dapat taklimat tentang melengkapkan folio olahraga.

Kami telah diberi contoh dan penerangan mengenai cara atau maklumat yang perlu ada

dalam folio individu WAJ 3112 ini secara terperinci oleh pensyarah pembimbing iaitu

En. Mustafa bin Othman.

Kelas pada hari itu ditangguhkan pada jam 5.30 petang dan kami diminta hadir

untuk melaksanakan aktiviti lompat jauh pada hari berikutnya iaitu pada 3 Mac ( Ahad ).

Pada hari Ahad tersebut, saya dan rakan RBT 3 yang lain telah berada di

Padang IPGKTI tepat pada masa yang dijanjikan.. Kumpulan yang akan menjalankan

pengajaran Lompat Jauh iaitu kumpulan M. Fais, Fadli, Jamil, Norainani, Noraini

Fazilawati dan Taytelah bersedia dengan kelengkapan peralatan di tempat lompat jauh.

Saya mempelajari dan juga mempraktikkan teknik Lompat Jauh. Sebelum acara

olahraga dijalankan, kami mengambil senaman untuk memanaskan badan terlebih

dahulu agar tidak berlakunya kecederaan semasa melakukan acara Lompat Jauh.

Kemudian, instruktur kumpulan memberi pengenalan, peralatan dan kelengkapan,

teknik lompatan yang betul, prinsip-prinsip asas dan undung-undang dan peratusan

asas yang perlu ada dalam acara Lompat Jauh ini.

Setelah itu , saya mempelajari teknik lompat jauh seperti butiran di bawah yang

berikut;

Page 2: laporan lompat jauh

Lompat Jauh

Lompat Jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olinpik yang tertua.

Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh satempat

(standing long jump). Pada tahun 1896 di sukan Olimpik Modern di Atherns, lompat

jauh sambil berlari telah dipertandingkan.Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali

pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan

yang kuat.

i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan

lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan sisi

mendarat.

ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan

kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh

kesebelah depan papan lonjakan.

iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lojakan, lompatan itu

tidak akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut.

Papan Lonjakan

Pasir

Kaki Kaki

Pasir

Lompatan sah dari papan lonjak. Lompatan batal kerana tersnetuh pasir.

PAPAN LONJAKPLASTISIN

30 darjah

15 cm

12 cm

10 cm

Page 3: laporan lompat jauh

Tiga gaya lompatan Lompat Jauh.

i. Gaya layar – biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri

dalam acara ini.

ii. Gaya gantung – digunakan oleh novis dan juga pakar.

iii. Gaya tending kayuh – gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

Lompat jauh dibahagikan kepada empat fasa.

i. Fasa penujuan – terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa

berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan

kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah

langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak.

Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis,

17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat

lelaki pakar.

ii. Fasa lonjakan – setibanya di papan lonjak, pelompat-pelompat seharusnya

mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan

direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian

badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas.

iii. Fasa penerbangan/layangan – dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk

meningkatkan kederasan. Pelompatan menggerakkan kaki dan tangan ke

belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal.

iv. Fasa pendaratan – apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan;

tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah,

tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

Page 4: laporan lompat jauh

Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.

i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada

dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari

bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed

dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak.

ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas

kaki, pingul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-

sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki kebas) yang dinaikkan. Tubuh badan

tegak sementara berada dalam keadaan selari dengan bahu.

iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun

kehadapan sementara kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-

lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.

iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua

lengan dibawa ke atas kepala.

v. Kaki bebas dibawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua

lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.

Page 5: laporan lompat jauh

Ansur Maju.

Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendarat tidak ada

kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang

kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati

dengan melompat papan anjal yang dilatakkan pada hujung larian dan melompat ke

dalam kawasan mendarat.Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan

satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang

dipoin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan

bukan dengan dahi.

Pengalaman saya.

Bagi saya, acara olahraga adalah menyeronokkan.Lebih-lebih lagi, saya

sememangnya meminati sukan. Namun demikian saya sebelum ini hanya

mempratikkan sahaja sukan lompat jauh ini di sekolah semasa sukan tahunan tanpa

mengetahui sejarah, peraturan, teknik-teknik lompatan, gaya lompatan dan fasa-fasa

lompat jauh. Dengan krusus seperti ini, bukan sahaja telah menambah pengetahuan

saya tentang lompat jauh, malah saya telah mempelajari teknik-teknik lompat jauh

dengan betul. Pengalaman dan pengetahuan ini akan saya praktikan kepada anak

murid saya disekolah kelak.