11
LAPORAN MAKMAL SAINS SJK (T) LADANG HIGHLANDS Nama Pelajar : Kavithaa A/P Sengalrayan Program : Pismp Sains Ambilan Jan 2012 Nama Sekolah : SJK (T) Ladang Highlands Nama Projek / Aktiviti : Keceriaan Makmal Sains Tempoh Pelaksanaan : 1 Minggu Saya telah menjalani internship selama 1 bulan di sekolah SJKT Ladang Highland. Saya telah melaksanakan aktiviti keceriaan makmal sains di sekolah tersebut sebagai salah satu projek internship. Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains. Objektif melaksankan aktiviti keceriaan makmal sains ini adalah bagi Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains, dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk melabel

LAPORAN MAKMAL SAINS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

Page 1: LAPORAN MAKMAL SAINS

LAPORAN MAKMAL SAINSSJK (T) LADANG HIGHLANDS

Nama Pelajar : Kavithaa A/P Sengalrayan

Program : Pismp Sains Ambilan Jan 2012

Nama Sekolah : SJK (T) Ladang Highlands

Nama Projek / Aktiviti : Keceriaan Makmal Sains

Tempoh Pelaksanaan : 1 Minggu

Saya telah menjalani internship selama 1 bulan di sekolah SJKT Ladang Highland.

Saya telah melaksanakan aktiviti keceriaan makmal sains di sekolah tersebut sebagai

salah satu projek internship. Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di

sekolah untuk memberikan murid dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan

penyiasatan berkenaan topik pelajaran sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan

bahan dan alatan yang disedikan di dalam makmal untuk digunakan di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sains. Pengurusan makmal yang sistematik serta

persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk

mempelajari subjek sains.

Objektif melaksankan aktiviti keceriaan makmal sains ini adalah bagi Membersih dan

menceriakan persekitaran makmal sains, dan menyusun semula bahan dan radas di

dalam makmal secara sistematik. Selain itu, aktiviti ini bertujuan untuk melabel bahan

dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan supaya memudahkan

penggunaan radas sains. Objektif keempat aktiviti ini adalah menyemak semula senarai

dan bilangan bahan dan radas yang terdapat di dalam makmal sains bagi rekod

inventori.

Page 2: LAPORAN MAKMAL SAINS

Sebelum Aktiviti Keceriaan

Saya bersama guru pelatih intership telah berjumpa dengan guru panitia sains iaitu en

selvam a/l sinnathamby bagi mendapat keterangan tentang aktiviti keceriaan makmal

sains dengan lebih lanjut. Pada mulanya, guru sains kami telah menerangkan kerja-

karja yang perlu dibuat di makmal sains seperi melabel bahan dan radas di rak-rak dan

tempat yang telah ditetapkan, mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan

radas di dalam makmal dan sebagainya.

Pada perjumpaan kedua, saya bersama rakan internship saya telah memerhatikan

keadaan makmal sains bagi mengenalpasti tempat yang perlu menambahbaik di

makmal tersebut. Selepas itu, kami telah bincang dan kongsi beberapa idea tentang

keceriaan makmal sains dengan guru panitia kami. Contohnya adalah melukis planet di

atas dinding, kata-kata saintist, melukis mural dan sebagainya. Keadaan makmal sains

sebelum aktiviti keceriaan adalah seperti berikut.

Tidak melabel objek dan radas sains

Tidak menyusun radas sains dengan sistematik

Page 3: LAPORAN MAKMAL SAINS

Semasa aktiviti keceriaan

Kami telah membuat perancangan bagi program ini supaya berlancar dengan baik.

Kami mengagihkan tugasan masing-masing untuk memudahkan kami. Kami juga

mengadakan perbincangan tentang bahan yang kami harus membeli untuk

menghiaskan dan menceriakan makmal sains. Saya selaku Setiausaha telah membuat

kertas kerja dan menyerahkan kepada guru panitia sains dan guru besar untuk

mendapat kelulusannya.

Pada mulanya saya dan salah seorang rakan saya iaitu ashwane telah mengira

bilangan radas sains yang terdapat dalam makmal sains serta membuang radas-radas

yang tidak berfungsi dengan kebenaran en.selvam, guru panitia sains. Kami juga

membuat rekod inventori bagi memudahkan guru-guru sains untuk menggunakan radas

sains dengan secukupnya semasa membuat eksperimen.

Guru pelatih yang lain iaitu kavithrra dan prasana telah membuat pelan dan mencari

Indian saintist yang memberi sumbangan dalam dunia sains. Mereka telah mencari

maklumat-maklumat yang penting yang perlu berada di papan kenyataan. Selain itu,

mereka juga telah membuat stuktur organisasi peka , pbls dengan bimbingan en.selvam

untuk dilekat di papan kenyataan.

Tidak melabel meja Papan kenyataan tanpa sebarang maklumat

Page 4: LAPORAN MAKMAL SAINS

Pada hari kedua dan seterusnya, kami mula membuat keceriaan persekitaran makmal

sains dengan melekat peraturan makmal sains di dinding. Kami semua bekerjasama

dengan saling membantu untuk mencari gambar dan peraturan yang sesuai, laminat

dan melekatnya. Kami juga telah membuat peraturan umum untuk mengantungnya di

papan kenyataan.

Selain itu, kami juga mambagahi kerja untuk melabelkan radas-radas sains di makmal

sains. Saya bersama seorang rakan saya telah membersihkan, dan menyusun radas-

radas sains dengan sistematik di rak yang disedikan. Dua rakan yang lain telah mencari

nama radas sains dalam 3 bahasa iaitubahasa tamil, melayu dan English untuk melabel

mengikut radas sains. Mereka telah print dan melabel radas sains tersebut.

Menyemak dan merekod bilangan radas sains

Page 5: LAPORAN MAKMAL SAINS

Tambahan pula, kami telah membuat keceriaan persekitaran makmal sains dengan

planet sisem suria , melukis mural dan menyediakan kata-kata semangat ahli saintist

untuk melekat di dinding atas makmal sains. Kami bekerjasama untuk mencari dan

laminate gambar-gambar planet sistem suria untuk dilekat di atas dinding. Kami telah

mancari nama planet dalam 2 bahasa iaitu bahasa tamil dan English kerana murid-

murid belajar mata pelajaran sains dalam dua bahasa tersebut. Selepas itu, kami

mencetak kata semangat ahli sainstist dan mengunting setiap perkataannya serta

laminatnya. Ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja mencetak dan

laminate. Selepas laminate gambar-gambar planet tersebut kami lekatnya atas

polysterene bagi nampak timbul apabila lekat di dinding. Perkataan yang dilaminat juga

telah dilekat atas polystyrene dan seterusnya lekat di atas dinding. Akhirnya kami

melukis mural di dinding depan supaya dapat menarik minat murid serta menyediakan

makmal sains yang kondusif. Pihak sekolah telah menyediakan cat dan berus yang

diperlukan untuk melukis mural tersebut. Ia memudahkan kerja kami untuk melukis

mural.

Menyediakan peraturan makmal sains, menyusun dan melabel radas sains

Page 6: LAPORAN MAKMAL SAINS

Selepas aktiviti keceriaan

Selepas menyiapkan aktiviti keceriaan makmal sains, en.selvam dan guru besar telah

merasmikan makmal sains tersebut. Kami dihendaki membuat laporan pelaksanaan

sepanjang program tersebut dan diserahkan kepada penyelaras program. Kami juga

Page 7: LAPORAN MAKMAL SAINS

turut menerima maklum balas daripada pihak guru bagi mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan yang terdapat sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Refleksi

Setelah selesai menjalankan aktiviti keceriaan makmal sains ini, ,saya dapati terdapat

banyak kekuatan menerusi aktiviti ini . Kekuatan yang saya dapat adalah sebagai

seorang guru pelatih saya dapat mengenalpasti dan mempelajari cara-cara

membersihkan dan mengatur radas sains dengan sistematik di rak yang disediakan

supaya murid-murid tidak merosakkannya. Selain itu, saya sebagai guru pelatih sains,

dapat menambah ilmu saya tentang nama radas sains dalam 3 bahasa aitu bahasa

tamil, melayu dan English. Ia amat membantu saya untuk mengenalpasti nama radas

sains dengan betul.

Selain itu, aktiviti ini telah memberi pengalaman kepada saya sebagai guru pelatih

untuk merancang dan melaksanakan projek di sekolah daripada sebelum pelaksanaan,

semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan. Contohnya penghasilan kertas kerja,

membahagikan tugas, merancang masa dan sebagainya.

Tambahan pula, kami juga tidak mengalami sebarang masalah kewangan dalam

membuat persiapan bagi aktiviti keceriaan ini kerana segala sumber kewangan

ditangani oleh pihak sekolah.

Justeru, saya dapat bekerjasama dengan rakan internship saya. Kami bekerjasama

dan berkongsi maklumat, pendapat semasa membuat aktiviti ini. Melalui perbincangan

dan perkonsian idea kami dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan

kritis kami untuk menyiapkan aktiviti keceriaan makmal sains dengan berjaya. Oleh itu,

kami sekumpulan bekerjasama dengan berkongsi idea, membahagikan tugasan

dengan sama rata serta menjayakan tugasan ini walaupun menghadapi kekangan

masa.

Walaupun projek ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya,namun ia juga terdapat

beberapa kelemahan yang harus diperbaiki. Antaranya ialah kami Mengambil masa

Page 8: LAPORAN MAKMAL SAINS

yang lama untuk membuat keceriaan makmal sains tersebut. Kami telah meluangkan

masa yang lebih dalam mencetak, laminat dan gunting setiap perkataan ahli sainstist.

Kami juga mengambil masa yang lama untuk melukis mural di dinding.

Selain itu, kerja kami juga tertangguh kerana cuti jerebu serta kerja-keja lain di

sekolah. Kami terpaksa tangguhkan kerja kami bagi mengutamakan kerja-kerja

sekolah yang lain seperi, menganti kelas, menja peperiksaan, membuat projek vlefrog

dan sebagainya.

Bagi mengatasi kelemahan ini, kami perlu membuat jadual tugas dan mengadakan

strategi membuat aktiviti supaya tidak meluangkan masa secara berlebihan. Kami juga

juga boleh datang ke sekolah selain daripadawaktu persekolahan supaya dapat

mempercepatkan kerja kami tanpa gangguan murid-murid atau kerja yang lain. Pihak

sekolah juga hendaklah memberikan masa yang mencukupi untuk membuat persiapan

supaya dapat melakukan kerja-kerja lain dalam masa yang ditetapkan.

Kesimpulannya, pada keseluruhan projek boleh dikatakan amat berjaya walaupun

terdapat serba sedikit kelemahan yang dianggap masih boleh dipertingkatkan lagi.

Projek ini telah banyak memberi manfaat kepada kami. Diharapkan projek ini dapat

meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih teratur dan lebih ceria. Makmal

sains merupakan salah satu ruang kerja untuk pelajar melakukan aktiviti – aktiviti yang

melibatkan penyiasatan. Dengan pertambahan bahan – bahan sains yang baru

membolehkan murid-murid untuk merasai dan meneroka bidang sains dengan lebih

mendalam. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat meningkatkan minat murid

untuk mempelajari subjek sains dengan suasana yang selesa.