2
MALAYSIA: PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA Bulan Sabit Merah Malaysia adalah menjalankan tugas-tugas dalam misi pergerakan antarabangsa. Dalam melaksanakan misi-misi kemanusian dan juga satu organisasi yang besar di dunia dan mempunyai sukarelawan yang aktif dalam 185 buah negara. Bil: 001/2008 Tarikh: 14 Mei 2008 Ringkasan Ini adalah satu maklumat yang terkini dan ia mencerminkan keadaan dan maklumat-maklumat yang diperolehi dalam waktu ini. Ia tidak mencari pembiayaan atau bantuan lain daripada penderma-penderma untuk operasi ini pada masa kini. Ringkasan: Pada 12 Mei 2008, 2 wakil BSMM iaitu En Jasni Hashim dan En Abdul Kadir Khamis telah bersama-sama 16 orang lagi wakil kerajaan diketuai En Rakib daripada Kementerian Luar Negeri telah berlepas ke Yangoon, Myanmar dengan 2 x pesawat TUDM C130 untuk menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan, kain selimut serta keperluan asas yang bernilai RM 500,000.00. YBhg Dato’ Mohd Hatta Setiausaha Majlis Keselamatan Negara telah mewakili Timbalan Perdana Menteri untuk menyampaikan amanat kepada semua di Pengkalan TUDM Subang dan satu simbolik penyerahan bantuan Kerajaan Malaysia kepada En Rakib sebagai wakil Kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada Kerajaan Myanmar. Mej Sakri, En Hisham Sedang Berbincang Dengan En Fadhil En Jasni, En Rakib Bersama Dengan Duta Malaysia di Myanmar Dato’ Mazlan Mohamad Sebahagian Barang –Barang Bantuan Misi Kemanusiaan oleh Kerajaan Malaysia BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bahagian Operasi

Laporan Myanmar

Embed Size (px)

Citation preview

MALAYSIA: PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA Bulan Sabit Merah Malaysia adalah menjalankan tugas-tugas dalam misi pergerakan antarabangsa. Dalam melaksanakan misi-misi kemanusian dan juga satu organisasi yang besar di dunia dan mempunyai sukarelawan yang aktif dalam 185 buah negara.

Bil: 001/2008 Tarikh: 14 Mei 2008

Ringkasan Ini adalah satu maklumat yang terkini dan ia mencerminkan keadaan dan maklumat-maklumat yang diperolehi dalam waktu ini. Ia tidak mencari pembiayaan atau bantuan lain daripada penderma-penderma untuk operasi ini pada masa kini. Ringkasan: Pada 12 Mei 2008, 2 wakil BSMM iaitu En Jasni Hashim dan En Abdul Kadir Khamis telah bersama-sama 16 orang lagi wakil kerajaan diketuai En Rakib daripada Kementerian Luar Negeri telah berlepas ke Yangoon, Myanmar dengan 2 x pesawat TUDM C130 untuk menghantar bantuan kemanusiaan berupa makanan, kain selimut serta keperluan asas yang bernilai RM 500,000.00. YBhg Dato’ Mohd Hatta Setiausaha Majlis Keselamatan Negara telah mewakili Timbalan Perdana Menteri untuk menyampaikan amanat kepada semua di Pengkalan TUDM Subang dan satu simbolik penyerahan bantuan Kerajaan Malaysia kepada En Rakib sebagai wakil Kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada Kerajaan Myanmar.

Mej Sakri, En Hisham Sedang Berbincang Dengan En Fadhil

Sebahagian Barang –Barang Bantuan Misi Kemanusiaan

oleh Kerajaan Malaysia

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bahagian Operasi

En Jasni, En Rakib Bersama Dengan Duta Malaysia di Myanmar Dato’ Mazlan

Mohamad

Pesawat TUDM C130 telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Yangoon pada jam 1330 (waktu Myanmar) di mana ia telah disambut oleh Duta Malaysia di Myanmar Dato’ Mazlan Muhamad serta Director General of Fire and Rescue Departmant of Myanmar dan staf-staf lain daripada Kedutaan Malaysia. En Rakib telah menyerahkan bantuan missi kemanusiaan kepada Duta Malaysia untuk diserahkan kepada Kerajaan Myanmar. Duta Malaysia telah menegaskan keperluan segera yang diperlukan oleh Kerajaan Myanmar adalah seperti berikut: a. Keperluan Air Besih untuk air minum dan masak b. Peralatan-peralatan seperti Atap, Zink serta lain-lain keperluan. Rombongan juga telah dibawa ke Pejabat Kedutaan untuk melihat sendiri keadaan kerosakan/kemusnahan di kawasan Bandar Yangoon dan sekitar kawasan Pejabat Kedutaan di mana-mana kerja-kerja sedang dilakukan. Rombongan berlepas pulang ke Kuala Lumpur daripada Lapangan Terbang Yangoon pada jam 1730 dan telah sampai di TUDM Subang pada jam 2200.

Sebahagian Daripada Kemusnahan/Kerosakan di Bandar Yangoon dan Pembersihan Sedang Dibuat oleh Tentera-Tentera Myanmar