7
LAPORAN PAMERAN SAINS Pameran Sains peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail telah berlangsung pada 10 Mac 2013. Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains, guru pelatih Sains Semester 5 dan juga dengan kerjasama pihak SK IPG. Pameran Sains ini diadakan kerana ianya merupakan salah satu tugasan bagi subjek Tenaga Dalam Kimia Perasmian Pameran Sains ini telah berjalan dengan lancar. Perasmian pameran ini bertempat di dewan terbuka SK IPG dan Tuan Haji Sabri, selaku pensyarah di Jabatan Sains telah merasmikan Pameran Sains ini. Sejurus selepas perasmian , Tuan Haji Sabri diiringi Puan Badrul telah melakukan lawatan ke semua ruang pameran termasuklah ruang pameran kami iaitu pameran tenaga nuklear.

LAPORAN PAMERAN SAINS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pameran

Citation preview

Page 1: LAPORAN PAMERAN SAINS

LAPORAN PAMERAN SAINS

Pameran Sains peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail telah

berlangsung pada 10 Mac 2013. Program ini merupakan anjuran Jabatan Sains, guru

pelatih Sains Semester 5 dan juga dengan kerjasama pihak SK IPG. Pameran Sains ini

diadakan kerana ianya merupakan salah satu tugasan bagi subjek Tenaga Dalam

Kimia

Perasmian Pameran Sains ini telah berjalan dengan lancar. Perasmian pameran ini

bertempat di dewan terbuka SK IPG dan Tuan Haji Sabri, selaku pensyarah di Jabatan

Sains telah merasmikan Pameran Sains ini. Sejurus selepas perasmian , Tuan Haji

Sabri diiringi Puan Badrul telah melakukan lawatan ke semua ruang pameran

termasuklah ruang pameran kami iaitu pameran tenaga nuklear. 

Page 2: LAPORAN PAMERAN SAINS
Page 3: LAPORAN PAMERAN SAINS

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang berlangsungnya pameran Sains ini.

Setiap guru pelatih menunjukkan kreativiti masing-masing bagi penarik perhatian murid-

murid sekolah. Antaranya aktiviti yang disediakan oleh guru pelatih ialah pameran

Sains, demonstrasi berkaitan Sains dan juga cabutan bertuah. Aktiviti yang menjadi

daya penarik murid-murid sekolah ialah aktiviti pelancaran roket.

Pameran yang diadakan berjaya menarik minat murid-murid untuk datang berkunjung

ke dewan terbuka SK IPG. Pameran kumpulan kami mendapat sambutan yang

menggalakkan daripada murid-murid walaupun kumpulan kami tidak menyediakan

demonstrasi. Daya penarik bagi pameran kami ialah permainan dam ular yang

diubahsuai supaya bersesuaian dengan pameran kami iaitu tenaga nukear. Setiap

murid yang ingin menyertai permainan dam ular tersebut haruslan membacaa info yang

terdapat di ruang pameran kami kerana soalan yang diajukan adalah berkaitan info

tenaga nukear yang dipamerkan. Melalui pembacaan tersebut, murid-murid akan

mengetahui mengenai sejarah tenaga nuclear, bagaimana tenaga nuclear terhasil,

kebaikan dan keburukan tenaga nuclear, penggunaan tenaga nuclear dan juga negara-

negara yang telah menggunakan tenaga nuclear. Selain itu kami juga menampal

gambar-gambar mangsa radiasi tenaga nuclear yang berlaku di Chernobyll. Kami juga

menyediakan satu tayangan video mengenai bom nuclear. Berikut merupakan gambar-

gambar sekitar pameran di ruang pameran kumpulan kami. 

Page 4: LAPORAN PAMERAN SAINS
Page 5: LAPORAN PAMERAN SAINS
Page 6: LAPORAN PAMERAN SAINS