11
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK NAMA PELAJAR : SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI PROGRAM : PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012 NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3 NAMA PROJEK : PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK TEMPOH PELAKSAAN : 13 OKTOBER 2015 OBJEKTIF : i. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul. ii. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas. iii. Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak. iv. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan. STRATEGI PELAKSANAAN : Sebagai melengkapkan prasyarat program internship, kami telah diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek di sekolah tempat kami berinternship. Oleh itu, kami telah bercadang untuk mengadakan program sembelihan dan memasak bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR. Pada mulanya kami telah bertemu dan berbincang dengan mentor

Laporan Pelaksanaan Internship Projek Sembelihan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

work

Citation preview

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK

NAMA PELAJAR : SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI

PROGRAM : PISMP (PA 2) SEMESTER 8 AMBILAN JAN 2012

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 3

NAMA PROJEK : PROGRAM SEMBELIHAN DAN MEMASAK

TEMPOH PELAKSAAN : 13 OKTOBER 2015

OBJEKTIF :

i. Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan

sembelihan yang betul.

ii. Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan

dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.

iii. Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses

sembelihan sehingga proses memasak.

iv. Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Sebagai melengkapkan prasyarat program internship, kami telah

diamanahkan untuk melaksanakan beberapa projek di sekolah tempat kami

berinternship. Oleh itu, kami telah bercadang untuk mengadakan program

sembelihan dan memasak bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah menduduki

peperiksaan UPSR. Pada mulanya kami telah bertemu dan berbincang dengan

mentor kami Puan Sanisah bt Abu Bakar berkenaan pelaksanaan program

sembelihan dan memasak ini. Kami juga telah berbincang dengan Puan Hamidah bt

Samad memandangkan beliau adalah guru penasihat Tahun 6.

Dengan bantuan guru-guru Pendidikan Islam, kami telah memilih beberapa

ahli jawatan kuasa bagi membantu agar program sembelihan dan memasak ini

berjalan dengan lancar. Kami juga telah menjemput Ustaz Mohd Halmi bin Jaapar

daripada Jabatan Agama Islam bagi meyampaikan panduan serta amali sembelihan.

Bagi melaksanakan program ini, kami telah menggunakan 15 ekor ayam yang akan

dibahagi kepada 2 kumpulan untuk amali memasak.

Program ini dimulakan dengan taklimat oleh Ustaz Halmi bin Jaapar tentang

tatacara dan adab-adab sembelihan. Penggunaan ayat yang mudah serta unsur-

unsur kecindan yang digunakan oleh beliau memudahkan pelajar untuk faham apa

yang disampaikan dan pelajar berminat untuk mendengar. Setelah itu, beliau telah

menunjukkan cara-cara sembelihan yang betul untuk dilaksanakan oleh pelajar

nanti.

Setelah itu, beliau telah memilih beberapa orang pelajar untuk melaksanakan

amali sembelihan. Beliau telah memilih pelajar-pelajar yang berani agar tidak

terdapat kesalahan dalam melaksanakan amali sembelihan seperti mencampak

ayam, melepaskan pegangan dan sebagainya. Alhamdulillah, kesemua pelajar yang

melaksanakan amali sembelihan telah melaksanakan sembelihan dengan sempurna

dan menjadikan ayam-ayam tersebut halal dimakan.

Setelah kesemua ayam-ayam tersebut disembelih, pelajar telah bergerak

mengikut kumpulan yang telah dibahagikan untuk acara yang seterusnya iaitu

mencabut bulu ayam, membasuh dan sebagainya. setelah selesai proses

pembersihan ayam, pelajar-pelajar dikumpulkan di dewan terbuka bagi

melaksanakan program memasak pula.

Terdapat 21 kumpulan pelajar yang akan menjalankan program memasak.

Pelbagai juadah yang akan dimasak antaranya ialah ayam masak cili padi, ayam

masak kurma, ayam masak asam pedas dan sebagainya. Setiap kumpulan akan

diambil markah berdasarkan rasa, persembahan, kerjasama dan sebagainya. setiap

kumpulan diberi masa selama 2 jam untuk memasak.

Setelah masa memasak tamat, setiap kumpulan telah mempersembahkan

setiap hidangan yang dimasak untuk diambil markah oleh hakim pertandingan.

Setelah markah setiap kumpulan diambil, pelajar diminta untuk mengemas kembali

barang-barang masakan dan kawasan tempat memasak. Tepat jam 1.10 petang,

program tamat dan pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Selepas program ini

berakhir, kelihatan semua pelajar keletihan, namun pelajar gembira dan menimba

pengalaman baru. Sehubungan dengan itu, mereka berharap agar program ini dapat

diadakan sebagai aktiviti tahunan sekolah.

REFLEKSI :

1) Kekuatan Projek

Sepanjang proses kami menyiapkan program ini, terdapat beberapa kekuatan

yang menyumbang kepada kejayaan program ini. Antaranya ialah sokongan

guru-guru di SK Batu 3 yang menjadi rujukan utama kami dalam penyediaan,

perancangan dan pelaksanaan program sembelihan dan memasak ini.

Tambahan pula, program seperti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara

guru dan juga pelajar. Selain itu, komitmen serta sambutan baik daripada

pelajar-pelajar tahun 6 menjadikan program ini berjalan dengan baik dan

lancar.

2) Kelemahan Projek

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan sepanjang

melaksanakan program ini. Antaranya ialah dari segi kebersihan murid.

sepanjang melaksanakan program memasak kebanyakkan pelajar tidak

mengambil berat tentang kebersihan kawasan, bahan masakan dan

sebagainya. Selain itu, terdapat pelajar yang tidak memberikan kerjasama

dengan baik terhadap ahli kumpulan mereka menyebabkan timbul beberapa

salah faham dan sebagainya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Antara cadangan yang dapat diberi adalah lebih baik sekiranya tempoh internship ini

dipanjangkan sedikit agar kami dapat menyelesaikan kesemua projek-projek kami di

sekolah dengan lebih sempurna. Selain itu, ahli jawatan kuasa PIBG dan orang

kampung juga boleh membantu dan mengambil bahagian dalam program-program

seperti ini.

KESIMPULAN :

Secara keseluruhannya kursus penyembelihan dan memasak ini berjalan dengan

lancar dan jayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun

hadapan dan dapat dilakukan dengan lebih baik. Insya Allah. Rujuk hasil

dokumentasi program sembelihan dan memasak.

Disediakan oleh,

………………………..

(SITI NURUL IKLIMAH BINTI SAZALI)

Pelajar Semester 8 PISMP,

Ambilan Jan 2012,

IPG Kampus Tun Hussien Onn.

Dokumentasi program sembelihan dan memasak :