Upload
hawalilmiah
View
233
Download
7
Embed Size (px)
DESCRIPTION
report
Citation preview
LAPORAN
PELAKSANAAN PROJEK
PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6
Anjuran Guru Pelatih Intership bersama Guru-Guru Tahun
6
dan Unit Bimbingan dan Kaunseling
SK Pasir Puteh, Keningau
1
Tarikh : 06 Ogos 2014
Hari : Rabu
Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Laporan Pelaksanaan Projek
3.0 Perbelanjaan
4.0 Penyertaan
5.0 Rumusan
Lampiran 1 : Gambar-gambar Sepanjang Program
2
1.0 Pengenalan
Program Motivasi Tahun 6 ini merupakan pogram yang dirangka untuk
murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR agar dapat membantu
mereka membuat persediaan menjelang UPSR yang bakal tiba. Program ini
dianjurkan oleh guru pelatih internship bersama dengan guru-guru Tahun 6 dan
Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pasir Puteh, Keningau.
Program ini diharapkan agar dapat dapat mewujudkan semangat
menghadapi peperiksaan dalam kalangan murid tahun 6 dan memberi
kesedaran kepada murid untuk terus berusaha membuat persediaan untuk
menghadapi UPSR. Objektif program ini dibuat adalah :-
Meningkatkan semangat murid menghadapi peperiksaan Menyedarkan kelemahan dan kelalaian murid menjawab soalan
peperiksaan Memberikan tips untuk persediaan menghadapi UPSR
2.0 Laporan Pelaksanaan Projek
Proram ini berlangsung pada 06 Ogos 2014 bersamaan dengan hari
Rabu. Program dijalankan di Kelas Tahun 6 bermula pada jam 7.00 pagi.
Program telah berjalan mengikut tentatif berikut :-
Masa Perkara
7.00 pagi Ketibaan peserta program dan susun atur tempat
7.30 pagi Taklimat ringkas daripada penyelaras program
8.00 pagi Ceramah 1
“ Persediaan Mengadapi UPSR”
Oleh En Bujang bin Hj. Sabli
10.00 pagi Rehat/ Minum Pagi
3
10.30 pagi Penghayatan
11.30 pagi
12.00 t/hari
Majlis Perasmian dan Penangguhan Program
- Bacaan Doa
- Ucapan Tuan Guru Besar
- Penyampaian Cenderahati
- Sesi fotografi
- Majlis dijangka selesai.
Semasa program berlangsung, bekalan elektrik telah terputus. Namun,
program masih dapat diteruskan oleh Tuan Penceramah tanpa gangguan.
Disiplin murid terkawal dan murid dapat melibatkan diri secara aktif sepanjang
program.
3.0 Perbelanjaan
Bagi melaksanakan projek ini, pihak Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh
telah menanggusng semua kos perbelanjaan program ini. Perbelanjaan yang
digunakan untuk program ini adalah seperti berikut :-
Perkara Harga/Unit Jumlah
Makan dan minum
peserta program (100
orang murid)
RM 3.00 RM 300.00
4.0 Penyertaan
Seramai 100 orang murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR menjadi
sasaran kepada program ini. 96 orang murid hadir dan mengikuti program ini
sehingga akhir manakala 4 orang murid tidak hadir ke sekolah. (Rujuk senarai
kehadiran murid)
5.0 Rumusan
Penganjuran program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Projek ini amat baik dan wajar diteruskan lagi di masa-masa hadapan. Ianya
4
bukan sahaja dapat memberikan motivasi kepada murid malah ia juga
memberikan kesedaran kepada murid untuk terus berjaya.
Diharapkan dengan wujudnya program seperti ini, Ia dapat menjadi
pemangkin kepada semangat dan kecemerlangan murid seterusnya
kecemerlangan sekolah ini. Di samping itu, diharapkan agar program yang
dilaksanakan ini dapat membantu pihak sekolah dan memberikan impak yang jitu
teradap semangat dan motivasi pelajar untuk mendapatkan keputusan yang
cemerlang
Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,
(NORASHIKIN MOHD JOHAN) (WAHANIN BIN ISMAIL)Setiausaha II, Guru BesarProgram Motivasi Tahun 6 SK Pasir Puteh, Keningau.SK Pasir Puteh, Keningau.
5
Gambar-Gambar sepanjang program berlangsung
Gambar 1 Ketibaan En Bujang Hj Sabli, Pensyarah IPG Kampus Keningau selaku Penceramah Motivasi
6
Gambar 2 Tuan Guru Besar memantau program yang berlangsung
Gambar 3 Sesi motivasi bermula
Gambar 4 Murid yang terpilih untuk menyatakan impian kecemerlangan
Gambar 5 Sesi penghayatan
7
Gambar 6 Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Tuan Penceramah
Gambar 7 Gambar kenangan pelajar tahun 6 bersama Guru Besar dan En. Bujang
8