16
LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN PERKEMBANGAN KERJAYA WARGA IPK Kandungan A. PENDAHULUAN B. PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK a. Bilangan Latihan Anjuran IPK, 2007-2015 b. Bilangan Peserta Dilatih, 2007-2015 C. PERKEMBANGAN KERJAYA WARGA IPK D. KURSUS ANTARABANGSA: KOLABORASI ANTARA IPK DENGAN AGENSI DALAM DAN LUAR NEGARA i. MTCP-EIMP ii. Asean Risk Communication: Train Of Trainers iii. Advance Leadership Programme E. KURSUS KOLABORASI IPK DENGAN AGENSI DI BAWAH KKM ii. Kursus 'International Health Regulation 2005' @ IHR 2005 iv. Kursus Aplikasi MyTB (Versi 2.0 ) vi. Pengurusan Asas bagi Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan (MO I/C) F. TALENT GROOMING PROGRAMME

LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

  • Upload
    voquynh

  • View
    259

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN PERKEMBANGAN KERJAYA

WARGA IPK

Kandungan

A. PENDAHULUAN

B. PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK

a. Bilangan Latihan Anjuran IPK, 2007-2015

b. Bilangan Peserta Dilatih, 2007-2015

C. PERKEMBANGAN KERJAYA WARGA IPK

D.

KURSUS ANTARABANGSA: KOLABORASI ANTARA IPK DENGAN AGENSI DALAM DAN LUAR NEGARA

i. i. MTCP-EIMP

ii. Asean Risk Communication: Train Of Trainers

iii. Advance Leadership Programme

E. KURSUS KOLABORASI IPK DENGAN AGENSI DI BAWAH KKM

i. ii. KKK Kursus 'International Health Regulation 2005' @ IHR 2005

iii. iv. Kursus Aplikasi MyTB (Versi 2.0 )

v. vi. Pengurusan Asas bagi Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan (MO I/C)

F. TALENT GROOMING PROGRAMME

Page 2: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

A. PENDAHULUAN

Dalam usaha memastikan KKM mempunyai tenaga kerja yang berpengetahuan (K-Worker) serta berkemahiran yang seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa kini maka Institut Pengurusan Kesihatan berperanan dan bertanggungjawab merangka dan menjalankan beberapa latihan dan siri ceramah yang merangkumi pelbagai topik pengurusan kesihatan serta menawarkan pelbagai kursus untuk semua peringkat pengurusan dan perjawatan.

Bermula pada tahun 2014, IPK telah diberi mandat oleh Ketua Pengarah Kesihatan untuk membangunkan program Talent Grooming atau ringkasnya TGP. Ia merupakan salah satu initiatif bagi melahirkan bakal pemimpin yang berkaliber dan mempunyai karisma yang tinggi bagi merekayasa organisasi yang dipimpin seiring dengan transformasi kerajaan dan negara. Sehingga kini seramai 53 orang pegawai telah terpilih untuk mengikuti program tersebut setelah melalui beberapa tapisan kelayakan dan mereka ini dikenali sebagai “Talent”. Manakala seramai 16 orang pegawai senior telah dilantik sebagai Panel Penilai dan seramai 16 orang pegawai telah dikenalpasti sebagai fasilitator kepada setiap talent tersebut.

Dalam Pelan Pembangunan Strategik IPK, sasaran latihan bagi warga KKM adalah sekurang-kurangnya seramai 2500 peserta setahun. Bagi mencapai sasaran tersebut beberapa usaha yang kreatif telah dilaksanakan seperti menjalankan latihan secara kolaborasi dengan agensi lain di bawah KKM atau agensi luar sama ada di peringkat national mahupun antarabangsa. Ini seiringan dengan arahan kerajaan semasa di mana menekankan perbelanjaan berhemah bagi penjimatan wang kerajaan agar latihan dijalankan di fasiliti kerajaan sedia ada. Justeru IPK sentiasa membuka peluang untuk perkongsian pintar bersama agensi yang berminat.

B. PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK

(a) Bilangan latihan, 2007 – 2015

Pada tahun 2015, IPK telah menjalankan sebanyak 72 kursus anjuran IPK dan kolaborasi yang merangkumi 4 bidang utama iaitu:

Leadership Development And Organizational Governance Research Enhancement Supervisory Development Professional And Personal Development

Page 3: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Rajah 1: Bilangan keseluruhan latihan yang dilaksanakan (2007 – 2015)

(b) Bilangan Peserta (2007 – 2015)

Bagi mencapai sasaran IPK untuk melatih peserta seramai 2500 orang setiap tahun, beberapa jalinan kerjasama dengan agensi di bawah KKM dan luar telah dimeterai. Melalui kolaborasi dan perkongsian pintar dengan agensi lain, sasaran tersebut telah dapat dicapai. (Rajah 2)

Rajah 2 : Bilangan Peserta Kursus Anjuran IPK dan Kolaborasi, 2007 – 2015

0

10

20

30

40

50

60

70

80

2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

71 63

75 71

53

42 42

52

72

0

1000

2000

3000

4000

5000

2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

2512 2153

2890 2553

3063 3064

4005

3358 3547

Page 4: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

C. PERKEMBANGAN KERJAYA WARGA IPK

IPK bukan sahaja merancang latihan/kursus untuk warga KKM sahaja. Seramai 78 warga IPK turut diberi peluang untuk melengkapkan sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun untuk seorang warga kerja. Untuk tahun 2015, seramai 77 warga kerja tetap IPK telah mengikuti kursus dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 98.7%. Seorang wargakerja IPK tidak dapat memenuhi 7 hari kursus kerana bercuti tanpa gaji.

Antara pendekatan yang telah dilaksanakan oleh IPK bagi memastikan pencapaian 7 hari kursus 100% adalah dengan menjalankan kursus generik di IPK. Selain dari wargakerja, IPK turut mempelawa wargakerja di bawah NIH dan Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan untuk menghantar peserta mereka. Pendekatan ini turut membantu jabatan seperti Hospital, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Pergigian Daerah meningkatkan peratusan wargakerja jabatan yan tidak mencapai sasaran hadir kursus 7 hari setahun akibar kekangan peruntukan latihan di PTJ masing-masing.

D. KURSUS ANTARABANGSA: KOLABORASI ANTARA IPK DENGAN AGENSI DALAM DAN LUAR NEGARA

Bermula tahun 2007, IPK telah berkolaborasi dengan beberapa agensi dalam dan luar

Negara. Antara kursus-kursus secara kolaborasi yang pernah dijalankan adalah seperti berikut :

I. Malaysian Technical Cooperation Programme-Epidemiology Intelligence Management Programme (MTCP-EIMP)

Kursus MTCP-EIMP telah ditawarkan kepada peserta luar negara sejak tahun 2007 dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (Sekretariat MTCP) selaku penyelaras dan pembiaya peruntukan bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Ia bertujuan bagi memperkukuhkan peranan Malaysia dalam kerjasama Negara Selatan-Selatan dan hubungan dua hala terutama yang berkaitan dengan isu-isu pembangunan dan perkongsian pengalaman serta kepakaran dan peningkatan kualiti sumber manusia di kalangan Negara-negara ahli. Bagi menjayakan kursus tersebut, IPK bekerjasama dengan Bahagian Kawalan Penyakit, Institut Penyelidikan Perubatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Pada tahun 2014 seramai 15 peserta dari 8 buah Negara telah mengikuti program latihan tersebut iaitu: Egypt (2), Gambia (2), Mongolia (3), Philipines (1), Singapura (1), Sudan (3), Uzbekistan (1), Yemen (2). Ini menjadikan jumlah keseluruhan peserta kursus sejak tahun 2007 adalah seramai 168 orang dari 58 buah Negara.

Page 5: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Sejajar dengan fokus utama iaitu epidemiologi dan pengurusan maka kursus ini bertujuan untuk memperkukuhkan aktiviti epidemiologi dan kawalan penyakit serta meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kawalan wabak penyakit dan pengawasan kesihatan awam. Pada tahun 2011-2013, fokus latihan menjurus kepada kemahiran di makmal. Oleh yang demikian, Makmal Kesihatan Awam Sg Buloh dipilih menjadi pusat bagi meningkatkan kemahiran aktiviti di makmal. Ini selaras dengan semangat kerjasama Negara ASEAN di mana Malaysia adalah penyelaras bagi memperkukuhkan keupayaan makmal di kalangan Negara-negara anggota.

Di samping kuliah dan kerja-kerja berkumpulan, lawatan sambil belajar ke Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan serta Hospital turut diadakan. Ini secara tidak langsung berkongsi dengan peserta organisasi kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat perkhidmatan.

Walau bagaimanapun Kementerian Dalam Negeri menangguhkan kursus ini untuk tahun 2015 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

II. Asean Risk Communication: Train Of Trainers

Kursus ini merupakan kolaborasi IPK dengan Bahagian Kawalan Penyakit dan Institut

Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) bermula pada tahun 2012. IPTK

merupakan ASEAN Collaborating Center bagi Risk Communication. Usahasama ini

merupakan perkongsian tanggungjawab di mana IPK meyediakan fasiliti latihan dan

penginapan manakala yang lain menyediakan modul kursus serta pakar rujuk. Ini

secara tidak langsung telah memperkenalkan IPK kepada Negara ASEAN. Pada

tahun 2014 seramai 32 orang peserta telah mengikuti latihan tersebut di mana 14

orang peserta adalah dari Negara ASEAN dan selebihnya dari Malaysia. Kebanyakan

peserta merupakan pegawai yang terlibat dalam kesihatan awam, pendidikan serta

promosi kesihatan. Walau bagaimanapun IPK tidak menganjurkan kursus ini bagi

tahun 2015.

III. Kursus Advance Leadership Programme

Pada tahun 2015, IPK selaku Sekretariat TGP dan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan telah berkolaborasi dengan Royal College of Physician (RCP), London serta Newcastle University of Medicine Malaysia dalam menganjurkan kursus Advanced Leadership Programme yang diadakan di IPK dari 5 - 9 Oktober 2015. Pada julung kalinya kursus ini telah dihadiri bukan sahaja oleh pakar klinikal dari Program Perubatan malah pegawai teknikal kesihatan daripada 5 program lain. Seramai 33 pegawai teknikal kesihatan telah menghadiri kursus lima hari tersebut. Modul yang disampaikan oleh RCP ialah Achieving Excellence as A Medical Leader dan Leadership Excellence And Performance Appraisal. Dalam modul Achieving Excellence as A Medical Leader, peserta terutamanya pakar klinikal diajar untuk mempertingkatkan skil untuk memilih dan menggunakan cara pengajaran klinikal dan bukan klinikal yang sesuai dan efektif, menggunakan model feedback

Page 6: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

yang berkesan serta mempunyai strategi bagi membantu pelatih yang mempunyai prestasi yang kurang memuaskan. Bagi modul Leadership Excellence And Performance Appraisal yang juga melibatkan talent dan fasilitator TGP, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam mengenali corak kepimpinan dan strategi yang efektif untuk organisasi, menghasilkan pelan perkembangan professional terutamanya mengenai kepimpinan serta mempraktikan teknik appraisal yang berkesan. Kursus ini mendapat maklumbalas positif daripada peserta.

IV. 11TH MOH-AMM SCIENTIFIC MEETING (INCORPORATING THE 18TH NIH

SCIENTIFIC AND ANNUAL ETHICS SEMINAR)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Akademi Perubatan Malaysia (AMM) telah menganjurkan 11th MOH-AMM Scientific Meeting (Incorporating The 18th NIH Scientific and Annual Ethics Seminar) pada 12-14 Ogos 2015. Tema persidangan pada tahun ini adalah "Major Incident & Disaster Management: Bridging the Gap". Acara ini dikendalikan secara bersama oleh institusi-institusi di bawah Institut Kesihatan Negara (NIH) dan AMM. Institut yang terlibat adalah Institut Pengurusan Kesihatan (IPK), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IPSK), Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) dan Pusat Penyelidikan Klinikal Kebangsaan (NCRC).

Institut Pengurusan Kesihatan (IPK) merupakan tuan rumah untuk acara ini. Persidangan ini diadakan dengan tujuan untuk menyebarkan dan berkongsi maklumat penyelidikan serta membina jalinan kerjasama dan interaksi antara penyelidik kesihatan dan pihak berkepentingan yang lain.

Seramai 809 orang peserta daripada luar dan dalam Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri, institusi-institusi di bawah NIH, badan bukan kerajaan dan badan-badan bebas telah menghadiri persidangan ini. YB Menteri Kesihatan Malaysia, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, telah merasmikan persidangan ini pada 13 Ogos 2015. Pada majlis perasmian tersebut juga, pelancaran "Jurnal Pengurusan Kesihatan (Edisi Khas) Bencana Banjir Besar Disember 2014-Januari 2015" dan "Guidelines for the Use of Human Biological Samples for Research" telah diadakan.

Sebanyak 122 poster telah diterima dan disemak oleh Jawatankuasa Saintifik

persidangan kali ini untuk dipamerkan sepanjang persidangan. Daripada 122, 15

poster adalah berkaitan dengan pengurusan bencana terutama banjir. Walau

bagaimanapun, tujuh poster telah menarik diri secara sukarela daripada

pertandingan. Lima poster telah dipilih sebagai poster terbaik dan setiap pemenang

menerima wang tunai berjumlah RM500 dan sijil penghargaan.

Page 7: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Selain itu, sebanyak 27 poster daripada Projek Penyelidikan Sistem Kesihatan

Malaysia (Malaysian Health System Research Project-MHSR) telah dipamerkan

kepada orang ramai pada persidangan ini. Kerajaan Malaysia dan Kementerian

Kesihatan Malaysia telah melantik Kumpulan Penasihat Kanan (SAT) dari Universiti

Harvard untuk bekerjasama dalam projek Sistem Penyelidikan Kesihatan Malaysia

(MHSR). Komponen utama yang MHSR adalah perkongsian pengetahuan dan

pemindahan teknologi serta membina dan memperkukuh kemahiran di kalangan

penyelidik Malaysia dalam bidang penyelidikan kesihatan. Setiap kumpulan kajian

dan penganalisis mempamerkan poster mereka sendiri berkaitan dengan aktiviti

penyelidikan dan metodologi kajian masing-masing.

Empat sesi plenari dan enam simposium dengan sejumlah 20 penceramah telah

dijalankan sepanjang persidangan ini. Penceramah yang dijemput merangkumi

pakar-pakar daripada organisasi kerajaan, badan bukan kerajaan dan berkanun serta

sektor kesihatan swasta. Setiap plenari dipengerusikan oleh Pengarah daripada

setiap institut penyelidikan di bawah NIH dan juga wakil daripada AMM. Kebanyakan

peserta sangat berpuas hati dengan topik yang dibentangkan dan maklum balas

yang diberikan juga adalah baik.

National Ethics Seminar telah dianjurkan selari dengan persidangan kali ini dengan

tujuan untuk mendedahkan semua profesional yang terlibat dalam penjagaan

kesihatan berkaitan dengan etika dalam rutin pekerjaan mereka, memantau prestasi

penjagaan kesihatan serta disiplin dalam mempraktikkan amalan etika yang betul.

Tokoh Olimpik Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Dr M. Jegathesan telah dipilih untuk

menyampaikan amanat beliau dalam segmen yang dikhaskan untuk beliau, Tunku

Abdul Rahman Address. Beliau banyak berkongsi tentang pengalaman dan etika

dalam bersukan mengikut perspektif beliau sendiri.

E. KURSUS KOLABORASI IPK DENGAN AGENSI DI BAWAH KKM

Sejajar dengan peranan IPK sebagai sebuah institusi latihan bagi KKM, maka kolaborasi dengan agensi di bawah KKM amat digalakkan dengan perkongsian bijak di mana pembiayaan latihan dikongsi bersama selain menyahut seruan kerajaan dalam perbelanjaan berhemah agar latihan dijalankan di fasiliti kerajaan.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut sejak tahun 2008 IPK telah berkolaborasi dengan Jabatan Kesihatan Awam dalam menjalankan beberapa kursus. Antaranya :

i. Kursus 'International Health Regulation 2005' @ IHR 2005 ii. Kursus Aplikasi MyTB (Versi 2.0 ) iii. Pengurusan Asas bagi Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Yang Menjaga Klinik

Kesihatan (MOIC) iv. Pemantapan Tadbir Urus dan Kepimpinan Pegawai Kesihatan Daerah v. Kursus Profesionalism di kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP)

Page 8: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

1. Kursus 'International Health Regulation 2005'

Kursus International Health Regulation 2005 atau singkatannya IHR merupakan salah satu aktiviti kolaborasi antara Institut Pengurusan Kesihatan dengan Sektor Kesihatan Antarabangsa, Bahagian Kawalan Penyakit. Pegawai Penyelaras kursus dari IPK adalah Dr. Nor Filzatun Binti Borhan dan Dr. Norhayati Binti Rusli pula merupakan penyelaras bersama dari Sektor Kesihatan Antarabangsa, Bahagian Kawalan Penyakit KKM.

Kursus IHR mula dianjurkan pada tahun 2008 dan diteruskan sehingga tahun 2015 dengan peruntukan di bawah Bahagian Kawalan Penyakit. IPK menyediakan kemudahan latihan serta penginapan bagi peserta. Kursus ini diadakan sebanyak 2 kali setahun dan berlangsung selama 3 hari. Kumpulan sasar terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) bagi tujuan memberi pendedahan dan maklumat terkini kepada pegawai terlibat berkaitan 'International Health Regulation 2005'. Sepanjang tujuh (7) tahun penganjuran kursus tersebut, seramai 480 orang pegawai telah mendapat latihan.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam kursus tersebut adalah peningkatan ilmu dan kemahiran berkaitan Risk Communication, Aktiviti Pemeriksaan Kapal di Pelabuhan, Aktiviti Kesihatan Awam Di Lapangan Terbang, Apsed Surveilance, Response And Mysed dan Decision Tree. Teknik pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan agar sesuai dengan pembelajaran dewasa seperti melaksanakan aktiviti dalam kumpulan serta pembentangan hasil perbincangan.

Senarai Bilangan Peserta Bagi Kursus International Health Regulation 2005@IHR @ IHR (2008 – 2015)

Tahun Tarikh Kursus Peserta Tahun Tarikh Kursus Peserta

2008 23-25 Mac 14 2012

2-4 Mei 35

2009

17-19 Jun 30 6-8 November 33

28-30 Jun 31 2013

28-30 April 32

11-13 November 30 8-10 Disember 25

2010 26-28 April 31

2014 16-18 Jun 35

20-22 Disember 40 7-9 Disember 35

2011 23-25 Oktober 39 2015 15 – 17 Jun 35

19-21 Disember 35

JUMLAH 250 JUMLAH 230

JUMLAH KESELURUHAN 480

Page 9: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

2. Kursus Aplikasi MyTB (Versi 2.0 )

Kursus Aplikasi MyTB (Versi 2.0) mula dijalankan di IPK pada tahun 2012. Kebiasaannya kursus ini dijadualkan sebanyak 2 kali setahun dan berlangsung selama 3 hari. Kumpulan sasar terdiri daripada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan (PPP), Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) bagi tujuan memberi tunjuk ajar secara hands-on kepada pegawai-pegawai yang terlibat dari Unit Tibi bagi proses kemasukan data serta penjanaan laporan pesakit Tibi di seluruh Malaysia. Prosedur ini bagi memudahkan proses rekod dan pemantauan aktiviti kawalan Penyakit Tibi. Setelah empat (4) tahun kursus ini dijalankan seramai 193 orang pegawai dari Unit Tibi KKM di seluruh Malaysia telah mengikuti kursus ini.

Sepanjang kursus tersebut, peserta telah diberi tunjuk ajar oleh pegawai daripada Bahagian Kawalan Penyakit JKN Sabah kerana pengalaman dan kepakaran mereka dalam pengendalian server sistem MyTB (Versi 2.0) dalam aktiviti kawalan Penyakit TB.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama yang amat baik daripada semua pihak yang terlibat.

Senarai Bilangan Peserta Kursus Aplikasi MyTB Versi 2.0 (2012 – 2015)

Tahun Tarikh Kursus Bil. Peserta

2012

9-11 Oktober 2012 30

23-25 Oktober 2012 30

2013

24-26 Jun 2013 25

29 Sept-1 Oktober 2013 30

2014

29 Sept – 10 Oktober 2014

25

15 – 17 Disember 2014

26

2015 1 – 3 September 2015 27

JUMLAH 193

Page 10: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

3. Kursus Pengurusan Asas Bagi Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan (MOIC)

Penganjuran kursus secara kolaborasi dengan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK) KKM telah dijalankan semenjak tahun 2011. Ia melibatkan Kursus Pengurusan Asas Bagi Pegawai Perubatan Dan Kesihatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan (MOIC). Tujuan kursus tersebut dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Perubatan yang dilantik sebagai Pegawai Yang Menjaga Klinik Kesihatan tentang asas pengurusan sesebuah organisasi. Ini memandangkan kebanyakan mereka masih baru dalam perkhidmatan dan kurang pengalaman.

Pembangunan modul latihan adalah usahasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan IPK. Pemilihan peserta ditentukan oleh BPKK kerana mereka mempunyai database kumpulan sasar tersebut. Kursus tersebut dijalankan sebanyak dua kali setahun dengan sasaran memastikan kesemua Pegawai Perubatan dan Kesihatan Yang Menjaga Klinik Kesihatan diberi latihan yang berkaitan dalam tempoh 3-5 tahun. Namun pada tahun 2014 dan 2015 hanya satu sesi latihan dapat dijalankan.

Kandungan latihan meliputi dua aspek utama iaitu penjagaan kesihatan primer dan kepimpinan serta tadbir urus sesebuah klinik. Antara kandungan latihan adalah penekanan terhadap Sistem Penjagaan Kesihatan Malaysia terutamanya penjagaan kesihatan primer termasuk aktiviti, cabaran dan halatuju, pengurusan bencana dan wabak serta Program Kepastian Kualiti bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu aktiviti kesihatan. Selain itu, mereka juga didedahkan tentang kepimpinan dan asas tadbir urus seperti ciri-ciri pemimpin dan jenis kepimpinan; pekeliling kerajaan (PKPA dan perbendaharaan), pengurusan sumber, kewangan, aset dan tenaga kerja; penglibatan dengan komuniti dalam aktiviti kesihatan setempat serta kemahiran berhemah selaras dengan Penerapan Budaya Korporat KKM.

Pada tahun tahun 2015, seramai 35 orang pegawai telah hadir dan dilatih berkaitan asas pengurusan kepimpinan. Sehingga kini sejumlah 226 orang pegawai perubatan terlibat telah dilatih. Sepanjang kursus tersebut, peserta telah didedahkan dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan sebagai seorang ketua yang menjaga klinik. Tenaga pengajar terdiri daripada pakar daripada BPKK dan IPK sendiri.

Dengan sedikit pendedahan tersebut akan memudahkan urusan mereka sebagai ketua serta mengetahui selok belok menjadi pengurus dan pemimpin yang berkaliber terutama dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan primer amnya serta memenuhi kepuasan pelanggan.

Page 11: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Senarai Bilangan Peserta Kursus Pengurusan Asas Bagi pegawai Perubatan dan Kesihatan Y/M di Klinik Kesihatan(MOIC) 2011 – 2015

Tahun Tarikh Bil. Peserta

2011 12 - 14 Disember 28

2012

14 – 16 Mei 32

17 - 20 Julai 21

2013

19 – 21 Mac 36

20 – 22 Mei 43

2014 10 – 12 Mac 31

2015 26 – 28 Mei 35

JUMLAH 226

4. Pemantapan Tadbir Urus dan Kepimpinan Pegawai Kesihatan Daerah

Kursus ini mula dilaksanakan di IPK pada tahun 2013. Tujuan utama kursus ini dijalan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dalam kepimpinan serta tadbir urus sebagai pegawai Kesihatan Daerah. Sasaran peserta adalah dikalangan Pengurusan dan Profesional Gred UD54 dan ke atas. Selain itu, Pegawai Kesihatan Daerah juga dapat menambah pengetahuan dan kemahiran sumber manusia, kewangan, perolehan dan aset. Kursus ini juga dapat memperkukuhkan kemahiran dalam hubungan interpersonal dan komunikasi positif seiringan dengan Penerapan Budaya Korporat KKM.

Pada tahun 2014, kursus ini diadakan dua kali atas pemintaan yang tinggi dari peserta kursus. Bilangan keseluruhan peserta bagi kursus ini sehingga 2014 adalah seramai 81 orang.

Walau bagaimanapun kursus ini tidak dijalankan pada tahun 2015 atas sebab ketiadaan tarikh yang bersesuaian.

Page 12: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

BILANGAN PESERTA KURSUS PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN KEPIMPINAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH (2013 – 2014)

Tahun Tarikh Kursus Bil. Peserta

2013 11 – 13 Mac 2013 11

2014 4 – 6 Mac 2014 35

1 - 3 April 2014 35

JUMLAH 81

5. Kursus Profesionalism di kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP)

Kursus Profesionalism di kalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) merupakan kursus baru yang dijalankan mulai tahun 2015. Kumpulan sasaran adalah dikalangan Pegawai Kesihatan Persekitaran pelbagai gred. Ianya dijalankan selama dua hari. Objektif kursus ini adalah untuk pemahaman tentang ciri-ciri kepimpinan yang mampan dan berintegriti kearah tadbir urus yang lestari. Ianya juga mendedahkan teknik coaching bagi meningkatkan kemahiran komunikasi sebagai pemimpin. Teknik piawaian kualiti digunakan semasa membuat sesuatu keputusan dan menyelesaikan masalah. Selain itu ianya dijalankan bagi mendayaupayakan bakat sebagai pemimpin dan wargakerja yang dedikasi. Kumpulan pertama kursus ini telah dihadiri seramai 38 peserta.

BILANGAN PESERTA KURSUS PROFESIONALISM DI KALANGAN

PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PKP)

Tahun Tarikh Kursus Bil. Peserta

2015 1 – 2 Oktober 2015 35

JUMLAH 35

Page 13: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

F. PROGRAM TALENT GROOMING (TGP)

Talent Grooming Programme for Technical Healthcare Professionals (TGP) adalah satu

inisiatif baru,hasil cetusan idea daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, YBhg.

Datuk Dr. Hisham bin Abdullah untuk mewujudkan satu program khusus yang

sistematik.

Program ini dirangka bagi mengenalpasti dan mengembangkan potensi kepimpinan di

kalangan profesional kesihatan yang berpotensi menjadi pemimpin pada masa hadapan,

seterusnya memainkan peranan besar dalam meningkatkan prestasi sistem kesihatan

dan taraf kesihatan penduduk melalui kepimpinan kesihatan yang berkesan. Program ini

adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2006: PANDUAN MEWUJUDKAN

SEARCH COMMITTEE DAN PROSES PELAKSANAAN PELAN PENGGANTIAN (SUCCESSION

PLANNING). Penyertaan terbuka kepada semua pegawai teknikal di Kementerian

Kesihatan Malaysia dengan Gred 41 ke atas.

Sebagai permulaan, program ini diletakkan di bawah bidang kuasa Timbalan Ketua

Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) dan Institut Pengurusan

Kesihatan (IPK/IHM) berperanan sebagai Sekretariat program dengan menggunakan

sumber dan peruntukan sedia ada daripada setiap program.

Program ini telah dijadikan sebagai KPI/ indikator bagi Indeks Baru Sistem Star Rating

KKM (MAMPU) di mana Struktur Pelan Penggantian yang dilaksanakan secara sistematik

(bagi mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bil. 03/2006: Panduan Mewujudkan Search

Committee dan Proses Pelaksanaan Pelan Penggantian – 5 indikator) serta meliputi

Penilaian Keberkesanan program pembangunan kepimpinan (nurturing leadership skill

programmes), juga tindakan penambahbaikan, merujuk kepada pekeliling yang sama.

Selain itu, TGP juga telah diangkat sebagai salah satu Inisiatif Transformasi

Perkhidmatan Awam KKM (JPA): Teras 1 – Mendaya upaya Bakat (2 indikator) mulai

tahun 2015.

Program ini bersifat dinamik, anjal serta penambahbaikan berterusan akan memastikan

kelestariannya. Pegawai yang berkelayakan memasuki program ini perlu melalui

beberapa lapisan saringan sebelum terpilih sebagai talent. Keunikan program ini adalah

ia tiada peperiksaan atau kekangan masa. Antara kelayakan yang diperlukan adalah

purata markah LNPT bagi tiga tahun berturut-turut melebihi 90%; purata mata CPD bagi

tahun sebelumnya melebihi 50 dengan sekurang-kurangnya 10 mata daripada seksyen

A5, A6, A11, B1 atau kombinasi jumlah mata seksyen tersebut dan mendapat

rekomendasi daripada proposer/referee atau ketua masing-masing. Selain itu, calon

perlulah sihat fizikal dan mental, mempamerkan kualiti kepimpinan, bebas daripada

tindakan disiplin dan tatatertib serta bermotivasi tinggi. Mereka dikehendaki untuk

bekerja secara independent dan bersedia berkhidmat di mana jua bagi menjalani latihan

sangkut atau menerima tanggungjawab yang lebih besar.

Page 14: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Bagi calon yang telah menepati criteria kemasukan tersebut, mereka seterusnya akan

melalui proses pengenalpastian dan pemilihan. Di samping itu, mereka juga dikehendaki

menjalani ujian personality secara atas talian (JPA), penilaian kendiri dan penilaian

supervisor.

Pengambilan pertama talent bermula pada Jun 2014 dengan 16 orang wakil daripada

semua program di KKM telah dipilih. Sehingga kini, terdapat 4 kohot talent TGP daripada

pelbagai program yang telah dipilih memasuki program ini. Berikut merupakan ringkasan

jumlah talent yang dipilih sehingga kini:

PROGRAM Kohort 1 Kohort 2 Kohort

3 Kohort 4 JUMLAH

PERUBATAN 8 4 5 4 21

KESIHATAN AWAM 4 4 6 4 18

PENYELIDIKAN &

SOKONGAN TEKNIKAL 1 1 3 5 10

PERGIGIAN 2 6 0 3 11

FARMASI 1 4 3 0 7

KESELAMATAN &

KUALITI MAKANAN 0 0 1 1 2

16 19 18 17 70

Page 15: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Berikut merupakan butiran pemilihan talent mengikut negeri dan tempat bertugas:

Kohort

1

Kohort 2 Kohort

3

Kohort 4 JUMLAH

Ibu Pejabat KKM 6 7 2 5 20

NIH 0 0 3 3 6

WPKL/Putrajaya 0

0 2 0 2

Perlis 0 0 0 0 0

Kedah 1

1 0 1 3

Pulau Pinang 4 1 0 1 6

Perak 1

0 0 0 1

Selangor 3

4 1 1 9

Negeri Sembilan 0

0 3 0 3

Melaka 0

1 1 0 2

Johor 0

2 3 3 8

Pahang 0

1 0 0 1

Terengganu 0

0 1 3 4

Kelantan 0

2 1 0 3

Sarawak 0 0 1 0 1

Sabah/Labuan 1

0 0 0 1

16 19 18 17 70

Page 16: LAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN · PDF fileLAPORAN PENCAPAIAN LATIHAN ANJURAN IPK DAN ... kementerian kesihatan dan fasiliti di setiap peringkat ... dalam bersukan mengikut

Rangka latihan TGP merangkumi 5 aspek utama iaitu kepimpinan (leadership), kebolehan tadbir

urus (organizational governance), kebolehan komunikasi dan perhubungan (communication

skills and relationship), nilai-nilai kendiri (personal values) dan nilai-nilai professional

(Professional Values). Struktur latihan bagi setiap talent mengambil kira tahap kompetensi

mereka di dalam aspek-aspek yang disebutkan di atas. Sebagai tambahan kepada semua aspek

tersebut, setiap talent perlu terlibat dalam satu projek penyelidikan yang telah ditentukan

mengikut program dan bidang tugas masing-masing serta menerbitkan laporan teknikal hasil

daripada kajian tersebut.

Sementara itu, untuk mendedahkan talent dengan tokoh-tokoh handalan di Malaysia, TGP

Inspirational Leadership Podium telah dirangka untuk diadakan 3 bulan sekali bertempat di

Institut Pengurusan Kesihatan. Untuk tahun 2015, beberapa tokoh telah berkongsi pengalaman

dengan talent TGP termasuklah Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Nadzmi Salleh serta Tan Sri

Jemilah Mahmood.

Disediakan :

Unit Latihan dan Logistik

2016