Upload
mohd-taufik-bin-abd-rashid
View
1.010
Download
52
Embed Size (px)
Citation preview
DEFINISI PENDAWAIAN DOMESTIK
Dalam sistem kehidupan manusia yang serba canggih ini, penggunaan alat
elektrik dan elektronik semakin meluas. Di samping ia telah menjadi satu alat penting
bagi melicinkan perjalanan kerja harian dan penggunaan tenaga elektrik tidak dapat
dielakkan lagi. Untuk mengalirkan tenaga elektrik tersebut ia memerlukan suatu medium
bagi membenarkan arus elektrik melaluinya. Jadi bagi penggunaan tenaga elektrik di
rumah memerlukan suatu pendawaian yang bersistematik dan bersesuaian dengan
keperluan di rumah dan pengguna. Pendawaian yang bersistematik diperlukan untuk
memudahkan pengiraan kos bahan, merancang pendawaian, memudahkan pemilihan
kaedah yang diperlukan dan memudahkan kaedah penyenggaraan.
Di Malaysia khususnya, bekalan kuasa yang disediakan oleh pihak berwajib
kepada rumah kediaman adalah 240volt/50hz dan perbezaan toleransinya hanya adalah
0.25%. Semua perkakasan elektrik yang digunakan adalah ditetapkan oleh pihak berwajib
iaitu JABATAN BEKALAN ELEKTRIK (JBE). Di mana bekalan masukan bagi setiap
set adalah bernilai 240volt dan 50hz. Semua set peralatan elektrik yang dipasangkan di
negara kita atau yang diimport dari luar hendaklah diselaraskan masukan voltannya
supaya ia dapat memudahkan pihak pengguna.
Proses penghantaran tenaga elektrik pula dikendalikan oleh Tenaga Nasional
Berhad (TNB). Ini adalah bagi menampung keperluan pengguna. Jadi, pendawaian
domestik iaitu melalui kaedah pembuluh PVC dan Kondiut adalah salah satu sistem
pendawaian yang bersistematik bagi memastikan sesuatu pendawaian itu memenuhi
spesifikasi yang dibenarkan. Ianya juga dijamin selamat.
Antara pendawaian domestik ialah pendawaian pembuluh logam dan pembuluh
bukan logam. Terdapat pelbagai jenis pembuluh logam antaranya termasuk keluli tolok
ringan, keluli boleh lentur, aluminium dan kuprum. Pendawaian pembuluh bukan logam
atau pendawaian pembuluh PVK ialah satu sistem yang menggunakan pembuluh PVK
bagi menyokong kabel pendawaian dan dipasang terus ke dinding atau secara
http://tangkapgambar.blogspot.com/
tersembunyi.Kabel PVK dimasukkan ke dalam pembuluh. Pembuluh digunakan sebagai
pelindung makanikal dan dicengkam menggunakan pelana (saddle) dan bar atau klip U
(U-clip). Pendawaian-pendawaian jenis ini juga menggunakan aksesori pendawaian dan
alat tambah.Pendawaian jenis ini biasanya digunakan di tempat-tempat yang mana tahap
kerosakan mekanikal tidak terlalu tinggi.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
LAPORAN AMALI PENDAWAIAN TIGA FASA
Tajuk: PENDAWAIAN TIGA FASA
Objektif :
Merancang kerja amali
Menyiapkan pendawaian litar kawalan aircond
Menguji litar pendawaian
Bahan :
Kabel 1.5 mm/1.25 mm
Kotak Agihan (Distrubution Board) – MCB,, RCCB dan isolator
Suis kawalan aircond.
Alatan / Kelengkapan :
Playar Muncung Tirus, Playar Muncung Panjang, dan Playar Gabung.
Pembaris meter
Pelucut Dawai.
Pena Ujian.
Gerudi Tanpa Kord.
Pemutar Skru Kepala Rata & Philips..
Kotak Alatan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Arahan Kerja :
Sediakan alatan dan bahan yang diperlukan untuk amali pendawaian tiga fasa.
Instructor membuat penerangan kepada pelajar lain tentang pendawaian tiga fasa.
Pelajar lain diminta untuk memahami litar , gambar rajah dan arahan yang
diberikan.
Tempat pendawaian dirancang terlebih dahulu sebelum memulakan kerja
pendawaian tiga fasa.
Setelah perancangan pendawaian selesai, wayar perlu dipotong mengikut ukuran
yang telah ditetapkan.
Pendawaian dilakukan mengikut gambarajah litar skematik pendawaian tiga fasa
yang disediakan.
Kemudian, wayar hendaklah disusun dengan kemas, teratur dan tegang.
Pengujian perlu dilakukan terhadap litar tersebut bagi memastikan keselamatan
kepada pengguna dan alatan yang akan digunakan antara pengujian yang perlu
dijalankan adalah pengujian keterusan litar akhir, keterusan pengalir pelindung,
penebatan, kekutuban, keberkesanan pembumian, dan pemeriksaan visual.
BAHAN YANG DIGUNAKAN
KABEL
Jumlah panjang kabel yang diperlukan untuk membuat pendawaian seperti yang
ditunjukkan dalam jadual dibawah :
Bil. Saiz kabel (mm) Warna Panjang (mm)
1. 1.25 mm (PVC) Hijau 2900 mm
2. 1.25 mm (PVC) Biru 2900 mm
3. 1.25 mm (PVC) Hitam 2900 mm
5. 1.25 mm (PVC) Kuning 2900mm
6 1.25 mm (PVC) Merah 2900mm
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Saiz kabel yang digunakan adalah bersesuaian dengan had kendalian arus atau beban
yang akan digunakan.
GAMBARAJAH
Gambarajah litar pendawaian 3 FASA
http://tangkapgambar.blogspot.com/
ISOLATOR RCCB MCBLITAR
KAWALAN SUIS
N R Y B
PERBINCANGAN
1. Terdapat 4 dawai utama dalam pendawaian 3 fasa iaitu:
a) Dawai Merah (Live)
b) Dawai Kuning (Live)
c) Dawai Biru (Live)
d) Dawai Hitam (Neutral)
2. Ketiga-tiga fasa iaitu fasa merah, fasa biru dan fasa kuning membawa voltan
bernilai 415V dan voltan ini hanya dapat diturunkan kepada 240V apabila ada
pengulang iaitu yang dawai neutral yang akan melengkapkan litar pendawaian
3 fasa tersebut.
3. Penggunaan pendawaian 3 fasa akan dapat menjimatkan tenaga elektrik
di mana kuasa lesapan pada kabel pada sesuatu jarak yang tertentu dapat
dikurangkan kerana pendawaian 3 fasa melibatkan voltan yang tinggi iaitu
11kV dan 33kV.
4 Terdapat dua jenis sambungan yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian
3 fasa iaitu:-
a. Sambungan delta - digunakan bila memerlukan voltan yang tinggi.
(Industri).
b. Sambungan bintang atau Y – Digunakan pada pendawaian domestik biasa.
(Rumah Kediaman / Pengguna Voltan Rendah)
http://tangkapgambar.blogspot.com/
SOALAN BERKAITAN
1) Apakah kegunaan sambungan delta?
Sambungan delta digunakan apabila litar akhir pada sesuatu pendawaian
adalah menggunakan voltan tinggi. Sebagai contohnya mesin-mesin yang
digunakan di industri. Dan sambungan delta biasanya digunakan di
industri. Dan nilai rintangan pada setiap beban adalah sama.
2) Apakah kegunaan sambungan bintang?
Sambungan bintang digunakan apabila litar akhir pada sesuatu
pendawaian adalah menggunakan voltan sederhana. Sebagai contohnya
rumah-rumah kediaman. Dan kadaran arus yang diperolehi adalah sama.
3) Nyatakan jenis warna kabel yang biasa digunakan dalam kerja pendawaian
3 fasa.?
a) Dawai merah – dinamakan sebagai fasa merah dan dawai hidup.
b) Dawai kuning – dinamakan sebagai fasa kuning dan dawai hidup.
c) Dawai biru – dinamakan sebagai fasa biru dan dawai hidup.
d) Dawai hitam – dawai neutral.
4) Nyatakan satu kelebihan motor 3 fasa berbanding motor 1 fasa?
Motor 3 fasa lebih cekap.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
TEORI BERKAITAN
1. Pendawaian 3 fasa biasanya dilakukan dengan empat dawai utama dawai merah,
dawai kuning, dawai biru dan dawai neutral.
2. Komponen-komponen dalam pendawaian 3 fasa litar akhir unit penyaman udara
adalah seperti:-
a) Isolator
b) Pemutus litar arus baki (RCCB)
c) Pemutus litar jenis kenit (MCB)
d) Litar akhir aircond
3. Huraian terperinci fungsi setiap komponen-komponen dalam proses kerja pendawaian
3 fasa bagi litar akhir aircond :-
A. Isolator
Isolator adalah digunakan sebagai kawalan utama masukan punca tenaga elektrik
bagi sesebuah rumah kediaman. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk bagi
menyesuaikan keadaan dan penggunaan suis mengikut keperluan.
B. Pemutus litar arus baki (RCCB)
Pemutus litar arus baki (ELCB) digunakan untuk mematikan litar jika berlaku
kebocoran arus ke casisi alatan elektrik.
Ia mempunyai beberapa jenis mengikut kesesuaian iaitu pemutus litar jenis isian
minyak, pemutus litar jenis hembusan gas (SF6), pemutus litar jenis hembusan
udara, dan pemutus litar jenis miniatur.
C. Pemutus litar jenis kenit
Ia digunakan untuk mengawal lebihan arus bagi sejumlah beban mengikut
kadaran arus untuk mengelakkan litar pintas daripada berlaku.Ia mempunyai
http://tangkapgambar.blogspot.com/
beberapa jenis mengikut kadaran arus yang telah ditetapkan iaitu
6A/10A/16A/20A/32A.
.
D. Litar akhir aircond
Sebagai pengujian pada litar.
ALATAN DAN KELENGKAPAN
Pembaris Meter
Saiz yang biasa digunakan ialah 100cm.
Fungsi-fungsinya ialah skala untuk
menentukan ukuran pada alat-alat,membuat
garisan lurus,dan mengukur keratan
permukaan . Pembaris keluli hendaklah
dijaga dengan cermat untuk mengelak
tepinya menjadi sumbing dan senggatannya
menjadi cepat haus.
Pemutar Skru Kepala Rata
Pemutar skru kepala
rata digunakan untuk
memutarkan skru yang
mempunyai kepala
rata. Pemutar skru yang
digunakan
hendaklah mempunyai
bilah yang sama
http://tangkapgambar.blogspot.com/
lebar dan tebal
dengan alur kepala skru.
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Pemutar Skru Philips
Pemutar skru Philips digunakan untuk
memutarkan skru yang mempunyai kepala
berbentuk Philips. Pemutar skru yang
digunakan hendaklah mempunyai bilah yang
sama lebar dan tebal dengan alur kepala
skru.
Pena Ujian
Tukul Warrington
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Pena ujian fungsinya adalah untuk mengesan
kehadiran arus elektrik pada sesuatu jasad. Pena ujian
boleh digunakan untuk mengetat dan melonggarkan
skru yang kecil yang terdapat dalam peralatan
elektronik. Batang pena ujian berpenebat. Bahagian
mata pena ujian berbentuk seperti skru mata bilah.
Pena ujian selamat dan sesuai digunakan untuk
mengesan voltan antara julat 50 V hingga 500 V.
Tukul Warrington digunakan untuk menukul
paku kecil. Tukul Warrington mempunyai kepala
melintang. Berat tukul Warrington yang biasa
digunakan ialah 200g hingga 350g. Bahagian
kepala melintang tukul Warrington digunakan
untuk menukul paku di ruang yang sempit.
Playar Gabung
Playar Pemotong Sisi
Playar Muncung Panja ng
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Playar gabung berfungsi untuk memegang bahan,
memotong dan memintal dawai atu kabel elektrik.
Playar gabung mempunyai dua rahang bergigi untuk
menyepit atau mencengkam batang bulat.
Playar pemotong sisi digunakan untuk
memotong dawai atau kabel sahaja. Rahangnya
yang pendek dan tajam sesuai untuk memotong
dawai dan kabel dengan mudah.
Playar muncung panjang digunakan untuk
memegang dan membentuk benda kecil,
memotong dawai elektrik dan melakukan kerja
di ruang sempit.
Pelucut Dawai
Gerimit
Gerudi Tanpa Kord
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Pelucut dawai berfungsi untuk melucut penebat
kabel elektrik. Pelucut dawai juga boleh
digunakan untuk memotong dawai.
Gerimit dibuat daripada besi. Mata gerimit
berbentuk seperti skru. Gerimit digunakan
untuk membuat lubang pada kayu bagi
memandu skru.
Gerudi tanpa kord menggunakan bateri. Ia
digunakan untuk kerja ringan seperti
menggerudi papan litar bercetak, dan
memasang skru pada wiring bay.
Meter Pelbagai
Multimeter atau meter pelbagai boleh
berfungsi sebagai meter volt, meter ampere,
atau meter ohm. Tombol kawalan yang biasa
terdapat pada multimeter ialah suis pemilih
berfungsi dan julat, pelaras sifar rintangan dan
skru pelaras sifar penunjuk
Pita Pengukur
Kotak Alatan
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Alat ini digunakan untuk mengukur
panjang wayar mengikut ukuran yang
diberikan.
Ia digunakan sebagai tempat menyimpan pelbagai
alatan bagi kerja pendawaian. Ia diperbuat daripada
besi. Strukturnya yang fleksibel juga memudahkan
wireman ataupun pengguna untuk menggunakan
kotak alat semasa kerja menyimpan.
Pemutus litar arus baki (ELCB) digunakan
untuk mematikan litar jika berlaku kebocoran
arus ke casisi alatan elektrik. Ia mempunyai
beberapa jenis mengikut kesesuaian iaitu
pemutus litar jenis isian minyak, pemutus
litar jenis hembusan gas (SF6), pemutus litar
jenis hembusan udara, dan pemutus litar jenis
miniatur.
KOMPONEN / BAHAN
Isolator
Pemutus Litar Arus Baki (ELCB)
Pemutus Litar Jenis Kenit (MCB)
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Isolator adalah digunakan sebagai kawalan
utama masukan punca tenaga elektrik bagi
sesebuah rumah kediaman. Ia mempunyai
pelbagai jenis dan bentuk bagi menyesuaikan
keadaan dan penggunaan suis mengikut
keperluan.
Ia digunakan untuk mengawal lebihan arus bagi
sejumlah beban mengikut kadaran arus untuk
mengelakkan litar pintas daripada berlaku.Ia
mempunyai beberapa jenis mengikut kadaran
arus yang telah ditetapkan iaitu
6A/10A/16A/20A/32A.
Wayar
Tangga
http://tangkapgambar.blogspot.com/
Kabel adalah media yang amat penting dalam
pemasangan elektrik. Ia menjadi perantaraan
sambungan bagi membekalkan tenaga
eletkrik kepada peralatan elektrik. Oleh
sebab kadaran arus, kadaran voltan, keadaan
alat dan tempat yang berbeza-beza, kabel-
kabel yang dibaut berbagai-bagai jenis dan
saiz bagi menyesuaikan dengan keperluan
tersebut.
Tangga digunakan untuk memudahkan
kerja ketika kerja pemasangan di
lakukan.
KESIMPULAN
Amali ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti bahagian-bahagian utama di
dalam kerja pendawaian 3 fasa iaitu isolator, pemutus litar arus baki, pemutus litar jenis
kenit dan litar akhir.
Penggunaan warna yang berbeza pada setiap dawai adalah bagi memudahkan
seseorang wireman dapat membuat pendawaian dengan tepat dan cepat untuk
mengelakan sebarang kesilapan yang memungkinkan letupan ataupun kematian.
Alatan utama yang diperlukan untuk amali ini ialah pemutar skru kepala rata dan
Philips, pena ujian, kotak alatan, playar gabung, pemotong sisi, playar muncung panjang,
dan gerudi tanpa kord sebagai alat Bantu bagi mempercepatkan lagi kerja pendawaian
dapat dijalankan.
Kerosakan biasa yang berlaku pada komponen, contohnya pada pemutus litar arus
baki (RCCB) adalah disebabkan kesilapan penyambungan dawai-dawai pada bahan.
http://tangkapgambar.blogspot.com/