LAPORAN PERKHEMAHAN SUKAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh laporan perkhemahan sekolah

Citation preview

LAPORAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SIRI 1SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK GADONG

TAHUN 2013

TARIKH : 16- 17 MAC 2013 ( SABTU DAN AHAD)TEMPAT : SK TELOK GADONGANJURAN : UNIT KOKURIKULUM SK TELOK GADONG.

1.0LATAR BELAKANGProgram Pembangunan sukan ini akan melibatkan beberapa pasukan elit sekolah yang bertanding di peringkat MSSD Klang. Memandangkan terdapat pasukan elit yang mencapai prestasi yang cemerlang dan memerlukan jadual yang terancang diharapkan program ini akan melonjakkan lagi kecemerlangan prestasi murid yang menyertainya.

2.0MATLAMATProgram ini dijalankan untuk memberikan keyakinan dan dorongan kepada murid yang menjadi peserta pasukan elit agar memberikan sepenuh komitmen dan mencapai kecemerlangan untuk pasukan sekolah.Selain itu program ini juga bermatlamat bahawa pihak sekolah memandang serius penglibatan guru dan murid dalam aktiviti kokurikulum.

3.0MISIUntuk menyempurnakan program kokurikulum SK Telok Gadong selari dengan aspirasi kementerian Pendidikan untuk tahun 2013.

4.0OBJEKTIF

Di akhir program ini adalah diharapkan murid-murid akan dapat :1.Menjalin kemesraan dan semangat setia kawan yang lebih akrab di kalangan pemain pasukan elit Sekolah Kebangsaan Telok Gadong.2.Meningkatkan semangat juang dan daya saing yang lebih sihat dikalangan guru -guru , kakitangan dan murid - murid Sekolah Kebangsaan Telok Gadong melalui aktiviti yang dilaksanakan.3.Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek melalui aktiviti yang di laksanakan. 4.Membentuk fizikal yang mantap dan meningkatkan prestasi kokurikulum SK Telok Gadong.

5.0PESERTASeramai 113 orang murid dari 8 pasukan elit akan menyertai pertandingan peringkat MSSD Klang.

16 orang murid perempuan dari Pasukan Bola Jaring 12 orang murid perempuan dari Pasukan Bola Baling 12 orang murid lelaki dari Pasukan Bola Baling 20 orang murid lelaki dari Pasukan Bola Sepak 5 orang murid lelaki dari pasukan Catur 5 orang murid perempuan dari pasukan Catur 20 orang murid lelaki dari pasukan Sepak Takraw 8 orang murid lelaki dan perempuan pasukan Olahraga 4 orang murid lelaki dan perempuan dari pasukan Badminton 16 orang pemain Softball

6.0JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN PASUKAN ELIT

Penaung:Pn Hjh Adliyah bt Ramli

Pegawai Pelajaran Daerah Klang

Penasihat:Encik Md Zohri bin Saluki

Guru Besar SK Telok Gadong

Pengerusi:Tn Hj Saleh bin Norsani

Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi 1:Pn Hjh Jasmiah bt Johan

Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi 2:Pn Hjh Rosnah bt Jaafar

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3:Tn Hj Nasrudin bin Mahali

Penolong Kanan Pentadbiran Petang

Penyelaras:Pn Mazhaniza bt Mat Zain

Setiausaha:Cik Salbiyah bt Yahud

Kem Komandan:En Mohd Fitri bin Abd Murad

Urusetia

Bidang Tugas

1.Pn Mazhaniza bt Mat Zain2.Pn Nurherlys bt Syamsuar3.Pn Rahimah bt Abd Aziz1. Memastikan jawatankuasa berfungsi mengikut tugasan yang ditetapkan2.Membantu jawatankuasa yang ada3. Menjalankan tugasa-tugas khas yang diarahkan

Jawatankuasa Pendaftaran & Sijil Bidang Tugas

1. Pn Fazillah bt Koesnan (K)2. Pn Siti Salwa bt Abd Wahab3. Pn Hasnah bt Yahya4. Pn Maziah bt Mat Deris1. Memastikan pendaftaran dijalankan dengan sempurna.2. Memastikan bilangan peserta kem mencukupi

Jawatankuasa PeralatanBidang Tugas

1. En.Mohd Hasanal bin Minsin (K)2. En. Ahmad Suhami b Hamid3. En.Mohd Zaidi b Asat1. Menyediakan peralatan dan dalam keadaan baik.2. Memastikan peralatan berada di tempat yang tepat pada masanya.

Jawatankuasa Dokumentasi dan rakaman videoBidang tugas

1. Pn Noorliza bt Osman2. Urusetia1. Mengambil gambar atau rakaman yang menarik2. Mendokumentasi program

Jawatankuasa Makanan Murid & UrusetiaBidang Tugas

1.Pn Rafaah bt Buang (K)2.Pn Khairina bt Haris3.Pn Norzalifah bt Tamrin4.Pn Hjh Rozita bt Omar5.Pn Hjh Thalijah bt Jemalos6.Pn Hjh Murni bt Husin7.Pn Haslina bt Omar (PPM Zaaba)8.Pn Kamariah bt Ahmad (PPM Munshi)

1. Memastikan makanan dan minuman peserta dan urusetia disediakan pada masa ditetapkan dan mencukupi.

Jawatankuasa KerohanianBidang Tugas

1. En.Arman b Sharif (K)2. Pn Hartini bt Yahya 3. Pn Nur Khairunnisa bt Mohd Ismath4. Cik Siti Hazalita bt Hamdi

1. Mengendalikan solat dan memberikan tazkirah kepada peserta kem

Jawatankuasa Aktiviti (Ketua) Bidang Tugas

1. En Mohd Fitri b Abd Murad2. En Ahmad Suhami b Hamid3. Cik Salbiyah bt Yahud4. En Shaiful Adlan b Othman5. Pn Siti Salwa bt Abd Wahab/ Pn Nor Herlina Irrianti bt Basiran6. Pn Hartini bt Yahya7. Pn Mazhaniza bt Mat Zain8. Pn Lina bt Baki9. Dibantu oleh Jurulatih pasukan elitOlahragaBola sepakBola BalingSepak TakrawBola Jaring

BadmintonCaturSoftball

Merancang dan mengetuai aktiviti pembangunan sukan masing-masing

Jawatankuasa Disiplin,Keselamatan dan KecemasanBidang Tugas

1. En Abd Halim b.Ismail2. En Wan Abd Bashir b Wan Puteh3. Cik Ummi Athiah bt Yaakub4. Cik Siti Syairah bt Mohd Salleh5. Cik Siti Aishah bt Che Pa6. En Kasyful Annuar bin Raslee

1. Memastikan disiplin peserta sepanjang program2. Menyediakan kawalan kesemalatan & sentry

Jawatankuasa Pengurusan Tempat & Penginapan Peserta Bidang Tugas

1. En Abu Bakar b Othman2. En Mohd Yasri b Mohd Jani1. Mengenalpasti lokasi sesuai untuk penginapan peserta2.Memastikan lokasi penginapan dalam keadaan bersih dan selamat

Jawatankuasa SiarayaBidang Tugas

1. En Shaiful Adlan b Othman 1.Menyediakan kain rentang 2.Memastikan sistem siaraya berfungsi dengan baik

7.0 ATUCARA PROGRAM

MASAAKTIVITITINDAKANTEMPAT

Sabtu16 Mac 2013

7.30-8.30 am

Pendaftaran peserta / Sarapan

JK pendaftaran

Dataran berbumbung

8.30-9.00 amTaklimatUrusetiaDewan Sri Gadong

9.00-10.30 amPecah BendunganUnit B & K

10.30-12.00 pmLatihan Dalam KumpulanSemua jurulatih

12.00-2.00 pmMakan tengah hariSolat Zohor berjemaahJK MakananJK KerohanianDataran BerbumbungDewan Sri Gadong

2.00 4.30 pmAktiviti luar / Teknik permainanSemua jurulatihSekitar sekolah/Dewan swasta

4.30 5.00 pm Minum petang / Solat Asar berjemaahJK MakananJK KerohanianDataran berbumbungDewan Sri Gadong

5.00 6.30 pmAktiviti RiadahSemua jurulatihTaman Pengkalan Batu

6.30 7.30 pmPengurusan diri/Makan malamJK MakananDataran berbumbung

7.30 9.00 pmSolat Maghrib dan Isyak berjemaahJK KerohanianDewan Sri Gadong

9.00-11.00 pmCeramah motivasiPenceramahDewan Sri Gadong

11.00-11.30 pmMinum malamJK Makanan

Dataran berbumbung

11.30 5.00 amSenandung malamJK KeselamatanUrusetiaKelas tahun 4

MASA

Ahad17 Mac 2013

AKTIVITITINDAKANTEMPAT

Pengurusan diri / Solat SubuhJK kerohanianDewan Sri Gadong

7.00 8.00 amMalaysia sihatSemua jurulatihDataran perhimpunan

8.00 8.30 amSarapan JK MakananDataran berbumbung

8.30 9.30 amMengemas Tempat penginapanJK PenginapanKelas tahun 4

9.30- 11.00 am Aktiviti luar kelas / Teknik permainanSemua jurulatihDewan Sri Gadong

11.00-11.30 amMajlis penutupanUrusetiasemua jurulatihDewan Sri Gadong

8.0LAPORAN PERBELANJAAN

9.0AKTIVITIProgram pembangunan sukan elit ini merupakan aktiviti anjuran unit kokurikulum peringkat sekolah yang berlangsung selama 2 hari 1 malam di S.K. Telok Gadong dan di beberapa lokasi yang lain. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta telah mengikuti setiap aturcara yang dirancang dengan baik secara amnya. Bermula pada hari pendaftaran, iaitu pada hari Sabtu pagi, para peserta kelihatan sungguh gembira kerana terpilih untuk menghadiri program ini. Selesai pendaftaran, para peserta dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing untuk aktiviti berkumpulan. Aktiviti pecah bendungan ataupun ice breaking membantu para peserta membina keyakinan diri ketika bersama rakan sekumpulan. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan pada pagi itu ialah aktiviti senaman-tarian ayam ataupun chicken dance, aktiviti menguraikan simpulan benang, aktiviti mengimbangi bola pin pong dan aktiviti membawa belon berisi air. Semua aktiviti tersebut dijalankan secara berkumpulan untuk memupuk semangat setia kawan.Seterusnya adalah waktu berehat iaitu, makan tengah hari dan solat zohor secara berjemaah. Menu makan tengah hari telah disediakan sendiri ( dimasak) oleh guru-guru yang terlibat sebagai AJK Masakan. Solat Zohor pula diimami oleh Ustaz Arman bin Sharif. Selesai solat, para peserta bersama guru-guru pergi ke lokasi yang telah ditetapkan untuk latihan sukan bersama jurulatih mereka. Sesi latihan tamat pada jam 4.30 petang, dan para peserta serta guru-guru minum petang dan solat asar di dewan sekolah. Pada waktu malam pula, para peserta bersolat maghrib dan isyak secara berjemaah di dewan dan membaca yaasin. Seterusnya, selesai isyak, para peserta mendengar ceramah motivasi yang disampaikan oleh motivator yang dijemput khas dari S.K. Taman Gembira, Klang. Para peserta kelihatan sangat seronok ketika mendengar ceramah tersebut. Pada jam 11.30 malam, para peserta dan guru-guru yang terlibat untuk bermalam seperti saya menjamu juadah makan malam (minum malam) dan bersiap-siap untuk mengemas tempat tidur. Saya dan beberapa orang guru lagi bersama dengan pengawal keselamatan wanita telah pun mengemas dan menyediakan tempat tidur peserta perempuan (pada waktu petang). Kami berjaga malam dan hanya tidur 2 jam sahaja pada malam itu.Keesokan pagi, Ahad, para peserta bangun seawal 5 pagi untuk mandi dan bersiap-siap solat subuh berjemaah. Solat subuh telah diimami oleh Ustaz Arman. Selesai subuh, para peserta bersama saya dan guru-guru lain bersenam aerobik di dataran perhimpunan. Setelah itu, para peserta dan guru-guru bersarapan bersama-sama. Sekali lagi, para peserta mengadakan sesi latihan bersama jurulatih masing-masing. Pada jam 11.15 pagi, acara penutupan dan penyampaian hadiah dan sijil diadakan di dalam dewan. Para peserta mengemas barang dan pulang sekitar jam 12.30 tengah hari.

10.0REFLEKSIProgram ini telah memberi satu pengalaman yang menarik dan takkan dilupakan buat saya selaku guru pelatih di sekolah ini. Memegang tugasan sebagai AJK Keselamatan dan Kecemasan adalah tugasan pertama sepanjang saya berada di sekolah, kerana selalunya saya mendapat tugasan sebagai AJK Pendaftaran ataupun AJK Dokumentasi. Program seperti ini amat baik untuk murid-murid kerana aktiviti yang dijalankan menarik sekaligus memberikan pengalaman bermalam di sekolah. Antara kelebihan program ini adalah: Perancangan program ini telah disusun rapi oleh guru-guru yang berpengalaman dalam bidang kokurikulum. Program yang bagus; disamping memberi latihan intensif untuk murid-murid (para peserta) berlatih sukan, mereka telah mendapat pengalaman berkhemah di sekolah sendiri. Mengeratkan hubungan antara guru dan murid-murid. Walaubagaimanapun, setiap program pasti ada kekurangan kerana bukan semua sesuatu itu bersifat sempurna. Antara kekurangan yang perlu penambahbaikan ialah: Disiplin para peserta dari segi ketepatan masa perlu ditingkatkan lagi. Untuk bahagian kerohanian, pengisian kerohanian seperti motivasi dan peringatan untuk diri perlu ditekankan oleh guru-guru yang terlibat. Selain itu, guru juga boleh memilih murid lelaki yang dipercayai untuk menjadi imam solat berjemaah. bahagian sentry pula sepatutnya dilakukan sewaktu para peserta bersiap untuk tidur bagi mengelakkan para peserta membuat bising terutamanya para peserta murid lelaki yang bising sehinggalah jam 4.00 pagi. Pada jam 4.00 pagi barulah guru yang berada pada waktu itu mendenda murid yang membuat bising. Oleh yang demikian, pihak pengurusan harus meletakkan ramai guru lelaki dibahagian keselamatan dan sentry serta mewajibkan guru tersebut bermalam disekolah untuk keselamatan para peserta. 11.0 PENUTUPKeseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada para murid. Ia juga telah memberi ilmu kepimpinan dan pengalaman yang berguna kepada mereka . Disamping itu, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim antara guru dan para pelajar. Paling utama, program ini telah menjadi sumber motivasi untuk murid untuk meningkatkan disiplin, semangat berpasukan, berfikiran kreatif, berkeyakinan diri serta berakhlak mulia.

Disediakan oleh, ............................... (SITI SYAIRAH BT MOHD SALLEH) Pelajar j-QAF (PENDIDIKAN ISLAM) Ambilan Januari 2012

Disemak oleh, .................................. (HJ SALEH BIN NORSANI) Guru Penolong Kanan KoKurikulum Sekolah Kebangsaan Telok Gadong

Disahkan oleh, ................................... (EN. MD ZUHRI BIN SALUKI) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Telok Gadong

ANTARA GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM

Antara guru yang terlibat dalam mengendalikan kumpulan LDK

Moderator yang terlibat mengendalikan aktiviti berkumpulan

Aktiviti menguraikan tali yang bersimpul

Makan tengah hari yang paling ditunggu-tunggu, para peserta dapat merasa makanan air tangan guru yang tersayangAntara permainan yang dijalankan, mengikat peserta secara berkumpulan dengan membawa kerusi dan belon berisi air1