Upload
memerang16
View
219
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAPORAN PERTANDINGAN EUREKA-REE PERINGKAT NEGERI JOHOR
Pada 2, 3 dan 4 Julai 2012 yang lepas, seramai empat orang murid Sekolah
Kebangsaan Seri Bertam telah terpilih untuk mewakili daerah Batu Pahat dalam
Pertandingan Eureka-Ree Peringkat Negeri Johor bersempena dengan Festival Sains
dan Teknologi Negeri Johor bagi tahun 2012 yang bertempat di Pontian,
Johor.Pertandingan Eureka ini merupakan satu pertandingan yang sangat bagus
diadakan kerana dapat memberi kemahiran kepada murid dari segi pembinaan model
rumah daripada kertas berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Sebelum
pertandingan saya Muhammad Zulhakim bin Hazaha bersama rakan saya Zarul Shafiq
bin Abdul Ghani telah membantu Guru Pembimbing kami iaitu Encik Asnadi Bin Ani
bagi melatih keempat-empat murid tersebut membina model rumah yang baik. Saya
berasa kagum dengan murid-murid berkenaan kerana telah mendapat Johan bagi
Pertandingan Eureka-Ree Peringkat Daerah Batu Pahat baru-baru ini. Jadi, mereka
merupakan yang terbaik untuk mewakili daerah Batu Pahat ke peringkat negeri.
Sewaktu kami melatih murid-murid berkenaan, mereka dapat memberi komitmen yang
sepenuhnya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Malah tidak cukup dengan
latihan di sekolah, mereka akan membuat latihan lagi pada waktu malamnya di rumah
Encik Asnadi.
Pada petang 2 Julai 2012 selepas sahaja Solat Asar, seramai empat orang guru
pengiring bersama empat orang murid tersebut telah bertolak ke Pontian yang menjadi
tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Pontian
pada pukul 7.30 malam. Kami telah menginap di sebuah ‘Homestay’ dan disitu juga
merupakan tempat berkumpulnya murid-murid daripada sekolah lain sekitar Batu Pahat
yang akan mewakili daerah bagi acara-acara tertentu. Selepas sahaja Solat Maghrib
satu sesi taklimat telah diadakan. Taklimat tersebut disampaikan oleh wakil Pejabat
Pelajaran Batu Pahat selaku ketua kontijen.
Selesai sahaja makan malam dan Solat Isyak, murid-murid diminta untuk tidur lebih
awal untuk mendapatkan tenaga yang optimum bagi pertandingan keesokkan harinya.
Pada keesokkan harinya iaitu 3 Julai 2012, guru-guru pengiring telah membawa
peserta ke tempat pertandingan yang telah ditetapkan. Bagi pertandingan Eureka-Ree,
tempatnya adalah di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian iaitu tidak jauh dari tempat
penginapan kami. Sementara menunggu pertandingan bermula, kami telah
mendapatkan sarapan pagi di kantin sekolah.
Guru-guru pengiring tidak henti-henti memberi kata-kata peransang dan mengingatkan murid supaya mempraktikkan sebaik mungkin apa yang telah mereka berlatih sebelum ini.
Sebelum pertandingan bermula, murid diminta mengikuti sesi taklimat ringkas berkaitan peraturan pertandingan oleh pegawai yang bertugas.
Pertandingan akan berlangsung selama selama dua hari iaitu pada hari yang pertama,
murid akan membina sahaja model rumah sehingga lengkap dengan masa ditetapkan
selama 5 jam. Pada hari kedua pula, murid perlu menerangkan spesifikasi model rumah
yang telah dihasilkan dengan berpandukan paparan slaid yang telah disediakan.
Tepat jam 10.00 pagi pertandingan bermula. Sebanyak 10 buah sekolah yang
mewakili setiap daerah dalam negeri Johor telah mengambil bahagian dalam
pertandingan tersebut. Kelihatan murid-murid yang menyertai begitu bersemangat dan
tekun bagi menghasilkan model rumah yang terbaik. Hanya seorang guru pembimbing
sahaja dibenarkan bersama peserta semasa pertandingan dijalankan tetapi tidak
dibenarkan menyentuh alatan.
Setelah 5 jam peserta berhempas pulas menyiapkan model rumah mereka,
ternyata hasilnya amat memuaskan. Hampir semua kumpulan dapat menghasilkan
model rumah yang menarik dan pelbagai bentuk berdasarkan fungsi-fungsi tertentu.
Perkara ini mungkin agak sukar bagi pihak juri untuk memberi markah.
Selesai sahaja hari pertama pertandingan, para peserta pulang ke tempat
penginapan masing-masing dan perlu bersedia pula dengan sesi pembentangan pada
keesokkan harinya. Pada 4 Julai 2012, pertandingan untuk hari kedua bermula tepat
jam 9 pagi. Para peserta telah diundi terlebih dahulu untuk mengetahui kumpulan mana
yang akan membentang terlebih dahulu dan seterusnya. Bagi peserta SK Seri Bertam,
mereka telah merupakan kumpulan yang ke-8 yang akan membuat pembentangan.
Selesai sahaja sesi pembentangan, bermakna pertandingan sudah pun berakhir.
Segala keputusan terletak pada tangan juri yang bertugas. Para peserta dan guru-guru
telah bergerak ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Barat, Pontian
selepas sahaja Solat Zuhur dan makan tengah hari untuk Majlis Penutup Festival Sains
dan Teknologi Negeri Johor 2012.
Majlis Penutupan tersebut telah diserikan lagi dengan pelbagai persembahan murid
daripada sekolah-sekolah sekitar daerah Pontian. Contoh persembahannya adalah
seperti gamelan, ghazal dan tarian.
Selesai sahaja ucapan penutup daripada YB Encik M. Asojan A/L Muniyandi, sesi
penyampaian hadiah dijalankan. Inilah saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta
yang telah bertanding. Bagi pertandingan Eureka-Ree, SK Seri Bertam yang mewakili
daerah Batu Pahat, tidak bernasib baik kerana tidak memperoleh sebarang tempat.
Tempat ketiga dimenangi oleh daerah Johor Bahru, tempat kedua dimenangi oleh
daerah Pontian manakala tempat yang pertama dimenangi oleh daerah Muar.
Walaupun kami gagal mendapat tempat, inilah pengalaman yang sangat bermakna bagi kami dan akan berusaha lagi pada tahun akan datang.
Disediakan oleh:
(MUHAMMAD ZULHAKIM BIN HAZAHA)
Guru Pelatih,
SK Seri Bertam.