Upload
ahmad-iqbal
View
321
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
menang no 2
Citation preview
Laporan Pertandingan National Robotics Challenge (NRC) Peringkat WP Kuala Lumpur di SJK(C) Jalan Davidson di Bangsar.
Pertandingan NRC telah diadakan pada tarikh 25hb dan 26hb Ogos 2015 di SJK(C) Jalan Davidson yang melibakan pelbagai sekolah. Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah bertanding dalam kategori Terbuka Menengah Atas dan kategori GEN II Robosoccer pada tarikh 25hb Ogos 2015 yang diiringi oleh Pn. Zalipah Binti Maskuri.
Pelajar yang terlibat:
Ahmad Iqbal Bin Mohd Shahir Shamsir
Azfar Hakeem Bin Azman
Afiq Syahmi Bin Ahmad Sakri
Muhammad Luqman Imran Bin Rapandi
Ahmad Kamil Bin Mohd Hamzah
Muhammad Jazmi Bin Juanih
Mohd Adip Harith Ong Bin Muhammad Danial Ong
Danial Muzhaffar Bin Muhamad Azlan
Persediaan sebelum pertandingan telah bermula dua bulan sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk pertandingan tersebut. Segala persiapan telah dilakukan di Makmal Fizik 3 sepanjang penyediaan projek. Semua pelajar yang terlibat telah memberikan komitment yang mendalam dan usaha yang tidak putus dalam persediaan pertandingan ini.
25hb Ogos 2015
Para peserta daripada SM Sains Alam Shah telah mula bertolak ke SJK(C) Jalan Davidson pada jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran yang bermula pada jam 8.30 pagi. Mereka telah menaiki van sekolah untuk ke lokasi sekolah tersebut. Setelah melakukan pendaftaran, peserta-peserta telah pergi ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan untuk persediaan sebelum pertandingan. Peserta kategori Terbuka diberikan masa dua jam bermula pada 9.00 pagi bagi menyiapkan pameran robot mereka. SM Sains Alam Shah telah mencabut undian bagi mendapat nombor giliran untuk mempersembahkan projek mereka dan mereka telah mendapat giliran ketiga.
Persembahan projek telah bermula pada sekitar jam 11.40 pagi di depan panel juri yang berpengalaman.