113
BAB 1 : PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1.1.1 Pendahuluan Latihan Industri (LI) ini telah diperkenalkan sejak politeknik ditubuhkan. Latihan Industri ini atau lebih dikenali sebagai 1

Laporan Praktikal Bab

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Praktikal Bab

BAB 1 : PENGENALAN

1.1 Pengenalan

1.1.1 Pendahuluan

Latihan Industri (LI) ini telah diperkenalkan sejak politeknik ditubuhkan.

Latihan Industri ini atau lebih dikenali sebagai ‘Praktikal’ adalah merupakan

salah satu syarat wajib yang dikenakan ke atas semua pelajar bagi melayakkan

mereka untuk dianugerahkan Diploma atau Sijil apabila tamat pengajian kelak.

1

Page 2: Laporan Praktikal Bab

Tujuan utama praktikal ini adalah untuk memberi gambaran yang

sebenar di alam pekerjaan, di samping memberi tunjuk ajar serta pengalaman

yang berharga untuk pelajar. Di samping itu juga, pelajar dapat bergaul dengan

masyarakat dan para pegawai, menilai kemampuan diri, mempelajari dengan

lebih meluas lagi mengenai bidang yang mereka ceburi serta dapat membina

keyakinan dalam diri setiap pelajar dalam menangani segala bentuk masalah

yang timbul. Selain itu juga, para pelajar dapat mendisiplinkan diri dalam

mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak

syarikat. Secara tidak langsung, ini menjadikan pelajar seorang yang

bertanggungjawab, jujur serta amanah.

Segala pengalaman yang telah diperolehi sepanjang menjalani Latihan

Industri ini pasti dapat membantu dalam menempuh alam pekerjaan yang

sebenar kelak. Semoga segala apa yang telah diusahakan atau hasilkan ini

dapat memuaskan hati dan memenuhi kehendak semua pihak.

2

Page 3: Laporan Praktikal Bab

1.1.2 Objektif Latihan Industri

i. Memberi pendedahan serta peluang bagi setiap pelajar untuk

mengetahui cara kerja ditapak projek serta kerja dipejabat didalam

industri pembinaan.

ii. Mendedahkan suasana alam pekerjaan yang sebenar kepada setiap

pelajar.

iii. Meluaskan serta mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan minat

pelajar terhadap bidang yang diceburi dan pelajaran di politeknik.

iv. Mempelajari serta mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di

dalam industri pembinaan.

v. Membolehkan para pelajar mempraktikkan serta mengaitkan segala

pengalaman yang telah diperolehi semasa latihan industri apabila

meneruskan pelajaran atau pekerjaan kelak.

vi. Meluaskan pergaulan pelajar dengan setiap pihak-pihak yang terlibat

dalam industri pembinaan.

vii. Menanamkan semangat bekerjasama, bertanggungjawab serta

amanah dalam melaksanakan setiap tugas yang telah diberikan.

3

Page 4: Laporan Praktikal Bab

viii. Membina serta meningkatkan keyakinan dalam diri setiap pelajar.

ix. Mempelajari kaedah-kaedah atau cara-cara pembinaan sesebuah

bangunan daripada asasnya sehinggalah siap bangunan tersebut.

x. Menilai diri sendiri di alam pekerjaan untuk persediaan bagi

menghadapi situasi seperti ini apabila bekerja kelak.

xi. Menyediakan satu laporan industri yang lengkap berkaitan dengan

setiap apa yang dipelajari semasa latihan.

1.1.3 Objektif Laporan Latihan Industri

Apabila seseorang pelajar itu telah tamat menjalani latihan industri, para

pelajar adalah diwajibkan untuk menyediakan satu buku laporan yang lengkap

mengenai kerja-kerja yang dilakukan sepanjang menjalani latihan. Pelajar

diperuntukkan selama 5 bulan atau satu semester untuk mengumpul segala

maklumat berkenaan skop tugas dan firma tempat menjalani latihan. Maklumat

4

Page 5: Laporan Praktikal Bab

yang diperolehi mengenai syarikat hendaklah terlebih dahulu mendapat

kebenaran daripada pihak yang terbabit. Pelajar adalah dilarang sama sekali

merekod atau mendedahkan sebarang maklumat yang dianggap sulit oleh pihak

syarikat.

Setiap pelajar diwajibkan menulis satu laporan industri yang lengkap dan

mengikut piawaian yang telah ditetapkan mengenai latihan yang telah

ditetapkan mengenai latihan yang telah diikuti oleh pelajar. Laporan Latihan

Industri suatu dokumen yang penting bagi menerangkan dengan jelas kerja-

kerja amali dan teori yang dilaksanakan oleh pelajar sepanjang Latihan Industri

dijalankan. Justeru itu, ia menjadi bukti kepada latihan yang telah diikuti.

Laporan yang baik serta bermutu boleh digunakan ketika temuduga kerja.

Sesuatu kerja yang cemerlang tidak memberi makna sekiranya tidak dapat

untuk dilaporkan dalam sebuah laporan yang baik. Oleh yang demikian, pelajar

perlu menumpukan perhatian dalam menghasilkan laporan yang bagus.

Maklumat yang berkaitan mestilah digunakan dalam menghasilkan laporan yang

berkualiti serta boleh untuk diguna pakai.

5

Page 6: Laporan Praktikal Bab

1.1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Tujuan Latihan Industri ini atau lebih dikenali sebagai praktikal adalah

untuk memberi peluang, pengalaman serta pendedahan kepada setiap pelajar

tentang situasi alam pekerjaan yang sebenar yang akan ditempuhi kelak. Di

samping itu juga pelajar akan diberi tunjuk ajar dan bimbingan daripada pihak

yang terlibat dalam industri pembinaan tersebut. Selain itu para pelajar juga

dapat membina keyakinan dalam diri dan meluaskan pergaulan dengan

kumpulan masyarakat pekerja yang terlibat.

Di samping itu juga, para pelajar diwajibkan agar mematuhi segala

peraturan politeknik dan juga pihak syarikat semasa latihan industri tersebut. Ini

melatih para pelajar agar mengikuti setiap prosedur-prosedur yang telah

6

Page 7: Laporan Praktikal Bab

ditetapkan. Secara tidak langsung ini dapat menanam sikap bertanggungjawab

dalam diri pelajar semasa menjalankan tugas.

Diantara kepentingan yang diperolehi oleh pelajar semasa menjalani

latihan industri ialah:

i. Para pelajar dapat merasai suasana sebenar alam pekerjaan yang

akan ditempuhi kelak semasa latihan industri ini.

ii. Memberi peluang pelajar membiasakan diri serta bergaul dengan

masyarakat.

iii. Pelajar dapat mempraktikkan setiap pelajaran yang dipelajari di

politeknik sama ada dari segi teori mahupun amali.

iv. Mempelajari serta mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa

berada ditempat kerja.

v. Pelajar mendapat pengalaman serta kaedah-kaedah baru melalui

setiap pemerhatian kerja yang dilakukan.

1.2 Latar Belakang Organisasi

7

Page 8: Laporan Praktikal Bab

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau ringkasannya DBKL merupakan

organisasi yang berfungsi sebagai penguasa tempatan yang bertanggungjawab

terhadap pentadbiran dan pembangunan Bandaraya Kuala Lumpur, Wilayah

Persekutuan.

1.2.1 Pengenalan Organisasi

DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

8

Page 9: Laporan Praktikal Bab

Gambarajah 1.2.1.1 Logo Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Makna Di Sebalik Lambang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

KEPALA SEEKOR

HARIMAU

Melambangkan keberanian dan ketegasan dari segi

undang-undang dan perlembagaan

KERIS

SEMENANJUNG

Melambangkan kekuatan serta warisan kebudayaan

DUA KERIS Melambangkan keagamaan, keamanan dan keeratan

9

Page 10: Laporan Praktikal Bab

BERSILANG persaudaraan

PERISAI Melambangkan perlindungan yang jitu kepada warga

kota dalam berbagai aspek pembangunan termasuk

sosial dan ekonomi

WARNA MERAH

PADA PERISAI

Melambangkan keberanian masyarakat Kuala Lumpur

untuk menempuh era-era yang penuh cabaran

WARNA BIRU,

MERAH DAN PUTIH

Melambangkan bendera Kuala Lumpur dan bendera

kebangsaan

LAMBANG KUALA

LUMPUR

Melambangkan Kuala Lumpur sebagai bandaraya Ibu

Negara dan Wilayah Persekutuan

BUNGA RAYA Melambangkan Bunga Kebangsaan Malaysia

DAUN SERTA

PUCUKNYA

Melambangkan pembangunan Kuala Lumpur seiring

dengan pengindahan serta pengekalan keindahan alam

RIBEN Melambangkan kemeriahan dan menjadi tumpuan

perayaan-perayaan serta Kuala Lumpur sebagai

Bandaraya Taman Bercahaya

Jadual 1.2.1.2 Makna Lambang DBKL

10

Page 11: Laporan Praktikal Bab

1.2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi

Dewan bandaraya Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada Sabtu, 28

Ogos 1982 bersamaan dengan 9 Zulkaedah 1402. Bangunan ini telah

dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan

Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Bikkah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar

Ri’ayutuddin Al-Muazam Shah (D.K.M, D.K.P, D.K, S.S.A.P, S.I.M.P, D.M.N,

D.K (Perak), D.K(Johor), D.K(Kelantan), D.K(Terengganu), D.K(Perlis),

D.K(Kedah), D.K(Brunei), S.P.C.M, S.P.M.

Daripada sebuah pekan kecil Kuala Lumpur telah menjadi ibu kota

Negara dan sebuah bandar yang terbesar di Malaysia. Bandar raya Kuala

Lumpur menjadi penting dan menjalankan peranan dalam pelbagai bidang

termasuk peniagaan, kewangan, pentadbiran, pendidikan, agama,

kebudayaan dan sukan.

11

Page 12: Laporan Praktikal Bab

Hal ehwal perbandaran Kuala Lumpur ditadbirkan oleh suatu

perbadanan tunggal sejak 1 April 1961 iaitu Pesuruhjaya Ibu Kota yang

kemudian diubah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur apabila

dianugerahkan taraf Bandar Raya pada 1 Februari 1972.

1.2.2.1 Objektif DBKL

Memasti dan mempercepatkan pelaksanaan pencapaian status Bandar

Raya bertaraf dunia yang unggul dan cemerlang.

1.2.2.2 Visi DBKL

12

Page 13: Laporan Praktikal Bab

Merealisasikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia menjelang

tahun 2020 dengan menjadi PBT terunggul yang dapat memenuhi citarasa

wargakota.

1.2.2.3 Misi DBKL

Untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Ibu Kota Kuala

Lumpur menerusi program pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan

perancangan dan perkhidmatan perbandaran secara terancang dan terselaras

berteraskan kepada tadbir urus yang cemerlang.

1.2.2.4 Fungsi DBKL

13

Page 14: Laporan Praktikal Bab

14

Page 15: Laporan Praktikal Bab

15

i. Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan

sampah.

ii. Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal

pencemaran.

iii. Mengurus pengindahan bandar.

iv. Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan

prasarana pengangkutan serta mengurus sistem

lalulintas.

v. Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan

sungai.

vi. Merancang dan mengawal pembangunan bandar.

vii. Membina dan mengurus perumahan awam.

viii. Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula

setinggan.

ix. Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan

peniaga kecil.

x. Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.

xi. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan,

kebudayaan dan pelancongan.

Page 16: Laporan Praktikal Bab

 

1.2.2.5 Dasar Kualiti DBKL

Menyediakan dan mempertingkatkan perkhidmatan yang efisyen, mesra dan

telus, selari dengan kemajuan dan pembangunan kakitangan.

1.2.2.6 Slogan DBKL

‘BERSEDIA MENYUMBANG BANDARAYA CEMERLANG’

16

i. Memberi perkhidmatan pembersihan dan pelupusan

sampah.

ii. Memberi perkhidmatan kesihatan awam dan mengawal

pencemaran.

iii. Mengurus pengindahan bandar.

iv. Membina dan menyelenggara jalan, mengadakan

prasarana pengangkutan serta mengurus sistem

lalulintas.

v. Membina dan menyelenggara sistem perparitan dan

sungai.

vi. Merancang dan mengawal pembangunan bandar.

vii. Membina dan mengurus perumahan awam.

viii. Pengurusan, pengawalan dan penempatan semula

setinggan.

ix. Mengurus dan mengawal hal ehwal penjaja dan

peniaga kecil.

x. Mengeluar dan mengawal lesen perniagaan.

xi. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan,

kebudayaan dan pelancongan.

Page 17: Laporan Praktikal Bab

1.2.3 Ahli Lembaga Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

17

Page 18: Laporan Praktikal Bab

Jadual 1.2.3.1 Ahli Lembaga Pengarah DBKL

18

Page 19: Laporan Praktikal Bab

1.2.4 Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Pengerusi

Y. Bhg. Dato' Ahmad Fuad bin Ismail

Anggota

19

Y. Bhg Dato’ Hj

Bakaruddin Bin Othman

Y. Bhg. Datuk Mustapa

Kamal b. Mohd. Yusoff

Y. Bhg. DatukHj. Yahaya b. MatGhani @ Abbas

Page 20: Laporan Praktikal Bab

20

Y. Bhg. Datuk Hajah Sharifah

Aminah Bt. Syed Ahmad

Y. Bhg. Encik

Ramanathan Chinnu

Y. Bhg. Encik Lim

Si Pin

Y.Bhg Datuk Ir. Haji

Abdul Latif b. Mohd.

Som

Y.Bhg Encik Himmat

Singh

Y.Bhg Dato' Michael

K. C Yam

Page 21: Laporan Praktikal Bab

21

Y.Brs Puan Siti

Fatimah Bt. Daud

Y.Brs Encik Chin

Yen Foo @ Banie

Chin

Page 26: Laporan Praktikal Bab

1.2.6 Carta Organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

26

Page 27: Laporan Praktikal Bab

27

Page 28: Laporan Praktikal Bab

Jadual 1.2.6.1 Carta Organisasi DBKL

1.2.7 Organisasi Jabatan Kesihatan DBKL

28

Page 29: Laporan Praktikal Bab

29

Page 30: Laporan Praktikal Bab

Jadual 1.2.7.1 Carta Organisasi Jabatan Kesihatan

1.2.8 Latar Belakang Jabatan Kesihatan DBKL

Jabatan Kesihatan adalah salah sebuah jabatan daripada 24 jabatan di

organisasi Dewan Bandaraya kuala Lumpur, yang diketuai oleh Datu Bandar

iaitu Y. Bhg. Dato' Ahmad Fuad bin Ismail. Jabatan Kesihatan diketuai oleh Dr.

Sallehuddin bin Abu Bakar. Jabatan Kesihatan terdapat 8 seksyen, manakala

dibawah Seksyen Kawalan Penyakit, Mutu Makanan dan Air terdapat 3 unit.

Juga terdapat pejabat cawangan mengikut 6 zon iaitu Zon Pusat Bandar, Zon

Cheras, Zon Setapak, Zon Klang Lama, Zon Kepong dan Zon Damansara.

Kesemua 10 bahagian dalam Jabatan Kesihatan berfungsi bagi menjaga

kesihatan warga kota di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

30

Page 31: Laporan Praktikal Bab

1.2.8.1 Visi

Bersatu tenaga bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.

1.2.8.2 Misi

Ke arah menjadikan bandar raya Kuala Lumpur sihat dan sejahtera.

31

Page 32: Laporan Praktikal Bab

1.2.8.3 Objektif Khusus

i.U

   

ii. Untuk melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar

dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

   

iii. Untuk mengawal dan meningkatkan mutu makanan yang

disediakan untuk makanan orang ramai.

   

iv. Untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit

berjangkit.

   

v. Untuk meningkatkan taraf kesihatan orang awam melalui

promosi dan pendidikan kesihatan.

 

32

Page 33: Laporan Praktikal Bab

1.2.8.4 Fungsi

i. Mengawas dan mengawal sanitasi dan hygiene premis makanan

dan tempat awam.

 

ii. Memantau dan mengawal kualiti makanan dan minuman melalui

pemeriksaan makanan, contoh: air dan penguatkuasaan undang-

undang.

 

iii. Mengawas dan kawalan industri, tred dan aktiviti domestik yang

mempunyai kesan kepada alam sekitar.

 

iv. Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.

 

33

Page 34: Laporan Praktikal Bab

v. Mengawas dan mengawal penyakit bawaan vektor dan pest melalui

kawalan denggi dan malaria serta aktiviti kawalan pest.

 

vi. Pemeriksaan mayat untuk tujuan pengeluaran permit

pengkebumian dan sijil kematian.

 

vii. Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan untuk orang awam.

 

viii. Menyediakan perkhidmatan imunisasi untuk pengendali makanan

dan pengembara antarabangsa.

 

ix. Menyediakan rawatan pesakit luar untuk kakitangan Dewan

Bandaraya serta keluarga.

1.2.8.5 Piagam Pelanggan

34

Page 35: Laporan Praktikal Bab

Memastikan 100% Premis Makanan (Kedai Makan / Restoran) dijalankan pemeriksaan kesihatan mengikut jadual yang ditetapkan.

i. Memastikan 100% aduan yang diterima dijawab dalam

tempoh 3 hari.

ii. Memastikan kes denggi yang dilaporkan diambil

tindakan dalam tempoh 24 hingga 48 jam waktu bekerja

mencapai melebihi 90%.

35

Page 36: Laporan Praktikal Bab

iii. Memastikan aduan berkaitan media/gigitan anjing liar,

diambil tindakan dalam tempoh 24 jam (waktu bekerja)

dari masa aduan diterima mencapai 100%.

iv. Memastikan tindakan mahkamah diambil ke atas pemilik

sampel-sampel makanan yang melanggar Peraturan

Makanan 1985 dalam tempoh 150 hari dari tarikh

persampelan mencapai 100%.

v. Memastikan 100% Pengendali Makanan yang memohon

perkhidmatan diberikan pelalian yang ditetapkan.

vi. Memastikan 100% permohonan bagi aktiviti Promosi

Pendidikan Kesihatan yang diterima & dilaksanakan

(Ceramah / Pameran / Resusitasi Kardio-Pulmonari)

diberikan kepada orang ramai.

 

36

Page 37: Laporan Praktikal Bab

 

37

Page 38: Laporan Praktikal Bab

38

Page 39: Laporan Praktikal Bab

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

TARIKH AKTIVITI

29 Nov 2010

Hingga

03 Dis 2010

(Minggu 1)

- Melaporkan diri di tempat Latihan Industri.

- Taklimat mengenai Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Pendedahan mengenai kacauganggu.

- Mengkuti pembentangan syarikat swasta mengenai

produk mesra alam.

- Siasat aduan habuk di Jalan Persiaran Ara.

- Siasat aduan bunyi bising daripada pembesar suara di

sekitar Chow Kit.

Page 40: Laporan Praktikal Bab

06 Dis 2010

Hingga

10 Dis 2010

(Minggu 2)

- Dijadualkan Bersama Seksyen Kawalan Vektor.

- Taklimat Mengenai Seksyen Kawalan Vektor Oleh Dr.

Paramesarvathy.

- Penerangan Mengenai Kes-Kes Seperti Denggi, Malaria

Dan Chikugunya.

- Pendedahan Mengenai Wabak.

- Belajar Mengenai Pengesahan Notifikasi Pesakit.

- Penerangan Mengenai Jenis – Jenis Nyamuk Dan Cara

Pembiakannya.

- Pemeriksaan tempat pembiakan nyamuk di tapak binaan

di Jalan Tun Sambathan, Seksyen 55, Kuala Lumpur.

- Operasi besar- besaran di sekitar Kuala Lumpur. Tapak

binaan Lot 477 Jalan Merlimau, Seksyen 69, Kuala

Lumpur.

- Taklimat mengenai nyamuk, cara mengenalpasti nyamuk

dan jentik-jentik, dan cara pembiakan.

13 Dis 2010

Hingga

17 Dis 2010

(Minggu 3)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Penerangan mengenai Borang Siasatan Lesen Premis

Perniagaan ( Green Form ).

- Siasat aduan kekotoran daripada kerja-kerja ubahsuai

rumah di di Lot 10, Bangsar Hill, 26 Jalan Medang Serai,

Bangsar Kuala Lumpur.

- Siasat aduan bunyi bising di Pusat Pakaian Hari – Hari

Sdn Bhd, Jalan Tuanku Abdul Rahman.

- Siasat aduan bunyi bising dari kerja-kerja tapak binaan di

Jalan Jubli, Sungai Besi.

- Membuat laporan siasatan aduan.

- Taklimat oleh Ketua Bahagian Perlindungan Alam Sekitar.

24 Dis 2010 - Ditempatkan di Seksyen Kawalan Pest atau Pusat

Page 41: Laporan Praktikal Bab

Hingga

24 Dis 2010

(Minggu 4)

Kurungan Haiwan di Air Panas, Setapak, Kuala Lumpur.

- Diberi taklimat mengenai Seksyen Kawalan Pest atau

Pusat Kurungan Haiwan.

- Diberi lihat haiwan dalam kurungan yang ditangkap

kerana berkeliaran.

- Melihat bagaimana haiwan di lupuskan.

27Dis 2010

Hingga

31 Dis 2010

(Minggu 5)

- Dijadualkan Di Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Memeriksa bunyi menggunakan ‘sound level meters’ di

Jalan Pasar.

- Jalan Changkat Thambi untuk memeriksa premis bagi

perlesenan premis perniagaan.

- PPR Taman Mulia bagi siasatan aduan bunyi bising

daripada aktiviti karaoke.

- G-Tower, Jalan Tun Razak pemeriksaan mengenai

permohonan lesen premis perniagaan.

- Havana Club, aduan mengenai kacauganggu bunyi bising.

- Sheraton Hotel membuat aduan mengenai kacauganggu

bunyi bising daripada Heritage Club

- Bunyi bising daripada peniagaan baju di Petaling Street,

Jalan Sultan.

- Aduan penduduk PPR Taman Mulia mengenai aktiviti

karaoke yang membuat kacauganggu bunyi bising.

- Melihat fail meja bagi U29.

03 Jan 2011 - Ditempatkan di Seksyen Kawalan Penyakit, Mutu Makanan

Page 42: Laporan Praktikal Bab

Hingga

07Jan 2011

(Minggu 6)

dan Air.

- Taklimat mengenai kawalan mutu makanan.

- Mengikuti kursus ISO di Perpustakaan Kuala Lumpur. ISO

Pengurusan Makmal – MS ISO 17025 : 2005

- Penerangan mengenai Akta Makanan 1983, Peraturan-

Peraturan Makanan 1985 dan Undang-Undang Kecil

Pengendalian Makanan (Wilayah Persekutuan) Pindaan

1991.

10 Jan 2011

Hingga

14 Jan 2011

(Minggu 7)

- Mengambil sampel makanan bagi ujian mikrob di Nurin

Food Corner , 2-0-1, Queens Avenue, Jalan Bayam off

Jalan Shelly, Cheras, 55100 Kuala Lumpur.

- Sampel makanan tersebut dihantar ke Jabatan Kimia

Negara, Petaling Jaya. Di beri tunjuk ajar prosedur

mengenai penghantaran sampel makanan di Jabatan

Kimia.

- Membuat rampasan makanan di Pasaraya Besar Carrefour,

Wangsa Maju. Membuat rampasan makanan yang sudah

tamat tarikh luput, makanan yang rosak dan makanan

import yang tiada label import juga dirampas.

- Memasukkan data aduan bagi laporan tahunan.

17 Jan 2011

Hingga

21 Jan 2011

(Minggu 8)

- Dijadualkan berada di Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Menyiasat aduan bersama PPKP Zalmawati Ma’arof di

Apartment Miharja mengenai kacauganggu bunyi bising.

- Menyiasat aduan kacauganggu pembakaran terbuka di Kg

Sg Kerayong.

- Membuat laporan mengenai aduan kacauganggu.

Page 43: Laporan Praktikal Bab

24 Jan 2011

Hingga

28 Jan 2011

(Minggu 9)

- Dijadualkan berada di Seksyen Kawalan Mutu Air.

- Lawatan ke Loji Pembersihan Air, Bukit Nanas.

- Mendapat taklimat mengenai Seksyen Kawalan Mutu Air.

- Ke Kompleks Renang Kuala Lumpur, Jalan Tenteram untuk

mengetahui cara-cara mengambil sampel air di kolam

renang bagi sampel ujian mikrob menggunakan thiobag.

- Ke kilang memproses ayam segar ( Syarikat Bhuiyen Sdn

Bhd di Desa Tun Razak ) bagi pemeriksaan sanitasi kilang

tersebut.

31 Jan 2011

Hingga

04 Feb 2011

(Minggu 10)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Membuat laporan harian.

- Cuti Tahun Baru Cina.

07 Feb 2011

Hingga

11 Feb 2011

(Minggu 11)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kawalan Penyakit.

- Diberi taklimat mengenai Seksyen Kawalan Penyakit.

- Di beri peluang melakukan ujian saringan HIV sendiri

dengan menggunakan “Rapid Test Kit”.

- Mengikuti Seksyen Kawalan Mutu Air bagi mengambil

sampel air di “service resevoir outlet”( SRO ) untuk tujuan

ujian kimia, ujian mikrob dan racun perosak (pesticide).

- Mendapat taklimat dari Unit Pendaftaran Kematian

mengenai pengesahan mayat dan eksport mayat.

14 Feb 2011

Hingga

18 Feb 2011

(Minggu 12)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Mengikuti Kursus Pengendalian Makanan.

- Mendapat penerangan mengenai perkhemahan Skuad

Combi yang akan diadakan pada 19-20 Februari 2011 di

Page 44: Laporan Praktikal Bab

Apartment Lumayan, Bandar Tasik Permaisuri oleh Tuan

Hj. Zainuddin.

- Perbincangan mengenai cara mengatasi kacauganggu

bunyi bising di Havana Club.

- Mengikuti Operasi Malam.

21 Feb 2011

Hingga

25 Feb 2011

(Minggu 13)

- Dijadualkan Bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Mengeluarkan Notis Di Bawah Seksyen 82, Akta Kerajaan

Tempatan 1976 Kerana Terdapat Kacauganggu.

- Mendapat Pendedahan Mengenai Perbezaan Urusan Notis

Dan Kompaun.

- Mengikuti Operasi Malam di sekitar Bukit Bintang Dan

Taman Connaughts.

28 Feb 2011

Hingga

4 Mac 2011

(Minggu 14)

- Dijadualkan Di Jabatan Pembersihan Bandar.

- Melapor Diri Dan Diberi Taklimat Oleh Ppkp Basory Bin

Sarimin ( Penguasa Pembersihan Bandar )

- Kerja-Kerja Pembersihan Bandar Telah Di Swastakan

Kepada Alam Flora Sdn. Bhd.

- Taklimat Oleh Encik Azwari Bin Hanif (Penlong Pegawai

Pentadbiran).

- Mengikuti Operasi Notis Pembetulan ( Notice To Correct-

NTC) di Kawasan Alam Damai.

- Operasi Penyediaan Tong Sampah di Taman Bunga Raya,

Wangsa Maju.

- Operasi Sampah Haram di Persiaran Jalan Stonor

berhadapan kedutaan Vietnam.

- Mengikuti mesyuarat bulanan dan perbincangan bagi

Pengesahan Pelan Pembinaan Rumah Sampah (RC) /

Page 45: Laporan Praktikal Bab

Rumah Pusat (RCP).

7 Mac 2011

Hingga

11 Mac 2011

(Minggu 15)

- Mengikuti Seksyen Sanitasi Zon Cheras Di Bandar Tun

Razak.

- Membuat Pemeriksaan Taska Di Cengal Apartment.

- Operasi Sanitasi Di Kantin Sekolah Sekitar Kuala Lumpur.

- Operasi Sanitasi Restoran di Mid Valley Mega Mall.

- Membuat laporan harian.

14 Mac 2011

Hingga

18 Mac 2011

(Minggu 16)

- Dijadualkan berada di Jabatan Saliran Dan Pengurusan

Sungai ( JSPS ).

- Melapor diri dengan Ir Encik Sabudin bin Mohd Salleh (J44)

- Membaca fail meja dan taklimat mengenai saliran.

- Diajar bagaimana untuk membuka fail bagi suatu projek.

- Mengisi buku kontrak dan proses pengesahan kontrak.

- Siasatan aduan halangan pada sistem saliran di Jalan

Metro Perdana Barat, Taman Usahawan Kepong.

- Aduan air kumbahan mengalir ke longkang di Jalan Silang,

Kepong.

- Kerja berkala iaitu memantau pagar keselamatan yang

telah rosak untuk digantikan. Lokasi di Jalan Jambu

berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja

Abdullah.

- Lawatan bagi Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC) di

Lot 3511, Rezab Melayu Sg. Penchala.

- Taklimat mengenai pengurusan sungai.

21 Mac 2011

Hingga

- Membuat Lawatan Mengenai Penapis Dan Pusat

Pengumpulan Sampah Di Sungai Dan Saliran. “Static

Page 46: Laporan Praktikal Bab

25 Mac 2011

(Minggu 17)

Street” Di Kg. Baru, Kebuk Di Jalan Sempurna, “Continous

Deflective Separation” (CDS) Di Sentul Dan “Floating

Boom” Di Jalan Jelatek – Sg. Klang.

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Membincangkan mengenai penolakan permohonan lesen

premis perniagaan. Juga mengaitkan dengan Garis

Panduan, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Jalan,

Parit Dan Bangunan 1974.

- Membincangkan mengenai borang kompaun serta prosedur

kompaun.

28 Mac 2011

Hingga

1 April 2011

(Minggu 18)

- Dijadualkan Bersama Seksyen Mobilisasi Masyarakat dan

Promosi Kesihatan.

- Taklimat mengenai Seksyen Mobilisasi Masyarakat dan

Promosi Kesihatan.

- Membuat Program Saringan Kesihatan di Institut

Pendidikan Guru (IPG).

- Memberi ceramah bertajuk Amalan Pemakanan Sihat di

Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Muda.

- Membuat pameran mengenai Merbahaya Rokok di Sekolah

Menengah Kebangsaan Cochrane.

- Mengikuti ceramah bertajuk Bahaya Merokok di Sekolah

Menengah Kebangsaan Batu Muda.

4 April 2011

Hingga

8 April 2011

(Minggu 19)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Membuka fail bagi aduan kacauganggu bunyi bising di

Jalan Doraisamy.

- Kedatangan Pensyarah dari Jabatan Pelancongan dan

Hospitaliti, Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam.

- Mengikuti program PROSTAR di Pusat Khidmat

PROSTAR, Maluri, Cheras.

Page 47: Laporan Praktikal Bab

- Melakukan ujian saringan kesihatan kepada orang ramai di

Pusat Khidmat PROSTAR, Maluri, Cheras.

11 April 2011

Hingga

15 April 2011

(Minggu 20)

- Dijadualkan bersama seksyen kesihatan alam sekitar.

- Membuka fail bagi aduan dua premis di Jalan Doraisamy.

- Penerangan mengenai kronologi bagi borang permohonan

lesen premis oleh PPKP Rosli Ismail.

- Membuat laporan harian dan laporan latihan industri.

18 April 2011

Hingga

22 April 2011

(Minggu 21)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Membuat persampelan air bagi kolam renang di Hotel Seri

Pacific, Jalan Putra bersama PPKP Osman.

- Kursus penerangan mengenai rawatan air bagi kolam

renang oleh Syarikat WDT (Asia) Sdn Bhd, Jalan Kuchai

Lama bersama PPKP Osman, PKA Kamarulzaman dan

PTO Mohd Safian.

- Mengikuti operasi rutin pada waktu malam di sekitar Bukit

Bintang, Jalan Doraisamy dan Damansara.

- Membuat laporan harian dan laporan latihan industri

25 April 2011

Hingga

29 April 2011

(Minggu 22)

- Dijadualkan bersama Seksyen Kesihatan Alam Sekitar.

- Pengisian borang penilaian oleh penyelia PPKP (K) Zainal

Kasimin.

- Aktiviti latihan kebakaran.

- Sesi temuduga bersama KPPKP R. Azraei Ramli.

- Tamat latihan industri.

Page 48: Laporan Praktikal Bab

BAB 3 : OPERASI/ PENGUATKUASAAN DAN ADUAN AWAM BERKENAAN

KACAUGANGGU ATAU PENCEMARAN ALAM SEKITAR.

Pemeriksaan rutin ke atas 22 jenis tred/ perniagaan atau aktiviti yang

telah dikenalpasti yang berpotensi atau boleh membangkitkan kacauganggu

atau pencemaran alam sekitar. Fungsi utama ialah mencari, mengenalpasti dan

seterusnya mengambil langkah-langkah kawalan serta menghapuskan punca-

punca atau penyebab berlakunya kacauganggu.

Page 49: Laporan Praktikal Bab

3.1 Objektif Penguatkuasaan

i. Menjalankan pemeriksaan rutin yang bersistematik ke atas premis-premis

perniagaan yang menimbulkan kacauganggu atau pencemaran.

ii. Pemantauan berterusan terhadap premis yang menimbulkan

kacauganggu atau pencemaran alam sekitar.

iii. Menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan awam dengan lebih

bersistematik dan berkesan.

iv. Menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar.

v. Memberi pendedahan kepada wargakota berkaitan kacauganggu dan

pencemaran alam sekitar.

3.2 Program Kerja

3.2.1 Penerimaan dan Penyiasatan Aduan Awam

i. Pelbagai aduan awam diterima melalui saluran-saluran berikut :-

- Pengaduan Awam Kuala Lumpur ( PAKL ) melalui Sistem

Komputer.

- Rancangan Radio Kuala Lumpur.

Page 50: Laporan Praktikal Bab

- Akhbar.

- Majalah.

- Aduan semuka.

- Wakil Rakyat/ Menteri.

- Biro Pengaduan Awam.

- Jabatan-jabatan DBKL lain/ Agensi-agensi Kerajaan.

- Pengarah Kesihatan.

- Telefon.

- Surat menyurat.

ii. Aduan-aduan yang diterima didaftarkan di dalam Buku Rekod Induk

( Master Recording ) yang disediakan Nmbor Pendaftaran Aduan

mengikut format dan enam Zon kawasan kerja berikut :-

- Zon Pusat Bandar DBKL/ JKE/ 2011/ 7/

(ADUAN) / No. Aduan/ Bulan/ Z/ PB.

- Zon Cheras DBKL/ JKE/ 2011/ 7/ (ADUAN) /

No. Aduan/ Bulan/ Z/ Cheras.

- Zon Klang Lama DBKL/ JKE/ 2011/ 7/

(ADUAN) / No. Aduan/ Bulan/ Z/ KL.

- Zon Kepong DBKL/ JKE/ 2011/ 7/ (ADUAN) /

No. Aduan/ Bulan/ Z/ Kepong.

- Zon Setapak DBKL/ JKE/ 2011/ 7/ (ADUAN) /

No. Aduan/ Bulan/ Z/ Setapak.

- Zon Damansara DBKL/ JKE/ 2011/ 7/

(ADUAN) / No. Aduan/ Bulan/ Z/ D’sara.

Page 51: Laporan Praktikal Bab

iii. Aduan-aduan hendaklah disiasat dalam masa 3 hari dari tarikh aduan

di terima.

iv. Hendaklah menyediakan jawapan kepada pengadu/ pihak berkenaan

dalam masa 7 hari.

3.2.2 Kekerapan Pemeriksaan Rutin

Kekerapan pemeriksaan yang akan dijalankan terhadap premis-premis

yang terbabit adalah bergantung pada tahap atau kategori pencemaranyang

berbangkit mengikut kategori berikut :-

i. Tahap Pencemaran Kelas Satu.

- Merupakan tred/ industri yang berpotensi tinggi yang boleh

menimbulkan atau mengahsilkan pencemaran yang

merangkumi semua jenis pencemaran. Kekerapan

pemeriksaan ialah 4 kali setahun atau 3 bulan sekali.

ii. Tahap Pencemaran Kelas Dua.

- Merupakan tred/ industri yang aktiviti perniagaannya berpotensi

melakukan pencemaran yang sederhana tinggi. Kekerapan

pemeriksaan ialah 3 kali setahun atau 4 bulan sekali.

iii. Tahap Pencemaran Kelas Tiga.

- Merupakan tred/ industri yang tahap pencemarannya adalah

rendah. Kekerapan pemeriksaan ialah 2 kali setahun atau 6

bulan sekali.

Page 52: Laporan Praktikal Bab

iii.2.3 Prosedur Penyiasatan Aduan

MEMBERI MAKLUMBALAS PADA PUSAT ADUAN SUPAYA DIKETAHUI PENGADU.

Page 53: Laporan Praktikal Bab

iii.2.4 Prosedur Bagi Tindakan Notis

Page 54: Laporan Praktikal Bab

iii.2.5 Prosedur Bagi Tindakan Kompaun

Page 55: Laporan Praktikal Bab

3.3 Jenis-jenis Aduan Kacauganggu

i. Kacauganggu Bunyi Bising

ii. Kacauganggu Asap

iii. Kacauganggu Habuk

iv. Kacauganggu Bau

v. Lain-lain

3.4 Jenis Perniagaan / Aktiviti Yang Berpotensi Menimbulkan

Kacauganggu

3.4.1 Pusat Hiburan Awam

-Disko

-Pub/ Bistro

-Bar/ Lounge

-Karaoke

-Pusat Snuker

Page 56: Laporan Praktikal Bab

-Permainan Video dan Pusat Hiburan Keluarga

3.4.2 Tapak binaan

-Tapak Pembinaan

-Batching Plat

3.4.3 Kilang/ Perusahaan

-Kilang Pecah Batu

-Kilang Simen

-Kilang Perabot

-Kilang Besi

-Membaiki / Mengecat Motor/ Motosikal

3.4.4 Pembakaran Terbuka

Page 57: Laporan Praktikal Bab

3.5 Perlaksanaan

i. Terima aduan.

ii. Kerja waktu malam/ luar waktu pejabat.

iii. Lawatan susulan.

3.6 Aktiviti Kacauganggu

Gambar 3.6.1 Kacauganggu bunyi bising.

Penggunaan “Sound Level Meters”.

Page 58: Laporan Praktikal Bab

Gambar 3.6.2 Kacauganggu Habuk dan Kekotoran Jalan Keluar Masuk Tapak

Binaan.

Gambar 3.6.3 Kacauganggu Bunyi Bising di Tapak Binaan pada waktu malam.

Page 59: Laporan Praktikal Bab

BAB 4 : KAWALAN MUTU AIR MINUMAN (KMAM)

4.1Objektif Pengawetan Sampel Air

i. Mengekalkan keadaan sebenar sampel air dengan cara menstabilkan

parameter yang dikehendaki. Dengan ini, perubahan komposisi kimia

dalam sampel air semasa tempoh penghantaran dan sebelum analisis

dilakukan dapat diminimumkan.

ii. Kepekatan bahan sampel air tidak diawet yang dianalisis di makmal

mungkin akan berbeza dari apa yang sebenar terkandung pada masa

persampelan.

iii. Kestabilan yang sempurna bagi setiap konstituen selepas sampel air

diambil mustahil dicapai walaupun selepas pengawetan dijalankan.

Page 60: Laporan Praktikal Bab

4.2 Perubahan Konstituen Sampel Air

- Air mudah berubah melalui tindakbalas fizikal, biologi dan kimia yang

berlaku di antara masa selepas sampel air diambil dengan masa ia

dianalisis di makmal. Menyebabkan kepekatan berubah.

PERUBAHAN

FIZIKAL

suhu, pH, warna, kekeruhan dan oksigen terlarut, baki

klorin dan konduktiviti berlaku dengan pantas.

PERUBAHAN

BIOLOGI

Kehadiran bakteria, algae, mikroorganisma di dalam air

akan menggunakan dan mengubahsuai konstituen

tertentu seperti oksigen terlarut (DO), kabon dioksida

(CO2), sebatian nitrogen (nitrat-nitrit-ammonia), fosforus,

permintaan oksigen bio-kimia (BOD), fenol dan penurunan

sulfat kepada sulfida.

PERUBAHAN

KIMIA

Pemendakan logam terlarut Ferum (Fe) dan Mangan (Mn),

kalsium karbon monoksida (CaCO3), sebatian logam

seperti Al (OH)3 dan Mg3(PO4)2 akan berlaku dalam sampel

air.

Page 61: Laporan Praktikal Bab

4.3 Kaedah-kaedah Pengawetan Sampel Air dan Tujuannya.

Menggunakan kaedah ‘Multiple Sampling Protocol’.

KAEDAH PENGAWETAN TUJUAN

Kawalan pH dengan penambahan

asid pengawet.

- Penamabahana asid adalah untuk sampel air

bagi analisis logam-logam Al, Cd, Cr, Pb, Mn,

Zn, As, Hg, Fe dan lain-lain. Penambahan asid

akan membentuk ikatan kimia dengan mengikat

bahan yang diuji. Ia juga akan menghentikan

sementara/ menghalang sebarang tindakbalas

kimia lanjutan didalam sampel air.

- Penambahan asid pada pH kurang 2 akan

meminimumkan pemedakan ion-ion terlarut

seperti Fe dan Mn, meminimumkan penjerapan

pada dinding bekas dan pelekatan pada bahan-

bahan pepejal di dalam air.

Penggunaa botol sampel legap

(amber/ opaque)

i.Mengurangakan kadar tindakbalas di dalam sampel

air akibat pendedahan kepada cahaya.

ii.Merencat pembiakan mikroorganisma dengan

melindungi sampel air dari cahaya matahari.

Page 62: Laporan Praktikal Bab

Penyejukkan sampel air pada

suhu 4˚C.

iii.Merencat pembiakan mikroorganisma.

iv.Meminimumkan potnsi berlakunya pemeruapan

ataupun biodegradasi contohnya BOD, COD

antara masa persampelan dan analisis.

Penambahan sodium

thiosulphate.

v.Bagi sampel air terawat untuk ujian bakteria.

vi.Bagi menyahaktifkan/ meneutralkan baki klorin.

Penggunaan plastik thiobag yang

steril.

vii.Bagi mengelakkan pencemaran bakteria selain dari

yang berpunca dar sampel air.

Sampel air diisi penuh kedalam

botol.

viii.Bagi mengelakkan kehilangan parameter yang

mudah meruap seperti merkuri, THM.

Jadual 4.3 Kaedah Pengawetan Sampel Air dan Tujuannya.

Page 63: Laporan Praktikal Bab

4.3.1 Protokol Pengambilan Sampel Air Dirawat (013).

BOTOL JENIS

DAN SAIZ

BEKAS

BAHAN

PENGAWE-

T

KUANTITI

BAHAN

PENGAWE-

T

PELEKAT

BERWARNA

PARAMETER WAKTU

TERTANG-

GUH (ISO/

APHA/

EPA)

A

Botol

plastik, 2

oz (60ml)

Asid nitrik

(HNO3)

5 titis **(1+1) Biru Logam

(kumpulan 2

atau 3) dan

keliatan

6 bulan

B

Botol

plastik, 2

oz (60ml)

Tiada asid

pengawet -

Putih F, Cl, SO4 28 hari

E1

Botol

amber

kaca, 2 oz

(60ml)

Asid sulfurik

(H2SO4)

3 titis **(1+1) Kuning NH3,

NO3+NO2

28 hari bagi

sampel

klorin

G

Botol

amber

kaca, 2 oz

(60ml)

Sodium

thiosulphate

(Na2S2O3)

dan asid

hidroklorik

(HCl)

5 titis **(1+1)

HCl dan

5titis

(Na2S2O3)

Merah

Oren

THM 14 hari

Page 64: Laporan Praktikal Bab

K

Botol

amber

kaca, 1liter

dengan

‘TFE lined

cap’.

Asid

ascorbik

1000mg Hijau Pesticide 7 hari (40

har selepas

ektraksi)

THIO -

BAG

STERI-

L

100ml

thiobag

steril

dengan

sodium

thiosulphat

e

Sodium

thiosulphate

- Thiobag

100ml bertag

putih dengan

sodium

thiosulphate

digunakan

untuk air

terawat

Total coliform

dan fecal

coliform

5 - 24 jam

** (1+1) asid pengawet yang telah dicairkan. Gunakan “deionized water” atau air

suling untuk pencairan asid pengawet. Tambahkan asid kepada air dengan

nisbah 1:1.

Jadual 4.3.1 Protokol Pengambilan Sampel Air Dirawat (013).

Page 65: Laporan Praktikal Bab

4.4 Prosedur Pengambilan Sampel Air Terawat (013).

i. Sebelum sampel air di ambil di “Service Reservoir Outlet”. Keluarkan

segala sambungan pada mulut pili. Gunakan kain/ kapas bersih untuk

membuang segala kekotoran yang terlekat pada mulut pili.

ii. Buka pili dan biarkan air megalir selama 2-5 minit.

iii. Basmi kuman selama satu minit denga ‘blow torch’ atau

membasahkan kapas dengan alkohol dan kemudian dinyalakan.

iv. Buka pili dengan berhati-hati dan biarkan air mengalir dengan kadar

sederhana selama 1-2 minit. Jangan menukar kadar aliran air selepas

ia di tetapkan.

**Kaedah pembakaran hanya boleh dilakukan pada paip yang diperbuat

dari logam sahaja. Bagi paip yang diperbuat dari UPVC basmi kuman

perlu dilakukan dengan menyapu 70% alkohol sahaja. Jangan dibakar.

Page 66: Laporan Praktikal Bab

4.4.1 Botol A ( untuk Logam ( kumpulan 2 dan 3 ) dan keliatan )

Page 67: Laporan Praktikal Bab

4.4.2 Botol B ( untuk Florid (F), Klorid (Cl) dan Sulfat (SO4) )

Page 68: Laporan Praktikal Bab

4.4.3 Botol E1 ( untuk Ammonia, Nitrat dan Nitrit )

Page 69: Laporan Praktikal Bab

4.4.4 Botol G ( untuk THM )

Page 70: Laporan Praktikal Bab

4.4.5 Botol K ( untuk Pesticide )

Page 71: Laporan Praktikal Bab

4.4.6 Thiobag steril ( untuk Total Coliform dan Fecal Coliform )

Page 72: Laporan Praktikal Bab

4.5Penggunaan dan Pengisian Borang.

Guna borang permintaan analisis terkini yang betul bersama dengan sampel air

yang dihantar ke makmal Jabatan Kimia.

i. Borang S1 – Borang permintaan analisis bakteria.

ii. Borang S2 – Borang permintaan analisis kimia pendek.

iii. Borang S3 – Borang permintaan analisis kimia panjang.

iv. Borang S4 – Borang permintaan analisis pesticide.

Page 73: Laporan Praktikal Bab

BAB 5 : PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI WILAYAH PERSEKUTUAN

KUALA LUMPUR.

5.1 Pengenalan

Warga kota Kuala Lumpur menjana 2200 tan sampah setiap hari. Dari jumlah

tersebut, 1900 tan terdiri dari sampah domestik dan 300 tan selebihnya pula

terdiri dari sampah pukal dan kebun. Secara puratanya, setiap warga kota Kuala

Lumpur membuang 1.5 kilogram sampah setiap hari.

Page 74: Laporan Praktikal Bab

5.2 Inventori Perkhidmatan

Berikut adalah inventori perkhidmatan kutipan sampah serta kerja-kerja

pembersihan jalan dan longkang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) :

(a) pungutan sampah

i. perumahan 167,859 unit

ii. rumah bertingkat 316,376 unit

iii. rumah kedai 58,946 unit

iv. institusi (leach bin) 4,293 unit

v. tong RORO 114 unit

vi. tong leach 423 unit

(b)pembersihan jalan **

i. perumahan 1,547.57 km

ii. komersial 941.68 km

(c)pembersihan longkang**

i. perumahan 3,511.59 km

ii. komersial 1,725.79 km

** Panjang jalan : 2,489 km

Panjang longkang : 5,237 km

Page 75: Laporan Praktikal Bab

5.3 Sisa Industri Dan Perdagangan

Sejak awal lagi DBKL tidak mengutip dan melupuskan sampah perindustrian

dan perdagangan. DBKL hanya menjalankan kerja-kerja pembersihan jalan dan

longkang. Ini bermaksud, perindustrian dan perdagangan mengurus dan

melupuskan sampahnya sendiri. Keadaan ini sedikit sebanyak menyumbang

kepada kegiatan pembuangan sampah haram (illegal dumping).

5.4 Inventori Alam Flora Sdn Bhd (AFSB) dan Sub-Kontraktor

Pada ketika ini, AFSB mempunyai 237 unit kenderaan pelbagai jenis. AFSB

juga menyelenggara 182 pusat tong leach (423 tong) dan 27 pusat tong roro

(114 tong) di seluruh WPKL. Dalam menyampaikan perkhidmatan kepada

warga kota, AFSB mempunyai 47 sub-kontraktor. Jumlah keseluruhan

kenderaan yang dimiliki sub-kontraktor ini pula adalah sebanyak 230 unit

dengan pecahan seperti berikut :

i. kompaktor 117 unit

ii. open lorry 67 unit

iii. roro 30 unit

iv. road sweeper 16 unit

Page 76: Laporan Praktikal Bab

5.4.1 Jenis-jenis Tong

Tong Leach Tong RORO

Page 77: Laporan Praktikal Bab

5.4.2 Jenis-jenis Kenderaan yang Digunakan

Tong MGB

Lori Kompaktor Open lorry

Page 78: Laporan Praktikal Bab

5.5 Penyerahan Kenderaan DBKL

Sepanjang tempoh penswastaan ini, DBKL telah menyerahkan 315 kenderaan

pelbagai jenis kepada AFSB. Ini termasuklah kompaktor, open lorry, open lorry

with crane, tipper lorry, jetting tanker sehinggalah kepada road sweeper.

5.6 Jadual Perkhidmatan

Jadual perkhidmatan AFSB pula adalah seperti berikut :

Lori RORO Road sweeper

Page 79: Laporan Praktikal Bab

(a) pungutan sampah

i. perumahan 3 kali/ minggu

(isnin, rabu, khamis @

selasa, jumaat, sabtu)

ii. rumah bertingkat 6 kali/ minggu

iii. rumah kedai 6 kali/ minggu

iv. institusi 7 kali/ minggu

v. pusat penjaja/ pasar 7 kali/ minggu

iiv. tong sampah kecil 7 kali/ minggu

iiiv.pusat tong 7 kali/ minggu

vi. pukal/ kebun 1 kali/ minggu

(b) pembersihan jalan

i. jalan protokol setiap hari

ii. jalan komersial setiap hari

iii. jalan perumahan 3 kali/ minggu

(c) pembersihan longkang jika perlu

Page 80: Laporan Praktikal Bab

5.7 NTC dan Pemotongan Bayaran

Sekiranya terdapat ketidakpatuhan perkhidmatan di pihak syarikat

konsesi, BKPB akan mengeluarkan notice to correct (NTC). Setiap NTC

yang dipatuhi akan dikenakan pemotongan bayaran sebanyak 15% dari

kos asal perkhidmatan manakala NTC yang gagal dipatuhi dalam tempoh

72 jam pula akan dikenakan pemotongan bayaran sebanyak 115%

(100% kos asal perkhidmatan + 15% penalti). Sepanjang tahun 2008,

sebanyak 10,997 NTC telah dikeluarkan di mana potongan bayaran

sebanyak RM1,022,491.57 telah dikenakan ke atas AFSB.

Page 81: Laporan Praktikal Bab
Page 82: Laporan Praktikal Bab

5.8Sampah Haram atau Illegal Dumping

Penyumbang utama isu ini adalah sampah perindustrian dan perdagangan yang

mana pemilik bertanggungjawab mengurus dan melupuskan sampahnya

sendiri. Antara penyumbang lain termasuklah pembuangan sisa binaan oleh

kontraktor tidak bertanggungjawab.

Gambar 5.7.1 Tindakan NTC akan dikenakan jika pihak AFSB tidak mengutip sampah seperti yang telah dijadualkan.

Page 83: Laporan Praktikal Bab

5.8.1 Pembersihan Sampah Haram atau Illegal Dumping

Sampah-sampah haram tersebut akan ratakan dan dipindahkan oleh AFSB.

Antara kenderaan yang digunakan ialah shovel, bulldozer dan open lorry.

Gambar 5.8.1 Sampah haram atau illegal dumping yang terdapat di Jalan Persiaran Stonor berhadapan

Kedutaan Vietnam.

Page 84: Laporan Praktikal Bab

5.8.2 Pemasangan Papan Tanda dan Penempatan Pasu Bunga bagi

Menghalang Pembuangan Sampah Haram

Selepas pembersihan dilakukan bagi sampah haram atau illegal dumping

pemasangan papan tanda dan penempatan pasu bunga yang diubahsuai dari

tong-tong sampah lama bagi menghalang aktiviti pembuangan sampah haram

dijalankan semula di tempat tersebut.

Gambar 5.8.1 Semasa proses pembersihan sampah haram.

Page 85: Laporan Praktikal Bab

5.9 Operasi Penyediaan Tong Sampah

Mulai 1 Januari 2008, Bahagian Kawalan Pembersihan Bandar (BKPB) telah

mengaktifkan tindakan penguatkuasaan di mana sebanyak 6,497 premis

kediaman dan perniagaan telah diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati hanya

50% atau 3,236 premis sahaja yang menyediakan tong sampah. Pemeriksaan

susulan seterusnya mendapati peratusan premis yang menyediakan tong

Gambar 5.8.2 Pemasangan papan tanda dan penempatan pasu bunga bagi menghalang pembuangan sampah haram sedang dijalankan.

Page 86: Laporan Praktikal Bab

sampah meningkat kepada 86% atau 5,602 premis. Ini menunjukkan bahawa

penduduk Kuala Lumpur perlu diingatkan tentang perkara ini dari semasa ke

semasa. Dalam tahun 2009, BKPB mensasarkan untuk memeriksa 7,000

premis lagi dan meningkatkan kesedaran warga kota akan kepentingan

penyediaan dan penyelenggaraan tong sampah dalam usaha menjadikan KL

sebuah bandaraya yang bersih.

Gambar 5.9 Premis yang gagal menyediakan tong sampah akan diberi notis dan jika gagal mematuhi notis dalam tempoh 14hari tindakan

kompaun akan dikenakan.

Gambar 5.9.1 Premis yang mematuhi notis bagi penyediaan tong sampah.

Page 87: Laporan Praktikal Bab

BAB 6 : PENYELENGGARAAN SISTEM PERPARITAN INDUK DI

BANDARAYA KUALA LUMPUR.

Perkhidmatan penyelenggaraan sistem perparitan induk menyediakan

satu program penyelenggaraan, pembaikan dan pembersihan sistem perparitan

air larian hujan untuk memastikan ianya mengalir mengikut tahap kapasiti

rekabentuk sistem berkenaan.

Page 88: Laporan Praktikal Bab

6.1 Objektif Perkhidmatan

i. Memastikan prestasi dan keberkesanan sistem perparitan induk selaras

dengan kehendak semasa.

ii. Menyelenggara sistem perparitan induk untuk mengekalkan tahap

kapasiti ia dibina dan direkabentuk.

iii. Memanjangkan jangka usia sistem perparitan induk melalui

penyelenggaraan yang sistematik dan berkesan.

iv. Mengenalpasti bahagian sistem perparitan induk yang memerlukan

peningkatan.

v. Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan sistem perparitan induk.

6.2 Manual Penyelenggaraan Sistem Perparitan Induk

6.2.1 Matlamat Program

i. Manual program ini dirangka bertujuan untuk mewujudkan satu

prosedur kerja yang sistematik, teratur dan terancang untuk menangani

masalah yang disebabkan oleh banjir dan sistem perparitan induk.

Page 89: Laporan Praktikal Bab

ii. Pada amnya manual program ini dibentuk bagi menjelaskan

tanggungjawab pegawai/ kakitangan serta prosedur kerja, pelaksanaan,

penyiasatan serta pembersihan sistem perparitan induk termasuk

lurang, laluan masuk serta keluar dan lain-lain kemudahan yang

berkaitan.

6.2.2 Tanggungjawab Dan Skop Kerja

i. Pegawai dan kakitangan bertanggungjawab untuk menjalankan

penyiasatan dan melawat tapak ke sistem perparitan air larian hujan

bagi memastikan penyelenggaraan dapat disasarkan pada tahap

yang diingini mengikut kehendak prosedur yang telah dirangka.

ii. Program ini akan diselaraskan oleh Timbalan Pengarah (Saliran

Induk) / Pengarah JSPS DBKL.

iii. Pembahagian skop kerja adalah mengikut kawasan perlimen di

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

iv. Jurutera kawasan akan dipertanggungjawab untuk menyemak dan

menyiasat sistem perparitan induk yang terletak dalam kawasan

parlimen masing-masing.

Page 90: Laporan Praktikal Bab

6.2.3 Prosedur Penyiasatan

a) Prosedur penyiasatan yang ditetapkan dalam manual ini melibatkan

semakan secara pandangan (visual) dengan berjalan disepanjang

jarak parit induk (terbuka dan terbuka).

b) Untuk sistem parit terbuka penyiasat perlu melaksanakan tugas-tugas

seperti :

i. Memasukkan panjang sebenar parit yang dilalui.

ii. Mengambil gambar di lokasi yang strategik.

iii. Menandakan jenis parit induk, terbuka atau bawah tanah.

iv. Menandakan lokasi jika bertemu masalah di parit induk.

c) Manakala bagi parit induk tertutup, penyiasat perlu menyemak status

setiap lurang dan sump di sepanjang penjajaran parit berkaitan.

Page 91: Laporan Praktikal Bab

6.3 Jenis-Jenis Penyelenggaraan

6.3.1 Penyelenggaraan Berkala

Bagi program berkala, pegawai/kakitangan bertanggungjawab untuk

melawat/menyiasat penjajaran parit induk yang disenaraikan sebanyak 2 kali

setahun.

6.3.2 Penyelenggaraan Selepas Hujan Lebat

Lawatan selepas hujan lebat tertumpu kepada lokasi hot-spot yang telah

dikenalpasti berkemungkinan akan berisiko tinggi berlakunya kejadian banjir

kilat apabila hujan lebat. Buat masa ini, Jabatan telah mengenalpasti sebanyak

55 lokasi hot-spot di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk program selepas hujan lebat, Jabatan sebagai garis panduan telah

menetapkan bahawa aras hujan 40mm sebagai hujan lebat dan

lawatan/siasatan harus dilaksanakan dalam tempoh 24 jam selepas ianya

berlaku.

Page 92: Laporan Praktikal Bab

6.3.3 Penyelenggaraan Melalui Aduan/Kecemasan

Program Aduan/ Kecemasan melibatkan aduan yang diterima dari orang

awam, kenyataan media cetak, panggilan telefon, Email, Fax dan dari PAKL

(Unit Komunikasi Korporat DBKL).

Siasatan adalah berdasarkan kepada aduan yang diterima oleh Jabatan

melalui kaedah telefon, aduan PAKL, aduan bersurat, arahan Pentadbiran dan

lain-lain aduan rasmi kepada jabatan.

Page 93: Laporan Praktikal Bab

6.4 Kategori Dan Jenis Penyelenggaraan

Pada amnya Jabatan telah mengkategorikan jenis penyelenggaraan kepada 4

jenis iaitu:

i. Sampah sarap dan kelodak (silt) seperti bahan sisa buangan, sisa pepejal

dan sisa pokok (daun kering, dahan dan sebagainya).

ii. Masalah kecil seperti tumbuhan, semak samun, pokok renek, akar pokok,

dan kelodak semula jadi.

iii. Halangan seperti pokok tumbang, lorang pecah dan bahan asing yang

menghalang aliran lancar sistem perparitan.

iv. Kerosakan struktur di parit induk, pembentung pecah, tebing runtuh dan

kestabilannya, pagar keselamatan rosak dan lain-lain kerosakan utama.

Page 94: Laporan Praktikal Bab

6.5 Perbezaan Kerja-Kerja Kecemasan Dan Kerja Biasa

KERJA KECEMASAN KERJA BIASA

Kerja pembaikan kritikal yang perlu

dilaksanakan dan jika tidak dilaksanakan

dengan segera akan boleh menyebabkan

perkara-perkara seperti berikut:

i. Bencana yang lebih buruk berlaku.

ii. Kemalangan, kecederaan dan

kehilangan nyawa.

iii. Kerosakan yang lebih besar/banyak

dan akan meningkatkan kos

pembaikan yang lebih tinggi dengan

kelewatan yang berlaku.

iv. Mengelak dari banjir kilat berlaku jika

hujan lebat datang.

v. Kekotoran dan kerosakan setara di

lokasi/laluan protokol serta lokasi

awam dan jika tidak diambil tindakan

boleh menjejaskan kesihatan dan

keselamatan awam.

i. Kerja pembaikan yang

dikategorikan selain dari kerja

kecemasan.

ii. Kerja termasuk dalam kategori

kerja berkala.

iii. Kerja yang tidak kritikal dan

boleh mengambil masa untuk

dilaksanakan mengikut prosedur

biasa.

Jadual 6.5.1 Jadual Perbezaan Kerja-Kerja Kecemasan Dan Kerja Biasa

Page 95: Laporan Praktikal Bab

6.6 Jenis-Jenis Perangakap Sampah

6.6.1 Perangkap Sampah Di Longkang

Ia berfungsi sebagai penapis bagi memerangkap sampah pada saliran induk

supaya sampah-sampah yang terdapat dalam saliran induk tidak terus mengalir

ke sungai.

Gambar 6.6.1 Perangkap sampah di longkang sekitar kawasan

Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Page 96: Laporan Praktikal Bab

6.6.2 Kebuk

- Kebuk merupakan rumah sampah yang disediakan di tepi sungai bagi

mengelak daripada manusia membuang sampah ke dalam sungai. Ia

merupakan satu alternaif yang sangat baik untuk menyelamatkan sungai.

Gambar 6.6.2 Kebuk yang terdapat di Jalan Sempurna yang

menghubungkan Sg. Busuk dan Sg. Gombak.

Page 97: Laporan Praktikal Bab

6.6.3 Continous Deflective Separation (CDS)

i. CDS direkabentuk untuk memerangkap sampah-sarap dan

bendasing berdiameter sekecil 1mm yang dapat meningkatkan

kualiti air tadahan hujan yang mengalir.

ii. Merupakan kmbinasi ringkas, skrin yang tidak menghalang (non

blocking screen) dan saliran yang teratur.

iii. Unit ini dilengkapi dengan karung yang boleh dialihkan, direkabentuk

supaya mudah dikosongkan dan dialihkan ke dalam lori

pengangkut.

Gambar 6.6.3 CDS yang berhampiran dengan pasar di Sentul, Kuala

Lumpur.

Page 98: Laporan Praktikal Bab

6.6.4 Floating Boom

- Halangan terapung dibuat untuk mengendalikan sampah yang

lebih berat dan sisa-sisa seperti kayu dan barang-barang lain terapung

besar. Ia tahan lama dan cukup kuat untuk menahan sisa-sisa. Selain itu,

boleh digunakan di empangan, pelabuhan, marina, dan pelbagai lokasi

yang lain.

Gambar 6.6.4 Floating Boom yang terdapat di Sg Klang di Jalan Jelatek.

Page 99: Laporan Praktikal Bab

BAB 7 : KESIMPULAN

Sepanjang tempoh latihan industri yang dijalani, dapat saya simpulkan

bahawa kerja-kerja yang dilakukan ada sedikit sebanyak mengenai

pembelajaran saya di politeknik, malah mendapat ilmu baru yang tiada dalam

subjek pembelajaran. Latihan industri ini dapat memberi dan menunjukkan

pengalaman kerja apabila sudah bekerja kelak. Apa yang saya dapat melalui

proses latihan industri ini ialah proses-proses kerja yang dilakukan di Jabatan

Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Page 100: Laporan Praktikal Bab

Semua kerja-kerja di Seksyen Kesihatan Alam Sekitar yang dijalankan

kebanyakkannya melalui aduan orang awam dan kerja-kerja rutin. Setiap aduan

yang diterima akan disiasat oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran,

dengan kuasa yang diberikan oleh Dato Bandar segala kerja-kerja penyiasatan

akan berjalan lancar jika mendapat kerjasama semua pihak. Laporan siasatan

akan disediakan untuk maklumbalas daripada pengadu. Pemantauan berkala

akan dilakukan selepas siasatan. Kes akan dipanjangkan jika didapati aduan

berasas. Antara akta yang digunakan bagi kacauganggu ialah Akta Kerajaan

Tempatan 1976 Seksyen 82 (5).

Kerja-kerja bagi pengambilan sampel air serta makan di Seksyen

Kawalan Penyakit, Mutu Makanan dan Air pula dilakukan mengikut rutin atau

jadual yang telah disediakan (piano chart). Tindakan juga akan diambil jika

terdapat aduan dari orang awam. Penghantaran pada Jabatan Kimia adalah

perlu bagi menyiasat sifat fizikal, kimia dan bakteria siasatan atas sampel

tersebut adalah untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna. Begitu

juga bagi rampasan makanan yang sudah luput tarikhnya dan rosak tetapi

masih dijual oleh peniaga. Antara akta yang digunakan ialah Undang-undang

Kecil Pengendali Makanan WPKL 1979 dan *Pindaan 1991 dan Undang-undang

Kecil Perlesenan Establisymen Makanan WPKL 1985 dan *Pindaan 1995.

Page 101: Laporan Praktikal Bab

Siasatan pada setiap tapak binaan mengenai Akta Pemusnahan

Serangga Pembawa Penyakit 1975 Seksyen 13 iaitu membiarkan pembiakan

jentik-jentik nyamuk. Kerja-kerja ini dijalankan oleh Seksyen Kawalan Vektor

disetiap tapak binaan di Kuala Lumpur bagi memastikan tiada pembiakan

nyamuk dilakukan. Selain itu, aktiviti semburan (fogging) dan ULV juga

dijalankan dikawasan di mana wabak bermula.

Seksyen Mobilisasi Masyarakat dan Promosi Kesihatan pula

menjalankan kerja-kerja kesedaran kepada orang awam mengenai pentingnya

kesihatan dan pengambilan makanan sihat dalam kehidupan. Antara kerja-kerja

yang dijalankan ialah pameran, ceramah kesihatan dan ujian saringan

kesihatan, terdapat juga klinik berhenti merokok bagi pekerja-pekerja DBKL.

Secara keseluruhannya kesemua kerja-kerja yang dijalankan di Jabatan

Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sangat menarik dan merupakan

sesuatu kerja yang sangat dekat dengan rutin harian sebagai seorang manusia

bagi menjalani kehidupan yang sihat.

Page 102: Laporan Praktikal Bab

BAB 8 : KOMEN DAN CADANGAN

Melalui latihan industri ini, terdapat banyak kebaikan dari segi kemahiran,

ilmu pengetahuan serta pengalaman. Walau bagaimanapun, terdapat juga

sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki oleh pihak syarikat. Di antaranya ialah :

i. Tugasan yang diberi pada saat akhir sebelum acara atau sesuatu

majlis bermula.

ii. Di samping itu, tugasan yang diberi tidak diterangkan secara teliti.

iii. Kekurangan kenderaan bagi aktiviti di lapangan, menyebabkan

banyak peluang untuk belajar sesuatu yang baru tidak dapat

dilaksanakan.

Page 103: Laporan Praktikal Bab

Beberapa cadangan yang ingin saya nyatakan dan perlu diberi perhatian

oleh pihak – pihak yang terbabit :-

i. Memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada pelatih di dalam

melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

ii. Memberi pengawasan dan penerangan yang sewajarnya semasa

kerja dijalankan dan yang akan dilaksanakan oleh pelatih supaya

mereka memahami tentang skop kerja yang perlu dibuat.

iii. Memberi tugas yang diyakini mampu dilaksanakan oleh pelatih –

pelatih berdasarkan kepada kemampuannya dan kemahiran yang

dimiliki oleh pelatih.

iv. Penerangan secara manual dan teori amat diperlukan semasa

penerangan supaya pelatih jelas akan tugasan yang diberi.

Page 104: Laporan Praktikal Bab

RUJUKAN

1. En. Rosli Ismail, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

2. Pn. Zalmawati Ma’arof, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan

Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3. En. Zainal Kasimin, Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran (K), Jabatan

Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4. En. Abdul Rahman Haji Ahmad, Ketua Seksyen Kesihatan Alam Sekitar,

Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

5. Ir En. Sabudin Mohd Salleh, Jurutera, Jabatan Saliran dan Pengurusan

Sungai, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

6. En. Azwari Hanif, Pen. Pegawai Pentadbiran, Jabatan Seni Taman dan

Kawalan Pembersihan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.