Laporan Program Gotong Royong

Embed Size (px)

Citation preview

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010 SK KEPIS FELDA

LAPORAN GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

SK KEPIS FELDA Program Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru 2010 Sekolah Kebangsaan Kepis Felda telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 19 Mei 2010 bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Program ini telah dipengerusikan oleh Puan Hodijah Binti Johari (Guru Besar) dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi menguruskan program ini. (Rujuk lampiran 1). Seramai 20 orang guru, 2 orang pembantu pengurusan murid, 5 orang pekerja kontrak pembersihan kawasan, 5 orang ibu bapa serta murid Tahun 4, 5 dan 6 telah hadir menyertai gotong-royong pada hari tersebut. Kehadiran YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Kepis Felda, Encik Juharidan Bin Jaafar memeriahkan lagi program gotong-royong ini. Lampiran 2 menunjukkan senarai kehadiran guru, pembantu pengurusan murid, pekerja kontrak pembersihan kawasan, dan ibu bapa yang hadir dalam program gotong-royong ini. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar, pengisian program telah disusun seperti berikut.MASAAKTIVITI

2.30 ptgBerkumpul di Tapak Perhimpunan

2.35ptgUcapan Guru Besar SKKF

2.45 ptgTaklimat ringkas dan pembahagian lokasi

3.00 ptgAktiviti gotong royong dimulakan

4.25 ptgBerkumpul dan menyimpan alatan

4.30 ptgJamuan

Jadual 1.0 : Tentatif program

Pembahagian kumpulan dan kawasan juga telah ditetapkan bagi memastikan program ini berjalan dengan sistematik.(Rujuk Lampiran 3). Kawasan yang menjadi tumpuan utama dalam program ini ialah Taman Herba, Taman Bacaan, susur gajah, laluan ilmu, dan bilik stor yang terdapat di Tingkat 1 bangunan utama sekolah. Segala peralatan bagi menjalankan program ini telah disediakan oleh pihak sekolah. Perbelanjaan bagi membeli bahan dan alatan adalah mengikut permintaan bagi setiap kumpulan. (Rujuk lampiran 4). Sebanyak RM250.00 telah digunakan bagi menjayakan program ini. Sumber kewangan diambil dari peruntukan kewangan 3K.Perbezaan yang amat ketara dapat dilihat pada kawasan-kawasan tersebut. (Rujuk lampiran 5). Perbezaan yang dapat dilihat di Taman Herba ialah papan tanda telah didirikan di taman ini. Pokok-pokok herba yang terdapat di taman ini juga telah dilabelkan menggunakan kayu yang ditulis dengan cat. Informasi seperti ini amat berguna kepada warga sekolah dalam mengenali jenis-jenis pokok herba yang terdapat di muka bumi ini. Kumpulan yang terlibat di kawasan Taman Bacaan pula telah membahagikan ahlinya dan memecahkan kepada dua tugasan iaitu mengecat pondok bacaan dan memasang langsir pada setiap kelas. Pondok bacaan telah dicat dengan warna kuning dan ini menyerlahkan lagi keceriaan pondok tersebut. Dua pondok telah dicat oleh guru-guru dan dibantu oleh murid-murid. Warna langsir yang dipasang di setiap kelas mengikut warna tema sekolah iaitu warna hijau dan coraknya adalah seragam bagi setiap kelas. Kumpulan yang terlibat di kawasan laluan ilmu bertungkus-lumus mengecat semula lukisan peta dunia yang terdapat pada dinding laluan ilmu dan ini membuatkan laluan tersebut kelihatan lebih menarik berbanding sebelum ini. Kumpulan yang terlibat di susur gajah pula memberi tumpuan kepada susur gajah yang terdapat di pondok pengawal. Kumpulan ini telah menamakan susur gajah tersebut sebagai Susur Niaga memandangkan susur gajah ini sering digunakan sebagai tapak jualan bagi Program Pendidikan Khas sekolah ini. Papan tanda Susur Niaga telah digantung di susur gajah tersebut. Skelop juga dipasang dengan menggunakan warna tema sekolah iaitu warna hijau dengan ditambah dengan sedikit sentuhan skelop berwarna merah. Meja untuk menjalankan perniagaan juga telah diletakkan di susur gajah ini. Meja tersebut dibalut dengan sampul meja dan dililit dengan kemas menggunakan kain. Kumpulan yang membersihkan kawasan stor pula bekerjasama mengasingkan barang-barang yang tidak boleh digunapakai. Manakala, barang-barang yang masih boleh digunakan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Mereka bertungkus-lumus mengemas dan membersihkan segala kekotoran yang terdapat pada stor ini.Sambutan gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Kepis Felda amatlah membanggakan dan diharap penyertaan ibu bapa pada masa yang akan datang dapat dipertingkatkan lagi. Pihak penganjur bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar. Sokongan dan gandingan tenaga serta semangat kerjasama daripada semua pihak serta komitmen sepenuhnya terhadap segala perancangan yang telah dibuat dapat mencapai objektifnya. Diharap agar aktiviti yang berfaedah seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan aktiviti gotong-royong perdana tersebut.Disediakan oleh :

.....................................................................

22 Mei 2010

(NORAZIZAH BINTI MOHAMED NOROK)

Setiausaha

Kebersihan dan Keceriaan

Sekolah Kebangsaan Kepis Felda.LAMPIRAN 1

Jawatankuasa Program Gotong-Royong Perdana

LAMPIRAN 2SENARAI KEHADIRAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANALAMPIRAN 3PEMBAHAGIAN KUMPULAN DAN KAWASAN GOTONG-ROYONG PERDANA

BilNama KawasanKawasanCadangan KeceriaanAhli Kumpulan

1.Taman HerbaSemua kawasan yang sebaris dengan Taman Herba

(Bermula dari pagar sehingga ke kawasan yang sebaris dengan kantin SKKF)- Melabel nama tumbuhan herba

- Memperbaiki dan menceriakan papan tanda Taman Herba

1. Pn.Rozilawati Bt. Mohamad(K)

2.Cik Rokiah Bt Abdul Hamid

3.Pn.Salma Bt Abdul Rahman

4. En. Mohd Ali B. Abdul Aziz

5. Pn. Roslizaini Bt Harun

6. Murid Tahun 4 Arif

Pemantau :

En. Sanusi Bin Jamaluddin

2.Taman Bacaani. Pondok bacaan

ii.Pentas kantin- Mengecat pondok

- Menghias pondok dengan menampal/menggantung bahan ilmiah pada pondok-pondok bacaan.

- Melabel nama kolam .

- Menceriakan pentas kantin- Menampal info pemakanan dan peraturan yang berkaitan

- Membersihkan kolam1.Pn.Lizawati Bt Hazali (K)

2.Pn.Fathirah Grace Bt Abdullah

3.Pn.Nik Jamilah Bt.Nik Salim

4. En.Zulkifli B Ismail

5. Cik Wan Sakinah Bt. Wan Ismail6. Murid Tahun 6 Arif

Pemantau :

En. Mohamad Bin Abu Samah

3.Susur Gajah Susur gajah

- Menggantung kad imbasan.

- Melabel nama susur gajah.

- Membersihkan kawasan susur gajah.

- Menanggalkan kad imbasan lama.

- Menampal kad imbasan baru.1. Cik Siti Norhafizah Bt Annuar (K)

2. Pn. Ruzielawati Bt Harun

3. Pn. Kamariah Bt Asari

4. Norazizah Binti Mohamed Norok

5. Pn. Rosni Bt. Abdul Ghani

6. Pn. Isdanita Bt. Ismail

7. Murid Tahun 5 Arif

Pemantau :

Pn. Hasnah Bt Abdul Ghani

4.Laluan ilmu Laluan ilmu

(laluan di sebelah surau)

- Laluan ilmu

Mengecat dinding dan melukis mural.

1. En.Mohd.Fairuz B Mokhtar (K)

2. En. Che Sazuandy Bin Che Mohd. Yassin

3. En. Mohd Ali B. Abdul Aziz

4. En. Abd. Sidek B. Mohd. Salleh

5. Cik Maziah Bt Abdullah

6. Aishah Bt. Ismail

7. Murid Tahun 6 Bestari

Pemantau :

Pn. Hodijah Bt Johari

5.Bilik StorStor Tingkat 1- Mengasingkan barang-barang yang tidak boleh diguna pakai.

-Menyusun perabot.

-Membersihkan lantai dan sawang.- Semua ibu bapa

Pemantau :

Pn. Hodijah Bt Johari

LAMPIRAN 4

BilPeralatanKos (RM)

1.Cat150.00

2.Berus cat10.00

4.Form30.00

5.Rantai penggantung30.00

6.Lain-lain30.00

JUMLAH250.00

PERBELANJAAN

LAMPIRAN 5A. GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.SEBELUMSELEPAS

TAMAN HERBA

TAMAN BACAAN

LALUAN ILMU

SUSUR GAJAH

STOR

B. PERBEZAAN SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN.

SEBELUMSELEPAS

TAMAN HERBA

TAMAN BACAAN

BILIK DARJAH

LALUAN ILMU

SUSUR GAJAH

STOR

PEKERJA KONTRAK PEMBERSIHAN KAWASAN

PEMBANTU PENGURUSAN MURID

GURU-GURU

AHLI JAWATANKUASA

NAIB PENGERUSI

GPK KOKURIKULUM

EN.MOHAMAD B. ABU SAMAH

NAIB PENGERUSI

GPK PENTADBIRAN

PN.HJH.HASNAH BT.ABDUL GHANI

TIMBALAN PENGERUSI

GPK HEM

EN.MOHD.SANUSI B. JAMALUDDIN

PENGERUSI

GURU BESAR

PN.HODIJAH BT JOHARI

SETIAUSAHA

PN.NORAZIZAH BT MOHAMED NOROK

1